Friday, May 25, 2007

REDHA...

Begitu sukar untuk memupuk sifat menerima seadanya. Menerima di sini tidak bermaksud, hanya duduk dan menerima apa saja sampai tak berusaha. Tidak, jauh sekali dari maksud yang sebegitu. Itu bukan menerima, tetapi malas untuk berusaha untuk mengubah nasib kita sendiri.

Menerima seadanya disini meliputi aspek keadaan yang kita tidak mampu ubah, keadaan yang sudah terjadi, keadaan yang sudah lepas, keadaan yang kita x tau, nak buat apa lagik...

Contoh paling mudah. Kematian insan yang disayangi. Kita tidak cukup REDHA atau menerima andaikata kita mengeluh disebalik kejadian yang menimpa kita. Contoh yang lebih mudah, result exam. Bersedih dan tidak berpuas hati dengan keputusan kita. Tidak berpuas hati mungkin satu motivasi untuk bergerak dengan lebih jauh, untuk dapat lebih baik. Namun, perkara yang lebih baik di sini ialah menerima HASIL yang telah ditakdirkan oleh Allah itu dengan penuh kesyukuran dan bersyukur. Dan melihat apa yang kita telah capai sekarang, sebagai sesuatu yang akan membantu kita untuk lebih berjaya pada masa hadapan.

Betapa nikmatnya, untuk merasa gembira, untuk merasa bahagia, atas apa yang telah kita miliki. Andai setiap masa kita tidak berpuas hati, sukarnya untuk menjadi insan yang bersyukur dan gembira. Perlu ditekankan disini, asal USAHA kita bagus, cukup. HASILnya tetap sesuatu yang Allah telah ditakdirkan. Penglihatan Allah itu, tak pernah dapat kita ketahui. Dia Maha Hebat dan Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Belajar untuk mengasingkan USAHA dan HASIL. Usaha itu milik kita, hasil itu milik Allah. Dalam banyak perkara, percayalah, andai kita terlalu risau akan hasilnya, kita akan gagal untuk menumpukan tumpuan pada usaha. Mengapa menumpu pada sesuatu yang bukan milik kita? Korek dan carilah buku motivasi mana pun di serata dunia, prinsip USAHA dan HASIL selalu diketengahkan. Prinsip menjadi insan yang MENERIMA dan BERUSAHA selalu ditekankan. Cuma banyak buku motivasi barat tak reti guna perkataan REDHA.=]

Bersyukur akan segala yang telah Allah kurniakan. Jangan pernah cemburu atas kejayaan orang lain, kerana itu boleh membawa maksud kita cemburu akan rezeki yang Allah kurniakan pada seseorang. Ada beza, cemburu pada seseorang, dengan melihat seseorang dan mengganggapnya sebagai pendorong. Fikirkan. ..

Jangan pernah kita mempersoalkan rezeki yang telah Allah kurniakan pada seseorang.

Sukar bercakap tentang hikmah. Sukar, kerana skop hikmah itu terlalu besar. Untuk banyak perkara yang kita tak ingin, tapi berlaku, terlalu banyak hikmahnya. Celikkan mata, untuk fikir. Andai masih buta, doa, supaya Allah gerakkan hati, untuk dapat melihatnya. Masih belum dapat, duduk diam dan percaya, itulah yang terbaik buat kita.

Dalam banyak perkata yang kita tidak ingini, musibah dan sebagainya, percayalah, andaikata kita dapat melihat, sebesar mana pahala di sebalik kejadian itu andai kata kita sabar, sebesar mana kebaikan di sebalik musibah itu untuk masa depan kita yang meliputi dunia dan juga akhirat, kita tidak pernah ingin keluar dari musibah itu.

Oleh sebab itu, belajarlah REDHA. Menerima sesuatu dengan penuh lapang dada, rasa selesa, tidak sesak jiwa, jauh sekali untuk merungut akan segalanya. Paling tidak, belajarlah bersabar, walau tidak mampu lagi menahan, bersabar, dan pohon kekuatan dari Allah yang penuh keesaaan.

Sesuatu itu, betapa kecik ia, betapa kerdil ia, bertapa kenit ia, tidak pernah berlaku untuk sesuatu yang sia-sia, kerana Allah itu, sangat jauh dari sifat yang sia-sia...

Manusia sememangnya perlu selalu diingatkan, walaupun untuk perkara yang normal dan biasa, kena selalu beringat, sebelum terlambat, kita kena kuat, untuk melawan nafsu yang buas, dan syaitan yang jahat...

