Monday, June 28, 2010

Versus

Aku rasa teruja lak nak menulis, pas aku baca post2 aku yang lepas...kelakar, tutup blog la, bukak balik...tutup balik la..haha, baper lama la proses nih nak berlaku...Yang aku tau, aku memang akan menjadi penulis seumur hidup, insyaallah...sama blog ini tutup atau buka...

Aku tgh dengar lagu, menjemput bidadari...satu ari aku dengar lagu nih, dari opis lagik duk dengar, nyanyian Epicentrum. Lagu ni pun kawan opis aku kasi, sebab kami baca buku VERSUS, smalam aku duk baca buku tuh, berombak rasa dada. Dia mula dah rasa hembusan percikan angin panas kat hati...bila dgr panas bukan maksud tak baik...tak tak..serius tak...aku takut korang salah paham lak...tapi aku de rasa semburan tuh kat hati, bila aku teringat something...Aku pun tak tau tuh rasa apa...aku belum dapat baca tanda2 rasa yang hati aku bagi...

Aku rasa heavy baca buku nih...not because of this book, namun sebab kisah2 dia yang ada yang hampir dengan diri aku. Sambil baca, sambil terkenang. Aku, sangat paham, bila dalam buku nih dia sebut pasai perang suara dalam diri, n aku sangat paham, bila dia mention...bukan mudah nak praktikkan teori Islami!

Aku rasa kepenatan yang penulis alami mungkin, dah la kawan tuh dok quote semua buku2 Harun Yahya..lagik la rasa close! Namun, serius, dia banyak baca untuk tulis buku camtuh...serius!

Buku ini tentang perubahan. Bukan perubahan skit2. Namun perubahan dari jahil, smpai baik sungguh! Beb, aku nak nangis dah klau tulis pasai perubahan2 nih...bergenang rasa.

Klau sebut Harun Yahya je, aku pasti teringat, camna aku boleh terbaca online eBook dia. Takde sapa2 kasi aku link atau suggestion untuk baca, namun, Allah yang gerakkan dan takdirkan begitu.

Aku ingat, masa tuh, aku sedih yang teramat (sedih lagik! baper banyak sedih dah..haha..tapi tul yang nih sedeh...takyah la aku citer sbb aper..kisah die panjang, sebab nih salah satu kisah turning point dalam hidup aku).Aku nangis satu malam, sampai bengkak mata2...aku on the way balik KL masa tuh. Bila sampai KL, aku dilema giler..aku pikir banyak, aku jadi letih, aku jadi tak keruan!Blog tutup masa tuh, sebab aku jiwa kacau, means klau aku bukak, n tulis, aku terisau aku tulis menda2 yang tak sepatutnya...satu tak baik untuk aku, sebab memarakkan fikiran negatif bila ada medan, dan lagi satu, tak baik sebarkan menda negatif kat blog. So, tutup je, sebab aku tau aku tak rasio dah saat2 gini..menda2 yang aku rasa patut tulis, memang tak patut sebnaqnya...

Lalu, aku manfaatkan membaca dgn teknologi . Habis semua artikel ngan forum pasai perhubungan dan percintaan aku khatam kat I Luv Islam. Aku cari kekuatan melalui membaca. Aku mencari hikmah sebnarnya! Then, aku still rasa tak cukup...kepala aku masih ligat ngan fikiran2 yang tak putus2...Aku kan pikir banyak..Banyak takper, tapi klau banyak tuh negatif?

Tak ke jadi weng aku?! Saat tuh aku duk pikir2, camne nih, camne nih,aku takleh stop dari pikir menda yang aku nak lupaakan. Saat tuh dapat ilham..."Dengan mengingati Allah, hatikan jadi tenang..."..Aku takleh stop pikir, tapi aku bleh ubah menda yang aku pikir!...

Aku kene pikir pasal Allah!..

Aku mencari lagik, bahan2 bacaan...masa tuh baru je keje, saving pun tak tetap, takde la aku beli buku, aku banyak tenet je...Skali aku jumpa buku kat Harun Yahya, Melihat Kebaikan Dari Segala Hal...Hah, melekat aku kat situ, naik syeih baca...huhu...aku suke gile tulisan2 Harun Yahya...

Pastu aku tgok kat buku2 download tuh, banyak gile buku leh dl free. Full version lagik! Salah satu tajuk yang menarik hati aku, 24 jam kehidupan seorang muslim. Wah! Buku2 camni, aku rasa leh bawak aku ingat Allah. Aku nak tenang~!

Buku dier akan sebut logik! Dan logik yang guna input dari Al-Quran. Hampir setiap statement yang dibuat semua de Versus! Aku rasa maju giler bila aku mula baca buku2 Harun Yahya...satu enhancement yang enlighten me....

Smpai satu masa...aku dah baca beberapa buku dia..ntahla..aku rasa, oo..sebnarnya aku nih banyak salah lagik...Klau baca, bukan kene amal ke? Aku dah baca...mana leh aku takde niat nak berubah puns...

Pada masa yang sama, aku rasa tak stabil kat KL masa tuh, envi baru, aku kene adapt..aku sangat perlu kasih someone, yang ada dekat ngan aku, yang observe aku, yang aku rasa kasih sayang tanpa syarat dari dia. Saper? Aku tahu Allah ada.

Saat tuh, aku rasa...aku perlu berubah, someting need to be started. Aku tak target banyak2..tapi aku mula tgok diri aku kat cermin...cara aku berpakaian, etc. Baju, atas punggung...tangan, 3 quater...itu yang aku memula perasan...aku tau hakikat tangan tuh kene tutup, baju kene labuh tuh dlu, tapi kali ni rasa dia len..aku rasa, aku nih manusia apa..klau nak mintak tolong Allah..tapi menda basic sangat pun aku tak wat lagik...

Tuh la kot, pastu pelan2 la..sabar menanti dan membuat perubahan diri. Jatuh bangun semula. Jangan putus asa.

Aku ja tau, setakat mana dah perubahan diri aku ... perubahan tak mudah... atleast, bila baca Versus, aku lega, sebab aku berasa berkongsi perasaan tentang erti satu perubahan...Domino Effect? Nak tau, bacala buku tuh..

Versus, also stated, pasal, masuk wayang ngan karaoke. Sepaham aku, Versus menampilkan, kene tinggal menda2 gitu..

