Saturday, October 24, 2009

October 23, 2009

Maksu jie ngan maksu amalina kat mana ni??..

Ada belon2...Bday sapa ni?

Bday Fahim la! shapa lagi...hi hi hi ..!

Selamat Hari Lahir Fahim! Yang ke -2 Tahun on 23rd Oct 2009.

Tuesday, October 20, 2009

Bercerai Kasih Benci Tiada

83266466Siapa kita lima tahun akan datang ditentukan oleh buku apa yang kita baca dan dengan siapa kita bergaul. Begitu kata pakar-pakar psikologi. Kita dibentuk oleh apa yang kita baca – dalam konteks iqra’ imam Ghazali mentafsir membaca dengan akal, hati dan emosi. Maksudnya apa sahaja input yang selalu kita lazimi pada akal, jiwa dan emosi akan membentuk peribadi.

“Buku” dalam ertikata yang luas ialah apa yang kita dengar, lihat, tonton, berinteraksi dan berkomunikasi. Kamu ialah apa yang kamu baca, seperti juga kamu apa yang kamu makan, kerana membaca itu hakikatnya memberi “makanan” pada akal, hati dan emosi.

Baiklah, bukan itu yang ingin saya fokuskan kali ini. Tetapi saya ingin berkongsi bahagian kedua daripada kata-kata pakar psikologi itu – yakni “dengan siapa kamu bergaul.” Sudah lama saya ingin menyentuh persoalan ini, dan telah ramai juga pengunjung blog yang meminta saya menulis tentangnya. Alhamdulillah selepas Subuh ini, ada dorongan yang sangat kuat untuk menulis tentangnya. Mudah-mudahan ada kebaikan buat kita bersama.

Saya ingin menulis sesuatu yang saya dengar, dapati, rasai daripada pengalaman sendiri. Tentunya daripada pengalaman peribadi dan pengalaman orang yang saya temui. Kebetulan karektor saya sebagai “perfect malancholy” – yang umumnya selalu serius, berhati-hati, agak skeptik (kadangkadala prajudis), suka kesempurnaan – selalunya akan menghadapi cabaran yang lebih “besar” dalam perhubungan.

Tidak seperti “peaceful phalagmatic” – yang secara tabienya lebih ceria, suka bergurau, agak fleksibel – yang mahir dalam perhubungan. Begitu mengikut kajian pakar-pakar psikologi yang membahagikan manusia kepada 4 karektor (insya-Allah, ada masa nanti kita akan bincangkan mengenai pembahagian karektor manusia).

Maaf, saya tidak ingin menyusahkan anda dengan istilah-istilah ini. Sekadar menunjukkan bahawa mengenali karektor kita (dalam ertikata mengetahui di mana kelebihan dan kekurangannya) sangat penting dalam sesuatu perhubungan samada persahabatan, persaudaraan, perkahwinan, sepekerjaan dan sebagainya. Bahkan tidak keterlaluan kalau saya katakan, mengenali diri sendiri jauh lebih penting daripada mengenal orang lain dalam usaha mengujudkan suatu hubungan yang harmoni.

Saya akui bahawa saya sendiri “terkial-kial” dalam mengenali dan mengatasi kelemahan diri khususnya dalam perhubungan. Mungkin setelah usia mencapai 45 tahun (lebih kurang 2 tahun yang lalu) barulah saya mendapat sedikit pencerahan dan panduan dalam diri sendiri. Itu yang katakan selalu, ilmu yang didapati daripada mujahadah lebih mendalam daripada apa yang kita dapat daripada mentelaah. Membaca buku hanya mengutip fakta, dalil dan bukti tetapi membaca kehidupan barulah tersingkap segala rasa, makna dan getaran untuk bermuhasabah, mengkoreksi dan membuat pembetulan.

Pertama ingin saya tegaskan: Tidak mengapa kalau kita tidak mempunyai ramai sahabat, tetapi sedikit itu biarlah yang setia, sayang, tulus dan benar-benar jujur dengan kita. Namun jika ramai sahabat yang setia tentulah lebih baik. Ingin saya tegaskan mencari sahabat yang baik, sama seperti ingin mendapat isteri yang solehah. Keinginan dan cita-cita sesiapa pun ada, tetapi untuk mendapatnya sukar… sesukar mencari gagak puitih.

