Saturday, December 27, 2008

Wanita

Asek bukak jek blog ni, tapi tetau nak update aper pun....Bila takder lantunan emosi, rasa tak besh nak menulis, sebab rasa cam tulisan yang sekadar tulisan...macam lirik lagu yang takder irama..hiks...Tapi salunya bila menulis, aku akan trigger emosi, cuma 2-3 menjak
ni bz ngan menda len kot, takde masa nak trigger, tapi tak besh jugak tgok blog ni kosong jekk... Baru lepas tgok citer industan. Rani Mukherjee, hehe aku suka. Sebab dia nye senyuman cantik dan very flirtatious. Hiks..

Ok la citer dier, ending dier menyedarkan aku, betapa beruntungnya aku jadi orang Islam...Dalam citer ni la, cam husband dier iaitu Salman Khan telah meninggal dunia. So, bapak mentua si Rani ni iaitu Amitha Bachan, nak kawenkan si Rani ni dengan lelaki yg baik. Dier nak tgok menantu dier hepi dan tak suram selalu.

...Dijadikan cerita, biasala hindustan, dier punya klimaks mesti kat majlis kawen nye, cakap kat depan suma orang..hihi..adela sedara amitha bachan ni, cam menghalang perkahwinan ni, alasannya, sudah tradisi dan adat, klau jadi balu, takleh kawen dah. Yang aku terharu tuh, part sedara dia ni cakap, biasala jadi balu, cam adik pompuan dia ni, dah balu 20 thn..ade masalah ker? Pastu adik dier yang balu tuh cakap, takde paper masalah, saya boleh makan, saya masih boleh menghirup udara untuk bernafas, dan memakai pakaian putih ini untuk melindungi diri saya, inilah hidup saya...

Erm, pastu suma orang cam diam....Hidup ke camtuh?

Mungkin impact budaya Sati tuh masih ade. Budaya Sati ni dulu2 la, yang menyokong konsep, wanita mesti setia dengan satu laki sahaja, cam dlu2, klau husband meninggal, balu tuh akan dibakar dengan mayat husband dier...seram kan...

Tapi Islam tak penah macam tuh, dlu masa aku wat assignment tentang hak2 wanita, kat situ aku baca banyak tentang camne Islam tuh sebenarnya satu agama yang mengangkat hak2 wanita. Klau tgok dekat Rom, Yunani, time dlu2, lagik la teruk wanita tuh. Hanya dianggap sebagai satu subjek seks semata-mata, tak lebih darik tuh. Aku bersyukur sangat aku dijadikan wanita Islam, yang diangkat martabatnya, dengan adanya Islam.

Sekarang pun apa kurangnya kan. Wanita memang selalu dikaitkan dengan seks. Wanita tuh sendrik jugak kadang2 membuat dirinya sebagai satu tarikan seks semata-mata. Islam sudah menyediakan pakej untuk wanita, bagaimana untuk mengangkat maruah dirinya sendrik dan bukan subjek seks semata-mata. Namun...

Mungkin kita sebagai wanita patut merenung kembali kesalahan2 kita. Termasuk aku sendiri. Terlampau banyak keindahan pada diri kita wanita...

Sunyi dunia ini tanpa wanita...

Namun keindahan itu tetap ada batasnya...bukan untuk dipergunakan, dalam menyerang naluri kaum adam yang nafsunya hanya tunggal...iaitu...WANITA...

Berbalik kepada cerita industan tadik, last skalik, Rani kawen jugak. Cam sumer orang sedar, HIDUP itu lebih penting dari adat dan tradisi.

Islam itu lebih penting dari adat dan tradisi. Ampuni dosa aku Ya Allah, samada yang sengaja, atau yang tidak disengajakan, kerana kelalaian aku sendiri, dan kegagalan diriku, atau kerana ceteknya ilmuku, dalam menjaga diriku sendiri.


Bila nak jadi solehah ni Aszifa?

Saturday, December 20, 2008

Gosh ending dier...adeh, tragis plak..! huks...tapi citer ni tetap besh...
Hiks, tgh tgok cerekarama, lagik 15 min nak habis..suka2..besh, suka citer nih..comei2 :)

Tuh jek nak ckp, satgi melalut lak, ada hal len skang nih. :)

Thursday, December 18, 2008

Fokus

Kat tv tgh citer Fauziah Latip, hik, kak aiza dlu salu panggil aku fauziah latip, sebab jie. Citer ni abg faizal suka tgok ni..aper tajuk ntah, tapi pelakon besh2 la, de rosyam nor, aida razuil ngan rahim ghazali...aku tak ikut pun citer ni, terbukak jek tadi...nak kawen ke watie elite ni ngan hero...adeh, oo, nak tunang...

Cool nyek Fauziah Latip ni husband nak kawen ngan orng len..ih2..tapi saper suh kawen senyap2..kawen kena la familiy tau...kan dah susahss...kawen bukan kawen ngan laki tuh jek, kawen ngan orang tuh maksudnya kawen skalik ngan famili dia...ih2..eih heroin ni dtg plak majlis pertunangan.

Uih sudahla, aku dok jadi cam pengulas bola sepak pulak...

Aper tetau nak tulih, nak tidoq dah pun satgi nih...dah basuh baju, dah sapu umah, belum lipat baju, belum sidai baju, belum sembahyang..tuh je pending seblom tido...arini aku makan western jek, siang tadik makan mushroom soup ngan garlic bread, ptg tadik makan long sausage mende ntah nama dia, ni tgh makan toblerone...sambil minum air sejuk...

Kadang2 kan, bila kita ingat balik sesuatu menda yang dah lepas, yang dah kita hadapi, camne aku hadapi menda ni dlu? Sedangkan klau aku tgok balik menda ni jadi kat orang len skang ni, aku pun jadi tak selesa...tapi aku dah hadapi menda tuh dlu. Masa tuh tak rasa sakit sebagaimana recall balik ni...masa tuh cuma rasa aku tak cukup strong, n i need to develop kekuatan secepat mungkin supaya tak jadi lagik perkara camtuh..Tak perlula aku ulas panjang menda ni. Cukup aku ambil hikmah, kebetulan aku teringat peristiwa tuh, sesungguhnya, Allah bagi aku kenang balik, supaya bertambah rasa kesyukuran aku padaNya, kerana sememangnya, bila aku tengok balik sesuatu jadi kat org len pun aku jadi tak selesa, apatah lagik, menghadapinya, sungguh aku tak mampu, namun Allah kuat menyokongku, dan memberi bercambah kekuatan untuk aku tegar dalam menghadapi hari2ku yang telah berlalu..Benarlah,

selepas kesulitan, ada kemudahan....