Tuh salah satu lagik dilema aku...Sudah smpai satu masa, di mana, aku kata kat diri aku dlu.No more cinema! Pastu, no more karaoke!..No more bukan bermaksud aku kerap pegi, tak...Tapi bermaksud, aku tanam dalam fikiran aku, menda2 gini takyah...klau orang ajak, tolak dengan senyuman! Last ever aku masuk karaoke, balik tuh aku nangis cam haper ntah.. Pastu, aku harap takde lagik..

Bukan mudah, untuk ubah menda yang kita biasa...sangat biasa...kepada sesuatu yang kita rasa 'eh taknak..'

Aku giler mic kan? Klau di sua...Tapi smpai satu masa, aku dah yakin, this is the last one, takde lagik dah..

Dilemanya...bila orang ajak...Tak tahu nak jawab apa...Sebab aku dulu seperti mana?

Dalam blog ni ada kan scan tiket wayang...masa stadi dlu...

Tapi yang menariknya, ada orang tanya aku, naper taknak tgok wayang? Aku pun ty diri aku, naper aku taknak? Aper dosa ke tgok wayang?

Susahnya aku nak jawab soalan tuh...Aku tak prejudis terhadap org yang tgok wayang. Tuh aku risau, aku risau nanti org ingat aku pandang slack lak bila aku tolak..aku tolak sebab aku tau siapa aku...Tapi takat ni ok, takpe, aku takyah jawab naper..kecuali kat 2 orang...

Ia demi perubahan diri aku. Ia berlandaskan apa yang aku rasa..Aku lom redi nak tulis sebab dia. Aku belum cukup baik untuk tulis sebab dia..sebab, klau aku ckp, satu sisi kelemahan lain akan dipersoalkan..

Aku tahu, tapi, aku berusaha untuk tinggal menda apa yang boleh aku tinggal dlu...Yang lain2 masih dalam list...Moga Allah mudahkan.

Versus ni buku yang dah lama jugak..Maybe ramai yang dah baca..Leh baca online kat :

http://hlovate.blogdrive.com/


Kecewa yang sepatutnya...

Lately, feel quite dissapointed. Dissapointed yang sepatutnya. Kerana? Kerana risau hal yg sangat duniawi.

Namun, ada kebenaran, di sebalik kerisauan, kerana ia melibatkan masa depan.

Namun, tetap, seorang mukmin yang baik, tiada ia risau tentang masa depannya, kerana dia tahu benar Allah ada bersamanya.

Dia berusaha, namun tidak bergantung kepada usahanya, melainkan, hanya pada Allah tempat pergantungan akan segala urusan dan semua perkara.

Biar kita singkap, singkap, soal rezeki, untuk meyakinkan diri, yang mudah leka, mudah lupa, mudah ragu, mudah bimbang.

Sebelum menyingkap, diingatkan, ini hanya peringatan. Kerisauan ini muncul, bukan kerana kebodohan, namun kerana susutnya iman. Langkah pertama tetap, kembali melakukan perkara-perkara yang menaikkan semula iman. Mendekatkan diri dengan Allah. Menjauhkan diri dengan perkara-perkara yang membawa kepada perkumpulan titih hitam pada hati.

Takkala iman tinggi, percayalah, tiada runsing aku menulis semua ini untuk peringatan diri. Jiwa aman tiada terperi. Namun aku manusia, yang bukan malaikat. Prinsip ku pegang, jika jatuh, bangun semula!

Rezeki. Rezeki daripada sudut harta, secara spesifiknya.

Kita imbas, imbas semula soalan bocor yang akan ditanya kelak, di sana.

1. Tentang umurnya, iaitu bagaimana ia telah dihabiskan
2. Tentang ilmunya, iaitu yang mana telah diamalkan
3. Tentang hartanya, iaitu dari mana diperolehi dan apa yang telah dibelanjakan
4. Tentang tubuh badannya, iaitu bagaimana ia telah digunakan

* Daripada Abi Burdah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak bergerak (berjalan) dua kaki seseorang hamba (manusia) itu pada hari kiamat sehinggalah ia ditanya empat perkara:Mengenai umurnya yang telah dihabiskannya, ilmunya yang telah diamalkannya, hartanya dari mana diperolehinya dan apa yang dibelanjakannya, seterusnya mengenai tubuh badannya apakah yang telah digunakannya (Riwayat Tarmizi)
Huraian Hadis - http://hazli-noor.blogspot.com/2010/03/tujuh-golongan-yang-berteduh-di-bawah.html


Tersusun indah di situ, persoalan harta. Harta. Soalannya, daripada mana diperolehi, dan di mana dibelanjakan.

Menarik di situ berbanding soalan yang lain, kerna di tanya, daripada mana diperolehi.

Kita imbas lagi, kerisauan di masa lalu, tentang bagaimana diperolehi harta itu. Di suatu masa, kerisauan membejat diri, tentang sumber harta. Hampir setiap hari mempersoal diri. Apa halal sumber ini? Soalan yang hampir memusnahkan motivasi. Motivasi yang tidak sempurna, kerna berasa turut menyumbang kepada yang tidak sepatutnya. Jiwa mahu pergi, kerna ia tak mahu hirau lagi, hati ragu, tiada jelas haram, namun syubhah mungkin. Mengapa perlu mengambil risiko syubhah, jika mampu yang lebih bersih. Aku bukan nak mati klau tak kerja sektor gini!...Sepanjang berada, seringkali, ubah motivasi diri, point the positif part, pilih untuk berniat yang bermanfaat. Harap, diterima Ya Allah!

Setelah bersih, ada lagi soal keberkatan yang boleh dipersoalkan. Ada hal lain, yang dibuat semasa waktu kerja. Diri tahu, ia salah. Jika mahu bersih sepenuhnya, tak boleh commit hal2 sedemikian. Namun, masih ada persoalan. If it is really a free time? Should i do what? The urgent one is all finished. Namun, masih boleh kan belajar yang lain? Ia tinggal persoalan. Persoalan yang sememangnya menggugat keberkatan.

Optionnya, ganti. Selain itu, banyakkan bersedekah. Namun sudah dermawan kah diri? Oh no, pemurah itu masih jauhh~!

Di situ saja, nampak perjalanan yang agak sukar untuk menjawab soalan bocor itu. Walau ia sudah bocor!..Mencari jawapan untuknya, tampak ada mungkin dosa. Diri sudah mungkin terlibat dengan dosa besar yang membawa risiko akhir berakhir di sungai darah. Kemudian, mungkin dapat pergi, namun soal keberkatan, tetap menumpang membeku di hati.

