Monday, July 28, 2008

Hanya dalam puisi ku lontarkan kasih,
Hanya dalam puisi aku bermain kata,
Semoga yang baik itu tersemat di jiwa,
Dan sentiasa menjadi lebih baik dari semalamnya...

Hidup sentiasa digoda,
Nafsu, syaitan dan juga manusia,
Diri kita juga seorang penggoda,
Yang boleh merosakkan kehidupan manusia....

Sedalamnya,
Kita ingin bersama cinta sejati,
Namun cinta sejati lahir,
Dari jiwa dan hati,

Semoga hati kami sentiasa berada dalam kebersihan Ya Allah,
Dan terlindung dari debu-debu,
Yang menglutcahayakan hati,
Dari melihat yang pasti...

Dekatkan hati ini Ya Allah,
Dengan org yang benarnya jalan,,,
Jauhkan diri ini Ya Allah,
Dari fizikal yang hanya tampan...

Aku gemar melupakan kisah dukaku,
Jadi jangan diingatkan kembali,
Aku suka mengingat yang senangku,
Jadi jangan jadi penghalang di depan ku ini...

Biar semuanya menjadi baik,
Biar semuanya tampak baik....
Argh, bermain lagi aku dengan emosi,
Tanpa akal,
Hanya hati...

Permudahkan jalan,
Selesaikan segala urusan,
Bersamaku,
Sepanjang jalan kehidupan Ya Allah...

Lupakan ingauan,
Lupakan angan-angan,
Biar yang satu menjadi tujuan,
Maka lengkaplah kehidupan...

Amin!

Hanya Allah yang mengerti akan puisi ini...

Friday, July 25, 2008

ye sy tahu, panjang...

Baru balik dari kedai runcit...Beli baju sakan, ada sale la katakan, hmm memang besh kakak aku sejak aku duk dekat ngan jusco, point jusco card memang tinggi sakan...dah tuh, ada mph lak, point mph kad kakak jugakk...Tgok kakak ni, membuat pelaburan yang menguntungkann...successor kad dia aszifa aris, tapi main point discount mph tuh kakak yg guna, sangat tidak patut...

Penat, sesungguhnya penat. Ok , tuh kira keluhan yang terpendam. Penat, bila expectation tak terpenuhi, i should change my expectation aredy about my daily life aredy. Arituh, kat opis kiteorang membincang2, camna la idup camni, tunggang langgang klau kawen ni. Kakak aku pun salu jugak, rasa penat, kadang2 aku balik tuh dia rasa besh skit, sebab dia rasa ada support, tak rasa kena wat kija sorank2...sedangkan aku bukan wat pe sangat pun, aku tolong teman ja..kiki....

Tapi kak ipar baiti tak penat. Baiti cakap masa dia kija kat sp dlu, dia dok kat umah kakak dier. Kakak dier kija kat Petronas gurun tuh. Satgi gi jerman, balik umah, masak, mandikan anak, lipat kain, kemas rumah. Then satgi leh fly gi tempat lain pulak. Tetiap ari rutin, balik kija, sambung kija lagik. Camtuh la salunya. Huuhu. Abang dia pulak, balik, mandi, mayang suma, lepak depan tv, makan. Kakak ipar dia wat je kija, tanpa KELUHAN.

Aku sentuh kejap bab rumahtangga, penah naik dalam kelas ni. Ada sorank kakak ni, skalik dia angkat tangan, bertanya, bab sabar dan tanggungjawab. Sangat penat dia kata, bila kawen ni, "Pagi, bangun, siap rumah, kita anak, suami...suami ni siap dia sorank2....Memang la ingat wat sesuatu kerana Allah, tapi sampai satu masa,,Ya Allah- penatnya! Tak larat dahhhh......"

"Syaitan la tuh.." Ustazah cakap. "So ustazah, kira tak dapat pahala la saya ni". "Tak dapat la sebab awak mengeluh."Tapi arituh satu kelas tuh bantai ustazah bab sabar ngan suami ni...Kwang2...Aku- no komen!...

Ada komen, hik - berikan sedikit penghargaan pada orang sekeliling kita. Jangan anggap org tuh wat sebab tuh memang tanggungjawab dia. Tapi sebaliknya, bila kita wat sesuatu, kita kena rasa tuh tanggungjawab kita - so I dont need any penghargaan. But for people...give it...Sesungguhnya aku sememangnya perlu berusaha untuk menjadi orang sebegini.

Aku dibesarkan dalam suasana yang penuh penghargaan, I pray, I read, I pass exam, basuh baju sendrik, basuh kasut sendrik, basuh pinggan pun dapat penghargaan. My mom will always puji and memberi penghargaan yang sangat banyak...Even, klau balik rumah, dapat highest mark ker, aper ker, mama akan tgok ketas ujian,belek, selak2 ngan penuh minat...and cakap..anak mama memang pandai. Sesungguhnya aku mengaku, aku makin baik jadinya klau dihargai dan dapat pujian yang ikhlas. But as u grow older, u are no longer a mothers daughter, that only receive. Hidup ini seperti roda, sudah tiba pula masa kita memberi tanpa perlu menerima. IKHLAS. Selalu aku sebut kan kebelakangan ni. Sebab aku harap sangat Allah bagi aku bleh wat kija aku dengan seikhlas mungkin. If not, I'm just wasting my time.

Sok ada kelas lagik, cepatnya, cam baru jek lepas kelas kan. Huhu. Ada ka Kak Lina cakap, aku ni kawan dengan makcik2..wahaha..Kelakar lak aku dengaq. Theres a story behind that also. 1 week before my mom died, kak neng datang, masa tuh mama ada kat belakang. So aku kuar, and layan kejap. Lepas mama kuar, aku masuk la.

Then masa Kak Neng balik, mama cakap. "Mama bangga dengan Jie"..."Kenapa pulak"...aku ty..
Sebab jie dah pandai layan tetamu. "Mama bangga ka?Kecik ja pun"... (A bit improvement la kot masa tuh, helo, I'm a real kayu bab2 melayan orang, especially makcik2....penah jugak klau ada org datang rumah cepat2 lari, tanakkk terlibat! haha)....

"Jie dah pandai, mama tak risau dah pasni..." Aku cam, kenapa ni? Tiba2 ja...tapi aku abaikan ja perasaan aku. My mom should be worried of me at that time, coz aku gadis dalam rumah, and she will be dying in a week... Aktiviti aku gi skolah, tusyen, ngan mak aku je la....

Salah satu amalan yang membuahkan pahala kepada ibu bapa kita yang telah meninggal, adalah berbuat baik kepada sahabat handainya. Thats what I hold.

And every moment, whenever I'm practicing my communication skills with makcik2, I know somewhere, my mother is proud of me. Thats all that I can contribute. Dont ever feel weird, klau nampak aku gadis remaja, agak bersahaja dengan makcik2 atau org2 yang lebih matang dan lebih berumur dari aku...Theres something in my heart, and I have reasons for that....

Apa saja kebaikan, yang diajari my mom, semoga kebaikan itu melantun saja pada nya, di sebalik perbuatan kami, anak-anaknya....Doa anak sampai terus....Ya Allah, bantu kami adik beradik dalam beribadah dan mengingati ibu kami....Selain sedekah jariah dan ilmu yang ditinggalkannya buat orang lain, kami bertigalah aset ibu kami. Yang boleh membantu mencerahkan kuburnya dengan cahaya, yang boleh membantu menjadikan kuburnya salah satu dari taman-taman syurga. Jauhkan kami dari terlampau gila dengan kewajipan kami, sehingga melupakan sesuatu yang selalu patut diingat. Kakak, n kak linda, sesungguhnya mama memang selalu bangga dengan kita!So we should do the rite thing! Dan jadi setabah mama...

Aku banyak sebut mak aku kan, kebelakangan ni. Tak lain tak bukan sebab mak ja ar! Tuh la sebabnya. Aku sebak sket bab2 ni..takleh au syahdu, aku ingat mak aku.

Nak tulis bab bowling la, bab kija la, bab pindah tempat baru la, suma dah tak jadi ekk....

Oke2 aku ubah mood kejap, aku citer bab tempat kija kejap....arini bos email ckp pindah bangunan....uwaaaa....Teka ema, jie dok sebelah sapa? Wahhaha...lawak ingat2 balik masa training.Klunya-training!. Tapi yg pentingnya, bleh dak, kiteorang, programmer2 skalian, tul2 duk tepi tester kiteorang...Uwa, nangis ar baiti...wahahah....memang nangis programmer klau nak layan tester...Ntahla, macam2 naik dalam kepala, tapi aku abaikan ja sumanya, dengan satu ayat - Allah tahu yang terbaik!

Wednesday, July 23, 2008

This is not a good post.

I miss my mom, as I feel, I really need some good words, from someone that really know me, and love me. Selfish. Again.

Tgh layan blues, dengar lagu kekasih gelap, andai ku tahu, dengan ayat2 cinta...hah, suma lagu indon. Memang aku ske lagu indon. Lagu Melayu tak cukup dalam dan meresap jiwa bagi aku...

I miss my mom!! I miss her! Huh...

