Monday, November 23, 2009

Engkaulah Pemberi Keputusan Terbaik

"...Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Hanya kepada Allah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak(adil). ENGKAULAH PEMBERI KEPUTUSAN TERBAIK. "

Surah ke 7 , Al-A'raf : 89

Aku dan Dia

Dalam terjaga dia mencari,
Seseorang yang perlu dicari,
Dalam kelompok ramai,
Dalam tengah yang ramai...
Di utara malam tenang,
Mendongak ke langit,
Melihat bulan terang,
Menatap bintang- bintang terbentang...

Di selatan malam terang,
Walau jauh dari utara,
Aku ada, merenung bulan yang sama,
Menatap bintang yang serupa,

Tiada dia tahu siapa di sana,
Tiada aku tahu siapa dia,
Tetapi kami saling mencari,
Dan pasti menemui...

Aku ada disini,
Pasti hadir buat dia yang sedang mencari,
Semoga pertemuan kami nanti,
Diberkati cahaya ilahi...=]



Aszifa Aris ,15 May 2008,10.56 PM

Sunday, November 15, 2009

Dan orang-orang yang apabila mengerjakan suatu perbuatan keji, atau menganiaya dirinya sendiri maka ingat mereka akan Allah. Lalu mereka memohon ampun atas kesalahan itu. Siapa lagi yang akan mengampunkan kesalahan-kesalahan itu selain Allah, serta tidak tetap juga mereka atas perbuatan itu, sedang mereka telah tahu.

Ali Imran :135

Setiap teguran adalah dari Allah. :)

Saturday, November 14, 2009

Leo dan aliya...


Kak Linda : Adam, jgnla mati lg! nanti tak bestla cite nur kasih

Aku reply adam tak mati lagik aih...

Kak Linda : Geram btoi si alia tuh,,,dashatla cita ni, i tabik spring, haha nanti alia ikot pi mumbai, si sarah 2 suh pi balik kg, nyibuk je

Aku reply papa kata , bab aidil ngan alia tuh, jangan la wat2 tinggal2 henset hal2 camni, kene terus terang, straigt forward...huhu

Kak Linda : Yala btoi 2,,,hikhik, kna terus trg, jgn tepedaya dgn hasutan syaitan,,, besala org leo mmg kadg2 suka pendam

Aku reply aliya tuh leo ka?....ih ih ih... (dalam hati, takan dalam tv3.com.my de wat profile besday untuk pelakon nur kasih kot)

Kak Linda : Hahaha,,, kuikuikui, yala kot,,,

p/s : abg faizal leo kan..ha niii...nda kata org leo mmg kadg2 suka pendam...jeng jeng jeng !

Thursday, November 12, 2009

Nak tulis tajuk apa tatau ni..

'Uih jie dah balik..?' ayah aku tanya...

'Dah pa, baru..'

'Dapat ilmu apa arini?'

'Ilmu hidup pa..'

Hehehe, kami gelak. Ilmu hidup. Ih2.Tapi betul la, aku gi library tadik. Dah habis dah baca buku tu. 2 weeks jugakla...tuh pun ada bab2 yang tak baca seriously. Dan ada bab2 yang diulang baca berkali2. Penuh library tadik, dengan bebudak SPM wat stadi group.

Nak tergelak la klau sembang ngan ayah aku kadank2...Kebetulan aku nak habiskan dengar ceramah ustaz hasrizal ni ttg surah al-kahfi ni. Satu ari, dalam keta, masa tuh baru balik dari antar abg fazel kat perodua servis. (Sambil dengar ceramah dalam keta la ni)

'Uih, ustaz ni, pandai dia cakap orang putih tuu..' beriya ayah aku cakap.

'Ih papa ni, ni memang ustaz yang terer ckp la, dia belajar jordan dlu,skali ngan ustaz asri suma tu... pastu penah jadi imam plak kat oversea...berhabuk leh cakap english ni' balas aku..

'Uih, ya ka...tak sangka nuu'

Ceramah pun berjalan la..Sampai ke satu part . Ustaz hasrizal cakap, pasal peranan isteri. Ada isteri yang komplen, dia wat kija banyak kat umah, tapi tak dihargai dengan secukupnya, tak dibayar secukupnya oleh husband. hih..

Sampai la ke part. 'Hanya bibik sahaja, yang menjalankan kerja2 rumah dan mintak dibayar kerana tugasnya itu. Seorang isteri menjalankan tanggungjawab kerana kasih sayang pada keluarga.'

Lebih kurang gitu la ayat dier, klau salah quote jangan saman lak ehh..hehe..

'Ha, ustaz ni, diaa yang takmau bagi duit kat isteri dia, tuu yang dia cakap camtuuhhh tuuu'.. seyes ja ayah aku cakap nada tinggi.

'huih papa ni, wife dia dr la pa. Takyah bayaq aih.'

'Dr ka, ih ya ka..' ayah aku ty..

'Ya la, dia ni dlu masa kat oversea, wife dia kija, dia yg tolong masak sumer, adeyyyy..'

Penat aku nak melayan pasai isu ni, tapi layan pi la..kadang2 tuh nak tergelak pun ada rasa. Kadang2 ayah aku saja ja nak melawak. Tapi kadang2 mmg bermaksud. Tak tau la mana satu.

Seronok dengar ceramah ustaz hasrizal ni. Baca buku dia dlu besh, pandai menulis. Ceramah pun leh tahan, sedap didengaq, time lawak rasa nak gelak, time syahdu rasa ngilu. Adey.

Tak kisah la camna pembawakan seseorang penceramah atau pun ustaz, asalkan boleh mempengaruhi diri membawa kepada impak yang lebih baik. Ni salah satu icon yang aku gemar la..

Tadi kat library, dapat msg dari Hri, 'Baca blog pahrol. Best'.. Huhu, dah baca dah tadik. Pahrol tuh satu icon lagik yang aku gemar. Memula dlu suka baca karya2 derank dari majalah anis. Kemudian berpindah ke buku derank. Pastu dah mula ikut blog derank. Pahrol ni bila aku baca blog dia, rasa tenang skit, namun still membawa kepada berfikir. Klau ust hasrizal, aku kene btul2 redi time tuh. Tulisan dia kadang2 serank emosi, leh makan dalam. Biar rasa stabil, leh terima pandangan, gi la baca. Dia banyak tulis pandangan berlandaskan isu-isu semasa. Aku jadinya berpikir sama skalik satgi.

Namun pendekatan Pahrol ngan Ustaz Hasrizal ni sesuai la ngan aku. Sesuai jugak kot ngan sume orang. Cam ustaz asri tuh, serangan dier lebih global. Tuh la icon yang tarik hati aku untuk rasa Islam tuh mudah. Ustaz asri tarik perhatian orang utk pikir pasal Islam, secara kontroversinya. Pemikiran dier global, menunjukkan Islam tuh satu penyelesaian untuk semua golongan.

Ustaz Hasrizal plak, aku kenal memula, melalui buku 'Aku Terima Nikahnya'. Jack cakap bacala buku ni, tapi aku tak baca2 lagi, sampai satu ari niina bagi aku pinjam. Ih, teresak2 jugak bila baca, btul la aku ni insan yang ketandusan nilai Islami aku rasa. Pendekatan Ustaz Hasrizal lebih mudah, bermula dari diri sendiri, dan keluarga.

