Monday, January 28, 2008
Sunday, January 27, 2008
Rindu kat mama...
Ku luahkan perasaanku,
Perasaan yg tiada mungkin sekeliling ingin faham...
Jika kata-kata yg menyebabkan kekecohan...
Maka diam saja...
Biar tiada kata,
Biar tiada bicara...
Hanya kata-kata di blog ku saja...
Dalam doa,
Selalu ku pinta,
Jangan Kau jadikan aku pencinta dunia...
Teringat sebaris kata,
Tika ku selak lembaran ANIS,
"...Jika ingin kekayaan sejati, kurangkanlah keperluan dunia dan manusia..."
Setiap yg ku baca,
Setiap yg ku lihat,
Setiap yg ku tatap,
Merupakan peringatan Allah untuk difikirkan...
Benarlah,
Perlu kurang keperluan kepada dunia dan manusia,
Barulah jauh aku dari sifat mencintai dunia...
Kurangkanlah keperluan kepada manusia,
Kurangkanlah keperluan kepada manusia,
Kurangkanlah keperluan kepada manusia,
Dalam keadaan emosi sebegini,
Ia bukan kurang,
Tetapi tiada...
Panas dan baranya,
Tetap terasa,
Seperti ku ingin tepis semua,
Biar berderai segala...
Namun hatiku menahanku,
Akalku mengembalikan keseimbangan emosi ku,
Kesabaran masih milik aku...
Jangan marah-kerana kepentingan diri,
Jangan marah- kerana emosi,
Marah hanya kerana Allah.
Disitu, baru layak untuk marah...
Jangan pernah mengharap aku menjadi sempurna,
Kerana aku tidak mungkin sempurna,
Aku hanya insan biasa,
Yang berusaha memperbaiki diriku,
Sehingga hari matiku...
Ini perjuangan yg perlu dilakukan setiap hari,
Penuh kepayahan,
Untuk tetap kekal dalam kebaikan...
Seperti seorang programmer, berusaha, membuat yg terbaik, dalam setiap modul, dalam setiap page, dalam setiap form. Kita sangka itulah yg terbaik, setakat itu pemikiran kita terjangkau. Tak terjangka. Ada 'bugs'. Sebab itu, kita perlukan 'tester'. Software tester. Tester yg negatif, dan pesismis dengan setiap apa yg programmer lakukan.Tester, yg perlu mempunyai pemikiran yg berbeza, untuk test kerja tangan programmer, mengesan 'bugs' dalam sistem.
From there, seorang programmer tahu, di mana salahnya sistem dia. Walaupun cam..'arghhhh!' naper ada bugs, bukan aku dah wat elok2 ker, its a dissapointment, tapi, itulah lumrahnya. We need a tester.
***
Semua ini tiada apa-apa,
Cuma perasaan,
Aku ingin bebas,
Bebas dari pandangan manusia dan dunia,
Cukup Allah penilaiku,
Tiada aku peduli,
Pandangan serong padaku,
Suka hatimu...
Berbuat sesuatu dengan mengharapkan kebaikan dari manusia,
Mengecewakan, bila sesuatu jauh dari keingininan,
Manusia,
Penuh sifat penting diri,
Ingin menang,
Tak suka salah pada diri sendiri,
Suka memberi alasan,
Di atas kesalahan sendiri,
Kelemahan sendiri ditutup rapi,
Kelemahan orang disuara seri,
Kebaikan orang,
Diperguna-gunakan untuk kepentingan
Dan kepuasan diri sendiri...
Jika dulu,
Ada terselit niatku...
"Tak apalah, suatu hari nanti kau akan mengerti...
Dan akan kau ingati, perbuatanmu pada diriku...
Namun kini tiada lagi,
Tak ingin aku merosak-rosakkan amalku,
Allah ingin menguji aku,
Samada aku ikhlas,
Dalam melakukan sesuatu,
Atau terselit kepentingan diri,
Atau terselit pengharapan pada manusia,
Semua ini hanya ujian,
Ujian sehari-hari,
Yang akan aku lalui,
Dengan penuh ketabahan hati...
