Thursday, October 30, 2008

Maksu cabut gigi!


Arini aku MC!Aku gi cabut gigi. Ya Allah doktot tuh ingat aku ni bahan exsperimen ker haper. Koknya kasarrr gilaa nehh! Lagi skalik aku nak carik dr laki ar. Tanak dr pompuan. Dlu Dr Eng kat sp tuh, ih, lembut jekk...Siap leh sembang2 lagik, maksudnya dia try alih perhatian aku dari kesakitan, bila dia sembang ngan aku, aku taderla pikir pasal sakit tuh. Nih Dr pompuan india ni, wah siap leter2 lagik kat staff dier. Cian staff dier, dah la baru lagik, baru nk dekat 2 bulan kija...sian lak aku tgok..

Sakit mata aku ni, tapi standard la, aku cabut 2 skalik gigi...hehe....aku scaling skalik...dlu kecik2 malas gosok gigi. Mama bawak gi dokter gigi, aku lari kuar...wahaha..kelakarnya!

Dah besar2 gigi x lawa. Haha..aku ingat lagik masa aku form 4, nih yang checking masa sekolah dlu la. Dr tuh siap kutuk2 lagik gigi aku. "Ni dah nak ada bf dah ni..."...nta aper lagik dier leter...huhu...belajar tinggi jadik dokter, tapi ilmu psycology zero. Bodo jek..Attitude zero. Moral value zero!

Huih marah je aku ekk..haha. Takpa , gigi anak aku esok confirm cun, akan dipantau dari kecik..xdenya nak manja2 cam aku, malas2, biar sakit2 dlu. Lawa2 dan senang2 kemudian. Kan ke cam aku ni, jenuh la nak betulkan byk menda dalam diri.

Dah cabut gigi nih aku nak tgok dier leh naturally align takks..aku pun tak kisah sangat dah ngan gigi nih. Kot dlu masa kecik2 sensetip jugak gigi tak sama. Dlu masa aku cabut gigi belakang ni, yang sebelah kiri ni, dier jadik tersusun skit, tgok plak nanti yg seblah kanan camne. Braces nantila, klau bley aku tanak pakai...

Klau aku pakai braces, pastuh laser muka skit, aku takmo jadi programmer dah ar, aku nak gi jadi pengacara tv..wahahaha..merepek

Ni dah ok skit dah, tak sakit dah puns cam tadikk...satgi klau ok ni, aku nak pi bukak acc maybank kat belakang umah aku nih.....sempat lagik tuh..x padan ngan mc. hehe..bukan reti duduk diam.

Rasa cam nak titun plakks...oke la kawan2, sy nak titun sat...pipi sy bengkaks nihh...

Makan ubat, makan ubat, makan sampai habis!

Wednesday, October 29, 2008

Apa itu rindu?

Post ini mungkin panjang :)

Nak titon nih, sepatutnya aku wat menda len, tapi aku gi sembang ngan akma pulak pasal menda2 opis...serius keras jek bunyi nya...haishh...slow down skit aszifaris...dont get too serius dengan isu2 camnih....tapi nak wat camne eh, aku memang XXXxxme.

Kot akma cam ja lain la jugakk...Jgn bukak cerita la ngan aku, kang aku kasik byk teori yang telah aku untai dan karang. Klau takder isu sensitiviti, dah lama dah aku tulis.

Pegi menda ringan la, kasih iftitah...heh. X besh. Ain ni baik sangat. Suppose too, klau nak memiliki, x yah trigger puns citer nazirah tuh Ain. Biaq je, memang org cam Azrai tuh akan stay je ngan mu. Tapi klau dah nak kasih yang tulus suci - Yang memang - Ya, HANYA AIN! Tiada yang lain, so its good to bangkitkan. Puas hati. Lega pun rasa. Klau aku maybe aku wat menda yang sama ngan Ain. Maybe...

Tul la cakap Ain, Azrai tak salah puns. Perasaan nak tauk mana. Aku malaih dah tgok citer yang "Sanggup awk buat kat saya camni?" .sib baik citer ni x camni.uwa..uwa...cube tabah skit cam Ain. Nangis sorank2 dah la...Senang buang ja Azrai tuh, pandang saja, dugaan dari Allah, Azrai penyampainya saja. Cukup dah titik. Hmm, tapi Azrai, x leh la pikiaq camtuh, dier kena menginsafi sifat dan sikap dia. Ain layak pikir, ok - takde jodoh. Azrai kena pikiaq dalam skit.

Klau sungguh putus tunang. Kagum la dengan Ain. Tabik. Bersenang hatilah kerana ketabahanmu. Kalau suatu menda tuh milik kita, lepas camna pun datang balik kat kita. Kalau dah bukan ~~! Apa saja ~ Tetap bukan ~~! ...

Biar apa saja yang pergi. Pasti. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Itu satu keyakinan lagi, yang seharusnya aku pupuk dalam diri aku. Sebab aku cepat risau dan menyalahkan diri sendrik salu. Selalunya, skang kurang skit dah sikap tuh, improved!. Jadi insafilah Aszifa Aris, jika sesuatu itu milikmu, milikmu jua. Sesuatu yang hilang darimu, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Untuk setiap langkahmu yang disertai hujan, bayangkan saja ada pelangi indah yang menanti.

Arini kat opis biasa2 jek la, kija pun besa jek, sempat gak aku melepak ngan ida tadik kejap, masa kami minum kat pantry sambil baca paper. Ntah aper citernya, ida ty aku, apa itu rindu?

Cukup soalan tuh yang aku dengaq..terus dalam kepala aku,


Is rindu = ingat ?

Dlu aku ingat, aku penah msg kat kawn aku sorank ni,~aku ingat dia. Dia balas, huh ~ rindu ar tuh.

Tapi tak, aku bukan rindu, aku ingat ja. Tapi suka ati ang la nak tafsir camna. Org cakap tanak dengaq. gege.

Then, beberapa thn pastuh, ada org msg aku ~ dok ingat kat jie pasepa tatau. Aku reply ~ rindu ka? ~ X - ingat ja.

Rasa kelakar lak aku jawab kat ida tadi. Rindu tuh rasa senak kat hati. Ingat tuh ingat.

