Thursday, December 31, 2009

Hadiah-NYA Untuk Kita

Sumber : http://rodin-66.blogspot.com/


Allah menguji setiap manusia dengan ujian yang beragam jenis. Akan tetapi, Dia tak pernah membebani kita hamba ini melebihi apa yang kita mampu. Ini adalah janji Allah.

"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, Kami tidak memikulkan kewajipan kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya." (QS. Al A'raaf, 7: 42)

Penyakit, kecelakaan, dan segala macam bentuk ujian yang dihadapi kita hamba ini dalam kehidupan dunia, adalah dalam batasan kemampuan kita untuk mengatasinya. Dalam beberapa peristiwa, kita hamba ini boleh saja merasa telah melakukan segala yang memungkinkannya keluar dari masalah, namun kita tidak juga bertemu jalan keluar. Kerana lalai bahawa pasti ada kebaikan dalam peristiwa tersebut, kita hamba ini memberontak dan marah. Ini adalah tanggapan tak berguna yang ditiupkan oleh syaitan. Apa pun yang dihadapinya dalam hidup, seorang hamba yang ikhlas harus tetap ingat bahawa kita dihadapkan dengan keadaan yang di dalamnya kita dapati kebajikan dan kesabaran. Jika kita putus asa, itu hanyalah tipu helah syaitan. Maha Pencipta memerintahkan hamba-Nya untuk tidak berputus asa.

"Dan tidaklah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-Nya? Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman. Katakanlah, 'Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).'" (QS. Az Zumar, 39: 52-54)

Seorang hamba yang menerima dan berusaha menetapi perintah Allah tersebut mengetahui bahawa dari kebaikan akan timbul kebaikan pula. Seorang hamba yang putus asa akan sendirian di dunia ini dan tidak mempunyai jalan keluar. Allah mengatakan kepada kita sekalian hamba bahawa mereka yang putus asa terhadap kasih Allah adalah orang-orang yang tidak beriman.

"…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (QS. Yusuf, 12: 87)

Dalam menetapi perintah Allah, seorang hamba harus mencuba mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang apa yang terjadi di sekitarnya melalui renungan. Ketika seorang hamba menemukan kesulitan, kesulitan itu membuatnya sedar bahawa ada kebaikan di dalamnya dan memastikan bahawa dalam tempoh cubaan itu akan menjadikannya bersemangat, sabar, pemurah, setia, tekun, pengasih, dan penuh pengorbanan. Sikap sabar, bijaksana, cerdas, tenang, memaafkan, menyayangi, semuanya menunjukkan tahap kemuliaan seorang hamba dan menawarkan kebahagiaan kepada hamba yang hanya didapatkan dari keimanan.

Sunday, December 20, 2009

Love is not blind


002:165 (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

009:024 Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

012:030 Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata."

028:085 Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Katakanlah (kepada kaum yang menentangmu): "Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata".

049:007 Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -

056:037 Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

075:020 Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.

076:027 Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).


Saturday, December 19, 2009

Dalam Tahu aku Resah


Pabila hati gelap. Ia ok dalam melaksanakan dosa. Takdak rasa apa-apa. Tak rasa resah. Tak rasa bersalah. Rasa biasa. Dan mungkin, rasa tenang.

Kemudian ia bergerak ke satu tahap, hati mula rasa tak kena. Ada rasa bersalah.

Sampai juga ke tahap. Resah.

Bila sampai ke tahap tahu kesan dosa itu, dan tahu, akan resah setelah melakukannya. Kenapa melakukannya lagi?

Mungkin menonton diri dalam berulang dalam melakukan kesalahan yang sama, dalam tahu dan dalam keresahan. Semata-mata kerana pujukan nafsu untuk nikmat sementara.

Mengapa tiada upaya dalam menolak kejahatan?

Perlu bertanya kepada Iman.

Ia lemah atau kuat sekarang?

Pasti lemah,kerna ia tak mampu menolak kejahatan dalam tahu dan resah.

Lemah. Lakukan perkara untuk menaikkanya semula.

Bergantung kepada amalan, apa yang kita lihat, apa yg kita dengar, apa yang kita buat. Dalam keadaan ini, walaupun berat, namun berniatlah untuk melakukannya kerana ingin menaikkan iman. Kerna kuasa akal yang mampu menafsir dan tahu perbuatan itu salah masih tidak mampu menolak kejahatan. Kerna kuasa hati yang resah itu masih tidak mampu menolak kejahatan. Hanya iman yang mampu menolong.

Perlu iman, untuk menolak kejahatan itu.

Sekali lagi, dengan penuh keteguhan dan keinsafan, lakukanlah kebaikan, untuk menaikkan tahap iman.

IMAN yang akan menolak kejahatan.

