Tuesday, October 31, 2006

Semuanya hanya kerana kelemahan diri...

Diri ini menulis lagi setelah mengenalpasti satu kesalahan diri. Kata, hanyalah kata, bukan orang BUAT apa pon, kenapa nak rasa sangat? Kenapa nak marah? Ingat, Harry penah cakap ayat ni dulu. And i agree, betul, katalah. Kita pegang prinsip ni tapi susah nak buatkan...tapi, selagi mana kita pegang, tak akan jadi sangat perkara2 yang memudaratkan diri kita kerana ‘perkataan’ orang lain. Insyaallah.

Highlight there, BUAT. Macam mana kalau orang bukan setakat kata, tapi orang BUAT kat kita?

Let me think, about KATA tu dulu? Betul ker, apa yang orang KATA dekat kita , yang sampai menyakitkan hati kita, yang sampai hilang mood satu hari tuh salah? Kita tak tau selalunya, sebab yang penting, kita dah terasa dengan perkataan dia, n pada masa tu, emosi lebih diutamakan. And, kalau salah pon, adakah orang tu rasa dia salah dengan apa yang diperkatakan dekat kita? Mesti tak kan, mesti dia rasa dia betul, sebab tu dia kata.

Sama jugak kes dia dengan BUAT, tak semestinya, apa yang orang lakukan dekat kita tuh salah. Dan kalau salah pon, dia akan rasa dia BETUL, sebab dia ada pegangan dia sendiri, matlmat dia sendiri dan tujuan dia yang sendiri. Dia tak dak masa nak pikir pasal kita, sebab tu, dia boleh buat cam tu kat kita. Ada perkara yang dia kejar dan dia rasa lebih penting untuk dia.

Kes dia sama dengan peristiwa Amerika serang Iraq, Jepun serang Malaya....Iraq salahkan Amerika sebab serang depa. Penduduk dunia (pemerhati ) ada yang menyebelahi Iraq dan ada yang menyebelahi Amerika. Amerika serang sebab dia ada goal dia. Dia tak rasa dia salah, dia rasa dia betul, sebab tu dia buat. Kita dok jerit sana sni, buat demonstrasi, puas dok kecam, Amerika dia rilex ja...lantak hampa la, yang penting, aku mampu buat, dan aku ada la tujuan aku sendiri. Yang penting diri aku, bukan diri hampa.

Satu ja penyelesaian dia, Amerika nak serang Iraq ka, kalau Iraq tu kuat? Tak mungkin, depa pon takut. Iraq tak akan jadi macam ni, kalau, depa pon ada teknologi canggih, orang yang bersatu padu, angkat senjata, lawan balik. Nah mati hampa Amerika, berani serang kami paseipa.

Macam tu jugak dengan kita, kenapa orang boleh BUAT kat kita?? Kenapa?? Sebab kitalah, kita tak cukup kuat kat sni, biaqlah, even, kawan-kawan kita kata, dia salah, hang betui, kita rasa kita betul, dia yang salah..tapi ingat kes Amerika- Iraq, kita seolah2 Iraq di sini, orang yang BUAT tu seolah-olah Amerika. Ingat, orang tu tak rasa dia salah, sama cam Amerika tak rasa dia salah.

Penyelesaian dia apa tadi? Iraq kena kuat kan. Sebagaimana, suppose too, Iraq kena angkat senjata lawan balik, macam tu jugak kita, kita kena ada senjata untuk pertahankan diri kita dari dilukai dengan perbuatan orang lain. Itu saja penyelesaian dia, dok bertekak buang masa ja..lebih baik selamatkan diri. Kadang-kadang kita ni lemah-yes, we are human, tak pernah sempurna, ada kelemahan diri sendiri. Bila kita lemah, tak payah la nak bertekak, sapa salah, sapa betul. Ni kalau masa perang, Amerika tengah bom, kita nak pi dok tengah-tengah jalan, berteriak kata kita tak salah, kenapa buat macam ni kat kita, sampai hati buat camni kat kita? Ha, matila hang, orang tengah perang ni, tengah bom ni..harap mati katak la kena bom kat situ.

Pada saat ni, larilah, masuk kubu, buat perlindungan diri, buat satu filter, yang musuh tak boleh capai. Maksudnya kita kena kuatkan semangat, biar apa orang nak kata, biar apa orang nak buat. Takpa. Silakan.

Skang kita dalam kubu, kita tak terjejas, tapi jangan dok saja dalam kubu, kita cari jalan, buat senjata, dan cari banyak-banyak geng, cari strategi. Maksudnya, kita hebatkan diri kita, dengan menyemai kekuatan, dengan membina satu pegangan baru daripada kesilapan yang kita lakukan. Fikir, pengajaran dia. Bila dah keluar kubu, kita dah kuat, maila, sapa saja nak serang, serang la..aku dah kuat sekarang ni, jangan harap nak BUAT kat aku lagi.

Bukan setakat Amerika, mailah sapa pon nak serang, bila dia dah kuat dan perbetulkan kesalahan diri dia, orang tak akan mampu buat apa-apa pon kat kita. Tu saja kesimpulannya.

Apa yang nak disampaikan kat sini, apa yang orang lakukan kat kita- dan kita rasa (kalau kita tak rasa takpa, maknanya bukan satu masalah, biasalah manusia, selalunya masalah timbul bukan atas apa yang berlaku, tapi masalah timbul kerana apa yang dirasakan), sebenarnya, terjadi atas kelemahan kita sendiri. Repeat-apa yang orang lain lakukan pada kita , dan kita terjejas kerananya, berlaku kerana kelemahan kita sendiri.

Adakah salah memiliki kelemahan? Tidak, kerana inilah kehidupan, tiada yang sempurna, namun kita boleh mengubah kelemahan tersebut, dengan menyemai perkara-perkara baik dalam diri yang akhirnya membina kekuatan.

Cakap memang senang..tapi nak buat?? Memang, memang, agak sukar, tapi berusahalah, tiada kegagalan untuk orang yang berusaha. Tiada kegagalan untuk orang yang berusaha. Suatu hari pasti dapat. Usaha itu counted, sebagaimana sukar kita rasa, kita tetap usaha. Usaha itu suatu kesabaran, sabar itu suatu sifat baik yang amat dituntut oleh agama, dan sesiapa yang berbuat sesuatu demi agama, akan mendapat pahala, dan dengan pahala kita akan mendapat syurga. Betapa beruntungya kita.