Di tengah kesusahan untuk menjawab separuh dari soalan, muncul lagi persoalan,dimana ia dibelanjakan? Sudah mungkin sakit otak, memerah keringat untuk memikirkan bagaimana untuk menjawab soalan ini. Ke mana aku belanjakan rezki Allah ini setakat ini?

Adakah ia sudah berlebihan kepada kehendak dan bukan keperluan? Jika keperluan sekali pun, apakah keperluan yang tarafnya lebih dari yang sepatutnya?

Allah beri aku kereta contohnya? Aku guna ke mana, berapa km ke jalan Allah? Berapa km yang bersuka-suka? Itu baru kereta. Yang lainnya? Nafsu berlawan-lawan dengan akal. Pilihan semestinya yang sederhana. Namun betulkan sederhana aku itu, sederhana yang benar pula? Ada mungkin, sederhana pada sisiku, namun mewah benar pada setengah yang lain?

Renungkan perkara2 begini diriku, sukar, sukar untuk kita provide jawapan pada Allah nanti. Dan dalam kesukaran begini...dalam kesusahan melawan nafsu yang perlu diusahakan lagi, diri masih tamak dalam menghitung harta dunia?

Mengapa begitu diriku? Mengapa begitu?

Tamaknya kamu.

Tamak, kerana diri menyedari, dunia hanya sementara, namun masih ingin risau soal dunia. Jangan berlawan dengan hujah ingin turut berjaya di dunia! Itu bukan ukuran!

Sabda nabi jelas – kekayaan itu bukanlah kerana kaya harta! Namun kerana kaya jiwa!

*Nabi Muhammad bersabda: Tidaklah kekayaan itu lantaran banyak harta sebaliknya kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa. (Riwayat Bukhari-Muslim)

Jadi bagaimana? Di saat jiwa masih bertatih berlatih ingin membiasakan diri dengan kebaikan, bagaimana muncul soal kekayaan harta?! Jelas hanpeh!

Ingin kaya jiwa itu perlu fokus! Perlu dijaga sumber rezeki, perlu dijaga pergaulan, perlu dijaga segalanya! Atas bawah kiri kanannya!...

Bagaimana boleh hinggap topik ini? Sungguh ia sedang mengganggu fokus! Tersangat!...bermakna diri telah hinggap untuk memilih dunia sebagai motivasi akhir....

Contoh lagi? Nabi. Ia meninggal dunia, dengan meninggalkan apa? Jie pernah hidup yang smpai kat rumah takdak menda, sampai kena puasa? Tak pernah kan, tak pernah walaupun sekali! Jadi apa?

Bukan bermaksud suruh jadi miskin! Namun bagaimana persoalan ini muncul dan menggangu tenteram jiwa? Bagaimana boleh terjatuh sampai begini teruk aszifa?

Burung yang terbang, dijamin rezekinya. Segalanya sudah tertulis. Allah tidak pernah menjadikan hamba, untuk menyusahkan hambanya.

Saat ini aszifa, bukan saat untuk mengejar harta. Lebih baik melatih qanaah. Jika tiada qanaah, maka susah untuk redha. Sedang kita manusia, paling beruntung pabila mampu redha dengan apa saja kurniaan Allah buat kita.

Qanaah itu apa? Qanaah itu berasa cukup dengan apa yang ada. Tolonglah. Berlatih untuk menguasainya. Saat ini peluang. Saat ini peluang untuk melatih sifat ini. Tolonglah percaya,ini hikmahnya.

Setiap kali rasa bergelora, ingatlah...itu hanya godaan dunia. Itu perasaan cinta dunia. Tamak dengan dunia. Perasaan tidak cukup, dan hendak dan hendak lagi.

Sayangku, wahai diriku...jangan hidup sebegitu. Jangan terbiasa dengan cara hidup orang dunia. Jangan lupa, kapal belayar ini berhenti sekejap saja. Jangan diikut, cara mereka yang terpikat dengan keindahan sementara. Kita ingin pulang ke kapal untuk ke destinasi yang kekal. Ambil yang perlu-perlu saja. Baru tak penat hidup ini. Baru tak sia-sia.

Sudah jelaskah aszifa? Jelas atau belum, tentang bagaimana memanfaatkan harta. Orang yang bijak dan bersedia, tidak memulun harta yang sementara. Kuncinya, berusaha mencari yang paling halal samada dari sudut sumbernya, dan sudut keberkatannya. Kemudian, manfaatkan untuk jalan Allah semata. Itu saja. Mudah sekali! Itu fokus kita.

Mungkin wujud persoalan. Jika lebih...mungkin jadi lebih baik, dapat menyumbang jua kepada jalan kebenaran bukan? Ya. Kamu manusia. Mari kita singkap satu kisah lagi, yang sudah di baca lama.

Ingat? Satu kisah, tentang seorang pemuda, yang baik orangnya. Pemuda ini, pemuda masjid. Dipendekkan cerita, ia meminta nabi untuk bermohon, agar dia menjadi orang yang kaya. Dengan janjinya, jika dia menjadi kaya harta, dia akan menyumbang kepada jalan kebenaran segalanya. Lalu apa? Lalu, doa ini dimakbulkan...lalu, pemuda ini semakin sibuk dengan pekerjaannya....kerna sibuk dengan pekerjaan, dia jarang lagi ke masjid seperti dahulunya. Kemudian semakin kaya dia, lalu dibuka pula cawangan perniagaan di tempat lainnya. Semakin sibuk dia. Masjid bukan lagi tempat kegemarannya. Hati sudah lewat dengan dunia. Lalu , menjadi semakin kedekut dia...risau hilang harta kesayangannya. Makin banyak dapat makin banyak yang ditamakkannya.

Kesudahannya apa? Cerita ini akan dicari semula, untuk meletakkan rujukan. Namun samar diri ini mengingat kesudahannya, jelek. Nabi turut marah di akhirnya akan pemuda ini atas kelalaiannya setelah meragut kekayaan dunia.

Alangkah ruginya dia. Lebih baik miskin saja.

Sekali lagi, bukan disuruh untuk menjadi miskin dan tidak menjadi kaya! Namun, biar jelas, itu bukan fokusnya...Fokusnya di ulang semula!