Namun cuba ingat kembali petua yang pernah saya nukilkan dalam buku Tentang Cinta. Jadilah solehah… bukan carilah soleh. Jadilah soleh… insya-Allah akan datang solehah untuk kita. Maka begitulah juga dalam petua bersahabat, jadilah sahabat yang baik, bukan carilah sahabat yang baik.

Jika kita ingin mengubah diri kita (kearah yang lebih baik samada dari segi agama, keperibadian atau kerjaya), jangan lupa untuk “menyemak” semula siapa yang berada di sekeliling kita. Bukankah Nabi Muhammad saw pernah berpesan, agama seseorang ditentukan juga oleh siapa sahabatnya? Jadi jika kita ingin “menukar” iltizam kita dalam beragama, acapkali kita perlu menukar “sahabat” kita.

Jika bersamanya, agama kita tidak bertambah baik (bahkan kekadang merosak)… ayuh berani meninggalkannya! (sebahagian hal ini saya pernah sentuh dalam entri yang lalu: Kill your darling!)

Jagalah hati, walaupun kita menghindari daripadanya, bukan kerana takut “kejahatan” dia berjangkit kepada diri kita tetapi lebih diniatkan agar jangan kejahatan kita yang berjangkit kepadanya.

Saya pernah menekankan bahawa persahabatan umpama sebuah perkahwinan. Jika sudah tidak serasi, “bercerailah”. Tetapi pastikan kita bercerai dengan baik-baik. Namun sekali-kali jangan membenci. Mungkin sidia akan mendapat orang yang lebih baik daripada kita sebagai sahabat barunya dan kita akan mendapat orang baik yang lain sebagai sahabat baru.

Ingat sikap nabi Muhammad saw bila berdepan dengan makanan yang tidak disukainya? Baginda akan meninggalkannya tetapi sedikitpun tidak mengecam makanan itu.

Mungkin analogi itu tidak sama dalam konteks persahabatan. Tetapi saya kira begitulah panduannya… tinggalkan apa yang kita tidak sukai tetapi jangan sekali-kali membenci. Ingat “benci” itu virus dalam hati dan emosi kita. Orang yang dihinggapi rasa benci akan buta melihat dunia ini dengan lebih indah dan ceria. Pada hal keceriaan dan keindahan itu ada di mana-mana tetapi pembenci tidak akan dapat melihat dan menghidunya.

Kenapa saya tergamak menyarankan agar kita “ceraikan” orang-orang tertentu sebagai sahabat? Hubaya-hubaya… kerana di dalam hidup wujud orang begitu untuk menguji kita. Ditakdirkan ada manusia yang begitu pandai bermuka-muka. Anda merasakan dia sebagai sahabat, lalu anda longgokkan segala kepercayaan, amanah dan kesetiaan kepadanya (begitukan kalau kita bersahabat?). Oh, kalau begitu jadinya anda seolah-olah memberi “senjata” yaang paling merbahaya untuk dia menikam anda nanti.

Jangan sekali-kali lupa, kesalahan yang paling besar dalam perhubungan ialah bila anda menganggap pandangan, persepsi, rasa hati dan fikiran orang lain sama dengan anda. Ini satu kesilapan besar. Jangan tersilap memberi amanah. Oleh kerana senyumnya manis, pujiannya melangit dan simpati serta empatinya melimpah, anda kalah. Tidak upaya lagi berkata tidak… walaupun dia telah jauh menerobos benteng hak anda yang sangat peribadi.

Dengan bermuka-muka anda akan sentiasa dieksploitasi dan dimanupulasi. Hati-hati. Kesabaran tidak menafikan kebijaksanaan. Jika anda terus menyimpannya, anda seperti menyimpan musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan. Jika kita kuat bersabarlah dan teruslah bersabar. Orang kata bersabar dalam bersabar (sabrun jamil – sabar yang indah). Tetapi jika hati, jiwa dan perasaan anda rosak akibatnya, menjaraklah. Jangan sabar membunuh kebijaksanaan dan kewarasan.

