Sunday, June 28, 2009

Visi dan Misi

Boleh berehat arini! Pegi satu kelas ja..=] Pagi2 tadi pap kol...bunyi ceria ja...cam byk menda pap nak cerita. Papa kata, anak papa ni mesti dok tidoq lagik dengaq suara pun tau,,,tuh mesti tgh dok mengeliat...heh. Memang puns...

Rasa nak balik rumah tuh makin ditrigger plak bila cakap ngan pap ni..aduih nak balik...teringat dlu masa memula duk kat KL...the homesickness tuh teruk sangat, sampai x terkawall...Sampai kena amik decision, menahan diri dari balik, lama jugakk...3 bulan tak balik....

Nak nangis, nasib la, menangis la sorank2 sbb homesic...tapi memang aku tak benarkan diri aku balik dalam jangkamasa tuh, kena find something jugakkk, kena biasakan diri jugakk..kena be true to myself jugakk...ia agak menyakitkan, namun perlu. Kalau tak,tak boleh nak survive kat sni, asek ingat nak balik...

Biar balik, atas niat yg rasional, atas dasar tanggungjawab. Kalau tak selama-lamanya jadi manja tak tentu pasal...Tak reti2 nak hidup secara dewasa...hih, sampai skang pun, ada lagik sikap keanak-anakan yang sangat tidak matang.

Pap cerita tadik, pegi kursus Perhutanan, papa dapat cemerlang, antara 51 orang, ada yg umo 20, ada yg umo 50+. Papa dah 60 + heh, tapi leh dapat cemerlang lagik...Lawak melayan cerita ayah aku ni... Nanti nak pi kursus komputer lagik, aku ty baper kali nak pi kursus komputer...Ayah aku ckp, byk2 kali pun takpa, "Papa kan memang tak pandai komputer, kursus ni 5%, + kursus lagik 5%"..pi banyak2, lama2 jadi pandai la...

How determine my father is. Ini adalah satu rahsia kejayaan di sebalik byk menda yg ayah aku dah accomplished. Allah kurniakan, dan pakejkan, sifat2 kesabaran, mampu menerima kelemahan diri, dan menumpukan kepada usaha dan bukan kepada hasil.... + ayah aku takpa, biaq la orang nak kata apa, as long as he believe apa yang dibuat tuh menuju kepada sesuatu. Kadang2 nampak cam ayah aku degilnyyaaaa!IShk!..But thats him.

Ayah aku pesan tadik, jgn dok main2 dan anggap remeh dah, plan apa nak buat. Ayah aku lebih berat kepada aku balik ke Penang. 75% ayah aku berat ke situ. Nak balik Penang,,,aku nak balik...memang akan balik puns..

At the same time, I like mylife here also. + Aku risau dgn diri aku klau balik sana, hmm..cam kat sni, aku leh pegi kelas...I like how Allah educates me to be more better in life...This is the thing yang aku akan miss, klau aku tinggalkan KL. Bila balik penang, semuanya akan berlainan, cara aku berhadapan dengan kehidupan pun akan jadi lain...I know I'm not good enough yet, there is so many things that I've to learn more. Cam kat sni, aku suka cara pembelajaran dia, yg ada kelas secara formal dan blablabla...Kesimpulannya aku suka.

X tau la pap, I'll be more serious dalam menentukan apa yg nak buat. Sambung master tuh cam sunyi...klau ada faizah, fai, emma, nas, aini suma...aku balik dahh..heh. I always need support to ensure, my self turn to be better. Ni suma orang2 penting kat USM dlu, yang salu support aku...ishk rasa nak nangis...

Masa berlalu, dan kita menilai diri kita sendri, dalam hari2 yang telah berlalu. Melakukan judgement...Am I better than yesterday? Or I turn to be worst ? Or grafnya mendatar sahaja? Dulu, cara penilaian aku terhadap kejayaan dan kemajuan diri berlainan. Sekarang, berlainan. Teringat, one day, masa tuh kat Penang, aku baru balik dari Sungai Dua, I walk alone, pakai baju merah ngan bag sling aku. I've just enter gate USM, entah kenapa aku terpikir, aku kat sni kenapa? Untuk apa ? My real motivation masa tuh, yes, utk pembangunan diri, dan aku nak wat sesuatu yang membanggakan ayah aku of course. Tapi bila aku wat utk ayah aku, bila ayah aku wat hal camni, my motivation jadi down....Aku wat utk pembangunan diri, tapi, bila dah dapat...we keep on searching more, n sometimes, dah takmau lagik dah apa2...And it do makes my self stop, dari berusaha untuk menjadi lebih baik...