Berharaplah pada Allah,
Kerana manusia itu terlalu payah,
Untuk memaafkan, dan menerima kita seadanya,
Semuaaa...ingin kita ikut telunjuknya...
Bila tersalah, tiada ingin dia memberi maaf...
Tetapi Allah,
Lain................
Allah Maha Pemaaf,
Dan tiada pernah membuat aku kecewa,
Allah Maha Pemaaf,
Dan tiada membuat aku putus harap padaNya...
Cukup Allah bagiku,
Kuatkan aku Ya Allah,
Sehingga hariku menujuMu...
Sekejap saja,
60 thn paling lama...
Palingkan aku hanya ke jalan yg benar.............
***
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah
Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak Dosa yang menghiris hati
Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi
Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
Ya Allah, jadikan kami, melihat nikmatMu dibumi, sebagai bayangan nikmat syurgaMu, jadikan kami melihat keperitan di bumi, sebagai bayangan berat lagi keperitan di nerakaMu. Semoga, itu semua, motivasi kami, untuk kembali padaMu. Kami perlu cintaMu. Kami perlu cintaMu. Kami perlu cintaMu.Wednesday, January 23, 2008
At last....
Aku bersyukur sangat arini, sbb aku dah tak larat nak mintak lagi kat Allah, aku ni cam banyak keinginan sangat, last2 aku doa, takdirkanlah hanya yg terbaik buat aku dalam soal ni. Redha la kononnya tuh. Last2 dapat...yeaaaa! cik aszifaris suka! Thanks a lot!
Life is always a journey, and we keep on learning new things a long the way. Sesuatu yg kita rasa susah pada permulaannya, akan bertambah tambah senang di kemudiannya, jika kita cukup konsisten dalam berusaha. Semakin lama kita bertahan, semakin tinggi peratusan kejayaan. "Semakin banyak kita buat silap, semakin dekat kita dengan perkara yang betul." Kak Noreen ckp la ni. Dlu aku tak paham, skang aku paham.
Hidup, kadang2 seperti memilih baju. Untuk sampai ke tahap ni, ke tahap - nampak baju ni - pap, dah tau, this is the rite baju for me. I just know.=]
.jpg)
Tapi seblom2 ni, dah banyak baju yg disalah pilih. Kadang2, kita tengok, baju ni cantikkkk, cantikk sangat bila orang tuh pakai, tapi naper bila kita dah beli, kita pakai cam tak sama cam org tuh pakai, cutting tak lawa. Baju ni cantik, tapi cutting dia tak sesuai dengan kita. Cutting dier sesuai dengan orang len.
Kadang2, kita dah try baju tuh kat fitting room, cantik baju ni, ikut trend semasa, tapi, cam tak selesa skit, takpala. Beli jugak. Kita tau dah, baju ni stakat cantik, tapi tak selesa. Tapi nak beli jugakkk...beli jugakk, dengan harapan, kita leh menyesuaikan diri kita dengan baju tuh, sebab baju tuh cantik!...
Semakin banyak baju yg kita beli, ada yg betul, dan ada yg salah. Bila kita tgok baju tuh cantik, kita tgok pulak cutting dier, hmm..kita tau dah tak sesuai, sbb dlu penah beli, buruk je aku pakai, orang len pakai cantik ler...heh. Kita tgok pulak, material dier, kita try, selesa tak dengan kita. Klau cantik, tapi tak selesa, kita tak beli dah, sbb kita dah penah bli baju cantik yg tak slesa, takat pakai la 2-3 kali, pastuh dok dalam almari jerkk...;p...
Semakin lama, kita akan nilai, material, keselesaan, kecantikan baju tuh dengan diri kita. Suit tak dengan diri n our soul, sbb tanak tesalah pilih lagik. Tapi kadang2 tersalah jugak, nevermind, we try again, walaupun cam frust- sbb salah pilih lagik...
Lama-lama, kita akan taula, baju yg camna betul2 sesuai dengan diri n soul kita, sampai ke tahap, tgok saja pun dah tau kena benar dengan aku baju ni.