Kuncinya, berusaha mencari yang paling halal samada dari sudut sumbernya, dan sudut keberkatannya. Kemudian, manfaatkan untuk jalan Allah semata. Itu saja. Mudah sekali! Itu fokus kita.

Sila lihat semula peluang baru yang Allah beri ini sayang. Ia tidak mewah, namun menjamin dari sumbernya, even dari sumber keberkatannya, even dari segi penggunaannya. Ia cukup2 saja...namun cukup syarat jika diteliti dari segalanya.

Aszifa, biar mudah menjawab soalan bocor itu!

Fall 7 times, get up 8 ya! Terus nasihati diri, terus bagi semangat pada diri...demi, perubahan!

Thursday, June 24, 2010

Try 15 min


Risau ke nih?
Namun hati begitu tenang...
Fikiran je macam2 andaian...

Tengah training nih...
Break kejap 30 min..
Ada HO lagik, budak Convent...
Memang ramai junior Convent eh end up jadi DR ..:)

Asek pikir macam2,
Takleh tido pun smalam,
Takde mood pun nak gi breakfast..
Tapi dah pesan makanan la,
Makan pagi tuh wajib...

Haih,
Harap Allah tolong,
Tolong memberi jawapan yang terbaik,
Menolong membetulkan fokus,
Fokus pada yang sepatutnya...

Mukmin yang baik itu,
Dia sentiasa redha,
Dengan apa saja yang ditakdir Tuhannya...
Dia sentiasa redha,
Dengan apa saja yang diberi Tuhannya...
Entah di mana,
Namun pasti terselit hikmah yang seluas lautan keindahannya....

Indahnya bila?
Tidak tahu,
Namun perlu terus konsisten dalam berdoa...

Doa,
Yang terbaik,
Doa,
Agar qada ku dalam yang terbaik,
Doa,
Agar setiap perbuatanku,
Dibimbing Allah segalanya,
Doa,
Agar persekitaran,
Tak pernah membunuh prinsipku,
Yang makin sayang dengan agamanya...

Cabangnya terlampau pelbagai,
Namun SEGALANYA tetap SATU.

Boleh tulis rupanya blog 15 min :) Solehah? Ketinggian peribadi? Masih terlalu jauh, namun tetap boleh terus mencuba, dan memperbaiki...Fall 7 times, stand up 8!





Tuesday, June 15, 2010

Patutla smalam ntah paper...lepas menulis tuh terus bendera jepun dah...haih~

Perasaan yang memenatkan....Still i believe masih ada cara memperbaiki...ader ke..huhu?

Ader2...leh tulis nanti klau rajin...:) nak tido la, tak jadi tulih mlm nih..rasa letih... :)

Monday, June 14, 2010

Kesedihan yang tidak berguna

This will truly be a sad post, if i ever expressed dengan penuh perasaan, but i'll try to be positive enough. Sory my blog i need a place untuk memuntahkan sesuatu~.

Actually I'm not doing the right thing by writing this. The right thing ever adalah sabardan solat . Dan banyak menyucikan hati.

I know what is the right thing to do. I know. I know. Tapi tulislah, untuk meyakinkan diri, untuk memantapkan keyakinan aszifaaris yang mudah lupa nih.

I read one book, buku nih berat. Beli masa zaman matrik dulu...Tapi x mampu absorb kandungan dia. Setiap kali cuba baca mesti tak lepas. 2-3 ari lepas dah berjaya. Takleh absorb semua, tapi dah bleh rasa terpukau bila baca...and nak turn page ke page. Maknanya sudah sedikit berjaya.

Aku serabut nih dah lama. Tapi baca buku nih, ada gakla yang menekan. Rasa x bersyukur tuh tinggi. Herm.

Ok. Apa yang buat jie rasa sedih nih?
- Taknak ckp. Coz u know it better. Tak tau nak classify. I dont think i'm being sad pasal menda tuh dan perkara tuh berkaitan ngan akhirat puns.

Hal dunia semata?
- Campur-campur. Its like, i'm being sad, atas sesuatu, dan kemudian dia sedih plak atas kesedihan tu sendiri. Macam, ya, sedih sebab hal tuh hal dunia. Dan sedih tuh tambah sedih sebab sedih hal dunia. Kenapa nak sedih? Sebab hal dunia byk yang sia-sia...hal dunia byk yang palsu, hal dunia byk yang melalaikan, hal dunia byk yang bayang-bayang, bila pegang hilang! I'm wasting my time yang Allah bagi untuk kumpul utk akhirat kan? Sedih pasai menda nih tak masuk dalam senarai enhancement puns...

Sound too emotional....cuba slow2 rationalkan balik....
- I know tak bagi pulangan apa-apa pun pikir hal ni. Ia seolah2 apa yang tertulis,tetap akan berlaku...jadi, kalau suatu perkara tetap akan berlaku, kenapa bazirkan dengan airmata yang tidak akan dicatat pun sebagai airmata saksi merinduiNya?

So, it was sad, because of the unused sad that make u sad sad?
- Mostly. Klau sedih bertempat takpa, it was so ok. Sebab sedih bertempat tuh,menginsafkan.

Ok. So puncanya. Kesedihan kerana sesuatu yang luput atau keinginan yang belum terjadi?
- I will place it as kesedihan atas keinginan yang belum terjadi.

Ok. Mari kita flash back! What make u sad most? berkaitan hal dunia yang telah dilalui? Yang rasa dunia gelap? Yang rasa takde arah tuju?
- Mama.

Perasaan skang?
- Bersyukur sebab Allah bagi dugaan tuh. Yes, ada kepedihan. Yes, ada kepayahan yang perlu dibayar. Tapi sangat berbaloi!

Berapa lama nak keluar perkataan berbaloi?
- 2002 -> 2009 : Almost 7 years, untuk betul2 lega.

Ok. There will be one day. Jie bangun, jie dah dalam alam kubur. Jie dah tak boleh return. I wonder, how we will flash back all the moment kat dunia masa tuh. Will u say berbaloi Allah turunkan dugaan, or jie menyesal sebab jie mengeluh tak tentu pasal macam malam ni..Time is precious..I mean its ok, kalau nak guna sedikit masa men game ka, atlest dapat gak melatih kepintaran otak. Nih menda nih takde paper. Absolutely nothing. I would rather classify it as, bisikan / nafsu, yang melintas dan jie menurut... Sebnarnya dari awai tadi perlu patahkan, dan wat tak tau. Taknak dah topik2 camnih masuk kepala, terlampau remeh!
-Ok. Rasa lega skit dgn meluah. Meluah kat saper?