Kerana kekurangan dan kelemahan diri, I always need motivation. And I understand, the prinsip of dont wait for somebody to motivate u. U motivate urself, coz u know urself better. Namun pada tahap tertentu, faktor2 yang memotivasikan ini boleh hilang begitu sahaja. Pada masa tuh jugak, aku jalan dekat dengan masjid USM, dan aku terpikir, apa maksud berbuat sesuatu kerana Allah tuh? I always hear that, belajar kerana Allah, bekerja kerana Allah, bercinta kerana Allah...namun, aku tak nampak pengaplikasiannya secara jelas. At that moment, I know that, Allah is the real motivation. But how to make us think of Allah selalu? Dan bila sebut Allah saja, hati kita boleh kembali menjadi tenang? Its not that simple, and its not that easy..

Aku biarkan saja persoalan tuh bermain2 dalam kotak fikiran aku. Tapi serangan demi serangan trigger my action to know more...

Masa aku praktikal, aku nak tahu, apa objektif organisasi ni, jabatan tuh wat apa, jabatan ni wat apa...aku kat sni 6 months. Salu camtuh, kena kumpul menda kecik, utk tgok secara besar. Coz it create, VISI dan MISI. Bila ada Visi dan Misi, it creates goals..bila ada goals, it creates action plan, then it creates actions, action with value2 yang sesuai. Ia membantu, kita bergerak seiring, dalam memastikan diri terbentuk secara bersesuaian dengan ciri2 yang dikehendaki dengan organisasi, dalam memastikan produktiviti.

Tapi takla serius sangat pun time tuh..heh. Lebih kepada observing.

Then, my real life come, when I start to work with with my current company. JO pertama aku, aku kena isi JO. Job Objectif..untuk review performance... Business rating - byk column..meliputi semua segi penilaian. Then ada Values Rating.. - Courageous,Responsive,International, Creative, Trustworthy.

Ini adalah value2 yang perlu dipegang oleh setiap warga, dalam memastikan performance itu bagus...Provide proof yang kita ni hold suma value2 ni...

Nak tulis apa ni? Tuh hujung tahun. Then awal tahun pulak, kena isi JO lagik...Aku kena pikir, menda apa yang akan wat performance aku bagus..Kena plan, berdasarkan JO punya Business rating, dan value rating. Ciri2 dah diberi. At the end of the year, sila persembahkan apa yang kita dah wat...

Ciri2 performer yang diperlukan di masa praktikal dlu lain. Ciri performer di current company lain. Bersesuaian, berlandaskan Misi dan Visi organisasi.

Dalam menungan, fikiran aku - adakah aku memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Allah pada saat aku review dengan Allah nanti? As in our work, we spend time, utk membentuk diri, sesuai dengan ciri2 yang perlu. Namun sebagai hamba Allah? Aku wat apa? Aku punya performance dengan Allah dicatit, setiap hari oleh 2 malaikat. Allah Maha Teliti, setiap rinci perbuatan kita, besar atau kecil..semuanya dihalusi dan dicatat. In our job, we sometimes fight, to get good rating. Tapi dengan Allah? Aku ambil tahu ka, apa ciri2 yang diperlukan? Aku hidup suka2 hati2 aku...

Aku penah baca dekat I luv Islam .com.. seorang ni, dia takleh terima, orang2 baik yg menyumbang kepada dunia, seperti..Mathama Ghandi, Einstein..n blablabla..akan masuk neraka. Diorang orang berciri baik. Dan menyumbang. Itu perkara yang dia tak leh terima tentang Islam. Naper Islam hukum orang2 berciri dan mempunyai value baik dan menyumbang ni suma? They do good things kepada dunia. Ini adalah wira2 dunia. Wira2 yang menyumbang, namun tidak beragama Islam. Islam ni kejam pada pandangan dia, sebab hukum orang2 baik.Dier nak logik di sebalik suma ni.

Pada pandangan aku, apa yang dia persoalkan tuh adalah CIRI,dan pandangan dia tentang BAIK.

Persoalannya, adakah aku bleh praktikan ciri aku di masa praktikal dlu untuk dipraktikkan di current company? Satu kerajaan dan satu lagik swasta. I think, kita semua cukup jelas, akan perbezaan2nya, dan keperluan2nya.