Sejauh mana, kita selalu meminta untuk Allah Redha dengan kita, tapi kita sendiri tidak pernah mahu redha dengan apa yang Allah kurnia pada kita..Malu. Renungkanlah, atas segala ketidakredhaan kita.

Ya Allah, ampuni daku atas segala kesalahan dan ketidakredhaan ku, dan bimbing aku, menuju redha padaMu, dalam mendapat redhaMu...



Jie seronok!

I got 908! Mey yang bagitau tadi..Mey tu aku nyer trainer untuk kelas MCAD...Hehe, aper ni, tiba2 ja cakap dapat 908. Meh nak crita betul2..

Sebenarnya, aku tgah amek kos, MCAD...Microsoft Certified Application Developer. Skang dah 2 minggu, ader lagik 2 minggu + 9 hari nak habiskan kos ni. Dier ader 3 xm..untuk dapat MCAD cert.

Setiap ari kitaorang buat latihan nak bagi pass exam ni. Mey cakap, kalau nak baca satu buku yang bermuka surat sebanyak 800 ms tu, amik masa 3 bulan, so dier ajar basic , n cara nak pass exam..Yang lain2 tuh, nanti baca n practice sendrik la...Dalam masa 1 bulan 9 hari, 4 buku, 3 xm, bukan sng nak habiskan semuanya dan dapat cert. So kena berstrategi...

Syukur yang teramat pada Allah, sebab aku dah lulus satu xm. And suma kwan2 pun lulus jugak..alhamdulillah...

Our highest score untuk kelas ni , 931, Ema n Wei Tat. Congrats to them...=]

Dan suatu menda yang menyeronokkan, sebab 1 matlamat dah tercapai...Aku ingat 1 week before i attend this course, i make a goal statement. I want to pass all the xm excellently with 900 mark. Haha, blindly put 900, rasa cam dah paling tinggi ar tuh,x berani nak letak lagik tinggi, sbb rasa cam susah jugak menda ni...

And I got 908. Lepas ni, kena tulis matlamat baru. Upgrade lagik mark! Setiap kejayaan kecil merupakan satu permulaan kepada kejayaan yang lebih besar!=]

Next week, i have one big task to accomplish...Wish me luck! =]




Wednesday, May 23, 2007

Kita Perlu Percaya...

Kadangkala kita merasa pelik dengan kitaran kehidupan kita, merasa pelik dengan perasan yang terlalu macam-macam, tidak terduga. Kadangkala rasa yakin, kadangkala rasa dungu, kadangkala rasa bodoh gila, kadang-kadang rasa cam nak muntah, kadangkala rasa hebat, kadangkala rasa berjaya, kadangkala rasa great, sekejap lagik bleh pulak rasa macam hanpeh...Perasaan, mainan perasaan sememangnya memberi kesan.

Namun, kehidupan ini tetap perlu diteruskan, walau apa pun rasa yang mendatang, perlu harungi rasa itu dengan sepenuh rasa kepercayaan, rasa percaya pada diri sendiri. Walau hampir semua, tidak mempercayai kita, kita perlu harus terus dan teguh untuk percaya dengan pendirian dan cita-cita kita.

Dalam banyak perkara, kita perlu jadi pekak, buta dan bisu. Biarkan saja apa yang sepatutnya tidak perlu diberi perhatian dan perlu fokus terhadap apa yang kita cita-citakan dan kita percaya. Hanya kita yang tahu, setakat mana kemampuan diri kita. Sejauh mana kita sudah bersedia, dan sejauh mana kita boleh pergi.
Hanya kita, hanya kita yang tahu, orang lain tidak pernah mempunyai jawapan untuk itu.

LeArn t0 LovE uRsELf bEfoRe u LovE s0Me0nE eLse, aND loVe Allah, moRe than u LoVe uRSELf..

Akan sebab itu, teruslah percaya dan membina kepercayaan terhadap diri sendiri. Bercakap senang, namun bukan mudah untuk melaksanakannya. Percaya diri, satu sifat yang sangat susah untuk dipraktikkan. Terlebih percaya, kita akan jadi insan yang mudah dusta, arrogant, rasa diri bagus, sedangkan diri hanpeh cam nak mampus. Terkurang percaya, jadilah insan yang mudah diperdaya, yang mudah hanyut, tanpa haluan dan pegangan. Sekejap macam ni, sekejap macam tu.