Camtuh jugakla hidup kita. Kita nak yg besh, yg cantik, tapi tak semestinya sesuai dengan diri dan soul kita. Dalam menjalani hidup, sementara menanti yg benar, we keep on doing mistakes. Mistakes yg akan menyedarkan kita, dan warn kita, apa yg kita tak patut buat lagik di masa depan. Baju jenis mana, yg tak patut dipertimbangkan lagi untuk dibeli pada masa depan. Camtuh jugakla, sampai satu tahap dalam hidup, kita akan tau, apa yg nak dilakukan, apa yg tak patut dilakukan, apa yg sesuai dengan kita, apa yang hanya indah pada pandangan mata.
Sbb tuh, semakin banyak kita wat silap, semakin kita menuju yg betul, jika kita sentiasa mengambil iktibar dan pengajaran dari setiap apa yg berlaku...
Dan yakinlah, semua yang berlaku adalah takdir Allah pada kita. Allah membimbing kita ke jalanNya dengan banyak cara. Tidak penting di mana kita bermula, yang penting di mana kita berakhir. Sejahat mana permulaan kita, andai kita selalu ingin pulang kepada kebenaran, semoga, Allah mentakdirkan pengakhiran yang baik buat kita semua.
Sebagus mana diri kita. Jangan pernah bongkak, riak lagi sombong. Dlu aku tak paham, dengan orang yg jenis bangga diri. Aku takleh dengan orang bangga2 diri ini. Aku rasa cam - haishhh! ....I mean, seorang yg memang bagus, memang berkualiti, yang memang berpotensi, seorang yg cakap serupa bikin, yes! U are the besh!, Tapi slack satu, BANGGA DIRI. Sayang!!!
Why? Kenapa bila u pandai, bijak, what u said, what u have done semuanya menjadi, u always claim it do comes from u. U are the source for your succes. Sifat, perbuatan, kata-kata, semuanya melambangkan, u are so proud and highly contented with urself......U want all people in this world to know, that u are the best, because u are the one that work for it, coz u are such dicipline, u are such hardworking, u are such such n such....
Hallo, u just WORK for it. Hasilnya Allah yg bagi. Sifat, disiplin, rajin. U WORK for that sifat, tapi kekuatan untuk berada dalam rajin, dalam disiplin, Allah yg bagi. Setiap kejayaan kita, bukan satu perkara untuk dibangga2kan, tetapi satu perkara untuk mendekatkan diri dengan Allah, dengan KESYUKURAN yg diberikan.
Biar apa saja yg kita dapat dalam hidup, baik atau tidak pada pandangan kita, percayalah, semuanya straight dari Allah...Lebih kurang rumus mudah:
p:Allah menciptakan mikroorganisma,
q:Mikroorganisma digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan,
r:Ubat-Ubatan digunakan untuk menyembuhkan penyakit
:. Allah menyembuhkan penyakit
a.Ahmad menghidap penyakit
b:Ahmad minum ubat,
c:Ahmad sembuh...
:. Allah menyembuhkan Ahmad.
Disebabkan Allah menyembuhkan penyakit, Allahlah yg menyembuhkan Ahmad.Ahmad hanya BERUSAHA dengan meminum ubat secara berdisiplin dan konsisten.
Sekecil2 benda, Allah yg cipta, sekecil2 ia, berkembang biak kepada episod peristiwa seterusnya, sejauh mana kisah/ peristiwa/ kejadian, perkaitannya dengan Allah tidak akan putus. Larila pi mana pun, penghujungnya tetap Allah. Jadi bersyukurlah pada Allah, kerana telah mengurniakan sesuatu yg kita ingin . Bertahan, sabarlah, jika ia bertentang dengan keinginan kita. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Allah lah yg telah menyebabkan sesuatu perkara terjadi pada kita. Setiap yg berlaku, semua hanya daripadaNya.