Ciri2 dan value yang diperlukan, berpunca dari VISI dan MISI setiap organisasi.

When I go deeper, to suit with my experiences yang Allah bagi kat aku - Kehidupan ini adalah organisasi Allah. Cam hamba kat I luv islam tuh, he should look back, at MISI dan VISI. Itu yang dia perlu persoalkan pada pandangan aku,supaya dia lebih jelas, tentang ciri2 yang diperlukan sebagai seorang pekerja yang perform di organisasi Allah.

Biarla, kita baik kot mana pun, menyumbang kot mana punss...kena suits dengan ciri2 dan values yang Allah dah tetapkan. Slack la kat mana2 point, it will effect the JO, and the performance.

"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadahkepada-Ku."
Surah 51 :Adz-Dzaariyaat:56

Inilah Visi dan Misi kita.

Beribadah hanya padaNya, dengan mengikut perintah dan meninggalkan larangan.

Ciri2 pekerjaan yang menjadi ibadah -Niat melakukannya adalah baik -Subjek yang dilakukan itu sah di sisi syariat. -Dilakukan secara optimum. -Tidak meninggalkan ibadah yang asas. -Natijah yang baik - Tentang Cinta - Pahrol Mohd Juoi

Ciri and values..apa yang diperintah? Apa yang dilarang? These are the ilmu yang masih aku cari dan perlu praktikkan. Praktikkan, coz Islam bukan satu agama theori...Ia agama praktikal.Ia bukan patut diturut kerana adat, namun kerana syariat. I am too, too far away dari performance yang baik. Islam itu cara hidup, tak pernah terpisah dari sudut kehidupan dan dari setiap perlakuan. Setiap perkara yang diperintah, yang dilarang, ciri dan value yang dianjurkan, semuanya, mempunyai sebab2 tertentu, bagi memenuhi Visi dan Misi kehidupan ini.



Saturday, June 27, 2009

A!

Diet: Apa Jenis Darah Anda?
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: serikandi islam
editor : kasihsayang


LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu. Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?

Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda. Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.


Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.


buah-buahan yang berkhasiat


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek : Yogurt

Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Sumber: Artikel dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
31 January 2008
Susunan NOORZIHAN MOHAMED YIN

Sunday, June 21, 2009

KEJAHATAN ITU BUKAN SATU KEBETULAN…

Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja nenentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya… rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan… tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.

Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dilazimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya.

NAFSU tidak pernah puas. KEHENDAKnya tiada batas. SYAITAN tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuhraya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk ’maju’ setapak lagi. Itulah tahap ke-empat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan dosa menjadi siberdosa itu menjadi pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat… pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.

Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam. Ketelanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.

Wahai diri… ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah ’peringatan’ yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi dengan syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak ‘menjadi’ berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh ‘nikmatnya’ yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.

Wahai diri, ingatlah… sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa… tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!

Sumber : Genta-rasa.com

Kita sering diuji, dengan apa yang kita perjuangkan...namun, Life tetap is a journey..and I have to move on dengan memperbaiki kesilapan diri. Small me! Shrink !

Friday, June 12, 2009

He just walk away...

Esok cuti! Ho yea!

Baru pas minum susu suam. Salu minum susu sejuk. Arini nak minum susu suam pulak. Arini mmg teringin nak minum susu. Salu minum anlene sebab utk penyerapan kalsium. Mungkin sbb lagik 6 tahun org akan berumur 30 thn, semakin teringat yg penyerapan kalsium tuh akan semakin berkurang bila 30 ++..entah mana org dengaq camtuh, x ingat dah..kakak habaq kot?

Tadi belek muka kat cermin, garis kedutan bawah mata seblah kiri ni dah makin panjang. Dulu, dia pendek jek, pastu seblah kanan takde garis pun, pastu, garis seblah kanan lak muncul, skang ni yg seblah kiri makin panjang pulak...Walaupun masih muda, tapi dah makin bertambah umur...amal entah ikhlas, entah diterima atau pun tidak...hmm..

Pagi tadi, aku lewat lagik, asek lewat ja pegi kija, sib baik company fleksi..hehe, tapi kena ganti jugak masa2 yg x cukup 8 jam ni...de la lagik 2 bulan lebih...

Pagi tadik, dalam train, masa aku tgh recite Al-Hashr, - Lau an zal na...De orang tetiba tgo, terkejut...aku kan terkejut ngan lelaki skang ni..haha, tapi takpa yang ni...tiada yg buruk berlaku...