Raihan
Iman Mutiara

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Wednesday, December 09, 2009

“Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu. Insya Allah!” saya tersenyum.

http://saifulislam.com/?p=7169#more-7169

Sunday, December 06, 2009

Pemergian abadi

Aku tgh kat Radix Fc ni, ingat nak kejap jek....Sbb nak jumpa kawan 2.30 satgi kat a &w . Tapi dia msg kansel plaks!..Takper la len kali. Leh la aku lepak sni lama2 skit...Sebenarnya, supposely aku stat wat menda yang lebih penting stat dari smalam lagik...tapi dok tak wat2 lagik..mai la menulis dlu...

Radix ni salah satu geng2 HPA punyala. Sungai Petani ni dah jadi Bandar HPA dah. Penuh je ngan derank punya syarikat2...Tapi cam bagusla kan. Tempat ni pun ok. Besar. Byk ruang. Suka duduk kat tempat aku duduk skang ni. Cam tertutup skit, pastu kat sni mmg banyak plag derank sediakan untuk yang pakai laptop. Ader wi-fi. Cuma bagi aku agak slow skit la connection dier. Arini dier tak pasang lagu...Klau dier pasang lagu pun, lagu nasyid sahaja ekk...ewaahh..Terasa surrounding Islamic gitu..

Pagi tadi beriya bangun kui 5 nak sambunk tgok citer Departures. Smalam dah tgok, kul 9 pagi. Pastu aku kuar kul 10.40. So baki citer tuh tgok pagi tadik la. Hmm...sunyi n gloomy citer dier. Dah lama aku tak layan citer sunyi sengap camtuh.

Best Foreign Language Film at the 2009 Academy Awards. Mmg sesuai la dapat award tuh, sebab citer dier yang agak simbolik, dan menyentuh kehidupan semua orang, jika dihayati.


Apabila HIDUP tidak lagi bermakna, adakah KEMATIAN membawa erti...

Saturday, December 05, 2009

Iman yang teruji


Skroll blog. Cerita aku kebanyakan ni cerita sepesen jerk. Naper aku tak citer aku gi bercuti ker, citer kengkawan lama yg ntah paper ker masa lepak2, citer gi kundri kawen ker, citer aku nak dapat gigi palsu ker...citer dr hensem ke, citer operator yg besh ker...rasanya sumer ni cam nak tulis, tapi tak tertulis. Dah siap terkarang di dalam kepala, cuma tak diluahkan. Tuh sume citer2 gembira yg besh dan seronok dalam hidup :) Nanti la.

Naper bila ada something macam ni baru nak tulis blog. Maybe bcoz, in my mind, it sounds too negative, so i have to convert it here, as this blog is kinda inspiration, to convert everything to be POSITIVE.

A big HOPE.

I feel like i'm stuck into something. Confuse. Iman turun. Macam takde prinsip. Macam tergantung. Macam takde selera. Macam menda ni makes other things stuck jugak. But I cannot think on how its going to end. Hanya tergantung. Macam awan. Terawang2.

Jerawat ada byk, kat kulit kepala. Sounds tak bagus. Petanda tak bagus. Menunjukkan tekanan. Then tadi dah naik kat dahi. Dah lama takde. Tak suka bila naik. Sbb tuh petandanya, ada menda yg aku tgh pikir. Just dont want to biasakan diri camtuh. Macam2 menda datang selalunya dalam mind, namun kena control. Bukan biar camnih.

And I commit on things, yg aku salu wat bila aku stress jugak. Seriousy not good.

Trust on what should I do? or Trust my heart? They give different answer. Trust my heart? Aku rasa jauh dengan Allah skang. Satu lagi perasaan yang tak patut ada. I should know, Allah tuh yang paling memahami. Patut harap keampunannya, bukan rasa jauh camnih.

Bila kita rasa jauh, kita akan ragu dengan keputusan hati. Coz, we dont know, itu kata hati yg gelap ker? kata hati yang bersih? kata hati yang bernasihatkan nafsu dan syaitan? kata hati yang bernasihatkan iman dan malaikat?

Discuss. Tak tahu jugak. I dont think we can discuss. Penuh dengan ambiguiti. Its between 2 person dan juga Allah. He cant provide what i want to know. So it just about revert it to Allah. Allah Maha Tahu, Allah saja yang boleh beri aku ketetapan hati dan ketenangan hati.

Dalam keadaan camni. Aku tak sedap hati. Dalam keadaan camni. Aku harap ia belum masa lagi aku datang utk pergi. Aku harap aku masih ada masa untuk perbaiki kesilapan dan dekat semula dengan Allah. Aku perlu pergi, dalam keadaan aku dekat dengan Allah. Bukan rasa jauh camni.

I come to realize also, for some person, they are good in creating steps. The story is already there. They know on how its going to end. They just make us feel that, they dont know about the story, the make us feel like, 'owh it just happen!..'

