Thursday, July 29, 2010

SETAKAT INI dibenarkan menulis :

o SEPENDEK MUNGKIN
o RASIONAL/LOGIK/MOTIVASI SHJ.

Luahan perasaan sume ckp ngan Allah.


Sunday, July 25, 2010

Ya Allah, mudahkan, mudahkan...

Tgh tgu Isyak...tadi pas Asar, baca...tertarik kat ayat nih..

131. Jangan engkau melirik kepada harta yang Kami berikan kepada beberapa orang dari mereka,

harta hanya bunga kehidupan , kami bermaksud menguji mereka dengannya,

tetapi Rezeki dari Tuhanmu jauh lebih baik dan lebih kekal.

(20 : Surah Thaaha:131)

Attracted dengan keywords : melirik, harta, bunga, menguji, rezeki dari Tuhanmu jauh lebih baik dan kekal.

Nih malas nak bukak blog satu hal. Klau menulis bukak blog, kene lebih tertib, klau tulis camnih, main muntah je...dan, lagik satu, senang nak tulis hal-hal yang dalam kepala aku nih..tapi bukak jugak nih, ada beberapa orang still leh access..yang hampir2 dan memahami je lah yang dapat access tuh.. :) Tapi bila tutup, confirmlah, org tak kerap baca, nak buh password malas. So memang aku tulis, aku je yang baca nih. Besh jugak la. Biar FB tuh guna untuk interact n sharing.

Klau bukak blog, tulis kene lebih tertib, ejaan, tulisan, appearance, tambah2 lagik klau tulis ayat-ayat Quran..adey. Takut sebnarnya tulis ayat2 nih...if I attracted ngan ayat, mesti sebab kita rasa sesuatu bila baca, ada something yang kita interprate dari ayat tuh. Tapi x leh camtuh klau menulis yang publish. Kene letak tafsiran.

Salu, klau attracted, akan pi lib, cari kitab tafsiran tuh, baca tafsiran beberapa orang ttg ayat tuh. Takut apa yang kita paham tuh len.

Macam mana pun, ayat tadi memang attract myself pada perkataan melirik tuh. Ia melirik. Bukan jangan melihat, bukan jangan tengok, bukan jangan pikir....tapi jgn melirik pown! Melirik bukan ngan full eye kan, ekor mata je kan?

Tuh bm nya...dalam bahasa arab ntah aper terjemahan kepada melirik tuh. Nanti pi cari.

Maybe sebab tadi papa ty, "gaji jie berapa nanti.."

Jijie sudah penat pa. Penat. X tau nak explain. But really a feeling of, x mampu nak penuhi expectation orang len pada myself regarding kejayaan duniawi.

I am seriously looking dan mencari, akan erti kebahagiaan dan ketenangan yang sebenarnya. Dah 6 tahun kot bersarang ngan menda2 kebahagiaan nih. Klau sambung master bab kajian kebahagiaan dan ketenangan nih, dah publish byk paper dah nih...

Again, segalanya mudah, andaikata Allah mudahkan. Carilah~ andai Allah x kasi, x dapat. Seriously rasa camtuh.

Klau kesedihan dan stress buat aku mencari makna hidup. Kemudian aku jumpa Allah dan Islam.

Now, really a feeling yang nak serah semua kat Allah ja. Never a living untuk diri sendiri pun. Nak hidup kerana Allah ja. Namun jalan tuh memang tak mudah rupanya.

Mudahkanlah Ya Allah. Mudahkanlah.

Saturday, July 24, 2010

KEYAKINAN selamanya...

It was,
It is,
So obvious, kebahagian bukan berlandaskan apa yang kita miliki.

As I can remember, ada byk kejayaan duniawi yang datang, tanpa diusahakan...Allah bagi. Maybe, pada masa tuh, aku tgok sebagai kejayaan duniawi. Namun hakikatnya, ujian.

As I can remember, ada byk kegagalan duniawi yang datang, walau dah berusaha sungguh2...Allah bagi.Maybe pada masa tuh, aku tgok sebagai kegagalan duniawi. Namun hakikatnya ujian.

I dont want to be stuck at looking at these 2 sides kejayaan duniawi dan kegagalan duniawi adalah penentu aras kejayaan atau kegagalan. I want to look at it, membentuk, bent of thinking yang ia semata-mata ujian.

Ia sangat berkait dengan keyakinan. Kita bahagia dengan KEYAKINAN. Sebagaimana, yakinnya, Ibrahim dengan Allah,saat dilemparkan dalam api yang menjulang. Sebagaimana, yakinnya Musa, ketika dikejar Firaun di mana di depannya laut, sebagaimana yakinnya Nuh, dalam membina bahtera seperti disuruh Allah.

Api itu panas, namun - Ia sejuk atas izin Allah.

Laut terbelah? Tiada pernah logik bagi manusia.

Ia kah bahtera? Tak pernah terpikir oleh manusia, kayu dibuat menjadi bahtera, menyelamatkan yang beriman saja.

Bukan tak suruh usaha...namun jgn bergantung pada usaha /asbab. Bergantung dan yakin dengan Allah...nescaya bahagia.

Ya Allah, aku mohon perasaan yang sebegitu, berusaha atas landas tanggungjawab sebagai hamba. Semata-mata kerana Engkau. Jangan uji aku Ya Allah, dengan motivasi yang bukan-bukan....Biar aku bersungguh, hanya kerana Engkau Ya Allah. Aku pohon perasaan sedemikian dalam melaksanakan tanggungjawabku.