"U read arabic? U understand all this sentences?'"..Sambil dier recite page seblah kanan, aku tgh baca page seblah kiri..

"Yes, I can read arabic, but i dont understand arabic..I have to read the translation here.."..sambil aku tuding arah terjemahan..

"Masyaallah, actually I was reading it with you.."Sambil dier sengih2..

Aku pun sengih2..aku nak tutup dah, Lau An Zal Na salu ayat2 last aku baca..tapi dah dier ckp dia baca skalik, aku bukak je la...

Dah lama skit, aku tutup, zappp...bukak zip beg, wat masuk dalam beg.

Dia sambung sembang.

"You should recite Al-Waqiah, every night, before you sleep. You must. It is a very good surah. Whenever you have problems, or you have something inside to settle...Allah will helps. Everynight before you sleep, remember to recite that, if you die that nite, you will not be charged. "

Aku angguk2 , "yes, yes." Semua orang tahu kan, surah Al-Waqiah fadilatnya dimurahkan rezki.
Angguk2, tapi fikiran ke lain dah. Minggu ni aku malas sangat baca Al-Quran. Serius malas, smalam, aku bukak je dengar, pagi tadi lak, aku memang nak baca Al-Waqiah, tapi aku malas sehh..Pas semayang, aku bukak je Quran Reciter, Aku choose Surah Al-Rahman,then biar dia bersambung dengan surah Al-Waqiah....sambil aku landing atas katill...pastu aku tetido sampai kul 8.50..Elok la tuh, kemalasan..

Kak linda pun byk pesan, "Takpa, yakin2, baca Al-Waqiah."

Peringatan Allah memang sampai dalam bermacam cara, teringat kata2 pakcik tadik.."You should recite every nite before u sleep.."

Dalam keadaan yang macam skang ni, memang aku ingat Al-Waqiah, memang de menda aku nak settle, tapi x tau nak channel ke mana, byk menda aku nk cakap, tapi x tau ke mana nak channel, klau channel, ia jadi keluhan ja....

Cam smalam housemate aku ckp, lepas kami smbang2, jie, lupakan je la apa yg ja ckp tadik tuh, suma tuh sekadar keluhan. Ok aku lupakan.

Sambung kisah pakcik la, seblom tuh. Terima kasih pakcik, kerana telah mengingatkan saya.

Dia sambung sembang lagik..

"Blablablablab"
"We are Hamas.."

"Owh is it?" Aku cam rasa interesting, orang Hamas kat seblah...salu dengar je cerita dalam tv ngan baca.

"You know, the Gaza.. 61 of my siblings die.."

Aku tgok raut wajah dia, x sedih, tapi nampak riak kebanggaan.

"You people are strong.." Aku balas..

"Yeah, we fight"... English dia biasa, dia cakap pakai pekataan2 mudah....

Thanks Ya Allah for the reminder. Perbualan dengan pakcik Hamas ni memang rings be a bell. Aku teringat Al-Waqiah lagik. Surah ni sedap baca dia. Ayat pendek2 ja...Dulula penah aku terpikir, surah ni fadilat dia, murah rezki..namun terjemahannya kisah apa?

Al-Waqiah maksudnya Hari Kiamat. Memang la patut baca setiap malam, supaya kita ingat akan kematian. Mengingat kematian itu satu motivasi.

And when i recite this surah, terjemahannya memang menarik, dan menakutkan. Kisah puak kiri dan puak kanan. It makes me think, aku nanti masuk puak mana? Hari2 yang aku lalui slama ni, penuh kerugian ker?

7. Dan Kamu menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya)
8. Iaitu puak pihak kanan;alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
9. Dan puak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
10. Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang -orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

27. Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?

41. Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?


90. Dan jika ia dari puak kanan,
91. Maka (akan dikatakan kepadanya): "Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan"

92. Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,

93. Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,

94. Serta bakaran api neraka.




95. Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
96. Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Ya Allah, siapalah kami, untuk memohon berada di puak kanan, lebih2 lagi, puak yang mendahului...Didiklah kami Ya Allah, untuk menjadi insan yang HARAP dan TAKUT padaMu, kerapkali, kami melakukan pelbagai dan pelbagai2 kesalahan, dan kami sangat2 kreatif dalam melaksanakan dosa. Sedarkan kami akan asal usul kami, tempat kembali kami, bukakan hijab yang mengaburi kami dari HARAP dan TAKUT padaMu Ya Allah. Semoga, bila tiba saat, kami dihitung, sebelum pulang ke kampung halaman, kami berada di puak kanan, dan puak2 yang mendahului. Amin.