Amerika serang Iraq, sama saja bukan dengan kes Jepun serang Malaya. Semua terjadi, sebab Iraq lemah, sebab Malaya lemah. Namun setelah segalanya berakhir, mampuka Malaya terima Jepun, hati masih terluka, luka lama masih melarat. Kita memang marah Jepun, sebab sanggup dia wat camtuh kat negara kita. Tapi skang, kiat dah boleh tengok drama Jepun, ikut fesyen Jepun, n my idola si Naruto pon Jepun..Pendirian kita berubah dengan masa. Jadi di sini, biarlah masa yang menentukan. Yang penting, kelemahan perlu diperbetulkan.

Sukar, mengubah orang lain. Namun mudah mengubah diri sendiri.

“Janganlah kita mensia-siakan waktu satu minit pun untuk memikirkan orang yang tidak kita senangi” “Alangkah bodohnya hidup ini jika kita menghargai sesuatu melebihi hidup kita sendiri”

Let bygones be bygones! & Dont cry over the spilt milk! That is Aszifa Aris..=] yeah bebeh, mai la apa-apa pon , i’m redi menerimanya, life is a journey so just move on!!=]

Friday, October 27, 2006

Hargailah kasih sayang...=]

Sehelai selendang Sutera.

Yo, menangis lagi, spanjang tengok citer Sehelai Selendang Sutera, Rosyam Nor(Alip) dengan Lisdawati(Lily) belakon, aiseh, kisah thn lepas ni…tapi ulang lagi tahun ni..

Ntah, klau tahun lepas tengok tobat tak nangis kot..ni mood yg camni yang buat aku semakin syahdu ni…

Kisah dia camni, Lily ni, dia bercinta dengan Alip ni, n dia memang JANJI nak sehidup semati la ngan tunang dia ni..bla bla bla….tau la kan, bila orang buat janji…confident gila………

Sekali, bf lama dia balik…ngeh ngeh ngeh…then dia pon conpius. So dia gi umah bakal mak mertua, dia cakap nak postpone kawen…sebab dia hanya simpati kat abg alip, dia tak cinta. (Gilakan pompuan ni). Dia bagi cincin balik. (Memang lagi gila, oi ang nak putus ka nak postpone???ni nama dia tolak secara baik la konon, just nak back-up diri cam dia tak besalah arr)

Bila hero tau, hero x mau postpone..hero mintak putus (this is pride, hati bukan barang mainan). So nampak cam, eh…Lily mintak postpone, abg yang mintak putus…ahah..lagi la nampak cam dia tak bersalah kan…

Sepanjang cerita ni, mak ngan adik Alip mati, Alip sendiri jadi gila lepas Lily kawen ngan bf lama dia…pastu Alip mati dilanggar Lily (Lily tak sengaja)

Tapi ayat alip- aku tak akan maafkan kau…Allah akan bagi balasan. Aku sumpah kau…( ni la yang aku tak suka, mana leh nak sumpah2 orang, kan and dah jadi gila alip woi)

Apa yang aku nak cakap kat sni, tolongla, jangan mainkan hati orang. Cam lily tu kan, dia satu sen pon tak rasa besalah…sebab pegangan dia lain. Dia hanya fikirkan diri dia…eh…rasa sayang, rasa cinta dah takdak kat abg, mana mungkin Lily boleh hidup dengan orang yang Lily tak cinta. Ah, Lily cintakan Ramli, kekasih lama Lily…(boleh blah, gila hang, ang tunang orang) but lastly dia sendiri confess kat alip, abg, memang betul, abg cakap, satu hari, Lily akan rasa kembali apa yang Lily dah lakukan pada orang lain. Abg Ramli hanya nak permainkan Lily, dia dah kawen lain, dia ceraikan Lily.

Hargailah kasih sayang orang pada kita, jangan ingat kita terlalu bijak menilai, buat perkara untuk kepuasan diri sendiri. Fikir sama perasaan orang lain...Allah tu Maha Adil, kita akan rasa semua rasa. Buat pada orang, orang lain buat pada kita.

Harapan, jangan terlalu mudah menabur harapan. As i said before, seblom2 ni, aku mungkin tak pernah berjanji, tapi kita tak tau setinggi mana harapan orang pada kita. It makes me realize, ckp awal2 lah...if u tanak ader aper2 ngan dia...jangan sampai dah lanjut...kecewakan hati orang..

Mungkin peristiwa ni berlaku, untuk buat aku sedar, jangan main2 dengan perasan kan...Skang dah kena, dah paham...tak sanggup aku rasa nak buat perkara yang sama pada orang lain. Tak sanggup nak bagi orang lain rasa apa yang aku rasa ni..

Cukuplah, tapi janganlah sampai nak sumpah orang sana sini cam si alip tuh, klau dia tak sumpah pon, kena jugak si Lily. Allah tau la keja dia..siapalah kita? Kita sendiri pon banyak buat salah, apa yang kita harapkan...betulkan lah diri sendiri, bangun, melawan rasa...usaha itu pahala, jangan membayar terlalu mahal untuk kesedihan. Jangan jadi cam Alip, dia salahkan Lily, untuk apa yang terjadi, sedangkan salah diri dia sendiri, dia patut biaq pi la kat Lily tu, abaikan ja, jangan terlalu lama merenung kesedihan.Terlalu banyak rahmat Tuhan untuk diperhatikan, daripada terus memandang kesedihan yang hanya sementaraan.

Cintaku Hanya PadaMu..


Judul : CINTAProduser : Ahmad Puad OnahProduser Eksekutif : Dhojee & araPengarah : Kabir BhatiaPenulis Skrip : Mira Mustafa & araPelakon : Fasha Sandha, Rita Rudaini, Nanu Baharuddin,Sharifah Amani,Fatimah Abu Bakar, Eizlan Yusuff, Pierre Andre, Que Haidar, Rashidi Ishak, Datuk Rahim RazaliTerbitan : Alternate StudioTayangan : 30 November 2006


Cinta,
Mudahnya ia dilafazkan,
Seolah-olah tidak mengenal erti kehidupan,
Mudahnya ia dilafazkan,
Seolah-olah hanya berdualah sebaik-baik kejadian..

Cinta,
Saling kejar dan mengejar,
Saling suka menyuka,
Saling sakit menyakiti,
Saling benci menbenci,
Saling, saling dan saling,

Cinta,
Apa kau lakukan,
Kan ku balaskan,
Melayangi seribu kemanisan,
Menelani seribu kepahitan.

