Sunday, April 29, 2007

Sakura

Huhu, kat cc..tgh nak print resume emma..aperlaa...kebingungan sebentar bila tiba2 dah abis tadi...dah abis sume? cam tak caya...dah lama rasanya bangun dan tak pikir apa2..rasa pelik pulak..salu ada ja milestone2 tertentu yang nak dipenuhi...huhu..."Lost", the post below..bila baca balik rasa kesian lakk...PMS...thats it...itulah penyebabnya...haha..Semuanya kerana hormon...
Ampehs je, sib baik masa malam xm tuh ok...nasib baik...leh baca buku dengan semangat jugakk...kalau tak..x taula...

Ska betul tgok naruto shippuuden skang...adeh...tabik kat sakura..cool cam haper je minah ni, bukan cam dalam naruto dlu...lembik...skit2 sasuke, skit2 sasuke...bkn leh wat aper pon , merengek je..hahah salu kutuk dier dulu...tapi perubahan besar sakura dalam shippuuden..kagums!!

naruto dah besar dah...teringat kat my bro tgok budak tgh membesar ni

Kazekage & future Hokage

Tgok sakura, berpesonaliti betul la...huhu...si puppet ni hensem gak bila tader belang2

Gara dah jadi kazekage!

ni ha sasuke yang dah jadi cam orachimaru..buruk betul pakai camtuh..adeh

Balik dlu, nak bli roti susu di khalel!=]

Tuesday, April 24, 2007

Lost

Tak tau lagi nak melepas kat mana, selain kat sini...hati ni tak tenang, something missing...ntah pasepa...dah la nak exam jumaat ni, believe me, buku tu banyak lagi tak sentuh, even the notes...
I'm dissapointed with myself, really, I cant really control myself this time...I'm having the hard time untuk baca buku, not because i cant focus, but the passion...i've lost them...
Even untuk OB, the subject that i really like, the subject that carry marknya dah sangat ok, tinggal final ja nak usaha, tapi still...huhu...really force myself at that time untuk baca...Tak naturally datang kali ni....
Untuk paper cpt pon samala...i've should have done better...tapi biaqla, dah lepas...cmt ni pulak,,,dah usaha macam2,,tapi ntahh...arghh!
Dok pikir pasal apa tatauu??I thought sbb, sbb adala sesuatu tu, tapi bukan dia pulak...sebab bila dah selesaikan yang tuh, still macam ni, nak kata pms...?Teruk sangat ka estrogen overload?Teruk sangatkan my liver ni takleh mencernakan estrogen berlebihan...
Masa panjang gila, gap panjang gila, banyak gila masa nak baca, tapi dok melagha ja gheja...apa nak jadi la jie,,, bengong gila dah kali ni...last2..dah tak larat nak wat apa2...semalam n arini, x wat apa2..dok ja depan tv, tengok tv, taknak pikir apa2..taknak wat apa2...rasa penat, penat rasa macam ni,,,,
Ingat nak balik penang esok, tapi kak linda kata, dia nak balik lak esok..<Lin's post>, so jiji jangan balik penang lagik lin kata, so..khamis ni baru balik laa...khamis ni kakak ja cuti, nda pon ada..nak suh depa la antaq balik penang..
Esok, kakak akan dapat anugerah cemerlang secara rasminya. Proud of my sis..hehe,,dah dekat 4 thn kija cikgu, akhirnya dapat jugak anugerah cemerlang...Syukur pada Allah ya, rezki anak kot...=]
My sis dah pregnan 3 month, baby dia cam besaq...huhu...dok main2 cakap ngan baby dia...dok umah ni, dok teman kakak laa....ntah apala beshnya ji ada kat umah ni, dok menyemak umah, dok menghabiskan makanan pon, kakak suka jie dok umahh...akaka..kakak kata besh jie ada kat umah....hmm...sbb aku leh teman2 sembang ngan kakak kot, dok kaco baby kakak, dok gosip pasai cikgu2 kat skolah kakak..heheh...2 la gheja jie...
Nak stadi balik malam ni, kena jugak, arap2 masuk...rimas bila stadi x jadi apa...sakit hati rasa...selalu, kalau masa singkat pun, tapi bila ada semangat tuh, apa2 pun jadi, bukan soal quantiti, tapi qualiti....I dont want the answer why i'm like this, but nak sembuh dari perasaan camni...Tolong la Ya Allah, kuatkan aku...
Pasal MCAD tuh pulak training start 9hb, hmm...nas dah plan nak amik MCAD, tapi nama jadi dalam basis plakk,,rasa nyesal lak sbb tak cancel nama nas arituh awal2...tapi mana nak tau, aritu mula2 nama nas memang tadak dalam senarai, lepas tuh, apa2 email untuk basis sap, memang aku dah tak tengok pun, tapi untuk last list name tuh tingin lak nak tengok....confim, aku ngan ema dah tadak dalam list basis, yela sebab kami dah cancel nama. Hah, tak pasal2 lak nas kena jugak amik basis, sebab puan rosnah kata kena amik jugakk...Sori la nas, jie memang tak espect suma ni, klau jie tau suma ni nak jadi, jie akan cancel nama nas...jie ingat arituh dah automatik nama nas x dak kat sap...adoi....siot laa...
Bila nak pindah barang ekk...nak trus gi gmilang ker...adeh...biarla, pas xm baru pikir...tolongla, i need back the semangat, usually, its not about time, about lec, about others...its about me...dah try my best to concentrate...tapi..awat camni?? Dont aspect apa2 from me kali ni, kali ni, akan pi buat saja xm....akan buat saja....tak janji apa2...i cant even said, i will do my best...ntahla..macam aszifa aris yang aszifa aris tu dah hilang sekarang....need to find her back...

