Tuesday, April 29, 2008

Bersemangat n hepi, thats my key!

As usual in LRT, i grab my henset n see if got msges that i havent reply. Takde. So I create one msg :

Pa, tlong doa bagi jie seronok arini. Jie kena siapkan kija. Doa bagi Allah kasi idea banyak kat jie pa. Thanks! Klau bleh wat solat hajat skalik, bagi hati ji tenang dan fokus.

And glad, papa call just now.
Ok ker jie?
-Ok pa, jie ok-

Susah dalam mendescribe hubungan parents dan anak2. I alwix thank to God, as He has given me such supportive parents. Even my stepmother is a good person. I remembered, when i was in skool days, i cant understand, why some of my fwens have conflict with their parents. Susah sangat ker? Hmm...

When mama past away, saat2 sukar itu datang. Segalanya berubah, dalam sekelip mata. Sukarnya, zarah besi yg statik, sudah mula bergetar, untuk berubah strukturnya. When i remembered all those hard days, I again thanx God --hah, I've pass the challenge..

Kak Noreen, '@$#^&*......' its a very long story that i've told her. What is my opinion, what is feeling towards that situation, n blablabla...

And i remembered...kata kak Noreen, Jie, hubungan dengan mak ayah ni, seratus peratus tuhan letak kat sini. Kalau hubungan dengan kawan, kita slack 10%, kita masih ada 90% dengan amal2 yg lain..mngkin!

Tapi dengan mak dan ayah, Allah letak disni penuh 100%. 100% mesti perfect. Klau terguris sedikit hati mereka, walaupun sedikit, berhatila2 kita, mahu di dunia apatah lagi akhirat.

Ramai antara kita, yang ada konflik dengan mak ayah, tak sedar, ini ujian buat kita sebenarnya. Mak dan ayah dijadikan bukan untuk melengkapkan kita semata2. Yes- at one side, mereka seharusnya lebih baik dari kita. Tetapi ingat, di mata Allah, setiap dari kita adalah individu, dan setiap dari kita diberi ujian dalam meneruskan kehidupan. Mak dan ayah ini, selain berperanan sebagai ibu bapa, mereka adalah ujian yang sangat besar, Allah letak untuk kita.

Slack skit dengan mereka, maka habisla semuanya. Allah dah cakap, Allah tak akan redha dengan kita, kalau mak ayah tak redha dengan kita. Jadi sebagai anak, kita dah ada tanggungjawab kita sendri, yang perlu kita penuhi sebagai anak. Walau kita tak puas hati camna pun dengan mak ayah kita, kita tak bleh claim- they should do this, they should do that...tegur ada caranya. Kena dengan cara yg sangat berhikmah. Tak boleh melukakan hati orang tua.

Sometimes i just miss my mom, some of us may claim, tak bleh pegi mana2, sbb mak tak kasi, cannot explore life to the fullest, sbb mak tak kasi. Kita selalu mempunyai kehendak yg bertentangan dengan situasi kita ya. If i ever got the chance, i will just stay with my mother. Tapi jelas itu bukan jalan hidup aku. =] Jadi redhalah aszifa aris, dengan jalan yang telah dipilih. And be a good daughter!

To end the phone conversation
Pa : Oke jie, duduk elok2, papa pun dlu susah2 jugak, dari bawah berusaha.
Jie : Yeap pa, jie ada permintaan, dalam masa ni, please doa buat jie, setiap hari, supaya jie sentiasa bersemangat dan hepi, bersemangat dan hepi. Takpa, kalau Allah nak kasi macam2 dugaan dekat jie, tapi jie cuma pohon kekuatan dalam menghadapi segalanya..
Pa : Okeh papa doa, ok jie...

We miss the past, and whatever past is past

And we continue to live, with what Allah has given...Fahim comot!Rambut jambul..



Tin Tong!

I alwayz know that i will recover from this kind of feeling...cam buek! haha..and i will, i will, and i will...and i am, i am, and i am on the way to it. Just finish this thing first. And shut all those stupid things. Think toooooooooooo much alredy. Just cut down all those branches, I just want to focus to the rooot...aish!

some Keyword search that makes some of u reach my blog. no 14 n 17 captured my eyes for a while..weh ko cari nama ko lagik ekk?

Sunday, April 27, 2008

Mari mengenal warna diri !