Apa yang dimaksudkan dengan “bercerai dalam bersahabat?” Jangan silap faham maksud saya. Bercerai bukan bererti memutuskan silaturrahiim. Itu berat sekali dosanya. Bercerai bermaksud anda letakkan satu jarak yang lebih jauh sedikit daripada sebelumnya antara diri anda dengan sidia. Jadi dalam kategori bersahabat, letakkan kategori-kategori tertentu. Untuk sahabat yang ini yang jaraknya begini, kita kongsikan perkara-perkara tertentu. Untuk sahabat yang itu yang jaraknya begitu, kita kongsikan pula perkara-perkara yang lain.

Jangan kita lupa, dalam hubungan sesama manusia, perkara “jangan lakukan” lebih utama dijaga dan dititikberatkan berbanding perkara “hendaklah dilakukan”. Jangan mengumpat orang, lebih utama dijaga daripada menolong orang. Jangan hasad dengki lebih patut didahulukan daripada rasa simpati dan empati. Jangan membenci mesti dipentingkan berbanding menasihatinya. Pokoknya, dalam persahabatan: Jangan meruntuh itu lebih baik daripada membina!

Pernah anda terjumpa seorang yang begitu suka membantu orang susah, tetapi apabila orang susah itu sudah senang, yang membantu tadi mula “membuntu” dengan hasad dengki, mengumpat dan mencela (orang yang pernah ditolongnya) di belakang? Benarlah kata hukama, merasa susah dengan kesusahan orang lain agak mudah berbanding untuk merasa senang dengan kesenangan orang lain. Nikmat itu selalunya dihasad.

Dalam persabatan anda mesti mengenali antara kelemahan dan kejahatan. Kelemahan itu memang biasa – anda punya kelemahan, sahabat kita punya kelemahan. Jangan menginginkan satu kesempurnaan. Kita bukan bersahabat dengan malaikat… tetapi dengan manusia yang punya seribu satu kelemahan. Kekadang kita terpaksa berhadapan dengan marah, rajuk, pelupa, “pemboros” dan berbagai-bagai lagi karenah. Itu semua sepatutnya kita hadapi. Kasih tidak menjadikan kita buta dengan kelemahan tetapi menerimanya dengan wajar.

Apa nak buat sudah “jodoh” kita dengan orang yang begitu… Sabar sahajalah. Sepertimana kita bersabar dengannya, dia juga bersabar dengan kita. Dia bermujahadah, kita pun bermujahadah. Kita sama-sama tahu “piawaian” manusia yang syumul, tetapi kita sama-sama sedang merangkak mencapai piawaian itu!

Untuk berdepan dengan masalah ini, pegang analogi ini. Hubungan kita dengannya umpama hubungan tangan kiri dan kanan. Kekadang tangan kiri kotor, tangan kanan pun kotor… bagaimana kita bersihkan kedua-dua belah tangan itu? Ya, kita temukan dan bergeser antara satu sama lain. Itu yang kita buat semasa mencuci tangan.

Akhirnya dengan geseran dan laluan air, kedua-dua tangan yang kotor itu jadi bersih kerana geseran itu rupanya “saling membersihkan”. Itulah hikmah “geseran” dalam persabatan. Kelemahan kalaupun tidak dapat diatasi tetapi dapat diterima dengan rela dan reda.

Tetapi berhati-hati dengan kejahatan. Yakni sekiranya ada orang yang merancang menggunakan anda, melaga-lagakan anda, menyekat laluan, mensabotaj rangkaian perhubungan anda dan paling malang jika dia sudah berani melampaui batas dengan strategi memijak anda untuk melonjak diri sendiri.

Itu bukan kelemahan lagi tetapi sudah satu kesalahan. Berdoalah kita agar dijauhkan daripada manusia yang sebegini. Kita tidak sekali-kali boleh membenci… tetapi jangan pula disengat olehnya berkali-kali. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Dan hidup juga terlalu singkat untuk disekat oleh orang yang begini!

Jagalah Allah dalam perhubungan dengan selalu menjaga syariatnya dalam persabatan. Biarlah hukum halal, haram, sunat, makruh dan harus sentiasa menjadi rujukan bersama. Ke situlah kita merujuk bila berdepan dengan masalah. Dalam hubungan sesama makhluk, Khalik mestilah menjadi pengikatnya. Iman itu mengikat hati-hati manusia umpama “simen” yang melekatkan batu-bata.

