Monday, August 17, 2009

Twenty

  1. Pegi Bank
  2. Pegi service kete, RM178.70 - cam mahai jek :(
  3. Bulan ni paling byk pakai duit, dan memang nak wat kuaq duit byk lagik ni. Dah la gaji lmbat bln ni. :( tapi ok. Sbb keperluan + kehendak yg mmg sanggup. :)
  4. Namun yg beshnya nak balik.
  5. Akhil Hayy ngan Waheeda dah kawen. Hantaran Al-Quran sahaja (Sy respek sgt!). Akhil Hayy cakap x leh elak rasa cinta tuh, sbb Allah campakkan rasa tuh kat hati dia (Sy setuju!, kita tak dihukum kerana perasaan, namun kerana perbuatan. We should terima hakikat, hati manusia boleh berubah. Namun, ntah, cam ada pause skittt....hmm) . Waheeda nak bersara dari dunia hiburan..(Ye ker? Yang nih sy tgu dan lihat saja)....arap2 korang bahagia. (Sy suka komen ex-wife Akhil, yg selalu menampilkan ketabahan dan independent)
  6. Nak jam tuh.
  7. Dah abih baca buku Mars n Venus.
  8. Buku seterusnya? Tautan hati kot.
  9. Nak beli mask. Yg banyak2.
  10. AH1N1. Tetiap ari de orang mati. Aku ikut citer dier dari 0 cases lagik. Skang dah 60++ orang meninggal. Arituh aku ckp ngan kawan aku, dier ckp tak takut mati. Aku ckp aku takut. Sbb amal aku. Hmm... kwn aku bukan Islam. Namun dia mmg seorang yg agak taat kat kepercayaan dia. - Bagi aku, mmg kita boleh berHARAP pada ALLAH, utk ampunkan kita bagi kesalahan2 yg telah kita lakukan. Tapi pada masa yang sama, kita kene selalu beringat. Rasa HARAP itu mesti berserta dgn rasa TAKUT. Klau tak jadi syok sendrik. Lagi satu, amal tanpa keikhlasan kerana Allah itu, hmmm...dan ikhlas itu bukan sng utk dicapai. Hanya Allah yang tahu. Kesimpulannya Aszifa, Harap dan Takut lah. Mohon agar dikurniakan perasaan IKHLAS.
  11. Aku beli butterscotch lagik tadik. Saper reka roti neh haa?? Sedap...sedap, nyum nyum...
  12. Tadi makan nasik ngan tomyam ngan telur dadar.
  13. Nak cari kotakk...kotak kecik2...klau bleh kotak yg isi kertas2 A4 tuh...
  14. Arini housemate aku de kat umah. Aku suka. Sbb x sunyi.
  15. Tgh habiskan membaca Anis bulan lepas n bulan ni.
  16. Ada jerawat besaq. Ada 2. Sakit. Eumora ni , habis kulit aku ...haha. Tapi takpe, teruskan pakai. Kot2 ni effect awal2. Klau tak ok gak, tuka sabun.
  17. Asek teringat. Naper?
  18. Rasa nak tulis post pasai - "Menghormati pandangan dan citarasa setiap dari kita". Namun satgi aku ter-emo. Haha. Sbb ada 2 peristiwa yang berlaku, yg mentrigger aku akan topik ni.
  19. Ahad arituh, aku tgok citer pasai Life. Besh. Citer kat tv2. Pukul 3 ptg. Ayah dier Terencat Akal. Ada anak kecik umo 7 thn nama Lucy. Lucy lagik pandai dari ayah dier. So, orang2 yang ala2 kebajikan masyarakat nak hak penjagaan ditransfer ke kebajikan msyarakat or keluarga angkat. So dier ala2 perjuangan la kat court. De pulak peguam cun dan lawa. Pasai Life la citer dier, yg menekankan value kasih sayang dan kesabaran dalam kehidupan, berbanding kesempurnaan.
  20. Ok dah twenty. Heh. See...sume menda leh terlintas klau tak kawal n tak switch OFF. Hah, nak OFF.
  21. TATA. :)

Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali.

Ustaz Asri Rabbani tuh, muda lagik kan. Al-Fatihah utk dirinya, yang sudah diambil Pencipta.Merenung seketika, bilangan kematian yang kian melanda. Mungkin ada pendapat yg ingin diutarakan, namun, biar puisi lama, menjadi pengganti, buat tulisan yg x dapat diutai, kerna perasaan terlampau ~ mengantuk!