Meluah kat diri sendiri. Sian dier takder orang nak sembang.
- Bukan takder la, topik nih tak sesuai! Kene selesaikan sendiri! Sib bek Allah kasi blog. Bleh tulis, nampak, dan susun.


Settle!!

Tapi kadang2 mmg rase takde org nak sembang. Sebab, rasa contented tuh hadir, bila sembang hal-hal berkaitan dengan kecenderungan, minat, dan kehidupan, dan hal-hal bersangkutan dengan Allah. Diri rasa terlalu letih, kalau kena bersengih2 dengan menda ntah paper. Not to say, ia topik2 enteng. Namun, ada kata-kata bukan?

-Tidak dikatakan beriman seseorang, jika hatinya tidak baik, dan hatinya tidak baik, jika lidahnya tidak baik.

- Berkata baik, atau diam.

Kita sering bicara tentang dunia. Tentang orang lain. Dalam percakapan kita sehari2...cuba kita nilai...ada unsur apa?
- prasangka?
- mengintai2 kisah orang lain?
- yang membawa kepada singkapan aib orang lain?
- yang membawa kepada upacara memakan daging saudara sendiri?

Mengumpat.Definisinya, berkata tentang sesuatu yang benar, yang boleh menyakiti hati org yang tgh kita bicarakan. Bukankah definisi ini sangat bahaya?

Pandaikah kita untuk menilai tahap sakit hati? Atau tahap sensitiviti orang lain? Takde ukuran.

Sometimes I'm asking myself...someone that close to me, tahu benar, i can speak. Banyak bercakap, sebab suka bercerita. Tapi lama-lama...aku ty diri sendiri...should i just change the personality kepada 'pendiam'?

Kerana bicara itu kadangkala niatnya baik, namun seringkali ia membawa kita jatuh ke...?

We want to gath together2 untuk merapatkan perhubungan, namun seringkali, jika berjaya diam, bukankah telinga masih mendengar?

Then what? Takan nak angkat kaki? Kesian dekat hati. Dia nak bersih. Tapi kita sering kotorkan hari-hari.

Sebab tuh, pesanan, dekatilah orang yang baik-baik. Bukan nak classify orang. Namun tahu, diri sendiri masih lemah, mudah terbejat, dan membejatkan org lain dengan kejahatan.

Perubahan sememangnya memerlukan pengorbanan...Ya, kita lalui saja.!


Walau ada parah, walau ada luka,
Walau ada yang tiada memahami,
Walau ada yang salah sangka,
Walau, walau dan walau....

Ku tahu matlamat akhirku di sana...
Masih tercari-cari jalan kebenaran,
Kerna aku tak mahu terjaga dalam penyesalan...
Dan perubahan, pasti perlu pengorbanan...

Dalam kejahilan,
Aku masih terus berharap,
Pada yang Esa,
Dengan baiknya sangka...

Ya Allah...
Akhiri kesudahan kami,
Dengan yang baik-baik saja...
Sungguh kami takut,
Berharap pada mu Raja segala makhlukNYA!



Saturday, June 05, 2010

Khairul Azzam

Tulis post ringan je eh arini :)
Smalam baru habis tengok KCB 1 dan KCB 2. Teringat masa baca novel nih dulu. Skang novel ni ada kat cik wan. Nanti cik wan bagi balik, nak bagi kakak baca...

Aku komen skit, pasai cerita nih :

Cerita nih, bila tgok movie, aku rasa mesejnya memang menekankan soal cinta untuk perkahwinan secara keseluruhan, sedangkan, bila aku baca novel dlu, yang membuat aku paling teruja adalah, sifat Khairul Azzam, dalam mengharungi hidupnya.

Impact me, dalam dua aspek :

1. Aspek keazaman dalam mengharungi hidup.
Khairul Azzam, digambarkan wataknya, bagi insan yang benar mengenalinya, sebagai seorang yang kuat semangat, tetap dan teguh pendirian, serta sangat bertanggungjawab dengan komitmen. Yang sangat menarik hati aku, adalah sifat rendah hati yang dimiliki. Ditonjolkan, dengan dirinya, yang dikenali sebagai mahasiswa yang lebih serius dalam menjual tempe dan bakso, sehingga, perlu 9 tahun untuk melengkapkan matlamatnya di Al-Azhar. Bijak orangnya, namun, disebabkan perlu menampung kehidupan keluarga yang tersepit, Khairul Azzam, berkorban, dengan mengambil pendekatan, belajar sambil bekerja. Paling suka, bila pandangan orang lain, tidak menjejaskan semangatnya, kerana 'dia tau apa dia buat'. Yakin diri, dan tak heboh2 dengan kehebatan diri. Sentiasa humble, namun cekal dan teguh pendirian. Sangat jatuh hati pada karakter sebegini.


2. Kita boleh bercinta dengan siapa sahaja, namun kita tetap berkahwin dengan jodoh kita:
This aspect is quite new for me, kerana pembawakan watak-watak dalam percintaan sangat bersahaja. Lelaki-lelakinya berani sekali, melamar. Jika ditolak, tidak mengapa, lamar yang lain pula. Dalam konteks cinta biasa, approchnya tidak sebegini. Seringkali, kita habiskan begitu banyak masa, dengan berkenal-kenalan, klau dah masuk baru tunang, dan klau putus cinta tuh, meraung-raung jadinya. Insaf sangat bila masuk aspek nih. Maafkan aku Ya Allah, kerna, terlampau membuang masa, dalam mengenang cinta lama. Sekurang-kurangnya, bila tgok balik citer nih, refresh semula kekuatan, untuk terus kuat dalam menghadapi apa saja dalam hidup. Kebetulan, duk baca buku Hilal Ashraf yang kedua 'Kembara Hamba mencari Cahaya'. Terjumpa satu konsep, refresh lagi - Cinta itu penting, namun keimanan lebih penting. Ya, seringkali kita tak terpisah dengan cinta, kerna itu fitrah kita. Namun, yang perlu difokuskan, adalah KEIMANAN kepada Allah. Jika ini fokus kita, insyaallah, akan muncul redha. Dalam KCB, ada 2 part yang menyentuh hati aku :