Tanpa simen batu bata tidak akan tersusun dan berpadu. Jangan melupakan Allah dalam memburu kasih-sayang manusia kerana dengan melupakan kasih Allah, kita akan gagal merebut kasih manusia. Bila melihat kebaikan sahabat… rasailah itu hakikatnya kebaikan Allah. Tetapi apabila melihat kejahatan atau kelemahan manusia percayalah… itulah cara Allah menguji kita.

Cukuplah setakat ini saudara-saudara ku sebagai muhasabah hati di permulaan bulan yang baru. Ramadan telah sebulan meninggalkan kita. Ingatkah? Apa yang akan saya letakkan sebagai tajuk tulisan ini… ya tuliskan sahaja: BERCERAI KASIH BENCI TIADA!

Sumber : http://genta-rasa.com/2009/10/20/bercerai-kasih-benci-tiada/#more-626

Saturday, October 17, 2009

Seorang Jurutera di atas Bukit

Setelah kembali ke KL malam semalam, saya terus menangani kerja-kerja penulisan seawal pagi ini. Buku Mukmin Profesional: Celik Mata hati sudah 80% selesai. Kali ini buku yang saya tulis agak berat dan sarat dengan seruan, gagasan, panduan dan hujah-hujah yang praktikal.
Program yang saya laksanakan bersama teman-teman di Selesa Beach Resort, Port Dickson semalam memberi saya input-input baru untuk ditangani dan diungkaikan. Alhamdulillah, perjuangan untuk membaiki diri dan ketrampilan yang tidak berpenghujung ini nampaknya sering mendapat pencerahan.

Walaupun kekadang terlalu banyak pengalaman peribadi untuk dikongsi, tetapi saya seboleh mungkin akan menjauhkan diri daripada menulisnya dalam blog ini. Lalu, acapkali sesuatu yang bersifat peribadi itu saya tambah rencah-rencahnya agar lebih kelihatan umum agar lebih mudah dikongsi dan dihayati.

Namun, ingin saya tegaskan apa yang saya tulis hakikatnya ialah usaha saya mengenengahkan kebenaran, yakni kebenaran dari segi prinsipnya dan kebenaran daripada segi kisah dan faktanya.

Kisah yang saya tulis, “Seorang Jurutera di atas bukit” misalnya ialah kisah dialog saya dengan anak lelaki setelah 3 bulan dia bekerja. Kebimbangan hati saya agar anak tidak terjebak dalam rasuah menyebabkan kisah itu saya nukilkan. Orang muda khususnya, bila mula mendapat kerja yang baik dan berpendapatan agak tinggi sedikit akan dilanda pelbagai godaan. Dan kita sedia maklum, ujian kesenangan lebih getir dan bahaya berbanding ujian kesusahan. Dalam sukar masih ramai yang mampu sabar, tetapi dalam senang, ramai yang lupa syukur, lalu kecundang.
Begitu juga apabila ada seorang lagi anak yang berdepan dengan dilema samada memilih bidang pengajian yang lebih sukar dan mencabar atau yang lebih mudah, saya mula bersembang-sembang untuk “membetulkan” persepsinya. Saya ingatkan, jangan mengejar “glamour” . Pandangan diri terhadap diri sendiri lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap kita. Ingat kata Ibn Jauzi, petanda orang sakit jiwa ialah apabila dia lebih percaya penilaian orang ramai berbanding pandangan dirinya sendiri.

Sebab itulah ramai orang yang ingin “mempamerkan” betapa dia berjaya dan bahagia walaupun dia sedar jauh di sudut hatinya bahawa dia sebenarnya tidak bahagia. Bergambar di khalayak ramai sebagai pasangan yang bahagia, tetapi bila pulang ke rumah begitu sukar bermesra sekalipun untuk bertegur sapa. Oh, dunia… akulah yang paling bahagia, dabik dadanya di hadapan ramai. Namun ketika sunyi sendiri, dia mengeluh, aduh… deritanya hidupku! Ini bukan cerita artis dan orang berkuasa sahaja, tetapi “orang biasa-biasa” pun ramai yang kena!