Ya Allah,
Melihat bayi kecil yg lahir,
Membuat aku berfikir,
Kejadian diriku..

Dari setitis mani aku dijadikan,
Kemudian kau salut ia dengan daging,
Terbentuk pancaindera,
Dan juga anggota,
Yang bakal membantu hidupku nanti,,

2/8/85,
2.30 pagi anggaran waktunya,
Hari jumaat harinya...

Aku lahir tanpa mengerti,
Siapa aku,
Dan aku tidak mengenali sesiapa di sekelilingku..

Hari makin hari,
Aku mula berjinak dengan dunia...
Kau kurniakan aku keluarga...
Dari menangis dan merengek,
Aku mula pandai merangkak,
Kemudian berjalan,
Kemudian petah berkata-kata...

Kini aku sudah makin dewasa,
Kau bentuk pula emosi ku,
Yang mewarna-warnikan hidupku,

Dari seorang yang tiada mengerti,
Kau kurniakan aku kepandaian,
Yang digunakan untuk menelaah,
Sepanjang kehidupan,
Kau beri aku kejayaan,
Demi kejayaan...

Dari hidup yg bergantung,
Kini kau beri aku pekerjaan,
Untuk aku meneruskan kehidupan,
Kau beri aku peluang,
Mengumpul harta,
Dan menikmati, apa yg ingin aku nikmati...

Apabila aku merenung semula,
Aku lahir tanpa apa-apa,
Tanpa sesiapa,

Satu-demi-satu perkara,
Kau berikan padaku,
Dari tiada apa-apa,
Kepada ada...

Sesungguhnya,
Aku harus sedar,
Semua ini,
Hingga saat ini,
Tiada satu pun milikku,

Ia hanya nikmat,
Yang Kau beri,
Yang harus aku syukuri...

Ampunkan aku Ya Allah,
Atas segala sesuatu,
Yang aku pernah banggakan,
Kerana aku menganggap ia milikku,
Atas seseorang yang ku ingin rapat,
Tanpa berkongsi,
Kerana ku anggap ia milikku,
Atas segala harta,
Yang aku bakhil untuk dermakan,
Kerana aku menganggap ia milikku,

Suatu hari,
Aku jua perlu pulang,
Ke negeri asalku,
Tanpa membawa segala ini,
Sebagaimana aku datang seorang diri,
Akan aku pulang seorang diri...

-aszifa aris, 6 January 2008, 2.39 am -
Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, dan Dia-lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. Surah 30 : Ar-Ruum : 54

Tuesday, August 11, 2009

Fahim Main Susun-Susun


Susun Buku Fahim

Susun Kusyen Atuk

Susun Kotak-Kotak Kasut di Umah Cik Bedah

Tgu ar maksu balik main susun2 ngan Fahim.. kiki..dah rindu...

PMS lagik bulan ni...haha pening2!Last2 layan video2 anak sedara gakk yg best..kiki!



Monday, August 10, 2009

Hanya luahan...

...Dari siang tadik rasa ngilu smacam...Nak period ni cam takleh kena sentuh langsung...Menulis la.

Masa aku form 5, aku pernah dihadapkan dengan satu peristiwa. Seperti biasa, I'm just a girl that observe. Ia tak berlaku pada diri.

Peristiwa tuh, membuatkan aku terfikir. Naper? Dia tak terima pasangan dia seadanya ekk??..

Ada kawan aku, nak jadi lebih cerah, sbb, ada special fren prefer dia cerah.
Ada saudara aku, nak kulit jadi halus, sbb, ada special fren tego kulit agak kasar.
Ada kawan aku, nak jadi lebih kurus, sbb, ada special fren prefer dia kurus.

Peristiwa2 camni, membuatkan aku tertanya. Aku tanya mak aku "Ma, klau peristiwa yg blalalal dan terjadi kepada si blablabla..maksudnya, dia takleh terima pasangan dia seadanya ekk??"

"X jugak, dia nak pasangan dia lebih baik, sebab dia sayang.."

Aku cam "OoOoo..."tapi tak pahamm..

Cantik, itu subjektif. Cantik pada mata orang lain. Kurang cantik pada mata orang lain. Namun, mungkin kita boleh membuat kesimpulan kecantikan ideal seorang wanita secara fizikalnya, yang ada pada fikiran seorang Malaysia, ialah yg kurus ideal, kulit mulus, wajah cerah. Tul ker? Suka2 hati aku jekk..Tapi tuh la ciri2 orang yg salu muncul kat tv ngan dalam majalah.