Ja msg tadik, dia tader ni, dia gi penang bercuti dengan mak dier, sok nak amik kunci kat terminal putra, so aku kena kuar awal lak pagi tuh, pegi bagi kunci. Aku msg kak lina, ty mana tmpat dekat nak duplicate key kat sni. Lorr ader dekat tuh jerkkk....aku suh ja duplicate kat sni ja- WIN WIN situation, dia takyah ulang alik, aku takyah gi sana, dier tanak, nak duplicate kat UIA jugak.Degil tul ar..aku malas sebenaqnya, sbb aku still ngan perangai aku, kul 8.20 aku bgn, then terus gi kija....sok kena bangun awal laaaa.........Aish, dalam terpaksa...aku balas msg -OK..ya memang aku tak iklas, menjawab dalam tak rela je tuh...kuang2...Tapi aku tau ja bukan jenis org yang nak nyusahkan orang tanpa sebab, dan dia tak manipulate orang, dan dia memang jenis tolong orang. Klau tuka tempat aku ngan tempat dia, memang dia akan bangun awal dan gi anta kunci kat aku. Dia mintak aku wat camtuh jugak, sebab dia akan buat camtuh jugakkk...She may have her own reasonn...So ok la, i consider that as a toleration.

Asek balik lambat, sampai nak duplicate kunci pun tak sempat, arituh aku nak gi duplicate kat vista, dah pulak, org tuh tader. So asek bertangguh ja. Takleh bertangguh dah la aku rasa, bab2 rumah, bil suma, aku kena letak bawah tanggungjawab aku. Soal kebersihan rumah ja yang amik..wahaha. ampeh..

Tapi memang pun, mak dier datang, ngelap sana, ngelap sni, then paku sana paku sni, macam2 idea, kreatif la plak aku rasa. Alamak sok kena buang sampah...kena ingat, buang sampah, buang sampah...

Balik lambat ja kebelakangan ni. Tiba2 cam banyak isu pulak. Tapi aku tak rasa pun balik lambat tuh bagus, aku rasa diri aku tak produktif. Klau org tanya, aku over load ker? Aku tatau pun nak jawab apa, ni first job aku. Aku tak reti pun nak compare dengan apa-apa. Dunia pekerjaan bukan sesuatu yang mudah, ia sangat mencabar....cam dlu2, org cakap, nanti dah kija baru tau, memang pun baru tau. Sesungguhnya ia tidak semudah bayangan.

Some people go for money, some people go for satisfaction. What about me? I dont know. All I want is to grow, is to learn more, and to challenge my self. I want to see how far I can go and handle whatever is given. Coz from there I learn, on what I can really2 do, and what I dont really want to do. Its full of testing, on which area I'm good at. So I just keep on moving.

Satisfaction? Sometime u feel that, sometimes u dont. Happy? Sometimes, but rarely. On resume, u state, what is weaknesses, what is ur strength, so this is the time for me, to really2 know and test, what I can really do.

Difficult time? Yes, I admit that. To transit on so many things. But I keep on remind myself, be patient enough, see this as a career ladder, ur are not working to see the result now, but 7 years from now. So just keep on moving. If I just look at 'now' I would have quit. Sometimes I just feel that i'm not belong here. Bad sux feeling huh?

Like the experience worker, when they jump to the new workin environment, they know what they really wanna search inside that, but for me, more to take it, as mengenali diri sendiri dalam dunia pekerjaan. And grow. Am I growing? Yes I am. Maybe not so much on others eyes, but inside, I feel that I'm growing. What I want? I want to contribute more, to share more, to have more knowledge and more. And faster, of coz.

Sometimes I feel that, this is not me. I'm more potential than this. I commit to what I'm in. I'm willing to sacrifice my time. I'm hardworking. I'm a teamplayer. STRATEGY. Yeah strategy, maybe i'm lack of strategy. How about organizational skill? Ok, I'm learning. When I have the right strategy, I can be competent enough. Skill? I'm learning that too..

I can be patient, but can people be patient of me. I'll let Allah answer that for me. To tune everything to be good.

Dalam melalui hari-hari, to commit dengan seikhlas mungkin, ia sukar. Islam itu indah. Niat perlu baik, dan caranya mesti betul dan elok, berlandaskan syariat. Matlamat tak menghalalkan cara. Dan perbuatan yang baik, sia-sia, tanpa niat yang sempurna. Untuk berlaku jujur, dengan orang lain, lebih mudah untuk berlaku jujur dengan diri sendiri kadangkala. Between what our lust want? And between what is the right thing to do?

Kdangkala, hasilnya baik, tapi niatnya sudah mula berbau yg ntah apa-apa. I dont want. And I dont want to be that kind of person. Nampak baik, tapi niat ntah ke mana. Seolah2 perbuatan ja yang baik, tapi niattt, untuk kepentingan diri sendiri. I dont want to be that kind of person.

Namun aku percaya, pada latihan yang kita perlu buat pada diri sendiri. Apabila kita meletakkan cabaran melawan hawa nafsu itu, sebagai satu matlamat sehari2...Insyaallah. Cuma kena remind diri banyak2. And moving here, I get enough time to isolate myself whenever I want, so that I can look back, on what things that I have done wrong, dan perbaiki selagi hayat masih ada.


I write a lot tonite huh.

Kadangkala aku rasa ingin pergi,
Kadangkala aku rasa aku masih mampu bertahan lagi,
Kadangkala aku rasa dipagari,
Sempadan yang tiada bertepi...

Namun yang aku salahkan,
Hanya diriku sendiri,
Apabila gagal mencari kebaikan,
Di sebalik suatu kepayahan...

Aku mohon padaMu Ya Tuhan,
Berikan aku jalan...

Dalam penulisan dan puisi,
Aku lemparkan,
Bingkisan hati yang tiada didengari,
Dan satu jiwa yg sendiri.......................................

Dan jiwa ini ada Allah dengannya,
Jadi pasti ia kuat,
Kerana kuasa paling besar
MelindungiNya...

Ya Allah,
Berikan aku jalan....................................................

Saturday, July 19, 2008

Di bawah naungan cinta

Sorang2 je ni, tgh online sambil tengok tv, ni dah kuar duit sendrik wat suma menda ni baru rasa nak hargai sesuatu. First day dapat tv, cam org tak penah tgok tv,,waahaha…dok ja depan tv tu, tanak tutup2…

Ja, mak dier ngan kawan baik ja tido sni kan…sampai esok. Skang derank gi kedai runcit nak bli aper ntah…smalam dah gi kedai runcit bli dapur, so pagi tadik da stat masak kat umah la. Tapi bukan aku masak pun, mak ja yang masak…aku makan jaa..hikhik….pastu balik makan lagik..besh nya rasa idup yang terjaga ni…ni klau dak asek jaga diri sendrik ja, sampai jugak ke tahap yg kadang2, rasa terlampau penat…

Tadi gi kelas lewat lagik, uwaaa..sangat jahat, salu gi lewat,,sok, nak gi kul bapa, ntah2 lewat lagik, kerap sangat lewatnya…sok gi awailahh..nak gi awaii…

Nak cerita apa, tadak apa pun, suma cita merepek2 jaa…Cuma aku tgh cool down everything, slow down my lust towards what I like…Masa kat kelas tafsir tadik, rasa terasa bila ustazah cakap, hanya binatang, yang mempunyai keinginan yang tiada batasan..nak, dan nak lagik, kita manusia jangan sesekali menjadi sebegitu. Jangan sesekali meletakkan 100% tumpuan hanya pada dunia ini. Sesungguhnya manusia yang bahagia adalah manusia yang dapat menerima apa yang ada seadanya. Namun setiap kali, ustazah pasti tutup kuliah, dengan mengingatkan, jangan tinggal dunia, umat Islam itu perlu kaya, supaya kita boleh menyumbang dengan senangnya.

Menerima seadanya, kadangkala wujud konflik di dalamnya. Menerima diri sendiri, bukan bermaksud tidak membuat pembangunan pada diri sendiri. Dan untuk membangunkan diri sendiri, sememangnya kita perlu melompat satu tahap jauh dari diri kita yang sekarang ini. Dah, tak mahu komplikatedkan keadaan.

Ingat kata ustazah lagik, yakinlah dengan balasan Allah. Kita tak dapat di dunia, mungkin syurga balasan kita. Masalah umat sekarang, dalam kelas memang ingat syurga, keluar kelas, kita dicucuk tajam, oleh panahan dan hasutan tajam persekitaran, yang mementingkan hasil-hasil nyata duniawi. Memang, tu salah satu konflik diri aku jugak...berada dalam persekitaran, yang kadangkala, kita rasa kita hampir tunggal di dalamnya, sangat menyerabutkan jiwa. Apabila bersama dengan persekitaran yang matlamatnya berlainan dengan matlamat kita. Sangat menyesakkan nafas. Namun langkah perlu diteruskan.

Dan di sini, hambaMu ini bermohon, agar Kau letakkan aku dalam persekitaran yang baik, dalam lingkungan rakan taulan yang baik-baik belaka. Sememangnya itu yang sungguh aku pinta, kerana aku lemah apabila aku berseorangan dalam berkata-kata. Aku perlu sokongan, dari sekeliling, yang mempunyai matlamat yang sama dengan diriku. Aku bukan insan kuat, yang mampu menularkan segalanya...aku perlu persekitaran dan orang-orang yang baik bersamaku, kerana aku sentiasa dalam proses menyucikan kekotoran di jasad dan batinku...perlahan-lahan perlu transformasi meninggalkan sifa-sifat sesatku......Sesungguhnya aku ingin dekat denganMu.

Betapa selfishnya permintaan tu kadang-kadang aku pikir, tapi aku perlu. Mungkin ada insan yang kuatnya dia, tanpa beralaskan kepercayaan pada Allah. Oops jauhkan aku dari keadaan yang sedemikian, kerana aku takut aku kuat tanpa kekuatan darinya. Aku hanya ingin diri ini dicorakkan olehNya.

