Tuesday, August 26, 2008

NILAI, MENILAI dan PENILAIAN

'Jie, naper diam' ? Ja tanya time kami jalan2 kat amcorp tadik..
'Banyak menda dalam kepala' - jam, bateri, video, cd, banyak lagik tak setel...wah pusing benar nih.
'Ooo'
'Mungkin jugak sebab anwar' jawab aku sinis. Pukul 9 masih kat taman jaya. Sepatutnya aku balik awal harini, nak ikuti perkembangan.

~~~``~~&&` henset aku bunyi, masa tuh dalam train, sedap jek bunyik lagu jepun yang merdu ni. Aku bukak, Kak Linda 'PKR menang'. Sampai pulak msg efa 'Menang anwar'. Sampai lagik msg Nazmien 'PKR menang, keputusan tak rasmi.' Seharusnya aku bersyukur, sebab aku banyak kamus2 bergerak. =]

Sebelum aku teruskan post ni, aku angkat tangan, tidak berada di mana2 pihak. Sekadar tercetus untuk menulis soal isu semasa yang hangatnya sehangat matahari tengahhari yang menikam kulit. Tak reda-reda. Atau lebih menariknya, menulis tentang pemerhatian sikap2 manusia, dalam kekalutan politik negara. Menarik sekali!

Pantas aku balas msg seorang kawan 'tak angkat sumpah pun nak sokong.' Sekadar menduga, aku tau, ayat aku tuh ibarat menyimbah kerosin pada api yang menyala. Saja ja sebenaqnya. Provokasi. Lebih tepat lagi aku ingin tahu benar apa yang ada pada fikiran penyokong parti masing-masing. Klau BN, sumbernya dekat.

3 jawapan yang aku terima, dari 3 orang yang berbeza, namun alirannya sama,
1.jie jangan baca utusan @ berita kat tv
2.tv ngan paper tuh takleh pecaya, yang betulnya paper keadilan dan internet
3.lain kali baca media selain utusan ok..ehe

Owh, ini anggapan anda pada saya ek, apabila saya memulakan provokasi. Ini rupanya ayat pantulan dari mereka secara spontaneusnya @ separa sedar. Kenapa sama ekk? Pemikiran siapa tuh? Owh bijak benar MENILAI ya.

Atau mungkin terus menujah tanpa meNILAI. Media selain ... itu apa? Tentu saja media yang dimaksudkan, media tanpa sempadan inilah. You tube, blog, dan sumber2 berita online lain selain utusan malaysia. Bijak benar menujah seorang gadis berusia 23 tahun, yang dari umur 9 tahun berkenalan rapat dengan komputer, yang ketika usia 14 tahun, sudah mempunyai channel sendiri di IRC, yang kenalan internetnya ntah ke mana2, yang sumber beritanya luas didapati dari semua, yang dijarinya, terasa begitu kecil dunia, betapa berlungguknya website yang dilawatnya.

Yang di blognya jelas terpapar pautan selain utusan malaysia. =] Sekali lagi aku tersenyum merenung mesej. Oh ya, mana pulak semua orang tahu aku seorang blogger, mana pulak semua orang tahu aku ni sejak kecil lagi sudah bergaul rapat dengan dunia tanpa sempadan. Tapi sudah pasti jelas nyata, aku ni, Ijazah Sarjana Muda, SAINS KOMPUTER. Itu background aku, bergelumangnya aku dengan dunia apa? Habis buta, aszifa aris inikan PROGRAMMER. Setiap hari aku duduk berdepan dengan dunia tanpa sempadan ini. Lebih dekat aku dengan You Tube, daripada buletin utama.

Sedih benar aku mendapat kawan-kawan yang sebegini, yang dalam kepalanya, apabila provokasi ditimbulkan, sudah pasti anggapannya,sumber berita didapati dari sumber yang berbeza dari mereka. Dah lama jugak kenal aku, tahu background, tahu hobi, tahu aku. Namun tetap salah peNILAIannya. Jika kawan sehampir ini tak mampu diNILAI, owh benar sungguh la ya peNILAIan yang didapati secara umum tuh ya. TEPAT benar MENILAI apa yang dianggap benar itu ya. Tepat benarlah penilaian anda semua dengan yang langsung tidak anda kenali dengan sesungguhnya, dan sesungguhnya tidak mengenali anda itu ya.

Mungkin perkara-perkara sebegini, membenarkan penyataan, ramai yang bercakap, tanpa berfikir.

Think twice before u speak! Think twice, before u write a simple msg. Sekali lagi aku mengalah, tak mampu menilai dengan baik, siapa yang benar, siapa yang tak benarnya. Sah penyokong2 parti menganggap aku tiada pendirian. Namun aku masih sepi, menunggu hanya yang pasti. Buat masa ini. Masih belum menyokong sesiapa secara pasti. =] Cuma sengaja mewujudkan provokasi-provokasi, untuk menambah kisah dalam blog ini. Pasti ada pengajaran dari kisah ini, bagi yang benar-benar mahu berfikir dan memerhati.

Pesanan buat diriku sendiri, jangan taksub, dan jangan sombong. Sentiasa memohon Allah cerahkan hati, untuk memilih mana yang benar dan pasti. Semoga bijaksana dan cerahnya hati.

Monday, August 25, 2008

Bakso dan Reflexology


Ye kawan2, arini saya el...Besh ker? Saya pun tak tahu, sebab saya tak gi kija arini ialah : kunci saya dibawa oleh housemate saya, jadi saya takde kunci rumah, puas saya carik2 tadikkk....! Jadi saya pun el, sebab takan saya nak tinggal rumah ni tak kunci?

Semalam, aku gi UIA, convest UIA, ala2 konvex USM la! Terasa Islamic sebentar semasa di dalamnya. Hiks..=] UIA besh. Tapi USM lagik besh...aku sangat rindu USM. Bila nak sambung master nehh? Semangat belajar masih berkobar2!..=]

Aku bli bruce, jam tangan, jam loceng, puding roti yang sedap..hmm aper2 ntah lagik smalam..Ari sabtu 2 pulak lagik bersh shopping kat SOGO, purse, handbag, suar!..hiks..sewel aku bulan ni. Nak bli peti sejuk lagik nih bulan niihh...

Borin la plak eh, dok sorank2, salu klau cuti aku pi jalan, tak penah lagik la kot, duk kat umah seharian. Paling sengkek aku gi jj. Ni takleh jalan la plak, sebab takan aku nak tinggal pintu ni tak kunci..Tapi aku rasa semua ni ada hikmah. Mungkin, Allah tau aku ni suka jalan walaupun cuti, so Allah kasi takde kunci senang, so aku leh dok umah, rehatkan kaki aku ni. Cian kat kaki aku ni, walaupun dia sakit, aku layan dier semberono cam tak sakit....

