Thursday, November 27, 2008

Rasa macam nak tulis blog, tapi naper cam takder aper nak tulih..ih2...kepala kosong, owh yeah!owh yeah! Progestron n estrogen at the lowest level...! Lega.


Tuesday, November 25, 2008

Happy Birthday Teacher Aslinda!

Dear aslinda, my dearest sister,
Happy birthday...! =]
Satu hari lagi melangkah di bumi Tuhan,
Dalam mencari erti kehidupan,
Umur yang dipanjangkan,
Moga hidup dalam rahmat yang berkekalan...
Setiap segi itu adalah dugaan,
Berbahagialah di dalamnya,
Kerana melepasinya satu nikmat dari Tuhan,
Sabar saja dalam melangkah,
Dalam menempuh kehidupan...
Sesungguhnya,
Hari yang pasti itu pasti tiba,
Semoga persiapan menghadapinya,
Kita mulakan dari sekarangnya..
U are such a lovely sista,
Walau pun banyak mulut dan suka bising,
@ mulut laser jugak suka cakap lepas,
But u are my idol,
Dalam menjadi tabah untuk menjalani kehidupan...
Kita tak sama macam kakak,
Kakak macho dan memang macho dari kecik,
Kakak memang hebat dari kecik,=]
Kita membesar dan matang dari pengalaman,
We develop and develop many2 things in our life,
Kerana kesilapan dan kelembikan lalu,
huhu..
Be a good wife,
Kerana di dalamnya,
Terdapat keredhaan Allah,
Firas itu juga satu dugaan,
Buat mamanya yang memang suka memanjakan anaknya ,
Yang suatu hari akan menjadi jejaka pujaaan..
Be a good 'menantu'
Itu jua dugaan,
=] ...
Pada setiap detik, biar pada Allah saja kita bergantung,
Hope u will love Allah, more than u love abg faizal, love firas, love me , kakak, papa, adi n our family...!
Again,
Happy Birthday To You.

Sunday, November 23, 2008

Canadian Pizza - Call 1-300-880-241

Baikknya rasa itu tersimpan dalam...lalalalala~~... Dok melalak tgh ujan nyanyi lagu bunga cinta lestari, buleh dak? Haha, ni penangan nona tadiks la neh...tadi aku balik darik kelas nak tgok majlis pertunangan tajul masuk nona...ja pun balik dari opis tadik nak tgok majlis pertunangan tuh..huhu...skang dia pi opis balik dahs.. Lapaq pulak dan ujan2 pi order canadian pizza. Kami makan sorank satu. Tuh pun tak kenyang lagik, perut apa la 2-3 menjak ni tatauu...

Tadi aku kat kelas, akma msg ajak kuaq...Nggak boley arini dong. Aku nak berehat kat umah jek..

Dah bukak tuh, ader la plak majlis perkahwinan bunga ngan asyraf sinclair...toin2....aku dapat idea nak wat slide show..wahaha...berangan!

Tajul takder puns, ader tunang dia jekk...hmm tapi mestila dah majlis tunang mana de laki klau ikut btul2 adat. Wah grand nak mampus bagi aku, tunang puns cam majlis kawen jek..siti nurhaliza, datuk k ngan dr fadzilah kamsah pun ader..Yor yor jek aku ingat cam depa nak temuramah tajul ker...ala takder puns...haha...7 thn korang bercinta, wallau lama giler...thn depan kawen ekk...saiful pun kawen ujung thn ni, zul pun kawen ujung tahun nih
kot...haha, kawan2 pompuan aku jek, bila ntah nak kawen, baity la kawen thn depan kut...huhu..

Aku bilanya nih? Haha...Besh lak tgok majlis kawen besh2...tapi skang aku dah takder angan2 aper puns, mungkin takut. Dlu masa kecik2, tak kecik sangat la, dalam sekolah
menengah camtuh, salu de bayangan dalam kepala, camne majlis kawen aku. And of course, the important person in my life, my mom, is there.

We've plan so many things, sampai la ke cucu. Tapi kita hanya mampu merancang, sesungguhnya takdir Allah itu lebih baik buat kita, melebihi keinginan kita sendiri. Dlu mama cakap, klau jie dah kija nanti, i'll teach u, on how to manage ur money, blablaba....but it ends up as , i have to decide by myself.

I have my other members in my family of course, tapi takde lagi penasihat sehebat mama, tempat kami sumer bergantung. Everyone, suma orang akan ambil keputusan mama sebagai satu dasar untuk membuat keputusan.

But now, we are on our own, we still giving advises, tetapi keputusan sebenar, we have to decide by ourself. Timbang baik buruk sumer skalik...and decide.

Itulah baiknya kehilangan mama di dunia ini, so that kami masing2 belajar ap
a itu kehidupan, dan terus mencari bagaimana caranya untuk hidup secara betul di dunia ini. Its good. Its good.

Dah habis nona tuh, aku tgok lak citer kat tv 2 nih, pasal pompuan yang dapat breast cancer. How she turns to be strong dan mendapatkan semula kehidupan dia.

"Aku umpama langit, tiada apa yang pasti di langit, semua boleh berlaku...kapal terbang yang melintas di langit, kadang hujan lebat, ribut taufan....namun tetap tiada apa yang be
rlaku pada langit, langit tetap langit dan tetap terbentang luas dalam keindahan" - A very nice philosophy dari citer tuh.........ouchh!

And cam pompuan tuh cakap, lepas dah lepasi sumer, dia dah tak buat senarai lagi, dia cuma melangkah setapak demi setapak, melepaskan semalam, tanpa risau tentang esok, cuma menikmati hari ini. =] Dan melihat malaikat2 yang keep on bagi semangat
dalam kehidupan dia.

See, how she turns to be very appreciative dengan orang2 di sekeliling dia. Setelah dia mendapat iktibar, betapa indahnya hidup ini, setelah kita melepasi saat yang sukar dalam diri kita, dan menerima seadanya, dengan redha apa saja dugaan yang berlaku dal
am kehidupan kita.

Setiap manusia itu dijadikan untuk manusia yang lain.

Namun kita sering terlepas pandang, kita salu rasa hidup aku untuk aku. We do so many things in our life untuk kehidupan kita sendiri...dan blablabla...namun akhirnya, tanpa perkongsian rasa kebahagiaan itu dengan orang lain, hidup kita akan terasa kekosongan yang amat. Itu lah yang sering terjadi.

Samalah cam kija, kita tak boleh berdiri sorang. Although, kita seorang yang sangat independent. Kejayaan suatu team itu, adalah beralaskan setiap seorang yang berada di dalamnya. Jangan bersaing, tapi berkongsi. When we are in a team, matlamat bukan lagi sekadar matlamat individu, tetapi matlamat kumpulan, untuk kepentingan - user.

I remembered, dlu masa skolah menengah, masa form 5, theres one club that i joined. Kelab Seni. Yes, Kelab Seni. I learn a lot here about life.

Kelab seni nih adalah kelab yang special, ahlinya, dipilih dah ditapis oleh senior dan guru penasihat. Dalam satu skolah, 10 orang sahaja.

There's one day, kakak senior ni panggil aku, aper ekk nama dia, aku takleh ingat la. Dier bukak notepad dier, u aszifa kan. Yes aku cakap. Dia pun ckp la, u akan masuk kelab seni. Then I was like - halooo?

"Eh u tgok balik nama tuh, salah orang kot, salah eja ker...? "


"Tak, memang betul, memang u la"...

Bingit kepala aku, giler ke aper, kelab seni ni klau event skolah jek, kna wat kija la,prepare stage tuh...yang paling penting, aper tuh nama, ala yg wording2 kat stage tuh. Bila ada event ada tema, so kena wat bagi kena tema. Kena wat cantik2. Then klau kna lukih
mural kat skolah, kelab seni jugak.

Aku- tangan bangku. Aku mana creative pun. Aku tak suka seni. Derita aku darik form 1-3 ada subjek seni. Tapi kena jugak wat bagi skore, walaupun terseksa, sebab, matapelajaran seni, counted dalam markah keseluruhan, means klau seni dapat markah skit, still akan jejas kedudukan dalam kelas.

Aku cam, hadeh- aku tanak la. Then ade la kawan aku ni sorank, dier nak kot masuk kelab tuh sangat, sebab kelab nih merit memang tinggi la, klau satu event, kiteorang da
h score 10merits dah. So banyak event tuh, banyak la merits leh dapat.

Seriously memang aku tak hingin pun. Sikit pun dak. Aku bahagia jek jadi pengawas perpustakaan sebab aku suka baca buku. Aku leh dok library, aku leh bukak lib bila2 aku suka.