We pray for forgiveness, semoga kami semua sentiasa celik, untuk melihat segala-galanya hanya dariMu, yg akan membatalkan segala keluh kesah, kerana yakin dengan takdirMu, yang sentiasa mengangkat tangan syukur padaMu, kerana takjub dengan nikmatMu.Sunday, January 20, 2008
The story that I just paste!=]
Not long ago, three friends came to the New York city. They decided to stay in a hotel during the visit.
It so happened that their room ended up being on the 60th floor.
The policy of the hotel was that everynight after 12:00 a.m. the elevators are shut down for security reasons.The next day, the three friends rented a car and went out to explore the city. They enjoyed movies, concerts, and other things throughout the whole day. At one point, they remembered that they have to get back to the hotel before 12 a.m.
When they arrived, it was beyond 12 a.m. at night. The elevators were shut down. There was no other way to get back to their room but to take the stairs all the way to the 60th floor. All of a sudden, one friend got an idea.
He said “For the first 20 floors, I will tell jokes to keep us going. Then another one of us could say wisdom stories for the next 20 floors. Finally, we will cover the other 20 floors with sad stories.”
So, one of the friends started with the jokes. With laughs and joy,they reached the 20th floor. Now, another friend started saying stories that are full of wisdom. So, they learned a lot while reaching the 40th floor. Now, it was time for the sad stories.
So, the third friend started thus, “My first sad story is that I left the key for the room in the car.”
Now, what is the point of this story?
This story resembles our lifecycle. For the first 20 years of our life, we spend time in joking and enjoying whatever is out there. Then, after we reach 20, we go into the work force, get marriead, have kids and this is the time when we use our wisdom. Then, if we reach 40, we finally see the white hairs and begin to think that my life is coming to an end and the sadness begins.
It’s better that we start our life in the very beginning by remembering death rather than preparing for it at the end our life when very few of us have the energy to obey Allah completely. We should also remember that there is no guarantee of a life of 60 years for any of us, many have already left this world way before that age.
May Allah give us the ability to make use of our life before death and our youth before old age, Ameen.
Wasalam
Visit : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=854&cic=1
Monday, January 14, 2008
Forgive us
Sunday, January 13, 2008
I'm only human...
Yang tiada lagi disertai rindu,
Aku balikkan hati ini,
Daripada mengingatimu,
Lebih dari baik,
Aku mengingati Dia...
Tiada ingin lagi aku ingat,
Sesuatu yg hanya sisipan,
Hikmahnya sudah dibawa berlari,
Jadi untuk apa lagi...
Leraikanlah Ya Allah,
Ingatan ini,
Dari dia...
Cuma memori,
Yang sudah berada,
Di 'recycle bin',
Cuma sampah,
Yang memenuhi ruang 'memory'...
Terpulang pada aku,
Untuk 'restore' or 'delete'
Ingatan ini melambatkan twinhead ku,
Delete sajaa....
Time to shelipppppp...
Its PJ again..ouch!..Hope for ur safety, hope Allah always with U....Friday, January 11, 2008
American Gangster
Smalam aku gi tgok movie, ngan men boling ngan linda, emma, zan. Sib baik tak sakit tangan ar, salu klau men boling, ada la orang nak lenguh tangan. Citer american gengsters...hmm..kisah benar...yg berlaku sekitar 1969 – 1970s. Gitu ler.
Aku suka citer ni, sbb mesej dier terlampau banyak. Salu, klau tgok movie, aku leh listkan beberapa mesej yg aku dapat dari citer untuk diadaptasikan dalam dunia sebenar. Tapi klau nak citer msg yg aku dapt dari citer American Gangster ni, TERLAMPAU banyak la kot.Kisah ni berkronologi, and bagi aku, kita clearly bleh nampak, saat permulaan, saat pertengahan, saat kemasyuran, dan saat kejatuhan, hidup seseorang. Selain tuh, apa kesan satu perbuatan kita, pada seluruh masyarakat dan dunia. Bagaimana nak hidup secara berprinsip, walaupun satu dunia tgh gelakkan kita, dan bagaimana untuk berani dan teguh, kerana benar. Bagaimana harta, pangkat dan wanita, bleh menghancurkan kehidupan kita. Bagaimana dalam hidup, kita perlu melatih ke arah sempurna, dan tidak membiarkan kelemahan diri, menguasai diri kita.