Ye kawan2, harini mari kita mengenal diri, dan sy memulakannya dengan menyatakan sy sebagai seorang yg berwarna biru. Hihi. Oke, how do I know? This is a test, yg dibuat masa kat USM dlu. Another color of my self is putih. Berdasarkan test tu, BIRU memang kuat, putih kuat jugak, tapi tak sekuat biru. I jump back to this area of my interest. Think of mendalami it konsistenly.

BIRU

Sikap PositifSikap Negatif
Matang
Intelek
Berpandangan jauh
Cekal dan tabah
Tegas
Kebolehan fizikal
Cita-cita tinggi
Agrasif
Bergaya
Bertanggungjawab
Keterampilan kemas
Pengawalan diri
Kemewahan meterial
Praktikal
Super ego / keras hati
Putus asa
Kelemahan fizikal
Pelupa yang keterlaluan
Konflik dalaman
Malas
Mementingkan diri
Menindas
Tidak sensitif
Bangga diri
Rasa bersalah yang mendalam
Kekesalan yang berterusan
Kemiskinan
Teori
"Mereka yang aktif menggunakan organ bahagian bawah ialah golongan berpesonaliti Fizikal. Personaliti Fizikal banyak berkaitan dengan kerehdoan, dan redho ialah penawarnya."

PUTIH

Sikap PositifSikap Negatif
Deria otak yang peka
Bijak / Cerdik
Perancang
Boleh membaca situasi
Yakin diri
Jujur
Martabat
Kepimpinan
Petunjuk
Ilham
Disiplin
Penumpuan
Keajaiban diri
Rasa bertuan
Penguasaan
Kuasa dalaman
Imnuniti
Ego / keras hati
Putus asa
Murung
Kebimbangan
Hiperaktif
Mudah terpengaruh
Ketakutan
Riak
Kebendaan
Suka memerintah
Tidak mahu mengalah
Tidka tentu hala
Tanpa matlamat
Nasib malang
Serangan penyakit
Hilang arah / punca

"Mereka yang mempunyai sistem tubuh yang aktif di bahagian kepala adalah golongan yang perpesonaliti Spiritual. Personaliti Spiritual banyak berkaitan dengan ketenangan, dan tenang adalah penawarnya.

So my biggest strength akan wujud bila aszifaris redha..Satu sifat yg sememangnya salu disebut2 dalam blog ni untuk mengingatkan diri sendiri, takkala tak mampu menahan. =] Setiap orang lain pelbagai ujiannya...

"Hening, sabar, ikhlas dan redha adalah sifat sel

Orang yang hening akan melakukan kerja-kerjanya dengan penuh fokus, terurus dan tersusun. Begitulah juga dengan sel; ia menjalankan aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah sangat tertib dan harmonis. Tiada kesilapan atau ralat yang berlaku dalam segala aktiviti-aktiviti sel. Segala aktiviti yang sempurna hanyalah boleh dilakukan apabila berada dalam keadaan fokus dan fokus hanya akan diperolehi apabila berada dalam keadaan hening. Setiap sel tubuh mempunyai tugas-tugas yang tertentu yang spesifik. Setiap sel tubuh amat faham akan tugas masing-masing berdasarkan ilmu masing-masing. Ini menunjukkan bahawa sel-sel tubuh amat fokus dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya. Walaupun begitu, sel-sel tubuh juga sangat peka (alert) terhadap pengaruh sekeliling. Ia bersedia pada bila-bila masa untuk menerima dan menjalankan arahan sampukan (interrupt) atau kecemasan apabila diperlukan yang mana arahan ini akan diberikan oleh hipotalamus melalui isyarat (hormon) yang dihantarkan kepadanya. Jika sel-sel tubuh tidak bersifat hening, segala aktivitinya akan manjadi kacau-bilau dan fungsi-fungsi organ tubuh terganggu; ini akan menyebabkan berlakunya penyakit.

‘Keheningan’ sel-sel tubuh berkerja dapat diperhatikan pada ketika ia menghasilkn antibodi-antibodi yang tepat apabila tubuh diserang bacteria merbahaya. Tidak mungkin sel-sel tubuh dapat melakukan aktiviti-aktivitinya dengan tepat jika ia tidak berada dalam keheningan.