Buku travelog haji, karangan Prof Kamil tuh salah satu buku, yang mencetus perubahan dalam diri jugak. Dia bukan ustaz, takde background agama pun, sekadar menulis, untuk menyedarkan orang-orang awam, kita semua pun boleh berubah untuk jadi orang Islam yang lebih baik :)...

Teringat la arituh, kat PWTC, masa pesta buku, aku beli 3 buah buku ustaz hasrizal ni, pastu, aku dah kuar dah, tapi rasa nak masuk balik...so aku masuk la balik....skalik nampak ustaz hasrizal...terus dalam pikiran 'Ar nak pi mintak sain!'


Tergedik-gedik rasa. Ih, tak betul rasa camni...Cukupla, aku insafkan diri time tuh, dapat cop kat buku 'Erti Hidup Pada Memberi'...sekadar mengingatkan aku, Hidup adalah untuk memberi. :)

Icon2 yang banyak bawak cerita sendrik....Kadang2 kita pikir jugak, camne la life derank. Cerita sendiri bawak ke umum, untuk dijadikan satu contoh dalam kehidupan. Untuk menunjukkan, kebaikan dan jiwa positif itu mampu dibentuk dalam kehidupan masa kini. Ia realiti, bukan sejarah.

Takkala ada rasa untuk mengagungkan individu, terus aku buang pemikiran itu. Bukan ini yang diinginkan dalam diri individu tersebut. Sanjungan dan pujian bukan satu harapan dari mereka. Jika ada pun, mungkin hanya sedikit selingan dari nafsu. Yang individu2 ini inginkan, adalah satu bentuk pemikiran, yang melahirkan keinsafan dalam diri2 kita, orang-orang biasa dalam mengamalkan agama dalam kehidupan. Tak perlulah, diri mereka aku puji tinggi, cukuplah, sekadar, meneliti apa sebenarnya yang mereka ingin sampaikan, dan berusaha menerapkan dalam diri sendiri. Segala kebaikan dan ilmu mereka, harap merupakan satu penerapan yang boleh dipanjangkan dalam masyarakat. Jika aku ingin berterima kasih kepada mereka, inilah caranya.

:). Chow. Nak men ball ngan Fahim!

Wednesday, November 11, 2009

What happen to you, is not as important as what happen IN YOU.

10% bergantung kepada apa yang berlaku,
90% bergantung kepada bagaimana kita bereaksi kepadanya.

Ingat, dari Allah itu yang baik-baik saja.
Carilah yang baik-baik itu, untuk mengisi pemikiran, untuk mengisi masa yang ada.

What u see is what u get.

Kita tak boleh mengubah keadaan.

Tetapi kita boleh mengubah pandangan.

Kadang-kadang, kita dapat apa yang kita nak.

Beruntungnya, Allah selalu beri apa yang kita PERLU.

Ubah cara kita melihat dan menafsir sesuatu.

Tuesday, November 10, 2009

Teringat kat ustaz asri

Keberanian budi, ialah berani menyatakan suatu perkara yang diyakini sendiri kebenarannya, walaupun akan dibenci orang. Di dalam syarak agama Islam pekerti yang demikian namanya "amar bil maruf, nahyi anil munkar ", menyuruh berbuat baik, mencegah berbuat jahat.

Dalam masyarakat perlu ada orang-orang yang berani menyatakan perkara-perkara yang dipandang benar. Baik dengan sikap menyerang. Misalnya menyatakan kesalahan perkara-perkara yang telah terbiasa dipakai orang, telah teradat, padahal tidak sesuai lagi dengan zaman. Atau sikap menangkis. Iaitu kelihatan suatu hal yang bersalahan dengan kebenaran, dilakukan atau diucapkan orang lain, padahal tidak ada orang yang berani membantah, lalu kita bantah dengan alasan yang cukup.

Tidaklah suatu bangsa akan tegak, dan suatu fahaman dapat berdiri, kalau di antara bangsa itu sendiri tidak ada yang berani menyatakan kebenaran. Sebab tiap-tiap bangsa amat segan mengubah yang lama. Dia hendak tetap pada yang lama, padahal kadang-kadang tidak sesuai dengan zamannya lagi. Kalau ada suara baru mengkritik yang lama itu, tentu akan mendapat sambutan yang sengit dari si cap lama. Orang akan ribut. Tetapi yang berani menyatakan kebenaran itu mesti tahan. Kerana di dalam menjatuhkan suatu benteng, orang yang tegak di barisan pertama harus kena peluru, dan kadang-kadang jatuh mati. Tetapi kelak askar barisan belakang akan berjalan terus di atas bangkai orang-orang yang di barisan muka tadi. Maju terus, menyerang terus, sampai peluru musuh habis. Kemenangan di dapat dan perjuangan membawa hasil yang menyenangkan.

Demikianlah orang yang berani menyatakan fahaman baru. Orang itu memang selalu datang mendahului zamannya. Orang-orang yang sama hidup dengan dia belum kenal akan dia. Kelak mereka akan takluk juga. Sekurang-kurangnya orang marah kerana kritiknya, tetapi dengan diam-diam orang turuti apa yang dikatakannya.

*
Jarang orang yang meninggalkan jasa batin beroleh penghargaan seketika hidupnya. Di samping yang mengangkatnya sampai ke puncak langit, mesti ada yang berusaha menjatuhkannya sampai ke kuruk bumi. Tetapi yang menjatuhkan itu tidak sedar, bahawa dengan usaha menjatuhkan itu, telah menjadi bukti dia memang mengaku bahawa yang akan dijatuhkannya itu memang berada di atas. Orang yang berada di bawah tidak ada yang hendak menjatuhkan.

*
Kadang-kadang salahnya bukan sahaja pada orang yang hasad, tetapi pada yang berjasa sendiri. Orang telah bertahun-tahun berjuang di tengah mencari kedudukan tetapi belum berhasil. Sedang orang lain ada yang dalam waktu cepat dapat kedudukan yang baik, Nescaya hal itu menimbulkan hasad untuk menghilangkan hasad berdiam diri, tidak suka membuat hal-hal yang disangkanya benar pada keyakinannya. Bunuh perasaan hati sendiri. Tekankan pertimbangan yang adil. Turutkan ke mana alun gelombang orang banyak. Ertinya menjadi manusia biasa, manusia kebanyakan, tidak menjadi manusia yang lain dari yang lain. Kalau masih tetap hendak tampil ke muka, menyatakan pertimbangan dan kebenaran, menyatakan buah fikiran dan akal, maka si hadad mesti ada : "Di mana ada gula, di sana ada semut".

Meskipun orang berusaha menarik hatinya, memaniskan muka kepadanya, namun dia akan tetap hasad. Orang yang hasad akan bertambah hasad juga, dia tidak akan tertarik lantaran manis mulut itu. Yang akan menarik hati mereka, hanyalah orang yang sama golongannya dengan mereka. Atau yang sama-sama setaraf dengan mereka. Maka tiap-tiap kelebihan yang di dapati oleh orang yang berjasa, adalah bahan-bahan yang akan menambah rasa hasad, benci dan berangnya. Kadang-kadang mereka berani membuat fitnah. Kalau dia berbuat satu kesalahan di antara sepuluh kebaikan, maka kesalahan yang sebuah itu, akan mereka besar-besarkan bahkan ditambah-tambah.