Then jadi la cam gosip2 kecik. Cam naper orang2 yang tak pandai melukis sangat, tapi tetap dipilih untuk masuk kelab seni? Ada yang tak puas hati, dengan senarai2 pilihan. Aku pun tak larat nak dengaq. Aku tau la aku ni tak pandai lukih pun. Klau lukih jadi tuh, effort la, bukan bakat. Salu aku carik gamba kat tenet, print, lukih la. Even color dia pun, aku akan ikut tone contoh salunya.

Pastu aku gi jumpa Puan Jariah, guru penasihat. Aku cakap , cikgu saya tanak masuk kelab ni. Saya tak pandai lukis, naper cikgu pilih saya.


Tahu Puan Jariah reaksi dia camna? Dier sengih kat aku. Lepas tuh dia gelak.

Helo I'm serious ok cikgu! (dalam hati la ni).

Dia jawab - "Perlu ke pandai melukis untuk masuk kelab seni? Masalah you all, you all tak paham apa kitu kerja berkumpulan!"

You have ten person in a team, perlu ke semua pandai melukis? - (As for me at that moment, yes.....tapi aku tak jawab)

"Tapi sy memang taknak, saya tak bahagia"

One sentence that she replied, yang aku ingat sampai skang - "Kakak, kita tak dilahirkan untuk semata-mata bahagia"...

(How can I understand that cikgu at that moment, I'm too naif about life!)


(Apa lagik yang aku nak cakap ni, aku memang masuk kelab ni, tlong2!....and my mind keep on carik alasan lain)..

Sy tak suka orang cakap belakang pasal saya.


Sapa? - Cikgu ty.

And I did mention one name. It starts with 'L' . Tak berniat nak memburukkan, tapi memang aku tak suka dia cakap pasal aku.

Owh, dier tuh.So dier tuh bagus sangat la. Do you think orang yang datang sekolah, then asek jalan satu skolah, pusing sana sni...deserved untuk wat kija kat kelab ni? Ini buk
an kelab nak main2. This gonna be tough, nanti u kena salu kuar kelas tinggal pelajaran suma..blablablablab..

~~Aku kuar bilik guru, tanpa paham apa-apa pun.

Correct. When I look back, dalam 10 orang tuh, yang pandai betul melukis dan creative, ada dalam 2-3 orang jekk...and they become person yang generate the idea. Then our lead, biasa ja, but she can control everybody. And ada yang patuh dan ikut arahan dan jalankan tugas. Ada yang very good in computer, penting jugak untuk skeching dan buat wording yang c
antik. Pn Jariah akan pantau conflik2 dalam kumpulan. Dia banyak cakap how to be a team player.

We complete each other weakneses, dengan kelebihan kami masing-masing. Jadi tepatla prinsip - Setiap manusia dijadikan untuk manusia yang lain. Dalam team, tiada siapa yang lebih, dan tiada siapa yang kurang. Lebih logik lagi, Allah tak akan tempatkan kita, ber
ada di satu tempat yang sia-sia. Sedangkan ada sebab bagi daun yang gugur, inikan lagi, pertemuan kita dalam satu kumpulan, untuk menyelesaikan amanat Allah pada kita.

Thanks for the experience cikgu. Walau saya kuar dari skolah, tanpa paham apa-apa tentang kelab ini, namun, ia memang, satu pengalaman yang banyak mengajar saya, jika saya kenang kembali. Saya harap rahmat Allah meliputi diri cikgu, kerana telah mengajar saya, untuk bukan sahaja mengutamakan akademik, tetapi mengutamakan kehidupan.

Ya Allah thanks, atas suatu perkara, tadi. =] I'm hepi kerana berjaya dengan sesuatu, harap maintain.Many thanks!



Friday, November 21, 2008

Jantungku kencang kerna tidak tenang...

Tgh makan em, apa ni ekk..ntah apa nama dia tatau...arini aku balik lambat, chee fatt yang teman sampai lrt. Si Natalia tadi ntah beriya nak balik lambat, dah aku kol dia kata dah balik...aperla minah nih...Ntah tadi tinggal beberapa jek lagik org kat opis...tetau. Si Pei Ling tinggal sorank2 sebab dia nak tgu file...giler bagus.

Aku lambat tadi sebab file la jugak.Uwaa,,saper suh aku tak chek dlu file tuh seblom aku run. - Sebab seblom ni dah baper pojek dah, x penah lak org salah antaq...wahhh..amik kena repatch data pulakss..aku bukan mengeluh, tak marah pun, biasa la tuh human error. Cuma aku pikir, lenkali aku kena check dlu. Dan tadi mesti ada cara nak patching ngan lebih cepat. There must be other smart way of doing it faster..

Ja belum balik lagik, lagik 3 minggu ja dia nak pi jepun...bukan pi terus la. Melancong! Tertunai impian dia. Heh, impian Salmiza. Impian aszifa? huk huk..

Tengah kejar dateline la tuh minah ni. Dier wat pojek, wat support full time plakk..N tgok Ja pun dah banyak improve. Kadang2 kami dok malam2, dok mengenang saat2 baru kija dlu. Ada la nangis sorank2 dalam hati...

Last2 kami membuat conclusion, nevermind, asal kita ada usaha sudahla. Ja work hard jugak, nak buktikan dia buleh...tapi kami saling menasihati, supaya niat kami sentiasa betul. Straight to Allah. We might be gagal, again2 n again, n again n again, kami akan terus membetulkan niat.

Working life is challenging. Bukan kerana kerja tuh semata-mata, bukan kerana skill semata-mata...ia merangkum semua. How we deal with everything.

Saper taknak gaji banyak. Tapi jgnla wat menda tuh jadi satu issue lak yang buat bagi pening. Work for it, klau takdak, bukan rezki la. N bila kita wat kija, kita suka akan appresiasi. Suka2 hati aku tukaq Bi jadi Bm.

Biasa sangatla tuh, klau dengaq org cakap - "Takyah buat kija teruk2, x de saper nak appreciate"-Tuh org ckp kat Ja...."Y should I work harder? No one appreciate me!"

Layakkah kita membandingkan syurga Allah, dan jugak penghargaan manusia biasa tiada kuasa apa-apa?

Kita diberi 2 pilihan :
A. Keredhaan dan syurga Allah yang kekal selamanya.
B. Pujian dan penghargaan manusia, yang hanya sementara, esok hilang, makin dipuji makin dahaga.

Keredhaan Allah datang, apabila ada ikhlas di dalamnya. Samada dihargai atau tidak, usaha kita tidak berkurang, semangat kita tidak jatuh, kerana di dalamnya, kita yakin, ada sebab aku di sini, aku di sini untuk menunaikan tanggungjawab aku yang telah Allah amanahkan. Allah saja layak menjadi penilaiku. Andai aku letak manusia sebagai penilaiku, mereka menilai mengikut kacamata mereka, mengikut cara dan undang2 manusia. Namun Allah menilai, usaha yang ikhlas di dalamnya. Yes, we should do what is required, tetapi kita manusia tidak pernah hilang dari kekurangan, apa yang boleh dibuat adalah usaha. Dan Allah saja tahu, di mana tahap kita. Semoga kita sentiasa menjadi seorang yang berusaha, tidak kira masa dan ketika, di mana-mana saja kita dilemparkan. Its a big nasihat buat aszifa aris.

Jika diberikan penghargaan, syukurlah pada Allah, semoga usaha tidak melonjak kerana penghargaan, tetapi melonjak kerana kesyukuran dan nikmat yang telah Allah turunkan, atas KESABARAN dan KEIKHLASAN. Semoga jalan ini yang aku ikut.

Itu satu isu.

Satu isu lagik, kita manusia, tidak boleh lari dari keinginan untuk berasa penting. Bila aku tgok Greys Anatomy, masing2 berebut sangat nak wat sesuatu yang Superb, dan besar. Kepuasan sendiri. When we accomplish more things, we feel more confident. Layaknya sebegitu. Namun ada masa kita diletakkan untuk buat sesuatu yang kita pandang x penting. Ada, semua orang akan rasa. Cuma bagaimana mengawalnya yang akan membezakan ekspresi. Hidup ini bagai roda, kita akan rasa semua.

Masa praktikal dlu, mula2 aku de rasa menda2 gini. Yang rasa cam nak mati bila takder kije seketika...Kita membandingkan diri kita sendiri, dengan orang2 lain. Dan keyakinan mungkin boleh jatuh. Keinginan untuk berbuat dengan banyak, memang la bagus. Namun tak ada ketenangan di dalamnya jika niat itu untuk kepuasan diri dan kepuasan psyclogy untuk berasa penting semata-mata.