2 kali diulang dalam surah Al-Insyirah ayat ini. Aku paham, agak menyelami di dasar, namun belum masuk lagi secara mendalam. Ia patut diulas, dikaitkan dengan peristiwa2 yang sudah berlaku dalam hidup aku, dan batas2 logika di baliknya...ia akan memudahkan aku, untuk menyelami ayat ini secara mendalam, walau hanya sepintas, ayat ini bermain di fikiran ku. * Need effort.

Sesetengah ayat, bila difikir dan dikaitkan, cam ayat - pertolongan Allah itu dekat (asalkan ada sabar dan ikhlas di dalamnya), alhamdulillah, dalam kesusahan, bila kenang ayat ini dalam seminit dua , ia sangat membantu aku untuk fokus kepada usaha, sungguh aku percaya pada janjinya..

Bercakap ttg fokus, masa aku tgok cerita 'cuci' arituh, ada dua perkara yang rings me a bell. Sungguh aku ingat citer ni citer lawak, tapi dak, ini cerita kehidupan yang penuh dengan impian. Dan skang ni, klau berdepan dengan masalah, ada suara erra fazira 'kamu ni terlalu fokus kepada masalah'. Ingat dak, part geng cuci nak masuk pertandingan, masa awal2 kena reject sebab alat cuci depa tak memenuhi syarat. Maka terjadilah pertelingkahan kecil.Pastu dtg la erra fazira, 'kamu ni terlalu fokus kepada masalah'. Dan erra kembali membawa pekerja2nya fokus kembali kepada penyelesaian - pinjamkan jek, alat cuci yang memenuhi syarat. Hmm...kan...bagus.

Second, masa mana nih ek, aku tak ingat sangat dah, adala part 3 org mamat ni, si a.c, awie, ngan hans - ckp kat afdlin, derank maybe suka main2 sebab derank tak nampak sesuatu camne afdlin nampak..hmm, aku senyum jek dengan wajah keinsafan skit...betullah, kadang2 puas terang pun, impian kita, tetap impian kita, bukan semua orang boleh paham dan menghayati dengan mendalam. Mungkin hanya di dasar pemahamannya. Dan camtuh jugak dengan kita, yang tak paham dengan tindakan seseorang di balik kejadian, penuh soalan dalam mempersoalkan...Semoga Allah jua yang membimbing kita supaya mempunyai impian yang benar, dan memudahkan pergaulan kita dengan sekeliling...

Sungguh dari Allah saja semuanya...

Dan cam aku tengok citer Terminator kat tv semalam, kata2 akhir hero tuh..sangat bermakna =]

Fokuskan diri, untuk terus berjuang. =]


Wednesday, December 17, 2008

Hidup Satu Perjuangan

Hidup Satu Perjuangan - Cap Ayamz
(OST Antoo Fighter)

Pernah dulu kudengarkan
Hidup ini perjuangan
Kini pernah kumengerti
Takdir ku di tangan sendiri

Rentak hidup yang kau halakan
Tiada siapa yang menentukan
Semua yang kau hadapi
Pilihan hidupmu sendiri

Pernah dulu kukatakan
Hidup ini pengorbanan
Segala yang kau lalui
Pastinya kau hadapi

Tiap langkah yang ka halakan
Hanya kamu yang menentukan
Tiap detik kau lalui
Pilihan hidupmu sendiri

Hidup satu perjuangan
Hidup penuh pengorbanan
Hidup dengan ketulusan
Kau teruskan

Download Hidup Satu Perjuangan.mp3

Monday, December 15, 2008

REMEH

Its been 2hours ++ I'm searching of someone..da, x jumpa puns..haha...should be ada, takde rezki nak tgok lagik kots..inkuiri jugak, tapi sabaq je la..hiks..x tau nak pakai keyword apa dah, ada beberapa orang yang cam match ngan kriteria, tapi selagi mana x confirm, takleh confirm..hehehe..Remeh.

Aszifa Aris amik nescafe, hiks..takpekan, skalik je untuk seminggu nih janji2..., byk baju nak lipat, nak basuh baju, dan nakk..emm...hihi...menulis sendiri..


Dalam hidup ni, kadang2 kita tak sedar, kita banyak menghabiskan masa memikirkan menda yang remeh. Bagi aku, klau menda tuh tak effect takper, tapi kdang2 kita rasa dia tak effect, tapi klau kita biaq dia masuk dalam pala nih, satgi dia effect..Contoh2 perkara r
emeh? Banyak, cuba kita renung sendiri, baper byk perkara remeh yang kita pikirkan setiap hari...We should just pikir - ok Remeh, lupakan..tapi pandangan setiap orang tentang perkara remeh tuh berbeza pulak...at least i know, menda apa yang remeh bagi aku...n whenever I think, yang aku tgh pikir menda remeh, n sukar nak lupa, I will make myself remember of kisah sebatang pokok yang tumbang, kerana serangga yang kecil..Penah letak kat sni tak eh citer nih? em.. Letak jek la..hiks, kisah ni aku baca 4 thn lepas :

Cerita ni aku petik dari buku How To Stop Worrying and Start Living, pg 79 :


....Di bawah ini terdapat sebuah cerita menarik yang dikisahkan oleh Dr Harry Emerson Fosdick mengenai kemenangan dan kekalahan sebatang pokok raksasa.


Di lereng Long's Peak di Colorado, terdapat sebatang pokok raksasa yang telah tumbang. Para ahli kaji hayat mengatakan bahawa pokok tersebut sebelum itu pernah hidup selama empat ratus tahun. Pokok itu mulai tumbuh ketika Columbus mendarat di San Salvador, dan tumbuh setengah umur tatkala kaum Pilgrims(penjajah Inggeris) menduduki Plymouth pada 1620. Semasa hidupnya yang panjang itu, pokok raksasa itu telah disambar petir sebanyak empat belas kali dan diserang oleh ribut serta dilanda salji beribu-ribu kali. Keadaan ini berlaku selama empat abad. Namun pokok itu masih tetap hidup dan berdiri dengan megahnya. Namun akhirnya pokok raksasa tersebut tumbang dan roboh sama serata dengan tanah, setelah diserang oleh kumpulan kumbang kayu. Kumbang-kumbang yang badannya amat kecil jika dibandingkan dengan pokok raksasa itu. Serangga kecil itu telah melubangkan batang pokok itu sedikit demi sedikit tanpa berhenti-henti sehingga akhirnya pokok itu hilang kekuatannya. Pokok raksasa yang gagah perkasa, yang tidak goyah disambar petir, atau dipukul ribut dan tidak lapuk dimakan usia, namun akhirnya rebah dan hancur hanya kerana diserang oleh kumbang - serangga kecil yang boleh kita bunuh dengan menggunakan satu jari sahaja.