Perbualan kami tamat, dalam banyak renungan.. he just walk a way, with a simple last word
- "Assalamualaikum" -

Tuesday, June 09, 2009

People change...

Baru lepas tgok desperate housewife...seperti biasa, cerita ni wat aku pikir...hmm..

Biarla, tadi aku ingat nak makan bihun sup, tapi kedai tuh x bukak arini...so makan nasik lemak kukus....lapaq sampai leh rasa penin nak ketaq...symptom skang, klau siang2 kat opis, x lapaq puns, balik umah ja malam baru terasa nak makan....

Tadi, masa masuk lif, aku terserempak lagik, dah kali ke dua, dgn LKL..singkatan la tuh...arituh, masa nak cucuk duit, aku naik tingkat 4, aku nampak dier, aku ingat iras muka mamat ni..rakan tuisyen aku masa form 3 ngan form 4...x sure, betul ke nih, skalik de orang panggil nama dia, hah, betul la...LKL...

Tadik masa dalam lif, leh tgok dgn lebih teliti..tgok je la, dier memang x perasan aku for sure. Hmm...heh, dah lebaq...lain darik dlu....dier anak sir aku, cam banyak peminat jugak la mamat ni...aku pun suka ja tgok dia dlu...masa form 4 tuisyen kimia skalik, klau malas2, aku cam cakap kat diri aku, takper, gi tusyen leh tgok KL...

Dlu, dier tough...cam ciri2 yang ok la, pengawas skolah, wakil2 pertandingan..Sir aku ckp dlu, anak dier suka baca ensyclopedia..so aku cam agak terkejut kami kija at the same company skang, tapi dier bhg virtual bank la..aku ingat dia nak jadi scientis ker aper....huhu...tadi dalam lif tuh, tgok dah tak minat dah...sah2 la aku suka tgok dia fizikaly je kot dlu...

People change...aku senyum jek sowang2 tgok dia tadik, nantila klau aku terserempak lagik, leh la aku nak ty apa kabar sir aku skang...sir aku seorang chinese, tapi klau cakap kedah tuh, terlebih melayu lak bunyinya...sir yg sangat best...dan salah sorang yg panggil aku zifa...

People change, dan perasaan kita juga mungkin berubah dengan perubahan yang berlaku pada seseorang. Dlu, masa aku jaga ayah aku kat hospital...menda yg terlintas kat kepala aku, kalaulah, one day, my husband sakit camni, aku leh jaga ngan ikhlas ker? Kot ye, lumpuh ker, aper ker, and he has nothing to give lagik...perasaan aku berubah ker?

Jauh kan pikir, namun itulah yg terdetik...sbb aku tak penah jaga orang sakit. ...pengalaman yg agak asing, bila ayah kita nak buang air kecik pun dalam bekas, kita yg kena monitor, pastu, kena bagi ayah aku mandi, bukan senang nak jaga orang sakit...

Some people might gives suma menda yg aku nak skang,..tapi aku akan cuba buang semua2 tuh...buang byk faktor2, tinggalkan dia, ngan value dia ja...

Adakah perasaan aku masih sama? Am I able untuk teruskan the long journey together? Tu menda yg terlintas masa aku third year...

People change, dan sukar mengawal perubahan pada seseorang.

Dan kadangkala terlintas, kita semua memang suka hidup untuk kepentingan dan demi kebahagiaan diri sendri. Kita nak hidup dengan seseorang yang boleh membahagiakan kita, dan blablablabla...semua orang akan panjang ceritanya bila berimpi ttg kehidupan yang bahagia.

Kadang2 terlintas, Asiah isteri Firaun tuh, camne kehidupan dia? Firaun tuh jahat. Namun kita jelas dengan sabda Nabi :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Ada Empat wanit
a mulia yang juga penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah binti Muzahim ( Isteri Firaun ), Maryam binti Imran ( Bonda Isa Al-Masih ), Khadijah binti Khuwailid ( isteri Rasulullah ), dan Fatimah binti Muhammad ( Puteri Kesayangan Rasulullah ). ( Riwayat Bukhari ).