‘Kesabaran’ sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara sangat teliti dalam aktiviti-aktiviti yang sangat kompleks. Walaubagaimana berat/ sukar sekalipun kerja-kerja itu, sel-sel tubuh tetap akan melakukan aktiviti-aktviti yang berkaitan sehingga berjaya.

‘Keikhlasan’sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara konsisten sepanjang masa hingga ke akhir hayat tubuh.

‘Keredhaan’sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara konsisten sepanjang masa walaupun ia ‘dianiaya’ oleh tuan tubuh. Walau apa pun yang dimakan atau diminum oleh ‘tuan’nya, tidak kira sama ada makanan atau minuman itu berkhasiat atau tidak, sel-sel tubuh akan tetap menjalankan segala aktivitinya seperti biasa mengikut kemampuannya (dengan penuh redha)."


=] Konsisten walaupun teraniaya ya orang biru! haha...

* Key :
Orang Putih : Keheningan
Orang Pink : Kesabaran
Orang Hijau : Keikhlasan
Orang Biru : Keredhaan

Theres lot2 info about this theory, but things that I've paste here are from :
http://www.warnadiri.blogspot.com/
http://rawatankesihatan.blogspot.com/

Saturday, April 26, 2008

Life is alwaiz cantik...

Baru balik dari exercise (shoping)…

Klau aku cakap exercise, kira shoping la tuh ekk…tuhla aritu waqas dok cakap derank pegi gym exercise. Aku taknak gi gym aku ckp, sbb aku exercise kat supermarket…20 min berjalan pun, burn banyak kalori kan…naik tangga, trun tangga, barang dpat, dapat bersosial dengan rakan2…dan jugak menambah luas pengalaman.

Arini seperti biasalah aku gi kelas ngajie, lewat bangun! Ar dah kul 10…kak sti plak dlam blik air, siap2 dah kul 10.30..amik train sampai kelas kul 11.00. Sib baik tak gelabah baca…hikhik…

Kak lina tak datang arini, gi kija, kak sherry pun dah lama tak nampak..takan dier dh gi UK kot…hmm dia cakap nak gi duduk UK aritu..Kak sherry ni dier salu nasihat kewangan dan kerjaya. Kak lina ni plak klau nak pi mana2 tanya dia, dia tau suma.

Ustaz cakap, nanti sebelum cuti semester (cuti sekolah, kiteorang pun cuti..hehe) ader exam…hah, semangat sume orang, ‘soalan camne ustaz’, baper soalan? Bentuk soalan camne? Objektif dah la ustaz! Rumi ke jawi? …ngah2..macam2 la derank..

Ustaz senyum je, ustaz cakap, soalan tak tau lagik baper, soalan akan berbentuk objektif dan subjektif… Contoh soalan : Nyatakan mahraj huruf ‘sa’ . soalan Dalam rumi.

Kalut la akak2 meminta nota. Ade sorank akak cakap, mintak nota jie, tulisan dier cantik…I take that as compliment n motivation. Hik hik…

Akak2 ni ske ngusik maybe sbb aku paling muda kot kat situ. As am I here, aku salu paling muda, dalam team aku paling muda, masa training dlu pun aku paling muda .…Kat rumah ni pun aku paling muda...Betapa lebih pengalamannya orang len berbanding diri aku….

Kena stadi la ekk, dah lama tak stadi. Aku seronok gi kelas ngajie ni, sbb cam banyak nak didiscover, n then, suma orang pun cam bersemangat nak belaja. Maybe sbb masing2 pegi on effort, takde orang nak paksa…So, willing, pastila lebih bersemangat …Then, ukhwah dan sharing itu wujud. Sbb cam pelajar yg lemah tak lari dari rasa nak belajar dari pelajar yg lebih baik. Then klau ader info2, cthnya, jadual perkim ni, then selawat2 ker, derank akan fotostatkan dan kongsi ngan suma. Ader sorank makcik ni, dier dapat free gift, then dier bawak kasi kat suma orang dalam kelas. Ada yg dah khatam Al-Quran, tapi still gi ngajie lagik. Sbb best. Akhirat base.

Kelas ngajie ni free, setiap hari, kecuali hari jumaat. Bermula dari kul 8 pagi sampai 10 malam. So, we can choose, nak pegi kul baper, satu jam sehari, seminggu 2 kali. Contohnya, like myself, I take class on Saturday and Sunday. Kul 10.30 sampai 11.30 pagi.