Cinta,
Selayaknya, hanya untuk Tuhan,
Tiada mungkin kalimah itu untuk yang hanya insan,
Jangan pernah ternoda,
Dengan kalimat cinta,
Jangan pernah terdusta,
Dengan erti cinta.

Sukarnya untuk difahami,
Erti cinta Ilahi,
Tiada patah kata,
Untuk diterangi,

Namun,
Percayalah,
Cinta sejati dan hakiki,
Hanya layak diserah buat Ilahi…

Sunday, October 22, 2006

Selamat Beraya Semua!=]

Huhu, baru bangun dari tido...gila betul tido sampai pukul 12 tgh,cik aszifaris bila tensen dier suker tido...lagi byk kija, lagi dia boleh tido...huhuhu..dah, dah, takmau buat dah perangai camni, penat la tido..baik bangun buat kija yang berfaedah..

Dah kat rumah skang, seronok sangat, nak balik beraya, setelah..em, 2 minggu tak balik umah...2 minggu dah kira lama la bagi aku...I'm a homesicker bebehh...suka sangat balik rumah, x buat apa2 pon takpa..

Semalam, baru sampai umah..kakak n kak linda pi amik kat penang, semua org pon dah balik, tinggal aku je lom balik, satu ari duduk sorang2 pon dah boleh rasa cam nak gila...lepas ni dah tanak dah duduk sorang2, akan berusaha mengelakkan suma tuh..dlu ok..tapi ntah skang ni, bila duduk sorang2..mudah sangat rasa tersentuh, rasa sedih, tertusuk dan sebagainya..argh!
Dalam keta semalam, sepanjang pejalanan penang-sp, asek ingat kat mama ja..seriously, kakak dok bising2 pasai lagu yang tak sedap di hotfm pon aku dah tak layan sgt..hihi..dok teringat mama..

Masuk thn ni, dah masuk tahun ke -4 kami beraya tanpa mama..setiap tahun, kesyahduan dan kesunyian itu pasti terasa, dan setiap tahun, rasa semakin sunyi, sunyi dan sunyi. Cukuplah berdepan dengan Ramadan pon, mampu mengungkit kenangan kesedihan..Mama meninggalkan kami, 3/11/2002,2.15 pg masa tu, lagi 5 hari nak SPM, lagi seminggu nak berpuasa di Ramadan. Manakan kehilangan itu tidak membuat rasa sedih di hati, takkala menyambut Ramadan dan Syawal...

Percayala, hidup tanpa insan yang bergelar ibu, emak, umi, mama dan pelbagai lagilah gelaran untuk insan yang paling mulia untuk setiap dari kita di dunia ini, agak kosong ya. Tambahan lagi, takkala menyambut hari2 penting, yang biasanya diraikan bersama..Hidup yang sangat selamber dan lepak, tanpa teguran dan leteran...tidak memeningkan, tapi mensunyikan..
Kesunyian yang terasa menusuk kalbu, rasa sejuk tanpa nafas, rasa kosong. Rasa kaku, rasa kering. Kering yang macam buah kurma yang kering, yang telah dikeluarkan semua air darinya, sehingga tiada satu pon kelembapan, tiada kelembapan, seolah2...pasir yang terlalu terhidrat, habis semua air dihilangkan, pasir yang begitu tandus, yang terlalu mudah diburaikan. Rasa seperti kaku, seolah2 lukisan abstrack yang terlalu kaku, tanpa sentuhan kesenian....

Bukan niat disini memandang ketidakbeshsan, namun, inilah rasa, dari seorang anak yang tiada lagi merasa kasih sayang seorang ibu. Namun, tidak boleh terlalu melayan, kena melatih diri ini, untuk melihat segala rahmat lain, dan hikmah dari Allah S.W.T. Rasa memang akan rasa, mustahil tak rasa, cuma kita kena melawannya..ikut HATI, MATI, ikut RASA, BINASA..

Buat semua yang masih mempunyai ibu, masih ada emak, masih punya mama, argh...jagalah hatinya dengan setulus mungkin..Kita ni anak, banyak perkara yang kita nak lakukan, semata-mata untuk mengejar kepuasan diri dan cita-cita. Kejarlah, kejar, namun jgn sampai terkasar kata, terlanjur bicara, melawan cakap, sampai membuat hati ibu terasa.Kadangkala, kita sibuk dengan kerja kita, sampai tak balik rumah, ada jugak anak, yang memang bertahun2 tak balik rumah, kerja di perantauan dan sebagainya. Namun percayalah, di saat, HILANGNYA, LENYAPNYA dia di muka bumi ini, seribu penyesalan akan menimpa...yang tinggal hanya BATU NISAN semata..masa tu nak buat apa??

Bila benda ada di depan mata, kita selalu tak hargai...Yang dikatakan MAK ni, tak ada yang lain dah, dia hanya nak yang terbaik untuk anaknya, kadangkala kita terpaksa berkorban, semata-mata untuk ikut cakap mak, namun percayalah...kita tak mungkin menyesal akan pengorbanan itu...Percayalah!IBU hanya satu, dari kecil dia berkorban untuk kita, masa dalam kandungan pon, kita dapat makanan daripadanya...Ibu hanya satu, hanya satu, kawan-kawan semakin bertambah, kerja-bila2 boleh cari, BF? touch n go bebehy!Namun ibu hanya satu..hanya satu, tolong paham apa yang sedang disampaikan di sini.

Namun aku bertuah, sepanjang 17 tahun, aku berada di samping mama, sampai saat-saat terakhir mama menghembuskan nafas terakhir. Memang takut, melihat sakaratul maut! Melihat insan yang kita sayangi, terbang ke alam lain! Argh!!Tapi itulah doa mama, doa yang aku tau memang mama mintak selalu, semoga semua ahli keluarga dapat melihat pemergian mama. Alhamdulillah, doa mama dimakbulkan buat sekian kalinya...........

I love my mom, gila-gila punya sayang...mama cakap apa, semua jie ikut, walaupun tak paham, tapi ikut ja,,,sebab memang tau,,mama selalu memberi keputusan yang terbaik buat jie. Tiada langsung rasa nak menolak suggestion mama.Mama cakap, duduk rumah, tak payah pegi sekolah asrama, duduk dengan mama..aku duduk ja..masa tu, habis satu geng kawan2 semua keluar, 2 minggu jugak,sorang2 kat sekolah..Tapi, as i said, kawan2 silih berganti, after that, dapat kawan2 yang lagi besh dan baik hati.