Meneliti kehidupan Asiah itu, lebih membuatkan aku paham, perkahwinan, bukan setakat memenuhi fitrah, dan untuk kepentingan diri, namun, satu pakej ujian, yg telah Allah tetapkan buat kita semua. Ia tetap, suatu dugaan, untuk menguji ketaatan kita padaNya. Asiah salah satu dari 4 wanita yang confirm syurga walaupun suaminya Firaun yang dilaknat. Jauh bezanya. Cuba kita bawak watak Asiah dan Firaun ini, bukan sebagai satu kisah bersejarah, namun hidupkan kisah ini di bumi Malaysia, cam cerita2 yg kita salu tgok kat Cerekarama tv3.

Kita selalu lupa, untuk membentuk kehidupan ini, hanya kepadaNya, kita selalu lupa, kita perlu hidup, hanya untukNya, bukan untuk kepentingan diri kita.

Kebahagian yang sebenar itu, hanya bila...dalam keadaan apa sekalipun, Allah ada bersama kita, dalam mengharungi, setiap dugaan2, yang telah ditetapkan dariNya, buat kita.


Jangan Kau duga kami Ya Allah, dengan sesuatu yang kami tak mampu hadapi, dan bersama kami, dalam menghadapi, dugaan2 yang telah Engkau pakejkan buat kami.

Saturday, June 06, 2009

Secebis hari di Tekala...

One sweet day,
Empat orang programmer,
Pergi mandi manda di Sungai Tekala..
Sungguh indah perjalanannya..

Drivernya ialah Baiti,
Juga PSS Lead kami di eStatement, hehe...
Bersama Persona barunya..
Walaupun driver, tapi x tahu jalan..
Sib baik...GPS membantu!


Co- Pilot ialah Effa,
Yang sentiasa ceria,
Dengan senyuman,
Duk sebelah Baiti,
Memastikan semua kelengkapan...


Penyeri perjalanan,
Semesti nya Jie, haha, perasaan!
Ida di jj penin nak pilih jajan,
Buat makan2...



Nak sampai dah!
Lagik 14 km !



Dah sampai!
Sempat bergaya dlu,
Seblum menuju trek tekala...


Sape nak masuk,
Kena bayar sorank singgit!
4 orang = RM4.00

Mari kawan2!
Kita mulakan perjalanan..

Jalan punya jalan,
X sampai lagikk,
Dah penat nih,
Meniti tangga yang tak nampak kesudahan...




Owh yeah!
Kemah dah siap dipasang..

Gamba mandi2 x yah letak!..
Terus letak gamba makan..
Hihi,,,
Baiti bawak nasik lemak, 8 bungkus,
ngan kuih muih..
Effa bawak air mineral, air kotak, dan lain2 lagik air..
Ida bawak jajan, sperti twisties dan mamee..
Juga, cheese cake yg dibeli di JUSCO Wangsa Maju (Promote Wangsa Maju)
Dan cheese cake ni memang sedap!
X dilupakan,
HANDMADE ok, Sandwich jie...
Yang Baiti kata sedap jie!
Malas nak bawak tupperware,
Ida ckp Nina wat sandwich, bila dah siap, letak balik dalam plastik roti tuh..
Jie tiru!

Sungguh Indah ciptaanMu Ya Allah, Ya Tuhan,
Beserta tiupan angin damai,
Dan bunyi makhluk2 hutan,
Campuran air terjunan,
Dan hijau hutan,
Sungguh kombinasi indah alam,
Yang menghasilkan damai di hati,
Kerna kombinasi ini,
Melahirkan suara tersendiri,
Yang memujiMu,
Yang bertasbih padaMu,
Kombinasi, Yang sedang takjub memujaMu,
Dan suara2 memujaMu,
Sungguh berkesan,
Sebagai terapi terhebat,
Penghilang penat,
Kembali segar,
Dalam menjalani,
Secebis hari, dalam meniti kehidupan,
Bagi kami seorang Insan...

Kereta Fahim

Ni budak kecik nak bawak Myv..heh...tiru maksu, maksu tiru mama...hahaha...

Ha ni baru kereta Fahim, ayah beli!

Friday, June 05, 2009

Dont make it complicated!

A big week, sudah tamat! Namun, masih tiada kata putus. Minggu ni bercampur baur perasan, sedih la, x larat la, dan mcm2 lagik la yg negatifnya. And still boleh positif dan bersemangat semula, bila memikirkan Allah, dan ketentuanNYA. Next week, might be seeing another boss, ntah leh lepas ker tak...