Lalu saya ingatkan anak saya (dan tentunya anak tuan-tuan juga), jangan semata-mata ingin digelar doktor, arkitek atau sesiapa sahaja… menyebabkan pandangan mata hati kita menjadi kabur. Ada masanya, saya “terpaksa” menceritakan kesalahan dan kesilapan masa lampau kepada anak-anak. Malu juga dirasakan, tetapi biarlah… bukankah sebagai ibu-bapa kita selamanya akan rela jadi “jembatan” untuk dipijak oleh anak-anak dalam meniti kehidupannya?
Kisah-kisah itu sebahagiannya telah saya tulis dalam buku “Nota Hati Seorang Lelaki”. Pengalaman menjadi anak sangat berharga ketika kita sendiri menjadi bapa. Walaupun kisah-kisah itu kekadang biasa-biasa sahaja, namun saya tulis jua – saya relakan ia dijadikan cerminan kepada kisah-kisah anda yang mungkin lebih istimewa. Dalam program di PD temph hari saya banyak berbual dengan “orang-orang besar” yang mempunyai kisah tragis dan tragedinya tersendiri. Dan saya sikerdil ini, telah berazam untuk menulis semua itu dengan lorekan kata dan rasa saya sendiri.

Bila kita memandang dengan rasa cinta… segalanya akan indah-indah saja. Tetapi sekali-sekala (malah kekadang selalu) tanpa disedari, kita memandang dengan rasa benci… maka segalanya seolah-olah bertukar wajah. Yang indah jadi gundah. Yang ceria bertukar duka. Padahal, yang berubah bukan apa yang kita lihat… tetapi mata yang melihat. Dan mata itu berubah kerana jiwa kita berubah. Ya, hujan di kacamata yang cinta terlihat bagaikan mutiara. Manakala di mata yang benci umpamakan darah atau air mata!

Pada mereka yang sering bertanya, apakah kisah-kisah yang saya tulis itu kisah saya? Inilah jawapan saya (dan tentunya jawapan ini juga masih umum sifatnya: “Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia… yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, pada hal khalayak pastinya inginkanyang baik-baik dan indah-indah sahaja. Lalu dia terus bermujahadah… menulis kebaikan sekalipun belum sepenuh dimilikinya dan dia akan “memendamkan” kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya. Dia ingin menghidangkan yang terbaik tanpa menjadi seorang munafik!”
Untuk pembaca yang sering ingin “mendengar” dentingan gentarasa… ku tinggalkan kalian dengan sebuah tulisan bertajuk: SEORANG JURUTERA DI ATAS BUKIT. Kisah pertarungan antara kebenaran dan kebatilan, bila keikhlasan dicabar oleh kepentingan diri.

Cerita ini sering didengar apabila membicarakan tentang keikhlasan. Ia ditulis oleh Al Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin. Seorang lelaki soleh yang mendapat berita tentang sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai di sebuah kampung. Dengan semangat amar makruf nahi mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan pergi untuk menebang pokok tersebut.
Di pertengahan jalan dia bertemu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki. Syaitan menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Lelaki soleh itu dengan mudah mengalahkan syaitan. Syaitan tidak puas hati lalu berlakulah pergelutan demi pergelutan yang tetap dimenangi oleh lelaki soleh itu.

Akhirnya syaitan mengaku kalah dan menukar strategi. Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu. Syaitan bersedia memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki itu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan yang dimaksudkan. Lelaki soleh itu termakan hasutan dan bujukan syaitan lalu pulang kembali ke rumahnya.

Esok pagi, apabila dia bangun dari tidur di dapatinya ada sekeping dinar emas di bawah bantalnya. Benar, syaitan telah menunaikan janjinya. Begitulah keadaannya pada pagi hari kedua. Dinar emas sudah ada di bawah bantalnya seperti hari pertama. Tetapi pada hari ketiga, dinar emas sudah tidak ada lagi. Ternyata, syaitan mula menipu.

Berang dengan perlakuan syaitan, lelaki soleh itu mengambil kapaknya untuk meneruskan niat awalnya untuk menebang pokok sembahan. Di pertengahan jalan, syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki itu menahannya lagi dan berlakulah pergelutan. Kali ini lelaki soleh itu kalah. Dicubanya sekali lagi, dia tetap kalah. Malah dicubanya berkali-kali, dia tetap kalah.
Ketika lelaki itu bertanya kenapa dia kalah dan kenapakah syaitan sudah jadi semakin gagah? Syaitan menjawab, “engkau kalah kerana kali ini niat mu untuk mencegah kemungkaran bukan lagi kerana Allah, tetapi kerana dinar emas.” Ya, lelaki itu menjadi lemah kerana niatnya tidak ikhlas. Tahulah kita rupa-rupanya keikhlasan itu adalah satu kekuatan dan kehormatan.