Since form 3 la, rasa pelik sangat, sebab mama selalu akan cerita semua menda dengan jie dan mintak jie cerita semua menda dengan mama. Its like cam aktiviti harian. Tindakan mama seolah2, nak tau, my progress..and mama akan suggestkan keputusan, dan mama akan manipulate kisah tu untuk masa depan. Contohnya, mama akan cakap, "lain kali kalau jadi camtu, jie buat la camni, camni, camni..hidup memang macam ni...konsep bla2" Aku memang kadangkala sukar nak paham erti2 hidup yang mama cakap tuh...coz it sounds quite complicated for me yang baru setahun jagung. Namun rasanya, pesanan2 mama tu, untuk masa sekarang ni, masa mama dah takdak dengan aku, hanya pesanan2nya sahaja menjadi bekal. Mama seolah-olah macam tahu, mama akan pergi cepat meninggalkan aku..........

Dalam tempoh 2 tahun rasa macam berat sangat dengan cerita2 kehidupan..mama memang banyak sangat bercerita, macam2...terlalu macam2.. kami macam kawan baik..mama tak pernah treat me macam budak kecik..mama selalu discuss dengan me jugak, pasal kawan2 mama, pasal masalh2 mama,,itu semua, membuatkan diri ini mampu berfikir dengan lebih matang kadangkala. Penah ingat dulu, papa penah cakap" ish mama ni ikut sangat ckp dak kecik tuh" Mama cakap " Biaqla, anak i ni bijak, penasihat i". (Mak mana yang tak anggap anak dia bijak kan =])

Masa tu kecik lagi, tak reti nak pikir paper, main cakap je kan..mama pon jenis melayan..huhu..ingat lagik, dlu selalu buat speech kat mama, sebab mama ketua kumpulan Nur Hikmah kat sini. Its like cam pergerakan wanita la, yang selalu wat usrah ker, pegi baca yassin ker, berzanzi ker..n semua2 tuh...memang speech opening mama tuh, aku ngan kak linda yang wat salu...hihi..tapi aku lagik salu laa..sebab aku dok umah, kakak ngan nda kat USM time 2..

Waa, rindu yang memang rindu, satu keuntungan jugak buat aku, hanya berada di samping mama..hanya mama pada masa itu, tiada orang lain.Buat semua, berbuat baiklah pada ibu masing2....yang lepas, lepasla, masa depan yang mampu kita ubah...Terlalu banyak kenangan dengan mama, yang akan selalu diingati...selama-lamaaanyaaa...

Friday, October 20, 2006

Fikiran-Jari-keyboard-

Rasa macam fikiran melayang2 lately, terlalu banyak yang bermain di fikiran, disertai dengan beban kerja yang ntah apa2...Nak buat research paper, tapi tak lepas2...baru tulis sikit2...1st draf, lom transfer lagi ke ayat yang lebih best...

Assignment Bic Lom siap, tgh tgu bibi datang ni, whatever nak siapkan jugak.Research paper kena siapkan dekat umah jugakla nampaknya ni...masih tak boleh raya dengan senang hati.....sem2 thn lepas pon raya bergelumang dengan buku-buku....ingat lagi..jadi penjaga rumah...sambil baca buku..Titik,sedih..dah!

Sem ni pun sama la, bila dah start final year projek ni, lots to do...rasanya kalau beban yang macam ni menimpa dulu..mesti tak tahan, skang ni alhamdulillah, masih berupaya buat je kija tanpa pikir apa2..last2 tiba2 siap.

This is me lah, bila kija banyak ni,,,x suka nak cakap..baik buat ja,, lagi cakap, lagi tak siap, lagi rasa terbeban yg terbeban...x reti nak explain..sebab biasa la dak CS memang camni...inilah hidup kami...biasa ja semua ni....

So kadang2..bila balik umah pon melepak depan comp ja...mula nampak skrin YM, friendster, blog dan sebagainya...Tapi tak beerti tak buat kija..nih orang cakap menyelam sambil minum air,,,x reti la nak buat kija straight (alasan)..lagi tensen rasa.....even kat sni pon klau takdapat intenet...huhu..wat kija sat..tgok prison break, csi ke kejap....sebab tuh suka dl n dapatkan crita byk2...bekalan nak tgok masa wat kija..

But now, skang dah tetuka stail kija,,kejap wat kija ni, stop jab, sambunk lak kija 2, bila dh stuck, patah balik kija 1..kija diselangi dengan kija...have too...sbb kija memang banyak dah...

One part yg tak suka ialah, Aszifa Aris seorang yg kuat tido..ske sangat tido, sng je nak tido...dan leh tetido bila2 masa...so dia akan minum kopi..pastu dah takleh tido satu malam....but kija x jalan ngan efieisen sangat sebab kafein tu penin!..

Nak ckp pelik ker tak pelik, aku bila pas tido, leh terus bangun wat kija, dalam 1 jam tuh leh wat ngan laju sebab banyak idea pas tido..so salah satu cara nak dapatkan idea adalah dengan tido...hihi...bangun tuh mesti dapat penyelesaian...

i need sleep, bila tak tido,mata bengkak,,muka buruk!...Aku nak muntah bila pikir pasai research paper....nak stop kejap...baik wat bic, cam lagi best...

But then, menda2 ni la buat rasa diri ini lebih bermakna. I luv science comp..coz it makes me feel stronger.....I'm proud to be one of the warga CS USM.

Banyak yang dipelajari, bakal digunakan untuk masa depan...Learning is not about getting an A...dapat A ke tak dapat A, itu rezki yang Allah bagi. If u get good result, its not about u, itu hanya rahmat Allah semata.

Kita manusia, hanya layak berusaha ke arahnya. Whatever the result, the efforts towards A counted..itulah yang akan kita guna untuk kehidupan. Tak reti apa2..belajar jugak, x give up..semua tuh dipelajari dalam CS, n tiba2 dah jadi pegangan untuk kehidupan..mengajar erti kesabaran dalam mengejar sesuatu...sabar, sabar, sabar, banyak ganjarannya di akhirat keLak! I LUV MY CS LIFE!