Sangat sakit bila jalan, tapi arini dah de improvement, tak sakit...lenguh jek...klau rehat skit lagik leh baik rasanya. Syukur to Allah, dah kurang skit rasa sakitnya nih. Ari sabtu arituh pas shoping, ja, dier ckp sakit badan , dah beberapa ari dok ckp letih, klau ada mak dier leh urut besh ni. Tapi mak dier mana de kat sni. SO aku pun suggest gi ngurut la..hiks..tapi aku urut kaki jerk, ja yg urut full.

Kiteroang gi kat Heritage SPA. Dekat je ngan kelas ngaji aku. So lepas balik SOGO, gi semayang dlu kat Yayasan AL-Quran, tempat aku ngaji, pastu sambung massage 1 jam. Hmm..besh jugak la. Nanti nak try Sauna plak..

'Dah lama ke kat Malaysia?' aku tanya staff yg urutt kaki aku tuh..
'Baru 4 bulan kakak' Jawab awek cun ni dengan loghat indonesia yg agak pekat.

'Habis tu, klau kat Malaysia ni, mana nak cari Bakso' - haha
Kikiki, awek tuh gelak, gelak yang seronok orang M'sia pun tahu Bakso ek..
"Mana kakak tahu bakso?"
"Dari buku cerita =]" Aku senyum jek..hiks.


Aku teringin nak makan Bakso, sebab dalam buku ni, setiap lai klau bleh dia nak sebut bakso. Gi UIA semalam. Ida yang alertkan, "Jie- tuhh bakso"

Punya le seronok ingat bleh makan bakso, dah siap bli, takde pun meatball dalam sup tuh. Bakso apa ini Mbak? Waduh!

Sib baik sedap gakk...Argh. Nak bakso!

"Kakak pernah cuba lulur?"
"Tak pernah"
"Kakak harus cuba ini suatu hari, bagus skalik kak!Dibuatnya putihhh, haluss saja kulitnya"
"Oh iya, nanti2 la saya cuba"
"Selalunya, yang mahu putih ini orang india, tapi gi mana sih mau putihnyaaa"
Wahaha, dedua orang gelakk...pandai gak awek ni wat lawakk...!

Permissi dlu ya, sy mahu masak. Perutnya sudah bernyanyi...

Friday, August 22, 2008

You Have Words to Say??

Besh arini, sebab main dedicate-dedicate song, kiki...haa, kena skalik akma ngan ja, bukan penangan ni, cam terjah dari penyanyi profesional plak...kiki...

Comeinya aku tgok Akma tersipu2, hekk....skalik bila aku masuk join skali, dah aku plak yg tersipu2..wahahha...Ja pun kena jugakk...Sian aku tgok mangsa2 kejadian ni....hadeh...Dah aku comitte, bleh la nak watt2 join skalik ngan receiver,hiks!




Memang gelak aku tgok video nih...Credits to tajul! Video Ja takyah la ekk..penat upload lama giler nih!

And all this dedication, I dedicate it to the person that I feel they deserve that from me. =]. Its fun, terribly fun doing this sort of activities at your work place! Glad to be one of the committee members of this song dedication event. A lot of thanks to V-Xin and also Pravina, for showing me a teamwork spirit, in order to make this event successful! I learn how to have the good attitude from both of them=] V-Xin is discipline and fast. Pravina really considerate and very good in making words of appreciation!

The singers are our Filipinos friends. They have been known for their beautiful voices and their high enthusiasm towards music.

The intention of the event is for charity. 100% goes to charity. I’m contented with happy feeling! That’s all. I’m happy that God gives me a superb opportunity to be one of the person, to coordinate the wonderful event. Thanks a lot to Susanna and Tajul, to volunteer as the video man/ woman, and also to Alvin and Jun as the photographers.

In 2 days time doing this activity, we’ve seen lots of expression, happy, surprise, feel being appreciated, feeling that there is somebody at mywork place that really care for me, touched ! Celebration! Shy ! Blushing!

Some of them were dedicating Happy Birthday Song…while the singers sing, theres a cake coming in. Some of them were dedicating a song, with a message – You are the queen of my heart, and theres a manager, that dedicated 6 songs to his team!

I hope the receivers will remember this, as one of the unforgettable moment while they are workin’ here. Just RM10 per song. It goes to charity, to lend a hand to someone that really need it, and it also creates, thousand feelings to all staffs involved!

Feel that I’m actually adding one effort in doing what I believe, appreciate everybody around us, whenever we still have time for it!

Thanks A lot to All! =]

Thursday, August 21, 2008

Hadeh, comel2nya anak menakan aku...

Laptop aku ni senget la, cam tak sedap skit nak menaip ni, klau bli keyboard sambung kat laptop ni, sedap skit kot nak menaip. Nantila akan dipikirkan. Laptop ni saiz dia memang kecik, tapi klau menulis blog tuh tak sedapla plak bila saiz kecik. Aku lagik suka pakai laptop compaq kakak yang besar gedabak tuh, biaq senang nampak semuanya..haha...dan akan semakin sukalah menulis kat pc lama aku sebab monitor lcdnya. Nikmat betul dunia ni. Pakai monitor lcd pun terasa nikmat. =]

Tadi aku hilang konsentrasi, jiwa aku dah takleh nak tenang dan takleh nak terimbang. Ni mesti terhumban dengan perasaan2 yang ntah apa2 la ni. Aku baca sat buku bila cinta bertasbih episod 2. Alhamdulillah, episod satu dah tamat aku baca. Baca punya baca –ah tipula! X leh concentrate pun, tipu, tipu, hati aku takleh terima apa pun nih, cam seolah2 ada menda yang tak setel. Dah, maleh lagik aku nak baca, cukup sampai jelatek, pap aku tutup buku, aku duk wat bodo jerk..

Dah tak baca buku, tengok org membaca je la...ada mamat ni, duk sandar kat hujung skalik, means depan aku je la, sebab aku memang ske duduk hujung skalik. Aku tak nampak tajuk, tapi aku intai2 sampai nampak gak..kiki...klau dia sedaq aku dok nak tgok dia baca apa khusyuk sangat tuh mesti dia nak gelak. – Tokoh Sufi – Penyelewengan Akidah - .Klau tak salah aku...then dah lama skit, dia bukak beg, simpan buku tuh dalam beg, dier wat keluar satu buku kuning, nampak cam kitab. Mak aih, baca kitab dalam train...Taknampak sangat pun tajuk, nampak pekataan Al – Bukhari jek. Tiba2 lak aku senyum sorank2 dalam hati. Ntah ke mana-mana melayang plak pikiran aku. Nampak biasa, tapi rajin baca kitab, bagus2...hiks..