=] Dah habis citer. Serangga kecil yang boleh kita bunuh dengan satu jari saja ekk? Dia tak serang sekali, tapi berkali-kali....ia kecil, namun apabila berkali-kali...kita boleh mati. =]

Semoga kita semua sentiasa dijaga Allah, agar diberikan kekuatan, untuk menggunakan akal fikiran, hanya untuk kebaikan dan mengaitkan sesuatu dengan keesaaanNya. Bukan untuk perkara remeh, yang sering kita bualkan, dan kita keluhkan. Kadangkala, ia dilihat sebagai satu keperluan, untuk diluahkan. Kadangkala, ia menjadi satu budaya, untuk menambah rencah dalam perbualan. Namun apabila dikenang, ia TIDAK PERLU. Jadi buang saja at the first moment. Bunuh serangga itu dengan satu jari sahaja, lebih mudah. Sebelum ia menyerang berkali2, dan membentuk peluang, yang boleh menjatuhkan kita.

Diam itu lebih baik dari bercakap perkara yang sia-sia. Dan fikiran dan emosi perlu digunakan untuk menambah kualiti manusia, bukan membinasa.

Smile, dan terimalah takdir Allah pada kita setiap hari dalam perjalanan menujuNya.

Saturday, December 13, 2008

IKHLAS

CEREKARAMA - Merepek nye citer...Heroin yang koreanic version, suka berangan, pakai baju putih, bawak basikal...haha...tolong la!Weh, jatuh cinta pandang pertama sampai legutu, sampai x yah cakap..hati msg2 tau sendrik ada cinta dalam hati...aku pun penah gak kot.sekali jek.hihi..tapi malas la nak layan...tapi takpe heroin, i paham, sifat hopeless romantic, yang takleh buang panahan pertama tuh.yang HEs the One..owch!!..kuku....karut!

Kelakar la kakak heroin tuh, kawen dah 2 thn, tapi camtuh jek idup...eii tak beshnya, baik tak yah kawenn...haha...sonok gelak kat org, penah gak ada impian yang nak jadi karier woman sahaja, tapi sudah agak lenyap kott, lebih kepada life balance. Orang Islam mana leh jadi pompuan cam kakak heroin nih...tak senon la. Kawen atas dasar ikatan semata2 jek tampaknya nih, pengamalannya takder menda. Kena amik subjek munakahad la kakak heroin oii...hehe...

Takmo menulis pun malam ni, cuma teringat, untuk mengingatkan, for those yang lalu blog ni, have a tour on this post :
http://leokid.wordpress.com/2008/12/08/korban-ikhlas/

Perhaps, post korban-ikhlas ini menambah lagi pengetahuan kita dan biar kita semua melihat sifat ikhlas dari satu perspektif lagik...

Bukan sekadar baca, dan relate dengan apa jelas dituding oleh penulis, cam solat dan bertudung, namun relatekan dengan perkara2 yang kita cuba nak ikhlas, namun sukar sekali...dan kita sangat berjuang untuk mendapatkannya....this post is a good motivation...

Justify Full

A girl's heart is not a toy...


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Semoga coretan ini bukan nafsu khayalan,
Lagi bukan coretan bersama syaitan musuh keturunan,
Semoga ia hadir hasil kelapangan hati dan kewarasan fikiran...

Aku ada perasaan,
Yang paling dalam,
Dan sekarang makin mendalam...

Aku pohon Kau redha akan aku,
Bersama perasaan ini,
Aku pohon tiada pimpinan dosa sealir dengannya,
Aku ingin bahagia dalam perasaan ini...

Aku tak perlu mimpi,
Aku perlu tuntunan hati,
DariMu...
Sekali lagi,
Aku tak pohon,
Sesuatu buatku,
Aku pohon yang terbaik pada pengetahuaanMu,

Aku pohon,
RedhaMu akan perasaan ini,
Terlebih dahulu aku redha,
Akan apa saja yang bakal berlaku...

Sunday, December 07, 2008

InstallShield Installation Information

Pakai Laptop Kak Linda nih...tgh mengkodek-kodek laptop yg de virus nih...tadik takleh nak remove trend micro masa nak install Kapersky. Takleh nak install sebab trend micro masih de.

So,
-gi remove trend micro darik control panel takleh.
-Search hidden files trend micro still tak jumpa.

Dok restart2 takleh gak nak install Kapersky. Gegeh apa kan, pi la google cpt2 klau takde solution.

Solution :

1) Enablekan hidden file
2) Delete this folder : C:\program Files\InstallShield Installation Information\{E0CA6191- 52E8-41E0-96B2-05E A08E6869C}

*Enablekan hidden file :

- Tools > View Tab > Hidden Files and Folder - click on Show hidden files and folders. As below image :




InstallShield Installation Information ni aper ? Tgok nama dia, mestila contain installation punya menda. So dalam dia akan ada banyak lagik sub-folder yg nama set2 leguni : E0CA6191- 52E8-41E0-96B2-05E A08E6869C. Jangan gedik nak delete saja2 sebab nanti klau nak uninstall application kena pakai details dalam nih.


Pegi hide balik hidden folders, kang nanti tak sengaja terdelete pulaks...K lin, u can do it urself after this.

Lagu rossa nih sedap2 la, nak karang lagu plak bleh dak. Lagi besh klau bley wat puisi siap ngan alunan melodi menunjukkan melodi jiwa kan...leh ada lagu sendrik, wah kan besh...mana plak nak carik masa gi belajar main alat music nehhh...huhu...

Saturday, December 06, 2008

Jika Allah itu matlamat kita - Sakaratul Maut

Tak buleh nak tido...Bosan dah eh, dengaq citer aku sakit jek..arini aku demam kura..haha. Aku pun tetau la, penangan apa nih, kot klau homesick pun sok nak balik dah ni...tadi sampai opis, aku amik ubat minum dengan milo panas, then straight away, badan aku jadik sejuk semacam...sejuk yg memang nafas sejuk...sangat tidak selesa, nak concentrate depan pc pun takleh, sebab rasa sejuk dekat dada, pastu aku tak tahan dah la, aku nak trun gi surau...Sangat sejuk...terus jadi lemah yang kaki pun kena seret ja rasa....rasa cam nak jatuh jekk...tapi aku bertahan jek la...then aku ckp kat ida, aku nak turun surau, klau ade orang carik call aku..Aku nak sambung testing arini, tapi SIT n UAT db down..tergendala kija aku, aku turun jekla, x larat..dah aku jenguk henset, baiti msg ttg testing tuh, aku dah jalan sekerat patah tempat balik, aku check lagik skalik dah up ke blom. DOWN.