Namun tadik, terdetik di hati, dah la Aszifa..jgn pikir2 sangat lagik dah...slurrpp timbul rasa tenang, dan mampu positif, bila pikir, inilah masanya, nak test diri, aku ni nak hidup dengan keinginan Allah ke, ngan keinginan aku sendrik?

How big is ur bos, Allah tetap Bos aku yg paling atas. Means, whatever happen, its my Big Bos decision..that is Allah. If Allah says ok, then ok. If Allah says no, yg bwah2 ni x leh wat apa. All the decisions comes from my Big Bos that is Allah.

Allah knows, better, dalam mengalgoritmakan hidup aku. He has the best algorithm. Kita berdoa, bukan memaksa.

Dalam week ni jgk, i'm reading Hilal Asyraf book. Kurang rasa penyerapan tuh? Naper, my heart tak betul ke..I might be worry bila hati tak lekat dgn dekat menda2 yg mendekatkan diri pada Allah...hmm...

TAdik aku tgok sedutan perceraian Ustaz Akhil Hayy, hmm...aku rasa sedih. Itu jek yg mampu aku ckp.Manipulasi media tuh seolah2 memburukkan lagik keadaan, camne derank tonjolkan ustaz camtuh. Ye la sbb dia ustaz, tapi personaliti dia mmg rock. Biar la dia camtuh.

Cuma, kata2 ustaz mcm tuh, aku agak cam hmm...sedikit sedih.

And arituh jugak, aku tgok Nasik Lemak Kopi O, time depa panggil isteri ustaz. I try not to be bias dengan situasi ini. Ramai org akan ckp, ustaz2 pun jadi camni. -Namun, jgn lupa,Ustaz tetap manusia. Tak lekang dari salah dan silap.

Aku agak tertarik, biler isteri dia ckp, perceraian ni, bukan jalan yg dia nak at the first moment. Isteri dia even dah benarkan ustaz kawen ngan Waheeda. N isteri dia redha klau Waheeda tuh jadi madu dier..

Speechless...

Dier rela dan bersedia menghadapi poligami. Salu klau org ty pendapat aku ttg poligami, aku duduk diam2 jek, aku ckp aku tak tau, aku tak hadapi...tapi sebenaqnya, topik ni memang sangat catchy utk aku, interest aku agak tinggi dengan topik ni, sbb barat sangat suka hentam Islam dengan poligami. Org Islam sendrik pun kdg2 mempersoalkan poligami.

And we, have to look at this topik, in a VERY GLOBAL WAY, baru akan paham sepenuhnya, mengapa Poligami dibolehkan dalam sistem kehidupan seorang Islam..

Skop di Malaysia, masalah timbul, bila kita lebih suka mengambil kesempatan terhadap agama kadang2. Dan dalam berumah tangga, kita lebih gemar menuntut 'HAK' lebih dari melengkapkan 'PERANAN'.

Suami might want to kawen lain. Selalunya atas kekurangan isteri. Dan , sepastinya berbangga, kerana sudah menunaikan, satu sunnah nabi. Semoga Nabi Muhammad sentiasa memberikan syafaat terhadap umat2 yang mengamalkan sunnahnya. Ia satu sunnah, tidak dapat disangkal.

Cantiknya Islam, ia memberikan Al-Quran. Dan memberi contoh terhebat untuk kita ikuti. Iaitu Muhammad. Telusuri dengan lebih dalam, Islam ini agama penyelesaian terhadap semua perkara, even, dalam cara2 mendidik dan melayan isteri.

Muhammad itu, berkahwin ramai, ada yg muda, ada yang tua, ada yg gemuk. Hikmahnya apa? Nabi adalah sumber rujukan. Rujukan para sahabat. Apabila nabi berkahwin ramai, dengan yg bermacam2 perbezaannya. Ada yg begini, ada yang begitu. Sepastinya, ini menjadikan Nabi kita seorang yang lebih memahami wanita itu dari pelbagai watak isteri-isterinya. Dengan ini, Nabi menjadi pakar rujuk yg sempurna, dalam urusan rumah tangga. Dan ilmu2 ini diturunkan sampai pada kita sekarang. Luasnya hikmah tindakan Nabi.

Namun bagi kebanyakan kita, sunnah ini diturut, atas niat kebaikan ummah seluruh alam, atau hanya untuk kepentingan diri sendiri. Sehingga barat, menggunakan poligami, sebagai satu senjata dalam menyerang Islam. Pengamalnya yang salah, bukan hukum. Semuanya, apabila, hak disalahgunakan, untuk kepentingan diri sendiri.