Maka jaranglah orang berjasa yang mendapat pangkat dunia. Sebab pangkat dunia ini didapatkan dengan berebut-rebutan dan berkejar-kejaran, tekan menekan dan fitnah memfitnah. Orang berjaya tidak pandai berbuat begitu. Dia mahu mendapat kemenangan yang sah: walaupun tidak dilihatnya dengan mukanya ketika hidupnya. Dia hendak melihat kemenangan itu sesudah matinya, yang kian nyata, dan kian lama kian subur.
Sebahagian dari bab Keberanian Budi
dan bab Kemuliaan
Prof Hamka

Falsafah Hidup

Tidak menyebelahi sesiapa. Setiap peristiwa kehidupan yang berlaku di dunia, kita ambil sebagai satu kisah, yang membenarkan, apa itu dunia sebenarnya. Amazed dengan sejarah mungkin. Buku ni ditulis around 1940, namun summarynya tentang kehidupan, amazed me. Mungkin itu dapat menjawab persoalan budak2 sekolah menengah, MENGAPA KITA PERLU BELAJAR SEJARAH?..

:). Masa tu aku form 4. Ada kawan cakap, "Tak paham kenapa kene belajar sejarah, kisah orang lama2, buat apa kita nak ingat.."

Aku diam je, tapi dalam hati seolah ada jawapan. Mengenang sejarah, bukan untuk mengenang sejarah, namun belajar dari masa silam. Bukan untuk mengingat tarikh atau fakta, namun mengambil suatu pengajaran dari kisah2 yang telah berlaku.

Memahami fitrah dunia, sememangnya akan mengamankan sedikit fikiran. Tidak akan terkejut, atau tersentak dengan sesuatu yang berlaku. Segalanya mungkin. :) Segalanya mungkin :) Diulang lagi buat diri sendiri, segalanya mungkin diriku!

Dalam sejarah, paling terpikat dengan Al-Quran. Ia buku yang telah lama. Laammaaa...namun, masih dapat telus dipraktikkan. Teringat dulu, perbualan dengan seorang rakan,

"Jie kalau tahap ni, jie takleh baca terus dari Al-Quran lagi, kena banyak baca buku, tengok macam mana buku tu ambik ayat-ayat Al-Quran buat dalil untuk sesuatu hujah.."

Kata-kata itu diturutkan. Semakin banyak buku2 yang dibaca, bukan sekadar mengambil fakta, namun memandang bagaimana cara melihat Al-Quran itu sendiri.

Namun pada suatu masa tiba, hati lekang rasa tak mahu membaca apa-apa, hanya kesedihan yang ada. Terasa ingin mengamati sendiri kisah2 Al-Quran ini. Hari demi hari, banyak helaian terjemahan yang diselak sendiri, mengharapkan pemahaman sesuai dengan peristiwa yang menimpa diri.

Sekian masa tiba, Ustazah aku cakap pada suatu hari, tentang muallaf yang baru masuk Islam, dan nak baca terjemahan. Boleh ker?

"Ramai yang takut nak baca terjemahan, takut tersalah tafsiran, namun jadikanlah Al-Quran ini sahabat baik, bawa ke mana-mana, bersahabat dengannya. Jika tak mampu baca lagipun, bawalah, berkenalan dengan dia. Satu hari, pasti rasa hati nak bukak, untuk orang-orang biasa, takan kita nak baca sebut ulama tafsir sana, ulama tafsir sni...memang penting semua tuh, namun bacalah, mintak pemahaman dari Allah, Allah akan bagi pemahaman yang sesuai untuk kita mendapat penyelesaian sesuai dengan kehidupan kita."

Mungkin itu sebenarnya, suatu huraian yang perlu, untuk secebis nasihat, yang diterimaaa lamaaa dahulu, 'Bacalah Al-Quran, pasti dapat ketenangan...'

Sometimes, I am a 'how to' person, I need steps. Bersabar saja dalam memahami agamaMu Ya Allah. Aku hanya orang biasa, orang awam, dalam banyak orang awam. Pendidikanku, diriku, banyak berasal dari pemahaman yang mengutamakan dunia semata, sekular, dan mementingkan diri. Itu yang aku risaukan sebenarnya tentang diriku.

Berbalik kepada sejarah kehidupan. Sejak bila aku terpikir nak pikir pasal hidup? Lepas aku hilang hiduplah :) Aku nak hidup kembali ........... 17,18..detik2 awal.

Pemikiran2 yang membangkitkan diri, lebih banyak berpihak dari semangat2 hidup berlandaskan jiwa barat. Banyak kisah hidup dan kata-kata mutiara dan pujangga yang dikutip dari insan2 sebaris, Abraham Lincon, Napolean, Mathama Ghandi, Dale Carnegie, Dr Schwartz..dan blablabla lagik... Tokoh2 ini jugala, yang menjadi rujukan ramai pakar-pakar motivasi.

Maybe becoz they provide steps and examples yang bersesuaian dengan dunia kini...Di awal2 belajar tentang hidup, tiada dalil, tiada hadis Rasul yang dibawa sebagai bekal...

Suatu hari di kelas tafsir, topiknya lebih menumpu kepada pembangunan diri, yang sesuai dengan diri sendiri...

Aku cakap kat ustazah .."Ya, mungkin ada jgk orang yang membina diri, tapi bina dengan matlamat dan cara yang salah..."... Itulah kita yang membina diri, bagi memenuhi acuan dunia semata-mata.

Pernah diri terasa mahu ke kerohanian semata-mata. Namun jiwa ini jiwa fakta dan analisa. Diajar logik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Buku-buku barat masih dibaca, namun mula ditanda, dengan prinsip2 Islam yang diterapkan. Barat penuh dengan huraian...yang menjamu minda dan memenuhi logik, namun Islam tetap di jiwa, kerna ia menyediakan satu prinsip2 kehidupan yang sangat lengkap untuk kehidupan, cuma perlu bantuan untuk diolah dengan lebih ilmiah oleh guru-guru agama. Terpaksa aku akui, ilmiah itu yang menarik aku kepada Islam yang sebenarnya.

Baru-baru ni, tgok kat # History, pasal our life camne akan ended. Terkedu kita lihat kajian mereka, yang membenarkan ayat-ayat Al-Quran kita. Kita cetus tahu, kita hanya menunggu satu pekikan sahaja utk menamatkan riwayat semesta ini.

036:029 (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.

036:049 Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan memb
inasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).

036:053 Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan

:042 Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur.

054:031 Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.


Namun kajian mereka barat, yang seolah2 mengolah kebenaran ayat-ayat ini. Matahari semakin mengembang....suatu hari akan meletus (cam belom pecah) ...membakar semua planet2 yang melingkarinya. Ditambah lagik dengan adunan visual memberi satu gambaran ttg apa yang bakal menimpa. Kelu lidah takkala melihat semuanya hilang dalam visual tersebut, yang tinggal hanya gelap yg sunyi sepi.

Penat mencatur aku orang awam, dalam memilih bahan bacaan, dan juga perkara-perkara yang perlu dijadikan pegangan. Sedang diri sendiri kalut mencatur diri, bahagian mana yang perlu dirubah, bahagian mana yang perlu diupgrade, bahagian mana yang perlu dicantas terus, dunia dan persekitaran, terus menyumbang kepada kekeliruan.