Sampai umah tak tenang2 lagik, apa menda la ni, sembahyang magrib pun tak khusyuk. Aku nak sambung isyak, tapi tak sedap ni, tak tenang. Means ada something wrong aku wat salah kat diri aku sendrik. So aku kembali ke laptop. Aku tulis balik semua yg aku rasa. Oops ada menda, memang ada menda, yang aku tak patut rasa, tapi aku biar aku rasa dan serabutla kejap. So aku pantau2 sat website mana2 yang bleh jawab menda ni. Takde pun yang pasti, lepas tuh aku teringat aku de satu ayat aku baca semalam. Tapi tak tenang lagik rasanya...

Tv ni memang aku biar terbukak, malam ni biar siaran Al-Quran kat tv1 ni jela..sementara aku menulis / membaca ni aku jenguk2 gak tafsir ayat quran yang sedang berkumandang kat tv tuh.. dan ada satu ayat yang menyebut tentang syaitan, dan bisikan. Aku tak quote ayat full tapi maksud dia cam Dan tiadalah bisikan itu akan terkesan pada orang yang dibisik, melainkan dengan izin Allah. Jadi, walau apa saja, mintalah perlindungan daripada Allah.

Hah, aku jadi ok kembali. Bleh tarik balik diri aku ke pemikiran yang waras. Baru aku rasa lapaq.....aku kol ja, dia nak balik ker belum? Klau balik tak lewat sangat, nak suh bli kan makanan kat kedai depan lrt tuh. Ja cakap dia lewat balik – ‘Masak la jie’ ..ah ada2 ja makcik ni, dah tau aku bukan jenis masakkk...eih2...ja memang cam nenek, suka berleter...hahaha, aku kutuk dia di blog aku sendrik. Penah skalik, masa kat umah, masa tuh tie, adik ja ada kat sni, aku cakap kat tie , depan ja jugak...ja ni suka berleter ar...ada jaaa laaa.........

Owh, dia memang suka berleter rupanya dalam famili dia bak kata tie. Aku reserve diri aku untuk menerima leteran hanya dari kak linda sebenaqnya. Contoh2 leteran yang berbau nenek – jie , jangan balik lewat sangat, nanti..222...- jie, jaga diri, klau kawan dengan orang2 bangsa asing, nda tgok berita tadi, depa duk pass2 barang blablabla....nda risau la,,ishih ya, memang peringatan, tapi cara yang leteran gak laaa....argh argh argh..

Lepas mandi, semayang, aku pi masak gak akhirnya..haha, sebab aku memang lapaq. Aku masak sayuq dengan telur , dah yang tuh je pun yang ada. Sedap gak aku masak ni, kweng2...sah bangga ja tgok aku yng malas masak ni masak...Dia takyah tau pun la . Ni tak balik2 lagik pun. Memang sah banyak kija la tuh kot.

‘Ja nak kawen la jie’.

‘Bila?’

‘Tahun depan’

‘Hmm, elok la tuh, jie tahun depan lagik satu la, ja dlu lah. Dengan sapa ja?’

‘Ha tu la, calonnya tak tau lagik’

Ha, ha, ha aku gelak, ja pun gelak...gelak kat diri masing2 sebenaqnya. Merancang nak kawen, tapi calonnya takdak...kiki.

Ada la satu ari tuh, dia cakap dia nak kawen. Bleh la . klau dari segi emosinya, sudah agak matang, dari kerja rumahnya, memang dah matang pun. Tetiap ari seblom gi kija, mesti jemur kain, sapu rumah dlu. Balik malam, penat pun, akan sapu jugak...pastuh klau ada lauk lebih, dier akan masak nasik. Taknak membazir lauk dia kata. Cuma aku takleh bayang la plak, isteri orang asek layan you tube tgok citer korea /jepun tetiap malam...kiki. tapi ni time single. Bila dia dah kawen sah dia wat menda lainnyaa...x layan you tube, tapi layan suami...wahaha..

Tapi ntah dia nak kawen ngan sapa. Aku de jugak berdikusi dengan ja bab2 gini. Komen ja, ‘ja yakin dengan doa ja, ja yakin dengan usaha tuh’...........macam ayat novel la plak. Tapi ni bukan novel, sahih dia yang komen gitu. Aku malas nak komen, sedang aku pun ada pendirian aku sendiri dalam bab2 gini. Bab jodoh ni tak kurang kompleksnya. Kompleks jika tiada keyakinan yang utuh akannya.

Penah Ja sentuh – ada orang cakap, doa tuh doa lah, tapi kena usaha jugak. Monolog aku lagik, dan satu persoalan yang Ja timbulkan jugak. USAHA yang bagaimana ni...? Selalunya nasihat yang diterima, kenal-kenallah, sms-sms lah, jumpa-jumpa lah...kenal2 dlu...Aku tau la Ja takdenya dia suka bab2 gini...So penasihat tuh buang karan je la.

Mencintai manusia tu memang boleh menimbulkan rindu yang membuak. Dan rindu pada yang bukan milik kita, adakah ia halal? Takkala berlaku pertembungan antara 2 pihak, iaitu lelaki dan perempuan, yang ketiganya siapa? Adakah ini semua termasuk dalam USAHA yang sering dimaksudkan?

Namun ini semua seolah2 kebiasaan, dan mereka yang menolak dari melakukannya dianggap asing, di tengah2 kebiasaan yang boleh dipertikaikan. Dan disni aku berdoa, semoga dijauhkan lagik dari ajakan2 yang ke arah itu. Diharap pihak2 tertentu faham, akan apa yang aku cuba sampaikan. Aku hanya insan yang lemah, mudah terarah untuk berasa terikut dengan persekitaran. Namun aku juga memohon sedikit ruang, dan agar diberi peluang, untuk memperbaiki kualiti diri aku sendiri. Dan jelas, aku tak mampu commit macam tuh, hati aku tolak, hati aku rasa tak tenteram. Entah mengapa 2-3 menjak ni, ini salah satu topik yang bermain di hati. Ada desakan, untuk improve bab ini, jika aku betul sungguh ingin menjadikan buku perjalanan hidup aku suatu buku yang berkualiti.

Rindu pada manusia ini memabukkan jiwa, mabuk perasaan ini membunuh ketenteraman hati. Pantau saja diriku yang pernah menderita jiwa, jiwa2 yang sedang mabuk bercinta, mudah saja tak keruan, mudah saja timbul cemburu buta, mudah saja sakit hatinya,mudah saja, mudah saja...dan bila bercelarunya jiwa, maka datanglah syaitan mencelah...dan membisikkan yang entah apa-apa. Apabila sudah tiada waras, maka nafsu akan semakin sukar dikawal...lalu,

Hati selalu resah,

Nafsu luar kawal,

Syaitan datang kerap melawat jiwa...