Ini hidup beb, ada masa kita turun, kita kena rasa jugak walau camna pun, ada masa kita duduk dalam satu keadaan, dan terperangkap kat situ. Keadaan yang bertentang dengan keinginan kita. Namun kita kena terima, seadanya. Di situ kita belajar membentuk sifat2 mulia, seperti ikhlas dengan kehendak Allah pada kita, redha dan sabar.

2 things that I grab from Jack's Canfield book. Jika kita tidak berpuas hati dengan sesuatu:
1. Buat action so that keadaan akan menjadi lebih baik.
2. Terima keadaan, dengan mengadaptasi diri kita pada keadaan.

Pilihan untuk duduk didalamnya, merungut, tidak gembira, dan tidak berpuas hati, sememangnya, satu pilihan yang amat mendukacitakan diri sendiri.

I've been in that condition before. Dlu aku ingat, once kita seorang yang positif, kita akn terus positif. Tapi salah. Menda ni turun naik, bisikan syaitan tuh ada bila2. Turutan nafsu tuh sentiasa mengelilingi diri. Untuk menjadi seorang yang kekal positif adalah bereaksi secara positif. Your action, your words, your thought, suma kena bangkit semula dan melawan yang negatif.

Sama jugak dengan pembentukan sifat2 lain. Klau ada menda yang nak dibentuk, kena wat everyday.

Kadang2 orang cakap, tak payah la jadi hipokrit, jangan paksa diri, jadi diri sendiri. Hmm, bukan hipokrit, hipokrit tuh memang satu pembohongan! Maksudnya, berlakon, di saat-saat kita tau diri kita memang bukan macam tuh.

Satu istilah yang dekat dengan hipokrit - Adaptasi... Adaptasi ini berlaku secara perlahan2. Kita ukur ikut percentage. No such thing as -zapppp...terus berubah.. No, slowly, 1% change, 2%, 3%, 45%, 67%, 90%... then maintain...

The test, nak tau kita score banyak mana dah, kita tahu, yes kita boleh tahu. Ataupun, sendiri yang wat test tuh dengan menghadirkan diri kita pada sesuatu situasi.

Kadang2 pass, kadang2 gagal. Persevere la. N tak boleh letakkan orang lain sebagai kayu ukur. People seriously cannot see us as a whole. They see us in pieces, stakat mana yang kita nak tonjolkan. Sifat yang penting untuk kita. Enteng untuk org lain.

Kita tgh kejar satu menda A. Kita keduakan menda B. Kita berada dalam situasi, orang nampak menda B.

Jadi dalam keadaan ini, jika kita letakkan penghargaan orang lain, dan pandangan orang lain akan apa yang penting..., hmm...kita serahkan diri kita, pada orang lain, dan tidak berkuasa dalam mengawal diri sendiri.

Masa aku kat UITM utk Prestariang event, ada sorank encik ni , dok bersyarah, - ntah sipi2 aku dengaq : 'You dont have to be proud, klau u ada sijil MCAD ni belambak org de sijil ni kat dunia ni- skill u, belambak org ada skill macam u!' Lantang!.. Whenever you go - Its all about You! Apa yang buat diri You bernilai, adalah diri you!

Susahnya nak paham ayat dia masa tuh. Hmm. Cubala, buang, buang banyak menda dalam diri kita - pangkat, wang, duit, harta, kawan-kawan, pengikut, beg branded, baju branded...dan aper2 lagik la, pikir sendrik, menda yang kita agungkan, yang kita berlindung dan bernaung di sebaliknya, menda2 yang mengangkat kita di dunia.

Nak rasa diri bernilai, dan yakin dengan diri yang tunggal, - Dalam diri yang tunggal dan tiada apa-apa, masih ada Allah. Walau semua hilang, Allah tetap ada. Jika keyakinan kita hanyalah padaNya, di mana saja strata, kedudukan dan keadaan kita, selamat dan tenanglah kita di dalamnya.

Ya Allah, aku pohon Kau cerahkan semula hatiku, ada titik gelap di dalamnya, yang membuat aku sedikit lali dengan dosa kerana lali dengan dunia.

Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)". (Riwayat al-Tirmizi)


Whatever la Fahim, discover the world! =]

And again I want to remember, what my mother believes about me :
Jie umpama berlian yang perlu di gilap, berlian tu nilainya..TAK TERNILAI, namun, orang memang tak heran pon kalau tak digilap, untuk BERGEMERLAPAN, ia perlu sentiasa digilap dan digilap....barulah ia kekal BERHARGA...

Dan kata-kata terakhir mama, 2 malam sebelum mama meninggalkan Jie untuk selamanya, "Jie , yakinlah dengan diri Jie, lepas ni,apa-apa yang jie buat, apa-apa yang jie rasa betul, mama pon akan rasa betul, dan setiap keputusan Jie, itu juga keputusan Mama".

YES I CAN!
And I want to grow myself, just because of Allah, no more because of others.

Tuesday, November 18, 2008

Malam melukis

tgh tgu nak monitor job nihh...waduh...operator atos takde ker malam nehh...adoi..
sangapp!

Owh yeah, I luv support!

Monday, November 17, 2008

The Water Lily

When I see ur nick,
There’s something that I want to say,
Yet,
I keep on silent...
Silence is golden.. =]

I hope for nothing,
Coz I've been trying,
To make u like me,
Yet,
Don’t force the feelings..

Just let it be...
We won't go anywhere,
There's not much we can do together,
Its just a small piece of my feelings...
That will soon disappear…
Follow the thin air…. =]

Hope this clarify,
I’m bz with many things,
My personal development,
My spiritual growth,
Expanding my talents,
Planning for my professional life…

I won’t be alone,
Don’t ever worry about me.
Allah will always be with me.
Don’t you ever worry.

Sunday, November 16, 2008

Kisah teh

Kalau aku order teh suam...ada susu la kan?

Hangin la plakk seketika, tadi aku gi beli nasik paprik, dah le lambat, pastu pompuan ni tak reti senyum plakk...wat kija cam hempas kecik2 lak tuh, klau nak wat legutu ngan aku, ok jek,,,ni ngan makcik tua puns nak bereaksi gitu, aih, hormat la skit aih...

Pastu , aku mintak air TEH SUAM, skalik meh kasi AIR SUAM, aku cakp, teh suam la , bukan air suam, skalik lagik sua FRESH OREN plak, buleh dak? hAH, ni mula la aku tarik muka dah, klau aku wat muka camnih, tambah tenungan tajam skit, ngan kerut kat dahi nehh..kan dah berdesir jantung nak ckp ngan aku...kan?

Last2, TEH 0 SUAM lak... haih. Takpa la. Aku amik ja, dah la tuh...

Takpela, smalam aku makan kat william dah banyak sangat dah. Arini minum air takde susu bagus jugak untuk kesihatan, susu pekat manis2 byk2 tak baguih untuk kesihatan. Aku minum teh o suam ni sedap jugak, walaupun aku tgh kepingin nak minum teh suam. Takpela..

Pastuh aku gi beli air mineral kat Ja. Then aku nampak citer pasai Aziz M Osman kat paper metro. Aku pun membeli paper tersebut. Tertarik ngan isu arituh baru kawen, skang nih x duduk sebumbung plakk...wacecece..

Dah selak2 tuh, ade plak kisah mawi nak kawen dah ngan ekin. Aku suka ja. Baguih la. Pi la kawen, harap2 bahagia pasni. Suit ja mawi ngan ekin tuh. Ekin tuh lawa.Sama padan. Cam Ina ngan suhaimi, sama padan. Mawi ngan Ina, hmm, dari dlu lagik aku rasa mmg tak padan, cam something wrong somewhere.

Kakak2 aku tak suka ar tuh, kiki. Mesti punya ler. Kakak dlu masa mawi bereaksi camtuh ngan ina, kakak mmg tak suka ler...ntah biaq la mawi tuh. Ina tuh salahkan mawi ker, tak pun dia mangsa keadaan jek dlu. Mangsa manipulasi media. Ina tak patut rasa pun mawi wat salah kat dia. Jgn salahkan org len la atas apa2 yang tak besh menimpa kita. Klau kita salahkan orang, maksudnya, kita serah nasib kita kat orang len. Be responsible enough atas semua kejadian, sikap camni akan menggerakkan minda kita mencari idea kepada penyelesaian, dan insyaallah, hidup kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Percayalah.

Aku tgok Dr Daniel nih tadik, sambil dok save gambaq fahim pi zoo. I learn new things, camne cara dia menafsir ayat Al-Quran secara scientifik. OooOoo. Nak baca tafsir bagi paham pun kena usaha, kdg2 baca cam takde perasaan ja, klau camtuh, aku tgh problem la tuh, kena lembutkan hati balik...