Walau kita orang awam, namun kita tetap ada akal dan hati. Akal yang boleh berfikir tentang keesaannya, dan hati, yang sentiasa telus dalam ingin berpatah balik kepada fitrah asalnya, iaitu kebaikan semata.

Dalam hidup, banyak perkara, yang perlu kita catur sendiri. Sampai bila, kita nak mengaku, aku tak tau agama. Sedang agama tak pernah terpisah dari kehidupan. Sampai bila, setiap perkara dalam diri, hendak dihalakan kepada tokoh2 penasihat agama. Mereka sendiri ada banyak lagi urusan2 besar daripada ingin menguruskan urusan diri kita.

Lihat kembalilah diri, banyak rahsia yang boleh dirungkai darinya. Carilah kebenaran, dan keadilan kerna akhirnya, pasti bertemu akan Islam. Pelajarilah Ilmu alam, sejarah, sains, apa saja...Ia semua perlu untuk kita rangkul bersama, dalam membuat satu keputusan.

Seperti kisah pembunuh 99 orang, dibunuhnya seorang lagi. Genap 100. Setakat itulah mungkin ilmunya dalam mengurus kehidupan. Sebanyak itulah mungkin nafsunya dalam melakukan pembunuhan. Namun hati dan niat tetap ingin kembali padaNya. Inilah kisah yang aku dengar dari kanak-kanak, namun ia kisah yang memotivasikan diri ini, untuk terus hidup dalam mencari Allah.

Setakat mana yang ku tahu Ya Allah, ku gunakan dalam menjalani urusan-urusanku, Aku telus yakin, Kau sediakan dugaan yang sesuai dengan tahap buat aku kini. Aku tak diduga seperti tokoh2 agama, namun aku ada dugaan aku sesuai dengan diriku saat ini. Dugaan yang mungkin dilihat biasa saja, oleh orang-orang besar sana, namun setakat ini lah aku, dalam menjadi yang terbaik sebagai salah seorang makhlukMu..

Hidup yang ku jalani, smakin lama tampak smakin sukar untuk aku tempuh sendiri. Namun semakin menarik untuk diamati dan untuk ditempuhi. Ia menarik Ya Allah, jika Kau ada, di bersama-sama kami dalam menempuh hidup ini dan menguruskan urusan2 kami. Bersama-sama kami Ya Allah, AKU sangat perlu bantuanMu, untuk menumpaskan nafsuku....

Jadikan kami pencinta kebenaran dan kebaikan, dan maafkan dosa2 kami...Berikanlah petunjukMu, semoga kami, menjadi lebih baik dari hari ke hari...dan berakhirnya hidup kami di bumi ini, dengan pengakhiran yang baik..


Monday, November 09, 2009

Mengharungi.

Kadangkala, untuk menyelesaikan sesuatu permasahalaan, kita perlu keluar dari masalah tersebut, dan melihat diri kita sendiri sebagai seorang yang perlu dibantu. Keluarlah sebentar, duduk di sana, caturlah nasihat dan penyelesaian. Siapa lagi yang paling mampu, jika bukan diri sendiri, kerna semua fakta tentang diri hanya diri sendiri yang paling mengetahui.

Jika kita terus di dalam masalah, kita akan terperangkap dan terus terperangkap, kerna sering dikabur emosi dan perasaan. Yang hanya melambatkan penyelesaian.

Pabila keluar, kita akan menyedari, masalah kita tak sebesar mana, ia hanya satu kisah dalam kehidupan, yang penuh dengan penyelesaian. Di sini, kita akan berupaya mengabaikan emosi dan perasaan, kerna kita sedang fokus kepada penyelesaian.

Jadilah motivator terbaik pada diri, pohonlah ilham dan kekuatan dari Allah, kerna setiap dugaan sememangnya sudah ada penyelesaian. Bergantung kepada kekuatan yang Allah beri pada kita, untuk melihat dan mendapatkannya.

Tajamkanlah akal, dan luaskanlah pengetahuan.

Kadangkala, dalam mencari penyelesaian, kita perlu lebih pengetahuan. Selalu jua, masalah itu akan lenyap bersama pengetahuan :)

Pengalaman, sememangnya mematangkan. Setiap peristiwa yang mungkin pedih dipandang mata sekarang, sebenarnya ialah satu keindahan yang akan dikecap. Redhalah kerana ia satu ketenangan. Bersabarlah jika belum mampu redha.

Mencari penyelesaian juga, adalah satu proses yang menarik untuk dihadapi. Setelah ia selesai, maka berjayalah diri dalam mengharungi satu sesi lagi. Bersedialah pula untuk diduga lagi.

Dalam mengharungi setiap sesi, dalam sedar tak sedar, kita sedang membina diri, menjadi lebih bijak dari kini. Kita juga sedang menambah nilai baik dalam diri. Setiap sesi, akan lebih mengajar kita menghargai, apa itu kesabaran, apa itu kejujuran, dan apa itu keikhlasan.

Di akhir masa, menjadilah kita, manusia yang kaya budi. Ia hanya dikecap setelah menerima hakikat akan lumrah kehidupan yang perlu diharungi. Ingatlah, biar pahit kini, ia akan berakhir jua, di satu masa, dengan penuh kemanisan hasil jerit payah derita diri dan perasaan yang ditanggung kini.

Mata kita diletakkan di depan, untuk mengingatkan, teruslah maju demi masa depan. Dan sebagai seorang Islam, adalah satu tanggungjawab untuk kita bersangka baik dengan Tuhan. Allah tak pernah mempersia-siakan doa hambaNya. Allah sering tahu, kesusahan-kesusahan yang dialami hambaNya.

Ingatlah, untuk setiap sesi. Terima hakikat apa saja yang sedang menimpa diri. Kadangkala, hakikatnya kita berasa kita beruntung, kadangkala hakikatnya kita berasa kita rugi. Namun caturan Allah lebih besar lagi. Ingatlah, Pengetahuan Allah itu Maha Luas. Apa sajalah yang kita ketahui kini? Masih banyak rahsia alam, yang hanya Allah Mengetahui. Sedang kita, hanyalah satu kejadian kecil untuk melengkapkan proses di alam ini. Dalam banyak perkara, kita masih belum mengetahui.

Disebab itu, percayalah sepenuhnya pada Allah dalam menguruskan urusan-urusan kita di bumi. Ilhamnya sangat perlu untuk kita terus menghadapi hidup ini. Dan ingatlah jua, walau perit, pilihlah yang kekal. Pilihkan untuk majunya diri, beserta majunya nilai-nilai baik dalam diri. Jangan diikut rencah dunia, yang sekular dan mementingkan diri sendiri. Itu jalan mudah, namun di akhirnya payah. Tak kita lihat untungnya dunia atau diri kita. Kenallah erti kejayaan dan kebahagiaan yang sebenarnya untuk dimiliki.

Allah pasti menghulurkan bantuan kasih sayangnya buat diri. Allah pasti, akan mengangkat segala kedukaan dalam hati. Allah pasti. Percayalah pada Allah, percayalah pada diri. Dua perkara ini paling penting dalam mengharungi.

Ya Allah, di saat kami meminta bantuan, kami seringkali tahu, Kau pasti menghulurkan. Kami pohon ampun, atas segala kesalahan, angkatlah beban2 dosa yang memberatkan jiwa ini Ya Allah. Sekali lagi kami pohon kau permudahkanlah urusan-urusan kami, dan beserta dengan kami Ya Allah, dalam mengharungi.