I just have to be more stronger, to say NO. I should do things because of Allah. Not only me. I didnt come to this world to complete the story on how I want it to be ended.

I come to this world with the fate that Allah already creates. I come to this world to fulfill that.

Allah only creates for good. He knows what He is doing. He knows, that I'm going to write like this also. He knows, what will happen tomorrow. He knows on how this things going to be ended. He knows the story.

What should I do? There is a feeling of fearful. Fear regarding my action that will make me take the risk of loosing something.

Again, forget about me. Think about Allah. My action that should parallel with His order. When I think about me, my Lust, always there to take the opportunity.

That is why I dont like the motto of 'Do what u want, this is ur life'. Kita seringkali terperangkap di dalam motto tersebut. Menjengah kepada selingan perkara apa yang diingini nafsu.

Theres a moment, where we dont care, on how its going to end, we dont care on what other people will say, we just dont care. We just FEEL to do that. Do what u want, this is ur life, sometimes makes u feel blur of the right action.

Yes. How much u dont care. But please do CARE on pandangan Allah. He is ur creator.

I'm searching back the database, where is my prinsip. Prinsip tentang tawakal. Prinsip tentang sabar. Dan prinsip jangan melakukan larangan Allah.

Jika kita sering melakukan apa yang dilarang Allah, kita hanya akan melemahkan pertahanan diri. Kita sedang melemahkan fungsi hati. Kita sedang menambah dos-dos perosak padanya. Jika rosak hati, maka rosak diri.

Jika hati sudah mula rosak, kesabaran diri sedang dirungkai. Bila sabar mula hilang, kita akan mudah hilang kawalan.

Tawakal, ialah melakukan sesuatu setakat yang mampu sekadar apa yang boleh dilakukan pada saat itu. Please, lihat apa yg boleh dibuat. Sekadar apa yang boleh dibuat. Setakat itu sahaja. Do the best dengan perkara yang boleh dibuat. Perkara yang bukan di tangan kita, yang bukan di bawah kuasa kita, lepaskan, tanpa sedikit pun rasa risau, bingung, dan bimbang. Yang tak mampu kita lakukan, Allah akan uruskan dengan baik. Apa yang boleh dibuat, sudah dibuat sekadar apa yang mampu, dan lakukannya dengan jalan Allah. Beware of that.

Meluruskan hati dan keyakinan pada Allah termasuk dalam senarai kesabaran.

Love Allah more than u love somebody. Do things because of HIM. Not him.

Forget ur lust. Forget his lust.

Think and commit things because of HIM. From that we will know what is the right action to do for this kind of story.

Rasa rindu, rasa ingin, rasa yang penuh rasa. Ia hanya dugaan dalam secebis kisah kehidupan. They come to test, betapa tingginya IMAN.

Kita tidak dikatakan beriman, jika kita duduk saja, dan beribadah. IMAN seringkali ditentukan darjatnya bila datangnya UJIAN.

Identify ujian, ada ujian kekecewaan, kesakitan fizikal, kesempitan kewangan, perang mental, ujian nafsu syahwat. Semuanya ujian yang perlu ditempuh.

Ini ujian untuk IMAN. Think about Allah, about Iman. Walau apa pun storynya, jalan ceritanya tidak begitu penting. Identify ia ujian apa, untuk kita melepasinya. Walau apa pun storynya, ia masih berpunca dari konsep ujian.

Walau apa pun storynya, setiap pokok yang berkembang daun dan dahan, pasti berpunca dari akarnya. Segalanya ada penyelesaian. Dont ever feel stuck.

Mengapa orang Islam itu beruntung? Kerana ia masih ada IMAN. Walau pun ia sedikit, berilah ia peluang untuk naik. Think more, think, ingat, ingat, dan ingat, Ingat Allah, dan ingat Iman tuh. Setiap kali dalam kita ingin melepasi cubaan, ingat ini untuk Iman.

Kita tidak hidup untuk keberuntungan dunia dan diri. Kita hidup semata-mata untuk akhirat yang pasti. Akhirat yang tiada penderitaan, akhirat yang tiada kesakitan, akhirat yang tiada keresahan, jika dan hanya jika, syurga milik kita.

Jika neraka, tak terbayang percutian di pulau berapi.

Begin with the end of mind. For each steps, think with the end of mind. Utk akhirat.

I need the strong me. I need the strong me. I need myself yg ada prinsip rite now.

I need my self yang goal oriented. I need myself yg tak kenal erti lelah dalam berbuat sesuatu, yang tak pernah mengalah, yang meneruskan walau terasa payah, demi cita-cita abadi. I need that kind of me. I need that kind of me that dont even care, that do best, so that others wont feel bad, but if they feel bad about it also, Allah knows best, on how to treat them.