Tuesday, January 08, 2008
Hepi B'day Kakak!

Kakakkkk.........Happy B'day...
Kami punya wajah yg sama,
Tapi tetap tak serupa,
Sbb Jie lagik comeii..hihi
Bila jalan,
Salu orang tanya,
Kembar ka?
Dua beradik ini,
Sememangnya, suka wat2 tak tau apa,
Senyuman di sebalik kedukaan,
Tawa di sebalik ketabahan,
Kakak,
Wish u a very happy b'day,
Thank You,
For being a mama,
For both jiji and kak linda,
Including adi...
Tabahlah,
Menghadapi kehidupan,
Di bumi ini,
Taat pada suami,
Jadilah ibu yang mithali,
Setiap kesenangan,
Dan juga kesempitan,
Biar apa jua ujian,
Tak pernah akan menjadi halangan,
Buat kakak
Yang mempunyai seribu ketabahan!...
No matter how many times,
I wish u,
Hepi2,
Itu semua tak pernah akan membalas jasa kakak pada Jie...
Semoga,
Milik kakak kasih Ilahi,
Milikmu syurga yang abadi!
Asniza Aris : January, 8, 1978Capricorn yg macho
Dh mkn kek, lap mulut pakai tisu nihh....Monday, January 07, 2008
Futsal
.jpg)
Pecaya tak...aritu cik aszifaris gi main futsal!...wahahaha...Besh!...Memang besh!..dan sepastinya, aku takde komen nak kasi kat pemain bola sepak negara dah pasni, aku main kejap je dah semput, smalam punya lerr sakit belakang.....susah gak main bola ni, layak la orang main bola dapat gaji tinggi2..hihi...
Berkecoh2 pasal minyak2 nih ekk.....mcm2 la. Isu pendidikan negara pun tak habis. Bleh lak Hisyamudin bg komen - sape nak bayar, bayar, saper tanak sudah, takat baper Rm je. Hmm...payah nak komen, kot klau kaya raya, mmg la rasa rm25 tuh baper la sangat. Takat perabis lunch kat secret recipe je kan. Tapi dlu aku ingat la, student2 kakak aku yg susah kat merapoh tuh, nak gi kem motivasi, rm 10 pun susah mak ayah nak cari. Tapi ntah, mak ayah pun boleh dikatakan berkira jugakk....Tapi, selambernya kan komen cam gitu..
Aku tak diduga di situ.
Tim ni kata nak kol, tak kol pun, naper? Mesti ade hal punya, klau tak, tadernyer dia carik aku..wahaha, naper hubungan aku ngan aquarius suma camtuh ha? Semua kawan2 aquarius aku, punya pemikiran, dan persekitaran yg memang jelas nyata berbeza dari aku. I stress on persekitaran. Persekitaran, cara membesar, pengalaman hidup, suma pun berbeza dengan aku. So, perkara ni akan buat kami tak bleh bincang isu secara sehaluan, sbb dedua pandang dari sudut yg berbeza. Selalunya.
Ader kawan aku ni, aku 2/8. Dier 8/2. Haha...Serius terbalik suma aku ngan dia. Sedikit sebanyak, aku leh paham kot orang aqua ni. Tapi klau kawan2 aku yg aqua, aku tak berpeluang mengenali mereka secara total. Coz at one side, derank bercerita dengan banyak. But, the important2 things, detail2 yg diperlukan untuk mengenali mereka secara lebih dekat, jarang diceritakan. So we have many lubang2 in a jigsaw puzzel. Pieces2 yg tak dapat dicari, untuk melengkapkan, satu gambar. So, ia tergantung, macm tuh saja.
Just let it be.
Aku bermohon ketenangan jiwa dariMu Ya Allah. Andaikata aku ini, ketika gembira, akan melupakan Mu, lebih baik aku dijadikan bersedih, dan dekat padaMu. Andaikata aku ini, ketika beramai, akan melupakan Mu, lebih baik aku bersendirian, asal aku dekat padaMu. Takala, aku rasa aku bersendirian, tapi aku masih mampu mengukir senyuman, kerana aku tahu, kasihMu, tak pernah lekang pada hambaMu, yang sentiasa berusaha ke arahMu.