Sunday, November 08, 2009

Melankolik Metafora

Kasihmu bak badai datang menjulang,
Hujan lebat menimpa bak tetamu tak diundang,
Datangmu terkejut tak dapat dihalang,
Habis melambung rumah dan tanah
Dilencun digalang,
Meninggalkan bumi berbekas gersang,
Walau muncul pelangi indah senang dipandang,
Namun ia pergi segera hilang,
Tiada lagi hujan tumbuh di bumi yang mengharap,
Hanya kemarau mengisi panas tersirap...

Kasihku umpama hujan di khatulistiwa,
Kadangkala melimpah, kadangkala meruah,
Kadangkala sedikit, kadangkala dalam, kadangkala cetek,kadangkala kelam,
Diharap datang ia datang,
Diharap hilang ia hilang,
Meresap jauh ke dasar bumi,
Harap tumbuhlah fauna menghijau dipandang,
Walau tumpahnya ia ke dasar yang tak pernah memandang...

Kasih Allah jua yang bertepatan,
Walau sinar hangat menyinga,
Bersinarnya ia memberi tenaga,
Umpama matahari yang tak pernah bosan,
Dalam bersinar menyeri siang,
Bersilih ganti dengan sang bulan,
Penyeri malam sejuk memandang,
Sinar itu tak pernah hilang,
Memaut cahaya dalam kegelapan,
Berserta sama si bintang senang,
Berkelip setia,
Menemani hamba Allah,
Si makhluk,
Sang insan,
Dalam mengharungi,
Sebuah...
KEHIDUPAN

Friday, November 06, 2009

Just a reminder


November 15 on HISTORY # Astro


Lagu kakak nyanyi

Tadi masa aku dok merenung-renung. Kakak aku kata, "Jie, kakak ada lagu buat jie.."

Lepas tu kakak nyanyi....




Aku insan yang lemah
Hanya mampu berserah
Ingin sekali bertemu
Untuk melepas rindu

Masih tertanam kini
Hatimu di hatiku
Malam yang sepi begini
Gementar hati ini

Ingin kuhapus namamu
Tapi tak berupaya
Bilakah dapat bertemu
Dengarlah rayuanku

Hati bergetar (bergetar)
Jantung berdebar (berdebar)
Aku merindumu
Setiap waktu


kuh kwang2 aku gelakkk...sungguh nyanyi sampai habih lakss tuh...fahim pun gelak2 skalik..keh kehh...

Apa2 laa..tapi aku mmg nak gelak, tuh yang mai search sat kat you tube lagu rohana jalil tuh...

Lawak la kak, masuk la rancangan jangan lupa lirik tuh kakak pandai nyanyi...kikiki...

Esok aku gi kl jap. Teman ayah. Rancangnya nak jumpa ida ngan baiti skalik...Harap2 bertemulah...:)

Nur kasih, baru lepas tgok tadik...tadi rasa cam nak kuar...tapi rasa cam tak perlu...ayah aku pun bukannya bagi...Tgok la nur kasih tu....aku nih dah malas plak nak tgok citer nih, dok kesian kat nur, tak habihs2 lagik la kesah dia tuh...sian asek sedih ja. Cerita puteri bunian pun dah habih dah, lega rasanya, lepas nur kasih ni rasa dah tanak layan citer melayu lagik dah, tambah2 lagik bab kawen2 nih...Cerita bunian tuh moral dia baguih. Sungguh. Nanti tgok la kot2 rajin aku cerita la. Baguih la untuk budak2, jangan lawan cakap mak bapakk moral terbesaq citer tuh utk aku....

Berbalik kat citer nur kasih nih la. Rasa cam hopeless tgok konflik aliya ngan aidil yang sebenaqnya tadak apa2...

Namun, begitulah, dalam cerita, kita sendrik boleh tgok, how emotions, ego and insecurity play as important factor in our life yang contribute kepada conflik yang seharusnya tidak berlaku, jika tiada faktor2 sebegini.

Cam aliya ngan aidil tuh. Kesian. Sampai dah berpisah seketika dah.

Kakak aku cakap, tuh la aliya tuh, dia kene pikir siap2 seblom dia kawen dlu. Dia orang bandar, dah kawen kene duduk ngan aidil kat kampung.

Tapi sebetulnya aliya tuh bukan berkonflik pasai hidup kat kampung. Tuh sacrifice yang dia buat kat husband dier. Sacrifice + konflik :
- dier tak sehebat nur amina dalam melayan mak mentua dier.
- aidil suka kat nur amina (dulu)...so dier rasa husband dia sebenaqnya ada pendam rasa cinta kat orang len, tak sayang dier sepenuhnya... (nampak dalam doa dier, 'Ya Allah, sanggup dier menipu aku').
Namun, suma ni hanya menda2 yang dia rasa. Rasa sampai dalam sangat. Nak rasa-rasala..tapi takyah la dalam2...Pasal mak mentua dier tuh, biaq je la. Mak dier ok, sayang ja kat dia. Pasal nur amina tuh, aidil dah terang dah kat dia. Dia yang tak setelkan menda tuh, n still pendam dalam hati.

Apaer lak insecurity aidil? Aidil mmg rasa dari dulu, dia tak cukup layak untuk aliya, sbb aliya kaya, lebih segala-galanya dari dia. So dalam hal ni, dia rasa, punca hubungan ni retak, sbb aliya tak sesuai duduk kampung. Yang semata-mata sangkaan dia. Pasai duduk kat kampung tuh leh handle....klau takde konflik2 lain dalam aliya tuh. Lagipun he is a man, a provider sepatutnya, mentua kasi keta besar, man with ego...sah2 la malas nak accept suma tuh...cam dia tak mampu lak nak provide kebahagiaan kat wife dier sendrik. Tapi accept je la, rezki Allah tuh, cuber ikhlas skit dengan ujian Allah ni. hadoih.

Selalunya dalam konflik, perempuan ni, tak stabil, campur aduk semua menda, apa yang dia rasa dlu2...sampai la skang. It just about one feeling yang hadir, rasa dari percampuran history2 lepas tambah lagik ngan konflik skang.

Sukar sebenaqnya nak pecahkan konflik untuk mencari root cause. Aku sendrik angkat tangan, aku tak bijak sangat dalam handle conflik. Selalunya my emotion flow mmg habis suma menda kuar....so aku nasihatkan diri aku sendrik, seblom aku kuarkan sumer menda, baik aku analyse sendrik...aper sebenarnya root cause dier...

Sayangnya aidil ngan aliya sbb,

Aidil rasa puncanya sbb aliya tak sesuai ngan dia.Cam nyusahkan aliya lak kene duk kg.

Aliya rasa puncanya sbb aidil bukannya suka ngan dia sangat pun.

Nak bincang apanya klau punca pun salah. Dalam keadaan ideal, aidil kene hapuskan la rasa tak besh wife die kaya tuh. Dah takdir Allah letak ujian gitu, Allah letak kesenangan di luar, tapi ujiannya dari segi emosi dan ego dalam diri. Aliya plak, kene bersangka baik, tak leh de prasangka. Siti Sarah tuh anggap je la budak kecik yang bawak2 citer..Aliya, you should have the 'forgive and forget' attitude.