Sebagai umat Islam, orang ty kita macam2. Bila takleh jawab tuh, nganga satu hal. Pastu rasa bodoh gila, kita umat Islam yang hebat, naper aku pun tak penah terpikir menda2 gini. Lain jawapan buat yang dah beriman tuh tak soal banyak. Yang banyak soal tuh kena bagi menda2 nyata yang logika. Hah banyak lagik nak kena belajaq.


Aku memang tak pandai nak pusing2. Klau aku tau, aku tau la tuh. Klau aku taktau, x taula. Takpala klau nak ghasa aku bodoh pun memang aku tak tau. Kena belajaq dlu, baru aku tau.

Aku tgh chat ngan kawan aku neh. Leh dak dia msg aku ty aku dah offline kan dier ke. A'ah aku offkan aku jawab.


Sebab ada menda yang aku cam agak tak selesa. Aku tak baper kenan klau org nak citer kenang2 kisah2 lama yang dah lama berlalu sedangkan realiti skang ntah apernye. Mungkin aku bley observe dari kedua2 belah pihak, yang sebelah sana hopeless romatic nya camna, yang belah sni, satu ingatan pun takdak. So cam kesian.

Klau nak kenang2, tulih blog la. Cam aku tulih nih. So suka hati la, klau org suka, org baca, klau tak suka abaikan. Aku pun pengenang kisah-kisah lama jugak...=]


Pasai mama aku, aku memang suka pun mengenang..takleh lari dan taknak lari dari mengenang.
Takde paper pun post malam nih ekk...ingat nak masuk ayat Dr Daniel tadik, ada 2 menda menarik perhatian aku. Tapi takpela..nanti2 la..


Hehe, patutla makcik cakap, cam abg fazel lak yang nak pi mekahnya...kikiki... weh kakak pakai apa masa ni? Jubah putih ka? kiki...joking ok joking! Nda nak gambaqqq! suh abg faizal send kot email!..


Kecik2, lama2 jadi bukit.




Dah pukul 4.30 dah puns, x tau nak menulis sampai pukul brapa ni, skang tgh makan donut j-c0, em sedapnya. Ida yang kasi satu tadik...

Aku ni update blog, hampir setiap ari, hmm..cam rutin plak, nak kurangkan ker ar? Maybe dalam seminggu skalik ker...hehe, cam satu blogger nih, update blog setiap pagi ahad. Tulis blog, sampaila dia meninggal dunia...post terakhir dier, tentang perasaan dia, yang dia rasa, dia dah nak meninggal...aku harap sangat, saat post terakhir aku, Allah hadirkan rasa yang aku ni dah nak mati, semoga post terakhir aku, aku mampu conclude banyak perkara, dan pesanan2 terakhir aku buat semua insan tersayang kat dunia ni...


Minggu lepas aku de mimpi mama aku...She looks sad. Sad about me. I know that. Salu jugak mimpi, mama sedih. Tapi salunya, sedih sebab papa dah membahagikan kasih sayang. Salu aku mimpi camtuh, salu aku mimpi mama still kat dunia nih,then ntah terasa hati ngan pap, ntah naper. Sedangkan aku tau jek, pap sayang mama. Cuma yang dah pergi, tetap akan pergi, dan yang kat dunia, perlu teruskan hidup dengan sebaiknya. Mungkin mainan tidur.

Mimpi minggu lepas, I would rather take it as true, mama sad with me. =] Sebab aku de wat satu salah, salah yang seolah2 aku tak hormat pada diri aku sendiri, dan menzalimi diri aku sendiri, dengan membenarkan aku commit perkara yang ntah paper. Sedangkan aku cukup tahu, mana satu yang benar, mana satu yang salah. Cuma aku agak tergelincir, dalam perjalanan aku menuju Nya.


Bodohnya kita, andai Allah sudah memberikan kita pengetahuan, akan yang mana betul, yang mana salah, namun kita terus buat salah.

Setelah hujan lebat, pasti Allah kurniakan pelangi. Pelangi itu kian cantik,,,dan akan menjadi lebih dan lebih cantik. Saat hujan lebat, kita tak ada kekuatan, dan hanya pada Allah kita berlindung. Namun apabila pelangi datang, saat ini lebih besar ujian kecintaan pada Allah mungkin. Adakah kita cinta padaNya, hanya pada hujan lebat, ataupun akan terus mencintai Allah, saat pelangi sudah menjelang.


Nikmat. Nikmat dan nikmat. Rasa tenang, bahagia dan selamat. Semua itu nikmat terbesar Allah buat kita. Mungkin pada logik dunia, setelah melalui detik tertentu, setelah berpengalaman tentang sesuatu, - masa senang itu sudah tiba. Alah bisa , tegal biasa. Dan kita boleh bernafas lega. Hujan hampir reda. Hanya menunggu pelangi semakin terang.

Berbalik pada ayat ini, saat aku merenung dengan lebih :

Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Al-Baqarah 214

Dalam hujan lebat itu, kita sabar, dan tetap mencari jalan untuk berpegang teguh pada ugamanya. Standard manusia, bila susah mencari Allah. Dan bila masa senang sudah tiba, kita menganggap itu lumrah dunia, dan atas usaha kita sendiri. "Pertolongan Allah itu dekat ...asalkan..."

Namun, sebenarnya, ALLAH SUDAH MENOLONG. Subhannallah.

RahmatMu terlampau tinggi buatku. Dan aku ingin terus berada di bawah naunganMu. Aku tak ingin istidraj. Aku ingin keredhaanMu dalam masa hujan dan masa pelangi tiba.

Renungan panjang skali lagi ketika kelas tafsir tadi. "Tak boleh ada pemikiran yang karut marut pada kita" - bak kata ustazah, beserta huraiannya.

Terlintas suara Ustaz Asri - Islam itu pengamalannya secara keseluruhan. Tak boleh ambil sedikit di sana, sedikit di sini, beserta huraiannya.

Bagaimana aku? Pincang lagi.

Sesungguhnya, aku tidak melupakan Mu Ya Allah. Tak pernah ingin. Kerna aku tahu akan hakikat, aku tidak pernah tahu, akan bila masanya ajalku menjelang. 23 is young pada pandangan dunia. Namun pada pandanganMu? Apa Allah itu menetapkan, satu jangka hayat yang tetap buat aszifa aris?

Setiap dari kita berbeza jangka hayatnya. Mungkin, jika aku mampu hidup sampai 80 tahun, 23/80 , boleh dikatakan aku muda. Namun andai hayatku hanya sampai 25 tahun? 23/25 ?

Abang sulong aku meninggal saat usia 16 tahun. Andai abang ada buat satu dosa besar saat usia 16 tahun? Yang penting saat akhir kita . Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku, adalah untuk kita ambil pengajaran daripadanya.

Konklusinya, kita semua mempunyai risiko mati pada bila - bila masa sahaja. Kita selalu kasihan, pada pesakit kanser, yang Dr tetapkan - jangkahayatnya lagik 6 bulan sahaja. Tapi bagaimana kita? 6 bulan ke 6 hari?

Sibuk kasihan pada orang lain. Namun dari hari ke hari, masih ada masa menzalimi diri sendiri.
Pabila hati sakit, tangan , lidah, telinga , kaki, mata - Semuanya boleh membantu hati semoga kembali taat. Walaupun, andai hati baik- segalanya akan baik, namun terimalah hakikat, kadangkala kita tergelincir. Jadi terbalikkan statement, untuk baikkan hati, yang lain kena baik,,,dan disini perlu wujudnya usaha, untuk tangan berbuat baik, telinga mendengar yang baik2, kaki melangkah ke tempat yang baik dan bertujuan, dan mata, menyaksikan keagungan dan keindahan Tuhan dalam setiap penglihatan. Semoga, setiap dari anggota ini membantu, membersihkan hati yang mula jauh dari sirna.

Aku mohon Ya Allah, kembalikan ketaatan bagi hatiku Ya Allah. Jadikan aku orang-orang yang melangkah ke tempat2 yang baik, mendengar perkara-perkara baik, bercakap perkara-perkara baik. Sekali lagi, akan ku anggap ini ujian buat aku lepasi. Bantu aku, supaya taqwa ku meningkat padaMu. Jadikan kesalahan ini, satu penyesalan buatku, yang membuatkan aku, berfikir akan cara, bagaimana mendapat semula kasih sayang Mu, semoga bertambah perkara-perkara baik dalam diri ku.

Jauhi aku Ya Allah, dan lindungi aku dari perkara-perkara keburukan. Aku takut akan masa akhirku, yang mungkin menjelang pada bila-bila masa. Sesungguhnya untuk mendapat hati yang suci itu satu perjuangan yang sangat berat buat insan sepertiku.

Awasilah lintasan hatimu aszifa aris. Dosa itu bukan pada satu yang jelas obvious pada culture. Bukan. Segalanya perlu suci.