a. Fadhil yang mencintai Tiara. Ya, cinta perasaan. Tanpa ada perlakuan yang menghampiri zina. Dalam hati, i taktau. Lastly, walau derank cinta sama cinta, namun CINTA Allah lebih mengatasi perancangan manusia. Tiara bernikah dengan jodohnya, - orang lain. Masa nih, apa nasihat Khairul Azzam sebelum pernikahan Tiara ? - Kata Khairul Azzam kepada Fadhil. - Rasa cinta Tiara pada Fadhil, akan hilang, sebalik saja, dia bernikah. Fadhil pun macam tuh jugak, nanti bila dah bernikah dengan jodoh sendiri, insyaallah, rasa cinta pada Tiara akan hilang. I love this analogy. Dikaitakan dengan konsep dari buku Hilal Ashraf tadi, pabila soal keimanan, lebih ditekankan, maka pemikiran kita pasti dapat menerima ketentuan. Kerna, hidup seorang hamba, adalah mendahulukan kehendak Tuannya. Jika begitu sudah tertulis jodoh kita, jadi kita terima. Tak perlu frust. Sekelip mata, jika hidup landasannya ingin membina keimanan, rasa itu boleh hilang. Kesimpulan yang dapat aku buat, matlamat hidup itu sendiri, perlu, ditetapkan, untuk menjadi orang yang solehah, di mana, kepentingan Allah, didahulukan, melebihi kepentingan diri. Segala masalah akan selesai dengan rasa lapang dada.

b. Khairul Azzam, akhirnya dapat bernikah dengan Anna, walaupun, jalan awalnya tampak sukar. Namun, percayalah, jika itu jodoh kita, itulah jodoh kita. Watak2 semuanya, berwatak berserah pada Allah semata-mata. I like, I like!...Klau perbanyak cerita camnih kat TV, where we can manipulate pemikiran manusia, akan lebih aman dunia nih. Rilex ja, klau cinta tak kesampaian, kawen ngan orang len. Hehe. Cam furqon tuh, nak rujuk ngan Anna balik tapi dah tak sempat, Anna dah kawen ngan Azzam, takpela leh kawen ngan Elyana Alam. :) Sama ja, bila kita tukar pemikiran kita cam watak2 nih, cinta antara manusia, bukan antara matlamat keseluruhan, namun ia adalah satu sunnah dalam melengkapkan kehidupan.
Aku relate lagi dengan buku Hilal tadi, konsep Cinta Sejati. Cinta Sejati adalah pada Ilahi. Cinta Sejati, di dalamnya terangkum banyak cinta. Cinta demi mendapat redhaNya. Seringkali, kita semua tersalah tafsir cinta. Kita seringkali berasa cinta dengan pasangan itu adalah segalanya. Namun, cinta kepada pasangan itu, adalah salah satu daripada cinta-cinta dalam menuju Cinta Sejati. Ada cinta kepada ibu bapa kerana suruhan Allah, ada cinta kepada kewajipan kerana suruhan Allah, ada cinta kepada rakan taulan kerana suruhan Allah, which plus semua = Cinta Sejati. Dan di sini, kena taulah, apa rules,di sebalik setiap cinta. Cthnya, bagaimana yang dikatakan cinta pada ibu bapa? Kene berilmu la gitu.

Syukur, aku dapat refresh semula. Tiada apa yang baru, cuma refreshment yang sangat bermakna, untuk aku membina ketenangan dalam menghadapi hidup:)
Allah Maha Kuasa! Aku sayang Allah...

Entah berapa kali nak ckp :) Saya sangat suka watak kamu! Jiwa kental! Ada pendirian! Tegas dan humble, sentiasa berasa bahagia, dengan apa yang kamu percaya, dan apa yang kamu percaya, adalah Al-Quran dan Sunnah adanya...:)

Wednesday, June 02, 2010

Truly for me...

Laptop calar, tanda kasih sayang Fahim.
Radio keta antar service dah hampir one month tak siap2 lagi, tanda kebijakan Fahim wat masuk duit dalam tempat CD.
Rumah tak payah cerita...

Semua tempat dia letak history, bagi org ingat kat dia...hmm...

Tangan seblah kiri lenguh skit2 ja...smalam la lenguh paling lenguh. Pi amek suntikan anti H1N1. Teringin nak tau camna dia effect. Sib baik x demam. Suntikan free :) Camna eh vaksin nih berfungsi? Nanti klau pi baca, aku share kat sni....

Dengan amaun kafein tara nih, aku cam pening2 skit arini...Sakit kepala rasa, lagik satu pi pikiaq pasai serangan Israel kat LifeLine4Gaza tuh, lagik sakit rasanya...Baca buleh, tapi klau nak pikiaq, buleh jugak, cuma pastu kene kuarkan balik...

Aku ada terbaca pasai LifeLine4Gaza, 2 hari lepas, pastuh, eh, dah smpai berita kat henset, pasai kena serang plakk...Aku takmo pikir..

Pastu smalam, kak linda ada hantaq msg, suh wat solat hajat untuk saudara2 kita. I was staring at the msg, dengan bertanya pada diri aku sendiri...apa perasaan aku? ..Skali lagi aku rasa aku takmo pikir...

Aku ty kat diri aku...if i ever tulis pasal serangan ni , atau doa, atau solat, adakah ia sekadar semangat tahi2 ayam yang sementara? Atau mengikut trend, suma orang buat aku buat? Atau betul ia lahir dari hati?

Should I clik 'like' on FB, namun tidak bertanggungjawab atas tindakan jari aku. Nak clik, tak jadi clik. Terasa seperti satu komitment yang besar...

Lebih menarik lagi, aku ada nampak kat YM aku, ada rakan pakai image 'Israel Suck'. Itukah cara yg tepat dalam mengkomitmenkan diri? Perlu maki orang ke?

I always hate the big issue, kerana ia melibatkan soal maruah, dan pegangan agama dan bangsa akan sesuatu. Aku tak mau jadi org yg stakat bising kejap2, semangat kejap2, lepas habis semua, pastu hilang segalanya....Itu bukan menunjukkan satu komitmen kepada agama, itu hanya sikap suka bergosip dan sikap ayam bertelur riuh sekampung.