Trust each other.

Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan dalam satu-satu perhubungan, samada yang berbentuk personal mahupun profesional. Bila ada kepercayaan, prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi. -Pahrol Mohamoad Joui, dalam artikel 'Dipercayai Lebih Utama Dari Dicintai'

Lagik besh klau hurai citer adam ngan nur. Konflik adam yang lagik la merapu. Dah2 la tuh.

It just make me see. How the forgive and forget attitude is very important utk seorang perempuan. Sbb perempuan salu teringat2 ngan banyak2 menda. Perempuan jugakla, yang salu mengeluh, yang salu mengungkit tentang perkara2 lepas...Sukarnya utk ikhlas dalam melaksanakan kewajipan sebagai seorang isteri. Lelaki pun mungkin ada, tapi aku rasa banyaknya pompuan camni. Laki dia cepat lupa, dah tak ingat dah pun kadank2..

Bila kita renung balik, agama kata, bila kita kawen, kita dah tunaikan separuh dari agama.

Mudah ja nampak nak masuk syurga tuh bagi seorang wanita bila tulis .
Wanita yang menjaga solat, puasa, taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Tapi bila hurai, taat pada suami. Inilah cabarannya dalam menunaikan separuh dari agama agaknya.

Bila dua orang dari dunia yang berbeza, ditakdirkan hidup bersama, itulah cabarannya. Memahami, dan ikhlas dengan penuh percaya dalam menjalankan peranan masing.

Baik aku pi write ketas. Haha...ok la...dah. Satgi nak berkemas2 lak ni.

Nek bas trans, kul 9.30 pagi. :)

Thursday, November 05, 2009

Antara Akal dan Hawa

Akal dan Hawa, dua kekuatan yang bertempur di dalam diri kita. Ahli Tasawuf biasa mempertalikan antara hawa dengan nafsu. Tetapi setelah diperdalam, lebih sesuailah nama hawa itu daripada nama nafsu. Sebab tiada semuanya nafsu itu tercela. Ada nafsu yang dinamakan "Nafsul Muthamainnah", nafsu yang tenteram. Ada yang dinamakan: "Nafsu Lawwamah" dan ada "Nafsu Ammarah", inilah yang dipertalikan dengan hawa itu.

Akal selalu menimbang antara buruk dan baik, lalu memilih mana yang baik. Sedang hawa atau nafsu, yang jahatlah yang dipilihnya. Akal selalu mengikat dan menahan, sedang hawa nafsu selalu ingin lepas. Akal membatas kemerdekaan, hawa nafsu ingin merdeka di dalam segala perkara.

Hawa nafsu lebih suka kepada perkara yang mulanya enak walaupun akibatnya kecelakaan. Tidak ubahnya dengan anak kecil yang lebih suka memakan gula-gula walaupun dilarang. Padahal kalau terlalu banyak makan gula-gula, dapat merosakkan kesihatanya.

Akal memikirkan kesukaannya dan kesukaan orang lain, timbang dan rasa. Tetapi hawa nafsu hanya memikirkan yang enak untuk dia sahaja.

Orang yang berakal selalu menyelidiki pendapatnya di dalam suatu perkara yang enak kata nafsunya. Kata Hukama: "Kalau engkau ragu menghadapi suatu perkara, hendaklah dengarkan suara hawa nafsumu. Kalau hawa nafsu suka ke sana, alamat perkara itu tiada baik engkau tempuh. Tetapi kalau hawa nafsu kurang mahu, tetapi baik kata akal alamat itulah yang baik engkau kerjakan".

Akal itu lekas insaf kalau tersesat kepada suatu kesalahan terhadap Allah (S.W.T). Mahu dia bertaubat: tetapi nafsu menghalangi. Kalau bersalah kepada sesama manusia, akal tiada berkeberatan meminta maaf, tetapi hawa nafsu menahan.

Akal memutuskan suatu perkara dengan alasan. Tetapi hawa nafsu dengan syahwat.

Kalau terjadi pertandingan antara akal dengan hawa nafsu, kedua-duanya sama-sama ada pembantu. Akal dibantu oleh Nur Allah (S.W.T), oleh hidayah Tuhan, dan nafsu dibantu oleh fitnah syaitan, oleh gelap iblis. Itulah sebabnya maka orang yang menuruti suara hawa nafsu menjadi engkar.
Dipetik dari sebahagian bab Akal dan Hawa,
Prof Dr.Hamka, dalam bukunya Falsafah Hidup.



Beruntungnya diri,
Andaikata,
Setiap dari kata-kata,
Setiap dari keputusan,
Hasil keberkatan Ilahi,
Yang diberi ketetapan di hati...

Akal mencurah idea kebaikan,
Nafsu mencurah idea kejahatan,
Namun jika kejahatan sudah menguasai diri,
Tak sedar lagi itu nafsu yang sering berkata-kata,
Segalanya sudah biasa, lagi biasa.

Namun kerajaan akal itu,
Masih di situ,
Menanti hari,
Untuk berkuasa semula,
Berilah ia peluang,
Dengan menambah amal menajam akal,
Memohon pentunjuk dari Ilahi.

Kerajaan nafsu,
Ku harap kau tetap di situ,
Kerna kau sebahagian dari diriku,
Namun duduklah kau tanpa kuasa...
Kami berharap Allah,
Mengurniakan kami ilham,
Untuk byk melakukan amalan,
Yang dapat melemahkan tentera-tenteramu,
Dengan itu lemahlah kerajaanmu,
Lalu tak dapat lagi bersuara menguasai diri....

Setiap hari,
Kami bertempur,
Pertempuran yang lebih hebat dari perang segala perang,
Untuk memastikan,
Diri ini, dikuasai kerajaan yang sepatutnya...

Biarlah sulit,
Biarlah perlahan,
Itu tetap nasihat pada diri kami,
Dalam meniti,
Sepenuh kebaikan pada diri....
Demi menjadi hamba Allah yang sejati...

Wednesday, November 04, 2009

Melangkahlah!

Hidup. Kaki melangkah. Tanpa henti. Sampai,, nafas berhenti...

Kita tidak pernah tahu, di mana kita nanti. Jangan cuba ingin mencari, kerana jawapan yang tepat itu, tidak akan kita ketemui hanya dengan berfikir dan merancang tentangnya.

Hidup. Kaki akan terus melangkah.

Melangkah. Walau sederap. Walau satu permulaan. Adalah satu bentuk jawapan dalam jawapan.

Dalam melangkah, ambillah yang indah.

Dalam melangkah, kita akan bertemu batu, emas, perak, kaca, berlian. Pilihlah, mengikut keperluan. Jika kita bijak, kita pasti akan memilih sesuatu yang sebenarnya paling mahal, paling berkualiti, paling indah, paling bernilai.

Namun untuk mengetahui dan menyedari dengan sepenuhnya, apa sebenarnya, yang paling mahal, paling berkualiti, paling indah, dan paling bernilai, ia juga...memerlukan langkah..

Kita kadangkala menyoal, mengapa ini yang aku kejar? Sedang ini hanya sia-sia, mengapa tidak dari dulu aku mengetahui yang benar?

Tidak perlu menyoal begitu, kerna ia sesungguhnya, sudah berlalu.