Turun jekla, walaupun rasa cam agak bersalah amik masa kija....Masuk surau, aku bukak sock tudung suma, mmg badan panas giler, makin lama, makin sejuk kaki aku, makin sejuk tangan aku...tapi aku tau ini biasa, tapi naper jadik tiba2....aku satula, klau kaki sejuk, aku sah terbayang kaki mama aku, masa mama nak ninggal.......sejuk, sampai putih. Aku nak mati ker ni, aku takut sangat, aku nangis jekkk, sebab aku rasa sakit, tapi aku tak mampu pikir nak buat apa2...dan aku tak suka klau org tgok aku sakit kat opis...Terlampau sejuk kat dada, sampai ketaq...

Dan memang terbayang saat mama menghembuskan nafas terakhir, its scary to see SAKRATUL MAUT, dan skalik lagik, aku melihat kejadian itu dalam bayangan aku...

Masa tuh, kakak baru wat balik pc, so pc belum atas meja, pc kat depan, ruang tamu depan. Aku memang excited klau kakak wat balik komputer. Terus rasa nak pasang.

"If u want to I can save u...i can take u away from here..lalalala~" Aku tgh asik mendengar lagu sambil menyanyi lagu Michelle Branch...........sambil, aku tgh taipkan aper ek orang ckp, ala, cam bila kita nak tinggal skolah, sume orang kasi buku, so kita akan tulis dekat kawan2 kita, kata-kata terakhir...aku tgh create something time tuh, tuh buku Wan, Wan Hasniza, yang salu bawak aku gi tusen. =]

Aku sangat asek, mama de sebelah aku...nampak cam tak selesa, tapi aku memang tgh nyanyi dengan sungguh2 ni...so aku keep on tulis. I cant really remember all the situation, tapi apa yang aku ingat, tetiba mama ngadu sakit belakang, aku ingat biasa jek la...sebab mama mana de sakit. Tak sakit pun, mustahil la nak jadi paper...itu keyakinan aku yang sangat bersungguh...Time ni lagik seminggu jek nak SPM. Aku dah tak pegi skolah dah seminggu. Memang aku plan amik cuti 2 minggu untuk stadi kat umah. Masa ni tgh gila dengan citer Dian Sastrowardoyo , ADA APA DENGAN CINTA. Sountract citer ni, aku tgok vcd setiap hari, sambil aku stadi...klau aku pakai walkman, kaset sountract ni jugak yang aku pasang.

Sountract lain yang aku pasang, MUJHSE DOSTI KAROGE, lakonan kareena kapoor, rani ngan hritik...layan habis citer dier, n aku paling suka lagu medley dalam filem tuh...aku pasang masa aku stadi jugakk..ni memang stail aku stadik dulu. Sangat berbeza dengan skang.

All subjek finish - SEJARAH habis, I'm confident enough. FIZIK habis, tapi aku tak bajet A, aku tak baper minat FIZIK, KIMIA - memang aku terer, so tinggal nak revise jek balik...Masa seminggu yang aku tetapkan next week - BIOLOGI, tertunggang2 subjek ni, belum habis revise.

Dalam aku asek menyanyi , jiwa aku memang jiwa remaja masa ni, mcam citer Ada apa dengan cinta tuh, mama ngadu sakit belakang, ok...kakak ada masa tuh, baru balik dari IPDA, nda balik darik UUM, papa ada, acah ada, adi aku tak sure. Mama salu pesan kat aku, memang selalu sangat, kalau ada ahli keluarga sakit, especially mama, kena datang dan treat....masalahnya mak aku ni klau sakit tak nampak sakit. Sungguh.

Aku ingat pesanan tuh, hati aku mula dah tak baper sedap. Ada kaitan dengan kejadian arituh ker? Beberapa minggu seblom, masa mama sakit teruk tanpa tau sebab apa. Kakak n kak linda takde, aku rasa takde. Hanya aku dan acah jek masa tuh....Mulut mama, dah herot, n she cant talk. Sejuk..masa tuh naik sewel aku, aper aku nak buat pun tak tau...mama salu penat, sakit penat, tapi kali nih aper? Sampai herot mulut tak buleh cakap ma. Even masa ni katil basah, sebab mama luar kontrol dah agaknya, n she cant move. I do nothing, selain duduk merenung. Apa aku sanggup tgok mama camnih?

Masa tuh aku terngiang pesanan mama, dalam kereta, mama cakap, mama nak bila mama meninggal, mama nak semua orang ada di sekeliling mama. Aku budak. Jadi aku byk diam, dan lenyap dalam persoalan. Biasala dengaq mama cakap pasal kematian, mama salu pesan, bila mama meninggal nanti, kuburkan mama di mana...n what we should do untuk mendoakan mama.

Dan sekarang, mama kaku depan aku. I just can stare, itu ja yang mampu buat.

Pantas aku tutup kenangan tuh, dalam keasyikan lagu michell branch, aku tutup menda pelik2 dalam pikiran aku, n pegi treat mama. Kakak, kak linda, papa, acah pun datang. Mama sakit belakang, so kakak picit belakang, aku picit kaki, acah kaki dan tangan, kak linda aku tak ingat..papa ada. Then mama mintak, suh lapik bantal, mama nak sandar, n kaki mama semakin sejuk....rasa tak sedap mula muncul, namun aku tetap tanak pikir pelik2...tangan mama sejuk..camna aku sejuk tadik....tapi aku tetap tak rasa apa2 time tuh, fikiran aku yang separuh, masih lagik nak siapkan buku wan tuh.

Mama diam jek, mama kalau sakit, aku tau, stail dia, diam..she close her eyes, n dont talk much with her, she needs ketenangan i think....Dah agak lama picit, kaki mama makin panas, dah beransur pulih, mama dah cam buleh cakap...thank god. Tapi hati aku tetap tak sedap.

Aku tak ingat, samada aku solat isyak dlu, atau makan dlu ngan mama. Makan, kami makan ayam, ayam paket ayamas segera tuh jek...yang perlu goreng. Masa ni memang acah tak masak sangat, sebab ni time sibuk dah nak wat sample kuih raya. Lagik 3 hari nak puasa. So we make sample first, ramadan terus start amek order. Seblum order sampai pun memang akan buat banyak kueh dah, sebab tempahan memang sangat tinggi. Rumah memang penuh dengan biskut raya.

Aku banyak diam, dan banyak memerhati malam tuh, mama pulak riaknya sangat tenang.