Big issue, hanya boleh wat aku tambah makin banyak renungan dalam diri aku. Merenung diri sendiri...dengan harapan, supaya tidak berputus asa dengan perubahan ke arah yang lebih baik...

I did remember, hati aku sakit yg teramat sakit, dalam kuliah, ada kaum yg amek mic, berbahasa dalam bahasa sendiri, dengan niat utk aktiviti pembangunan bangsa sendiri yang sengaja tidak mahu dikongsi. Terasa dimalukan. Bukan aku sorank, namun bagi semua yang sama macam aku...kami.

Balik bilik sakit hati tak habis lagik, diakui, aku menangis. Terasa lemah. Try to be rasional enough, aku tulis segalanya untuk lepaskan emosi aku...Lepas tuh aku mula ty soalan untuk diri sendiri, untuk dijawab secara rasional...

Yang aku simpulkan, untuk diri aku, sesuai dengan kemampuan diri aku, aku ada 3 tahun, sakit aku ini, akan dilepaskan dalam 3 tahun. Kesakitan ini, akan ditukar tenaganya kepada usaha. Mulakan dari diri sendiri, untuk maju.

Orang leh wat kita rasa cam hanpeh, sebab kita sendiri yang selekeh.

Aku ingat menda ni. Harap selamanya akan aku ingat, aku tulis - Depa ada sapa? Jie ada sapa? Jie ada Allah.

Ya aku ada Allah, apa lagi yang lebih menjaminkan dari itu.......aku lega, kerana aku ada penjaga yang sebenarnya...

Itu kisah dulu :) Dulu yg penuhhhhh semangat.

Skang dah lain skit caranya...Kesakitan camtuh aku malas nak layan lagik dah, wat aku sakit mental ja satgi...Namun itulah satu cara Allah bagi aku, untuk berusaha. Segalanya, dari Allah jua..motivasi, usaha, hasil2 yang aku kecapi, semua Allah punya...bukan aku punyaa..

Selain dari tuh, bout month ago, isu zina...Pasal orang buang bayi...Aku malas jugak nak layan, aku malas jugak nak ckap, aku malas jugak nak berteriak...

Aku rasa aku tak layak nak marah orang buang anak. Kasihan mungkin, sebab derang sendiri yang buat satu step besar mendekatkan bahang api panas di sana kelak.

Dan pastinya, last skalik aku rasa api bahang tuh pun, dekat dengan aku. Cerita2 besar, jika aku hayati, semakin lama, semakin menyakitkan aku sendiri.

Buang Bayi. Semua orang marah. Semua orang marah. Semua orang marah!!!Aku tak tau nak kata apa, ka aku patut marah diri aku sendiri?

Mari kita melihat kronologi. Reverse method. Reverse engineering. Yang tercapai di fikiran untuk aku lakar:

Buang bayi <-- Zina <-- ? <-- Sentuhan <-- Pertemuan <-- Rasa ingin(nafsu) bertemu /rindu.

Antara yang boleh membangkitkan nafsu :
- Pandangan
- Pendedahan aurat (termasuk suara)

Aku pernah berada di mana dalam kronologi tuh? Apa aku tak dedahkan diri aku dengan perkara yg boleh membangkitkan nafsu dan pertemuan? Bagaimana pula sekarang?Di mana aku?

Tak layak rasanya nak marah orang buang bayi, sedangkan, kita berada antara kronologi yang memungkinkan kita membuang bayi...

Yakin dgn diri sendiri? Ya, kebanyakan kita yakin mungkin tak sampai buang bayi... Namun, renunglah secara sangat global, sangat-sangat global..mengapa Allah melarang kita menghampiri zina...

Marah kat orang, sedangkan dalam marah, terpalit sendiri...Sedang dalam kita nak hukum orang dapat api neraka, ka neraka tuh kita punya?

When i was dengan kawan2 kat tempat kerja dlu, aku salu dapat soalan... Why Islam tak bagi minum arak? Seriously aku gagal jawab at the first moment. Aku kata balik, sebab mabuk. Tapi derank point out klau minum sikit tak mabuk kan?

Even one of my Christian fwen, ckp, dia rasa org tuh yang kene kawal diri sendiri, tapi jgnla sampai tak boleh minum. Apa salahnya minum sikit. Logik tak? Logik kan bunyinya. Keadaan ditempa dengan soalan2 sebegini, buat aku bertambah bingit, namun hal ni lah yang menggerakkan aku untuk terus mencari ilmu, aku perlu tahu...

Apabila sampai kali ke tiga klau tak salah aku la, ditanya dgn soalan ni...Aku ckp lebey kurang camni.. If we talk about DRUG, you agree right, PREVENTION is better than CURE.

Because drug can bring us to lack of consciousness , and lack of conscious can even trigger a murder.

Same goes to alcohol, the enjoyment is little, but the bad impact is big. So, its better to PREVENT, rather than CURE...

Agree? - Ada wajah mengangguk... Sedikit lega terasa.

Namun kelegaan yang sementara, seringkali hinggap dalam fikiran dan jiwa ~ Prevention is better than cure Aszifa. U r the one, who were saying that.

Same might goes to Zina cases sebnarnya. Prevention is better than cure. Kita tak sentuh arak. Macam kita benci babi. Adakah menghampiri zina itu, seolah aku ambil sedikit arak dengan pegangan yang aku tak akan mabuk? Tu pegangan kawan aku yg christian. Aku orang Islam. Terjerat dalam jawapan sendiri sebnarnya. Mendalami, artikel2,buku2 yang menyentuh soal berkaitan zina, hampir memuntahkan aku sebnarnya...namun itulah momen yang aku perlu lalui, untuk menyempitkan keinginan aku sendiri, yang sudah terbiasa dengan perkara2 yang sebenarnya sangat menghampirkan diri ini dengan zina... Dan aku akui, aku masih terus memperbaiki...Detailnya pembaikan ini, adalah soal aku. Harap Allah berkati...

Dan kini, aku ingin bicara soal Gaza? Jauh skali aku berasa~~

Cuma mungkin, aku boleh merenung soal Gaza dari sudut :
- Orang wat kita rasa hanpeh, sebab kita sendiri yang selekeh. Jadi tambahlah nilai dalam diri kita bermula dari diri sendiri. Kita ada Allah, untuk menjayakan segalanya. Segala perancangan memperbaiki diri kita, hanya kita dan Allah yang tahu. Teruskan, walau pada orang lain, kita tidak semaju mana, namun kita yg tahu, sejauh mana kita dalam kronologi hidup
- Prevention is better than cure. Ia boleh diaplikasikan dalam diri kita yang cenderung dengan maksiat2 yang sudah menjadi kebiasaan.