Hati ini milik Ilahi,
Hati ini urusannya,
Jika baiknya hati,
Baiklah segalanya...

Sedarkah kita,
Hati ini satu organ,
Yang perlukan bantuan dan sokongan,

Sebagaimana,
Kita,
Perlu sokongan sekeliling,
Perlu sokongan rakan dan keluarga,
Untuk menambah keyakinan dan kekuatan kita,
Begitu juga hati kita...

Hati tak mau keseorangan,
Hati ini sentiasa dibantu,
Bagaimana lidah yang berzikir dan menyebut kebaikan,
Membantu hati mengingat Ilahi,
Bagaimana telinga yang mendengar kebaikan,
Membantu hati mengingat Ilahi,
Bagaimana kaki yang melangkah ke kebaikan,
Membantu hati mengingat Ilahi,
Bagaimana tangan yang mengurus kebaikan,
Membantu hati mengingat Ilahi,
Bagimana mata melihat kebesaran,
Membantu hati mengingat Ilahi...

Setiap organ tidak didirikan sebagai satu,
Apa saja di dunia perlu gabungan dan jalinan,
Agat mantapnya segala sesuatu,
Beramai lebih kuat dari satu,
Bersatu lebih kukuh dari tunggal.

Dan kami pohon,
Agar organ-organ kami,
Bersatu,
Dalam membantu penyejukan hati...
Hati ini perlu suci,
Agar ia nampak cahaya baru,
Bukan cahaya kelabu,
Yang hanya menyesakkan kalbu...

Bab hati ketika kelas tadi, aku kaitkan dengan hati yang bersih, penting untuk mengesan cinta yang diredhai...

“Cinta merupakan kebersambungan antara jiwa-jiwa di alam asal yang azali (Annalkhuub ittishaalu bainannufuus fi ashli ‘aalamiha al-‘ulwaa). Justru yang aku katakan disini, bermaksud memperkuat apa yang aku katakan di awal bicara.

Kita tahu, sesungguhnya jiwa manusia di dunia nyata, telah ditutupi oleh banyak penghalang, terpengaruh oleh banyak kepentingan, dan didesaki oleh tabiat-tabiat keduniaan. Kerananya, banyak sifat mulia manusia ditutupi limbah durjana. Memang, tidak semunya ditutupi, namun semua itu telah menghalang jiwa untuk menunjukkan sifat-sifat asalnya. Dengan demikian, kebersambungan jiwa secara hakiki mustahil wujudnya kecuali setelah adanya proses pengembalian jati jiwa. Sehingga jiwa itu, benar-benar bersedia menerima kehadiran jiwa lain yang memiliki sifat asal yang sama. Saat itu dua jiwa akan bersatu dengan sempurna. Tanpa ada suatu apa pun yang dapat menghalangi cinta keduanya.

Adapun, cinta yang tumbuh lantaran keindahan fizikal pada pandangan pertama. Cinta yang hanya memperhatikan bentuk luar seseorang saja. Maka hal itu bukanlah cinta sebenar. Itu adalah gelora syahwat semata. Nah, takkala gelora syahwat menguasai jiwa, dan sifat asal jiwa tak boleh bicara, maka yang muncul adalah gelombang asmara (‘isyq) , bukan cinta sejati (haqiqah)............di si...” – teruskan membaca karya Ibnu Hazm El Andalusy – Di bawah naungan cinta.

Dan acapkali, kami bermohon, temukan kami dengan Cinta, bukan syahwat semata...

Friday, July 18, 2008

Selamanya, berkekalan...

Entah nak tulis apa harini, tetiap ari aku jalan ada ja menda nak tulis, tapi bila sampai depan ni kaku lak cam kayu, klau tgh kayu tak besh menulis, biar seolah tak bernafas tuh besh menulis..

Mak ja datang smalam, sama ja depa dua, sama yg sama, macam mak ema ngan ema, macam mak faizah ngan faizah, cam mak fai ngan fai, cam mak nas ngan nas....cam mak jie ngan jie..

Aku sinis sebenaqnya, bila tgok orang sempat lagi merasa kasih sayang seorang mak, di saat2 aku rasa hidup yg dah besaq ni...Cam mak ja kan, makan tadi, dia suap ja...aiseh, aku tgok ja...dengan mengimbau kenangan lama...bersama seorang yang sangat aku cinta...pasti terasa sesuatu di jiwa, sebak mengimbau, seolah ingin mengalir air mata........tapi sempat melirik pandangan, dan cuba fokus dalam perbualan...

Sejak duduk jauh, aku memang semakin menghargai apa itu cinta dan kasih sayang. Aku tanak lagik rasa rugi dalam tidak menghargai setiap orang di sisi. Sesiapa saja, yang Allah jadikan di depan kita, mungkin esok atau lusa, atau sekejap saja, akan ditarik hilang habis dari pandangan...

Saat ketawa bersama, dirindui, saat berduka bersama dirindui, saat bahagia bersama, dirindui...Mungkin diri ini yang akan hilang menemui Yang Esa dalam sekejap saja lagi, atau yang di depan mata ini yang akan hilang menemui Yang Esa sekejap saja lagi...Ditarik nyawa dari jasad, berlari ruh meninggalkan jasad..menuju ke alam yang kekal selamanya...

Saat itu, aku tak bisa mahu mengenang lagik, dan menoleh ke belakang lagik, dan terimbau -"Sepatutnya............." Sepatutnya aku lebih mengahargai dia, sepatutnya ada kata-kata indah yang belum aku sampaikan pada dia, ada sesuatuuuuuu yang tidak sempaattt, ada sesuatu yang tidak aku lakukannn pada diaaa...Ahh...saat dia sudah tiada...apa guna lagik, mengenang...kerana mengenang itu hanya kenangannnnnn, yang telahh hilanggg...dia sudah hilanggg....

Hargailah setiap insan dihadapan kita, lafazkan saja kata maaf, jangan habiskan masa dengan berduka, dan berkelahi semata-mata...itu hanya perasaan yang membuat kehidupan masam seolah cuka, sedang kita sedang dalam kehabisan masa, untuk menghargai seadaanyaa..Dia...

Bukan sukar, hanya sedikit dua kata-kata penghargaan, yang tampak indah pada hati kita, diucapkan, dengan senyuman penuh pancaran, sudah mampu membuat diri dia bahagia sepanjang masa dalam melalui harinya, rasa bangga, yakin dan cukup, yang dicipta pada dirinya, kerana dihargai insan sekelilingnya....Dan bahagia yang dicipta pada insan lain, sebenarnya, pulangannya tinggi untuk membahagiakan diri kita....Sesungguhnya, Allah itu Maha Pemberi pada yang suka memberi....

Dalam kekalutan,
Aku hidup seolah bersangkutan,
Namun aku terasa pancaran sinar,
Pabila bahagia mengenangMu Ya Tuhan...

Aku tahu,
Aku datang untuk mengambil ujian,
Ujian pada tahap yang telah ditetapkan,
Dengan ketatnya peraturan,
Haram soalan bocor diadakan...

Aku tahu ujian Mu bukan mudah,
Kerana Kau pakar dalam segalanya,
Kau Hebat dalam segalanya,
Segala-galanya...
Pastilah soalannya juga,
Bukan semudah mana...

Namun Kau telah berkata,
Setiap candidate itu diletakkan pada tempatnya..
Pasti dapat mengharungi segala...
Sekiranya jadikan ajaran dan kuliahMu panduan,
Dan kitabMu yang satu Al-Quran sebagai buku rujukan...
Dan jadikan idola Muhammad itu sebagai contoh umat ikutan...
Pasti lulus,
Dengan cemerlangnya,
Jika itu semua dalam genggaman...

Aku tagih sungai syurga,
Bukan ludah neraka,
Pegang rapat hati ini Ya Allah,
Moga ia cepat sembuh jika luka,
Pegang rapat hati ini Ya Allah,
Semoga ia sentiasa suci disaluti Iman,
Pegang rapat,
Jangan pernah Kau lepas...
Jangan pernah..

Tidak penting dimana kita bermula, tetapi penting dimana kita berakhir, Matikan Kami YA ALLAH dalam IMAN, semoga sebesar KEMENANGAN, yaitu keredhaanMU, milik kami. Akhir pemilikan, syurga idaman sejuk damai itu, milik kami. Damai, dan damai, dalam harapan, selamanya hidup dengan kekasih pujaan. SELAMANYA. BERKEKALAN...a.m.i.n.


Wednesday, July 16, 2008

Ada org tgh patriotik...kiki

Akuboringnih! Okla kasi 10 min tulis jab...Ja tgh bz ngan kija dia, dah la dia balik lambat, orang wat support, memang tak bernafas la skit klau ada problem, skang ni tgh bz dengan enhancement system dia. Aish. Dah 10 bulan dah kija nih, kejap jerk ekk...begitu cepat masa berlalu....

Aku tgh lepak2 tgok fwenster, ada plak friend request, hah..kawan lama. Kawan yg aku tanak ingat, ada 2 orang ja org yg aku tanak ingat...yang aku harap aku dapat maafkan dengan setulusnya, walaupun aku tatau, samada aku salah atau apa...