Kelas tuh ikut kekosongan la, gi pejabat, tgok schedule dlu, then pilih la nak ikut kelas mana. Cam aku ikut kelas from basic…as for me yg cetek ilmu ni, its important, untuk membetulkan mahraj, tempat keluar huruf suma, belaja dalam kelas basic.

Some of akak2 kat sni, banyak jugak yg gi kelas kat perkim. Kelas kat perkim pun free jugak. Kelas kat perkim lagik la pelbagai. Akak2 ni suh aku gi kelas, kata derank, muda lagik, pegila belaja bahasa arab. Then kelas kat perkim ni campur ekk laki pompuan, klau kat yayasan Al-Quran, separate laki pompuan. Ader akak tuh cakap, ha, pegila jie perkim, bleh carik jodoh skalikk…(ehemzz)..

Lepas balik ngajie, aku terus gi mid valley. JJ ada sale, 15% diskaun untuk Jcard member, esok last. Sempat la shoping sat. Pastu aku gi lepak kat mph, sampai kul 4.30. aku duduk kat situ, dok unwrapped suma buku. RM700 aku shoping buku arini.

Life is always beautiful, when we alwiz consider the positive part of it, and fired those negativity.

Friday, April 25, 2008

We alwiz wait for Friday uh?


Jeng jeng jeng, cik aszifaris gi amcorp, cari duit…

“ akak, ingat saya lagi tak??”

Terkebil2 si akak, “ owh ya ingat dik…”sambil tersenyum lebar.

Akak smalam sy cicir duit dua ratus, akak nampak tak?

Si akak dah muka cuak, cam ekspresi ..” takder dik, smalam kuarnya seratus aja kan

Hmm..cik aszifaris merenung, sambil terdiam sejenak…memikirkan sesuatu yang tidak pasti…

Si akak dah buat muka kesian, “ klau ada dik, pasti akak simpan”……

Takperlah, pastu cik aszifaris bersama cik baiti naik eskelater ke tingkat 4, gi makan Kenny rogers…Nyum nyum…



Things that running inside my mind :
J2EE
MPH
Kelas ngaji
Dr Alya
Bangunkan semangat
1st mei balik ker tak?
Pdf report
Kursus personality ?
Pelaburan?
Insuran?
Keta?
Kamera?
Kelas menari?
Kelas tafsir?


Banyaknya kan. Menda yg patut dibuang :

J2EE, MPH, Kelas ngaji, Kursus personality.

Action towards :

Dr Alya – Balas la email dier, yg tak reply paseipa ..aish…terangkan condition sebenar

1st mei – gi la konpom ngan kawan tuh, amik je la cuti. Then klau tak balik, kansel je la cuti.

Pdf report – ye menda tuh akan jalan. Buat ja! It will succeed.

Pelaburan , keta , insuran kamera. – kamera kansel…kehendak, bukan keperluan. Kita beli buku bulan ni. Pelaburan , keta, insuran? They need analisis. Spend sometime towards them-Not now. Not now..maybe, selasa malam minggu depan….

Kelas manari- not now..

Kelas tafsir on May..not now..

Ada orang ajak kuar, tapi untuk suka2 lagik…tak bawak ke mana rasanya..aku senyum ja..tanpa ada apa2 respon…=]

Disaat cinta tercipta
Semestinya ku merasa
Dikala hasrat mendalam
Semestinya ku berbalas

Dari hati kini kusadari
Tak semestinya kuberkasih
Jika hati tak dapat berbagi
Baiknya rasa itu tersimpan dalam

Semestinya aku mencinta
Seharusnya aku menyayang
Oh maafkan jika semua ini yang kuberikan
Untukmu

Dari hati kini kusadari
Tak semestinya kuberkasih



Thursday, April 24, 2008

Tetap melangkah, walau hanya selangkah...

Makcu bile nak balik? Fahim borink dok ngan opahh..haha..

Topik harini ialah. Cik Aszifaris CICIR DUIT. RM200. Besh tak? Never happen to me before. Okla, memang niat bulan ni, nak tambah saving lebih 200. Cey, kira berniat nak menyimpan wang lebih la ni..so, kuarkanla duit lebih 200.