Ya, mungkin itu bezanya. Ingat x semestinya rindu. Dan rindu memang kerana ingat. Bermakna, Ingat boleh membawa kepada rindu. Namun ingat tak semestinya rindu. Rindu, perlu diubati. Kalau tak rasa senak tuh tak hilang. Tak keruan jadinya klau rindu. Ingat hanyalah ingat. Tapi rindu tuh cam satu menda yang wujud, yang membuak dan perlu disalurkan keluar. Ia tersalur, mungkin dengan pertemuan dengan yang dirindui, dengan alunan suara dari yang dirindui, dengan apa2 je la.Pandang bumbung rumah pun ok kot? haha...

Hmm..

Opis ni memang a part of life kan. Dah banyak spend masa kat situ. Kawan2 kat situ. Cerita puns kat situ. Tetiap ari ngadap rakan2 sekerja. Terlanjur masuk bab ni. Aku terrelate dengan buku yang aku baca masa aku thn 2 dlu. Buku ni aku baca untuk assignment munakahat aku - hak2 wanita dalam Islam.

Aku tak score pun assgn ni. Pueh aku nangis kat Dr Asri tanak naik jugak grade aku. Tapi aku tak kisah pun la, aku dah usaha cukup la. Tapi sebab assgn ni la, ia ubah lagik satu sudut pandangan aku tentang wanita, dan Islam.

Aku suka wanita bekerjaya eh. Dari dlu lagik. Then dalam buku ni ada disentuh pompuan klau gi kija, antara satu masalahnya,Global skit eh korang kena pikir, pikir besaq2 skit,Pikir tentang tarikan lelaki pada wanita, tarikan wanita pada lelaki.

Dlu time2 stadi, bila aku tgok greys anatomy. Eh korang ni gi kija ker, gi wat aper weh kat opis? - X paham, kija2 la kan..

Then bila dah kija, de kawan aku nih, tapi bukan opis aku la ek, sumer citer kat bawah ni bukan citer opis aku skang. Opis aku dlu ader. Dier kawan dengan husband org. Mendalam sungguh la ceritanya. - X paham jugak. Ada satu masa ni, de kakak ni, cerai ngan husband dier, then kawen ngan hmm, satu opis gak. Skandal.

Then ade abg ni, suka dok ho-he ho-he, klau list YM tuh jgn soal la banyak giler nama pompuan, and wife dier de kat jabatan sebelah je sebenaqnya. Cam dier tatau kisah husband dia camtuh..hmm... x-paham jugak aku time tuh.

Dlu aku bace DCKK je katt paper. Sukar nak caya kisah2 camni. Namun skang real la. Aku paham. X perlu aku hurai panjang. Tapi aku paham kenapa masalah2 camni bleh terjadi walaupun kalau dah berpunya.

Berbalik pada buku yang aku baca beberapa tahun lepas. Soal wanita bila kuar rumah, soal tarikan, soal aurat, soal dok wat kija berjam2 bersama2 kat opis. Sampai conclusion dier, lebih baik sebenaqnya wanita tuh dok umah..(kurangkan perlanggaran zarah ler ni).haha, manakan aku stuju time tuh. Tapi skang? no komen. Ada benarnya, ada baiknya wanita dok umah.

Namun at one side, klau suh aku dok umah, aku pun tak mampu. Sebab aku berada di zaman ini. Jadi, perlu lebih kuat la kan dalam menghadapi semua yang mendatang.

Saja aku merenung balik menda2 yang aku tak paham dlu. Skang dah paham la.Terlintas pulak~

Berbalik pada rindu tadik, pasti ada satu masa hati ronta2 rasa nak ngaji, rasa nak solat? Jelas tampaknya, hati kita rindu pada kekasihnya, Allah yang satu, dan perlu disalurkan rasa rindu itu, melalui ayat2 suciNya, melalui sujud padaNya. Sejurus... hati menjadi tenang. Setelah rindu itu telah dilepaskan.

Ingat, x semestinya rindu, namun ingat, boleh membawa kepada rindu. Semoga, kita sentiasa ingat pada Allah, dari ingat, semoga bertambah rindu padaNya, dari rindu, semoga terzahir dalam kata-kata, perbuatan, dan penantian sebenar, untuk bertemu, bertemu dengan kekasih sebenar ini, di suatu hari.


Monday, October 27, 2008

Melaka Bandar Bersejarah


=]! PD ! Baru balik dari Melaka, bukan darik PD..heh...Journey yang besh. Sbb lama dah tak pi jalan2 =[.. Aku baru bangun dalam sejam pastu...suh kakak online YM nak kasik gamba PD, pastuh dok tgok gambaq bday fahim nihh...sapmpai 3 event aih ..

Fahim nih plak tak reti2 senyum ker masa bday mu ? adehh...nanti2 tulih pasal bday ker aper nihh....byk tul lom update nih,,,post aidid firas pun pendings... Kita sembang pasal PD n Melaka dlu ekk..hih...mana nak stat nihh..tapi aku lagik ske gi melaka tuh, cantik melaka ni..lama dah aku tak datang sni...bangunan sumer ala2 historic..bleh hidup aku kat sni...sebab cantik!

Melaka - jam giler ...

Kami kat PD nih main2 tido jekk, menikmati bilik yang beshh...hihi, pastu shopingg skit2 tuh jek la, pastu kiteorang gi melaka,,,gi melawat UTEm jab, U amaniina dlu, then gi ronda MMU jab, Min tgh nak mengenang kembali zaman2 belajarnya.

UTEM

Sungguh aku rindu USM. Dan semestinya bagi aku, USM tetap yang paling besh di hatiku! Dalam keta masa gi melaka tuh, aku asek tetido jekk, sebab aku bangun awal pagi tuh, sungguh x leh tidoq pun, asek nak tgu siang ja. Gamba pun x baper byk ngan aku, byk dalam kamera min...teringin nak gi A Famosa, lepak jab situ....malam tuh gi Umbai makan...sedapnya...tapi aku set makan sikit, so kami bungkus wat balik...Sat lagi leh hangatkan, masak nasik jab..makan, mandi suma, nak gi anta baju yang belungguk ni gi dobi, pastu nak gi JJ pulak.shoping baju skit, barang2 skit..dahh...

UMBAI

Gagal selami emosi masa kat PD ngan Melaka la, klau aku bawak laptop, leh la aku update on the dot! Tapi tuh syarat percutian, x leh bawak laptop!! Haha!..But i write some, in my journal... =]

Sedap!

Room 911 The Legend Water Chalet PD

Minty, Jijie, Amaniin, Azreen

Ia bukan indah kabar dari rupa, memang bilik ni camnihh!!



Aku nak wat balik lampu nehh!

Ni katil queen, tempat golek2 aku ngan min. Azreen ngan Amaniina tido katil King, sebab kaki depa lagik panjang...

Hehe, ambik korang, bilik mandi lutsinar, siap de tempat duduk lagik kat sebelah lagikk..ntah haper function tataulaa hahaha!

Berendam! Cam hipopotomus !!

Tv dier, astro - de # disney ngan star movie jerk...=] + tv Msia =]

Ciptaan Allah itu Indah...







Thursday, October 23, 2008

Bila Habis Terang

Sedey la tgok kasih iftitah arini. Tapi suka jugak. Suka untuk Nazirah. Sedey untuk Ain. Tiada perasaan untuk Azrai. Biaq la Azrai tuh lelaki. Dah norm kot lelaki leh ada banyak pompuan dalam hati at the same time. Takleh nak tolak fitrah.

Sedapnya korang gi becuti 2 orang ekk...waduhs. Siap ngaku lagik Azrai ~ Ada yang mengubah saya - Awk!..

Ha amik, pueh hati. Pegila dengan Ain Azrai. Anggap jek, menda ni dugaan. Aku pun x rasa Nazirah akan senang hati. Ain lagik la sedih...Ntah aper ending nye menda ni weh. Poligami la korang senang.

Aku nak gi bercuti jugak kat PD cam Nazirah. Tapi bukan dengan Azrai ah, dengan girlfriendss! Ahaks2!..Ujung minggu ni ek, ujung minggu nihh...

Saper add aku kat YM? haha, Dr Anees, 2 kali aku baca balik ni. Biar betul Dr Anees, sy request Dr ntah zaman tok kaduk dlu...time kelas OB lagik...second year tuh..eh tul ekk second year..aku pun tak baper nak ingat dahs..Baru On YM ke Dr Anees...arr..lec favorite aku !

Aku ingat dlu Dr Anees cakap, pegi kija, jgn sambung master haha. Then yang paling aku ingat. Dia cakap, hormat sume orang time dah kija nanti. Nama makcik cleaner kat fakulti dier pun dier tahu. Ye, ye saya ingat tuh Dr Anees. Tapi sy takde la lagi ingat nama. Takat bertegur2 sapa tuh aderla...Dr Anees byk pesan la. Tq2..semoga menda apa yang aku amal atas pesanan2 dia, dapat pahala untuk dia.

Aku giler minat ar OB nih.Sume kelas dia aku record. Klau aku takgi kelas dlu, mau rasa kehilangan sesuatu dalam hidup, haha! Aku sayang giler kelas ni. Tergedik2 nak gi kelas, balik lambat ok ajaaaa! haha... Dan yg paling besh, lepas kelas Dr Anees, kami mesti gi makan kat depan skool tuh, tak pun kat sg2..Eih beshnya zaman belajaq...

Aszifa Aris memang seorang yang passionate! Dengan apa saja miliknya! Yeah! ~ itu dulu ~~ sedey jekk...skang ni, hmm..kureng skit la passion tuh...ala2 jek la...aku suka diri aku yang dulu tuh...aku pun suka jugak aku yg skang ni. Tapi bagi aku setahun lagik, untuk aku passion balikk dalam sesuatu hal...

Skang lebih byk tenang2 aja dalam menghadapi sesuatu situasi. Kurang dentuman dari jantung. Kurang resah dari dada. Terasa nikmat, bila boleh maintain perasaan ni...

Hmm...Aku kena patch data la. Tido jab la. Tapi tanak mimpi sesaper. Dahla2..penat weh aku nak buang orang dalam hidup aku. Kenapa nak buzz2 lagik...tak nampak ker orang permanently offline? So orang tanak la! Kawan pun takmau,satgi aku serabut. kang, kuar citer aku dengar...ar ar, aku tanak pun la. Sungguh aku takmau. Kot dlu ye kot. Tapi skang aku takmau. Tolong la pegi jauh2...jangan muncul2 dah pun...memang aku selfish. Kawan pun aku tanak. Jangan ty naper, tu mungkin kelemahan aku. Tapi tanakk..Ya Allah, jauhkanlah insan ni dari aku...aku serius. Tak suka nak men2 tarik tali dah aih. Klau serius, serius! Ni klau yang ada dok ada sisa2 perasaan satgi payah. Bukan budak kecik dah aih nak main tipu2. Aku direct.

Tolong la bagi hati aku ni suci skit. Biar time aku kawen tuh nanti, betul2 hati aku ni kat suami aku jek, takde bekas2 untuk sesaper...Suma kisah2 lama takde maknanya. ~ Haish..

Tutup saja semua,
Dari pandangan mata,
Tutup saja kisah,
Dari akal geliga,
Tutup saja telinga,
Dari suara,
Tutup saja mataku,
Dari memandang nickmu,
Tolong jangan buzz aku!
Yeah mmg aku tak cool, sgt tak cool...so what kan?


Wednesday, October 22, 2008

Satu pertemuan...

Lepas kasih iftitah je, gedik nak tulis, arghh...haha.
Jahat, naper aku cam berat ke nazirah? Dari awai lagik, cian kat Ain. Aku lagik ske Azrai ngan Nazirah...uwaaa...
Tapi takleh, Azrai dah tunang...ar, ar!
Payah kan, cam Azrai ngan Nazirah, bila kuar sama, x nampak cam kawan, nampak cam couples..haha...
Tapi at the same time, kita suka dan selesa. Tapi at the same time, fitnah.
So nak wat apa?
hmmm...
Allah tahu yang terbaik. Yang milik org tetap milik org.

Kadangkala,
Satu pertemuan,
Satu permulaan,
Untuk kita bersama selamanya...
Namun kerapkali,
Satu pertemuan,
Adalah satu ujian pada kita,
Di dalamnya,
Ada onak dan ranjau,
Lagi duri bebisa,
Yang penting,
Bukan memiliki,
Namun hikmahnya,
Di sebalik pertemuan,
Biar kita ambil,
Untuk terus memperbaiki diri,
Allah Maha Tahu,
Akan segala sesuatu...
Semoga hari ini lebih baik dari semalamnya!
Let's do better than yesterday!

Tuesday, October 21, 2008

DemiMu Ilahi

Rasa perut cam buncit pulakss...makan byk ker, terlebih portion rasanya makan kat red oven tadik...hmm...hidup yang berubah...sejak aku pindah wangsa maju, memang banyak perubahan dalam hidup aku...hih..ntah banyak sangat..mcm2 klau nak list down...sampai skang aku still rasa..
Tenang ajer ar perasaan ni klau lepas tgok kasih iftitah. Watak2 utama baik2, hati baik, hidup berlandaskan ajaran yang baik...sememangnya sangat membantu aku memotivasikan diri. Ah. Besh.

'Azrai, sy tak mungkin setenang awak!' ..hah, aku pun tak mungkin setenang tuh, klau hampir disepak dari boardroom sedang mungkin nak dapat jawatan CEO!.

Tapi dah tak gila jawatan, tenang ajer la dia. Hidup berlandaskan prinsip, tak pentingkan diri puns, tak kejar sesuatu gila2 untuk diri dier sendrik pun. Cey ~terharu tgok part ayah dier ckp, agak bersalah la ayah dia halang dia dari pegi Al-Azhar dlu...

Respek2, jelas nampak watak berlembut dalam banyak hal, namun berkeras apabila sampai soal Islam.

Ain tuh pun watak yang bagus...

'Dari kecik sy diajar untuk ikhlas, saya cintakan Azrai pun ikhlas, tak perlukan apa2 balasan..' Amek ko Dina, cam hampehs je, saje jahat hasut2 orang. Orang ikhlas sukar digoda.

Walaupun memang Ain agak digoda. Yole pompuan mana tak sakit atie tgok tunang ngan pompuan lain tak? Namun ain masih berpegang pada prinsip. =]

Apenye la aku dok jadi pengulas nih....Aku rasa post2 aku kebelakangan ni agak selfish, untuk diri aku sendrik...Bila aku rasa lemah, aku menulis dengan lebih banyak kadang2, untuk merasuk diri aku ke arah lebih positif, dan tidak terinjak dengan panggilan dunia lagha.

Aku rasa aku jauh dari Allah 2 3 menjak ni...Allah tak jauh dari aku, aku masih rasa diprotect, dan Dia ada dengan aku. Tapi aku yang lari sikit 2 3 menjak ni.

Sesungguhnya aku tak pernah lupa akan Mu Ya Allah. Jangan pernah Kau tinggalkan aku, walaupun sekejap. I'm on my way, untuk kembali meresap dan mabuk dengan kasihMu...bukan dengan kasih sayang dunia semata-mata...Sungguh aku menyedari sesuatu. Bawa aku kembali padaMu, kerna hanya padaMu, aku berasa selamat dan berasa kasih sayang yang tiada terhingga, dengan perlindungan yang tiada tara. Aku tak mampu yakin melangkah dalam sehari, jika aku berasa tidak berada di bawah naunganMu.

Berbalik pada watak Azrai dan Rudy. Jika skali Rudy try hidup macam Azrai, mungkin Rudy tak ingin kembali lagi kepada watak lamanya. Masalahnya dia tidak pun ingin, dan dia tidak pun mencuba. Jadi dia tak tahu.

Itu Rudy. Namun bagi kebanyakan kita, kita tahu, kehidupan mana yang membuat kita aman dan bahagia, jalan hidup mana, yang membawa ketenangan pada kita. Namun kadangkala, terjatuh dan tergelecek jua sepanjang berada di jalanNya.

Ya Allah, tolong penuhkan dada ini dengan rasa cinta padaMu. Ya aku berdosa, kerana sungguh aku mengaku, aku sendiri yang mengotorkan kembali hati ini, dalam mana aku sedang berusaha untuk menyucikannya. Perkara baik dan tidak baik itu sukar untuk bercampur secara sekali. Kerana yang baik pasti menjauhi yang tidak baik.

Namun sekali lagi aku belajar, self discovery, tentang apa yang membuatkan aku tidak tenang. Semoga salah ini membuatkan aku sedar, jangan lagi mengulanginya.

Ya aku bernafsu, seperti nafsu yang diletakkan pada setiap watak yang aku create dalam game THE SIM. Ada yang bernafsu dengan seksual n romance, ada yang bernafsu dengan intelek, ada yang bernafsu dengan keluarga. Dan untuk menang game ni, aku perlu ikut telunjuk dunia, ya- penuhkan nafsu2 mereka, so u will get more point.

Dan aku percaya, Kau Ya Allah, yang telah menciptakan diriku, pasti telah meletakkan aku bernafsu di celah mana. Hanya Kau yang tahu, dan mungkin aku sedikit tahu, takkala aku make my own self discovery. Dan peraturan dalam permainan Mu, if we want to get more point, kekang nafsu itu. Dan lakukan sesuatu, berdasarkan tinggalan kitab agung Mu dan sunnah rasulMu.

Aku berdosa, kerana terlampau mengikut nafsuku. Aku mohon ampun,padaMu. Aku mohon Kau bantu aku menyucikan semula hatiku. Jihad paling besar adalah jihad melawan nafsu. Aku lupa, mungkin kerana aku terlampau asyik dengan THE SIM, hanya melangkah mengikut peraturan dunia.

Kalau bleh wat game, makin kekang nafsu, makin tinggi point? Heh, mungkin ia boleh membantu memotivasikan para remaja. Mungkin... =]

Ya Kami Remaja,
Remaja yang menjengah dewasa,
Tahap berada,
Boleh berbuat apa saja,
Atas kebebasan yang dicita...
Sudah mampu berangan,
Dengan kehidupan apa yang ingin dicipta,
Ya Kami Muda,
Dan kami mohon,
Di usia muda ini, baiknya amal kami padaMu Ya Allah,
Jadikan jiwa kami sedar,
Di saat muda ini,
Tahap kesihatan kami baik sekali,
Kekuatan kami kencang sekali,
Untuk berjuang hanya pada agama kami..
Sesungguhnya,
Biar keras hati,
Namun Kau saja penciptaNya,
Kau mampu mengolah alik,
Apa saja ciptaanMu,
Dengan itu kami pinta,
Jadikan hati kami,
Selembut2 ciptaan,
Yang selalu tertarik pada keesaaan,
Ya KeesaanMu,
Dan sanggup berbuat apa saja,
DemiMu Ilahi .

Monday, October 20, 2008

http://scharewl.fotopages.com/
http://azimpuch.wordpress.com/
http://azimpuch.fotopages.com/

n.a.k k.a.w.e.n j.u.g.a.k b.l.e.h d.a.k ?

Tiada tajuks!

Mari menulis! Asek layan YM jek ni, dah la YM asek ngan ida, ngan min, cam takde orang len ja dlam hidup aku kebelakangan ni...Ni suma kes nak kawen punya hal la nih....saper ntah yang gediks pi trigger hormon kawen ni, sampai yg 2 org lagik tuh pun nak kawen, haha...

Minggu ni, aku tido jek..buleh dak..hih..Kelas ngaji tak pi, kelas tafsir pun tak pi, dok umah basuh baju kemaih bilik, tidoq. Ni aura balik kija lambat la ni yang week
en rasa nak tidoq ja takmau pi mana...minggu ni rasanya cam balik lambt lagik...

Pap kol tadik, tapi aku cam, ha - ok2...sebab masa tuh cam mamun malaih nak gi opis, tapi
kene gi jugak...cakap kata nak gi haji on 15th Nov nih..Kak bani on 1st Nov, Pakcik Mie on 25th Nov. Ha sekali gus2 sumer beramai2 pegi...heks

Bagus2...tertunai hasrat papa nak gi haji ni..Jijie wish papa sehat2 selalu....~

Dush...May Allah redha dengan aku.........

Putrajaya 18 Oct 2008

Tuesday, October 14, 2008

Malam pertama di syurga

Mak ai, penat. Pala aku penin, cam nak pusing2...takpala menulis jugak...

Malam ni, rasa cam tanak on YM. Aduih, tak buleh sebut la pasai YM, dok teringat cerita semalam. Dah lama tak conference cam masa kat U dlu. Semalam conference, tapi bukan dengan kawan U, dengan kawan2 opis...wahahah...seronok. Syukur pada Allah, sebab kurniakan sebentar rasa seronok yang besh dalam hidup aku. Kawan2 memang penting untuk menceriakan kehidupan.

Abg Hazim sayang2...wahahah...aduih, gila dok abg hazim ja arini citernya kat opis, tak leh ingat, takleh ingat kisah lakonan semalam. Dah lama tak de perbualan2 sewel sejak kija ni. Ni sume min punya pasal la. Tambah lagik ngan ida yg sewel jugakk...haduih..lawak2..

Arini, aku, baiti ngan ida makan kat kedai makcik garang. Baiti ckp dia nak try makan kat situ. Dah lama tak makan kat situ, penah skalik je dia makan. Aku pun ok je la. Then Ida pun nak makan kat situ jugak.

"Makcik, nasik separuh ja, "
"Buang lagik makcik..sy makan skit jek"
"Skit sangat ni, jaga badann niiii..." gelak makcik tuh...

"Ni je ke lauk?" "Tak makan sayur ker?"
"Sayur de kacang panjang je ni, sy makan sawi je makcik skang, sayur lain nanti angin.""Makcik tak de goreng ikan bilis ngan tempe ke, sy suka makan camtuh..."
"Blablablabla"

"Makcik tuh peramah la jie..baik je" Ida cakap time kiteorang redi2 nak makan. "Tadi dia cakap, apsal skit sangat kuah ni, nanti makan dlu, klau tak cukup, datang tambah"..
"Ye baik, baik kat pelanggan dia..hehe" -Balas cik baiti...

Heh, entahla, baik kat pelanggan dia ke aper ker. Mungkin. Tapi rasa seronok tuh ada, bila kita spend skit masa dengan org, then orang buleh senyum.

In this life, selalunya, kalau kita buat baik dekat orang, org mesti buat baik balik dekat kita. SELALUnya. Bukan setiap masa. Klau dulu, masa aku belum kija, n belum sampai sni, most of the time, kita dapat balik apa yg kita taburkan. Tapi skang aku dah tak pegang prinsip tuh, sebab mungkin aku sendiri berdepan dengan situasi yang .... Dimana, kita buat dah ok, dan pada pandangan orang lain pun dah ok. Tapi, masih dibalas dengan buruk.

Jadi prinsip pakar motivasi belum cukup kuat. Motivasi tuh, takan cukup kuat, jika bukan berlandas Islam. Takan perfect punya. Takde satu buku motivasi pun, yang sekuat motivasi Al-Quran, di mana setiap yang kita buat, dianjurkan, straight, berbuat kerana Allah.

Dan, bersangka baik saja kepada Allah, kerana Allah mengikut sangkaan hamba padaNya. In a positive way, I take it as, aku sudah lebih kuat dari dulu, bermakna, soalan untuk aku dah diupgrade. Aku boleh hadapi ni, sebab tu Allah kasi. Kadang2 kita rasa, balasan ni dari Allah, sebab aku de buat jahat. Okla, sedar. Tapi aku kena motivate diri aku, jgn pernah putus asa langsung. Walaupun aku sejahat mana. Jangan pernah tinggalkan keinginan untuk menjadi baik. Malu kdang2, bila kita realize, kita de wat dosa lagik, kerana nafsu yang tak dapat dikekang, tapi jgn tinggal Allah tuh. Wat je la muka tak malu dan mintak maaf lagik wat kesekian kalinya. Sebab kalau ikut rasa malu, tinggal terus satgi.

Ada masanya, kita rasa cam - haish tak sukanya, bila jadi jahat sikit. Tapi kena membiasakan diri dengan kenyataan, iman tuh ada naik turunya. Kejap ok, kejap tak ok. Asalkan ada usaha, ada usaha untuk mengekang nafsu, dan terus meminta, supaya Allah pegang hati ini. Semoga masa hujungnya, saat kita bertemunya, sentiasa dalam keadaan yang diredhainya. Kisah, pembunuh, yang membunuh 99 orang, then ada keinginan untuk bertaubat, tapi pi bunuh lagik sorank...sangat memotivasikan dalam hal ini.

Semoga kita tak putus asa apabila mengenang dosa2 kita kepadanya. Kadang2 aku rasa cam pura2 syok sendrik je, cam Allah ok ngan aku. Cam perasan sendrik jek. Banyak sangat harapan dengan Allah, sedang diri aku salu cam zero ja aku rasa.

Semoga, kesalahan2 aku, yang aku commit setiap hari ni, bukan satu perkara yang menyesatkan aku, tapi biar mungkin ia satu latihan. AKu harap sangat, aku end up dengan baik. Namun untuk berada sebagai salah seorang di sisiMu Ya Allah. Benar, aku rasa cabarannya.

Namun biar kita bersyukur, kerana kita umat Muhammad. Tergerak hati, untuk tahu benar keadaan syurga. Syurga tuh bagaimana indahnya. Aku beli buku ni. Malam pertama di syurga. Klau berlandaskan pembacaan aku, kat ms 12 ni ada disebut - Yang terbanyak dari penduduk syurga adalah umat Muhammad SAW. Rasulullah menyebutkan bahawa penduduk syurga berjumlah 120 shaf(barisan) dan umat Muhammad berjumlah 80 shaf dari 120 shaf tadi (2/3 penduduk syurga).

Bersyukur sebentar, terasa kebarangkalian tuh masih ada, kerana aku Islam, dan aku umat Muhammad. Mungkin inilah satu nikmat yang paling perlu kita syukuri, kerana kita telah mendapat peluang hebat berbanding insan2 lain yang telah dicipta Allah.

Sungguh Islam itu, bukan satu kongkongan. Ia satu jalan hidup dan satu nikmat yang sangat besar dari Allah buat kita semua, hamba2 yang amat disayanginya.

Saturday, October 11, 2008

Jodoh Allah itu rahsia...

9.08PM

Kakak : Ahmad Fahri..Ok tk nama tu hehe

9.22PM

Jie : Abg faizal, tg0k ayat2 cinta!Suh nda tg0k skalik!

***

11.21PM

Abg Faizal :G! Ok? Tangkap leleh la!Nda pun feeling abis!CINTA + KEINGINAN UTK MEMILIKI ADALAH TIDAK SAMA!

11.32 PM

Kak Linda : Setiap part tersentuh jiwa, heheh! Td duk bincg dgn abg faizal pasal cinta n keinginan utk memiliki…Kebanyakan org cuma ada keinginan utk memiliki yang kuat… Sampai tensi0n n stress, tp Cinta tak mcm 2, ia satu pengorbanan… Am I rite?


Sekali lagi aku terperangkap dalam keasyikan ayat-ayat cinta. Walau, filemnya tidak dapat disamakan dengan novel yang lebih suci dan penuh dengan kata-kata yang lebih indah.

Novel ni, memberi impak yang sangat besar dan mendalam buat diri aku. Mengubah pandangan aku terhadap KEHIDUPAN, CINTA dan PERKAHWINAN. Terbina lagi, prinsip-prinsip kehidupan, dalam diri aku, dalam meneruskan perjalanan di bumi Allah ini.

Ayat-ayat cinta ini apa? Di akhir novel, aku dapat jawapannya. Sungguh novel ini suatu jawapan, buat aku yang sentiasa suka mencari erti kehidupan.

Cinta sejati, tidak berakhir dengan perkahwinan,

Namun,

Bermula dari perkahwinan…

Secara keseluruhan, aku amat tertarik, dengan cara pengolahan penulis, tentang bagaimana naik turunnya hidup. Dari seorang pelajar yang biasa, kemudian berkahwin. Wah, bahagianya, sampai terangkat dari bumi nyata. Seolah melayang2 terbang di udara. Kekayaan yang melimpah ruah, disertai bidadari indah di depan mata. Segala- galanya indah, segala-galanya baik, dikelilingi insan2 mulia, disokong sahaja di mana berada.

Kemudian, dari melangit, Fahri turun diinjakk tanah bumi paling dalam...Kesengsaraan yang derita, biar jiwa, fizikal mahu raga...segalanya derita...jiwa menderita, bertanya, apa salahnya pada Allah. Fizikal menderita, dengan keadaan penjara yang yuckkks...disertai dengan penyiksaan dan hinaan yang menyapa.

Namun, ada satu perkara yang amat menyentuh jiwa, bagaimana diolah dalam novel, tak disentuh di filem. Fahri dapat solat dengan khusyuk dengan penuh keyakinan pada Allah. Aku menyoal diri aku sendiri, apa aku mampu melalui semua ini, andai aku bisa dihadapkan dengan keadaan sebegini?

Jelas, bagaimana kondisi, tidak akan membezakan perlakuan dan keyakinan seseorang, apabila Allah sentiasa wujud pada jiwanya. Sungguh aku kalah.

Apabila diolah tentang kisah Yusuf dan Zulaikha, lagi tersentuh sampai meleleh air mata. Jika penjara ini membuatkan aku lebih dekat denganMu.....................

Terlintas keadaan semasa, Yusuf sabar lagi ikhlas dalam menerima ketentuan Allah padanya. Sila bandingkan dengan kita. Mereka yang tidak bersuara, dan selalu redha, selalu dianggap lemah dan kalah. Betapa jauhnya, anggapan dunia....

Apa kata kita memberi rasuah? Aisya sanggup!pengolahan dalam novel adalah lebih panjang...

Namun bidas Fahri, - Kita di dunia ini bukan untuk selama-lamanya....

Aisya lembut hatinya, walau meronta jiwa, untuk mendapat semula suaminya, cukup saja satu bidasan, kita tak boleh menyalahi hukum Allah. Rasuah itu berdosa. Sungguh Aisya berhenti dari hasrat hatinya. Sila bandingkan dengan kita, dan lebih tepat lagik, PEMIMPIN-PEMIMPIN kita. Ya, mungkin ingin selamanya hidup di dunia.

Fahri, satu pengolahan, buat semua umat Islam, untuk membeli hati yang jauh dari Islam, dengan akhlaknya yang terpuji. Mesej penulis jelas.

Maria, membuat aku melihat, tidak penting di mana kita bermula, yang penting di mana kita berakhir. Dalam novel, pengolahan komanya semasa meniti dari satu pintu, ke satu pintu syurga, sungguh membuat hati aku menangis esak yang teramat.

Biar kamu suci, sesuci malaikat, berbuat baik pada orang lain, jangan pernah mengharap balasan, atau penghormatan. Jelas Noura, mengikut sebentar hasutan syaitan, namun lebih jelas, dugaan buat Fahri, apa dia IKHLAS dan SABAR dalam IBADATnya.

Terima kasih buat penulis, dan aku doakan, biar Allah merahmatimu, dan banyakkanlah insan-insan seperti ini, yang memerangkap hati dan menangkap jiwa–jiwa manusia merenung sebentar fitrah sekeping hati, yang halus lagi suci dan ingin kembali, pada Ya Allah Ya Rabbi.

11.27 PM

Abg Faizal : Hahaha! Abg br nak cadangkan nama FAHRI utk anak jie nnt!Nda pun minat gak nama 2! Sapa cpt dia dapat la! Haha

11.45:

Kak Linda : Jodoh Allah itu rahsia...
Berdoalah dgn ikhlas! Surah yusuf ayat 4, ayat mudahkan jodoh.. Baca yasin 3x, mintak mudahkan jodoh yang baik, air 2 minum or mandi or bsh muka, i have done this b4, arwah mama told me 2 do!

Thursday, October 09, 2008

Rendang di kedai makcik...

Aler, tinggal 15 min jek nak tulis ni. Kul 12 nak tidoq ar..bleh ka ni, tipu ja. Klau dlu, cukup2 20 min. Tapi skang skalik tulis cukup sejam...

Bley lak aku dok melayan min ni kat YM. Gila blues hindustan la kawan aku ni. Bahaya tul kija kat tempat aku ni...wahaha...syhhh..nanti min marah citer lebih2....

Kuih raya letak 2 ari jek kat opis, laku habis nih. Cam goreng pisang panas. Raya haji nih bleh wat juai ni..kuikuikui....ya la kueh raya cik bedah juai sedap.

Tetiba lak aku teringat citer ida, pasal yusri yg ske membetulkan ayat dan grammar. Klau baca email aku lorr, grammar tetunggang gak ni....wahahaha.....lawak2...aku nak tegelak kat Yusri ni, perfectionist gila bab penampilan ayat2....hadeh....maybe dia leh jadi technical writer specialist, nanti aku suggest kat dia...

Tadik rumate kak aiza @ orang yang ganti aku kat rumah lama tuh msg, tanya pasal katne nak baca pasal palmistry kat web. Huhu, saper cakap ni, mesti kak aiza yg citer aku ske tgok tangan org...he he he. Bersungguh nak tau tuh sampai msg2...Aku pun tetau le pasepa aku ska sangat menda2 gini. Salah satu perkara tak berfaedah yang patut dikurangkan.

Apa lagik citer arini, arini cam banyak kisah ja...hah, pendek2 dah la, aku nak titon...em ar, aku dah berjaya makan kat kedai makcik garang.

Kisahnya, ader sorank makcik ni, dier garang tau, standard la klau meja depan kedai kita, tapi orang makan makanan dari kedai lain, sebab tempat makan kat food court ni kecik...Tapi makcik ni takleh, siap la korang, klau bawak nasik dari kedai lain. Kang kena hambat. Aku penah skalikmenonton peristiwa sebegini, memang gerun.

Tapi at the same time, aku kesian kat dia, takan satu hari nak bermasam muka ja. Petua berniaga orang cina, klau x pandai senyum, baik x yah beniaga. Standard la tuh persaingan. Walaupun dia yang paling lama kat situ, then makin banyak kedai, makin byk kedai, yang mengurangkan pelanggan kat kedai dia, kena terima kot. Dan bersaing secara sihat. Kena memutu tinggikan produk. Tapi nasik dia ok ja aku makan tadik. Cuma aku rasa orang takut kut, nak makan kat situ. Aku pun berpersepsi negatif jugak masa tgok makcik tuh marah2...tapi sungguh aku kesian, dan aku mmg tunggu masa nak tgok makcik tuh senyum. Mustahil manusia, sekeras2 hati, ada jugak bahagian lembutnya...

Bila aku tgok makcik ni, aku salu pikir, naper dier marah2 camtuh eh, apa dia tak yakin dengan rezki yang Allah kasi kat masing? Or dalam persekitaran mana dier duduk, sampai membolehkan dia bereaksi camtuh...tapi tipulah, mesti leh lembut jugak kot...

'Baru bukak kedai la ni makcik eh, raya arituh lama tak tutup kedai..'
'A'ah, baru 2 hari bukak, salu lepas posa 6 baru makcik bukak kedai'
'Bisnes sni ok ke makcik?'
'Biasala, kita ni orang tua2, cukup makan ajerla...klau nk banding dlu....blablabla, dah 29 thn ..blablabla'

Rabung plak makcik ni, bukan takat senyum, ceria jerk dia becerita....walaupun memula cam masam ni, lama2 dah ceria...so dia ok je la sebenaqnya. Lauk dia pun ok. Setahun aku kija, baru arini tegerak ati nak makan kat kedai dia.

Ntah, tgok makcik ni pun, byk menda yang aku take note buat pesanan untuk diri aku sendiri. Boley la nanti aku gi makan lagi kat kedai dia.

Dah la, dah la, nak titonn.....kuyu dah mata!


Wednesday, October 08, 2008

Jika ini bukan orangnya.


Cuma ada secebis ingatan,
Yang akan dikuburkan?
Owh pasti?
Yakin boleh?

Ya Allah,
Memori sudah ku basuh habis,
Dengan bantuan dan izinMu,
Khayalan juga sudah padam,
Kerna sudah tiada wajah dalam ingatan...

Namun masih ada panggilan...

Itu juga akan ku lenyapkan...
Bantu aku Ya Allah,
Jika ini bukan orangnya...

Jika ini bukan orangnya,
Palingkan hatiku darinya,
Dan palingkan hatinya dariku jika masih ada sisa,
Dan takdirkanlah,
Hanya yang terbaik, dari yang terbaik, buat diriku.