Ingat balik, dalam kelas sebulan lepas, ustazah de sebut pasal, dosa kita dengan orang lain. Sesungguhnya doa orang yang berasa dirinya teraniaya itu sangat termakbul. Ustazah stress on BERASA dirinya teraniaya...huraiannya, walaupun, kita rasa kita tak salah dengan orang , tapi orang tuh rasa kita salah, dan berasa teraniaya dengan perbuatan atau kata-kata kita, berhati-hatilah. Risau terlintas kecaman yang buruk di hatinya, atau mungkin dia menadah tangan meminta sesuatu yang boleh memudaratkan diri kita. Kemungkinan besar termakbul.

Jagalah percakapan kita, dan seringkali lah meminta maaf, takut kalau2 ada yang terasa. My apology, atas segala dosa.

Ada orang tuh, baru balik BTN...cey patriotiknya dia...Tadi kak linda antaq msg "Jangan terpengaruh minyak turunpun negara tak aman buat apa << dr kakak yang baru balik BTN.."..haha! Msg2 lain "Dah sampai..blk btn jadi patriotik..sokong kerajaan..bukan senang org dulu2 nk memerdekakan tanah melayu..la ni dok mai blk perkauman..huhu" "Oi ni bukn lawak2..cuba ji pi mesti lagi patriotik dr kakak huhu"....Inilah kakak saya, yg tengah berkobar2 semangatnya... People ask me, about politic, masih dengan pendirian, masih bersama kerajaan, cuma berharap, kerajaan itu disumbatkan dengan orang2 yang mulia hatinya, yang berdiri bukan kerana pangkat atau harta, tetapi ikhlas menyumbang kerana Yang Esa. Terlalu mulia. Mungkinkah?
Mak Fahim yang patriotik...Bila stand chard nak wat kursus BTN nihh>??



Uiks dah 1.05 min..nak tido. Ya Allah, semoga mimpi petunjuk malam ni. Amin....I love U!

Malam indah,
Penuh senyum dan damainya,
Semoga mimpi apa yang dicita,

Semoga bulan dan bintang berdoa bersama,
Matiku hanya pada yang Esa,

Jika hidup semula, syukur adanya...

Jika malam ini yang terakhir,

Pohon ampun semua...

Semoga Allah sentiasa di hati kita...

Tuesday, July 15, 2008

SAMSUNG SLIM FIT TV DAH SAMPAI...HIKS

Saturday, July 12, 2008

Ohw no, another prediction. I'm sick of it.

Arini aku jiwa din-dong. Oish, kenang2 balik, apa menda nih?Sesuatu yg berbau mistik, atau mungkin...aper ni? Aku pun tak paham...tapi aku takleh tulis banyak2 pasal menda ni,,,hadeh...arh biarla...aku tanak pikir...Ya Allah, I need full protection from You. And please clear my mind. AKu hanya ingin mempercayaiMu, tanpa ada yang lain...If i ever commited a sin, please forgive me. Dan lindungi aku pada masa akan datang. I dont want to look back, hanya ingin memperbaiki diri ini supaya lebih baik dari semalamnya...

Namun aku bersyukur, keyakinan aku padaMu masih tinggi, dan tiada gugatnya...cuma disertai sedikit percaturan yang tidak perlu, yang tidak patut difikirkan. Ok takyah pikir, klau tak dia jadi banyak...

Aku baru bangun tido nih, dari petang aku tido. Dah kawan aku ni, cakap nak jumpa, tapi ujan plakk, cakap kesian plak kat aku klau kena jalan dalam hujan. Pastu dier msg, ty haper ntah, aku pun tak sedaq, tido je nih...takbalas pun msg. Aku malas la, bleh tak, gila malas bab2 gini...Aku tanak tergugat dah diri aku dengan bab2 gini...Tlon please, Ya Allah, kali ni, klau apa2, aku perlu perlindungan, dan biar jadi ja. Aku malas lagik dah nak pikir pasal kepentingan diri aku bab2 gini...banyak lagik menda len nak perbaiki, soal kija pun nak betul2 fokus....tak suka la bila menda2 lain ganggu gugat....

Aku balik kelas tafsir tadik, aku nek teksi, aku biasa je la ngan drebar teksi pun aku salu borak...cam biasa ja, sebab aku a bit boring klau tak bercakap, kecualila klau aku takde mood aku mmg tak cakap. Tapi mood aku okeh jerk arini. Then dia ni cam jenis menilik nasib skit. Dia cakap kat aku, aku ni pesal serius sangat muka...nampak cam garang jerk....aku senyum je la...biasa la tuh, ayat biasa buat diri aku....sebab tuh klau kat opis klau bercakap aku akan senyum, sebab nanti org takleh fokus klau aku serius, jadi cramp perbualan tuh dengan aura serius aku...Dah tu nak wat legu mana, maybe sbb mak ayah aku serius orgnya, kakak2 aku pun serius jugak...huhu...payah beb nak enhance diri jadi peramah ni...nak senyum ni pun need practice yg banyak....

AKu cakap kat dier, u tgok jek serius, masa tahan teksi tadik kan..Skang ni mana serius, I senyum jek salu...haha....Pastu dier mintak nak tgok tangan aku, then dia cakap, jgn serius sangat, nanti susah dapat jodoh..HAHAHA...ni aku gelak lagik besaq...aku tak terkejut pun..dia ty penah suka kat sapa2 ker, aku cakap ader, sorang. Tapi skang aku dah tak suka dah, aku biasa2 jerk...Dia cakap, u ni hati baik, tapi kat dunia ni jadi baik sangat pun tak guna...Aku cakap, takperla, biar la dunia ni. Dia cakap lagik, org yg suka tuh, dia pun suka, dia nak kawan dgn u, tapi ntahla, u ni... . Wahaha, aku gelak jerk. U nak orang yg camna dia ty....

Ntah mana tahu aku cakap..U tahu tak redha tuh aper? Tahu dia cakap. Haa..I nak org yg bagus agamanya, kaya, hensem, suma arr...tapi lebih besh lagik, klau Allah kasi seseorang, yang tuh yang terbaik dan I redha ja dgnnya...Cam Allah tune jerk hati I untuk suka...Preferable camtuh sebenaqnya...U nak kawen bila dia tanya...29 ok? Hahaha, awal skit la aku ckp, leh dapat byk anak skit...Dia ckp jab2 nak tgok anak u berapa....Dia pun ckp la, aku pun ty, baper laki baper pompuan....wehehe...rahsia ekk ...

Aku pun ty la, career, blablabla, byk gak la, sebab perjalanan tuh kan jauh, byk jugak la driver teksi ni dok merepek ngan aku...takan aku nak cerita suma kan...Tapi dia mmg concern bab jodoh sangat. Aku lak concern bab career...Ntah, kesimpulan yang aku buat, ntah lebih darik 10x driver ni dok ckp, u ni, SABAR ekk, JANGAN PUTUS ASA. Buat perkara baik, tuhan balas baik dekat u, lagi banyak buat benda baik, lagik banyak kasi doa, nanti tuhan kasi dekat u. Driver ni India ekk, so ayat dia byk tunggang tebalik skit la. "Ingat selalu, mau sabar, jangan putus asa. Sekarang masa u mau banyak sabar. Lagik 2 3 tahun u akan ok. I tadak tipu, ini betul punya.

Pastu duit tambang RM 15. Dier ckp kasi rm10 dah la. Aku ty dia, salu ker dok consult pengguna teksi. Jarang dia cakap. Bukannye dia kenai pun org nak consult. Takde untung paper pun kat dia. "U naik ini teksi pun, suma tuhan punya kerja..betoi ka? takdir la ini."

Aper2 la en teksi. Aku bab2 melayan conversation ni okeh2 aja! =] Biarla apa yang Allah takdir buat aku tuh, sungguh itu saja yang terbaik. Cukup untuk aku ambil . Sabar dan jangan putus asa. Itu ayat yang aku ambil. Mungkin sebab aku cam nak putus asa, jadi Allah sampaikan pesan dari banyak segi dan cabangnya. Sampai aku naik teksi pun, Allah still nak sampaikan mesej tuh. Walau di mana2 saja, untuk apa-apa yang aku buat, Allah nak cakap, Sabar, dan jangan putus asa atas rahmatnya. Itu saja yang aku ambil. Cukuplah buat aku.

Balik tuh, aku gi kedai runcit aku tuh bli roti jab, pastu amik kunci dari ja kat stesen lrt, then aku balik singgah umah makcik kasma ni jab, aku cakap nanti aku trun nak kasi barang, dier ckp takpe dia naik skalik...risau gak kot2 umah sepah ni..haha, sib baik ja dah kemas kat depan, kot orang datang takde la rasa segannya. Sembang2 jab ngan makcik ni. 13 orang anak rupanya. Dia nak dapat menantu sorang satu negeri.Sebab dia nak gi jalan. Kelakar tul..haha..

Ok la, nak pi mandi.
LINKSYS =].. Dah de wireless router, yeah!..

Friday, July 11, 2008

What Is Determination?

DETERMINATION

Determination is the most significant attribute of a believer. A believer never loses his enthusiasm and devotion. He engages in his struggle only to earn the pleasure of God. That is why, no difficulty proves to be a hindrance to his endeavours. His only goal is to deserve the favour of his Lord; and he shapes his life accordingly.
God certainly puts the determination of believers to the test in various ways; either by periodically giving them trouble or making them undergo suffering. Details of the test are given in the verse below:

We shall test you with fear and hunger, with loss of life and property and crops but give glad tidings to those who patiently persevere. (Al-Baqara, 155)

However, a believer with total commitment displays his patience under all circumstances. God praises this attitude of believers in the following verse:

How many of the prophets fought (in God's way), and with them (fought) large bands of godly men? But they never lost heart if they met with disaster in God's way, nor did they weaken (in will) nor give in. And God loves those who are firm and steadfast. Their only words were: "Our Lord! Forgive us our sins and anything We may have done that transgressed our duty; make us firm of foot and help us against those that resist faith." (Al-Imran, 146-147)

Lack of commitment, on the other hand, is not a trait attributable to believers. The following verse confirms this fact:

Only those ask you for exemption who do not believe in God and the last day, and whose hearts are fieled with doubt, so that they waver. (Al-Tawba, 45).