Malam tuh aku solat isyak, aku baca yasin 3 kali....dasat. Aku sendrik tak pecaya dengan apa yang aku buat selama dah seminggu nih, asek rasa nak baca yasin, zohor ke, asar ke, rasa nak baca yasin ja. Dan perasaan dia pelik, aku cam nak speed, nak speed, sambil betulkan bacaan, cam aku kena hadapi satu keadaan, yang memang aku kena baca yasin dengan lancar. Aku ty diri aku, kenapa aku camni? Aku baca yasin pun liat. Ni ntah banyak pulak bacanya. Naper nih? Last2 aku rasa maybe sebab aku nak xm. Tuh jek. Malam tuh, aku takut sangat...aku baca dan nangis, sambil aku doa - Ya Allah, sihatkanlah ibuku, aku sanggup berkorban apa saja deminya. Dan besh lagik - Aku bleh doa camni - JANGAN KAU AMBIL NYAWANYA, gantikan dengan aku.

Naper aku doa camni? Aku tak buleh jawab. Tapi aku tak boleh nak dekat dengan mama malam tuh, aku tak tau.

Aku biar jek, mama sembang ngan kakak, ngan acah. Aku, lepas mayang, aku revise buku kimia. Mama kat depan, mcm dah ok.

Aku ingat lagik, buku teks kimia tuh kaler ungu. Dalam membaca aku terlelap.

2.05 pagi, aku terjaga, dengan penuh kejutan. Aku terkejut. Tapi semua dah penuh kat depan. Tinggal aku ja yang last skalik bangun. Papa muka cuak panik gila, semua dah nangis2 panggil mama...aku kaku, aku kaku, aku kaku. Yang tuh jek aku tau...Dalam hati aku. Takkan?

Papa pegi panggil tok cik bee masa tuh, kalau tak silap aku. Aku nangis, tapi naper aku nangis, mama sehat kan, mama tak sakit pun. Kenapa aku nak nangis..Tapi semua orang dah nangis....So this is the feeling melihat sakratul maut. Dada mama dah turun naik, mata mama pejam...nafas boleh dengar...

Satu saat, aku tgok acah ngan kakak cam berinteraksi mata, lepas tuh, slowly, kakak ajaq mama ngucap, kat telinga...Ashaduallaila ha illallah ..... .... ... La ila ha illallah... Kakak sangat tenang....

Kakakk....putus, aku tak boleh cakap lagik...

Aku cam marah, perlu ajar ngucap ker - mama bukan nak mati kan, walaupun aku tau, ajal mama makin dekat....aku nampak muka sejuk tuh, dalam bayangan aku, lokasi dekat dengan tv, depan kerusi telefon merah...Semua orang hanya mampu mengalirkan airmata..."Mama, mama, mama, aku dengaq suara adi, mama jangan tinggal kami...maaa"

Aku kaku, aku yang paling kaku mungkin....Kakak terus ajar mama ngucap....Aku betul2 teliti, camna sakratul maut tuh. Believe me, perasaan tuh tak tergambar...melihat peristiwa kematian ibu sendiri....

Dalam nafas, TIADA LAGI NAFAS.

AKu nampak kakak rasa degup jantung, then nafas kat hidung. We know, our mom has gone...forever...........................

Cukup di situ. Tak perlu aku sambung lagik cerita di malam itu...

Aku kaku, aku blank...mayat mama, bawak balik gurun. Masa balik dari hospital...aku ingat lagik, baju kemeja aku kaler biru, aku masih free-hair. Bila aku sampai rumah, kat rumah de beberapa jiran...derank suh aku tuka - baju kurung. Aku tau la, takan nak pakai suar time tuh...cuma tudungnya...aku pakai tudung skolah cotton aku...

Aku masih blur, tak boleh pikir apa2...cam orang bisu. Pagi tuh aku solat subuh kat gurun, dengan penuh tangisan. Cik datang, lepas aku sembahyang...aku menangis yang amat terukk..aku ingat ayat aku " Camna jie nak hidup lagi pasni? Mama dah tak dak" - Cik ada. Kakak ada, semua yang lain ada.......... "Tak sama, mana sama dengan mama" - Gelap masa depan aku , tuh jek yang naik...blankie..........

Lepas tuh aku kol ilia khairani, aku cakap , ilia, mama aku dah pi...Ilia tanya balik - Mak hang pi mana..

Mak aku dah meninggal...

Sebak, tuh jek aku tauu...aku turun, dengan penuh kekuatan, aku pegi makan...sebab aku tahu aku kena makan, mama salu suh aku makan dlu apa2 pun. Seharian, sampai pukul 4 lebih...aku duduk je tepi mak aku sambil baca yasin. Sib baik aku dah cukup practice minggu ni. Klau tak mesti aku kekok... I cannot say, my mom face camna masa meninggal. Namun nampak nyawa nak lepas tuh proses dia sakit. Namun aku duduk tepi mama sepanjang hari, and her face, turn to be kuning2 skit, lebih segar, dan kedutan hilang....Ada raut wajah tenang yang semakin tenang....

Rumah sesak, penuh dengan orang ramai...by rite, should be pukul 11 kebumikan. Namun tangguh jugak sampai kul 4 lebih sebab orang keep on coming. Terlampau penuh, sampai mandi, kapan.

Slacknya masa mandi, we adik beradik are not allowed untuk masuk dalam. Namun kami angkat mama, untuk kapan. It was so sad, dekat ruang depan...saat2 terakhir, di mana semua orang terdekat akan memberikan ciuman dan sentuhan terakhir...aku blur, blur blurr... aku asek nangis. Tuh jek aku tau...

Pegi masjid, sembahyangkan...ramai 300 lebih orang. Alhamdulillah. Sampai di kubur, hajat mama tercapai, kubur mama, sebelah kubur abg. Tempat yang mama cup awai2..

Do you know the feeling, apabila melihat jasad orang yang paling aku sayang, dimasukkan ke dalam tanah,,,tanah dikambuskan, dalam kambusan tanah, aku masih menjenguk sisa2 kain kapan, untuk menatap jasad mama, buat kali terakhir. Tanah aku gumpal, 7 gumpal, beserta bacaan.

Blury again. I dont have any words to say. Bila dah habis tertutup...yes, ur mom, has gone forever...sungguh dari tanah kita berasal...

Masa nak meninggalkan kubur, aku taknak tinggal mama, dalam bayangan aku, aku tinggal 7 langkah, malaikat akan datang dah, untuk soal - jwab. Mama macam mana dekat sana Ma? Ma! Namun hanya sisipan doa, dari jiwa yang keanakan, merintih pada tuhannya, agar mama selamat di sana.

Aku bersyukur, kawan2 rapat aku semuanya datang. N I can see, n feel they are crying with me rite now. Wan, ilia, shima, yang len2 pun, jer.. shu, dan ku azli pun aku nampak...ada lagi beberapa...