Klau aku, aku pandang cantik, pompuan yg kurus, salu kawan2 aku komen - ishh tu kurus sangat jie...Kurus sangat ker pompuan camtuh, bg aku biasa ja. Tapi kawan2 aku salu ckp, "kurus" pada definasi aku tuh kurus sangat.

Okla, kurus sangat, kulit tak terlalu cerah,sawo mtg pun ok... biasa2 ja...muka tak bulat sangat, x bujur sangat, muka x terlalu manis...yg antara manis dan macho.

Kurus...hmm, jarang aku dengaq pompuan takmau kurus. Masa skolah, takde la sangat, mungkin sbb kami ni pompuan sumer...ntahla, cam tak perasan la isu tuh...Start aku masuk matrik, masuk U, sampai kija. Sumer pompuan nak kurus. Sampai dah tak larat, sampai dah penat nak dengaq.

Klau dah lama tak jumpa. Menda pertama nak tego. "Eh dah kurus skit", "Eh dah berisi skit."

Penah satu ketika, aku kawan ngan seseorang ni. Dia ckp, suh aku kurus skit. Sungguh aku kurangkan makan. Lepas tu aku rasa bodoh la plak. Naper la reaksi aku camtuh. Dan yang bestnya, x kurus pun.

Aku dah phobia klau orang ckp kat aku camtuh.

Ada jugak org yg mmg bulat, tapi ckp kat aku..."Mlm2 jgn makan byk sangat, nanti naik badan tuh, skang dah elok2 tuh.." Bukan sekali, tapi 2-3 kali.

Aku tak selesa klau orang ckp kat aku camtuh.

Ada perempuan yang puasa, ada yang diet. Tapi naper nak kurang makan klau lapar? Utk cantik ,itu alasan yang tak kukuh. Aku sendiri tau tindakan aku diet utk org lain tuh adalah satu list menda bodoh yang aku penah commit.

Ada satu ari, aku ingat. Kak Linda ckp kat aku..."Makan ni, berhenti sebelum kenyang.Nabi wat camtu..."

Itu alasan yang kukuh,utk tak makan banyak.

Ada satu ari, aku ingat. Aku makan kat William. Ya Allah kenyang giler, pastu aku jadi sebu semacam...nak semayang pun x larat...

Membuatkan aku teringat kisah, seorang yang makan, sampai terlalu kenyang, nanti malas beribadat.Senang digoda. Hmm..betul la.Aku sedang menyaksikan kebenarannya. Sungguh Islam itu sangat sempurna dalam apa yang ditegah, yang dilarang, yang dinasihati.

Nasihat Luqman al-Hakim : "Wahai anakku, apabila perutmu penuh padat maka fikiranmu akan tidur, hikmah kebijaksanaanmu akan tumpul, dan anggota badanmu akan lemah dalam mengamalkan ibadah"

Puasa utk kurus? Ok. Puasa bukan untuk kurus. Namun salah satu hikmahnya, bleh kurus(betulkan niat, kononya).Ramai yang seronok mendapat hikmah kurus, lebih dari hikmah dan ganjaran yang sepatutnya lebih disyukuri. Kita pantau sejenak hikmah puasa yang tiada taranya :

Dalam proses perhitungan, sekiranya seseorang itu melakukan dosa terhadap manusia, maka amal soleh yang dikerjakannya dahulu terpaksa dijadikan kafarah (penebus). Pahala dari amal baiknya terpaksa diserahkan kepada orang-orang yang ia lakukan dosa ke atasnya. Keadaan ini digambarkan oleh Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a : Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah orang muflis?"

Kami menjawab "Orang muflis ialah orang yang tidak punya wang dan harta benda."Rasulullah menjawab, "Golongan muflis dari umatku adalah mereka yang pulang pad
a hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dia datang, sedang dia memfitnah, menuduh dan menumpahkan darah.Akan diambil segala kebaikannya bagi menebus dosa.Sekiranya habis kebaikan sedangkan dosanya masih ada maka akan diambil dosa orang lain lantas dicampakkan ke wajahnya lalu ia dilontarkan ke dalam neraka Jahanam!" (Riwayat Muslim) Dalam sebuah syair Arab ada menukilkan: "Setiap sesuatu yang hilang itu sukar tetapi seandainya seseorang itu luput amalannya pada hari kiamat itu terlebih sukar."