Thursday, October 19, 2006

Rasa ingin saja ku mati, apabila mengenang rasa ini,
Ku ingin jauh pergi, pergi dari sini,
Meninggalkan segalanya,
Ingin saja hilang ingatan,
Akan kenangan itu,
Tak ingin mengingat walaupun sekelumit,
Tak ingin mengenang walaupun sebutir,
Hanya ingin ku lupa, seolah2 ia tak pernah berlaku,
Lupa dan melupakan,
Lupa akan segala2nya..

Jangan lagi semua tertipu,
Tertipu dengan diriku,
Aku jua tak ingin lagi menipu,
Diri-dirimu jua diriku,
Perlu ku tutup ruang,
Agar hati ini tidak lagi terluka,
Terluka akibat kebaikan diri,
Dan kebaikan itu jua dijadikan alas an.
Alasan, alasan, dan alasan.
BEnci aku akan alasan!

Monday, October 09, 2006

Ketentuan

Mueh2..takder kelas..datang cc jer la, nak gi lab jauh, connection kat bilik pulak agak hampehs..sebenarnya ddah redi nak gi jumpa Puan Norlia tadi. Then Santi ckp tak yah lak sbb Puan Norlia ckp kat dia tadi, briefing tuh tunggu 3 group lagik...huhu..sampai 3 group buat menda2 yang ada kaitan dengan herba? heheh..whateverlah, takyah jumpa lagi senang, leh melepak..
Faizah ngan Fai dan selesai briefing..hehe lega dengaq...bila kawan2 lega kita pon lega jugak rasa..wat pojek bawah ppkt tuh..hehe..depa kene pakai asp.net ngan sybase..Mueh2...congrats kerana berpeluang belajar menda baru lagik...aku nih tak tau lagik kena pakai apa..Yang penting, memang kita boleh buat semua menda.
Sebenarnya, apa-apa pon kat dunia ni, hidup nih simple ja...ntahla..semakin mencari aku, semakin simple jadi hidup aku, semakin nampak apa yg paling penting dalam hidup. Apa yang nak disampaikan dekat sini, seriously, hidup ni mudah dan simple..
Penat dulu hidup dalam kebimbangan dan kerisauan...serius penat. Namun dengan ada penat tu la, aku mencari lagik...sebab aku takmau terperangkap lagi dalam perasaan yang macam tuh. Mungkin sebab ditakdirkan aku dah selesai baca buku the power of the subconscious mind..huhu..hidup ini mudah, hidup ini mudah. Kita boleh dapat apa yang kita nak....
Beruntunglah orang yang dijadikan tak risau dan tak bimbang. Namun, beruntung jugak bagi yang pernah mengalami perasaan2 sedemikian, sebab, usaha kita untuk mngubahnya juga dikira sebagai satu usaha yg baik. Setiap yang baik, adala perkara baik di akhirat menanti. Kesimpulanya, walau apa pon yang terjadi..semua pon baik...cuma kita nak pilih yang mana?
Hati-hati dengan perasaan risau dan bimbang, kerana perasaan itu boleh jua membawa maksud tidak percaya pada ketentuan. As we know, tiada yang bakal, dan tiada yang selepas untuk Allah. Allah tahu segala-galanya yang berlaku...sama saja, masa lepas, kini dan masa depan. Andaikata diri ini mendakwa percaya pada ketentuan Ilahi..mengapa harus risau? Allah dan tentukan segala-galanya buat kita. Semuanya dah tersedia...cuma tinggal kita nak pergi ambil dan melaksanakannya. Sebab tu, orang suruh tenang dan relaks, tapi tak jelaskan dalam ayat yg logik dan berfakta....wajib tenang dan relaks...sebab itu kunci segala-galanya...Ketenangan, bila tenang baru boleh fokus..
Menda2 ni ada jugak di sebut dalam buku the power of ur subconscious mind(subcm), buku ni bagusla untuk memahami, cara otak kita berfungsi...how the conscious mind (cm) and subcm berfungsi...Macam boleh jadi text book untuk cari pasai otak..hihi. Cm- adalah mind yang reasoning, bila kita bagi sebab, cm la yg tengah berfungsi tu, subcm ni plak adalah satu mind yang powerful giler, dia tak penah bagi reason, dia wat ja...apa yg cm ckp, dia buat...sebab tu, hati2 dengan cm kita...sebut perkara2 baik, jgn pernah sebut yg bukan2...nanti subcm buat...dalam buku tu tulis lagik, masa depan kita pon sebenarnya ditentukan oleh subcm, subcm kita tau sumer menda, masa lampau, masa depan, penyelesaian untuk setiap masalah..sumer la dia tau, nak apa? sumer dia tau..
Turut disebut dalam buku ni tentang doa. Masa depan kita dah ada dalam subcm kita sendiri, ia boleh diubah, dengan DOA. Ini semua adalah kesimpulan yang aku buat dari penulis ya. Penulis ni orang putih...
Nampak tak kaitan antara kesimpulan buku ni dengan konsep ketentuan Allah, dengan doa? Bagi aku, memang salu camni, teori2 memang salu ada dalam buku orang putih. Tapi dalam Al-Quran memang dan sebut dah semua ni pon, cuma agak susah nak cari buku yang akan explain ayat Al-quran dengan fakta dengan detail..in a very logika way, yg suma org leh terima...buku Dr Daniel Ok..dia memang pakar la bab2 merelate ni..hmm...x payah la aku nak paste suma ayat2 kat sni untuk membuktikannya ek..korang relate2 sendrik...
Betapa pentingnya, kepercayaan pada Ilahi, keyakinan tentang qada dan qadar, usaha yang berterusan dengan tawakal...Ni la yang akan buat kita tenang dan tak bimbang. Lambatnya aku sedar sumer ni kan...hihi..
Disebabkan kehidupan kita, sudah ditentukan oleh Allah, dan adanya akal ni, yang terlalu powerful kuasa dia, tak perlulah kita membandingkan keupayaan kita dengan keupayaan orang lain. Dalam ayat yg mudah, stop comparing urself with others! It will make u sick forever!
"Orang lain boleh buat, kenapa aku tak boleh buat?"Aku penah pegang perkara ni dulu, but now, haha..its stupid! Mana da istilah bodoh camtuh, manusia ni kan khalifah Allah dan sebaik2 makhluk..dalam semua mahkluk kita la yang paling besh...we are complete, we can do semua menda pon...cuma Nak ker tak? "Aku tak reti wat la"..salah ayat tuh, bukan tak reti sebenaqnya, tapi TAK MAU buat..Pikir balik..betul tak? Klau kita nak, apa menda pon kita boleh buat...
Namun jauh sekali la maksud aku disini, kita tak payah bersaing. Bersainglah, bersaing untuk melakukan yang terbaik!Bersaing dengan diri sendiri..Kita ni kan manusia yang hebat n we have power yg terlalu hebat..Meaning dat for everything, we can do it in the HEBAT way....betul tak? betul kan..
So, in everything, our delivery, should be hebat! Ni suma pikir logik ja...Just buang the mental block, aku tgh buang suma ni...lets do it together bebeh...bebaskan diri...n just be the best in our own way!
In everything, just believe the best will come towards u...semuanya telah ditentukan. SEMUANYA...kerja kita, BUAT. Hasilnya, bukan kerja kita, itu kerja Allah. Redha dan berlapang dada dalam setiap situasi. =]..Moga diri ni menjadi lebih mengerti dari hari ke hari.!=]

Saturday, October 07, 2006

Masih tidak mampu mengupload..