Lalu diri ini menjadi apa? Seolah menzalimi diri sendiri, dengan membuka ruang, untuk memudahkan unsur2 negatif itu masuk. Aku tak ingin lagi, merosakkan hati aku sendiri, kerana itu bermaksud aku merosakkan diri aku sendiri.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota”

Aku selalu menyingkap, di mana salahnya aku, aku selalu menyebut tentang tunjang, akar, root cause, akan masalah2 ketenangan jiwa yang aku alami. Dan ini salah satu jawapan yang aku temui. Usah melawan fitrah hati. Itulah hujah aku, tentang kerosakan satu bab dalam sebuah buku, yang boleh mempincangkan kualiti sebuah buku.

Uiks, cukup saja, jangan terungkai lagi rahsia.Puas aku menulis dalam ayat putar belitnya, supaya ia hanya difahami, bagi yang betul2 berfikir untuk memahami. Saper nak kawen ngan Ja, dia tua lagik darik aku, dia umo 25 tahun dah. Sememangnya dia dah layak kawen. Semoga Ja berjumpa dengan jodoh yang sesuai dengannya. Ada debat, nak tgok debat...


Wednesday, August 20, 2008

Hikmah Solat Tahajjud

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: "Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

  • Jauh daripada segala penyakit

  • Lahir kesan takwa pada wajahnya

  • Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia

  • Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)

  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)



    Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

  • Dipermudahkan hisab

  • Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat

  • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan."

  • sumber : Jebat Derhaka

    Monday, August 18, 2008

    Di suatu hari...

    Kenapa anwar taknak angkat sumpah? Aku bertanya dan tertanya pada rakan aku tadi. Sekadar nak dengar pendapat dengan perasaan ingin tahu. "Jie, cara angkat sumpah macam tuh boleh dipertikaikan, menyerupai bersumpah cara kristian, dalam Islam mana da sumpah macam tuh". Ya saya tahu itu, tapi itu bukan persoalan aku, sumpah satu pihak lagi tu sah. Cuma caranya boleh dipertikaikan.

    Sesungguhnya, aku masih tersirap sejuk dengan kenyataan sumpah yang aku baca di blog DrMaza hari sabtu lepas. Betul ke apa aku baca ni, aku skroll naik atas bawah, samada aku tersilap laman, yang tak disahkan kesahihannya. Aku stakat membaca dan menjenguk, sebab aku memang jarang dapat waktu untuk tengok berita. Namun yang ini memang menarik benar bunyinya.

    Kalau secara melankoliknya, terjegil mata, ingin tersembul rasanya - berulang2 aku mata aku berulang alik, ulang dan berulang akan ayat akhirnya - Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat - azab, laknat dan kutukan Allah hingga ke kiamat- hingga ke kiamat, hingga ke kiamat.

    Kagum sebentar, dengan kalimah yang diucapkan. Namun kebenarannya, tetap Allah yang tahu. Sebagai umat Islam, yang mengetahui, akan wujudnya pembalasan di akhirat kelak, sedang wujudnya syurga dan neraka, sepastinya, ayat tadi sangat menggerunkan jiwa. Menatapnya saja menggerunkan, apa lagi mengucapkannya. Sedang kita hamba sering berdosa, yang setiap pagi bangunnnya, meronta melawan nafsu yang menggoda jiwa, namun masih mengharapkan keredhaan dan keampunan darinya. Inikan pulak, ingin menyebut hanya satu lafaz kata, yang boleh mengundang Allah melaknat diri kita? Ah, seram sekali!! Tak dapat aku bayangkan, diri dilaknat Allah buat selama-lamanya...

    Monolog itu aku simpan saja. Menanti apa yang pasti dari pihak sebelahnya. Lain skali kecenderungan aku akan isu ini kerana semangat politik negara. Namun ia sekadar renungan dalam semata-mata. Hari ni aku balik awal, sempat tgok berita. Medan melemparkan pandangan dan menambah ilmu tampaknya masih belum renyai dari menjadi pusat perbalahan antara parti. Seolah2 menjadi rancangan melodi, yang melemparkan tuduhan satu pihak, dan dibalas pulak dengan statement satu pihak. Semuanya sudah menjadi artis.

    Sebagai jiwa muda, yang tinggi darah mudanya, sudah pasti kita mengharapkan kedamaian jujur berani dalam negara. Namun entah. Pada siapa yang boleh dipercaya. Mungkin ramai belia mengambil sikap menyebelahi mana-mana pihak, atau membuat 'derk' tak menghiraukan. Urusan mereka - bukan urusan kita. Mudah sekali ucapannya. Tidak semudah perhitungan dan hisab, yang bakal dijadikan realiti oleh Allah, dan bertanya, akan undi yang telah kita lemparkan. Undi yang dilemparkan untuk memilih pemimpin negara.

    Jika sumbernya saja sudah bercelaru, bagaimana untuk melakukan penilaian untuk memilih mana yang benarnya? Hanya Allah saja yang tahu. Dan suatu hari, kita pasti akan mengetahui, di lapangan yang sama akan kita menyaksi, satu demi satu diadili, tiada kisah yang akan terlepas bukti, kerana semuanya sudah kemas dibukukan setiap hari...Saat itu kita beramai-ramai menonton, sebuah kisah yang sememangnya kita nanti.

    Mungkin monolog ini juga, boleh diguna untuk menginsafkan diri. Saat, tiada sesiapa di sisi, namun salah amalku tetap dicatiti...Suatu hari, aku sendri, aku sendiri, yang menonton, ke mana kaki ini melangkahi, segala dosa2 hati, segala perasaan yang aku simpan buat diri sendiri, akan dibongkari. Dan aku hanya selayaknya menanti, apa yang bakal terjadi. Entah buku amalku, ku terima dari kanan atau kirinya. Entahkah mungkin aku, tergelincir di titian siratnya...Dalam dosa yang berlimpah, masih kita berharap akan kerahmatan dan keredhaannya. Tak sanggup aku mengundang laknatMu Ya Allah...

    Sudah seakannya, satu suara lagi memohon yang pasti. Selamatkanlah bumi Malaysia ini, dan biarkan lidah ciptaanMu dan pinjamanMU ini, hanya berkata yang benar, sepanjang menikmati nikmat-nikmatMu di bumi ini. Subhannallah. Rahmatmu sememangnya meninggi!



    Friday, August 15, 2008

    Apa kau perlu penjelasan, mengapa aku sebegini dan mengapa kau sebegitu?