Then seperti biasalah, gi shopping kat amcorp. Rm400 inside my pocket. Duit ni nak bayar sewa umah ni. Then bli baju, Give RM100. Baki simpan dalam purse. SO RM300 lagik baki. SO dah lewat, gi mayang suma dlu, dan turun bawah balik. Teringat nak seluk poket. Hah, menangis aku tgok RM100 je tinggal. Suppose 2 ada lagik RM300. Rm200 dah chow. Dok recall kat mana, kat mana cicir...Instict kata kat kedai, masa bli baju tadik....Gi balik, kedai tuh dah tutp..Nak sedapkan hati, naik balik surau, toilet n suma tempat yg aku lalu, tapi takder ahh...

Aku de wat salah ke? RM200 niat nak simpan, tapi lesap. Tapi cam leh ok jek..Ok je la, esok klau free masa lunch leh pegi kedai tuh balik dan tanya, ada tak cicir. Pastu klau takde takpela, dah bukan rezki aku, yg sendrik lalai saper suh kan. Dan klau orang yg amik duit tuh, takpe la aku halalkan jerk...Sebab nanti kot ye dia dah nak masuk syurga, tapi disebabkan rm 200 aku tuh, tak pasal2 tersangkut. Tak berbaloi plak aku pikir. So, takpela...ambikla.

Nanti beringatla ye cik aszifaris.

Kak linda call tadik, tanya apa jadi, 2 ari msg tak balas, kol tak angkat...pastu kak linda kata dia tanya kakak, kakak kata jie tuh mmg tak balas msg kakak pun..Nda risau, adik dier dok jauh, atlest reply la ok ke, aper ker, ni...satu apa pun tadak berita...ntah jadi hapa ke hapa..hek hek..Ye sori, aszifaris bersalah lagik...Cik aszifaris cek henpon 2 kali ja, waktu pagi nak gi kija, ngan waktu magrib time nak balik dari opis...msg reply dalam lrt, waktu time pagi2 nak gi kija...dalam 5 min, tgok la baper msg leh reply..klau malas tuh malas ahh...Lagik stu suka letak enset dalam laci, dalam laci manae de line kan....Busuk tul la perangai cik aszifaris ni...

Jack pun br dapat reach aku smalam, nak kata aku bz? bz ka, tak pun, biasa jek, org len pun kija jugak, tapi reply je msg..hehe..so its not about org2, or persekitaran..its all about me bebehh...

"Seandainya manusia mampu melihat masa depan mereka hanya beberapa jam, beberapa hari, beberapa minggu, beberapa bulan atau beberapa tahun ke depan maka akan ramai manusia yang mendapt kenyataan bahawa mereka menyerah dan berhenti berusaha ketika pencapaian sudah sangat dekat. Mereka sudah hampir berjaya, tetapi mereka kurang memiliki ketahanan yang diperlukan untuk terus bergerak. Mereka hampir saja meraih dan menggenggam objek hasrat hati mereka, tetapi mereka terlalu cepat berhenti berusaha. Dengan sedikit usaha lagi, sedikit gerakan ke depan,sedikit ketetapan hati, ketabahan dan kesabaran, mereka akan mendapat mahkota kejayaan.

Dunia dipenuhi dengan orang yang memulai. Orang2 yang boleh mencapai penamatlah yang jarang ditemui, Mengapa dengan begitu ramainya orang yang memulakan, namun hanya sedkit yang mencapai penamat? Dengan pelbagai alasan, kebanyakan manusia keluar dari arena kehidupan dan memilih untuk menjadi penonton. Mereka terumbang-ambing ditelan waktu dan membuang masa dengan sia-sia.
Memang ramai orang yang merancang suatu pencapaian kejayaan, tetapi hanya ada sedikit yang bersedia menebusnya dengan pengorbanan yang diperlukan untuk mencapai objek hasrat hati mereka.

Ramai orang yang mempunyai kehendak untuk bergerak menuju kejayaan ketika keadaan belum berat, Ketika mereka berhadapan dengan kesulitan, pada saat penghalang menghalang perjalanan, mereka bukannya menyingkirkan semua penghalang itu dari jalan, melainkan berhenti. Kerana gagal menemui jalan penyelesaian yang mudah, perjalanan mereka untuk terus ke depan, terus terhenti.