-Menambah nilai dalam diri, bermaksud, menambah perkara positif dalam diri.
-Meninggalkan keburukan bereerti, membuang perkara-perkara negatif dalam diri.

We are like 100% . Keep on plus the good part, and keep on minus the bad part. Ia aktiviti setiap hari. Jatuh bangun kembali.

Besar tanggungjawab di sebalik click 'like' kat FB tuh. Sedang aku, masih terlampau banyak lubang untuk diperbaiki...This articel cam truly aku tulis untuk aku. Untuk ingatkan aku yang sering leka dan lupa. Pegang tekad ya Aszifa, kita ada satu lubang besar untuk diperbaiki. Fokuslah untuk perbaiki lubang tuh, pastu kita akan gerak ke lubang-lubang lain pulak. Ambillah Islam secara sepenuhnya.

Jangan benarkan diri dengan dosa, jangan defend diri sendiri kerana alasan tak mungkin sempurna!

"Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampuradukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk." At-Taubah:102

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. Al -Baqarah : 208



Tuesday, June 01, 2010

Metafora cinta demi CINTA...

Ya Allah,
Seringkali aku,
Merenung sayu,
Bertanya padaMu...

Apa ini mainanMu semata Ya Allah?
Apa pertama kali Kau turunkan rasa ini,
Saat pertama aku memandang,
Kau tidak mengetahui ceritanya sampai ke hari ini...

Kau Maha Tahu Ya Allah,
Kerna Kau Yang Maha Mengetahui,
Dari saat pertama,
Hati ku jatuh hati,
Sehingga kini...
Kau tahu, ia berakhir dengan kelukaan terisi...

Lalu,
Renungan itu,
Sering menjadi renungan panjang dalam hari-hariku...

Aku jatuh hati pada kekasihku,
Walau ku tahu,
Aku mengambil risiko tidak diendahkan...

Sememangnya aku tidak diendahkan,
Walau aku membuat panggilan...

Selepas itu,
Aku menerima salam itu,
Harap hadir dalam diriku,
Kerna suara dia ingin mengenali...

Sekali lagi,
Dia pergi...
Kerna tak mampu menyayangi...

Selepas itu,
Ada salam lagi...
Yang ini ku harap,
Benar sekali...

Sekali lagi,
Dia pergi...
Kerna tidak pasti....

Kronolgi ku catat,
Dalam kronologi....

Aku melihat,
Itulah aku...
Apa kisah cintaku ini,
Metafora akan cinta aku padaMU Ya Allah?

Itulah cara aku, bercinta denganMu...

Engkau,
Amat mencintai hambaMu,
Panggilan-panggilanMu,
Sering Engkau seru aku,
Dalam panggilan azanMu,
Dalam panggilan menyeruMu,
Dalam panggilan zikir padaMu,
Dalam panggilan taubat padaMu...

Engkau tetap mencintai aku hambaMu,
Yang seringkali mengendahkan panggilan-panggilanMu...

Di suatu masa,
Aku hambaMu terdetik untuk endah,
Lalu cuba mengenaliMu Ya Allah,

Namun,
Kemudian aku pergi...
Kerna tak mampu menyayangi...

Kemudian,
Aku berpaling semula padaMu Ya Allah,
Dengan membawa kata, Aku telah berubah,
Dan ingin bersamaMu Ya Allah,

Namun,
Seringkali hatiku,
Acuh tak acuh dalam menunaikan tuntutanMu Ya Tuhan,
Aku masih terkeliru, aku masih ragu,jika aku tak mampu tinggalkan kenikmatan dunia,
Dalam ingin menjadi hambaMu yang benar-benar abdi padaMu Ya Allah...
Seringkali aku menarik diriku semula ke lembah keburukan,
Takkala nafsu memanggil-manggil daku...

Terjadi seketika,
Aku berputus asa dengan usaha,
Kerna tidak pasti....

Terlampau lama Ya Allah,
Ku rasakan,
Dalam aku mengutip hikmah...
Yang aku nampak,
Adalah kronologi CINTAku sendiri...

CINTAku padaMu,
Lalu menitis air mataku,
Lalu menangis aku,
Lalu berderai air mataku laju,
Menderu....

Maafkan, maafkan aku,
Aku tidak bersungguh Ya Allah,
Aku tidak bertekad kuat Ya Allah,
Untuk menjadi hamba abdiMu,

Aku masih cinta dunia,
Masih banyak yang aku tidak lepaskan,

Leraikanlah dunia ini Ya Allah,
Yang masih mendiam di dalam hati,
Yang seringkali membawa keliru dalam diri,
Saat aku tahu, hanya Kau yang patut aku patuh selamanya abadi...

Sekali lagi,
Aku kembali Ya Allah,
Aku akan berbuat,
Tolong redhai usaha-usahaku Ya Allah,
Jelmakan Islam dalam diriku Ya Allah.....

Satu pintaku,
Yang selamanya aku pinta,
Jauhi aku dari hubungan yang Engkau tidak sukai,
Tolong aku,
dan tolong aku,
Tak akan aku jejak lagi,
Kembali,
Pada sesuatu,
Yang membuat fokusku padaMu lari...

Jika andaikata,
Ia halal sudah Ya Allah,
Jangan pernah,
Kau jadikan nikmat cinta itu,
Melebihi CINTA padaMu,
Jangan Kau jadikan,
rindu padanya itu,
Melebihi nikmat sedap RINDU indah padaMu Ya Allah...

Jangan pernah ada manusia,
Yang mengatasi KASIHku padaMu Ya Allah,
Jangan pernah Kau jadikan aku taat,
Melainkan di sebalik taat pada manusia,
Ada rasa sedang taat hanya padaMu Ya Allah,

Sebenarnya,
Hanya satu cinta yang ku cari,
Hanya CINTAMU....

Tak akan aku menjauh Engkau lagi,
dengan izinMu jua,
dan tolong jangan tinggal aku Ya Allah,
Walau sekejap...

Hanya satu cinta yang ku cari,
Hanya CINTAMU....




Diriku pasti bangkit dengan lebih semangat terisi, Insyaallah.....

Aku kembali...