Saturday, January 05, 2008
Tujuh Langkah Syaithan Menyesatkan Manusia
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)
Syaithan tidak pernah bergembira ketika melihat ada orang-orang yang bertaubat kepada Allah. Ia akan berusaha dengan segala daya upaya untuk menggelincirkan manusia, kembali kepada kesesatan. Syaithan menggoda manusia melalui media hawa nafsu dan syahwat yang ada dalam diri manusia. Ketika seorang manusia dengan rahmat Allah, secara sempurna mampu mengendalikan hawa dan syahwatnya, maka syaithan kehilangan cara untuk menyesatkan manusia. Karena Allah berkata, bahwa Iblis tiada sanggup menyesatkan orang-orang yang mukhlas.
Cara syaithan menggelincirkan manusia beragam. Ada seseorang yang tidak pernah shalat. Ketika ia sadar bahwa ia harus mulai bertaubat dengan melaksanakan shalat, maka syaithan akan berusaha agar orang ini tidak melaksanakan shalat. Berbagai cara dilakukannya. Mulai dengan membisikan kemalasan, keasyikan, pengabaian dan lain sebagainya. Namun karena usaha yang keras, akhirnya Allah menolong. Orang ini menjadi
mudah untuk melakukan shalat. Ia menjadi orang yang rajin shalat, bahkan selalu di Masjid. Saat ini syaithan tidak lagi menggelincirkan dengan meniupkan kemalasan, ia melihat lubang yang lebih terbuka di dalam individu tersebut, yaitu lubang riya. Syaithan membiarkannya dalam kerajiannya dalm shalat. Namun ia sekarang membisikkan dengan riya. "Lihat shalatmu paling bagus". "Lihat orang-orang kagum padamu". "Kamu adalah orang yang alim". Ketika ia mengikutinya, tanpa sadar si manusia pun telah tergelincir kedalam lubang syaithan.
Imam al Ghazali dalam Kitab Minhajul Abidin mengatakan, bahwa syaithan menyesatkan manusia dengan 7 langkah, yaitu:
PERTAMA
Syaithan melarang manusia agar jangan taat kepada Allah. Orang-orang yang dipelihara Allah, akan menolak ajakan itu dan berkata: "Aku sangat butuh sekali kepada pahala dari Allah, karena itu aku harus membekali diriku di dunia ini untuk akhirat yang kekal abadi".
KEDUA
Syaithan mengajak manusia untuk menunda taat. Syaithan mengatakan"Nanti saja masih ada waktu", "Nanti saja kalau sudah tua", dan sebagainya. Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: "Ajalku bukan pada tanganku. Jika aku mengundur amal hari ini untuk esok, siapa yang dapat memastikan bahwa aku masih hidup?"
KETIGA
Suatu waktu syaithan mendorong manusia untuk segera mengerjakan amal baik, sambil berkata: "Ayo cepatlah beramal, supaya banyak dan dapat memburu amal yang lainnya". Orang-orang yang selamat tentu menolak dan berkata: "Amal yang sedikit tetapi sempurna adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak sempurna".
KEEMPAT
Syaithan kemudian menyuruh manusia untuk mengerjakan amal baik dengan sempurna sebab apabila nanti tidak sempurna akan dicela oleh orang lain. Orang-orang yang terpelihara tentu menolaknya dan akan berkata:"Untuk saya, cukup dinilai oleh Allah saja dan tidak ada faedahnya beramal karena manusia".
KELIMA
Setelah itu syaithan menancapkan perasaan dalam hati orang yang beramal dengan mengatakan: "Betapa tingginya derajatmu dapat beramal shalih dan betapa pula cerdikmu dan kesempurnaanmu". Orang-orang yang shalih akan berkata: "Semua keagungan dan kesempurnaan itu kepunyaan Allah, bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allahlah yang memberi taufik kepadaku untuk dapat mengerjakan amal yang Ia ridlai dan memberikan ganjaran yang besar dengan karunia-Nya. Jika sekiranya tanpa karunia Allah, maka apalah harganya amalku ini dibandingkan dengan banyak nikmat Allah kepadaku, disamping dosa yang banyak yang aku kerjakan".