Nukilan syair ini menggambarkan tentang nasib manusia apabila mereka dibicarakan pada hari pembalasan. Ketika itu setiap orang tentunya berharap agar ia terselamat.Satu-satunya yang boleh menyelamatkan mereka pada hari itu adalah amal soleh yang dikerjakan ketika hidup dahulu. Dalam masa yang sama, keadaan yang paling menakutkan adalah luputnya pahala amalan kerana terpaksa menebus dosa-dosa yang pernah dilakukan. Bolehlah dibuat analogi, memiliki ganjaran dari amal-amal soleh seperti memiliki barang-barang yang sangat berharga, namun apabila saat bertukar gawat pada ketika itu, apa yang diharapkan bukan lagi barang berharga tapi pelampung keselamatan bagi menyelamatkan nyawa dalam keadaan getir. Apakah pelampung keselamatan bagi manusia pada hari akhirat nanti?

Di dalam sebuah hadis qudsi Allah ada menggambarkan: "Setiap amalam itu menjadi kafarah kepada seorang hamba melainkan amalan puasa. Puasa adalah untuk-Ku dan Aku akan mengganjarinya. " (Riwayat Imam Ahmad)


Daripada hadis qudsi ini, Allah menggambarkan bahawa keistimewaan tertinggi ibadah puasa kerana ia menjadi penyelamat terakhir bagi seorang hamba Allah. Seluruh amalan lain akan menjadi kafarah tetapi tidak puasa!
- A part of artikel from Anis Ogos 2009 - Ramadan Pelampung Ajaib - Zul Ramli M.Razali


Aku menasihati diriku sendiri. Kesalahan lama jgn diulang lagi. Entah apa pengajaran dari apa yang aku tulis pada malam ini. I just know, I'm too much in doing thing ONLY for myself. I'm too much in doing things for someone that I love. Walau masih jauh, diri ini kembali mengajak dirinya, untuk, lebih menyayangi Allah itu, lebih dari menyayangi diri sendiri dan orang lain. Diri ini mengajak diri ini, untuk melakukan sesuatu HANYA kerana Allah, lebih dari melakukan sesuatu kebaikan HANYA untuk diri sendiri dan demi mendapat kasih orang lain. Diri ini mengajak dirinya, untuk lebih mengutamakan hikmah AKHIRAT, lebih dari hikmah dunia. Walau ada ketar dalam menulis, kerana diri masih terlalu jauh dari sempurna, untuk melontarkan bait- bait kata, diri ini perlu menganggap ini satu usaha.

Aku membelek-belek sepasang jubah hantaran yang dihadiahkan olehnya. Cantik. Cuma. saiznya XXL. Sedangkan aku biasanya mengenakan pakaian bersaiz S atau M saja. Tak padan, terlalu besar untukku.

Memerhatikan gelagatku mencuba jubah pemberiannnya, suamiku datang menghampiri.
"Sayang, maaf ye. Kata kakak Abang. Sayang nampak berisi pada hari pertunangan kita dulu. Abang memang tak pandang langsung Sayang waktu tu. Sebab tu. Abang ingat Sayang ni gemuk. Tak sangka isteri Abg ni tak gemuk langsung. Kurus saja, " cerita suamiku.

Aku ketawa lalu mengujinya. "Waktu tu, abang tak kisah bakal isteri Abang gemuk?"


"Yang penting agama. Faktor lain semua tak jadi masalah." Jawapan itu membuatkan aku tambah kagum terhadapnya, mengingatkanku satu hadis yang bermaksud:


- Sesiapa saja yang menikahi wanita kerana kemuliaan status sosialnya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kehinaan.


-Sesiapa sa
ja yang menikahi wanita kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kefakiran.

-Sesiapa saja yang menikahi wanita kerana kedudukannya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kerendahan.


-Sesiapa saja yang menikahi wanita bukan kerana hal lain, kecuali agar pandangan matanya dapat dikekang, dan kemaluannya terpelihara, atau untuk tujuan menyambung tali silaturahim, maka Allah akan
memberkati pernikahannya dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersunting olehnya."
-Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, karya Fatimah Syarha Mohd Noordin-

If man could only knows, how much proud we are, if u get the best of us. Kecantikan , kekurusan itu membelenggu ramai wanita. Namun, janganlah terus mendidik kami, untuk membentuk keyakinan yang bukan kekal ini. Biarlah diri ini merasa dan membentuk keyakinan, kerna redha dariNya, atas setiap perbuatan dan perlakuan yang dilakukan atas tuntutanNya.