Seorang yang tidak kalah pada cara stakat mampunya. Dan seorang yang berharap hanya padaNya.

Itukan ciri seorang Islam yang sebaiknya. I love this agama, agama yang sering membawa penyelesaian kepada sesuatu. Di sini hambaMu berharap, agar ia mampu, menahan ujian nafsu, yang menguji IMAN.

Wednesday, December 02, 2009

Simple faith

Tak stop arini. Satu ari berada di luar. Hmm.Fahim tgh pakai kasut sukan ayah dia sambil jalan2..Malas tul aku nak layan. Kasut tuh dah la besaq..Satgi jatuh kedebukkk..(takpa dia dah besa..hahaha). Ada satu ari, dier pakai kasut wedges aku, tinggii!..Dah la tuh mai seret handbaq aku skalik....ih ih ih...

Budak2, naper la suka tiru orang2 tua. Ingat jadi tua nih besh ke, haha,,,banyak sangat menda yang kita kene plan, n organize.

Dah ke mana plak dia pi jalan fahim nih...
*
Tgh tulis, ni tinggal laptop fahim mai tekan button off. Baguih. Tuh la kija fahim dan aidid firas. Aku agak respek kat orang yang ada anak, sambil sambung master or phd. Huhu...Camne la derank handle anak, rumahtangga ngan nak berdepan ngan laptop dan buku.

Fikiran aku tak smooth. Macam2 pikir. Namun hati ok. Salu aku ingatkan diri aku, dengar kata hati. - Yang Baik.

It just about trust aszifa. Trust ur own inner says.

Tadik dapat jemputan kawen lagik. Hahaha, baru pas balik dari kundri kawen, nanti pi kundri lagik. Seronok gi majlis kawen, sbb pengantin tuh cam besh bila kita kawan2 dia, hadir, tambah lagik kawan2 yang jauh2...:) Lagik satu maybe sebab aku suka pi kundri kawen sbb, masa kakak2 aku kawen, depa mmg besh bila kawan2 mai. Depa ingat kt orang yang mai tuh. Kadang2 kita tak sempat nak bercontact selalu. Namun kundri kawen adalah satu medan terbaik aku tgok, utk kita seringkali bersama dengan memori kawan2 kita. :)

Rasa cam sume kundri nak pi, tapi tgok yang mana berkesempatan je la ni. Cam besh jugak tgok orang kawen. Nanti depa mai kundri kawen aku ngan suami n isteri masing2. Cam cheyy...dah bley ada famili awai2...cam besh. Namun apa kan daya, walaupun rasa cam nak kawen nih, takperla,,,aku rasa aku tak sesuai lagik. Aku lebih berkebolehan dalam bidang lain untuk menyumbang kepada dunia mungkin...baik aku pursue je, secara yang terbaik. Allah mengetahui, aku tidak.

Namun aku belum sampai lagik tahap redha sampai ke tahap...klau tak kawen pun takpa. Aku still rasa kawen tuh cam satu need dalam diri aku. Tapi klau tak...uish. Hih takpa, pelan2 la belajar redha menghadapi sesuatu.

Dua tiga menjak ni nafsu cam agak menguasai diri aku rasa. Ni bukan aku yg btui2 dalam kawalan. The good side of me yang btui2 tuh, salu berjaya kawal diri, apabila mengenangkan hasil akhir, dan akan bertahan, dan akan memulakan, utk sesuatu kebaikan. Namun, sperti ada suara seperti inginkan kesedapan sementara yang tidak membawa ke mana2 yang aku turutkan.

Ia bahaya. Sbb aku jenis, start satu menda, yg len plak akan berturut. :) So its very important for me, untuk menahan diri. Bukan utk sesuatu sebab sahaja kadang2. Namun untuk memudahkan diri bertahan, untuk dugaan2 lain jua.

So, bertahan aszifa. You can always do that with Allah blessing. We have done it a lot. Bertahan, sabar. Bertahan dan sabar. The life is not only about U. Life is about life. Secara keseluruhan, we will never know, rahsia yang Allah simpan dan belum buka utk kita. It just about having a simple faith. Simple faith yang Allah lebih Mengetahui.

Please pass this ujian. Allah menguji kepercayaan tentang rukun iman - percaya kepada qadak dan qadar. Dont ever think that much. Dont have to have and gives ur own reasons also. Ur mind should be located to other things rite now. We have think and had give thousands of reasons for that case. Still. It does comes.

Have that simple faith. Focus to Allah's solutions that u dont ever know, what is that, tetapi Allah sudah mengatur yang paling baik untuk aszifa aris.

Have that simple faith sayang!

Fahim panggil maksu - (Jie), instead of su-jie. Ih!