    Darjah 3. Dalam perjalanan ke kubur abang syam. ‘Ma, peninglah, tak boleh baca buku dalam kereta ni’

    ‘Jie cakap pening, sebab tu peningla, buat dulu, lama-lama ok’ – ‘boleh, lama-lama biasa’. Aszifa Aris anak yang taat, apa saja mama cakap dia pecaya, dia ikut.

    Aku penin sat tadi dalam train, mungkin bab buku tuh agak berat. Atau aku yg memberat-beratkannya. Sudah pasti, sebab aku baca buku Habiburahman El-Shirazi lagi, pasti sindiran halusnya tajam, penuh berhikmah, dan menusuk dada, mencengkam jiwa.

    Ini untuk firas dan fahim, semoga mereka menjadi golongan yang banyak membacanya. Kerana membaca itu sumber ilmu. Kerana membaca itu seolah2 menjelajah ke masa lalu, mengambil hikmah dari kesalahan dan kesilapan orang lain. Kerana membaca itu seolah2 menjelajah ke bumi lain, seperti aku di Malaysia, menjelajah sebentar di Cairo. Kerana membaca itu membuat kita faham, akan perasaan dan suka duka kehidupan. Seolah satu jiwa yang meresap ke jiwa yang lain, cuba memahami situasi dan keadaan sukar orang lain. Satu buku itu, merupakan satu pelaburan termurah, dalam memastikan kehidupan yang kaya-raya jiwanya.

    Masa aku form 1, mama bagi buku – menuju ke menara gading. Aku baca, sehari2 aku baca, dalam bas aku suka baca masa nak pegi sekolah. Tapi aku tak paham apa-apa, kerana buku itu terlampau dewasa buat jiwa aku yang masih terlampau kanak-kanaknya. Namun buku itu jua, yang mengingatkan aku, tentang kepentingan untuk sentiasa membaca. Mama banyak membaca. Bilik mama dengan papa memang banyak buku. Sebelum tidur, mama baca buku dulu. Mungkin itu merupakan satu ikutan kami sekalian. Kakak memang suka baca buku, dia suka tampal2 kat dinding. Sebab mama pun memang suka tampal kut. So jie pun jadi suka menampal. Kak linda suka tampal2..tapi klau jie ngan kakak ada, kak linda lagik suka jie ngan kakak tolong tampal kat dia kot. Haha..

    Langsung, aku bercerita tentang membaca, namun topik asalnya adalah KELUARGA. Kebanyakan kita terbentuk dari KELUARGA. Kebanyakan kita membawa perangai dan sifat dari KELUARGA. Jadi untuk membina sesuatu yang baik, jangan hanya berkata-kata, namun amalkanlah dalam KELUARGA.

    Dari KELUARGA aku melompat pada perbezaan manusia.Dan apabila kita berasal dari KELUARGA yang berbeza, akui saja kita berdua berbeza pada dasar dan dalamnya. Jadi mengapa perlu timbul persoalann...Kenapa dia ni macam ni? Lain sekali perangainya? Jauh berbeza dengan aku!

    Setiap dari kita , ada samanya, namun tetap berbeza. Terimalah , seadanya perbezaan itu. Jangan terlampau mengukur, mana yang lebih baik, aku atau dia. Kerana kita semuanya sama pada pandangan Allah. Kita berada dalam keadaan yang sama, bumbung yang sama, teropong yang sama, tapi meneropong lain hala.

    Ya , jelas sekali, kita sama, tapi tetap berbeza! Itulah topik yang sebenarnya dengan penjelasan, atas sebab mengapa aku dan kau berbeza!

    Thursday, August 14, 2008

    Beriman kepada ...

    Dalam panorama cinta aku bertahan,
    Apa itu cinta aku masih mencari tafsiran,
    Dalam kelabu malam aku mencari erti cinta tuhan,
    Yang disalut seribu keyakinan,

    Aku henyak berfikir tentang rukun iman,
    Yang dulunya dihafal sekadar melepas benteng peperiksaan,
    Bijak sungguh aku menggunakan memori kurniaan tuhan,
    Namun sah gagal dalam pengaplikasian.

    Setiap hidup ada prinsipnya,
    Setiap prinsip ada akarnya,
    Setiap akar ada tunjangnya...
    Dari tunjang dinilai kekukuhannya...

    Aku merenung dalam maksud2 ini,
    Yang pasti untuk terus dicari
    Dan diaplikasi,
    Dalam menambah keyakinan,
    Dan mengurangi ragu2 yang tidak pasti,
    Yang hampir membunuh,
    Ketenangan yang dicari...

    Beriman kepada Allah SWT
    Beriman kepada Malaikat-malaikat
    Beriman kepada kitab-kitab
    Beriman kepada Rasul-rasul
    Beriman kepada Hari Kiamat
    Beriman kepada Qada dan Qadar

    Sekilas ini ghaib,
    Bila berfikir baru jelas,
    Ditambah ilmu semakin jelas,
    Semoga keyakinanku bertambah pantas....

    Semoga semua jiwa pencari Allah,
    Akan kami temui dengan mudah,
    Permudahkan untuk kami Ya Allah,
    Hanya dengan iman dan hidayah,
    Kami mampu bertahan di bumiMu Ya Allah...

    Monday, August 11, 2008

    My leg, oh kakiku, cepatla baiikkkkk...

    Hah, ja baru balik, ingat dia dah tak balik dah..kot2 gi tido kat UIA ker, rupa-rupanya dia pun tak gi kija arini...baru balik dari perak. My leg, in a serius condition..bleh dak, sakitt...takde saper nak urut nehh...jatuh lagik tadi kat mj. Memang dah sakit dah ni, sebab jatuh arituh tak ilang2..ni tambah lagik la sakitnya...padan muka kan...memang patut pun mc arini.

    Lebih dari nenek tua, sakit kaki la, sakit angin la, gastrik la, ntah haper2. Aku klau salu sakit, maknanya stress la kot...tuh je la, ni yg bawak balik jus intra , kakak yg bagi..untuk kesihatan. Then kak linda bagi susu gastrik, then aku amik jugak ubat clearkan asid dari dr vikram. Dr gelak je la, aku ckp aku nak ubat jugak, sebab bab2 refluks ni, its like i'm living with them alredy.

    Hidup yg tak teratur kot. Tapi makan ja...bukan tak makan, aih, pelik2. perut salu rasa penuh ngan makanan, tapi satgi sakit jugak. Haih tak tau la. Sangat tak suka bila sakit yg tak selesa badan neh, sebab menggangu proses.