Cerita di atas saya ceritakan kembali kepada anak yang baru bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat pembinaan infrastruktur. Saya bimbang takut-takut dia terjebak dengan rasuah. Dia masih terlalu muda untuk mengenal sepak terajang dunia pekerjaan.“Itu cerita lama, tapi masih relevan,” nasihat saya.“Sekarang ni tidak ada lagi syaitan yang menyamar ayah,” balasnya sambil tersenyum.“Eh, ada… masih ada,” balas saya.“Betul ke?”“Betul. Syaitan yang berupa manusia. Kawan ayah pernah terjumpa,” ujar saya.

“Macam mana tu?” tanya anak saya dengan penuh minat.“Kawan ayah juga seorang jurutera. Ini cerita lama. Berlaku pada peringkat awal sewaktu dia mula masuk bekerja.”“Macam saya sekarang ni?”Saya mengangguk. Biar saya ceritakan segala-galanya buat peringatan dan amaran kepadanya.

“Satu hari dia ditugaskan untuk melakukan pengawasan dan membuat laporan tentang pembinaan satu projek pembinaan jalan raya oleh sebuah syarikat yang diamanahkan…” saya memulakan cerita.Ya, saya masih ingat bagaimana kawan saya menceritakan bagaimana hari itu dia datang bersama seorang lagi kawannya yang juga seorang jurutera. Mereka sama-sama muda. Sama-sama bersemangat baru.

Mereka terkejut apabila mahu pulang dari lokasi tersebut, di dalam bakul motosikal (mereka belum mampu membeli kereta) masing-masing ada satu sampul berisi wang. Bukan sedikit, tetapi banyak. Rupa-rupanya itu “hadiah” daripada syarikat pembinaan berkenaan. Apabila ditanya mengapa dan untuk apa hadiah itu diberikan? Wakil syarikat itu berkata, “you muda lagi. Baru kerja, tentu mahu pakai duit. Ini hadiah perkenalan daripada kami. Kita akan selalu bekerjasama nanti.”

Kedua-duanya pulang ke rumah masing-masing dengan perasan yang pelbagai. Kawan saya sedar bahawa “hadiah” itu hakikatnya rasuah. Walaupun kawan saya itu kesempitan belanja (kebetulan emaknya sakit pada waktu itu), dia tetap tidak sedap hati untuk menerima pemberian itu. Esok pagi sekali lagi dia lokasi pembinaan dan menyerahkan semula sampul yang berisi wang tersebut.

“Apa you tak mahu pakai wang?”“Tak apalah.”“You tak mahu kerjasama?”“Saya akan beri kerjasama. Tanpa hadiah ini lebih mudah kita kerjasama. You tak segan dengan saya, saya pun tak segan dengan you,” kata kawan saya.

“ Apa kesudahan cerita tu ayah?” tanya anak saya penuh minat. Saya tahu cerita itu sangat rapat dengan situasi semasanya.“Malangnya, kawannya yang seorang lagi tu menerima hadiah tersebut. Ketika ditanya mengapa, dia ada rasionalnya sendiri…”“Apa rasionalnya?”“Itu bukan rasuah tapi hadiah. Bukan kita minta, orang nak bagi. Nabi pun terima hadiah. Itulah hujah kawannya yang seorang lagi tu.”

“Eh, bagus juga hujahnya ya?” balas anak saya sinis.“Syaitan memang kreatif. Macam-macam tipu dayanya kepada manusia…”Anak saya diam.Saya menambah lagi, “ di satu negara yang pernah ayah pergi dahulu mereka tidak menamakan rasuah, mereka tukar istilah jadi kerjasama. Bukan rasuah, tapi kerjasama. Di satu negara lain pula, rasuah dianggap “skill” dalam perniagaan. Orang sudah tidak memandangnya buruk. Ia dianggap satu strategi untuk melancarkan urusan!”