Dont le me judge myself, berlandaskan, berapa banyak harta sudah, berapa banyak pangkat sudah, berapa banyak ilmu sudah, berapa, bbalabalabla...

Dan, jika persekitaran terus begitu menilainya, berilah aku KEKUATAN, untuk semata-mata YAKIN selama-lamanya dgn penilaianMu Ya Allah.

ALL I need, selamanya, hanyalah KEYAKINAN dengan janji-janjiMu..

ALL WE need Ya Allah..



Bertarung mencari jalan pulang 2

Jika beramal yang banyak, tak menjamin seseorang masuk syurga.

Jika yang telah membunuh 99 orang, mencari jalan pulang, kemudian bunuh sorang lagi cukupkan 100, dapat masuk syurga.

Maka sememangnya kita masuk syurga kerana kasih sayang Allah dan rahmatnya pada kita.

Again, its not about being somebody, kerana Allah yang mengawal perjalanan hidup kita. Kadangkala, kita nak sangat beramal, tapi x mampu.

Perjalanan hidup naqibah usrah, boleh ja Allah tukar ngan perjalanan hidup seorang prostitute kat lorong haji taib kan.

Secara dunianya, kita boleh menilai berdasarkan apa yang masing-masing miliki.

Namun hati yang benar2 ingin pulang pada Allah? Yang benar2 ingin pulang pada Allah... Siapalah yang tahu...

So, tidak layaknya we make a judgement tentang kebaikan/kejahatan seseorang. Hari akhir masing-masing, tiada siapa yang tahu.

Kita cuma boleh jadikan apa yang kita lihat sebagai satu bentuk iktibar. Untuk diri kita. Namun bukan judgement tentang siapa lebih baik.

Hati yang ingin pulang itu, penuhkan 100%. Jangan pernah putus asa dari portion itu.

Dunia menilai luaran, namun Allah menilai dalaman.

Yang dalam itu, tiada siapa yang tahu, melainkan Allah semata-mata. Berusaha, penuhkan harapan dalam hati itu. Mampu melaksanakan amal jua, daripada Allah.

Friday, July 23, 2010

Khalifah berjiwa hamba


Can feel the satisfaction.

And nak melatih diri, buat segalanya, kerana tanggungjawab.

Tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada Tuhannya.

I dont want to commit things, even for my only satisfaction. Satisfaction boleh hilang. Namun kewajiban tetap selamanya.

Tidak dalam semua perkara, kita punya satisfaction dalamnya.

Namun sampai bila-bila, kita akan bertugas dalam memikul tanggungjawab kita.

Jadikan aku khalifah yang berjiwa hamba Ya Allah.


Dah lepaskan segalanya pada Allah. Just do it.

Thursday, July 22, 2010

Bertarung mencari jalan pulang

Gatal je tangan nak mai menulis klau dah o9 nih..hmm..arini tak de wat menda yang berkaitan sangat pun ngan research, wat assignment main2..tulis pengalaman pasal research...seronok je nak cerita, kita tulis camnih, tapi tak tau lak lecturer baca nanti camna...tak besh bila menulis berlandaskan penilaian orang..tapi dah takde format lakk..so main cerita je nih...sangatlah tidak formal essay ini, huhu~

Ntah. Lately, dalam kepala nih asek main2 isu nih. So tulis la, meluah. Memuntahkan isi kepala..ayat aper la tuh..

Asek wondering2...klau Allah tukar jalan cerita aku ngan jalan cerita orang len, bleh ja kan? Kisah aku, dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, pastu dapat pelajaran, dapat belajar sampai masuk U. Dapat keje pas belajar. Lepas tuh nak belajar plak pas keje.

Klau Allah tukar je kisah aku, ngan kisah prostitute kat Lorong Haji Taib. Bleh ja kan? Mudah untuk dia. Dedua hamba. Exchange je. Tukar perjalanan hidup. Dari kecik membesar dalam keluarga yang camna, pastu kenal ngan persekitaran yang camna, diberi nafsu yang camna...dan blablabla...

Terlintas, sebab membaca actually. Jadi, mencari cara mengadaptasi teori.

Klau Allah tukar je kisah aku, lahir jadi anak lec ke, pastu masa degree dah terbang ke oversea, pastu smbung pelajaran sampai PHD.

Klau Allah tukar je kisah aku, lahir dalam keluarga hartawan. Lengkap semua segi, Cantik, lawa, kaya, pandai. Package.

Klau Allah tukar je kisah aku, lahir dalam keluarga agamawan. Dijaga dan diperkenalkan dgn Islamic way of life dari kecik. Persekitaran plak sume orang yang mengamalkan sunnah dan berakhlak Al-Quran.

Masing2, de ujian tersendiri.

Its never about being somebody. Ia tentang hati yang sentiasa ingin mencari jalan kembali.

Life is never about being somebody . Perjalanan hidup kita, bukan kita yang mengawalnya.

It just about, kisah camna pun yang Allah bagi, terima dgn senang hati, and react according to manual Allah.

Nabi Sulaiman sgt kaya harta, react cara orang kaya harta beriman.

Nabi Muhammad pulak tak kaya, react cara hidup orang tak kaya harta yang beriman.