Mueh2...aku dibilik skang...menatap connection UsmHotspot yg agak tidak pandai @ Bengong ni memang tak besh, sib baik dapat connection prolink kat sni. Aku baru balik dari bilik tim ni, kat gemilang, tido sana semalams...seronok! Dah lama tak jumpa tim n the gang kan, lia ngan yanti pon datang bukak posa skalik smalam, Ros ngan Ita sumer berbuka kat masjid..hurm..memang seronok kwn dengan derank ni, Rumate baru tim pon ok, ekekek...kelakar la si eina tuh, dia tak buat kelakar, tapi dia tuh kelakar...hihi..

Dok dengan tim asek makan ja..memang bersemangat nak makan klau dgn tim...Malam tu ros datang bilik tim, maka jadilah perhimpunan rumate2 tim,, ekeke...aku rumate tim masa kat matrik, ros rumate tim masa kat tekun, eina rumate tim kat gemilang skang...mueh2.. Nasib tim la dapat rumate yg agak sepesen la kot perangai kami suma...hihi...dan makan lagi!

Tak clear pulak arrow tuh, hihi..ni la gamba masa kat matrik, ni gambar masa lawatan ke Pulau Langkawi..


Tim ni bagus dia, memang dari matrik lagi, ntahla kat tekun pon dlu, bilik yg akan dipenuhi insan2 untuk melepak, memang bilik yg akan meriah dan jauh skalik dari sunyi...hahaha..apa hikmahnya tim?

Dah amik gamba dari Lia, yg masa majlis santapan ngan Raja Nazrin kat Perak sem lepas...tapi blom scan, so takleh lagi la ekk kita berkongsi..nanti..yg ntah bila...skang ni kt upload dlu, gamba yg baru amik sem ni Ok..bersama rakan2 CS ku tersayang...

***ngeh2..X leh upload,slow***

Hihi, baru abis type perenggan tuh, still skang cannot upload the pic...so takleh tgok la gambar2 terbaru kami yg cun..ehiks..nantilah..

Nak pegi mandi skang...pastuh, nak baca balik buku the power of ur subconcius mind.There is something yg nak kena betulkan dalam otak ni.....Okeh..see ya..I'm okay now lin, sedang bawa diri to be better..=]



Monday, October 02, 2006

Cuba, Keyakinan dan Kehidupan!

Haha, nak balik USM jab lagi, my life there!! kija ku byk menanti, group aku byk menanti, i
dowanna stuck here! its hampehs!I have to bangun semula, and get my life back!Cam Dr Fazilah Kamsah kata, dah takder alternatif lain, nak tak nak kena BUAT!
Kind of tunggang terbalik skang nih, tau..blury bebeh blur! Tapi tadi ckp ngan Kak Noreen, Kak Noreen kata, u have to be strong, awak kene kuat jugak, awak kena kawal diri sekarang, kalau tak, awak akan jadi lebih down, down dan akan terus down nanti! Yeah, kind of tersentak!! Hey, buat apa aku biar perasaan ni kawal aku..Aku nakhoda kapalnya bebeh, let me tentukan the arah n journey!
Dah hampir nak langgar ice dah tau, cam citer titanic, tapi nih dok pusing balik dah, nak bagi dia ke jalan yg lurus, jgn dok pi langgaq ais!
Aku mengaku, bukan mudah, bukan mudah sng2 nk kata, aku kuat, aku kuat, bohong je la suma tuh, mengaku sey mengaku, aku buat kerja aku tau, for 5 hours, then bila check balik, nothin! nothing takder apa...my fikiran melayang, tapi pi mana tak tau???
Memang dah tak ingat dah..dh abis dh, sbb dh belajaq lupa stat 2 mg lepas, nak kata sedih pon tak, lega lagi ada...regret pon takdak, cuma yang ada adalah BLUR. Tau sebab apa blur nih, tau dak perasaan yg terkejut, yg terkejut cam ziana zain dalam wakena beb tuh, so tiba2 dia shock! dia tiba2 jadi agak tak normal...so, skang ni tgh pelan2 mengalami proses penormalan...
Semalam dok pi baca buku kat harunyahya.com. Pi la baca sama, banyak buku besh kat situ, have to baca, nk cari mana kadg2 ketenangan ni, nak call kak noreen sampai hari2 ka? dok kacau org watpa lama2...cukupla dengaq nasihat skit2...yang lain2 tuh diri kita sendri la..
Patutla, aku concern gila ngan "Setiap hari adalah hari yg baru" . Aku pon plik jugak, awat yg nak pegang sangat ayat tuh..ahhahahha..nah, amek, dah terjawab dah, klau camni keadaan dia, klau tiap2 ari bukan ari yg baru..alamat , air mata menderu wehh...sib baik!
Aku terkejut tadi, bila aku baca balik post yg aku tulis kat Ros, Aku rasa cam, eh, aku ka yang tulis ni??Kenapa cam aku rasa agak lega bila baca apa yg aku sendiri ckp kt org lain...Rasa cam ada org lain yg tulis dan nasihat aku pulak...2 la Kak Noreen kata, bila kita tgh ada masalah, kita mula la jadi tak matang..hah btui kot..
Aku tersentak lagi skali bila baca ayat "lama ke tak terpulang pada diri kita sendiri, semuanya bergantung pada diri kita" Yap...semuanya bergantung pada diri kita bila kita nak sembuh..X yah la lama2 sgt..nanti ada ramai setan yg jadi semakin tembam dan gemok dgn sikap kita yg camni...eii setan jahat!!
Hah, lagi satu ayat- Kita yg harus bangkit dan dorong dr kita sendiri- Argh, masakan aku terlupa ayat tuh...erk...x sangka. Aku nak bangkit skang, aku nak teruskan my life...Now aku rasa lebih strong dari dlu, lagi kenal diri aku dari dulu, lagi tau apa aku nak buat lepas ni, lagi tau apa sebenarnya yang aku inginkan kat alam maya ni!..
Terlalu byk faedah n benefit, dari kisah ni..
Stakat 5-6 post kat sni, lagi 40 years, hah, kisah ni pon x sampai satu chapter pon dalam hidup aku, kisah kecik2 jaa...aiseh...look at the big picture bebeh, tgok 40 years from now, menda ni nothing! So jgn sia2kan diri dan masa kita, nak habis kat sni, sudah2...merapu ja semua tuh...merepek bebeh merepek!
Apa yg aku nak ckp ialah, if u want to deal with me, apa2 urusan pon, please be sure..u want or not? NAK or TAKNAK? say it loud!Loud speaker!If u say CUBA...now get lost! There is no CUBA in my life!
For everybody, ingat, There is no CUBA, sama ada BUAT atau TAK BUAT! DO or NOT DOING!itu saja...CUBA tu maksudnya x yakin, somethin wrong somewhere with ur keyakinan diri if u say CUBA, pergi balik n wash ur keyakinan.....THen DO...! ITU SAJA!!!
Kerlipan bintang nampak indah,
Cantik berseri bersama bulan,
Ia cantik bersama,
Penyeri malam indah..
Matahari besar,
Sinarnya terang,
Menerangi siang hari dunia,
Menunaikan kewajipannya.
Ada yang kata malam itu gelap,
Takut akan kegelapan,
Ada yang kata malam besh,
Sbb sejuk lagi dingin.
Ada yang tak suka matahari,
Sbb matahari buat kulit dia jadi hitam,
Tapi, kalau tak ada matahari,
Mana nak datang sumber tenaga?
Untuk setiap peristiwa, byk pandangan dan byk persepsi,
Sedangkan siang, malam,bintang, matahari dan bulan boleh jadi perbualan,
Inikan pula kisah kehidupan..
Banyak pro n cons untuk setiap sesuatu,
Cuma kitalah yang kena bijak nak pilih yang mana satu?
Bagi aku, matahari besh, bintang besh, bulan besh, siang besh, malam pon besh!
Setiap yang berlaku bagi aku semua pon besh!
Yeah, teruskan saja lah...melalui liku2 kehidupanMu!!