Jer, dia peluk aku sambil menangis - Jie, mungkin ko tabah dan lebih kuat dari kami.

Aku tak paham...

Jer, walaupun dia lepak, tapi aku tgok, dia memang salu baca buku motivasi masa skolah. Aku tak. Lepas aku mendalami kehidupan, baru aku paham ayat tuh..

I'm blurry, no words.

Sume orang risau dengan aku. SPM aku yang lagik seminggu. Tapi aku dah tak risau. Aku dah tak boleh baca lagik, aku lepak jek...takpala..BIO tuh aku memang tak habis baca. Aku pegi SPM, bio aku tak baca..sungguh.

From there, a new journey start, bermula dengan kehancuran buat seketika, namun bangkit semula.

Dan hikmahnya, aku bertudung, dan aku mula mencari jawapan, dari Allah, tentang bermacam2 perkara yang berlaku di sekitar aku.

I have no idea, why my mom died. Masa mama sakit yang aku mention tadik, mama wat healthcheck..takde sakit aper2...

Soalan orang salu ty aku, mama sakit apa?

Apa aku nak jawab - Maybe stroke. Aku tak tahu.

Namun pemergian mama, hanya dalam sekelip mata, tiba-tiba hilang selamanya. Living in the house without her, belajar tido tanpa mama, belajar untuk stadi tanpa mama untuk menguatkan semangat. Am I that strong? Why ME?

Aku masih ada banyak impian untuk dilaksanakan....Namun kisah hidup aku berlalu begitu sahaja sehingga sekarang, and I record all the phase of my life, sejak peristiwa itu...

Jatuh , turun naik semula, jatuh lagik, naik semula. Asam garam hidup. My life ruin for 1 year. Aku tak tahu apa aku buat. Aku dont have purpose, I dont have semangat, i lost!

Di hujung matrikulasi, aku tak larat lagik nak bertarung dengan konflik...Aku terima diri aku seadanya, dan aku tanak sedih lagik. Orang lain pegi lib stadi, tapi masa tuh aku pegi lib carik buku2 pengubat jiwa...Start with berani gagal......kisah buku motivasi aku bermula di situ.

USM is a new version of me.

Sometimes people ask, a lot, naper camtuh, naper camni...kisah aku panjang. When I commit something I have reason behind that. Please jgn cuba memahami kadang2...coz the story is too long. The critikal thinking, belajar hidup dengan realiti, sentiasa kena ada matlamat dan improve diri, dan mencari Allah, x bleh salu lagha, dan blablablabla, aku banyak ulang dekat sini....dan pada masa yang sama, aku hanya insan makhluk Allah yang lemah.

Terlampau banyak kesalahan aku, yang perlu aku betulkan.....

Kematian tidak jauh dari aku, seperti mana kematian tidak jauh dari mama. Aku menonton sakaratul maut. It gives me a big impact tentang kematian. Aku menyaksikan peristiwa ini, secara sempurna episodnya.

Maafkan aku, andai aku ada buat salah. Sungguh post ini semakin mengingatkan aku dengan kematian yang dekat. Dlu masa kat vista, kalau aku nak balik jauh, aku salu mintak maaf dengan semua. N aku salu pesan, kalau aku meninggal, tolong, mintak maaf lagik skalik dengan orang2 yang korang jumpa. Aku takut dosa aku dengan manusia. Sedang kalau ia bukan satu penganiayaan, namun penganiayaan bagi seseorang, aku takut aku terhutang apa2 dengan seseorang. Ira housemate aku dlu, salu wat muka klau aku mintak maaf, tapi mama pun mintak maaf setiap malam dari pap... kematian itu satu realiti...

Sakaratul Maut,
Membuat yang melihatnya luluh,
Sakaratul Maut,
Membuat yang melihatnya gerun,
Sakratul Maut,
Membuat yang melihatnya,
Dari keras hati,
Membawa kepada pecah jiwanya,
Setiap nyawa dan insan itu berharga,
Jadi bereaksilah sebaiknya....
Kematian itu biasa,
Jadikan Allah matlamat kita,
Sungguh kita tidak akan jatuh,
Walau ditimpa apa malapetaka...
Biar hilang apa saja, kita tak mungkin lagi alpha,
Jika Allah itu matlamat kita...



"Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh". Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (Ali Imran :154)

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (al-Jumu’ah :8)

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Munafiqun :11)

Sabda Rasulullah SAW : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)

Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah SAW .
Ka’b al-Ahbar berpendapat : “Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa semua bagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa”.

Dasyatnya proses Sakaratul Maut

Tuesday, December 02, 2008

Heartburn, Myokymia, Irritability.

Jenuh dok belahak aih, dok tgu citer kat tv8 neh..ntah tadik dalam train ada citer per ntah, setiap selasa kul 9.30 mlm...ada jehan miskin.he he he.. Dah start tayang ke, cam belum jek.. huhu..

Heartburn, nak dengar story heartburn ker..smalam aku MC lagik, dah bley menang anugerah neh. Smalam masa pi jumpa dr, dr tuh yang panggil patient, dier panggil 'JIE'...haha, terpinga2 aku..mana dier tau nama aku nih...pastuh dia panggil , ASZIFA ARIS. Haha... Bila aku masuk dalam, then aku tgok, kat rekod aku, ade tulis JIE...owh, baru aku ingat, dr ni dlu dia tanya nickname aku aper...you can call me Jie, tak sangka lak dier tulis. Marketing la you Dr, pandai amik hati... Then dier ty, naper, Aku jawab biasala - HEARTBURN. Then Dr cakap, arituh dier dah terang heartburn tuh, so by rite aku dah understand. How to avoid everything blablabla..ok. Then Dr terus wat kiraan nak kasi ubat per, yang lebih powerful. It has been given for 21 days, so that no more heartburn after this. Forever cure. Ubat pun mahal...tuh Dr gelak2, ckp takpela, ni company bayar- dah klinik panel..ha ha ha.As you can see in the above image, focus, on bahagian LES. LES ini adalah satu bahagian, yang mengelakkan asid dalam perut daripada tertolak ke atas dan masuk ke bahagian ESOFOGUS. Why tak buleh kena Esofogus? Esofogus ni dinding dier nipis, so ingat ACID sifatnya menghakis, Acid ini akan menghakis dinding esofogus, n if teruk, boleh bleeding. So that is why, rasa sakit yang terbakar . And what i can remember dari kelas sains masa skolah dlu, bila berlaku hakisan disebabkan asid, haba terhasil. So that is why, akan rasa panas. And as for me, aku bley rasa bunyi gelegak- menggelegak dekat esofogus ni. Daa..i'm living with this kan, setiap hari...kwang3...ntah aku ni tak kisah pun kadang2...biarla heartburn...but, ntah, aku rasa bila aku panas kat sni, surely memang tak selesa, u ask people yg experience heartburn, akan rasa irritate kat bahagian ni. Dan pengaruh luaran yang irritate ni aku tgok, mempengaruhi aku untuk ada perasaan irritate dengan sesuatu. I mean bila sakit sangat, dan bila berdepan dengan sesuatu situasi, dier triger aku untuk lagi cepat irritate dan panas hati.