Desiring the hereafter and striving for it with all their might, as well as avoidance of extravagance in daily affairs are indications of determination demonstrated by believers. Those who "strive with all their might" are thus described in the Qur'an:

Those who wish for the hereafter, and strive for it with all their might and have faith- they are the ones whose endeavours are acceptable (to God). (Al-Isra, 19)
Determination, consequently, is a significant attribute of believers. Those who seek an "immediate gain and an easy journey" (At-Tawba, 42)

fail to show an unyielding determination. Believers, on the other hand, accomplish what is expected of them and display an unchanging
determination until they meet their death.
The community of Kahf, into whose hearts God put courage, (Al-Kahf, 14) sets the best example for believers in the sense of determination. Continuity in worshipping is also important in the sense of consistency. Only death puts an end to the determination of a believer. A believer is responsible for showing patience and fulfilling his pledge to God until death comes.

Truly, those who plight their fealty to you do no less than plight their fealty to God: the hand of God is over their hands: then anyone who violates his oath, does so to the harm of his own soul, and anyone who fulfils his pledge to God, will soon be granted a great reward by God.
(Al-Fath,10)

Harun Yahya

Wednesday, July 09, 2008

304


Ini post yang ke tiga ratus empat dalam 2 tahun ni. Kejap je kan 2 tahun tuh, maksudnya setahun tuh lagik sekejap sajaaa lagik...Tadi aku gi kedai runcit aku la..huhu, jusco la kakak kan, mana lagik...aku gi mph bli stationery, pastu aku bli makan, ntah aper2 lagik ntah aku bli.

Ja belum balik lagik ni, problem support menjelma, camnih la..standard la kija lewat2 malam klau wat support nih. Beriya tadik ja kata nak balik skalik, sebab aku mmg nak chow awai arini, pagi tadi aku kul 7.45 dah de kat opis dah, cukup la 12 jam kat opis...aku pinau dah. Ntah aperla problem ja tuh.

Aku bahagia la dok umah ni, aku ulang , ulang ulang lagik leh tak, aku suka rumah ni, YA! Syukur buat kesekian kalinya. Aku jugak bersyukur sebab aku agak tenang sejak aku pindah ke sini, aku lebih calm, dan lebih seronok..hik=]Bosan dah orang baca blog ni kot asek sebut pasal rumah ja...pastu kedai runcit, wahaha..cam tadak menda len..hikhik....Besh, aku jugak besh bila 40 min duk dalam train membaca, sangat membantu untuk mempositifkan diri sementara nak sampai tempat kerja. Klau dulu, bangun ja, siap2 4 minit sampai opis, tak sempat pun nak cool down, kalut tuh masih terasa. Hidup terasa lebih bermakna, bila kita leh wat menda yg kita suka dengan senang hatinya.

Tadi kat opis aku de recieve email, tajuk dier, teamwork. Siap slide show bergambar lagik. Aku pun slide2 ja, tak baca ayat per ayat. Simplenya, ceritanya gini. Satu ari, ada la seekor tikus ni jalan2 dalam rumah pasangan suami isteri. Dalam dok pusing2 tuh, si tikus ni nampak la ada perangkap tikus. Hah, si isteri ni la yg letak..gerun kawan, peluh mencecah...ahaha tikus berpeluh. Risau, dan bimbang melanda jiwa. Dier pun dengan semangat nye la ni, niat di hati nak mintak tolong rakan2...ye la, perangkap tikus kan...takut perangkap dia la...sesungguhnya si tikus sedang buntu dan tiada jalan penyelesaian.

So dier pegi la kat sang lembu. "Lembu2, tolongla, ada perangkap tikus dalam rumah En X." Lembu pun gelak je selamba2..."Eh cik tikus, nothing to do with me, "..cey lembu oversea, pandai speaking. Ye la kan, aper kena mengenanya si perangkap tikus dengan en lembu...besar gedabak si lembu. Si lembu pun banyak lagik hal lain nak pikir, takde gheja nak pikir hal cik tikus. DIa pun de tanggungjawab dier sendrik.

Then si tikus ni pulak, dengan mundar mandirnya, pegi plak jumpa puan ayam..."hey ayam yg baik hati, ada perangkap tikus dalam rumah en X"...Ayam ni pun bz, dengan telur2 ayam nak produce la, haper2 la...walaupun dia agak baik hati, tapi maafla...TAKDE MASA NAK PIKIR PASAL KO TIKUS..haha...

Tikus ni pun, pegi lak jumpa si pinky khinzir. "Hey pinky, help me, theres a perangkap tikus in MR X house." .....same answer cik tikus dapat.....yeah, suma orang pun bz dan hanya pikir ttg kija masing2...

Tikus pun hidup dalam kerisauan, merasa diri tidak punya sesiapa, di saat dia sangat perlukan pertolongan. Lalu si tikus merasa sendiri dalam melalui kehidupannya yang entah apa yg bakal terjadi. Rasa hidup yg kosong tanpa sokongan.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, perangkap tikus ini telah memerangkap sang haiwan, tapi bukan tikus! Tapi ULAR! waaa...takut...Ular ni patuk isteri Mr X..Isteri Mr X ni pun sakit laa....

Disebabkan isteri dier sakit, maka dia pun nak buat la sup ayam untuk isteri dier. Maka, terkorbanlah puan ayam di dalam kuali. Si isteri belum baik2 lagik, hah, si pinky pulak yg jadi mangsa seterusnya....

Lebih teruk lagi, si isteri meninggal dunia. Tak tau pasaipa, sebab aku tak baca, aku slide2 ja, sebab isteri dia meninggal dunia, dia korbankan jugak en lembu yg eksen dan pentingkan diri ni...Buat kundri ker? Hah entah, tapi kesimpulannya, ayam, pinky, lembu..Suma pun matiiiii....

Moral of the story, takkala, kita nampak, salah seorang teammate kita dalam kesusahan, dan kita rasa...takdak kena mengena dengan aku, haaaaa......saper ckp....ntah2 kita yg bakal menjadi korban di dalam kuali....Tu lahh ceritanya...

Tapi aku tak setuju pun. Haha..As for me, lets take it more easy. Umat Islam adalah bersaudara. Dan menjadi kewajipan kita membantu saudara kita yang dalam kesusahan. Dr Fazilah kamsah salu sebut ni, jadikan diri bermanfaat buat orang lain. Biarlah bantuan kita hanya sekecil2 bantuan, namun Allah telah berjanji, akan menolong kita, seandainya kita sering membantu orang lain.

(Allah akan menolong seseorang selama orang itu senang menolong sesamanya (Hadits Riwayat Muslim).

Non-muslim? Sudah menjadi tanggungjwab jugak untuk berlaku adil bukan. Lets quote some from ayat2 cinta punya novel. Ahlu dzimmah adalah semua orang non muslim yang berada di dalam negara kaum muslimin secara baik-baik, tidak haram dari segi hukum, dengan membayar jizyah dan mentaati peraturan yang ada dalam negara itu. "Barangsiapa menyakiti orang zhimmi (ahlu zhimmah) maka aku akan menjadi seterunya. Dan siapa yang aku menjadi seterunya, dia pasti kalah di hari kiamat. Barangsiapa yang menyakiti orang dzimmi, dia telah menyakiti diriku dan barangsiapa menyakiti diriku beerti dia menyakiti Allah. " Sabda Nabi.

Teamwork, its never been easy. Melakukan sesuatu yang sepatutnya, tanpa ada kepentingan diri, itu memang sesuatu yang amat suci. Menolong dengan terpancar rasa ikhlas di hati, bukan dengan wajah suram seolah2 dikacau setiap hari. Mampu? Takkala sendiri ada beban berat untuk ditanggung sendiri. Its the most challenging attitude untuk dipraktikkan. Tak guna jugak klau membantu tanpa rasa ikhlas..menambah rasa nyampah lagik ada kot....

Ingat dlu masa kat USM, pesanan Dr Rosni, jng terlampau memilih ahli...nanti dah kija, kena kija dengan macam2 orang. So skang, yeah, memang terbukti kebenarannya. Lebih gemar berada di pihak yang menolong, bukan ditolong. Itulah dunia, we rasa both side. Kejap di atas, kejap di bawah.

Berhujah tentang soal rezeki...Penah bersama orang yang murah rezkinya? Sentiasa murah...Klau masa stadi dlu, selalu beringat, sebanyak mana keringat kita keluar akan sesuatu, jgn pernah menyoal atau merungut, setiap ahli kumpulan itu penting. Tiada pernah kita mengerti, berjayanya kita akan sesuatu, berjayanya kumpulan itu, kerana rezki kita atau rezki kawan2 kita yg sentiasa murah rezki nya. Mungkin kita yg banyak berusaha ni, sebenarnya hanya menumpang rezki murah seseorang. Siapa tahu? Kita hanya layak berusaha, Allah penentu segalanya.