Sunday, October 01, 2006

Welcome the Hikmah!=]

Life is not easy, tertanya jugak, akhirnya aku menghadapiNya, i'm kind of blurr...cam nk fainted gak tadi, skang ni pon berat pala lagi..Memang niat di hati, balik rumah nak menyelesaikan segala-galanya, nak merungkaikan segala suku kata..nak menjawab persoalan yang menimpa.
Sukar diri ini untuk melafazkan apa yang telah terjadi, cukuplah aku catatkan hikmahnya untuk di bawa bersama kehidupanku. Buat semua yg dekat,jangan di tanya apa, apa dan apa.
Dia tak pernah salah, dan aku tak pernah menyalahkannya, sudah tanggungjawab aku untuk berbuat baik kepada semua insan, selepas ini, semuanya akan kembali seperti normal. Jauh sekali perasaan dendam atau mendedami. Tidak, sebagai umat Islam, perasaan begitu adalah haram. Aku akan terus menyayangi dirinya, sebagaimana aku menyayangi insan-insan lain di sekelilingku.
Satu perkara Ya Allah, aku tidak lagi sedaya semalam, walaupun sudah begini, namun ku pohon hasrat ku yang satu, jadikan dia seorang yang yakin akan dirinya, yakin akan kebolehannya, hapuskan, perasaan tidak pasti dan was wasnya untuk semua perkara pun. Itu yg menghalang dirinya dari terus dapat melonjak. Itu yang kupohon, dari diriku untuk dirinya.
Aku bukan berperilaku sebegitu kerana dia adalah dia, tapi aku lakukan semua itu untuk semua insan. Nasib ku dari Allah, jadi hanya kpd Allah aku berserah, dan bukan dari dia aku harapkan balasan, aku harapkan balasan hanya dari Allah. Biarlah, andaikata dikata diri ini bodoh, sebenarnya itu bukan konsepnya,bukan bodoh, tapi biasalah, inilah kehidupan. Biar apa pon yang terjadi, kita tetap perlu teruskan dalam memberi yang terbaik. Balasan tak semestinya drp penerima kita, balasan baik itu kita terima dari semua sudut dan segi, bergantung kepada apa yang paling kita perlukan. Habis tak ada balasan, pahala akhirat dalam penantian. Itu saja..
Aku tak akan berlari, aku akan menghadapi. Datanglah, samada dirinya, ingin apa dariku, akan ku berikan sedayanya. Aku tak akan berlari darimu. Aku akan berada tegar saja di sekelilingmu.
Tiada siapa yang bersalah. Hati ini kadangkala seperti boneka Tuhan jua. Memang perbuatan itu darimu, namun ia tetap dari hatimu. Namun, bukankah hatimu itu juga bawah kawalan Tuhan? Sekali saja dicuit tali pada hatimu, mudah saja kau ubah perbuatanmu.
Mungkin jua, apa yg berlaku, hasil cuitan Allah pada hatiMu...yg pastinya membawa seribu kebaikan kepada diriku. Biar ia pahit kini, namun baik untuk hidupku. Sebab itu aku tidak akan berlari, malah terima kasih ku ucapkan.
Kepada yg menyayangi diriku, andai kata diri ini sakit, sakit lagi mereka semua. Namun jgn dicaci dia. Ini bukan soal aku dengan dia sebenarnya. Ini soal aku dengan Allah. Antara aku dengan Allah. Dia hanya seorang yg diutuskan untuk mewakilkan dugaan, menyampaikan dugaan yang sebenarnya Allah ingin sampaikan.

Kisah ini, untuk merapatkan aku dengan Allah sebenarnya, dia cuma alat saja, x ada apa2...cuba fikir dari konteks yang besar, akan nampak apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya. Kisah ini bukan untuk menguji aku dengan dia, tapi untuk menguji kepercayaan aku pada Allah.