    Aku dalam bas tadik, tak wat menda pun, baca anis jerk, makan kacang, makan limau bali, ngan sembang ngan makcik seat sebelah sana. Raget makcik ni.Pakai spek hitam sampai ke sudah tak buang. Memang aku tak dapat tgok full muka dia, sbb spek tuh besaq n hitam pekat. Hiks. Dia dok cerita, anak dia dok Macau. Ni nak pi duk umah anak kat kl sat. Pastu nak pi macau. Ni baru balik umrah. Tahun depan ada plan nak pi canada pulakk..Byk dok cerita pasai anak dia la. Aku pun mendengar .

    Orang2 berumur ni kadang2 cerita tuh, cam menunjuk2 la plak kan...hiks. Same goes to my father. Aku wat tatau jerk la klau ayah aku ska cerita pasai anak2 kat org len. Aku tak suka pun klau orang suka cerita cenggini. But when I grew older, kita pun akan paham, saja ja derank cerita...sebab derank bangga dengan anak masing2. Its nothing much. Cuma org tua2 memang seronok mengenangkan mereka telah membesarkan anak masing2 sehingga anak tuh jadi 'orang' yg berguna. Itu ja kesimpulannya. So layan ja, dan selalunya adala pengajaran yg leh diambil dari cerita2 orang pada kita. Dah sampai duta, auntie tuh babaii...n i wish them selamat melancong!

    Anis bulan ni banyak kupasan menarik. Di tengah2 semua orang mengeluh tentang kenaikan harga minyak dan harga barang dan mengutuk pak lah yang seolah2 semuanya memang salah paklah. Aku pun tak paham. Anis lain kupasannya. Tak ada keluh, tak ada kesah, tapi lebih bercerita bagaimana kita mengambil hikmah akan segala yang berlaku. Lontaran dan fakta2 ramai, memang berasas, berlandaskan logik. Namun teguran Anis, lebih bercorak akhirat dan mengenengahkan mengapa kita perlu percaya dengan yakinnya akan persoalan REZEKI. Sangat membangun jiwa.

    Satu lagik kupasan yang amat menarik bagi aku, satu artikel yang ditulis oleh Saiful Islam. Tentang persoalan anak yang rindu akan ibunya yang sibuk bekerja. Aku tulis menda ni sebab tadi aku tgok tv, dia cakap, anak2 ni pentingkan kerja. Tak balik jenguk orang tua. aku teringat lak artikel Saiful Islam tuh, anak2 kecik bising, mak kija shif malam tak balik jenguk anak ker.

    Kenapa seseorang tuh pentingkan kerja? Sebab kerja tuh memang penting!. Cuma mesej kepentingan pekerjaan itu gagal disampaikan kepada ahli keluarga, dan menyebabkan kita sorank2 yang berasa kerja tuh penting.. Contoh yang diberi- Jawab si ayah apabila anak bertanya, di mana ibu? Kenapa ibu tak balik? Ayah jawab, -ibu tgah tolong orang sakit kat hospital. Ramai orang sakit, kesian kat diorang klau ibu tak tolong. Si anak pun seolah2 paham..'ooo'..Takdela bunyi cam, 'ibu kamu tuh sibuk, asek kija ja...apa pun tak pikir..'

    Cikgu yang sibuk di sekolah, like my sis, they are there, untuk membangunkan bakal2 pejuang negara. Seorang engineer, sibuk bekerja, untuk memudahkan kehidupan orang lain dengan adanya teknologi. We put values on our work, and working put values to our life. Think big. Dalam melaksanakan sesuatu, kita sedang menyumbang kepada dunia sebenarnya. Dan biarlah seluruh ahli keluarga faham benar, akan hakikat pekerjaan dari konteks sumbangan dan ibadah, supaya tidak wujud isu, 'gila kerja'. Apabila matlamat kehidupan itu difahami secara keseluruhan, dan dikongsi dalam kalangan ahli keluarga secara bersama-sama, smoothla, segala-galanya.


    Tadi pi umah kak linda, abg faizal kata dia baca blog ni, lor sejak bila la plakk...whatever la kann..ih ih, dah nama pun blog, org tak kasi pun, jumpa sendrik, bleh la baca. Ya silakan membaca. Ni online kat komputer lama ni. Hidup dengan baik lagik pc aku ni. Pc masa kat usm. Terimbau lagik la kenangan2...bleh la plak, aku dok pi bukak project final year dok pi main2...hik hik. Sangat suka usm. Ni dok copy FYP , santi kata dia nak wat copy ntah untuk aper. Tanak tulis la, nak tido, uwau, uwau...


    Bila masa aku save program ni dalam pc aku ni hah? Satu ari nak korek2 la, memang banyak menda dalam pc ni, kiki...sampai tuan dia pun tak sedaq.... Pc owh pc, monitor dia dah rosak, tapi abg fazel bli monitor lcd samsung ganti....huh cun giler beb! sangat lah cun!!

    Hutang pc ni pun de lagik RM1800. Aku lupa lak , ader separuh lagik utang aku ngan USM ni ..PC ni aku bli masa first year dlu. Then satu sem bayaq RM300. Poton PTPTN. Ni berbaki lagik la ni...jgn lupa jie, jgn lupa, nanti kena bayaq balik kat USM....

    Proses memboringkan blog dengan tulisan yg bercambah tanpa gambar berjalan lancar nampaknya...kiki, please have a visit here, untuk gambar fahim n firas. http://netpod553.blogspot.com/ . Sng nye blog pakai mobile!

    K la, gudnite All!



    Saturday, August 09, 2008

    Din dong lagik

    Baru lepas makan burgerr..alhamdulillah dah belehak...believe me, burger kat vista lagik sedap dari burger kat wangsa maju ni...Lets hear my story.

    Today i work late. And I went out from office at 10.40. Actually, I cant really concentrate from 8.48, I want to go back, I want to go back. I cannot concentrate anymore, I was so excited to go back to my hometown tomorow. I wanna go home, I want to pack my thingssss...Baju untuk firas, fahim, kakak, kak linda. Nak balik!...I want to see fahim with new gigi. I want to go backkkkkkkkk....Seriously thats what i felt. But i keep on doing, and its programminggg..stupid. I cant really concentrate. I should have tested this change earlier, but I never thought of it. Today is the check in day, I've prepared, I've prepared the AIG and ABG, and alredy done with the system testing. I dont want to be messy again this time. So, congratulation. Yeah I've improved at one side.But being messy again on the other side. Ok, improve nanti!..