Jack, dah pass exam dia kata, so, lebih terbukaklah opportunity lah untuk berada dia atas. Lebih baik bukan, andai kita punya impian, untuk melakukan yg benar, berada di atas itu, lebih besar pengaruhnya. Lebih mudah penyampaiannya. Sedang gelaran nabi itu suatu darjat untuk memimpin ummat. Leadership is not about building urself anymore, its about building others. Dan Ya, tanggungjawabnya lebih besar.

Legakanlah hati, insan2 di sekelilingmu, semoga Allah sentiasa melegakan hati kita apabila dihadapkan dengan sesuatu.

Aku hadapkan wajahku padaMu, aku tadahkan tangan ini buatMu, meminta padaMu Ya Hakim, Yang Maha Bijaksana, kurniakan seribu kebijaksanaan padaku, dan kecekapan padaku, dalam melaksanakan tugas harianku. Permudahkan segala urusan dan perhubunganku, agar lancar segala sesuatu.

Tuesday, July 08, 2008

Ketika ku bersujud

Tengah makan jelly fish crispy. Cey nama dia cam besh, nama melayu dia satay ikan jerkk..huhu, banyak aku bli masa gi pangkor....Niat nak bg kat kak lina ngan makcik blok sebelah ni...Dedua kawan ngaji, nanti bleh la kasi kat ustaz skali...buat pengubat hati ustaz, sbb aku asek tak gi kelas jerk ni, bz la konon. Penah skali kat kelas tafsir, ustazah cakap, memang org skang cam2, bab2 agama, kalau ada masa saja, 'tgokla klau ada masa....'...dunia didahulukan. Pelik ustazah cakap manusia ni, sedangkan nak duduk sni sat saja. Aku pun salah seorang yg tergolong dalam tuh la. Tapi tak bermaksud bila kita laksanakan kewajipan dunia, kita tak pentingkan akhirat, bila dilaksanakan dengan ikhlas, itulah yang bermakna. Sekalik lagik diulang buat aszifa aris, biar ikhlas. Camne nak tau ikhlas ker tak, ntah, hanya Allah penilainya.

Tadi balik lambat, lambat dok clear pendrive nak copy gambaq team building. Gambaq kamera Jun memang cantik giler...aish, tergoda aku dengan kameranya.....Aku siang2 banyak idea nak tulis, dah sampai malam ni kelu pulakk...tanak tulis dah la. Aku terbaca artikel ni, salu terbaca artikel kat http://nurjeehan.hadithuna.com/. Klau aku search apa2 jumpak la kat sni, pastu baru la dok baca, jarang gak aku nak baca artikel, kecualilah klau carik apa2...Sapa pompuan ni ha, aku teringin nak kawan ngan dia.

MESTI IKHLAS: Apabila amal dilakukan tidak boleh disembunyikan seperti sembahyang berjemaah seseorang mestilah mengawasi gerak hatinya supaya tetap membulatkan niat hanya kerana Allah.

Umat ikhlas sentiasa memelihara kualiti amalan sama ada dilihat atau tidak.

IKHLAS tidak akan berada di hati orang yang gilakan pujian. Boleh jadi jasanya dikenang manusia tetapi di sisi Allah ia tiada bernilai walau seberat debu. Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan Kami hadapkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu umpama debu yang berterbangan, tiada bernilai.” (Surah al-Furqan, ayat 23)

Sesungguhnya ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hamba-Nya. Tidak ada seorang pun yang mengetahui rahsia itu walaupun dia adalah malaikat pencatat amalan. Pengetahuan lupus atau tidaknya amalan manusia hanya berada pada ilmu Allah.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Allah berfirman, “Aku adalah yang paling tidak memerlukan sekutu. Barang siapa yang beramal sedangkan Aku disekutukan dengan selain-Ku nescaya Aku tinggalkan dia dengan sekutunya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Apabila amal yang dilakukan tidak boleh disembunyikan atas sebab tertentu seperti sembahyang berjemaah, haji atau sedekah yang diisytiharkan untuk memberi teladan kepada masyarakat supaya mengikuti perbuatan baik itu, maka seseorang mestilah mengawasi gerak hatinya supaya tetap membulatkan niat hanya kerana Allah.

Tidak salah beramal di hadapan manusia kerana setiap amal mesti diberi ganjaran yang sesuai sehingga 700 kali ganda balasannya. Tetapi jika mahu mendapatkan pahala yang sempurna tanpa dikurangkan sedikit pun seseorang hendaklah merahsiakan amalnya itu daripada pandangan manusia.

Rasulullah SAW menyatakan bahawa di akhirat nanti ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi rahmat Allah, dua daripadanya adalah orang yang memberi sedekah dengan tangan kanan sedangkan tangan kirinya tidak mengetahui, dan orang yang bersendirian mengingati Allah (berzikir) sehingga menitislah air matanya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim, Al-Nasai)

Sesiapa yang mahukan pujian dari yang Maha Terpuji hendaklah dia menyediakan amal perbuatannya semata-mata kerana mahu berkhidmat kepada yang Maha Terpuji. Hartanya, jiwa raganya, hidup dan mati diserahkan seluruhnya kerana mengharap reda Ilahi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, yang kaya dan yang suka menyembunyikan amalnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Kisah teladan sahabat Rasulullah SAW, tabiin dan salafus saleh adalah yang terbaik untuk diikuti dan diberi keutamaan bagi mereka yang mahu menyembunyikan amal soleh.

Imam Muslim melaporkan dalam Sahihnya daripada Abu Hurairah. Ketika Nabi SAW berada dalam suatu peperangan yang Allah memberikan kemenangan dan harta rampasan kepada Baginda SAW. Pada saat itu baginda bertanya kepada sahabatnya: “Apakah kalian kehilangan seseorang? Mereka menjawab: Ya, iaitu si dia, si dia dan si dia (mereka menyebut nama yang hilang).

Baginda SAW bersabda lagi: “Apakah kalian kehilangan seseorang? Mereka menjawab: Ya, si dia, si dia dan si dia. Sekali lagi Baginda SAW bersabda: Apakah kamu kehilangan seseorang? Mereka menjawab: Tidak ada lagi, ya Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Tetapi aku kehilangan Julaibib. Carilah dia di antara mayat yang ada.”

Mereka pun mencarinya dan mendapatkannya di antara tujuh orang mayat musuh yang berhasil dibunuhnya. Rasulullah SAW mendatangi mayatnya dan bersabda: “Dia membunuh tujuh orang musuh dan mereka pun membunuhnya. Lelaki ini adalah sebahagian daripada aku dan aku sebahagian daripadanya. Lelaki ini adalah sebahagian daripada aku dan aku sebahagian daripadanya.”

Abu Hurairah berkata, bahawa Nabi SAW meletakkan jasadnya di atas kedua lengan Baginda sementara lengan lelaki itu hanya tinggal satu. Lalu Baginda SAW menggali kubur, meletakkan jasadnya di dalam kubur dan tidak memandikannya.

Julaibib adalah seorang insan yang tidak dikenali antara sahabat Rasulullah SAW. Selepas mendapat syahid, namanya begitu harum hingga menjadi sebutan yang indah di mata sejarah, melalui lisan Nabi SAW beliau dikenang walaupun manusia tidak pernah mengenalinya sebelum itu.

Kisah kedua pula menceritakan mengenai Umar bin al-Khattab yang mencari Uwais bin ‘Amir al-Qarny. Apabila bertemu Uwais, Umar berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Akan datang kepada kalian seorang yang bernama Uwais bin ‘Amir bersama rombongan dari Yaman, Murad dan Qiran. Dia terkena penyakit kulit dan sembuh kecuali tinggal di satu tempat sebesar sekeping dirham. Dia mempunyai seorang ibu dan sangat berbakti kepada ibunya. Jika dia bersumpah atas nama Allah, tentu Allah akan mengabulkan untuknya. Jika kamu mampu supaya dia meminta ampunan untuk kamu maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Lalu Umar meminta Uwais berdoa memohon keampunan Allah untuknya dan Uwais melakukan permintaan Umar. Apabila Umar ingin memberi wang belanja dan sehelai kain, Uwais berkata: “Sesungguhnya aku sudah mendapatkan empat dirham dari pekerjaanku mengembala unta ini. Apakah kamu melihat aku meminta tambahan? Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya di hadapanku dan di hadapanmu ada beban yang berat, yang tidak dapat dipikul kecuali oleh orang yang menganggapnya ringan, kerana itu buatlah ia ringan, semoga Allah merahmatimu.”

Penampilan luaran kadang-kadang boleh menipu, oleh itu Allah hanya melihat yang berada di dalam hati dan diamal dengan nyata. Tanda ikhlas itu jika dilihat orang atau tidak, dia tetap melakukan amal dengan berkualiti kerana Allah.

- Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui juanda72@hotmail.com

Coral Bay Resort, Pulau Pangkor

Monday, July 07, 2008

Semoga Hati Itu Sentiasa BersamaNYA

Pangkor Island, Julai 2008

Di pagi hari menyinar,

Aku bangun beserta doa,
Semoga hari ini dipermudahkan,
Lebih baik dari semalamnya

Ibadah tetap ibadah,
Dan ibadah itu perlu dilakukan dengan sebaiknya,
Walau mungkin dalam menuju sempurna,
Terlalu banyak hina dan celanya...

Walau banyak dugaan dan cabarannya,
Redah saja segalanya,
Demi kewajipan,
Dan merenung persoalan di masa depan,
Akhirat menjelma tak tentu masa,
Dan kita semua bakal disoal dengan kewajipan kita...