Agar boleh mencapai sasaran, untuk memenangi pertandingan di arena kehidupan, kita tidak boleh berhenti di tengah jalan, kita harus terus bergerak ke depan. Jika tujuan kita jelas, kita harus menundukkan semua kesulitan. Kita harus tetap bertahan untuk tetap bertahan maju, betapa pun gelapnya hari, atau betapa pun besarnya penghalang." -Dale carnegie, in one of his book.

Wednesday, April 23, 2008

Meski ia jauh...

"Kak Noreen, naper kadang2, kita usaha, tapi tak dapat dapat jugak? Kenapa setengah orang, laju ja, cepat masuk suma, kenapa setengah orang kena usaha banyak2..banyak yg banyak, baru nak dapat..penat. Cam nak nangis kdang2.." soal cik aszifaris, di awal tahun 2, disaat rasa cam hopeless!

" Sebab kita diuji. Ingat selalu, kita orang Islam, dapat 2, akhirat satu, dunia satu. Itulah untungnya Islam. Walaupun kita hidup kat dunia, dan manusia menilai hasil. Tapi dunia ni milik Allah, dan Allah menilai usaha, bukan hasilnya. "


___________________________________70%|_________|30%
sabar, redha, tidak putus asa dengan rahmat Allah, bersyukur, berdoa, berharap hanya pada Allah

Zapp, Kak Noreen lukis satu line, - Jie tgok ni, dalam bagi orang yg tekun 70% berusaha,berbanding 30% ,dekat sni dia dapat akhirat lebih banyak,klau dia buat kerana Allah....sabar, redha, tak putus asa, semua tuh sifat2 yang bawak saham yg banyak untuk akhirat....Klau skali buat terus dapat, mungkin sifat2 ni tak terbina. Ingat selalu, kita buat apa pun, pikir hikmah di akhirat, bukan untuk hasil dunia sahaja.

Klau jie pandang dunia saja, jie mungkin nak yg cepat ni. Klau jie pandang akhirat, Kak Noreen pecaya jie nak yg lambat ni, tapi banyak manfaat untuk kita di akhirat kelak. Setiap dari kita, dijadikan untuk sebab2 tertentu. Jie kena pecaya tu, apa yang terjadi kat kita, semuanya baik, semuanya ada hikmah yang tersembunyi, bergantung pada jie, nak tengok dari sudut mana.

Habis tuh, orang yang cepat tuh rugila. Tak dapat kat akhirat.

Dari satu sudut, dia rugi, tapi kita mana tau, ujian dia di mana. Ujian dia, tak sama dengan jie. Adala Allah tetap ujian buat dia, dan klau dia boleh lepas, dia dapatla sesuatu untuk akhirat nanti. Kan setiap dari kita lain ujiannya. Yang penting, ujian kita tuh, kita tafsir dari sudut yang baik, dan melihat hikmahnya buat kita.

Sbb tuh jie kena banyak baca, baca kisah nabi, baca kisah2 sahabat nabi. Semuanya disertakan ujian yang berlainan, dan kebanyakannya memang diberi banyak ujian. Of course semua orang nak yang senang2, tapi senangkah nabi? Senangkah sahabat2 nabi dlu? Klau nak banding ujian mereka dengan ujian kita, mungkin sejengkal je kot. Tapi mereka terus tabah, dan bergantung hanya pada Allah.

Kadang2, kita didepangkan dengan situasi yang sukar buat kita, situasi yang kita tak suka, situasi yang memang berlainan dari kehendak kita, tapi hadapi saja....teruskan langkah, hanya kerana Allah, buat Allah, dan bukan untuk orang lain. Kalau setiap masa, kita buat dan kita memang berjaya dan suka, risau di situ, kerana kalau kita tak kuat, mungkin kita akan lupa pada Allah. Boleh riak, boleh takbur dengan kekuatan diri sendiri.

Biar susah sikit, di situ akan muncul pengharapan hanya pada Allah, di situ kita akan sedar, biar kita tiada apa, kita masih ada Allah buat kita. Di situ, kita berdoa dengan sesungguhnya, dan sabar dan redha dengan apa saja. Jika kita berjaya, kesyukuran kita padaNya sudah pasti melangit tinggi...setinggi-tingginya kita mengagungkanNya, kerana telah bersama dan membantu kita. Di situ, wujud, perkaitan dan hubungan kasih sayang dengan Allah. Dan keakraban denganNya akan semakin kuat dan kukuh. Dari pengharapan, wujud perkaitan, wujudnya kasih sayang, dan dari situ, cinta akan muncul. Cinta pada Allah. Inilah yang kita mahu. Dan kadangkala, untuk cinta itu wujud, ia perlu dilatih. Jadi terimalah latihan ini.