Aper kaitan nye ekk..Haha. Tapi aku percaya dengan teori, bukan perasaan dalaman sahaja yang mempengaruhi fizikal, namun fizikal luaran juga mempengaruhi perasaan dalaman. Ia saling tindak. Contoh paling mudah,kadang2 ada situasi yang kita kurang senang, namun bila kita senyum (fizikal luaran), secara x langsung ia akan mengcalm dan mengembirakan kita semula (perasaan dalaman). So, this heartburn, actually impact. Impacting my life as overall. So, ini adalah satu alasan yang sangat tinggi buat aszifa aris untuk mengamalkan gaya hidup sihat, so that, it will help my life to be better in overall. I'm a LATTE addict. Seriously. I know the fact that, if I take latte everyday, my heartburn akan semakin teruk dari hari ke hari. Give me 2 weeks sahaja. Dalam masa 2 minggu, dengan pengambilan LATTE sebanyak 2 kali sehari, heartburn aku akan MAX. I know the fact, tapi aku hanpeh. Why LATTE tak buleh? Sebab ia caffein, caffein akan buat LES relax, tgok above image, bila LES relax, tu yang akan loosen the LES, LES tidak akan menutup lagi, dan asid akan senang masuk ke ESOFOGUS. Maka, jadilah heartburn. Ye!

Tapi aku ngantuks, heh, aku need LATTE, dah la LATTE kat opis tuh sedap. uwauu..Naper ngantuks? -Sebab tido lambat. And this 2 weeks pun, aku makan banyak, sebab berselera..eii besh! Bukan salu aku berselera, so aku memang nak makan. Ntah aku rasa memang orang bleh perasaan aku makan banyak giler dalam satu masa. But why aku takleh makan banyak? - Sebab bila dalam perut ni dier large portion at one time, makanan2 yang memenuhi ruang ni akan menyebabkan asid lebih mudah tertolak ke bahagian atas.Logikly...hmm. So my heartburn akan lebih teruk of course, LES relax, asid pulak ter-trigger ke atas. Hmm keadaan yang amat IDEAL untuk heartburn. LOGIK.

Then tgok pemakanan aku pun teruk this month. Kan macam iklan heartburn, dia akan tunjuk bila kita makan macam2 at one time, memang sakitkan. Ntah aku tak expert sangat hal ni. Namun memang aku bley rasa, bila aku makan byk2 menda at one time, lagikla rasa tak selesa giler. Contoh makanan yang ada mcm2 dalam dia, campur tuh campur ni, adalah PIZZA. Memang aku klau lepas makan pizza, aku akan angin -erk, erk. Itu confirm. N this month, aku makan pizza 3 kali. McD? 2 kali. Klau makan HOTCAKES takper =] Sib baik. Dan memang aku makan mcm2 at one time this month. This is more on digest problem kot klau kita makan mcm2 at one time. Sebab tuh aku memang tak perform klau makan buffet. hehe, opismate aku ckp rugi jek aku nih. Tapi memang puns.


Activity yang mampu aku buat setakat ni untuk avoid heartburn:
1)Tido sebelah kanan
Tengok rajah kat atas, Logik way, klau tido sebelah kiri, asid akan mudah naik ke atas, tapi klau tido sebelah kanan, asid akan mengarah ke ke hujung perut.
2) Tido jgn atas permukaan yang rata. Lapik bantal bagi tinggi skit kat bhg atas, so logik again. Mengarah asid ke bawah.
3) Kunyah skit2, so that cepat kenyang. Then aku tak swallow byk2 at one portion. (Yeah, aku hanpeh this 2 weeks- i'm not able to maintain this)
*Puasa membantu mengurangkan nafsu makan. Bila kurang nafsu makan, senang nak maintain makan skit.

Activity yang aku sukar nak avoid :
1) LATTE! uwaa!
2) Stress - pengetahuan am la ni, klau stress, negative thinking, perembesan ASID dan toksik memang tinggi.
*Solat sunat, membantu relief stress. Dan untuk setiap perkara, kena ada redha dan tawakal,bersangka baik dengan Allah, baru kita tak akan rasa tak berpuas hati setiap masa, and this will definitely!, mengelakkan negative thinking, yang seterusnya mengelakkan perembesan asid.

Latte tuh la x tau nak wat camna. Caffein ni memang effect pun dekat aku. Dalam masyarakat melayu, klau mata dok terkenyit seblah kiri - petandanya nak nangis. Klau terkenyit2 sebelah kanan -petandanya nak jumpa org yg dah lama tak jumpa. Bleh pecaya? Ntah.

Kenyit2 mata secara tak terkawal ni, lebih elok lagik istilahnya - EYE TWITCHING. Sebab dia, unknown as overall. More on neurological area.Dan klau kerap - then u have MYOKYMIA. Aku salah seorang. Dari kecik lagik aku de menda ni. I live with EYE TWITCHING also.

Sukar la MYOKYMIA ni, takde sape pun leh bagi sebab dia secara tepat. Yang pasti - skali lagi, aku akan irritate dan rasa terganggu.

Dan kajian menunjukkan, peningkatan CAFFEIN akan menyebabkan EYE TWITCH ni increase. I experiece that.Experience ada, Fact tahu, namun mengapa caffein jugak aku nak? owhch!

Sebab2 lain eyetwictch as per kajian, - stress, duduk lama sangat depan komputer, not enough sleep.

*Klau pikir stress tuh kan, mungkinkah, bila stress, kdg2 kita nangis untuk lepaskan stress, dan menda tuh berlaku berulang, dan adanya pemerhatian dalam masyarakat melayu, bila mata terkenyit nak nangis - ada logiknya.

How to decrease eye twitching - for sure - avoid caffein, tido yang cukup, dan makan makanan yang mengandungi kandungan potassium yang tinggi. Senang citer, mudah dan murah, makanla pisang. Pisang potassium tinggi.

This two weeks, memang eye twitching aku meningkat. Yeah aku tahu, caffein.

Menda ni pakej la kan untuk aku - caffein, not enough sleep (aku tido byk, tapi kualitinya ntah ader ke tidak), duk depan pc.