Allah tiada menyoal,
Apa yang kita lakukan untuk mendapat gaji yang lebih tinggi,
Tetapi apa yang kita lakukan dengan gaji yg sudah tinggi itu?
Allah tiada bertanya,
Apa kejayaan kita hari ini..
Tetapi Allah bertanya,
Apa usaha kita pada hari ini...

Biar dunia penuh kejam dan halobanya,
Lalui saja,
Kerana di dalamnya kita hidup,
Belajarlah hidup secara seimbang di dalamnya...

Rutin,
Setiap hari...
Perlu dilalui,
Walau mungkin ada tekanan di sisi,
Namun hadapi membawa pahala di kemudian hari,
Tiada mudah mengalah atau menyerah diri,
Dan lakukan yang lebih baik dari hari ke hari,
Walau usaha pada hari ini tiada berhasil,
Masih ada esok, untuk berusaha lagi...

Semoga Allah,
Bersama kita di setiap hari,
Bersama kita, di waktu sukar, senang, payah dan suka-nya...
Jangan dinilai kebahagiaan berdasarkan duniawi,
Kebahagiaan paling dalam itu pada hati...

Hati hidup,
Yang membugar dengan kasih sayang Allah disaluti,
Di situlah kebahagiaan sejati...

Biar perit payah,
Biar nampaknya payah,
Biar nampaknya susah,
Namun hati yang bahagia,
Sentiasa bahagia bersama Allah.......Yang Maha Mulia....

Again, baru publish

Walaupun belum de lagik streamyx, aku still menulis, huhu. Siapa aku tanpa menulis..aku balik lewat dari opis arini, kul 10 baru balik, sampai umah kul 10.48, diisi dengan pembacaan dalam train. 40 min+ 40 min diallocatekan untuk membaca setiap hari. Kan lebih bagus jadual hidup aku...camni, agak tercapailah cita-cita untuk khatam sume buku yg aku bli...besh2...

Kadang2 penin gak bila dah lepas 3 chapter tuh...aku ni baca lambat, sebab aku salu pikir disebalik ayat tuh, apa menda yg leh aku ambik untuk aplikasikan dalam hidup aku. So masa baca leh berangan lagik lah..memang lambatlah...kadang2 2 buku, 3 bulan....tuh belum lagik buku yg sebelum melangkah ke chapter yg seterusnya, kena wat latihan, or kena bereksperimen dengan dunia nyata dlu, baru leh lepas melangkah ke chapter seterusnya. Klau tak ikut, takdak kesan, kira ksong ja bahan bacaan tuh, wat pe klau kita baca satu buku, pastu menda tuh takde effect apa2 kat diri kita. Kan?

Tapi membaca dalam train ni kurang penghayatan skit, besh klau baca dalam lampu malap, yg suasananya tenang disertai muzik besh...acecece....

Tadi dah sampai kat train tuh, aku nak tegelak plak tekenang satu peristiwa yg melanda aku, bila aku sampai kat stesen wangsa maju..

Aku jalan langkah biasa, tak pelan, tak laju, then ada orang sentuh bahu aku, kejap rapat dia pegang...Ya Allah, lindungi aku, sambil mata aku terpejam...dalam hati ntah dah pikir apa2 dah..sentuhan tuh kejap dan kuat, memang bukan sentuhan seorang perempuan yg pernah aku alami.

Mata aku masih pejam, rasa berat nak toleh. Then aku bleh rasa siku dier nyendeng kat bahu aku, lagik terpinau mata aku, nak cakap tak tekeluaq apa-apa, terkedu, kaku...mana penah laki asing sentuh aku sebanyak ni, berselisih bahu tuh pernah, tuh pun atas kelaghoaan aku sendiri pada suatu masa.

Ada suara berbisik “Nampak tak perempuan baju ungu tuh, dier naik train free” ...Aku cam nak cakap, ok..SO??Kenapa nak kongsi cerita dengan aku, sedang siku dier masih nyendeng kat bahu aku, tapi suara aku tersekat jerk kat tekak ni, tak terkeluar paper..aku blurr...

Aku nampak perempuan bj ungu tuh...Then camne ntah, aku kalihhh 90 darjah ++, sambil langut skit, hmm..laki, tinggi, putih, macho bleh tahan, baju kuning....aku cam nak cakap, tapi terkedu lagik...Then dia nampak muka aku, dia cam terkedu jugakk...”Sori, er..sori, salahhh org” .....Pucat muka kawan, kot ye awek ada kat sebelah dok pi sentuh pompuan lain plakk...

Aku rasa nak sengih perli, tapi aku tanak dia malu, jatuh plak air muka nanti, dah tersentuh orang satu hal, dah tergosip pasal org naik train free satu hal. Aku wat muka serius yg tak garang, sambil aku angguk kepala aku, tanda – its okay...pastu aku jalan laju ke depan.....

Its okay? Huh, oke mendanya, uiks, dapat sentuh pompuan free2...aish.....tgok orang btul2 la kan bro!!....

Hik, lawak plak, aku leh terkenang peristiwa tuh masa aku jalan balik tadi...Balik jerk, jalan kat kawasan ni, aku pegang beg rapat2..kawansan ni bahaya...tapi nak wat camna kann....Semoga Allah tuh sentiasa melindungi...saper nak teman aku balik malam2.? Nak ke susahkan org temankan kita? Kita pun rimas, huhu, lainla klau ada kawan2 usm dlu, yang sememangnya senang disusah2kannn...

Kat umah dah de tepon, insyaallah, sok de streamyx...! Ja beli milo...dengan innocentnya dia kata “ Jie, Ja beli milo , dah jie kata nak minum milo”...Aish , aku terharu plak seketika...ada jugak org nak ambik berat pasal menda2 remeh yg aku cakap...=]

Semoga, diri ini terus melangkah hanya kerana tanggungjawabnya pada Allah, walaupun sukar, berilah aku sedikit ilham dan petunjuk, sebagaimana yang Kau beri pada orang2 beriman. !=]

Aku rindu mama,

Aku hanya insan,
Yang tiada sempurna,
Dan merindui mama,
Ya Allah,
Ampunkan aku,
Sekiranya aku berlebih-lebih,
Namun aku rindu dia....

AKu seolah hilang inspirasi,
Seolah aku tak mampu memotivasikan diri aku sendiri,
Dan aku perlu kasih,
Dan suara sejati....

Tenangkanlah hatiku,
Dengan seribu kedamaian,
Dan kurniakanlah aku,
Seribu kemenangan...

Aku ingin menang itu Ya Allah,
Aku ingin menang itu...

Mengharap padaMu dengan penuh harapan....

Friday, July 04, 2008

4 Julai

Gian nak menulis, streamyx blom transfer lagik..part aku dah selesai, tunggu tm la nih, slow lah. Bagi aku slow TM ni...maaf klau aku cakap camni, tapi bagi aku mmg slow, dan prosedure dier tak smooth. Mungkin ada internal processing yang aku tak paham, yang melambatkan apa2 proses. But pendapat aku secara peribadi, dan sebagai seorang customer. Slow.

Aku demam semalam. Sebab kena inject. Ceritanya camni, aku nak posa kamis tuh, pastu bangun la sahur, aku pun minum air milo susu dengan roti potato yg aku bli kat kedai runcit jusco aku tuh, masa tido balik tuh, dah memulas2 plak perut rasa. Bangun pagi, ja cakap, roti tuh dah expired satu ari, tapi leh je kot makan lagik...aku pun, selamber je la..takper kot. Then pastu dah mula dah dok dalam toilet punya la lama, sampai lewat gi kija. Then sampai opis asek melawat tandas opis ja, sampai tetinggal henset dalam opis. Tak sedar plak tuh, sampaila derank distribute email, cakap de henpon jumpa kat ladies toilet. Haha, henpon aku la tuh. Sib baik Allah kasi aku jumpa balik.

Masa lunch, aku gi klinik ar, aku ckp kat dr, aku tanak amik mc, sebab aku nak wat kija kasik siap arini. Pastu dr tanya nak cepat sembuh ka, dier kasi injection. Aku stuju je la, kot ye mahal, nih klinik panel, bukan kena bayar pun..huhu. Tapi dr still kasi mc, sebab dah memang sakit kan. Aku malas lagik satu sebab aku dah mc ari selasa tuh, nih nak mc lagik...argh, tak beshnya..serba salah rasa, dengan nak plan siapkan kija lagikk..hadoih!...terganggu plan ni....jiwa kacau sat!..

Then dah sampai opis, aku rasa nak muntah lakk,,last2 aku balik jugak la....sempat lak aku gi vista dlu, nak gi duplicate kunci ngan anta mail kat akma pasal streamyx transfer aku. Lepas tuh aku jalan gi nek train nak balik....time nih la, ntah rasa terhidrate camna ntah, badan tetiba rasa panas giler, aku jadi letih tak tersangga, cam hilang semua tenaga...argh! cepat la sampaiiiiii....dalam setengah jam pejalanan, aku sampai umah, buang tudung, terus aku tido. Tak sedaq apa...

Sampai la ada org ketuk pintu rumah, ja dah balik...Hah, magrib dah pun, terlepas solat zohor ngan asar..Hmm...

Badan aku still panas lagik, tapi aku gagahkan diri tuka baju, gi solat magrib jugak..pastu aku suh ja wat air garam yg dr kasi tadikk...aku mati akal naper aku demam?? Demam panas lak tuh, sib baik aku balikkk..klau aku tak balik dari opis tadi? Tak kena nayaaa...