Kami memohon hati yang taat buatMu Ya Allah. Kami, ya kami memohon. Macam banyak menda2 kecik2 yang aku commit, dan membawa kepada satu penyesalan.

Namun aku tetap akan memohon akan rahmatMu, dan akan mengagahi diri ini , untuk sentiasa menyebutMu, mengingatiMu, aku tak pernah ingin lepas dariMu. Jangan Kau tinggalkan aku Ya Allah, walau sekejap. Lindungi aku.

Amin.

At last! I found one purple shoe...argh!=]

Pap and Makcik, Kompleks Tabung Haji. Selamat pegi haji papa n makcik! Semoga mendapat haji yang sempurna. Semoga hari ini lebih baik dari semalamnya. Semoga keluarga kita senantiasa bahagia dalam rahmat dan perlindunganNya.



Thursday, November 13, 2008

What will be, will be..

NGantuks
Balik trus terhele tido
Ader satu tiket...chek la oi..
Generate la statemnt tuh..
Esok bley dak?
Uwauu..
Awat lemah badan sangat nih?
Manja sangat...
Or makan banyk...
Henset ni tadak msg masuk pons...
Jodoh masuk utan? wahaha
Lawak aih..

Tgah tgu Ja mandi nih..
bosan jek...
cepatla skit bole?
Baju lom sidai..
Baju lom amik kat ampai...

Sok kena pi tgok pap,
Sepatutnya...
Owh ja dah habis ...
Turn aku plakss...

Jom,
Dengaq mama aidid firas nyanyii..
Ngan aidid firas nari deng deng..




Cam mama firas nyanyi,
Wat will be, will be ...
Ahaks...

Tuesday, November 11, 2008

Observation

Uwaaa...nak nanges bley dakk? uwa, uwa uwa. Ok dah.

Tadi aku pi jalan2 ngan ida kat JJ. Baju lawa tuh ada lagik, tapi x rasa nak beli puns, nanti la tgu bernafsu skit nak beli baru beli..skang leh kawal lagik bek xyah beli....ngeh2..

Aku sakit pala neh, Ya Allah. Ditambah lagik tadi bangun lambat, x sempat basuh baju, x sempat nak sapu umah, x sempat nak basuh pinggan...ha, balik mula laa rasa bersepah2 pala...ntah mula dah terikut2 perangai Ja kot. Ke aku biaq diri aku ikut? Huhu. Sungguh aku cari orang yang leh memotivasikan aku dalam wat kija2 umah ni...maju skit la! Nak kawen !

Klau nak gi kija pagi2 kan, hmm besh klau leh lipat baju dlu, sapu umah, basuh baju, lap2 skit, tgok ceramah kat tv dlu..haa..mood baikkk punya satu arii...sungguh.

Aih, sanggap aku weh housemate aku tak balik2 nih...aku nak on YM, tapi hmm..biaq la dlu..aku kena distance skit, senggang skit ngan seseorang...so aku bley stabilize diri aku skit...tgok camna, dan apa tindakan seterusnya...

Aku agak tenang arini, setelah aku bersusah2 semalam mengembalikan hati aku kepada fitrahnya yang sebenar...dush..sungguh, xleh commit la menda ntah paper, satgi aku bengong. Aku kena jaga hati ni...Sebab dari hati ni ada suara berbisik atau pun instict. Akal itu penting, and yeah, aku pikir banyak. Terlampau banyakk! So, aku terpaksa shutdown my akal kadang2..and just follow my intuition. It works. Sungguh ia berkesan, pada masa hati aku tenang, dan rasa yakin dengan Allah tuh ada.

Klau aku wat dosa, ye memang sume orang tak lari dari dosa, tapi klau aku tak usaha melarikan diri aku dari dosa, aku memang x boleh yakin lagik untuk hidup kat bumi nih..atleast, day by day, aku kena lihat diri aku ader perubahan yang baik, walaupun sedikit.

Tambah2 skang ni, banyak keputusan kena wat sendrik. So aku nak ty sapa lagik, klau bukan dengan Allah kan. Klau hati kelabu, mana mungkin aku bleh detect the rite one for me...jadi pentingnya hati ini buat aku. Aku wat support pun salu ikut gerak hati jek nak wat aper kadang2...betapa pentingnya hati ini...Aku wat programming pun pakai gerak hati salu, huhu...betapa pentingnya hati aku ni...so kena jaga.

Hadoih, sebut pasai kija aku teringat lak tadi, aku lepak ngan ida kat pantry, ida ni kan, dier salu ty soalan yang, aku akan cammm emm..berhenti seketika untuk berfikir, dan menjawab secara formal.

Aper ar soalan ida tadik? Cam byk sangat soalan yang berkait. Antaranya, pendidikan tuh penting ke buat jie? Klau laki tuh sijil ke, diploma ke, penting ker?

Aper lagik satu ar, yang memang wat aku jadi deep thinking betul ngan soalan tuh...hmm..Pasal, klau kawen, ok ke klau laki tuh tadak kija lagik? Cam kita ja yg kena support dia..

Wallau weh, ntah, camtuh la kot. Klau laki tuh sijil, tapi pemikiran dier ok. Then should be okay. Masalahnya kita membesar dan pemikiran kita berkembang dalam kelompok kita berada. Aku de sentuh menda nih dlu dalam post yang Dr Bahari datang masa aku praktikal dlu.

Soalan kedua tuh wat aku deep thinking. Membawa kepada soalan ketiga, apa harapan aku dengan perkahwinan? What I expect from perkahwinan? DUsh..deep thinking beb. Naper aku nak kawen nih? haha?

I keep the answer for me. Dah lama dah aku bajet aper expectation aku. Penah bertelagah dengan ja jugak bab ni. Ja terkezut dengan jawapan dan expectation aku yang panjang lebar. Apa yang aku sampaikan logik kata ja, tapi terlampau jauh untuk dia sampai ke situ. Dia belum sampai lagik kat situ.

I learn about this , dan mengeluarkan expectation ini, sebab aku ditrigger oleh peristiwa yang berlaku kat ayah aku dan expectation aku kat ayah aku. Masa tuh aku 3rd year. Memang aku pikir panjang, wat hujah, dan bawak kepada conclusion tuh...

Kita manusia, seringkali, terlibat dengan nilai2 insaniah. Emosi, romantika dan sebagainya. Itu semua adalah perkara yang dialami oleh semua manusia, tak kira bangsa atau agama. Itu fitrah kita.

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.AT-TAGHAABUN- 15

Kita manusia, seringkali terikat dengan 'tuh aku punya'.. ni harta aku, ni anak aku, ni AYAH aku, ni SUAMI aku. Is it? Is it yours?

Bukan kot. Allah punya.

Even its ur father, ur anaks, ur husband, ur mother, ur kakaks...anyone, yang ada ikatan, yang terikatttt ikat dengan kita secara dekat, ia tetap satu ujian semata-mata. Tidak lebih dari itu.

Aku tak ingat tajuk citer nih, tapi aku sangat suka sebab ia mengingatkan aku, tentang segala yang dah diplan oleh Allah buat aku. Ala, citer yang hidup dier 24 hours ditayang kat Tv tuh, yang wife dier, kawan baik dier, famili dier, everyonelahh...memang dah diplan, dari kecik, duk ngan dia....

Camtuh la hidup kita ni. Semua, semuanya, diulang, SEMUANYA...semata-mata ujian. Including, ur perkahwinan, dan suami atau pun isteri.

Perkahwinan bukan bermatlamatkan perkahwinan, dan keindahan disitu saja, namun perkahwinan tuh bermatlamatkan syurga. Bermaksud melihat perkahwinan tuh satu jalan untuk ke syurga. Perkahwinan bukan penamat buat semua. Di dalamnya ada macam2 perkara, dan layaknya, bersyukurlah, dan lepasilah semua dugaan yang terkandung di dalam perkahwinan tuh, kerana andai kata ia dilepasi, boleh mimpi akan surga hakiki.

Dan cam kuliah munakahat tuh, aku sangat melihat perkahwinan tuh, adalah satu saluran yang tepat dalam memenuhi fitrah seorang manusia.

2 Perkahwinan yang aku paling suka observe, kakak2 aku. Ayah aku pun baru jek kawen thn lepas...I observe and take note dengan banyak perkara. As u can see, perkahwinan tuh tak selamanya indah, namun ia akan bertukar menjadi indah, andai segalanya dilalui kerana Allah.

Sebagai isteri, ada sudah syarat2 dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi dengan Allah. Kena melatih diri, untuk setiap perkara, tidak dilakukan untuk suami demi suami. Namun, dilakukan untuk suami, demi Allah.

Redha Allah pada isteri, bergantung akan redha suami pada isterinya. Tanggungjawab suami, tertunai atau tidak, hmmm...dengan Allah la jawab semua tuh. But as a wife, ada perjanjian kita sendiri dengan Allah, untuk melaksanakan tanggungjawab2 tertentu yang sudah kita terima, saat selesai mendengar tertunainya akad, 'aku terima nikahnya...'

Hmm, walaupun tuh ayah aku, namun ayah aku tetap milik Allah kan. Bukan aku punya. Aku ada tanggungjawab aku sendri dengan Allah. Lakukan sesuatu, untuk ayah aku, demi Allah. Kan?

Sama ja prinsipnya, dengan suma perkara. Yang penting, tanggungjawab kita, tertunai DEMI Allah.

Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu sesungguhnya hanya dari diri aku sendiri. Maafkan aku Ya Allah, akan dosa sehari2 ku. Aku tak pinta sesiapa untuk menyukaiku. Aku pinta Kau takdirkan saja yang terbaik buatku.

Dan jadikan aku insan yang baik.

Monday, November 10, 2008

Kenduri Papa



Aku tengah upload video kat Youtube. Klau habis kang upload aku letak sni lerr..Arini aku MC lagik, sesuka ati aku jek nak MC, banyak nye aku MC thn nih. Dah tu aku asek sakit jek, nak wat cane...Aritu ingat dak aku gi cabut gigi? Ada sisa geraham nih lagik, bila makan dia sakit skit...so tadik, aku gi la klinik tuh balik...Cuak gak dr tuh, cam rasa bersalah ja muka. Ntah, aku lepak jek, tak salahkan dia pun, hehe..takpela..

But, salah dia jugakla, maksudnya wat kija tak fokus. Hmm,,aku kija, takpela aku paham, kadang2 kita termiss apa2 secara sangat tidak sengaja. Kena cucuk 3 jarum lagik tadikk...haa...sakit gakk..Pastu dr cabut kuar gigi tuh aku tgok panjang gak beb, sib baik aku gi klinik cabut gak, klau biar, memang tak baik untuk kesihatan...Dr tak charge pun la, sebab dah salah dier...heh heh..

Becerita tentang aku balik semalam, kul 10 dah nek bas dari SP. Dah bajet la bas yang aku nek ni mesti berenti merata2...Sesungguhnya....tapi ok jugak, dier berenti berenti merata tgu orang sampai penuh, leh la aku sampai pudu dalam kul 4.30 ke 5 camtuh, takdela takut sangat nak nek teksi. Tadik abg teksi tuh pesan...awak tuh perempuan dik,jaga skit naik teksi...klau indon jgn naik dek...hati2...Heh, abg nih bengang ngan aku, aku nak bayar rm20 jek...dia ckp rm25..ala, bole la ekk abg ekk...huhu...

Dari kiri : Cik, Acah, Makteh, Jiji, Ilya, Puteh, si kecik Pau, Ano
Belakang : Zul sambil mendukung ting ting, Mat Teman, Kak Linda, Abg Faizal

Kundri nih skalik skala besh jugak, sebab reramai leh kumpul2 skalik...huhu..masa ni la nak bergambar dan beramah mesra. Jadi photographer tetap jek aku nih. Bila la nak wat kija2 perempuan seperti mengemas dan sebagainya. Cian gak aku tgok kakak aku. Ntah aku ni kadang2 rajin, kdang2 malas, klau balik umah rasa malas jek tuh, mula la rasa diri cam x guna jek kat suma orang. Huhu...

Aku balik sungguh ni sebab papa kata, balik jugak2, jie kena balik, jangan tak balik...tau? heh, ok, sok tuh jugak aku beli tiket balik. Kalau tak suh aku balik sungguh2 aku tak balik pun la. Tuh aku pesan kat kakak2 aku, klau nak suh aku balik, ckp suh balik. Klau cakap nak balik pun takpa, tak balik pun takpa, aku tak balik satgi. Hanpeh kan, haha...aku ckp, aku perlukan perhatian, klau perlukan aku ckp sungguh2...hehe..

Jiji dan amalina. Semoga silaturahim dengan keluarga baru sentiasa hidup.

Aku cam din dding dong bell skit nih, sebab pala aku yang sakit nih, ngan aku dok pikir arituh kawan aku nak resign la, ntah aper2 jek masuk dalam pala nih...

At the same time, aku de kenal ngan sorank mamat nih. Hmm, kenan gak la. Dier pun cam ok je ngan aku, tapi ntahla, phobiatic aku ngan satu peristiwa lampau tuh datang balik pulak dah. Ntah asek tergmbar2 jekk...So biaq pi la. Let us give us sometimes. Senggang sebentar.

Aku akan menjadi sangat tidak berusaha, mungkin, satgi mesti nampak cam sambil2 lewa nak ke takmau nih. Aku nak. Tapi, hmm...u work for it la, if u really want. Hanpeh giler aku nih. Ckup la kot aku work on it sampai tuh. Kawan ja...lepaih tuh tgok la camna...ada satu sebab besaq yang aku suka kat mamat nih. Sebab tuh adalah sebab yang baguih, dan sebab yang diredhai. Namun jalan yang dilalui ni, aku tak sure.

So aku pohon saja dari Allah. Sungguh hati aku hanya milik aku. Aku tak bagi kat sapa2 pun. Ckup la skalik saja aku wat camtuh, impact dia tinggi. Jalan tuh salah. Sungguh aku pohon pada Allah, agar aku tetap tegar pada jalannya, hati ini hanya untukNya, dan biar hati ini mencintai seseorang, kerana hati ini mencintaiNya. Aku pohon, agar aku dapat mencintai Allah, lebih dari aku mencintai sesiapa, lebih dari aku mencintai fitrah dan keinginan diriku sendiri. Aku pohon, agar, aku selalu boleh menjadi insan yang mengorbankan apa saja, demi Allah. Agar aku tidak melakukan sesuatu hanya untuk kepuasan dan keinginan aku sendiri.

Aku tahu Ya Allah, aku tidak cukup baik, namun aku pohon Kau jadikan aku insan yang baik, dan selalu mengikuti saja perintah2 mu. Ampuni aku atas dosa2 akibat dari keiginan2 aku sendiri. Ampun.Jangan Kau bosan dari mengampuni daku, yang seringkali melakukan dosa secara berkali2....
Ilia Khairani, Jiji n Firas. Semoga keceriaan itu sentiasa milik kami. Amin

Friday, November 07, 2008

Tempias dosa

Sy byk dosa arini.
So esok klau paper jadi nasibla.
Saper suh wat dosa,
Nanti sendrik yg x de keyakinan.
Padan muka sy.
X boleh mimpi surga.

Just a little bit more chance that I will give to you. If thing keeps on like this, Then I should leave. Coz I should love Allah, more than I love everything. And If I leave something just for HIM, surely I will get something better.

Thats the Faith.

So let us see, what is the next step.

Be true, to your words aszifaris. Be true.

Tuesday, November 04, 2008

3 bintang !

Ja tak balik pun, malas lak aku nak mseg dier. Dan aku seronok pulak duk sorang, hihi. Aku suka, aku ska bila aku bleh rasa suka dengan apa saja yang mendatang. Masa Akma nak tumpang sni, aku takut aku tak selesa, tapi aku suka jugak last2...akma dah pegi, ja tak balik, cam sunyi, tapi besh jugakk...syukur.!

Hmm, pengulas tetap kasih iftitah =]. Dah habis dah citer dier, episod akhir malam ni. Tadik kul 9.22 kat opis lagik, tetiba sib baik ade lintasan, kasih iftitah! Balik2, episod akhir!...

Bila aku tgok iklan dia, aku ingat, ain akan balik semula dengan azrai. Tapi tak! Ar!, aku lebih conservatif mungkin, walaupun aku suka sangat Nazirah ngan Azrai, tapi dalam keadaan normal, aku tak setuju cara dia camni. Aku menjiwai watak nazirah mungkin, nak sangat ngan Azrai, tapi ntahh arrr...takan nak amik tunang orang? Siapa aku, dah terlambat, dan terikat dengan nilai2 moral.

Thanks a lot to all yang terlibat dalam citer ni. Aku learn banyak sangat from watak Azrai, terutama macam mana nak stay, dan memegang nilai2 islami tuh sepanjang meneruskan karier dia. Bagaimana pemikiran yang perlu ada, ketika kita dihadapkan dengan masalah yang memang kita tak nampak penyelesaiannya. Namun teruskan saja langkah, dengan tenang dan nyaman, kerana keyakinan yang amat tinggi dengan takdir Allah S.W.T.

Ain, klau ader orang yang buat perkara yang sama cam Ain buat, memang kebahagiaan dengan Allah tuh milik dia la. Dia paling bahagia, kerana kasih sayang dia buat Allah. Kalau dalam cerita melayu tipikal, ayat yang salu aku dengaq la " Ooo, dulu bukan main awak janji macam2 dengan saya, sayala segalanya buat awak, sayala orang yang paling awak cintai, walau apa pun yang terjadi, awak BERJANJI akan bersama saya, selama-lamanya! Mana janji awak Azrai? Mana? "

Heh, aku pun penah persoal camtuh.

Hati ini sifatnya berbolak balik dong!

Jadi soalan tuh tak logik! Janji setinggi gunung tuh lagik la tak logik! Yang boleh kita pohon, adalah supaya Allah tetapkan hati kita padaNya.

Lagik satu soalan tipikal, "Apa awak nak lagi? Macam2 dah saya buat untuk awak, saya korbankan banyak perkara untuk awak, masa, duit, blablablabala"..

Soalan tuh pun tak logik! Ingat bley bli hati orang ke klau korban banyak menda?

Usaha tuh kita. Hasilnya Allah punya.

Korban la macam mana pun, klau Allah x letak rasa cinta seseorang tuh pada kita, x de per jugak.

Jadi, pohonlah pada Allah, bukan pada kekasih pujaan hati. =]

Ingat lagik dlu masa Azrai ngan Nazirah kat PD tgok bintang orion? Masa Azrai mention 3 bintang sederet tu boleh dijadikan arah kiblat kita? Tergerak hati, tersentuh hati aku, yang Allah tuh sentiasa menciptakan sesuatu, supaya kita ingat padaNya, tak sesat walau di mana saja kita berada.

Then nazirah mention kan, tentang keindahan ciptaan Allah, yang dijadikan buat manusia, untuk dijadikan petunjuk, agar kita semua tidak sesat. Semoga Julia Zigler anggap ini satu peluang wat dier yang Allah kasi, untuk memikirkan tentang jalan yang benar.

Kita selalu dihadapkan dengan peluang. Sangat banyak peluang yang Allah buka, buat kita, untuk kembali padaNya, namun kita saja, yang gemar menangguh2kan masa kita, dan menolak fitrah hati sendiri, untuk kembali, hanya padaNya Yang Maha Menguasai, semesta dan bumi ini.


Monday, November 03, 2008

Life is a journey

Tak larat nak update blog. Tapi jgn riso..byk unpublished artikel yang leh paste ja kat sni. =] Aku terbukak file satu file nih, huhu.doc. , ingatkan aper, owh, pasal 1st kuliah munakahat aku.Seingat aku, aku tulis ni untuk ulangkaji.Sesuai la letak kat sni, untuk berkongsi pengetahuan. Klau aku imbas2 balik, byk jugak menda2 spiritual yang aku tulis zaman U dlu, cuma mungkin x masuk Life Is A Journey. Dia masuk blog len, ataupun stay unpublished. Namun, Life Is A Journey sudah membesarkan skop, dan berniat untuk mengaitkan dan mengajar pemiliknya, untuk lebih berfikir tentang Yang Esa. Menegur pemiliknya, dan untuk mempercepatkan pemiliknya untuk mengaplikasikan teori2 dan ilmu pengetahuan yang dipelajari. Semoga di mana saja pemiliknya pergi, mudah untuk mengakses Life Is A Journey, di mana2 sahaja, untuk sentiasa mengingatkan pemiliknya akan tempat kembali.

Here we go :


huhu.doc , 5th January 2006, 12.46 a.m


Huhu….dah stat kelas munakahad tadi…banyak jugak dapat info walaupun 2 slide jek..tapi xplaianation dier detail giler..sesuai la utk org yg tak berpengetahuan cam aku nih..huhu

Arini belajar pasal kekeluargaan, tapi ustaz banyak xplain menda2 yang untuk paham konteks tuh...dier nak bagi nampak gambaran keseluruhan lah...

Memula ustz cakap pasal fitrah...dimana fitrah itu ada lah keinginan semulajadi manusia, yang sudah ada dalam jiwa, tidak perlu diajar..tetapi mmg dah ada dalam jiwa manusia..contoh paling senang, lelaki menyukai wanita dan wanita menyukai lelaki..tak perlu diajar sumer tuh..bila sampai pada umur dan masanya....segala itu lahir secara semulajadi..so that is what we mean by fitrah...contoh2 lain yang ustz sebut adalah tentang seorang ibu tak perlu diajar untuk menyayangi anaknya, kerana dia kan semulajdi sayang kerana itu suatu fitrah...mencari tuhan juga adalah satu fitrah manusia, iatu keperluan kepada agama..macam mna kita tengok org barat, kafir yang kaya2..tetap mencari 1 agama untuk mengisi keperluan jiwa...kerana ia suatu fitrah..cumaa..mereka tersalah pilih agama... nabi sendiri pernah berkata yang semuanya lahir atas nama islam. Ibu bapalah yang mencorakkan anak itu samada beragama christian ker, aper ker...

Then, second thing yang penting, peraturan itu datang menyusun fitrah.......penjelasannya kemudian..

Ustaz cakap , kita wat perkara meesti ikut keutamaan, macam mana cerita ahmad fadli ttg batu dalam buku motivasi tuh... dan dalam kehidupan kita, perkara yang paling penting adalah akidah...manusia hidup berlandaskan akidah...maka Islam tidak menganjurkan cara hidup yang menyanggah akidah...sebab itulah datangnya peraturan untuk menyusun fitrah..kerana,, jika fitrah itu wujud tanpa sesuatu untuk mengawalnya, maka terjadilah perkara2 yang tidak bermoral lagi menjijikkan, dan juga kehidpan yang hancur kerana tiada prioriti....contonya, jika fitrah menyukai perempuan, seorang lelaki menyukai perempuan dan mempunyai kehendak seksual..itu adalh suatu fitrah, tetapi..dengan tiadanya peraturan,, wujudlah pelbagai masalah2 besar yang kian meruncing lagi merisaukan kita warga dunia pada masa ini...antaranya, yang kian berleluasa..zina, pelacuran, yang seterusnya membawa kepada lahirnya anak2 yang tidak berbapa..ini berasal dariapda fitrah yang tidak disusun dengan peraturan...

Kehancuran kehidupan yang tidak berlandaskan prioriti adalah apabila kita tengok,, dalam hidup kita perlu ada susunan yang mantap dalam hierarki, pertamanya dalah Allah, Rasul dan kemudian barulah datangnya lain2..menyayangi ibu bapa adalah suatu fitrah, tetapi apabila ibu bapa syirik kepada Allah, kita tak boleh ikut serta..itulah pentingnya fitrah dan juga peraturan supaya keduanya seimbang....mmg kena utama kan Allah dan rasul..ada sahabat nabi yang terpaksa bertempur dengan ayah sendiri demi memperjuangkan Islam...dia sayang kepada ayahnya kerana itu adalah suatu fitrah, tetapi wajib bagi dia untuk mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam, perlu mengutamakan Allah dan rasul, kemudian barulah yang lain..oleh sebab itu di sini kita boleh nampak dengan jelas, betapa perlunya fitrah dan juga peraturan itu berada dalam satu pakej. Golongan ini mungkin pada pandangan kasarnya bagi kafir terutamanya, nampak macam pelikla..sayang terhadap bapa, tetapi boleh bertempur dengan bapa sendiri....tetapi kata Allah..mereka inilah orang2 yang beriman, yang tinggi imannya, kerana lebih menyayangi Islam..melebih fitrah dirinya sendri..

Selain itu Islam melarang hebat sifat asabiyah,sahabat bertanya kepada nabi, apakah itu asabiyah, dan kata nabi..sesungguhnya asabiyah itu adalah menolong kaummu walaupun dia zalim...sebab itulah dikatakan Islam itu adil....memanglah secra fitrahnya, kita manusia mempunyai fitrah untuk menyokong keluarga sendiri, sedara sendiri dan juga kaum sendiri, but it is wrong when our people are wrong......dengan itu..bagi memenuhi fitrah tadi dengan penuh keadilan..Islam membawa peraturan...seperti mengiktiraf hak2 pusaka, suami isteri, anak beranak dan seumpamanya....nampak? betapa adil dan agungnya Islam...

Jadi, apa kaitanya dengan subjek munakhad?? Panjang lebar diceritakan tetang fitrah dan peraturan hidup..betapa pentingnya, 2 perkara asas ini wujud serentak....supaya kehidupan manusia itu seimbang.....oleh sebab itulah..perkahwinan disyariatkan...untuk memenuhi, fitrah dan peraturan hidup.....nampak kaitannya??