Sunday, August 09, 2009

Iqra'


Harini..hari aku. Layan You Tube. Basuh Baju. Chatting. Sapu rumah. Tgok tv. Makan nasik paprik. Pergi beli buku. Beli Buku is the best part.

Tadi masa tgh chat sambil layan You Tube, teringat dekat buku John Gray ni. Nak baca lama dah, namun belum cukup bersedia. Ni dah tergerak hati nak baca. Ni buku ke-3 dia aku bakal baca. Memula dulu baca buku Men are from Mars, Women are from Venus. Buku ke -2 , Mars and Venus on a Date. Sampai dah yg ke -3 Why Mars and Venus Collide. Masa aku ulang baca buku pertama dia, housemate aku pun belek skalik. Dia pun pi beli jugak. Pandangan kami sama, buku ni, banyak gila teori. Klau ikut Islamic rules and prinsip, lebih mudah penjelasan dia, berbanding buku yg banyak gila teori nih. Namun, ia tetap satu pandangan yang bernas dari John Gray about relationship. Buku barat, mesti ada lain skit dengan kita, namun, ambik yg bagus, tinggal yg x baper besh. Pada pandangan aku, buku barat sememangnya perlu ditapis, x bley diterima bulat2. Ustaz Hasrizal, pengarang buku Aku Terima Nikahnya, ada mention buku pertama dan buku ketiga untuk lebih memahami relation between men and women, membuatkan aku lebih tertrigger untuk baca buku Why Mars and Venus Collide.

Buku Tautan Hati, yang kaler merah tu, Karya Fatimah Syarha. Ni kira buku yang kedua aku beli karya dia. Bersedialah untuk merasa diri ni sangat tak besh bila baca karya dia. Rasa cam diri ni sangat x suci, dibiarkan diri dicemari dengan menda yg ntah apa2. Sungguh itu yang aku rasa. Buku first dia yang aku baca, "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul ". Cam sangat perfect cara hidup dia. Dia UIA dlu, housemate aku penah duduk ngan dia. Housemate aku ckp, Fatimah Syarha ni peribadi dia, memang bagus lah. Mula berniat nak baca buku Tautan Hati ni, masa baca buku Adik Nur Madiha, pelajar cemerlang yang dapat 20A tuh. Buku Tautan Hati ni salah satu dari 3 buku favourite dia. So aku nak tau jugak, apa yg speselnya buku ni pada hati pelajar cemerlang ni.

Buku Adik Nur Madiha pun memang sangat bagus. Takde pun skit, ayat2 berbau riak akan kepandaian diri. Memang dia warisi kepandaian dan rajin berfikir tuh dari ayah dia, memang keturunan pandai ni. Namun x angkat diri. Sumer citer dia berbalik kepada semuanya hanya dari Allah. Cara penyampaian dia yakin. Aku tergerak ati nak baca buku dia, sbb , dalam majalah Anis keluaran bulan baper ntah, ada satu artikel pasal Madiha - Ayat dia lebih kurang camni "Saya tiada masalah amik banyak subjek, sebab saya belajar kerana Ilmu itu sendiri." Rasa sangat proud bila baca statement camtuh, bijak dan matangnya remaja yg baru berusia 17 tahun nih...prinsip hidupnya mudah, lantas mengikut seruan Allah, tentang mementingkan ketinggian Ilmu.

I'll quote some of the interesting prinsip of this girl :

Sekolah pada setengah orang hanyalah pusat akal semata-mata. Iaitu para pelajar datang ke sekolah, belajar dengan guru di dalam kelas, mengutip ilmu yang dijangka akan dimuatkan di kertas peperiksaan kemudian mengambil kelas tambahan jika lemah dalam sesuatu pelajaran. Golongan ini datang ke sekolah dengan jasad yang berisi otak sahaja. Mereka belajar untuk menjadi orang yang layak memasuki universiti selepas SPM atau STPM. Lebih daripada itu, fungsi sekolah terbatas pada belajar untuk berjaya dan berjaya untuk bekerja.

Perenggan tuh kena la ngan aku rasanya. Aku la tuh, tusyen merata. =].Belajar niat tak baper betul.