Camnela nak tinggal ni, aku tinggal la sat, satgi bila cure aku minum balik. Haha.

Hmm, bila aku tulis2 ni, aku perasan pulak,
HEARTBURN - IRRITATION
MYOKYMIA (EYE TWITCHING) - IRRITATION

Semalam, masa aku tgh mencari jawapan, aku baca karya HARUN YAHYA. Dan sememangnya jgn harap aku stop selagi aku tak jumpa apa yg aku cari. Karya dier, SECRET SORROWS. Aku suka karya HARUN YAHYA, sebab dia byk hurai tentang difficult feeling. And for sure dier sentuh tentang sikap2 yang ada dalam diri seseorang yang buat diri rasa serba tak kena kadang2 - bahagian -FAILUREs of Belief and Behaviour that Drive People to Secret Sorrow.It starts with pride,failure to consider the perfection of destiny and there is goodness in everything, Ingratitude, egotism, hatret and anger, affection,envy, falsehood,emotionalism,Irritability and sulk...

Then i feel i got something. Aku tak boleh terus baca dah pastu...Irritability section stop me. There, we found the pattern already, naper aku rasa serba tak kena nih. IRRITABILITY.

Owh ok, then teori aku kat atas tuh, pasal irritate kat luar, leh menyebabkan irritate kat dalam. Pasal teori caffein, teori makan. Wau, semuanya berkait.

I found the symptom, and the root cause dan bagaimana semua ni berkait. Owh yeah, thanks Ya Allah, to let me see , apa yang tak kena within beberapa hari nih.

Preventive action! We need the action! .

Major showstopper - Have to be fix rite away!
1) Stop caffein! Please! It bring disaster to you Aszifa Aris.
2) Cara makan sng conclude - contohilah Rasulullah S.A.W. Prinsip2 Rasulullah :
- Berhenti makan sebelum kenyang.
- Kunyah lama. (Yes, Rasul kunyah 40 times dalam setiap suapan) - Klau suapan aku lebih
kecil? Wei bajet sendrik la makcik.
3) Cara tidur - ikuti Rasulullah - Tidolah sebelah kanans!
4) Tidurla awal makcik. Tgokla bila tidur tunggang langgang aper jadik. Ayat Allah jelas, malam untuk kamu berehat. Seperti surah yunus ayat 67 :

Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha).
(Yunus:67)

Nice to have/add :
1)Makan pisang.
2)B-complex pill.

Dan semenjak dua menjak ni jugak, aku pikir, aku susah2 kadang, untuk elak diri aku buat sesuatu yang tak baik, as what i said, aku experience, aku tahu fact, namun kenapa lagik nak buat sesuatu yang salah. Apa Allah tak lindungi aku, - tak boleh pikir camtuh, kena bersangka baik dengan Allah. Yang lemah dan kurang itu pasti berasal dari diri aku sendiri.

Allah does not wrong people in any way;rather it is people who wrong themselves.

(Surah Yunus: 44)


Dalam bmnya - Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikit pun, akan tetapi manusia jualah yang menganiayai diri mereka sendiri.

See how I take caffein, and how it hurts me in many ways. Sama jugak cam benda2 lain yang aku commit.

What is wrong? Would it be - SOLAT?


Sesungguhnya, solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
(Al-Ankabut:45)

Sesungguhnya orang beriman yang khusyuk dalam solatnya itu beruntung
(Al-Mukminun:1-2)

Nabi Muhammad berkata, "Solat itu adalah pusat kebahagiaanku"
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Laungan Azan 5 kali sehari , peringatan Allah :
Marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan.


Keyword : Tercegah dari perbuatan keji dan mungkar, beruntung, bahagia, kejayaan. Superb keyword for superb life.

Terangkum indah semuanya.

Betullah. Solat aku. Perhaps, this is satu peluang, setelah aku sedar akan sesuatu, mengarah aku to dig and dig, in order to be khusyuk.

Need effort * :
Solat .

As what I always said, bila aku berdepan dengan sesuatu situasi, ia bukan salah orang lain, selain aku sendiri. Jadi aku memang tak ada explanation, kalau orang tanya aku apa yang tak kena. Itu jugak prinsip aku, jgn cari apa yg tak kena dengan orang lain. Pasti ada yang tak kena dengan aku sendiri, yang buat aku rasa tak selesa dengan sesuatu.

Cam dlu kak linda kata kat aku, masa aku praktikal - Jie, klau jie tak puas hati, jie kena terus terang dengan orang tue, so that jie tak akan rasa lagi bila lepaskan. Sama jugak masa convex, during post mortem, they ask me to speak up, apa yang tak puas hati, lepaskan.

Namun untuk apa? Kenapa aku perlu lepas pada orang lain demi kepentingan aku sendiri.Itu sekadar perasaan yang aku lepas. Ia tak bawa ke mana. Cam aku cakap ngan Kak Linda, - Jie tak mau kalah dengan ujian Allah. Klau aku tak selesa, pasti ada kepincangan dalam diri aku yang patut aku betulkan. And I would rather put it on myself. Kita tak dapat mengubah orang lain. Setiap dari hati itu , Allah yang punya, hati orang lain Allah yang ubah. Namun, dari side aku, jika aku ada usaha untuk betulkan, sungguh aku tahu, Allah sentiasa menolong orang yang berusaha. Bila aku cakap, betul aku maksudkan, semuanya kerana kekurangan aku sendiri.

I just need sometimes, untuk mengkaji diri aku sendiri.

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).

Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).

Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya”.

(HR. Tirmidzi no. 2399, Ahmad II/450, Al-Hakim I/346 dan IV/314, Ibnu Hibban no. 697, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 576).

Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).

Seronok melihat janji Allah, dalam kesedihan, Allah ampunkan dosa, Allah hapuskan kesalahan, Allah tinggikan darjat. Tenung dalam hadis-hadis ini. Jika kita dihadapkan dengan situasi yang tak besh, dan kita sentiasa mahu belajar sesuatu di dalamnya, untuk memperbaiki diri kita sendiri, sungguh Allah tidak pernah memungkiri janji.

Permanent Solution :
Jadikan Islam itu matlamat. Insyaallah kita akan selamat di dalamnya.

Sungguh indah agamaMu Ya Allah,
Semakin aku merenung dan berfikir tentang keesaanMu,
Semakin aku kagum dengan agama ini.
Dalam kusut aku mampu kembali tenang,
Sungguh ia satu nikmat,
Yang tak ternilai dariMu....
Padamu,
Penuh kesyukuran...
Ku pohon perlindungan dariMu,
Jangan Kau tinggalkan aku,
Walau sekejap....
Lindungi aku,
Secara berkekalan...................

Ya Allah, you are everything for me. !