Aku baca al-fatihah 3 kali, ngan selawat, mintak doa kasi sembuh cepat, pastu aku minum air tuh, rasa sehat skit dah....tapi badan aku still panas, so aku gi tido argh....pastu ja datang, baru aku sedar, ja cam dok pikir, dia nak wat apa bagi aku reda panas ni...salu klau aku demam, aku akan paksa minum 2 botol air mineral ngan aku akan lap badan aku sendrik. Tapi kali ni aku tak larat nak layan diri aku, so aku tido jerkk...dah kena rezki aku, Allah gerakkan hati ja, ja ckp takperla, dia lapkan badan, kasi kurang panas skit...aish, teringat kat mama aku, mana de penah orang lap badan aku masa demam ni selain mak aku ? dari matrik klau aku demam, aku sorank2 ler yg lap badan kasi kurang panas. Sangat syahdu ! dan sangat bersyukur Allah tempat aku dengan orang yg ikhlas hatinya.

Geram jugak la, ngan kija yg blom siap, dengan diri yg asek tak larat dan sakit, banyak menda...Tapi ada suara yg berkata “ jie, redha la, kadang2 apa yg kita plan tuh, tak jadi, Allah tau yang terbaik, jie memang sakit, nak wat camna lagik, kena la rehat, cuba ikhlas skit dalam menjalani kehidupan yg Allah dah tentukan ni” ......aku diam...n aku tarik nafas panjang, aku doa, semoga aku gi kija dengan baikk dan redha..dan tenang, menghadapi apa saja.

Tuh la kisah aku, skang ni aku tgh minum air teh kurang manis, aku bli masa balik dari kedai runcit jusco aku..huhu..aku gi jusco lagik, aku gi carik hadiah , esok bday ja..ja tader kat umah arini, dier gi tgok wayang, pastu dia balik UIA terus. Tak cakap plak minah ni esok bday dia, Cuma Allah gerakkan hati aku tadi, nak pi tgok forum kat ISCMNET, then aku nampak la bday list untuk esokk...woh...cik salmiza nye bday ker, aish..

Satu jam jer, rm 100 melayang pergi....rezki kakak, abg fazel, fahim, firas ngan ja...haha...ada gakla rezki aku rm30..aku bli kata2 hikmah “STRONG WOMEN”..aku gi renew kad jusco nama kakak ngan abg fazel, pastu aku nampak baju, rasa nak bli, then aku nampak baju tido budak2, aish comeinya..nak bli mana satu ni, nak bli baju maksu ka, nak bli baju fahim ngan firas...last2 mengalah, bli baju kat budak2 nih la..dah lama pun tak bli baju kat depa....aku bli baju tido kotak2...sahih smart klau pakai....mungkin camni kot perasaan ibu2, yang leh pakai baju raya tahun lepas, tapi baju raya anak berpasang2....nih baru anak sedara ni....otomatik la perasaan2 gini...aishh......

Aku bahagia la dok umah ni, sampai skang aku rasa syukur yang amat, aku sangat suka tempat ni...Bagus la kan klau aku cinta kat tempat kerja aku camni....haha, kadang2 aku pikir jugak, hidup itu adalah ibadah, dan dalam sehari, kita ada 24 jam...setiap hari adalah untuk beribadah, senyum itu ibadah, makan itu ibadah, kerja itu ibadah. Kerja tuh paling minimum 8 jam sehari, maksimum 12-16 jam sehari....tapi ramai yg mengeluh dengan kerja...berkualitikah kita dalam seharian, andaikata 12 jam masa itu ibadah dilakukan dengan tidak ikhlas. Andai tak ikhlas dan tidak pernah berusaha untuk ikhlas, apa ertinya, hanya membuang masa dan ketika...lebih baik tinggalkan dan cari yang lebih baik, dari asek mengeluh...either one...teruskan dengan ikhlas, atau mencari yg lebih baik.

Dalam banyak perkara, itu yg aku aplikasikan, namun kini, aku tiada apa-apa keputusan. Berat untuk diambil. Dan biar saja ia berlarutan. Entahhkan....aku tak punya jawapan.

Teruskan saja dengan ikhlas. Tapi semalam bila sakit yg amat tuh, aku rasa sedikit insaf, ntah..tatau naper. Cam la aku tak penah sakit, tapi semalam kesannya lain. Aku lapang skit harini rasa. Semalam aku mimpi, kawan aku resign, dia hepi nak resign. Then ari ni masa lunch, kawan aku yg sorang lagik bg tau, someone is leaving. Aku tak terkejut. Sepatutnya aku terkejut. Tapi aku rasa tadi cam aku dah tau, patutla camdah tau, sebab aku mimpi dia nak resign...owh, persediaan awal buat aku rasanya. Mungkin Allah nak kasi aku redi....ok...asal Kau bersama-samaku, then everything should be ok...

Esok de team building kat Pangkor, barang pun aku tak pack lagik ni, tapi lepak la, aku memang pack barang last minute...heh...sok kena bangun awal lak tuh, rasa takut nak tido ni, takut tak terjaga...Aku harap aku sehat la esokk...I wish, i wish...aku mintak baiti letak aku satu bilik ngan ida. Ida de cakap kat aku, takut cam tak besh gi team building ni.biasalah, isu2 dalaman. Aku cakap takper, kita niat saja untuk rapatkan silaturahim, semoga hubungan ngan rakan sekerja lebih erat. Insyaallah , Allah akan tune even perasaan kita yg tak gembira pun akan jadi gembira...I wish for that too...

Aku takde nasihat la buat diri aku harini, Cuma aku bingkiskan words yang aku bli kat memory lane tadi kat sni ...

Strong women are those who know the road ahead will be strewn with obstacles, but they still choose to walk it because its the right one for them.

Strong women are those who make mistakes, who admit to them,

Learn from those failures, and then use that knowledge.

Strong women are easily hurt, but the still extend their hearts and hand,

Knowing the risk and accepting the pain when it comes.

Strong women are afraid. They face fear and move ahead to the future, as uncertain as it can be.

Strong women are not those who suceed the first time.

They’re the ones who fail time and again, but still keep trying until they succeed.

Strong women face the daily trials of life, sometimes with a tear,

But always with their heads held high as the new day dawns.


~Brenda Hager

Wednesday, July 02, 2008

2 Julai

Baru tengah melepak lepak sambil membaca, sambil mengopek2 chestnut yang aku bli kat jusco tadik. Walaupun aku duduk sorank jerk, tapi kat sni memang asing dari kesunyian la, suara budak2 main kat bawah...teringat plak zaman kecik2...suasana di sni, homely. Yes thats what i need.

Aku tenang ja kat rumah baru ni. Memang jauh dari keserabutan. Hilang hampir 70%. Aku rasa cam bleh tarik nafas yang lega teramat. Sampai skang, perasaan kesyukuran tuh masih meninggi buat Allah yang Kuasa, sebab kasi aku rumah yang besh. Memang aku rasa syukur yang amat. Sebab aku hanya tergerak untuk pindah, dan buat sedikit usaha, tapi Allah kasi banyak pulak. Semua kriteria terpenuhi.

Smalam ke 2 ari lepas aku cam menangis sebab aku rasa besh sangat duduk kat sni. Dan Allah takdirkan housemat yg baik jugak buat aku. Ja okeh, dia pembersih. Takleh tgok habuk. Dan dia sememangnya seorang insan tabah yang tak berkira , berdasarkan pemerhatian aku dan cerita2 dialah. Seorang yang sentiasa bersyukur, dan tak mudah mengalah dengan dugaan dan cabaran. Seorang yg gila dengan jepun, setiap hari belajar bahasa jepun, dan memang dia nak gi jepun. Persevering.

Rasa cam nak sebak lagik, ntah kenapa arituh jugak, aku teringat sangat kat erni, aku ingat, saat2 aku nak berpisah dengan dia masa kat matrik, aku peluk dia erat. Sambil nangis yang teramat, “Erni, camna jie lepas ni, masih banyak menda yg jie kena tempuh, mana jie nak dapat kawan macam erni lagik’. Serius, aku nyatakan statement tuh dengan jujur, nak ngaku yang kita perlukan seseorang bukan mudah. Kita pun ada ego tersendiri, untuk kata, aku bleh hidup sendiri tanpa sesiapa.

Erni pun nangis jugak. ‘Takpa jie, doa ja. Doa, doa Allah akan bagi kawan2 yang baik buat kita, yang bleh membimbing kita. Kita akan dapat. Saya pun selalu doa camtuh.’

And here i am. Dah hampir 5 tahun dah semuanya berlalu. And u see, urself growing, to be more matured, more responsibilities.

Arini aku mc, aku kepenatan. Kepenatan yang amat. Pindah rumah memang menduga ketahanan jugak ekk...=]

Aku Cuma nak lalui saja hidup ni, tanpa rungutan , dan melalui saja, tanpa melihat sesuatu secara begitu besar, dan tenang dalam menghadapi segalanya.

Dan sesungguhnya, jusco tuh dah bleh jadi kedai runcit buat aku, haha, belakang rumah jerkk!...Ya Allah, thanks for everything!

Kdang2, untuk mendapat yang besh dan sesuai dengan jiwa itu, perlukan masa yang panjang sebelum kita dapat menggapainya. Allah biar kita sulit melalui yang tak besh, Allah biar kita melihat, apa yng salah dan apa yang patut dibetulkan. Tiba masanya, Allah beri yang besh, supaya kita menjadi insan yang amat bersyukur padaNya, lantas perasaan syukur itulah yang membuatkan kita bernafas dengan bahagia!