Allah suka, dan gemar, akan hambaNya yang bergantung harap padaNya, mungkin, jika Allah bagi dengan banyaknya, kita akan lari meninggalkan Dia. Kita tahu diri kita bukan? Pantang senang, mudah lupa diri. Jadi Allah bagi macam ni, so that kita akan dengan Dia. Dan apa yang lebih penting? Selain mendapat kasih sayang dan keredhaanNya. Buat apa pun, jangan pandang singkat di dunia. Pikir akhirat yang jauh di sana. Di dunia, kita sakit, kita mampu meninggalkan dunia ini dengan mati. Tapi di akhirat, selamanya kita hidup. Jika tiada kasih dan redha Allah pada kita, selamanya kita terseksa di sana.

Jie perlu banyak baca. Biar tiada hasil pun kat dunia, tapi ingat akhirat sana, kita dapat banyak. Fikirkan hikmah di balik setiap kejadian ,Jie...Dan apabila kita berniat kerana Allah, memang banyak ujiannya...

-Yep, Jie akan ingat tuh Kak Noreen.-

Kak Noreen dah tunang!

Tuesday, April 22, 2008

Aku ske baju sarimah kat diari AF

Cik aszifaris bosan arinie, bosan menatap code yg dier tak reti wat, eh bukan stuck kat code, tapi sql...cam hanpeh....then kene wat report dalam pdf lagik, tak reti, habisla beta kena mencarik encik2 di sms bankinggg...uwaaaa....Hah, chow.takmo pikir pasal ni...

Lama tak tulis yg betul2 ni, banyak la teputus cerita ni, telah banyak kisah2 menarik seperti skandal2 baru telah terlepas untuk diceritakan, huhu. Takpa la, malas nak flash back lagik, dah 2 bulan la kan...

Tiap2 ari tgok diari AF ni, dah kak aiza dok tengok, aku tak la tengok, tapi jenguk tuh mmg tetiap arila...aku paling minattt kaatt....hahah Ramli MS kot...bleh dakk?

Nak chow la beb, aku letak gamba la, gamba aku breakfast bersama McD. Direct rasa cam org putih, sedap le. Mula2, dapat free sausage McMuffin, okla, then beberapa ari pastuh, aku gi try Hotcakes lakk, then lusanya pulak, aku gi makan big breakfast...hikhik...sedap2...tak tipu. Sahla promosi free sausage Mcmuffin ni berkesan.

Breakfast ngan baiti.....sedap ni tak tipu...

Ni la isi kandungannya...

Masih merindui anak sedaraa....uwaaa...alololo firass...makcu nak balikk!

Luv Allah alwiz, =] walau apa jua, dimana saja.........

Apa erti segala ini?

"Kadangkala, yang pedih itu datang, dah menghimpit segala-galanya. Walau jauh dari bahagia, walau jauh dari rasa bernafas akan segalanya, namun kita tetap perlu redha. Redha dengan ketentuan Allah pada kita. Akan segalanya. Yang pasti, hari ini pasti lebih baik dari semalamnya. Dan setiap kejadian semalam, akan memanfaatkan hari ini. Sebagaimana, kejadian hari ini, akan memanfaatkan hari esok. Sebagaimana kejadian sekarang, akan memanfaatkan masa depan. Tiada kita pinta, untuk berada dalam keadaan yang tidak sejahtera. Namun dalam keadaan sebeginilah kekuatan kita diuji, keimanan kita ditambahkan, dan kesabaran kita dipupuk. Allah tiada menguji hambanya, andai Dia tiada sayang pada setiap kita. Lebih banyak ujian, bererti, lebih banyaklah kasih sayangnya. Mungkin tiada bahagia zahir, mungkin tiada bahagia batin, tetapi berbahagialah dalam kesedihan kerana masih ada harapan untuk mengingati Allah. Mungkin inilah saat, kita bersama denganNya, dan meluahkan segala kesusahan hati padaNya. Bumi mana tak ditimpa hujan, tempat mana yang panasnya berpanjangan. Setiap musim itu silih berganti. Berganti dan berganti, ada masa susah, ada masa senang dan ada masa tenang. Hadapi saja, kerana kita semua tetap akan berjalan. Bersabar saja, andai kesusahan yang melanda. Namun pasti ada usaha untuk mengubah yang tiada baiknya. Mungkin segalanya berlaku, untuk kita lebih memahami, konsep kehidupan yang silih berganti, sekejap bahagia, sekejap derita. Mungkin segala yang berlaku, untuk kita lebih memahami, kondisi masyarakat yang deritanya dari pelbagai segi. Yang pasti, tiada Allah bebani, andai kita tak mampu hadapi. Maka hadapilah dengan sekental2 hati. Kita minta kekuatan, Allah kabulkan ia, dengan menurunkan dugaan, yang andai di atasi, maka kuatlah hati. Kuatlah hati, bertambahlah iman. Jalani kehidupan, dengan penuh redha terisi"