KEENAM
Setelah jalan kelima gagal, maka syaithan mengajukan jalan keenam. Jalan ini lebih hebat dari yang disebut sebelumnya. Dan tidak akan dapat menyadarinya kecuali orang yang hidup pikirannya. Syaithan berkata dengan mendesuskan di hati manusia: "Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sirr (rahasia), jangan diketahui oleh manusia sebab Allah jualah yang akan mendzahirkan amalmu terhadap manusia, dan akan mengatakan bahwa engkau adalah hamba Allah yang Ikhlas". Syaithan mencampurbaurkan terhadap setiap orang yang beramal dengan tipu dayanya yang halus sekali. Dengan ucapannya itu syaithan bermaksud untuk memasukkan sebagian dari penyakit riya.
Orang-orang yang dipelihara oleh Allah menolak ajakan syaithan ini dengan mengatakan : "Hai mal'un (yang dilaknat) tiada henti-hentinya engkau menggodaku untuk merusak amalku dengan rupa-rupa jalan. Dan sekarang engkau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalku, padahal maksudmu adalah untuk merusaknya. Aku ini adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikan aku. Kalau Allah berkehendak mendzahirkan amalku atau menyembunyikannya, kemudian menjadikan aku mulia atau hina, itu adalah urusan Allah. Aku tidak gelisah apakah amalku itu diperlihatkan oleh Allah kepada manusia atau tidak, karena itu bukanlah urusanku".
KETUJUH
Setelah gagal dengan jalan keenam, maka ia menggoda lagi dengan jalan ketujuh dengan mengatakan: "Hai manusia tidak perlu engkau menyusahkan dirimu untuk beramal ibadah, karena sejak zaman Azali Allah telah menentukan manusia. Apabila engkau ditentukan sebagai orang yang bahagia, maka tidak akan menjadi mudharat apa-apa kalau engkau meninggalkannya, dan engkau tetap akan menjadi orang yang bahagia. Sebaliknya apabila engkau telah ditentukan sebagai orang yang celaka, maka tiada gunanya engkau beramal, karena engkau tetap akan celaka".
Orang-orang yang dipelihara oleh Allah akan menolak godaan ini dengan mengatakan: "Aku ini seorang hamba yang mempunyai kewajiban menuruti perintah Tuhan. Tuhan Maha Mengetahui. Ia menetapkan sekehendakNya. Dan berbuat apa saja yang dikehendakiNya. Amalku tetap akan bermanfaat, walau bagaimanapun keadaanku. Jika aku dijadikan seorang yang berbahagia, maka aku tetap perlu beribadah untuk menambah pahala. Dan jika aku dijadikan orang yang celaka, aku tetap harus beramal ibadah, supaya tidak menjadi penyesalan. Jika sekiranya aku dimasukkan ke neraka padahal aku taat, maka aku lebih senang daripada aku dimasukkan neraka karena aku maksiat. Tetapi tidak akan demikian keadaannya karena janji Allah pasti ditepati dan firman-Nya pasti benar. Allah telah menjanjikan kepada siapa yang beramal taat kepada-Nya akan diberi ganjaran. Siapa-siapa yang meninggalkan dunia dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah tidak akan dimasukkan ke neraka dan pasti dimasukkan ke Surga. Jadi masuknya seseorang ke Surga bukanlah bukanlah karena kekuatan amalnya, tetapi karena janji Allah semata yang pasti ditepati dan suci".
Wednesday, January 02, 2008
Heya, u look blue!


“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”. (Ruum:21)

Adiah Salwa , kami bli reramai, vacuum ngan dapur elektrik, ngan periuk skalik, gamba dapur tuh tak save plak, aicehh...

.jpg)
.jpg)



.jpg)
.jpg)