“Apa kesudahan cerita kawan ayah tadi?” kata anak saya mengingatkan.“Dia dihormati, disegani dan kadangkala ditakuti. Ke mana sahaja dia membuat pengawasan, kontraktor-kontraktor yang diamanahkan akan memberi kerjasama. Sekarang dia jadi Ir dan ketua jurutera!”“Kawannya yang seorang lagi macam mana?”“Cerita sedih. Sejak dia menerima rasuah, wakil syarikat yang memberinya dahulu buat tak tahu sahaja. Kehadirannya tidak dipedulikan. Apalagi kata-kata dan tegurannya. Orang tahu dia dah “termakan”. Dia tak lama di syarikat tempat dia bekerja. Khabarnya sering bertukar-tukar tempat kerja,” jawab saya.

“Dah dapat kaitkan cerita-cerita tu?”“Cerita yang mana ayah?”“Cerita ikhlas versi lama dan baru.”“Rupa-rupanya orang yang ikhlas tu kuat ya ayah…”“Ya, bukan kuat fizikalnya tetapi kuat hatinya. Tidak makan bujukan. Tahan dengan godaan.”“Rupa-rupanya taktik dan strategi syaitan amat licik. Hulur dulu, rentap kemudian.”

“Dulu dia pakai dinar emas bawah bantal. Sekarang dia guna sampul surat, kad ATM, belanja perubatan, percutian luar negara, perempuan dan macam-macam lagi.”“Sekarang saya faham apa di sebalik simbolik syaitan menyamar jadi rupa manusia,” kata anak saya yakin.“ Manusia dah jadi syaitan. Pemikiran, tindakan dan percakapannya penuh muslihat.”

“Mereka menghulur untuk lebih banyak menerima. Dia rasuah sedikit, tetapi dia ambil balik banyak. Nanti dia akan tipu ukuran pembinaan, kadar bahan mentah, upah pekerja dan macam-macam…” kata anak saya yang mula menjiwai realiti pekerjaannya.“Dan kalau orang yang diamanahkan untuk buat pengawasan sudah terjerat mereka akan buat sewenang-wenangnya. Tak kan dia berani membuat laporan yang telus dan jujur. I jaga you, you jaga I. Itulah maksud kerjasama yang dikatakan sejak awal.”

“Baguslah kalau kamu faham. Apa pun ingat, syaitan tak akan mampu melawan orang yang ikhlas.”“Rupa-rupanya ikhlas itu penting bukan sahaja dalam solat dan puasa…”“Ikhlas itu teras dan asas dalam semua ibadah. Baik yang berupa fardu Ain, mahu pun yang fardu kifayah. Yang habluminallah, juga habluminanas.”“Tapi cerita-cerita versi lama sukar nak dikaitkan dengan realiti terkini. Betul ke ayah?”“Tidak juga, kalau kita jujur dengan sejarah, pasti banyak “ibrah” yang terserlah. Ada cerita yang lebih lama daripada cerita yang dinukilkan oleh imam Ghazali tu.Dia termenung.

“Tahu cerita nabi Nuh AS?”“Tentang penderhakaan kaumnya? Tentang kesabarannya berdakwah ratusan tahun?”“Bukan sudut itu. Tapi sudut yang ada kena mengena dengan cerita-cerita kita sebelum ini…”“Saya tak dapat tangkap maksud ayah,” katanya berterus-terang.“Cerita kapal nabi Nuh. Baginda hakikatnya jurutera macam kamu juga.”“Nabi Nuh lebih hebat ayah!”