The sweet girl, coming back...with those sweet wordss..hikhik...gedik!

Yippie! I'm back...Its been a long time, x wujud kat sni...heh..what the hell am i doing yeah...? Arini, aku masih berjuang dengan coding...Rasa cam Ya Allah, gloomy sehh..Monday beluess agaknya....apa kisah ngan si akma kawan aku yang intebiu arini ekk? Smalam dier datang rumah nak pinjam baju nak gi intebiu. Aku pun kasi la baju intebiu aku yang paling betuah, harap2 berpindah la tuah tuh kat dia....ngeh2..akma makin gemuk...beriya aku cakap dier gemuk..cam tedy bear leh peluk2...

Then ari sabtu arituh, lepas kelas ngajie, aku borink tahap cipan, so aku ikut kak line gi shoping kat jj kat wangsa maju...hmm..jauh gak la aku pegi ni, sbb salu aku gi jj yg kat midvalley ni jekk...tapi besh jugak jj yang kat wangsa maju ni, dier cam very homely, pastu cam banyak choice baju...

Kak aiza aper citer eh, kak aiza skang tgh asek bercinta, tetiap malam pun dier ym...kadang2 nak mintak laptop ni pon cam tak sampai atie....gembira la tgok orang tgh bahagia, kita pun cam bahagia skalik...

Pejam celik, pejam celik, aku dah 8 bulan dah kat sni, lagik 4 bulan dah cukup dah la setahun aku kat sni, survival jugak ehh...tidak ku sangka aku berada di sni akhirnya...Aku suka la buat menda2 yang aku tak tepikir nak buat, salu legutu. Pasni tgok la aku gi mana plakk...hmm..haha

Then, aku de contack Dr Alya, saper Dr Alya ni? hihi..dier Dr kaji warna diri..haha, menarik seh...aku de mintak dier wat diagnos kat aku, then last email dier, dier ckp dier nak bukak some kind of forum, then dier mintak aku tolong. Aku bleh jek tolong, tapi skang ni aku pun cam bz, ngan coding ni la, yg tak siap2 lagik...Tapi nama pun kija kan, bila nak habis, habis ni, yang tuh plak datang.

Dalam sehari2, kadang2 aku rasa penat gakla, then cam lack of support skit skang ni sbb maybe jauh ngan famili. N suma pun cam bz2 jugak...kadang2 takleh nak luang masa kat kita cam dlu, tapi aku tak kisah pun la(kononnya..hikhik). Kadang2 aku cam mengerti kakak aku nak give the best, tapi still tak cukup masa...nak wat camna kan....Inilah kehidupan aszifa aris, teruskan saja...

Pesanan terakhir buat diri saya di malam ini :
1. Ye, selamat menulis kembali
2. Sayangi diri sendri, baru kita leh sayang org len
3. Esok bangun kul 5.30 pagi
4. Pegi kija, berniat kerana Allah semata-mata

Ya Allah, kadang2, aku kabur dari melihat hikmah2 mu, (malas pikir ah tuh), celikkan aku, jauh di sudut hati, aku mengerti, Allah tak akan menolong aszifa aris, andai aszifa aris tidak menolong dirinya..=]....Peace n love a lot to Allah. Hanya padaMu, ku sandarkan segala-galanya, bersama-sama aku dalam mengharungi hari2 ku...