Yang patut dilakukan, bersyukurlah, Allah telah membuka satu hijab buat kita insan, untuk memahami secebis lagi makna kehidupan. Secebis makna yang muncul dari yang disebut pengalaman.

Dalam pengalaman, mungkin ia penuh dengan kesalahan, mungkin ia penuh dengan ketidaksyukuran, mungkin jua ia penuh dengan kejahilan dan kejahiliahan. Sekali lagi, ingatlah, ia sudah berlalu. Yang berlalu, tetap berlalu.

Dalam pengalaman, mungkin ia penuh dengan usaha tulus murni, penuh dengan kesabaran meniti, penuh dengan kejujuran dari penuh hati, namun, hanya keberantakan terisi. Sekali lagi, ingatlah, ia sudah berlalu. Yang berlalu, tetap berlalu.

Samada ia baik, atau penuh dengan kesalahan, ia sudah berlalu.

Pengalaman, yang kita lihat darinya, sebagai satu perjalanan dalam melangkah mencari kebenaran. Ia satu cerita benar, yang diceritakan, yang digembar gemburkan dari zaman berzaman, dan kini, kita melihat ia sendiri, berlaku dalam kehidupan sendiri.

Sekali lagi, bersyukurlah pada Ilahi, kerna ia membuka lagi kesempatan untuk kita terus memahami makna kehidupan. Cerita kehidupan yang mulus, lagi telus yang diceritakan dalam kitab suci kita Al-Quran. Ia satu kebenaran, yang membuktikan, kebenaran cerita Tuhan. Sekali lagi, kita mendapat jawapan dalam mencari jawapan melalui langkahan.

Dalam melangkah, teluslah dalam berniat mencari kebenaran dan menghayati keindahan. Janganlah berjiwa seperti anak kecil yang ingin membuktikan diri kepada persekitaran. Kita sudah cukup dewasa untuk menjalani kehidupan dengan penuh kematangan.

Yang dikatakan anak kecil itu, ia suka pada perhatian. Dia suka pada permainan, dia suka tika orang lain melayannya, bermain bersamanya. Takkala dicuit ia mudah melatah, takkala dimarah, ia mudah menangis. Jika perhatian tak diberi, dia mudah merajuk. Tak cukup perhatian tak diberi, perhatianlah yang dinanti, sanggup membuat apa saja, untuk mendapat perhatian manusia kehendak duniawi.

Persekitaran kita berubah, berubah dan berubah. Namun di mana saja kita berada, yang baik, yang kotor, yang jelik, yang cantik, yang tidak ketahuan dan juga jemuan, pasti kita ketemukan. Walau di mana saja kita berlari dan ingin pergi, percayalah, kita akan kembali untuk menemui insan-insan sebegini.

Dunia ini berevolusi, kehendaknya semakin bermacam, kemahuannya semakin pelbagai. Jika persekitaran yang ingin kita penuhi, jadilah kita insan yang keliru persepsi. Tak ada insan yang mampu kita penuhi kehendaknya, yang mampu kita penuhi perangainya. Walau sedaya mana kita, kerna, insan itu tidak statik, ia jua akan berevolusi, dengan kepelbagaian kemahuan dan kehendaknya yang tersendiri.

Jika persekitaran dan insan-insan yang ingin kita penuhi, jadilah kita insan penat dalam lelah. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Namun jangan pula hidup bersendiri, pandangan orang tak dipeduli, hanya pandangan sendiri yang ingin dikatakan berbudi. Orang lain makin dicaci , hanya kita yang benar dalam segala macam dan segi. Kelemahan diri mahu ditutup rapi, kelemahan orang dijaja ke sana kemari. Kelebihan diri dijaja semacam kita yang raja. Kelebihan orang lain, habis dicerumbui, dan hanya ingin mencari jalan memperlekeh sahaja.

Jika jalan hidup sebegini yang menjadi cita, jadilah kita, insan bodoh lagi sombong yang tidak terkata. Ketakutan penuh dalam diri, namun diluar sangat berlagak berani. Jadilah kita, musuh kepada bayang kita sendiri. Sudahlah hidup bersendiri, dikejar hantu pula, yang jua bayang sendiri. Alangkah rugi!

Ingatlah diri, sebagaimana dunia ini berevolusi, Al-Quran itu ada untuk sentiasa kita mengkoreksi diri, dan memahami penceritaan dari Allah Yang Abadi. Pencipta itu tahu, kitab itu sesuai sebagai panduan untuk sepanjang zaman.

Duduklah selalu, dengan persekitaranmu. Tanpa membenci, namun memahami. Pengalaman-pengalaman yang terabadi, lihatlah sebagai satu karya berharga, kurniaan Allah, supaya hambaNya, memahami benar penceritaanNya tentang dunia yang fana. Allah membenarkan diri kita mengenali, dan memahami, tentang kebenaran dan kekuasaanNya, melalui pengalaman itu sendiri. Dari mengenali, dan memahami, akan wujud mencintai. Bukankah itu yang kita inginkan? Bukankah itu yang selalu kita doakan? “Ya Allah, izinkan aku mencintaimu...tumbuhkanlah rasa cintaku padaMu, dan cintailah aku. ”

Allah itu dekat, dan selalu memakbulkan doa kita. Sekali lagi bersyukurlah, kerna Allah, telah memberi kita satu peluang yang sangat dicita. MENCINTAINYA.

Jadikanlah Allah tujuan hidup kita. Biar di mana saja kita dituju hala, hanya kehendak Allah yang paling utama. Maka, jadilah kita, insan paling selamat, walau bagaimana dunia ini berevolusi, walau seperti mana, persekitaran yang datang menghinggapi.

Janganlah bentak dalam lali, menjadi insan yang berlari dari berfikir. Berlari kepada hiburan yang mengilai gusi, berlari yang kononnya untuk mententeramkan diri. Tenteram itu dari damai di sisi, malaikat di sisi. Bukan bersama musuhmu yang diciptakan dari api. Jika yang lali itu dianggap hiburan, sungguh, sucikanlah diri wahai diriku. Engkau telah terjebak dalam lakonan2 para-para musuh adam.

Berfikirlah, berfikirlah, kerana ia anjuran, berkoyan-koyan ayat Al-Quran, kitab agung untuk semua zaman itu berpesan, ‘bagi orang-orang yang berfikir’. Hayatilah nikmat akal yang hanya dikurniakan buat manusia dari Tuhan!

Namun dalam berfikir, insaflah wahai diriku. Allah Maha Tahu, engkau tidak. Allah Maha Bijak, engkau jauh dari situ. Jangan menggapai terlalu jauh, untuk mencari makna yang terlampau sukar untuk pemahamanmu. Teruskanlah melangkah, kerna akan tiba masanya, untuk kita fahami lagi, erti jawapan dalam jawapan itu.

Allah akan memberi cukup pemahaman buat kita, untuk kita terus melangkah sambil menerapkan ilmu yang ada ketika itu. Ia cukup, kerna Allah telah menilai, telah menimbang, antara berat dan ringan. Ia ujian, yang sudah ada jawapan. Ia soalan, yang sudah disiapkan skemanya. Allah turunkan, buat kita, untuk melaluinya dalam langkahan kita. Penyelesaiannya sudah tersedia sayang...penyelesaianya dan hasilnya yang dari Allah itu, sudah ada disisiNya.