“Nabi dan rasul adalah teladan sepanjang zaman. Mari kita teladani Nuh AS bukan sahaja di sudut ketulusan hatinya dalam berdakwah tapi dalam bidang pekerjaannya juga.”“Macam mana tu ayah?”“Nabi Nuh di samping misi utamanya berdakwah, dia juga seorang jurutera dan arkitek yang membina kapal. Hebatkan? Kapal dibina di atas bukit. Kapal yang begitu teguh dan kukuh. Kapal yang tahan menahan gelombang banjir bertaraf “super”. Jutaan kali lebih dahsyat daripada Tsunami yang baru lalu. Bayangkan puncak yang tertinggi di dunia pun tergenggelam. Kalau gunung Everest sudah ada pada waktu itu, Everest pun tenggelam. Banjir seluruh dunia. “
Setelah agak lama kami terdiam (mungkin terbayang betapa hebatnya banjir yang telah melanda dunia era Nabi Nuh itu), saya bertanya, “kamu ada dengar kapal nabi Nuh retak? Kamu ada dengar atapnya bocor?”“Tidak ayah…”“Orang sekarang berbeza. Buat lebuh raya retak. Buat stadium runtuh. Buat atap bangunan canggih-canggih tapi bocor.. tidak seperti kapal Nabi Nuh.”“Kita tidak meneladani Nabi Nuh ayah,” balas anak saya perlahan.“Mungkin kita kurang kepakaran. Mungkin juga kurang amanah.”“Atau mungkin kurang kedua-duanya sekali.”

“Ayah mengingatkan sahaja. Bila bekerja ikhlaslah. Insya-Allah, rezeki berkat dan reda Allah pun dapat. Jadilah seperti Nabi Nuh, yang bukan sahaja ada kepakaran tetapi juga ada kejujuran. Dialah jurutera sejati yang tidak termakan pujuk rayu dan ejekan manusia.”Anak saya termenung panjang. Doa saya, mudah-mudahan dia, jurutera, arkitek dan juru ukur bahan muslim yang lain menjadi pekerja yang ikhlas. Amin.

Saya cuba-cuba mengimbau, bagaimanalah agaknya Nabi Nuh AS menghadapi ejekan kaumnya. Baginda diketawakan. Dinajisi struktur binaan awal kapalnya. Laut dan sungai terlalu jauh, di bina pula kapalnya di atas bukit. Cuaca cerah, belum ada teknologi ramalan berlakunya Tsunami, banjir besar ataupun taufan. Tanpa ganjaran, dia bersendirian. Tanpa menghiraukan itu semua, dia terus bekerja dan bekerja… kerana Allah. Ah, ikhlasnya kau wahai nabiyallah!

Tuesday, October 06, 2009

Yang beruntung

Verily We have tried them as We tried the people of the garden, when they resolved to gather the fruits of the (garden) in the morning but made no reservation, ("if it be Allah's Will").Then there came on the (garden) a visitation from your Lord, (which swept away) all around, while they were asleep. So the (garden) became, by the morning, like a dark and desolate spot (whose fruit had been gathered). As the morning broke, they called out, one to another, "Go you to your tilt (betimes) in the morning, if you would gather the fruits." So they departed, conversing in secret low tones, (saying) "Let not a single indigent person break in upon you into the (garden) this day." And they opened the morning, strong in an (unjust) resolve. But when they saw the (garden), they said: "We have surely lost our way: Indeed we are shut out (of the fruits of our labour)!" Said one of them, more just (than the rest): "Did I not say to you, 'Why not glorify (Allah)?'" They said: "Glory to our Lord! Verily we have been doing wrong!" Then they turned one against another, in reproach. Then some of them advanced against others, blaming each other. They said: "Alas for us! We have indeed transgressed! It may be that our Lord will give us in exchange a better (garden) than this: for we do turn to Him (in repentance)!" Such is the punishment (in this life); but greater is the punishment in the Hereafter, if only they knew! (Surat al-Qalam: 17-33)

The attentive eye immediately recognises from these verses that Allah does not give examples of atheists in this story. The ones in question here are exactly those who believe in Allah but whose hearts have become insensitive towards His remembrance and who are ungrateful to their Creator. They take pride in possessing what Allah gives them as favours, and totally forget that these possessions are only resources to be used in His way. Typically, they affirm the existence and power of Allah; however, their hearts are full of pride, ambition and selfishness.
Harun Yahya : The Truth Of The Life Of This World

[17]Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -
[18]Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
[19]Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
[20]Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
[21]Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -
[22](Setengahnya berkata): “Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya”.
[23]Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
[24]“Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu”.
[25]Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
[26]Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: “Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)”.
[27](Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: “Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)”.
[28]Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: “Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?”
[29]Mereka berkata (dengan sesalnya): “Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!”
[30]Kemudian setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela.
[31]Mereka berkata: “Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas.
[32]“Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap”.
[33]Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).

Friday, October 02, 2009

Wajahs Aidilfitri

Kakak, Kak Linda, n Aidid Firas di rumah Tok Cik