Dalam banyak perkara, aku lemah di tengah jalan, kerana niat di depannya kurang kukuh, kurang tepat, dan tidak utuh.

Ya Allah, jadikanlah kami, insan2 yang berniat semata2 keranaMu. Jangan jadikan kami, insan2 yang memanipulasi hukum2Mu, untuk kepentingan diri.




Monday, June 01, 2009

Permudahkan urusan duniaku Ya Allah, kerana di dalamnya aku hidup...

Terasa ingin dipeluk,
Terasa ingin dicium,
Terasa ingin didakap,
Terasa ingin terkulai,
Dan hanya disambut...

Terasa hanya ingin menangis,
Terasa hanya ingin teresak,
Tanpa
Sebab

X terasa untuk menyahut,
Lagi x terasa untuk bicara,

Cuma ingin difahami,
Tanpa perlu huraian terperinci,
Cuma ingin diselami,
Sekejap saja,
Dan lepaskan aku pergi....

Terasa ingin dipeluk,
Terasa ingin dicium,
Terasa ingin didakap,
Dalam jiwa,
Yang penuh kasih sayang,
Yang tidak menyoal,

Yang hanya menyambut,
Mendakap,
Tempat untuk aku berehat,
Dengan penuh rasa selamat...

****************************************
Terlampau manja keluhan itu Aszifa,
Allah Maha Melihat,
Lagi Maha Mengetahui,
Allah tahu,
Apa yang tidak kita ketahui...

Cerita ini,
Hak Allah,
Cerita ini,
Pengarangnya Allah,
Lakonkan saja,
Dengan penuh tabah,
Walau sukar untuk menerima,
Perlu untuk menerima,
There,
The values build,
Within rasa terduga...
Mengapa harus tersenyum,
Saat rasa hanya ingin terkulai,
Muhammad itu,
Paling byk senyumnya...
Sedang dugaannya,
Bertimpa2..
Mengenang kembali nasib kita..
Yang akan pulang ke sana,
Saat amal sekecil kuman,
Siapa yang mampu menolong,
Jika bukan insan Agung,
Bukan Isa, bukan Musa, bukan Ibrahim dan lain2nya,
Hanya Muhammad yang mampu menolong,
Saat ingin membina silaturahim dengannya,
Amalkanlah sunnahnya...
Lupakan duniamu,
Biar ia di tangan, bukan dihati...
Di mana lagi ingin menguji diri sendiri,
Jika bukan dihadapkan dengan situasi2 sebegini,
The only permission that u've ever need from this world,
We've got it!Setelah lama menanti,x mungkin ku lepas lagi peluang ini,
Sungguh redha Allah itu, bergantung pada redha ibu bapa...
Tenang,
Amalkan yang sepatutnya,
Dalam beramai,
Dalam banyak suara,
Biar berdua saja dengan Allah...
Allah itu kaunselor terhebat,
Yang availabilitynya tak pernah terhad,
Servicenya paling bagus,
+ FOC...
Inilah nikmat menjadi hamba,
Yang ingin saja bergantung pada Tuhannya,
Kuatkan semangat,
Tetapkan pendirian,
Decision taken,
Whatever happen,
Just Move 0n !

Allah is everywhere,
To support u dear,
Hope,
The strong reason behind,
Take we have thought long,
Is strong enough,
To answer HIM,
On why this decision taken,
The day aszifa meet,
With Allah,
Saat dirinya dihitung......................

Ya Allah, be with me, support me, I need You, I hope for no suara2 lain, aku berdoa supaya semuanya dipermudahkan, mudah, mudah dan mudah. Aku mohon keajaiban dariMu Ya Allah. Kurniakanlah yang terbaik sebagai pengganti yang ini. Mudahkanlah percakapanku, lancarkan lidahku, agar mereka faham isi hatiku. Permudahkanlah Ya Allah. Aku pohon dilepaskan dengan mudah, dan diterima kembali dalam suatu organisasi, yang lebih baik dari ini, yang mendekatkan aku padaMu...Sungguh aku terkenang, siapa aku tanpa MU, ku pohon ketenangan hati, dan ketenangan akal fikiran...Ku pohon pelukanMu Ya Allah, ingin rasa selamat, di bawah naunganMu...Amin...