So, klau berjaya, x yah riak, ujub atau takbur. X yang angkat2 diri tentang personal achievement. Bleh je klau Allah nak tukar kisah kita kan, ngan ntah saper2.Ujian Allah buat diri.

Klau gagal, x yah terlalu sedih.Allah nak kasi kejayaan, kegembiraan, bila2 pun Allah leh kasi, namun, Allah tgh nak uji.

Kesimpulannya, SEGALANYA DARIPADANYA. DOA, mintak guidance. Semakin paham, naper Doa itu SENJATA orang mukmin. Allah akan guide, Allah akan mudahkan. Submit to Allah fully. Kene rasa berbaloi lepas segalanya tentang dunia demi Allah.Hidup sememangnya pertarungan dalam mencari jalan pulang.




Wednesday, July 21, 2010

Otomen Dyna and I luv Islam

Tgh carik something kat cikgu otomen dyna...something yang berkaitan dengan kasih ibu membawa ke syurga, untuk program qiyamulail kata cikgu otomen... then i found this...something that not related to kasih ibu membawa ke syurga, something that i've read 3 years ago. 2007, late 2007....something that might sound keras to me, something that i use to motivate me, and then i came back to do the wrong doing...

Then i found this back...and I hope, Allah jagalah hambaMu ini...segalanya akan mudah, jika ?Engkau permudahkan...hambaMu sering luka parah, takkala memikirkan, dosanya yang mencalar, dan mungkinkah lagi?

Tak mahu lagi.....Hanya Engkau yang boleh mempermudahkan....Protect me Ya Rab, dari kelalaian dunia...


"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and
female except for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I
want to hear it from your mouth that it is legal in what you have
been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you
can never build it on what Allah has stated as wrong and proven
false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't even have anything to
defend it as blessed if the first step you make is by stepping into
what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah
doesn't help you so, and you must know in every family that stands
until their dying day, they have Allah on their side. You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning."

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=427

Monday, July 19, 2010

The Role of Hard Work in Research

• Research is 1% inspiration and 99% perspiration


Newton: “If others would think as hard as I did, they would get
similar results.”

• Continuous consolidation works like compound interest
Hamming: “Given two people of approximately the same ability and
one person who works ten percent more than the other,
the latter will more than twice outproduce the former.
The more you know, the more you learn; the more you
learn, the more you can do; the more you can do, the
more the opportunity . . . ”

http://www.cse.iitb.ac.in/~uday/soft-copies/what-is-research.pdf

*Perspiration (sweating, transpiration, or diaphoresis) is the production of a fluid consisting primarily of water as well as various dissolved solids (chiefly chlorides), that is excreted by the sweat glands in the skin of mammals.[1] (wikipedia)

Turning Difficulties into Opportunities in Research


Knowing right questions is the first step in knowing the answers



Hamming: “Often the great scientists, by turning the problem around
a bit, changed a defect to an asset. For example, many
scientists when they found they couldn’t do a problem finally
began to study why not. They then turned it around the
other way and said, ‘But of course, this is what it is’ and
got an important result.
Hamming, you think the machines can do practically everything.
Why can’t you make them write programs?” What
appeared at first to me as a defect forced me into automatic
programming very early. What appears to be a fault, often,
by a change of viewpoint, turns out to be one of the greatest
assets you can have. ”

http://www.cse.iitb.ac.in/~uday/soft-copies/what-is-research.pdf
Teringat pertanyaan Imam Safie terhadap gurunya… lalu gurunya berkata, “jauhi dosa, ilmu akan datang!” - komen yang menarik.

http://genta-rasa.com/2010/07/16/bila-digerakkan-hati-untuk-berdoa/#more-1081

Sunday, July 18, 2010

Al-Qasas

28 : Al-Qasas

So many ayats that attract me in this surah.

X tau nak paste yang mana. :). Recite Al-Anbiya' salu akan dapat kekuatan bila habis keseluruhan surah tu...byk cerita pasal kesulitan yg dihadapi Nabi-Nabi, kemudian mereka berdoa, lalu sulit jadi mudah.

Al-Qasas, lebih kuat lagik impactnya...Betullah, ayat2 Allah memang motivasi terhebat.

Moga Allah mudahkan. Mudahkan untuk kita semua.

Tak mampu mungkin berada dalam kebaikan, andai Allah tak membenarkan. Andai Allah tak memudahkan.

July 18

This work found that both for University undergraduates and 8-10 year old children , the personalised system had no significant effect upon learning (as measured in a number of ways).

Jumpa paper nih tadik, no significant effect ekk? Baper tawon dah area research nih. Mencabar gitu. Paper ni baru jugak, sbb latest references 2009.

Sok process narrowdown lagik + nak wat assignment. 1st assignment - What is research.

huhu...

Stress on Contribution!

Pendidikan Seks Dalam Islam

Supposely task pertama harini adalah untuk narrowdown topic research tuh lagik, sebab kene streghten the proposal itself. Nak narrowdown, pikir sendrik nih satu duration yang memakan masa gak...harap Allah guide.

Start kul 9.00 la satgi, sempat makan, mandi, pastu wat keje...taknak ganggu mood ngan topik nih.

Namun, rasa quite penting - skang nih tgh tgok Tanyalah Ustaz, I wonder naper Ustaz nih yang derang kasi suh handle - sebab jarank nampak dier dalam rancangan Tanyalah Ustaz. Rupanya penulis buku bersama Remeh Temeh Tentang Seks, bersama ngan Ustaz Zahahan.