Disamping usaha, kita ada bekalan tawakal dan doa. Itulah nikmat, yang agung, bagi insan Islam. Kita ada tawakal dan doa. Suatu yang kita tidak dapat lihat dari mata kasar. Suatu yang perlukan keyakinan yang mantap dan abadi. Keyakinan, dan kemantapan yang akan terus bertambah yang akan kita perolehi, kesan dari keberanian dalam melakukan langkahan yang berani, menepis ketakutan yang menyisipi.

Teruskanlah melangkah wahai insan. Wujudkanlah langkahan, setakat mana penafsiran yang tepat, sesuai dengan ilmu dan sikap kita ketika itu. Jangan ditoleh lagi, kerana yang berlalu tetap berlalu. Jangan direnung lagi.

Masa lalu, tutuplah ia serapat mungkin. Lupakanlah kisah, kerana hikmah telah disingkap sudah! Ia sudah terlukis, indah di situ. Ia sudah ditenun, dan menanti untuk ditenun lagi.

Masa depan, rancanglah wahai diriku. Namun, berpeganglah pada kata-kata yang telah kita bincangkan itu. Walau sebijak mana diri kita sekarang, di masa depan, kita menjadi bertambah bijak dalam memahami makna kehidupan, pabila ditoleh, diri kita yang lalu, tidaklah sebijak hari ini.

Kebijakan itu, pencarian hikmah itu, hanya akan berlangsung, dengan yang dikatakan langkahan.

Hari ini, manfaatkanlah, seolah-olah, hanya ada hari ini untuk hidup ini. Setakat mana ilmu kita, setakat mana kebaikan sikap kita, setakat mana keburukan kita, yang sangat cuba dihapuskan itu, terimalah dengan seadanya. Walau seburuk mana kita hari ini, inilah kita, yang berperanan sebagai khalifah di bumi. Title itu takan pernah hilang, kerana itulah kewajipan.

Walau seburuk mana kita, title itu tidak pernah hilang! Ia untuk mengingatkan kita, walau sebagaimana hancurnya kita disisi manusia ketika ini, kita tetap khalifah di bumi. Title yang Allah suburkan dalam kehidupan kita, supaya ia lekat kekal dalam pemikiran kita.

Khalifah itu, bertanggungjawab orangnya, berhati besar hatinya, tulus mulus peribadinya, ikhlas, jujur dan sabar mengisi hidupnya. Biar dirimu di saat hancur, ingatlah, itulah pangkat yang Allah tetap beri, supaya kita sentiasa mengingati, walau sebagaimana hancur hari ini, esok ada untuk berusaha lagi, untuk melengkapkan satu misi.

Biar bederai, hancur berkecai, habis kusut masai, segala yang dicita, bukan pemikiran itu yang patut dilekatkan di sisi otak dan akalmu. Allah tak pernah menyuruh kita mengambil hikmah ke situ. Berjiwa besarlah, wahai diri-diri insan, dalam menempah satu episod yang dikatakan kehidupan.

Melangkahlah!

Jika ada tangisan membawa persoalan, seolah yang tiada memahami, seolah yang tiada sesuai untuk bicara hati, bergembiralah diriku, kerna ia masa kita meluangkan masa bersama kekasih kita Tuhan yang Esa, bicaralah sepuasnya! Menangislah sepenuhnya!

Jika bahan bacaanmu terus habis tak membawa kedamaian, bergembiralah diriku, kerna ia masa kita meluangkan masa bersama sahabat terbaik kita, iaitu Al-Quran. Al-Quran yang Allah bekalkan untuk kita sepanjang perjalanan. Pohonlah ilham sesungguhnya dari Allah, untuk memahami, dan mendapat kedamaian hati, akal dan fikiran!

Jika seolah tiada insan, yang ingin dijadikan pedoman, bergembiralah diriku, kerna ia masa untuk kita meluangkan masa, menggali peribadi Rasulmu, yang peribadinya indah, paling indah, walau zaman tetap berubah, dan terus akan berubah, Muhammad tetap akan kekal, nombor satu, sebagai yang paling indah, dalam semua keindahan!

Apa lagi bekal yang kau nantikan wahai insan? Semuanya sudah cukup tersedia dalam keindahan.

Melangkahlah, berhenti hanya pabila nafasmu terhenti!


Tuesday, November 03, 2009

Di Sebalik Cinta Dan Tawakkal

Seperti yang saya pernah sebutkan, hidup ini adalah kembara merentasi benua yang mencabar. Ketakutan dan cabaran menghambat kita di mana-mana. Namun Allah menyediakan berbagai bekalan kekuatan yang jika dihayati, diselami dan dihirup ke dalam urat nadi akan menjadikan insan sabar dan yakin dalam meneruskan kembara ini.
Antara bekalan yang disediakan ialah solat, terutama di qiyamullail. Esakan dan tangisan rintihan di malam yang sunyi adalah NIKMAT yang tidak gambarkan. Airmata rintihan dan pengakuan diri di hadapan Allah atas kelemahan dan dosa, juga pemohonan atau doa agar diberikan limpah kurnia, itu semua adalah kenikmatan yang tidak dapat difahami melainkan sesiapa yang merasainya. Dalam sebak tangisan itulah insan merasai nikmat menghambakan diri kepada Tuhan Yang Maha Agung. Itulah bekalan dalam merempuh cabaran dan dugaan hidup.

HIDUP INI JIKA ALLAH BANTU KEAJAIBAN AKAN BERLAKU. Percayalah kepada doa dan tawakal, di samping berusaha menurut prinsip-prinsip agama. Apabila Allah menolong kita tiada siapa lagi yang dapat melakukan apapun. Pertolongan dan kurnia Allah itu boleh menjelma dalam berbagai rupa dan bentuk, cuma kita yang selalu jahil untuk memahami kemakbulan doa yang pernah diminta.
Banyak ungkapan doa yang mengandungi erti yang hebat yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Tidak perlu ajaran tarekat yang sebahagiannya mencipta wirid dan zikir rekaan, sehingga melupai keindahan wirid dan doa yang sahih yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Antara ungkapan doa yang amat menarik jiwa saya ialah doa yang baginda s.a.w ajar:
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Setiap kali ada kesempatan yang baik, di tempat yang baik dan di waktu yang baik, saya sering mengulangnya, walaupun entah kali ke berapa ratus atau ribu sekalipun. Ya! Jika Allah yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian mana-mana insan. Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kita sering menjadi mangsa. Jika bergantung kepada diri semata, banyak perkara yang kita akan gagal mengendalikannya. Namun, apabila kita serahkan agar Allah membantu, tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, keajaiban hidup akan berlaku.

Usaha adalah tuntutan kehidupan, namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan dan kesejahteraan. ALLAH BOLEH MENGATUR PERJALANAN INI APA YANG DISANGKA TEWAS OLEH MANUSIA, TETAPI KEJAYAAN YANG BERLAKU, APA YANG DISANGKA KECEWA OLEH MANUSIA, TETAPI KEBAHAGIAAN YANG MEMENUHI JIWA.
Ajaibnya cinta, ajaibnya tawakkal. Semoga Allah tidak meninggal kita semua dalam merentasi kehidupan ini!

Sebahagian dari artikel :
Di Sebalik Cinta Dan Tawakkal
Disiarkan pada Oct 18, 2009 dalam kategori Ibadat
Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin