Wednesday, January 14, 2009

I'm no longer a blogger...

Its been hard, to say so..

I will stop writing.

This blog masih ada viewer setiap hari...jika dulu, ia diupdate seminggu entah berapa kali. Dah mingling, since disember lagik, by rite...puisi tahun baru tuh adalah post terakhir.

Penulis tetap penulis. Penulis tidak akan berhenti untuk selamanya, sama jugak macam penyanyi dan pelakon. Kenyataan untuk berhenti berlakon/menyanyi tuh hanya seketika. Lepas tuh mereka akan muncul kembali, samada dengan konsep yang baru? atau ? apa saja, tetapi jiwa itu sudah sebati dengan lakonan dan nyanyian.

Life is a journey, had tought me too many things. I've learn a lot from this blog. Sangat banyak. Blog ini sangat membantu pembangunan diri sendiri. Susah nak lepas ni. Tapi kena lepas jugak kali ni. Sudah tiba masa. Mungkin hanya untuk seketika. Tapi masanya sudah tiba.

A very big apology, andaikata life is a journey ada menyebut banyak nama2 tertentu yang membuatkan mana2 pihak terasa hati atau seangkatan dengannya. Hal ini kerana, life is a journey hanya menyentuh kisah realiti kehidupan, jadi objek untuk dihurai itu juga sesuatu yang real dan wujud di alam maya.

Life is a journey tidak pernah berniat, selain, mengajar penulisnya apa itu erti hidup, dan generasinya, apa itu erti hidup. Dan hidup bagi life is a journey, tidak hanya merangkum hidup dunia, tetapi sampai syurga.

Blog ini tidak di-linkkan secara besar-besaran dan wujud dalam komuniti web secara besar-besaran, kerana ia hanya bertujuan dan untuk dikongsi oleh keluarga, dan rakan-rakan terdekat. If let say, ada yang terjumpa, namun tiada sebarang perhubungan jelas dengan penulis, ia mungkin satu takdir Allah, so that perhaps you have taken something useful dari sini.

Life is a journey sangat berharap, agar post2 di paparannya dapat diamati dari persepsi positif dan pembaca berfikir sendiri dan mengambil iktibar dari setiap peristiwa kehidupan yang dibentangkan. Setiap peristiwa itu, ada negatif dan positifnya, dan life is a journey sangat menganjurkan, pengambilan sudut2 positif untuk setiap individu.

I'm no longer a blogger. =]

Jadi blogger =] hanya blogger saja yang tahu bagaimana perasaannya. Tambahan lagi blogger yang menulis kisah2 benar dan membiarkan segala pandangan, kritikan, pujian, dan entah apa2 lagi dilemparkan pada diri. Wonderful feelings.Segalanya bercampur =]

"Your blog helps me to know you better". Namun mengenali dengan lebih baik itu kadangkala tidak perlu. =] Itu bukan salah satu tujuan Life Is A Journey puns, namun secara tak sengaja, ia berlaku...of course kan!

Now my blog, i'm ready to release you. And I love so much...harta dunia aku yang berharga. I hope I will be coming back, so that we can work on things together.

For readers, thanks for all the support given! Thank you very much! =]

Sunday, January 11, 2009

Langkah Pertama...

Pagi tadi, tak sempat nak sarapan, so dalam pejalanan pegi kelas, gi beli pau ngan AIR MILO tin. Balik dari kelas dah lapar. Plan nak goreng nasik jek pun cukup la arini. Singgah kat newplus, beli YOGURT BLISS.

Lepas makan nasik goreng, baru terperasan, aku mungkin telah membantu pertumpahan darah saudara Islam di Palestin, dengan menyumbang RM4.10 kepada NESTLE.

Semoga aku lebih berhati2 selepas ini.

Sedang aku menulis, aku memantau sekeliling - Laptop aku, CORE 2 Duo INTEL inside. Henset aku, NOKIA.

Entah berapa banyak sudah aku menyumbang, sedang untuk sumbangan tabung aman Palestin, sumbangan aku sungguh tidak seberapa.

Untuk barangan2 yang ada alternatif lain, wajar kita gantikan. Namun untuk sesetengah barangan lain, terpaksa kita akur, kita bangsa yang banyak bergantung kepada mereka. Hal ini tidak dapat diselesaikan melalui boikot sahaja, namun kita perlu, menyediakan alternatif dan penyelesaian disebalik impak memboikot ini.

Setakat mengorban selera PROSPERITY BURGER, aku tak kisah. Setakat tidak bermandi dan berbedak dengan JOHNSON n JOHNSON aku tak kisah. Namun aku juga perlu mengkaji kembali barangan2 yang bermutu dan berkualiti seumpama ini untuk mengantikan produk2 yang bakal diboikot. Semoga negara - negara Islam semakin banyak menghasilkan produk2 yang bermutu dan berkualiti untuk kegunaan umatnya.

LOREAL,LANCOME, MAYBELINE, GARNIER, REVLON, KLEENEX, KOTEX. Aku bakal ucap selamat tinggal. Aku de barang alternatif lain untuk ganti sume ni.

COCA-COLA, NESCAFE, FANTA, SPRITE, MAGGI, MCD memang makanan tak baper sehat yang patut dihindarkan.

Limau SUNKIST? Takpe aku makan limau cina jek nak raya ni.

MILKY BAR, KIT KAT, DANONE, JACOBs, harap aku tak terbeli korang.

Untuk Intel dan Nokia, aku gusar skit. Plan aku klau tuka henset, aku takan amik NOKIA lagi pasni. Intel? Alternatif lain adalah AMD. Sukar utk aku.

Tuh jek barang2 yang aku salu pakai, dan aku kena berkorban skit ni, sebab korang dah terlampau kejam. Islam pun perang jugak, tapi tak kaco kaum wanita dan kanak-kanak.

BERPERIKEMANUSIAAN la sikit. Kita walau apa saja agama, suma de akal,hati dan perasaan. Kita bukan binatang.

Aku pecaya pada kuasa, jika ingin perubahan, ia dimulakan pada diri sendiri. Aku anggap diri aku penting kat muka bumi ni. Apa yang setiap individu tuh buat, memang akan ada kesan kat muka bumi ni. Jadi, bermulalah, dan percayalah, sememangnya MEREKA akan terimpact jika KITA semua bersatu. Ya Allah, kami mohon kuasaMu...

Ku makan enak makanan MEREKA di sini,
Saudaraku semakin ramai menjadi bangkai di sana,

Ku beli pakaian indah MEREKA di sini,
Saudaraku semakin ramai dikapankan di sana,

Ku tatap seronok rancangan MEREKA di sini,
Saudaraku berlinang air mata, menonton ahli keluarga,
Yang pergi meninggalkan dunia,
Selama-lamanya,
Atas nama keganasan,
Yang sangat menggila.

Sebarang sumbangan kewangan disaluran berikut:

Aman Palestin Berhad

(Dana Sumbangan & Derma)

Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880

Maybank Malaysia Berhad: 562263010787

Thursday, January 08, 2009


HAPPY BIRTHDAY KAKAK =]
08 January 2009

Sunday, January 04, 2009

Keywords

Matanglah,
Dalam melalui segalanya,
Matanglah,
Dalam menempuh apa saja.

Rasional lah,
Dalam hidup yang bakal menjelma,
Rasional lah,
Demi kejayaan yang dicipta.

Organize.

Thursday, January 01, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Sekali lagi diri ini melangkah,
Menuju tahun baru yang penuh kepastian,
Tiada payah yang ku temukan,
Kerna hidupku penuh sinar harapan...

Jelas ku nampak pelangi indah,
Di balik hujan yang berhenti...
Sungguh pelangi itu yang ku cari,
Dan kini ku temui...

Tanpa ragu aku meneruskan perjalananku,
Menjadi musafir lalu di bumi salju,
Tiada ku tahu bila hentinya,
Untuk aku menuju kehidupan seterusnya..
Namun inilah hidupku...

Aku sayang akan hidupku,
Aku sayang akan sekelilingku,
Aku sayang akan bumiku,
Aku sayang akan aku...

Diriku,
Selamat menempuh tahun yang lebih matang,
Selamat menempuh tahun keselamatan,
Selamat menempuh tahun kebahagiaan..

Walau diam tiada tuturan,
Walau hanya pandangan tanpa bicara,
Walau yang menentang tanpa pemahaman,
Walau yang datang dengan menghunus pedang,
Aku tetap bahagia bersamaMu Ya Allah Ya Tuhan...

Tiada mampu aku sembunyikan,
Kerna aku umpama bintang bahagia di kayangan,
Yang sentiasa tersenyum bersama seribu impian,
Bersinggah sana bersama Sang Bulan...

Aku hanya ingin bahagia dalam pandangan Mu Ya Allah Ya Tuhan...

Selamat Tahun Baru 2009 =]