Skang dah Bahagian yang ke - 3. Hari nih kan hari Ahad. Klau Tanyalah Ustaz Tv9, hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, akan bincang Topik yang sama. Nanti aku akan patah balik ke Bahagian 1 &2 untuk tgok. Eh ustaz nih ckp dia ada FB :). Leh Add dia. Ustaz Rohidzir Rais. Ada blog jugak http://www.al-zuhaily.blogspot.com .

Ok tulis skit eh, apa yang ustaz nih sebut tadik.

1. Hukum tgok video lucah adalah haram untuk semua orang. Tak de pengecualian walaupun untuk orang yang dah berkahwin. Menariknya tadi ustaz ckp "Ada orang yg ckp - Remaja skang, teruk - tak kawen lagik dah tengok video lucah, sy dah kawen baru tgok video-video gitu".

Nih set pening jugak,dlu kami2 nih penah ckp kat kawan - tak baik tgok video lucah, walaupun atas niat belajar ...sebab menda tuh aib orang. Then, ada kawan kasi sebab, nak belajar...klau tak belajar camne, bukan malaikat laknat ke, klau tolak seks saat suami nak. ( Dah weng! - apa lak kaitan ngan belajar ngan malaikat tuh!) ... Dah plak tgok institusi perkahwinan, jadi onstitusi maksiat - Skalik lagi, erti perkahwinan disalahertikan, dah nampak bab2 nafsu je... Pastu taknak ckp dah ngan dia bab2 gini. Kita ckp menda len ja.

Tambah lagik eh, ustaz ckp, bahaya kalau orang yang dah kawen tgok video lucah, sebab nanti masa bersama suami/ isteri, akan bayangkan orang lain. Bila bayangkan orang len, nih dah boleh jadi berzina. (Tapi dlu ada ustaz ckp takpe, tapi.........................x tau rujukannya kat mana, so better tak bayangkan orang len, aku taknak pandangan ustaz yg ckp takpe tuh...)

Teringat, penah tgok Desperate Housewife, bab Susan marah kat Mike, sebab gi kelab tut...tapi mike bukan wat pe pun, cume...ada keja kat situ....Then derang discuss..masa tuh Gabby ader, dier ckp, naper Susan marah bile hubby gi kelab tut...Laki suke gi situ sebab derang nak imaginasi je...Pastu Susan tanya, owh, Gabby imaginasi gak ke...Gabby ckp, salu je dia bayang orang len, sedar2 pastu hubby dia...then derang gelakk....

Huhu...pinau la tgok bab gini...DH bagus msg dia, tapi pendidikan seks dier tuh...I mean, if kita tak tau hukum, bila kite belajar dari dari normalisasi dunia. Hmm...Pikir la sendrik,aku malas nak hurai. DH pun klau tgok kene tapis, baper kali nak tunduk pandangan, or bangun pi wat menda len...last2 rasa bek takyah tgok je....Satu bentuk normalisasi lagi perlu ditinggalkan, demi sesuatu.

2. So camne nak belajar? Tadi ustaz ckp, nih kene research sendiri. Jgn harap kat kursus kawen. Banyak beli n baca buku2 berkaitan perkahwinan dalam Islam seblom kawen*. Aku penah ty kawan, camne dia belajar...dia ckp research sendiri ler...haha, aku ty lagik, search kat intenet tuh macam2 result kuar, tak tergoda ke..Dia ckp, sambil research tuh, istifar banyak2 laa...hadey...

3. Klau kita kawen ngan gay camne? Nih issu yg banyak aku dgr gak, ada dibangkitkan dalam tanyalah ustaz tadi. Leh mohon diceraikan, sebab tuh dah kira aniaya. Aniaya kat pompuan la..Salu gay nih dier kawen je,sebab mak suruh, n nak pemudahkan hidup untuk tutup cerita di sebalik...(nih aku salu dgr dari kawan2 aku masa kat KL dlu)

4. Isu kawen muda. Ustaz nih dia sarankan baik kawen. Perumpamaan seks ni, cam, klau kita puasa, kita gi bazaar ramadan, tgok byk makanan, sume rase nak makan kan...tapi bila dah berbuka, so takde dah rase nak makan. Syahwat cam nafsu makan gak ler, keperluan gitu. Paham2 la sendrik.

Pasal kawen muda nih pun, satu hal jugak...aku pun byk baca sebnarnya, setelah melalui satu detik.Detik yang buat aku pening sangat. Bersyukurlah semua tuh dah berlalu. And my personal opinion, baik kawen awal. Namun, yang nak kawen awal tuh kene matang la at one side. Jgn sebab nafsu jek nak kawen.

Lagik satu, hal family lah..if aku de family nanti (harap Allah permudahkan jalan ni)...dalam family tuh sendrik..I mean mak ayah kene kuat ngan prinsip untuk tak menyukarkan perkahwinan. Sebab aku byk observe, naper kdg2 ada orang kawen grand2, ada kawen besa yang...Islam prefer yang mana? Islam ckp bagi mahar sebuah Al-Quran pun ok...hmm..tapi klau skang nih, saper yang nak buat camtuh..Kita de issu penilaian masyarakat...And salunya yang nak kawen nih dier tak kesah..haha, tapi parents kesahh...So banyak back to the parents sebnarnya...Tapi x dinafikan, memang ada gak yang nak kawen grand. Sebab sekali seumur hidup. Skali lagi, kita telah mementingkan yang agak penting, tapi -bukan paling penting..dan biasanya, bila yang agak penting, diutamakan dari yang paling penting, - ada komplikasi sket.

5. Nak pi mandi la...tapi sambung sket, haha..Bab normalisasi mukadimah zina nih. Still rasa, penekanan parents dalam mendekati anak2 tuh penting. Ingat dlu, masa kat skolah,belajar pasal sebab2 kuar mani, mazi. Klau level aku time tuh, aku rasa pengetahuan tuh x cukup. Aku kene lebih detail ttg mender tuh. Tapi sape yang tau aku need detail explanation actually. Cuma, sangat merasakan, anak2 patut diberikan pendedahan, seblom, derang terdedah dengan melaluinya sendiri, tanpa tahu, menda tuh apa? Perasaan gitu apa? Nafsu itu apa? Cinta itu apa? Kene ada clear boundary untuk bezakan sume tuh. Parents! Beware dgn peribadi anak2...ada yang needs more xplaination, ada yang tak need detail...bergantung. Parents kene cekap tarik isu anak2 sejak kecil sampai besar, ensure...Sebab takut bila belajar dari surrounding ngan kawan2, jadi kot len.....menda salah jadi biasa!

As for my self, dlu2 tak penah tau, pertunangan elok dirahsiakan. Tak pernah ada bayangan dalam kepala nih, kawen, tanpa couple, tanpa dating, tanpa kuar tgok wayang!... And, i regret, bila kene lalui semua menda tuh dlu, dan alami sendiri perbezaan perasaaan, dan bandingkan dengan hukum Islam. Ia satu proses yang sangat menyakitkan, seblom kita dapat satu bentuk keyakinan, untuk menolak satu bentuk normalisasi mukadimah zina dalam masyarakat.

Bila yang salah, sudah jadi biasa. Apabila kita bicara atau menolak yang salah, maka kita seolah menolak perkara biasa. Bila seolah menolak perkara biasa, ekstremekah anda? Itu satu persoalan lagik. Hal ini akan mudah, hanya bila dimudahkan Allah dalam melaluinya.

Banyak menda yang terbalik2 kong sana sni. "Berpegang tangan itu biasa.." . Biasa saper ajar? Cube carik, hukum bersentuh tgn ngan bukan muhrim. Cari kat akhirat sok, apa balasannya.

Regret doh! Aku tak penah la pegang tangan, tuh aku anggap protection dari Allah, tapi..bykla normalisasi lain...aku sewel jugak, bila baca, bila pikir, bila observe, bila buat perbandingan kes, rase tergigit otak setiap hari.

Even menda normal, bila nak kuar dating as for example. Bila duk depan cermin nih, tak habis2 tgok,dah cantik ke, dah cantik ke. Nak pakai baju yang dia suke ke, aper ke..

Tapi de suara ckp "Aszifa berhias untuk siapa nih? Klau berhias untuk suami, dapat pahala. Klau berhias untuk lelaki bukan suami, nak lempar laki tuh dalam neraka ker? Ckp nak gi syurga sama2.."
Aszifa tanya.."Naper?,normalkan nak pakai lawa2, takan nak pakai buruk2"..."
Suara tuh diam je, tapi..aku akan teringat, pasal how woman nih, bahaya sangat kat laki, even menda2 kecik...sgt attract lelaki. Pastu pinau sudah, bila terkenang ayat-ayat Al-Quran, hadis2...wat per aku baca sume nih klau tak amal? Watpe aku jadi orang Islam klau tak tau aper itu erti bertarung dgn nafsu?
Maka, pas dating tuh, akan alamilah satu komplikasi yang aku pun tak tau, namun sgtlah tidak tenang, rasa bersalah, etc2...yang membuatkan aku rasa...kdg2 aku force diri aku untuk normalisasi tersebut..kdg2 rasa nak lupakan ja semua hukum2, nak jadi normal cam orang len...which is I can't. Aku serabut. Ada konflik tersendiri dalam diri aku,which is might effect hubungan itu sendiri...yang aku ntah tak tau nak ckp.

Sori for all men, yang terlibat. I'm still a woman, aku taknak salahkan sesiapa, melainkan diri aku sendiri. Allah kasi aku akal, suh aku pikir, camne nak jaga diri aku sendri. Even my parents..takpe, sporting klau kata orang skang. Tapi biarla aku yang pikir. Nih dari episod tanyalah ustaz jugak - Dayus, seorang bapa, bagi anak dia kuar berdua ngan lelaki lain, even masa tempoh pertunangan. Biarlah aku ingat menda tuh salu. Biar aku ingat, jgn mendayuskan bapa aku, dengan normalisasi masyarakat skang. Klau nak jadi isteri yang baik, adalah berlandaskan tanggungjawab. Dan skang, tanggungjawab aku adalah ngan parents aku. Klaulah skang aku langgar tanggungjawab tersebut, masa dah kawen nanti, aku pun mudah untuk langgar tanggunghjawab ngan hubby.

Betapa baik pun kita mengawal diri. Kena renung fitrah hati. Hati tuh sifat dier bolak balik, kejap camtuh, kejap camnih. Kene renung fitrah iman. Iman tuh kejap naik, kejap turun. Hati dan Iman tuh, berubah2...jaga2...thats why Islam prevent . Islam mencegah pertembungan laki dan perempuan dalam bentuk normalisasi mukadimah zina dalam masyarakat skang, sebab memang patut dicegah. Hati bolak2, iman turun...siap...weng dedua orang satgi, asek rindu bayang nak jumpa je rasa!Allah sayang kita, sebab tuh Allah larang. Follow aszifa, follow.

Banyak lagik la soal ni klau nak ckp. Aku tak pikir menda2 nih last back 5 years. Pas keje gitu baru pikir yang lebih mendalam. So its like, I hope, seblom aku kawen, aku sempat tobat, sempat bersih, sempat Allah ampunkan dosa2 aku. Kadang2 aku duk sorang, ada suara ckp
"Aszifa nak ke, nanti masa dah kawen, ada masalah ngan hubby, anak2, tapi atas sebab normalisasi mukadimah zina ini.."
"Taknak" jawab Aszifa
"Taknak, kena perang.." kata suara itu
"Bukan senang" jawab Aszifa
"Step by steplah...satu persatu tinggal..dan mohon Allah mudahkan.."

Ustaz ckp, nih ustaz Bahasa Arab aku ckp, klau kita taubat, tapi, kita still buat, taubat kita tak diterima, dan klau kita taubat, tak semestinya Allah tak balas. Allah still bagi balasan kat dunia kdg2.

Jadi, semuanya, terpulang pada Allah. Dosa kita memang banyak, tapi, dengan Rahmat Allah ia terampun. Kita juga masuk syurga bukan sebab amal kita..sebab takyah eksyen ar, amal kita banding ngan nikmat Dia mmg takleh compare. Kita masuk syurga sbb kasih sayang Allah. Sebab rahmat Allah.

Its 9! Babai..

Lagik satu bab Zina Hati. Parents, ensure menda nih clear, what is Zina Hati. Dah2, kene pi mandi. Orang letak you tube ustaz Azhar eh! Takde xplanation detaill..kene carik sendrik..Tapi hukum ada ckp kat sni...chow!



Klau nak tgok video Pendidikan Seks Dalam Islam (Tanyalah Ustaz) - leh gi tgok kat TV9 nye web.


Saturday, July 17, 2010

Goal Setting

Masih mencari motivasi sebenarnya nih, untuk mengukuhkan keyakinan. Coz, everyday, kita akan bertanya kepada diri sendiri. Di saat kita down, we'll come back to the goal...itulah yang akan memotivasikan.

Randomly searching pengalaman orang lain nih. Found a nice blog of PHD student. I'll paste something useful :

Perjalanan buat research ni memang banyak jatuh bangun. One day…bila experiment berjaya, result convincing, supervisor puji…kita over the moon. Tapi one day…bila parameter setting tak kena, metal deposit tak cun, supporting staff mempertikaikan idea kita…kita hit rock bottom. Hari ni…segalanya tak menjadi, itulah sebabnya tulis ni. Ok..set semula keyakinan…set semula niat…
  • Saya belajar kerana perintah Allah
  • Saya belajar untuk sukakan Allah
  • Saya belajar untuk mendapatkan ijazah, saya tertekan. Saya belajar untuk sukakan Allah, saya tenang.
  • Hanya Allah yang menentukan saya dapat PhD

Nice : Live for Allah!
Sesungguhnya Ibadahku, Hidupku, Matiku Hanya Untuk Allah SWT.(QS. 6:162)

http://epxnish.blog.friendster.com/2006/03/ups-and-downs/
http://epxnish.blog.friendster.com

* Masih meneruskan membaca mencari motivasi. Posibilities yang mungkin akan kita hadapi. Not to dwell on the prob, tapi bila prob datang, kita tahu, itu bukan masalah kita seorang. Namun, masalah "as overall" yang semua orang alami. It might calm us, somewhere, just to feel that, its ok, its normal...I'll overcome this. Allah will help me. :)

Friday, July 16, 2010

Bayangan dan Lintasan

Tak boleh tido. Should - bagitahu diri sendiri, tidur adalah satu bentuk ibadah jua. Menenangkan diri, dan menyuruh anggota berehat, demi esok yang sihat. X menjadi, lalu option kedua, meluah.

Ada bayangan yang datang. Bayangan tentang SaifulIslam training :). Remember that girl 'sface. Orang Sabahan gitu kalau ikut gaya cakap. Tak perasaan dia datang ngan sapa, sebab dia duduk sorang2.

29 May 2010 - Usm Penang

Time makan, baru perasaan, ada someone dengan dia. Lelaki. Tuh pun satu meja ramai2. Baru perasaan. Owh, tadi girl ni di hujung sini. Lelaki tuh di hujung sana masa tgh tgu sesi pendaftaran. Tak nampak bercakap pun sepanjang menunggu.

Lepas tuh masa dalam sesi perbincangan, its my illusion ke, or memang derank 'kawen' to be? Tak ingat. Tapi seingatnya mmg 'kawen' to be.

Ntah naper teringat kat bebudak dua orang nih. Namun my feeling masa tuh, i respect the way sorang di sini, sorang kat sana.

I respect the way, masing2 hadir, untuk mendapat perkongsian ilmu tentang Keluarga Bahagia, sebelum masing2 berumah tangga.

I respect the way, tentang bagaimana mereka mempunyai perspektif yang sama, mencari ilmu yang sama. Merindui, pasangan yang boleh bicara dari akar yang sama, dengan bahasa yang sama.

Why I'm writing all this, malam2 gini? Entah.

Coz I wanna sleep, lalu muntahkan jua, apa yang terlintas kat sni.

Something nak ckp diriku?

Takder. Cuma ada lintasan berlalu. Bak fahaman semua, perkahwinan itu, seperti menunaikan separuh daripada agama. Lintasan lagi... jadi, kalau berusaha menunaikan separuh daripada agama itu, tanpa memikirkan hasilnya, masih berusaha bukan?

I've committed mistakes, mistakes yang kadangkala datang melintas2 sebagai bayangan. Namun diri yang positif terus memberitahu diri - "X ingin mengenang kesalahan itu, namun ingin belajar daripadanya."

Yes. Forever i'll convert them kepada pengajaran.

Berusaha, dalam ertikata, berusaha sebagaimana yang diredhai Allah. Lintasan lagi-There will always an inclination for woman to follow man. I believe in that, and it is like that. Sebaik mana seorang perempuan, seteruk mana seorang lelaki, woman will always feel an inclination to follow him. Ia fitrah mungkin. Perempuan di belakang imamnya semasa solat. Or i'm just another conservative girl in this world. Apa guna ada seorang lelaki di sisi, if i'm not ur follower. Itu fitrah sy. Perempuan tetap mencari sisi, untuk diikuti.

Jika yang diikutnya tempang, maka tempanglah jua perempuan itu. So there i look, betapa, betapa pentingnya, untuk mendapat seorang yang baik sebagai imam. Namun janji Allah tak pernah mungkir.Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

Itu kerapkali soalan pada diri. Sudah baik kah diri? Setakat mana diri ini menerima diri dalam persepektif kebaikan islami itu sendiri? Setakat mana diri ini, setakat itulah saja yang akan diterima diri. Evaluation, seringkali, bandingkan diri dengan manual yang Allah bagi. Bandingkan kehidupan kini, dengan kehidupan seruan Allah dalam Al-Quran setiap kali.

Pasti, menjumpai sisi untuk diperbaiki. Teruslah membina keyakinan, kemudian membina istiqamah. Pantanglah apa yang perlu. Berlawanlah dengan nafsu. Terlampau panjang untuk dielaborate soal ini. Namun diri sememangnya sudah terlalu mengerti apa yang ingin ditulis jari.

Setakat mana diri, setakat itulah suami. Setakat mana diri dan suami, setakat itulah saja anak-anak. Ia pembinaaan generasi. Betapa pentingnya mengolah diri. Pandangan peribadi, yang kerapkali di simpan saja, namun, diri sememangnya kagum akan lelaki, akan kelebihan yang Allah beri kepada lelaki. Lelaki itu, satu darjat lebih dari diri ini. And i truly believe in that. Selamanya, sy tetap di sebelah dan mengikuti dan mematuhi.

Selalu memohon kepada Allah, agar dipermudahkan urusan. Selalu mohon Allah guide dan tunjuk jalan.Lintasan lagi, kadangkala, ia bukan mudah yang mudah. Kadangkala ia jalan dunia yang nampak sempit dan kesempitan dalam melaluinya bertimpa2 dengan pelbagai peristiwa.

Tapi dalam sempit itulah cara Allah mudahkan kita dekat padaNya. Dalam sempit itulah cara Allah tunjuk jalan pada kita.

Lintasan lagi memesan diri - You might jatuh lagi, kerana itu hidup. Namun, selepas ini, tiada lagi berfikir tentang kejatuhan, melainkan saat jatuh, terus fikirkan untuk bangun kembali.

Kadangkala, saat hujan turun, kita payung diri dari hujan. Namun kadangkala, jika ia terlampau bertimpa2...relakan hujan itu turun dan menimpa, lalu hayati saat itu seindahnya. Not a wise nasihat, namun kadangkala sememangnya kita kena terima....begitulah keadaannya. Begitulah adanya. Berehatlah dalam hujan itu.

Mungkin juga, pelbagai lintasan ini tiba, kerana diri, sudah memilih menyerah diri kepada suatu proses penyelidikan yang akhirnya akan dipersembahkan dalam bentuk tesis. Ia bukan jalan mudah sebegitu saja. Dan diri tidak memilih ia kerana ia susah atau mudah. Cuma merasa inginkannya. Ingin belajar sesuatu darinya.

Never a too ambitious anymore. I make myself remember, segalanya mungkin. Segalanya mungkin diriku. Kadangkala, usaha kita baik, namun takdir tak tertulis sebagaimana diri ingin. Kadangkala, never a blame, kalau diri sendiri yang tidak berusaha sebaik itu. Ada ambiguiti tersendiri jalan ini.

If the motivation is needed everyday, then everyday the motivation will be given. Not about the brilliance, not yet a determination. Again, its about confidence dalam meneruskan satu jalan pilihan.

Ada satu segi, yang kita sedayanya membina keyakinan. Sekarang kita sudah di - stage istiqamah (determination) . Alhamdulillah for the faith given.

Jadi ini satu lagi segi, untuk kita bina keyakinan diri. Saatnya akan tiba, yakin tidak menoleh lagi. Pray. Pray. Pray. Allah ada di sisi.