Untuk menyeimbangkan kepercayaan diri, ia harus dilakukan setiap hari, minit dan detik. Tidak pernah wujud, insan yang percaya pada dirinya, di saat dia membiarkan dirinya tanpa kawalan. Be in control, when u lose urself, u lose everything. Setiap hari, ingatkan diri kita, untuk membina kepercayaan pada diri sendiri.

Bagaimana untuk membina?? Adakah cukup hanya kata-kata? Dan kekuatan dari minda separa sedar. Hey, itu hanya separuh. Kepercayaan diri akan timbul dan akan muncul, jika dan hanya jika kita MELAKUKAN. BUAT, untuk banyak perkara, kena buat, x cukup duduk saja dan kata percaya pada diri sendiri, tapi kita tak buat apa-apa untuk buktikan.

Untuk masa yang singkat, mungkin boleh tahan, kalau asek cakap, tanpa buat apa-apa, tanpa pencapaian. Tapi untuk jangkamasa yang lama, kita akan semakin bosan, dan hanya akan merasa, kita sekadar membina angan-angan. BUAT. Bangkit dan buat sesuatu, atas apa yang kita ingin. Disitu, kepercayaan diri akan meningkat, meningkat dan meningkat. BUAT, walau sekecil mana pun usaha. BUAT. Ingat, kejayaan besar bermula dari langkah pertama.

Dari perbuatan, akan muncullah pencapaian. Pencapaian penting, untuk membina kepercayaan dan keyakinan. From one step, we move to the next step. Tanpa pencapaian, kepercayaan pada diri akan mula hilang. Pencapaian, jangan meletak pencapaian itu sebagai sesuatu yang terlalu besar. Ajar diri untuk pecahkan pencapaian. Pencapaian bukan untuk sesuatu yang besar sahaja. Yang kecik-kecik pun pencapaian jugak. Ajar diri, untuk berpuas hati dengan pencapaian dan kejayaan-kejayaan kecil. Puas hati, dan melihat kejayaan-kejayaan kecil ini sebagai langkah untuk kejayaan yang lebih besar. Yang kecik juga patut dhargai. Raikannya. Meraikan kejayaan kecil dapat membantu minda separa sedar kita untuk lebih fokus kepada kejayaan. Ingin betul2 percaya pada diri, memakan masa bukan yang hanya sekejap, tapi lama. Berusaha, untuk mecapainya. Selagi mana niat kita betul, Allah akan memberkati. =]

Tuesday, May 08, 2007

Sidek's Personality Inventory

Aszifa Aris

Agresif (60%)
Asertif( ketegasan diri)
Selalu menuntut hak anda dan pada masa yang sama menjaga hati dan perasaan orang lain.

Analitikal (100%)
Seorang yang sensitive pada persekitaran suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis.

Autonomi (100%)
Anda suka kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan
Dapat mengawal dan menentukan aktiviti2 seharian

Bersandar (70%)
Tahap pergantungan anda berada pada tahap sederhana.

Ekstrovert (100%)

Anda adalah individu social
Suka berinteraksi dan dikelilingi orang ramai
Tidak selesa duduk bersendirian.


Intelektual (100%)
Anda sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual
Rasa puas hati dengan aktiviti keilmuan . tidak puas pada aktiviti yang berulang.

Introvert (20%)
Anda suka melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan suka berada dalam kalangan orang ramai.
Anda aktif dan seorang yang bersifat social


Multitask (100%)
Anda dapat menghayati situasi yang memberi peluang-peluang untuk pengalaman baru.
Anda sukakan perubahan dan suka mencuba sesuatu yang baru.
Anda seorang yang adventures

Ketahanan (70%)
Anda adalah individu yang mempunyai ketabahan dari segi fizikal, mental dan emosi.
Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu
Anda menyelesaikan setiap tugas yang dimulakan

Kritik diri (50%)
Biasanya dikaitkan dengan individu yang stabil dari segi emosi dan psikologi

Mengawal (100%)

Anda suka mengawal dan memimpin orang lain
Selalunya memilih kerja yang berkaitan dengan kepimpinan. Contoh- pengurus, pentadbir, peguan dan ahli politik.
Suka mempengaruhi dan memimpin orang lain.

Menolong( 100%)
Anda mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpati, kasih sayng dan memberikan bantuan pada orang lain.
Anda suka membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain.

Sokongan (70%)
Ciri-ciri sokongan anda berada ditahap sederhana

Struktur (80%)
Anda suka kepada perkara berstruktur , rutin dan teperinci.
Lebih gemar kepada kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan perkara yang berulang-ulang.