    10.15, I give up...Its not about I cant do, but I just can concentrate lagik...Owh. What can i do, tomorow I cannot come, as my bus will arrive early in the moning. Wah, I called Ja, nak check leh VNC dari rumah ke takkk...ah. Dia kat jusco plakk...Seperti biasa, there is one voice saying 'Aszifa aris, bertenang, cool down, u know what to do, cool down.' Argh, this is the last option, I called baity...And this is the hardest part, to hand up what I'm doing to someone else,,,I hate doing this, I hate doing this, I want to do my workkk...........Hah.

    Thanks to Allah, cik PSS lead seolah2 faham. She will surely can solve it. Debug and will find the way. System.out.println("TRACK 1"); . alert("X :"+x); Although they we just a simple code, but they always help me, whenever i'm lost and dont really know where am i rite now. I've looked at some of my colleges doing code, they read it like reading a story book.They just knoww...and they write code, like i'm writing my blog. Tat time will come one day. Let just work with debugging and logging first.

    I'm waiting to be effective enough, and I believe, that I will sure can, and achieve whatever I wanted. And no one will take take believe from me. Some of peoples around, envy me, saying that I'm only 23, you are far too young, to be here as a first job. LUCKY enough. You will gather a very good experience. I will try to think that i;m lucky. Thank you for the support.

    One of my friend once said to me, u might be someone that have so many things to do at one time. hmm but still,I can only see pieces of you. Theres lots other things that I do not know about U. Slow down a bit. I smiled.

    When I reached at LG, I forgot one thing. Its already late, I've should have remind Alga to accompany me. Argh. So I went to guard, asking whether the is someone else that can accompany me tonigt to the LRT. He called Alga. I waited there for 2 mins, and saw smiling Alga. Hes one of the guard, that always smile..hihi. =]. Lepas tuh kak zai pulak baru menyeberang dengan kerta kancilnya, she hons, and called me. She gave me a lift. I say bye2 to Alga, and thank him for his concern.

    Dah sampai lrt, meriah jugak nampaknya. Train sampaii, I went in. Open my book. The Last Lecture. I try to read. Sory I cant go on lagik. I just dont have the concentration. I cant concentrate at all. So its better for me to keep on dreaming. Dah pulak, mamat punjab mana kat sebelah ni, sedang bercanda riang dengan aweknya. 'Y u are so sweet?', -'No I am not', 'Yes u are!'..'No I am not' -'Yes u are'..'xyz, stopp it' jerit awek tuh, sambil control2 ayu - . Aku pandang buku aku yg masih aku pegang, aku senyumm - theres one part of it saying : 'When it comes to men who are romatically interested in you, its really simple. Just ignore everything they say and only pay attention to what they do.'

    Train sesak, last train mmg ramai, tapi tak sepatutnya ramai cenggini. Sampai ja kat pasar seni, 'Ada suara berbunyi' - Penumpang yang menghala ke terminal putra, sila turun sekarang. Train ini akan bergerak pulang ke kelana Jaya. Arrghh! Kuat bunyi astaqfirrullah aku. Dan ada suara dalaman menasihati, cuba sabar jie.

    Aku pun keluar train. Theres one guy, explaining 'Okeh, selepas ni ada satu train akan sampai, naik train ni dan berhenti di masjid jamek, di masjid jamek, akan sampai lagi satu train, ke klcc, dari klcc transit ke terminal putra'..GOSH! WHat is this?? Adventure race ke haper...dah kali ketiga aku experienece menda gini, pagi2 sampai lewat gi kija. DOk tergantung atas landasan. Ni malam pulak! And ada suara lagi, sabar bleh jie? train sesak pun, takdir Allah jugak, cuba bersabar dengan menda2 kecik ni, ia akan melatih kita bersabar dengan menda2 besar. Allah saja nak test, hambanya suka mengeluh ke tak. Huh, ok..I try to smile. And I did.

    So, just follow the rules, pekerja2 rapid nampak gembira. They look happy. Seriously, walaupun keadaan agak sesak. I know that feeling. The feeling of feeling IMPORTANT. They are giving instruction, and they become the attention. That is one of the SATISFACTION in working. But I 've put my goal and my motto. Kerja adalah ibadah. Walau sesusah mana untuk mengecapi matlamat itu, I will have to make my self work on it. Please dont get distracted by other things. IKHLAS. Its hard, as i'm not that good hearted, but what i know, its the rite ever thing to do. Thats what u should keep in your heart. Kerana kita tidak mahu mengalami satu penyesalan di masa depan, HARTA, PANGKAT, itu hanya sekilas. One day, we will become very rich, one day, we will become very powerful. And whats next? That will be the moment, when we look back, and we will realize, we should have thought and we should have done, the right thing at the very beginning, as what Allah remind us to do.

    I'm lucky, as I moved here, i'm able to push my esteem up, my confidence level. I'm lack of that lately, and now, I'm on my way to push them persistently. And I hope Allah will always be with me. Not that ready, to be very efficient, give me more time.

    Thursday, August 07, 2008

    Rasa dan perasaan

    Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum TuhanMulah kesudahan(segala perkara); Dan bahawa sesungguhnya, Dia-lah yang menyebabkan(seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan(seseorang itu berdukacita) menangis. Dan bahawa sesungguhnya, Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan.An-Najm : 42-44

    Pernah suatu ketika, kita dihadapkan dengan suatu situasi, di mana orang lain bersedih akannya, namun kita masih tegar dalam menahan tangisan, ketika orang lain sakit hatinya, kita berada dalam tiada perasaan. Milik siapa perasaan-perasaan ini?

    Ada ketika, seorang berasa sangat gembira melihat kucing comel dijalanan, sedang yang satunya, tiada jua berperasaan. Ada ketikanya, ada ketikanya, setiap ketikanya, kita dihadapkan dengan pelbagai perasaan...

    Milik siapa perasaan-perasaan ini? Siapa yang paling berkuasa dalam meletakkannya pada kita?

    Mengapa setiap dari kita berbezanya perasaan...Untuk apa? Aku seringkali takjub, dengan perasaan yang melanda manusia. Terlampau banyak seninya...

    Allah meletak rasa sedih buatku,
    Agar aku kelak menghargai rasa bahagiaku,
    Allah meletak aku rasa sedih,
    Untuk menguji daya dan kekuatanku...

    Allah meletak aku rasa bimbang,
    Supaya aku menukar bimbang itu kepada doa,
    Allah meletak aku rasa risau,
    Supaya dengan doa,
    Aku bersandar padaNya,
    Akan segala....Akan segalanya...

    Di sana aku faham akan apa ertinya keyakinan,
    Pada suatu yang tiada jaminan,
    Cuma bersandar pada 'doa itu senjata orang mukmin'

    Doa itu harapan,
    Senjata itu ibarat pedang pelindung,
    Yang dibawa melindungi diri,
    Ketika berperang risiko membawa mati,
    Mukmin itu,
    Islam lagi beriman...