Sepatutnya, begini :

Maka, perhalusilah diri dan fungsi kita yang terbina dari tiga komponen iaitu jasad, akal dan roh. Dengan tiga kelebihan itu, maka kita akan lebih mengenali Sang Pencipta sekiranya kita menggunakan sebaik-baiknya 'harta' yang diberikan Allah SWT kepada kita. Aku menyimpulkan pada diriku bahawa kata-kata ayah supaya belajar kerana ilmu adalah tanggungjawabku. Aku belajar ilmu agama: Tauhid, Feqah, Sirah,Akhlak, Tasawur, Al-Quran, Hadis, nahu, sorof dan lain-lain adalah untuk menguruskan kerohanian (roh) ku. Manakala pelajaran berasaskan pemikiran iaitu Sains, Fizik, Biologi, Matematik, Ekonomi, Prinsip Akaun dan lain-lain adalah untuk memanfaatkan akalku yang cerdik demi kemakmuran bumi Allah. Manakala agar aku dapat menyusur sumber ilmu yang ku sebutkan di atas hanyalah dengan mempelajari banyak bahasa terutamanya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Inilah yang sering ku sematkan dalam hati, bahawa ilmu pengetahuan adalah sahabat bagi seorang pelajar walaupun terpaksa menempuh kesukaran dan cabaran.
- Catatan Hati Nik Nur Madihah

Guru-guru, pensyarah2, ibu2 dan bapa2, motivasikanlah anak didikmu, dengan motivasi yang tepat dalam mencari ILMU.Diriku, motivasikanlah dirimu dengan motivasi yang tepat dalam mencari ILMU. Bukan ditekankan dunia dan material saja...

Yang berlalu tetap berlalu. Cuma masa depan yang mampu diubah. Islam itu mengutamakan NIAT dan CARA. Bersama-samalah kita menyucikan niat, dalam melaksanakan sesuatu perkara. Untuk tahu niat kita itu bertepatan atau tidak, kita perlu ILMU.


Saturday, August 08, 2009

Ketika Cinta Bertasbih


Ayat dalam trailer sama sihhh dgn novel!..



"Dalam pandangan Mbak Husna,dan Mbak Bintun sendiri...
sebenarnya cinta itu apa sih....?"

Cinta~ adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang..
mengubah amarah! jadi ramah,
mengubah musibah..jadi muhibbah...

...itulah Cinta.




"Saya juga mau mengutarakan jawaban dengan puisi seperti Mbak Husna ttg cinta menurut saya
.."

Sekalipun cinta telah kuuraikan.. dan ku jelaskan panjang lebar..
Namun jika cinta kudatangi.. aku jadi malu, pada keteranganku sendiri…
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang.
Sementara pena, begitu tergesa-gesa menuliskannya…
Kata-kata pecah berkeping-keping.. begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya,
Bagaikan keledai, terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah, yang menerangkan cinta,Dan percintaan.




"Saya hanya ingin seperti Fatimah, putri kanjeng Nabi yang seumur hidupnya tidak pernah di madu oleh Saidina Ali bin Abi Tholib suaminya......”


PTD Gred M41

Penat!! Giler Penat!!

Dah lama tak amik xm, ni amik xm satu ari sangat penat...ar, ar!

Aku amek xm ptd arini. Kat sm teknik gombak. Hmm, skolah tuh ok. Byk mural. =] Tak la cam skolah yang aku amik exam 2 tahun lepas kat penang. Tak lawa.

Soalan sahsiah takder plak, 2 tahun lepas cam ader. Huhu, paper first dahh bantai2..haha..aku baca pasai dasar2 kerajaan msia jek kali ni. Wawasan 2020, Dasar Penswastaan, Dasar Pandang Ke Timur, tuh suma aku leh jawab.

Ni dah kali ke -2 aku amik. Leh bagi tips ni. Ni base on pengalaman aku amik xm, soalan2 yang kerap ni berkaitan dengan , Dewan Rakyat, Dewan Negara, Yang Dipertuan Agong. Ha, bacalah part2 ni denga sesungguhnya. Kene tahu, syarat2 ahli, tugas2, sumerlah. Baca suma pasal menda2 ni. Kene tahu bidang tugas, Majlis Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar, aper beza Kerajaan Negeri ngan Kerajaan Persekutuan, jenis2 mahkamah, cam Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan. Parlimen.

Pastu kene tahu pertubuhan2 kat Msia ni, cam LADA, MADA, n blablabla. Function derank, nama penuh derank. Pastu pertubuhan2 kat dunia, cam UNESCO, PBB, KOMANWEL.

Ada jugak soalan IT. Aku leh jawab. Hih, senang jek. Soalan account n kewangan pun ader.

Aku kena soalan SUKMA lagi kali ni, haha. Then , kena lagik, soalan pasai Filem Terbaik Festival Filem. Kiki...

Pastu soalan kebudayaan Msia. Yang ni tak tetap la, memang general. Maksud2 warna2, lambang2 logo Kerajaan, senang la klau tahu. Huhu..

Hih, persediaan aku tak kukuh. Banyak gak takleh jawab nih. Tahun depan aku bleh try lagik.

Paper 2, soalan penyelesaian masalah. Weh, 40 soalan, yg ni takdak masalah nak selesai, namun wujud masalah masa. So, kena pantas lagikla nanti, klau kira jgn pakai pensel, pakai pen, laju skit tulis, kurang geseran. Then klau kira2 tuh, kira dalam otak je la, klau tulis2 lambat. Pastu, jgn jawab ikut turutan. Jwb ikut strenght la. Cam aku, prefer soalan yang - number seterusnya ialah? ... pastu soalan yang cam detect2 pattern gamba... gambar seterusnya ialah?... heh, soalan2 ni salu aku leh jawab. Pastu, purata, nisbah, peratus, baca carta, baca pie chart. Hah sume ni je la. Cam soalan math kat skolah dlu. Uji kepantasan giler paper ni.

Paper 3 best. Haha...aku suka. Soalan kefahaman teks. Asal paham isi penting ok.

Paper 4 soalan esei bm. Weh carca merba gak bm aku....asek tulis tak pakai good grammar, kekok jugakla menulis tadik...cam tak besh ja karangan aku tuh, modest...n biasa.

Paper 5 soalan esei bi. Kat sni banyak idea la plak, dah plak 200-300 pekataan syarat dier...Aku over dah tadik...Tapi cam kurang tersusun ja aku tulis tuh..Patutnya leh lebih seragam lagik...Cam karangan bm seragam, tapi skema laks..kiki...

Tahun depan aku amik lagi..haha...aper2 pun, amik paper2 ni menyedarkan aku, sebagai warga M'sia, kita kena amik tau hal2 negara. Ni dah nak dekat xm, baru la nak pi cari buku Malaysia Kita. Tgok tadi ramai bawak buku tuh.

Penerangan yg mantap pasai xm ni sumer kat sni . Memang betul la contoh soalan yg dia kasi ni:
Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Wish gud luck for 8 August 2009 candidates!

Friday, August 07, 2009

24 Tahun.

Ngantuk dah ni, tapi nak menulis jugak...

View blog ni, lalu beberapa post yg lepas2...=]. Aku ni byk letak gamba eh dlu...Skang dah agak kurang...Tak rasa nak letak. X yah letak =]

Life is like this, kdg2 kita initiate sesuatu, saja2..namun, jadi komited pulak. Blog ni memula nak letak gamba jerkkk...Namun ia dah berkembang pulak kepada sesuatu yang lain. Hmm...huhu...

Badan letih ni, tadi pegi tampal iklan lagik. Iklan jual barang!. Sok ada org nak mai tgok barang, harap2 jadilah. Aku puns amik cuti esok. Ada masa skit. Mlm ni pun satgi nak kemas almari...Nak kna lap suma bagi cuci calat. huhu...

Ni tinggal rak, meja kom ngan kerusi ni. Klau tak terjual jugak kena upgrade iklan la nih. Aku klau bleh nak jual la suma ni, tercover jugak keta aku utk September ni. Tgh bersedia utk hidup tanpa komitmen ni..huhu bahagianya rasa bila nak lepas semua.

Bahagia? Betul ker, heh,,,one side bahagia, one side lagik masih lagik bercampur2 rasa dia. Namun, aku teruskan saja perjalanan dalam mencari bahagia nih. Semoga Allah tempatkan aku di tempat yg tenang, yg baik2 orang dia, yang aku pun leh bertenang, yang rezkinya halal, x haram dan jauh dari syubhah, dan di tempat yang aku leh commit dengan baik, dan sepenuhnya dengan tanggungjawab2 aku. Macam banyak ja permintaan.

24 tahun aku hidup. 2 Ogos lepas, cukup 24 tahun. Lebih kepada rasa malu dengan Allah, hidup dalam nikmatnya. Masih banyak keluhan dalam dugaan, masih byk lupa bersyukur dengan nikmat dan pinjaman2 nya. Masih laju dalam menda2 lagha, dan dosa2.

Setiap hari dilalui dengan ada saja dosa padaNya, namun masih diberikan peluang utk hidup dalam nikmat. Harap ini bukan istidraj. Klau kita kenang, mesti ada regret. Namun, perlu teruskan jugak kehidupan. Diri ini masih banyak kurangnya. Aku mohon maaf, atas perubahan yang perlahan.

24 tahun. Aku masih lagik meneliti, perjalanan2 hidup aku. Senarai2 kehendak dunia yang perlu dipendekkan. Senarai2 dosa yang perlu ada usaha mencegahnya. Senarai2 menda lagha yang masih sedap dalam melakukannya. I am not able to do it , zappp- aku bersih. It just that, aku cuba pendekkan senarai2 kehendak dunia, senarai dosa, senarai2 menda lagha. Aku tetap ingin bersyukur, sbb Allah bagi aku sedar menda2 yang tak bagus dalam diri aku. Aku pohon cerahkan lagik, hal2 yang aku belum anggap dosa. Sbb tuh aku perlu ilmu.

Ada beberapa perkara, yang dah boleh dibuang terus, alhamdulillah Allah izinkan. Ada beberapa perkara, yang bilangannya sudah berkurang...Harap ini bukan lagi masa utk aku pulang , klau masa ni, aku risau apa nasib aku kat SANA.

24 tahun. Kadang2 aku sunyi sangat. Cuma mahu positif dengan kehidupan, dan fikirkan apa yang Allah dah takdirkan. KL doesnt suit me that much. Biasa saja kehidupan kat sni. Lebih banyak masa sunyi dan bersendiri, dari bersama2. Di awal2 masa kat sni, lebih kepada nak bersama2..namun, entah kenapa, bersama2 tuh lebih menyerabutkan. Tak kuat mungkin. Lebih baik sendiri. Namun bila sendiri, bersedia dengan sunyi. Dan dalam sunyi inilah, diri ini mula berfikir, apa yang Allah nak ajar aku nih? Tak mungkin Allah letak aku buta2 kat sni, saja2. Mesti ada sebab.

Dalam bersendiri inilah, jiwa ini, mencari cara bagaimana utk merasa berdua denganNya. Setiap perkara, pasti ada hikmahnya. Bila kita dihadapkan dengan suatu keadaan yang menentang, cuba amati, ada perkara baru yang Allah nak ajar diri kita kat situ.

24 tahun. 3 tahun lepas, rasanya lebih berada di bahagian serangan. 2 tahun di sni, lebih di bahagia pertahanan. Not my favorite role. Bertahan dan bertahan. =]

Rasa nak balik ke bahagian serangan. Nak serang pihak lawan. Nak sumbat gol!

Coach aku know better. Takpa, aku ikut cakap coach aku. Di bahagian pertahanan, sungguh, masih ada banyak lebam2 yg belum sembuh bila kena serang. Sakit. Namun masih bertahan.

Coach...am I going to be di bahagian pertahanan lagik?

=] Itulah kehidupan. Betul - Life is like roller coster, hidup cam roda. Kejap kat atas, kejap kat bawah. Berpeluang menyerang atau bertahan, yang penting, HAYATIlah. Layan ja rasa2 yang menimpa diri. Mana ada setiap masa kita akan berada pada saat melonjak dan sentiasa hepi yang hepi..Mana ada setiap masa kita akan berada statik hanya pada keinginan diri?

Life bukan camtuh. Hayati tidak bermaksud, bila kita sedih, kita suka sedih tuh, bila kita sunyi, kita suka sunyi tuhh...namun, lebih kepada rasa bersyukur, sebab kita diberi peluang, untuk merasa, semuaaaaa jenisss rasa yang wujud kat dunia ni.

Cam makanan jugak. Ada manis, masam, pahit, masin, pedas....rasalah semua. Baru warna-warni dan rasa hidup ini lebih bermakna! Hayatilah! =]

Hidup memang macam tuh.

24 tahun.
24 tahun dah anak cayank mama!
(i will seriously laugh bila tgok balik gambaq kena cucuk ni!=])