Itu yang dia nak sampaikan sebenarnya..and of course ada perkara yang diselingkan..antaranya, kalau kahwin,,, suami penat bekerja, inginkan fitrahnya iaitu keperluan seksual, dan isteri menolak dengan alasan, sibuk ker, nak jaga nak ker.....nafkah terhadap isteri leh stop kan..begitu jugak kesnya bila seorang isteri yang tak dipenuhi nafkah batin/zhirnya,,,dia boleh mintak aper ntah..tak ingat..fasakh kot..nanti cheq lain .......

Secara kesimpulannya, perkahwinan datang..supaya ada suatu sistem yang menyusun fitrah ini...

Kemudian tadi masuk jugak topic asas2 pembentukan keluarga..

First, kesatuan insan....rumpun yang sama mebina kehidupan..maksudnya untuk membentuk suatu keluarga...jika kita manusia..wajib berkahwin dengan manusia sahaja..takleh dgn insan lain..itulah maksudnya rumpun...

Keduanya, pembentukan keluarga berasaskan kasih sayang dan juga simpati...bermaksud..terbinaya keluarga melalui perkawinann itu adalah berlandaskan kasih sayang dan juga simpati....klau kawen paksa takleh dalam islam...sbb x menimbulkan cinta..so takleh la! Lagi satu klau kawen..kna tngok dulu....

Ketiga, keadilan dan ketaksamaan...dimana, untuk membentuk sebuah keluarga, perlu adil dan saksama antara satu sama lain... isteri bertanggungjawab terhadap suami..suami bertanggungjawab terhadap isteri...paham2 la skop tanggungjawab tuh....no need to expalian...yang penting...mestilah adil dan saksama atas satu sama lain..baru keluarga kukuh...

Lastly, jamin menjamin di sudut kemasyarakatan... sistem keluarga membentuk jaminan sosial antara satu sama lain....ayah dan anak..saling jamin menjamin..begitu juga..suami dan isteri..dan cth2 lain lagi.. 2 jer....kuliah sambunk sok..(^,^)

Nak sambung master, buleh?

Sunday, November 02, 2008

Mari beli baju!

Shoping!..=] Huhu..

Aku rasa aku gemuk dan tak sihat! Jadi aku pi bersenam di time square. Harini hari untuk diri sendiri. Hari bersenam dan bershoping.

Nak beli refill jek ni tadik. Dah lama dah nak beli refill nih, dok tangguh2,,,aih..takleh nak berkarya dah, klau tak karya2 bleh print. Huhu..

Pastu dah rasa gemuk, tapi malas jogging, so kena pi jalan2...time square adalah tempat yang sesuai...pastuh dapat la 3 lai baju....baju comot2 remaja kat time square arhh..

Ja tak baliks lagik pun nih, bosan dah aku. Dok sowang2. Tapi x rasa pun tadik nak kuar ramai2...sib bek la, kak lina tak ajak aku gi memana tadiks, leh la aku spent masa aku harinih merewang sorank2..dah lama tak merewang sorank2 nih...asek bersama kawan2 sahaja. Minggu depan, kita berewang bersama keluarga pulak..insyaallah. Pap beriya suh balik, hmm...ponteng lagik la kelas ngaji ngan tafsir nih tampaknya. Aku memang nak pi mg depan, sebab minggu ni aku pi dengaq ja, aku takleh baca puns...Next week dah masuk penilaian tuh. Takpala biaq la. Menuntut ilmu biar selaras dengan tanggungjawab terhadap keluarga dan sekeliling. Balik2 klau tadak hal..toksah dok pikiaq banyak2..

Aku suka la baju aku beli tadi. Yes besh2 dapat baju lagik. Yeye. Aku sangat suka baju. Pastuh tadik baru balik dari lowyard, tgh tgu monorail, kakaks mesej. Pasal duit2 keluarga la. Sungguh aku malaih pikiaq pasai duit2 pembahagian keluarga ni. Rasa cam ikut suka kakak je la, tapi mana leh, kene bertanggungjawab aszifaris! Keputusan bersama! - Ok2 ! Sat satgi nak calculate.

At the same time, de msg lain. Oops, aku tak perasan kot tadik msg nih. Sib baik aku tak perasaan. Haha. Sungguh Allah lindungi aku. Tgok mesej, sengih sorank2 sambil geleng pala. "Dugaan lagik Ya Allah, Kau tahu aku lemah"..Klau nak ikutkan aku yang free arini, dengan perasaan yang sedikit boring, nak je aku reply - OK!

Tapi takleh.
Akal : Alaa..bukan mender pun, lepak je la...
Hati : Sedikit keciwa. Lepak pala hotak ang! Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Menda ni sikit ja dlu, tapi kan dah sampai ke sini. Tgok..suma nih pasai kecik2 la.
Akal : bukan wat menda puns, dah kebetulan.Tahula, limitasi dier..
Hati : If u think now, that is for keadaan ini, its ok. Memang takde menda pun. And now, pikir 2 steps ahead, 2 steps further...cukupla 2 steps tak yah jauh pun...does it bring any good? Is there any harmful possibilities?
Akal : Yes. ada. Tapi itu mungkin satu experience. Commit nih sekadar perasaan ingin tahu. Usually there will bring wonderful experience dan pengajaran tertentu.
Hati : Suka hati la. And cuba tanya hati secara keseluruhan? Sedap ker tak?
Hati secara keseluruhan : Erm, ape yer, X sedapla..
Syaitan : Sila2...ntah paper cadangan lagik dier kasik...

Nak. Ingin. Mahu. ! Nafsu!

Kelas tafsir semalam : 3 ciri orang yang beradap pada Allah :
1. Mereka yang beribadah dengan sepenuh tenaga pada Allah.
2. Mereka yang sentiasa menambah ilmu tentang agama.
3. Mereka yang berusaha MENGEKANG HAWA NAFSU.

Jeng, jeng jeng. Pilihla. Nak beradap ker tak? Ker nak rude. ?

Akal : Ok2...fine, akalmu kalah. Bihtuh? Sampai bila camnih? Naper ader jugak celah2 kes camnih? Klau tak datang kes camni, takdenye la nak camnih kan?

Hati : Ngueh2. Dugaanla, aper lagik. Tampaknya, aszifaris belum cukup redha dengan sesuatu. Betul tak? Tak ikhlas dalam menerima ujian Allah namun masih nak bertanya bila akan datangnya pertolongan Allah. Andai diri sendrik, belum cukup yakin, untuk terus menerima saja apa saja yang ditakdirkan olehNya buatMu. Kenapa persoalkan? Kenapa tak duduk dan terima dengan ikhlas apa yang Allah nak kasi? Setiap perkara ada penyelesaiannya. Setiap yang datang itu hanya untuk menguji. Jangan ditanya mengapa ia datang. Tugas kita adalah menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.

Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Al-Baqarah 214

Diulang, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah. Berusaha saja menentangnya dengan jalan yang terbaik, berusaha, dalam berusaha itulah adanya sabar. Dan berpegang teguh pada agamaNya, - menyelesaikannya dengan sesuatu yang diredhai Allah. Kan? Ujian itu bukan satu peluang untuk kita memberikan alasan, alasan untuk mengatakan "Orang lain tak paham, kalau mungkin kamu semua dihadapkan dengan situasi ini, dan perasaan ini, mungkin saja semua orang pun akan commit camnih.."

Renung sedikit dalam lagi, rasa sesuatu tak? Allah cakap pertolongan Dia dekat. Sangat dekat. Dont u feel that, pertolongan Allah tuh tak sampai lagi dalam bab ni, sebab tak sabar, dan x menerima dengan lapang dada? So abaikan menda2 yang tak penting, dan buat yang sepatutnya. Then semuanya akan smooth, sebab Allah akan tolong. Tul tak?

Sebab tuh la sesetengah orang tak risau pun dengan dugaan yang sampai. Boleh tersenyum tanpa kesah pun. Sebab kepercayaan dan keyakinan itu tinggi dengan pertolongan Allah. Allah sangat menepati apa yang dijanjiNya. Itu janjiNya, pertolongan ia dekat.

Allah datangkan saja menda tuh jie. Jalan penyelesaiaannya ada. Tgu jie nak buat ke tak. Klau jie sabar dan ikhlas buat, dush- habis .Pass! Then Allah akan kasi ganjaran, dan kita buleh move ke next stage pulak.

Okeh, dah. Insaf seketika.

Cantik dak baju baru saya? Haha, kakak mesti kata comot. And kak linda akan kata comeyy..Lepaih tuh nda akan nak satu, tlon bli kat dia! Jenuh la suma baju jie, nak bli, pastu nak bli satu yang sama plak kat Nda. Huhu, baju untuk mak2 sudah tamat. Hanya untuk anak2 sekalian! =]