    Ah, sangat berdefinisi...
    Rasa, rasa dan rasa,
    Sekali lagi aku ulang,
    Tiada kita sakit,
    Kerana apa yang berlaku,
    Tapi kita sakit,
    Kerana apa yang kita rasa..

    Tiada kita gembira,
    Kerana apa yang berlaku,
    Tapi kita gembira,
    Kerana apa yang kita rasa...

    Yakinlah,
    Dan bahawa sesungguhnya, Dia-lah yang menyebabkan(seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan(seseorang itu berdukacita) menangis;
    Segunung besar apa yang dirasa,
    Hilang bagai debu lesu,
    Di bawa angin lalu,
    Pabila Allah mengambil tahu...





    Wednesday, August 06, 2008

    “ Oi Fahri,apa ni? Rancangan hidupmu? Sepuluh tahun ke depan. Dan planning tahun ini,” katanya setengah terkejut.

    “Maria , jangan kau baca! Aib!” Madame Nahed mengingatkan.

    “Biarkan. Tak mengapa!” kataku.

    Yang kutampal memang arah hidup sepuluh tahun ke depan. Target-target yang harus ku dapat dan apa yang harus kulakukan. Lalu peta hidup satu tahun ini, ku tampal di depan tempat belajar sebagi penaik semangat. Dan memang ku tulis dengan bahasa Arab.

    “Wow, targetmu dua tahun lagi selesai master. Empat tahun berikutnya selesai doktor dan telah menterjemah lima puluh buah buku serta memiliki karya minima lima belas. Empat tahun berikutnya atau sepuluh tahun dari sekarang targetmu adalah guru besar. Fantastik. Hai fahri, bila rancanganmun untuk berkahwin. Kenapa tidak kau tulis? “ celoteh Maria. Madame Nahed geleng – geleng kepala.

    “Fahri, kenapa pula kau buat peta hidup masa depan, bukankah hidup ini nikmatnya mengalir bagaikan air? Tanya Maria.

    Kepalaku sebenarnya semakin berdenyut, tapi aku tidak mahu mengecewakan orang yang bertanya padaku.

    “Maaf, setiap orang berbeza dalam memandang hidup ini dan berbeza caranya dalam menempuh hidup ini. Peta masa depan itu saya buat terus terang saja berangkat dari semangat spiritual ayat suci Al-Quran yang saya yakini. Dalam Ar-Ra’ad ayat sebelas Allah berfirman : Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya. Jadi nasib saya, masa depan saya, mahu jadi apa saya, sayalah yang menentukannya . berjaya dan gagalnya saya, sayalah yang menciptakannya. Saya sendirilah yang merancang apa yang akan saya raih dalam hidup ini.”

    Belum selesai aku bicara, Maria mencelah : “Kalau begitu, di mana takdir Tuhan?”

    “Takdir Tuhan ada di hujung usaha manusia, Tuhan Maha Adil, Dia akan memberikan sesuatu kepada umatNya sesuai dengan kadar usaha dan ihktiarnya. Dan agar saya tidak tersesat atau melangkah tidak tentu arah dalam berikhtiar dan berusaha, maka saya membuat peta masa depan saya. Saya suka dengan kata –kata bertenaga Thomas Carlyle: ‘Seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun melalui jalan yang sulit. Seseorang yang tanpa tujuan , tidak akan membuat kemajuan walaupun ia berada di jalan yang lurus!’ Peta hidup ini saya buat untuk mempertegas arah tujuan hidupku sepuluh tahun ke depan. Ini sebahagian dari usaha dan ikhtiar dan setelah itu semuanya saya serahnya sepenuhnya kepada Tuhan”

    Habiburahman El Shirazi, ayat-ayat cinta

    Saturday, August 02, 2008

    Its King and Queens of the jungle Bday!

    The Leo
    Sun-ruled
    July 23 to August 23

    Key Word:

    I WILL

    Associated deeply with the heart
    The Leo is the fifth upon the chart
    Of zodiacal signs and symbols bright
    At Babylon they called him “The Great Light”.

    To be the fulcrum in society
    Is natural to him and is his pride,
    Nor will he shrink from notoriety,
    As loyal, deft and generous socialite.

    His kindliness is great, but Oh!- his ire
    When challenged can be terrible,- for fire
    Is glorious King Leo’s element
    That with a roar demands acknowledgement.

    Spontaneous, creative generous,
    Of preconceptions radically free,
    Concerned, absorbed with greatness and largess
    And being focal point in majesty,

    He may be tender, merciful, we are told;-
    Strong sinews twine around his heart of gold.
    Majestic, dignified, - this king, - the Lion
    As fierce-maned progeny, proud heir and scion .
    Of the resplendent Sun-God Jupiter
    He’ll roar with might to get his Lion’s Share .

    His purring does bespeak contentedness;
    But when annoyed, his roar is ominous;
    Announces discontent,- so please beware;
    Bow low, but do not go into his lair.
    What pity! - little tells mythology
    Of Leo’s exploits and ferocity.

    Aesop alone presents us with a tale,
    In which the Lion’s mercy did prevail
    When he released a little mouse with grace;-
    The mouse, in turn, released him from a brace

    When he lay vanquished, shackled on the ground
    With heavy rope and cruel fetters bound;-
    Defeated, doom- consigned, beyond all hope,-
    The mouse came nibbling, gnawing on the rope

    Until it snapped at last - What brave a deed!
    The lion by the little mouse was freed.!

    And Aesop adds onto his tale that since
    This episode throughout the vast province
    King Leo did proclaim a new decree
    That granted mice perpetual amnesty.

    The Lion’s eminence, - his high prestige-
    Is grounded deeply in “Noblesse Oblige”!
    His generosity is proverbial-
    A host magnanimous and liberal;
    But be respectful, - in all things defer-
    Remember his due awe and “ Lion’s Share”!

    El Haganah* wrote in his star-lit tower:
    “The Lion loves the SPLENDOR of his power;
    While old Uranus,- world-wise,- did admit
    He only likes the EXERCISE of it;-.
    POSSESSION though of power’s pithy bone
    Belongs to stolid Capricorn alone”.

    Yet, Leo’s image proudly oversees
    Cathedral pulpits, temples, palaces,
    As undisputed Lord and Sovereign
    He rules as guardian his vast domain.

    Should independence flout his royal sway-
    Fear not! - King Leo gives no rights away.!
    Artists portray him with so many a feature;
    Such as a winged apocalyptic creature.

    He is big cities' predicate and pride.
    Who watches over them by day and night;
    The promise of his influence is high
    On planet earth and in the starry sky.

    © Elizabeth Dandy