Pencapaian (100%)
Anda adalah individu yang sangat bermotivasi
Anda suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.

Monday, May 07, 2007

Usahawan Berjaya



Semua peserta kursus n fasi

Keciknya gamba ni kan, satu saranan aku kat urusetia la..kene ade jurukamera yang bagus, ni nampak gamba meja je @ tangkap gamba syok sendrik ni


Baru tamat kursus keusahawanan...dam it, penat cam hanpes...i thought leh rehat2..leh rilex2..makan free kat hotel selama 5 ari....Tetapi hakikatnya...arghh...schedule pack giler...aderla tido kul 3-4 pagi setiap ari, then lepas subuh dah terus bejaga...tapi ade gakla 2 sesi aku tido je kat bilik, tak turun...huhu..x terjaga...



Berlapan..huhu..pegi kursus ramai2...takde survival langsung, n kurang mencabar, sebab ader geng, lain kali kene gi sorank2..baru trill skitt..=]



My aim pegi kursus ni saja2 ja...sebenaqnya more kepada nak mendedahkan diri dan membuatkan otak ni pikir cara usahawan skit...sbb aku memang tak minat usahawan2 ni..haha..


Tapi, takan la selama hidup kat dunia ni nak makan gaji ja,,,mesti la nak ader bisnes sendrik....sebab tu la pegi dan dapatkan pendedahan...dalam banyak2 ceramah aku ske ceramah Dr Syarifah, Dr Mahmud dengan usahawan pisang...huhu...sebab leh dapat pendedahan dan termotivate skit nak jadi usahawan...


Yang tensennya, x espek laa kene wat rancangan perniagaan pulak dah, dah la tak tau menda pasai menda tu, kene present lagik...dah la group suma tak aktif sangat, tapi salah sendrik jugak, x mengaktifkan diri secara aktif..huhu..lebih selesa menjadi pemerhati....padan muka aku jugak..

Lia dapat group terbaik, besh giler derank dapat hadiah...jeles siot..memang jeles..haha...walaupun sekadar kursus, tapi leh rasa regret kat hati ni lepas present sebab rasa macam x put effort yang sepenuhnya...


Group terbaik, aku kenal Lia je..=]

Pengajaran la kot, lenkali bila pi kursus, kene bawak laptop sendrik, kene ada intenet,klau bleh bawak keta sendrik, so sng nak gi mencari sumber2, supaya group kita jadi besh.,,

Rasa sangat tak selesa la wat kija dalam condition tu, x sempat wat research, x sempat nak lukis lawa2...blablabla...huhu..x suka..

Lain betul la yang kiteorang buat Business Idea masa paper Puan Rosnah dulu, siap leh carik statistik, wat calculation, ada chart lawa2...barula yakin skit nak present....

Erk, banyak nya aku dok komplen, cam takde menda besh lak kat situ...haha...tapi memang, tensen je yang banyak....Tanak la lain kali pegi wat halai balai je, lepas tu rasa cam regret x buat elok...tak kisah la kita dapat yang terbaik ke tak, tapi yang penting kita kene wat yang terbaik. N i'm not doin my best!...

Apa lagik ekk,,,ar...ader ujian personaliti...dari ciri2 keusahawanan, aku skor 10/15 ciri2 yang patut dipunyai oleh seorang usahawan,,,huhu....kira ok ke tu???huhu..

Nak rehat la, tapi berbaloi jugak sedih2 5 ari gi kursus, sebab arini dapat 2 berita gembira..ngah2...Syukur padaMu Ya Allah..sememangnya, Kau suka menguji hambaMu yang lemah ini...still, thanks a lot to You GOD...


Sempat la jejak kaki sat ke pantai semasa buat survey about chalet




Overall, semua ni merupakan pengalaman berharga yang akan diambil pengajarannya untuk kehidupan masa kini dan masa hadapan...=]

Tuesday, May 01, 2007

antara ada dan tiada

kan slalu ku rasa hadirmu antara ada dan tiada

setiap ku melihatmu
ku terasa dihati kau punya segalanya yang aku impikan
kenanganku tak henti sejak tentang bayangmu
walau ku tahu kau tak pernah anggap ku ada

ku tak bisa menggapaimu
takkan pernah bisa walau sudah letih aku..
tak mungkin lepas lagi
kau hanya mimpi bagiku tak untuk jadi nyata
dan segala rasa buatmu harus padam dan berakhir

kan selalu...kurasa.. hadirmu.. antara ada dan tiada