Friday, April 20, 2007

Perilaku berdasarkan tarikh lahir Islam

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Nina Wang

Menarik citer pompuan kaya ni..




Wiki Nina Wang

Let Them Go, n Be The Best, Just For Today..!=]

We love the future, We may love or hate the past, but We have to live in, TODAY..

Dalam hidup kita bergerak,
Akan tetap bergerak walaupun perlahan,
Memikirkan sesuatu yang tak tentu keadaan..
Mengenang kembali segala kebinasaan..
Kenangan, ia tak pernah hilang..
Masa depan, jauh dari jangkauan.

Yang indah itu masa depan,
Penuh dengan impian dan harapan,
Yang lemas itu masa silam,
Yang telah jauh berpergian..

Di mana sebenarnya kita sekarang?
Yang menulis ini adanya sekarang?
Adakah ia silam atau akan datang?
Hei, ianya sekarang!

Mungkin kita banyak kelemahan,
Yang seronok dikenang takkala telah dilepaskan,
Mungkin kita banyak impian,
Yang menjadikan kita lebih hidup dalam kehidupan...

Namun mereka tetap kenangan dan angan-angan,
Cukuplah di sana, ia patut dilepaskan...
Tiada apa yang akan berpergian..
Tiada apa yang akan dilepaskan..
Hiduplah dalam masa sekarang..
For each time,
Enjoy the moment sayang..!

Rasa itu...



Menatap wajahmu,
Wajahku ceria,
Seolah duniaku,
Hilang segala derita...
Keberatan itu hilang,
Yang lapang itu datang...
Cukup bersama kita berdua,
Walau sekadar senyuman tanpa bicara,
Cukuplah sekadar panahan mata,
Walau seharian tanpa sepatah kata,
Namun hati ini terlalu gembira...
Semoga kasih itu kekal selamanya...

--------


Mungkin pada dunia aku kasar adanya,
Sudah lumrah diriku menyerah kasih pada yang dalam rasanya..
Mendengar namamu,
Diriku berlari bahagia,
Ingin bersama,
Buat kesekian kalinya...
Suara kasar berubah menjadi manja,
Hati keras bertukar menjadi seolah kaca,
Yang terlalu mudah pecah andai terusik darimu wahai orang muda...
Mengapa begini?
Adakah rasa ini sekadar rasa?
Atau ada makna disebalik segalanya?