Betulkah aku percaya pada ketentuannya, betulkah aku yakin dengan ketentuannya, mampukah aku terus bersangka baik padaNYA,walaupun perit yg menimpa? Hikmahnya pula, terlalu banyak, terlalu banyak untuk diri ini.

Selagi mana diri ini waras Ya Allah, aku akan terus berada di bawah Mu untuk menerima segala ketentuanMu. Aku bermohon, bersama-samaku, dalam aku menghadapi segala ini, x mampu aku kata, ya aku mampu, tidak, jauh skali perkataan itu akan ku keluarkan. Bersama-samaku Ya Allah, dalam menghadapi saat ini. Aku pasti, kau ada cerita tersendiri yang kau ingin kau ceritakan pada ku, cuma aku tak tahu, masanya bila. Cukup, hikmah besar dari peristiwa ini, sebenarnya segala-gala yang aku hadapi, hanya untuk menguji hubungan kau dan aku. Untuk setiap sesuatu, aku perlu lakukan hanya untukMu.
Manusia tidak akan bersedih, apabila dapat melihat hikmah di balik sesuatu, tinggalkan kesedihan, dan hanya bawa hikmahnya berlari bersamaMu di jalan-jalan kehidupan dalam menuju alam Tuhan.
Moga Aszifaris tetap tegar dalam menghadapi segala-galanya...Mama believe in u!=]Smile!

Yakinlah dengan ketentuanNYA...

Seringkali diri kita manusia, jauh dari bersyukur atas segala yang dikurniakanNYA. Tambahan lagi apabila musibah menimpa, terasa gelapnya dunia, terasa ingin saja menutup mata, tak ingin lagi melihat keindahan, di bumi tuhan, yang terkesan hanya yang ada di perasaaan.

Begitulah manusia, tak tahu bersyukur akan segala keindahan, apabila kegelapan melanda. Jauh dari sedar, itu hanya dugaan semata, dugaan untuk menguji, sejauh mana diri ini kuat, mampu tersenyum takkala hati ini pedih merintih sesuatu.

Sememangnya, apabila hati ini terasa terlalu pedih, sukar untuk mengukir wajah manis, kerana kesakitan di situ terlalu kuat, rasa sesaknya nafas, rasa sempitnya dada, rasa sejuknya angin, rasa berlingkar-lingkarnya jiwa.

Namun, mengapa harus terus bersedih? Bukankah Allah lebih tahu akan segala-galanya? Renungkan kehidupan lampau kita, apakah yang manis itu sentiasa baik??Ya, itu yang membuat hati ini melompat gembira, membuat diri ini melonjak dengan wajah ceria, namun apakah itu sentiasa membawa kebaikan dan kemuliaan? Apakah kita seringkali belajar takkala kita gembira? Seringkali, seribu kali pengajaran yang kita ambil buat pedoman itu, berasal dari keadaan kesedihan. Bukan tipu bukan helah, Cuma renung semula masa lampau mu, banyak yang kita pelajari, takkala diri ini sedih, takkala diri ini dilanda musibah, takkalah diri ini jauh dari sempurna. Di situ, selalunya kita belajar dan belajar…walaupun ia pahit, dan pedih untuk melalui setiap detik tersebut, namun, bekalnya paling hebat untuk masa depan!

RASA, itulah yang membunuh. Selalu, kita ingin gembira…kita ingin RASA yang semata-mata gembira. Ya kita manusia, memang ingin yang elok semata. Namun, belajarlah bersyukur takkala rasa tidak gembira, rasa hiba, rasa sedih itu tiba, kerana itulah yang membawa pengajaran yang hebat, untuk kita bawa dan pegang, dalam sesuatu yang digelar kehidupan.

Kanak-kanak yang baru ingin berjalan, jatuhnya, berkali-kali, namun andai tidak jatuh, mana mungkin dia tahu erti berjalan, rama-rama yang cantik, terbangnya berwarna-warni, indah nampak pada pandangan setiap kita. Bukankah rama-rama itu, sudah puas bertarung, peritnya ia, cuba mengeluarkan diri dari kepompong, namun, itulah yang membina kekuatan sayapnya untuk terbang menjelajah dunia. Andai kita, terlalu mulia, ingin menolong rama-rama itu keluar, lalu dibuka kepompong, Ya, rama-rama itu akan keluar dengan mudah, tak perlu langsung ia bertarung, pada masa yang sama, x perlu rasa pedih, semuanya senang, semuanya mudah!Namun jangan diharap ia mampu terbang indah, yang keluar itu hanya makluk yang lembik, x mampu meneruskan perjuangan, MATI sekerat jalan!

Bandingkan dengan diri kita wahai manusia, andai rasa pedih itu tidak ada, betapa lembik kita jadinya dalam menempuh dunia? Dunia ini hebat, penuh pancaroba! Belum nampak lagika? Betapa kepedihan itu amat bererti untuk kita semua? Untuk membuatkan kita terbang indah, seperti rama-rama cantik! Bukan rama-rama lembik!

Tersentuh cerek panas, argh! Sakit! Lalu kita menarik tangan, dari terus menyentuh. Sakit bukan rasa itu???Sakitkan!! Namun rasa sakit itu perlu, untuk mengelak kita dari terus terjerumus ke lembah kesakitan yang lebih melampau. Andaikata, tiada amaran dari tuhan, tentang rasa sakit tersentuh cerek panas, kita bukan sahaja akan tersentuh,malah akan terus memegang cerek tersebut. Ya memang, tak sakit, tapi bila diangkat tangan itu, sudah pasti ia telah teruk terbakar, TERUK TERBAKAR!!!

Betapa kesedihan itu membawa seribu hikmah! Andaikata, diri ini tidak mampu lagi bertahan untuk mengatakan “aku tidak bersedih” maka terimalah, sambutlah kesedihan itu, dengan penuh kesyukuran, kerana seringkali ia membawa seribu kebaikan! Walaupun, masih belum kita dapat melihat, apakah hikmah di sebalik kejadian ini? Percayalah akan segala ketetapan, dan ketentuan dariNYA.

Ya Allah, hambamu yang lemah ini bermohon, bukakan mataku yang buta, untuk melihat segala hikmahmu, di saat kesedihan ini menimpa. Aku pohon, belas kasih dariMu, sabarkan aku, dalam menghadapi segalanya, berikan aku kekuatan, untuk terus melakukan, apa yang aku fikirkan. Ku pohon, ketegaran, keteguhan, kekuatan, kekebalan. Bantu daku, dalam menghadapi dugaanMu.Amin.