I know that, bukan mudah ingin menyesuaikan diri, sudah mula perlu menyesuaikan diri, membiasakan diri. Namun itulah satu jalan yang perlu kita lalui.

Pray. Pray. Pray. Allah ada di sisi.

Erti Hidup Pada Yang Memberi ya Ustaz :)

Thursday, July 15, 2010

Al-Shuara

26 : Al-Shuara

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim. (10)

Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu? (11)

Nabi Musa merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku. (12)

Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya dia membantuku). (13)

Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku. (14)

Allah berfirman: Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu mendengar. (15)

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan. (61)

Nabi Musa menjawab: Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku. (62)

Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Pukullah laut itu dengan tongkatmu. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. (63)

Furqan

25 : Al - Furqan

Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. (2)

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (63)

Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (64)

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. (65)
Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk; (66)

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (67)

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; (68)

Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. (72)

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. (73)

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (74)



Ketentuan takdir yang sempurna. SEMPURNA.


sempurna : (kamus pelajar)

2 sudah selesai dgn sebaik-baiknya; teratur baik-baik:
1 tidak ada kekurangannya atau tidak ada cacat celanya; cukup lengkap; baik seluruhnya
menyempurnakan menjadikan sempurna
kesempurnaan keadaan atau hal sempurna


Nur

24 : An - Nur

*Touched me, somewhere. Heart. Probably.

Allah yang menerangi langit dan bumi.

Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu;

lampu itu dalam geluk kaca (qandil),

geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang;

lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari);

hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api;

(sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya.

Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (35)


Cahaya berlapis cahaya.

Laksana bintang yang bersinar cemerlang.

Bandingan apakah itu?

Bukankah terlampau terang penuh keindahan?

Guide us Ya Rabb.

Segalanya mudah, hanya jika Engkau yang permudahkan.

Wednesday, July 14, 2010

Bersiap sedialah setiap masa

23 : Al - Mukminun

Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat. (109)

Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka. (110)

Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya. (111)

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi? (112)

Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung (umur). (113)

Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (114)


Always start a day, dengan semangat yang baru. Dengan merasa, hidup di dunia ini hanya sebentar, kerana itu hakikat sebenarnya.

Pabila sebentar, tiada masa, untuk berfikir remeh, untuk berfikir yang tidak seberapa penting. Semua itu mengganggu fokus.

Walau sedetik, berfikir tentang kesedihan lampau, berfikir tentang, ketakutan dunia, berfikir tentang, pandangan orang lain yang tak dapat diubah, segalanya, walau sedetik, amatlah merugikan, rugi, kerna masa tidak dapat dibeli, sedang hidup, hanya sebentar cuma.

Fokus, dengan perkara yang paling penting. Penuhkan minda, dengan perkara2 positif tentang persekitaran, positif tentang masa depan, positif dalam mengharung cabaran di dunia yang sebentar ini.

Matlamat kita hanya satu, Allah. Positif selalu tentang perubahan diri, positif selalu, dalam mengejar Islam yang sebenarnya. Kesabaran kuncinya. Sabar. Worth it sabar tu. Walau masih jauh dari sempurna.


Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (114)

Monday, July 12, 2010

Welcome to the only class!

Welcome to the only class :

(1) CCS591/4 - Research Methodology & Empirical Methods in Computer Science.


Munir Zaman, Dr
Senior Lecturer

Iman Yi Liao, Dr
Senior Lecturer


073:008 Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

031:022 Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.

Selamat Beribadah.

Sunday, July 11, 2010

Nothing are too critical.. @ Tak sakit otak

Progress - Page 9

Motivation - Semakin byk yang diketahui, semakin menarik ia menjadi. .: Bacalah, teruskan membaca.

Fokus - Jalan lurus. Takde bengkang bengkok, takde menda len @ esp menda2 remeh, yang dibiarkan menggigit otak..

Tuesday, July 06, 2010

Saya mahu

Saya mahu tenang,
Saya mahu yang baru,
Saya mahu segalanya yang baru,
Saya mahu yang baru...

Yang lama,
Saya ingin semua ditinggalkan,
Hanya sebagai kisah lalu,

I want a new me,
A peaceful one,
As usual it will require time,
Hope, it will not just be hope,
Hope it turns to be reality,

A new me,
Which will then complete by,
A new someone.

Monday, July 05, 2010

Ubat hati



Salu dengar lagu nih bila nak rasa peaceful...dan kadang2,bila rasa nak kekuatan melalui amalan,lagu nih banyak mengingatkan diri...tak paham bahasa jawa tuh..jawa ke eh...kene dengar yang belakang, versi bahasa indonesia:)

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah


Perlu kekuatan sama, untuk baca buku yang tak habis baca lagik .. :

Romanticism:A Weapon Of Satan

In societies distant from religion, right is often presented as wrong, and vice versa. Unbecoming behavior which will not please God may be favored and encouraged. Romanticism is one of those wrong sentiments which is assumed to be "right". This book reveals what a serious threat romanticism - which is imagined to be a simple character trait -poses to societies and individuals, and shows how easy it is to eliminate this danger.

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/921/ROMANTICISM:A_WEAPON_OF_SATAN


Ubatlah hati, kerna hati yang tak terubat, amat sukar menerima kebenaran, walau dia seorang pencari kebenaran.