Setiap Dari Kita Mempunyai Kisah Cinta Pertama, Cuma ke Mana Akhirnya?

RAHSIA MENGENALI PASANGAN MELALUI TARIKH LAHIR

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Thursday, April 19, 2007


Entah sudah seberapa lama,
Diri ini begini Ya Allah,
Perasaan itu,
Rasa terlalu jauh dariMu..
Perasaan begini,
Seolah menghukum,
Perasaan begini,
Seolah dikurung..
Ampunkan diriku,
Yang selalu saja melencong,
Ampunkan diriku,
Berikan aku pendorong..
Berikan aku kekuatan Ya Allah,
Untuk aku terus kuat,
Berikan aku semangat Ya Allah,
Untuk aku terus bersemangat..
Jangan Kau tinggal aku,
Walaupun sekejap,
Jangan Kau lekakan aku,
Dari mengingatiMu..
Berkati aku diesok hari,
Biar aku menghadapi segalanya tanpa gentar di hati,
Biar aku menghadapinya dengan keyakinan yang abadi,
Bersama aku Ya Allah,
Bersama aku,
Bersama aku,
Di waktu itu...

Monday, April 02, 2007

Kejayaan tidak datang bergolek, ia disertai usaha yang berterusan.
Kadangkala, kita tidak mampu lagi bertahan, tetapi lebih lama kita bertahan, lebih tinggi peratusan kejayaan.When we lose ourself, we lose everything. Be in control. Be rational.
Yang negatif itu mungkin datang, namun jgn pernah melayan, sebelum difikirkan, tolak ia daripada berjaya masuk ke dalam fikiran. Make a barrier between ur brain/mind and negative thought. They are like viruses, use the antivirus. Detect and kill. Dont let them slow down ur body/work/function.
Self esteem is very important. Self eficacy included. Its about believing that u can accomplish ur goals. This is the second step that u have to build, after u kill the negative viruses. Usually, its all about ur mind. When u believe, u can achieve. We are human, the best creature. We have that 'mind'. Use it in everything.Sometimes, we do not need to talk too much. Just shut up and concentrate. Repeat the positive thought in ur mind.When doing things, its all about niat. Make sure the niat is good. Usually, when the niat is good, we can face all the obstacles. But, if the niat is not good, if something happen, it may be a reason for u to stop. Dengan niat yang baik, percaya Allah itu sentiasa menolong, walau apa pun rasa, walau apa pun beda, Allah tahu akan segala. Usaha akan segalanya. Yakin Allah memberi yang terbaik buat kita. Setelah menolak kenegatifan, mengulangi kepositifan, membina keyakinan, yakin akan segala pertolongan, setelah semua usaha berterusan.
Berdoa dengan yakin, yakin Allah akan beri, bukan kerana kita terlalu bagus, tapi yakin, Allah akan beri, kerana Allah itu sayang akan hambanya yang memohon, kerana Allah itu punca segala kuasa, kerana Allah itu Maha Pemurah, dalam mengurniakan rezeki kepada kita.Jangan mendesak, tetapi berdoa.
Andai kata, kita dapat apa yang kita mohon, bersyukurlah, kerana doa kita termakbul. Namun, andaikata sebaliknya berlaku, kita perlu terus tersenyum dan meneruskan segalanya. Mungkin di situ, Allah ingin menguji kita, samada kita betul-betul redha dengan keputusan Allah buat kita,Atau kita hanya akan berpuas hati andai keputusan kita sahaja yang menjadi kenyataan. Namun perlu kita ingat, keputusan Allah adalah keputusan yang terbaik. Kita gagal mendapat sesuatu, mungkin kerana sesuatu itu sememangnya tidak baik buat kita, mungkin kerana belum masanya, tapi suatu hari kita akan dapat. Mungkin jua, kerana kelemahan kita. Allah ingin kita menilai, dan melihat semula diri kita. Betulkan apa yang perlu diperbetulkan dalam diri kita. SABAR. Itu kunci akan segala.