Good Bye If U are really not for ME. =]



Monday, October 06, 2008

Ahmad Fahim


Mari update blog lagik. Ya Allah enjoy gila dok wat menda2 nih, suka benar dok menghias bilik di saat tiada yang menganggu. Mari update blog!...Mari update blog tentang Fahim!

Fahim dah boleh jalan! Jalan kedek2! Tapi fahim still suka main tong sampah! Maksu tak suka!...Bleh dak, opah cakap fahim jalan cam orang mabuk! wahaha...hanpeh. Tapi takpa dah tau opah fahim melawak legutu!..

Arituh balik Fahim demam, cian fahim, sampai kurus2...dukong ringan ja...suppose too, dia lagik berat darik aidid firas, tapi aidid firas dah lagik berat. Tapi pas baik demam tuh, dah berat balik dah..!

Antara lawak2 opah yang maksu dengaq dari mama - ada kucing itam kat luaq umah dok miaw2..opah cakap, 'nape nak kawan ke ngan fahim, bley la tuh kawan, dah sama-sama hitam'...waahhaha...tak tahan busuk!

Banyak sangat ni gambaq makcu tatau nak letak yg mana dah aih. Nak upload video ni, external hardisk ni tak berfungsi pulak!...Tapi memang comei la fahim pakai songkok.Ish! Takleh kata comei, untie ilia kata, takleh kata comei..kena kata huduh!...Nanti besaq2 baru comei..mcm2 la..

Fahim raya tetiap ari pakai baju melayu siap sampin! Cam ayah fahim jugak, tetiap ari ni pakai baju melayu, jgn dipersoalkan kekonsistenannya, bersongkok dan bersampin, ni sampai malam!..Sahih makcu tabib gilerr! Haha, fahim pun bakal jadi camtuh kot. Sebab satgi klau tak pakai sampin, mama fahim leh merajuk tauu!..Cam mama merajuk ngan ayah!..hihi...lawak.

Sampin itu sangat penting bagi mama. Lelaki tak buleh selekeh2, tak boleh pakai kodi2... mesti segak2...sib baik ayah tak kodi sangat bila ngan mama!...Tak buleh nak buat pakai selipar jepun seret ngan suar jeans cam busuk tak basuh, tak buleh, tak bulehhh....mama fahim tak penah kenan laki camtuh....

Pipi Fahim landoq cam shin chan, bila pi raya suma orang dok geram tgok nak amik,,,,,tapi fahim dok wat perak apa tatau ghaya ni...asek nak dok berkepit ngan mama dia. Salu ok ja. Boleh dak arituh dok ngan makcu dok gheyau selama setengah jm ++..last2 ok la, makcu dah imune, sedap gak fahim gheyau, mcm2 tune. Sapa sendrik suh gheyau..gheyau pi la..maksu rilex2 kat sebelah dengaq fahim gheyau, jangan harap nak pujuk!

Fahim ni cepat, dia leh kenai n ingat maksu dalam masa sehari...dia dah pandai babai2...cuma respon lamat skit. Lagu yg fahim suka dengaq, adalah twinkle2 little star. Fahim ska ja main sorank2...suma menda still dok gigit boh dalam mulut.....=]

Maksu nak sambung wat poster!


Di Sebalik Gambar

Ye! Dah balik KL!, Ye dah balik kl!..Ye dah balik bilik! Ye dah balik ke tempat tido sendrik, diMERIAHKAN oleh ALTEC LANSING!...Hah Sungguh aku besh layan blues pakai woofer ni...Tak sedaq diri dok flat, satgi orang mai ketuk cakap dok hingaq apa pulak..heh.Biaq pi la. Minah blok hujung tuh tetiap ari sabtu dok karaoke lagu ziana zain pun ok ja.

Ni aku tgh dok attach gambaq kat adik aku, adik laki muda setahun, yang baru declare adik selama lebih kurang setahun lebih..heh. Ni kisah nak pi bergmbar di Aidilfitri la nih...Kak linda punya idea nak tangkap gambaq bersama. Sungguh aku ingat nak tangkap kat kedai. Aku pun mengsuggestkan kat papa dan makcik , kita pi tangkap kt kedai, raya ke -2. Tup-tup kakak balik pulakkkkk , balik perak raya kedua. Adeh. So tangkap gambaq bersama di malam raya ke-3. Adik laki aku nama naaim, belajaq IT jugak, tapi dia lagik pandai darik aku, hihi...adik pompuan aku nama amalina. Malam nak tangkap gambaq ni, naaim malam tuh kul 9.30 dah nak nek bas balik. Yang kami ni suma sampai kedai nak dekat kul 9. Dok nak pakai sampain pun time tuh la. Firas ngan fahim pun, nak siap time tuh la. Kak linda pun nak mekap time tuh la..adoi2...Naaim ni relex ja. 'Takpa2, semmpat2 ' dia kata. Klau aku mesti dah rasa hanpeh2, cam --eii, org nak balik nehhh!! time ni jugak nak main tangkap2 gambaq! Baguih2...laki kena cool.

Adik pompuan aku comei dak? hihi? Adik aku yang laki pakai baju biru ni semestinya dah hensem. Ingat ema ngan linda dok kata adi hensem. Wahaha. Tak pun. Aku rasa dia buruk, kecualilah - aku kena letak dia kat surrounding kerusi kuliah USM. Bayang dia salah sorank dalam kuliah, dan budak U. Ha baru rasa segak. Gila academik oriented!

Firas ngan Fahim segak dak?? uishh..maintain ja songkok fahim. Tak curious ke tengok gambaq budak2 leh fokus kat kamera. Heh, sebenaqnya ada sorang staff dok main acan2 ngan depa .... susah gak nak dapat gambaq perfect nihh...

Kak linda ngan kakak, takleh la nak menten, kena dukong anak, nampak mamy laa..heh...abg ipaq aku dua orang segak kan...takdak masalah dengan gambaq...papa ngan makcik besala...hihi...

Tapi seronok sangatla, dapat bergambar bersama2! Sungguh aku suka aktiviti bersama2, sebab ia merapatkan silaturahim, sure ada effect punya. Nanti la bila2 bleh buat aktiviti melancong bersama2!

Scene 1

Scene 2

Kemeriahan aku rasakan,
Dalam kesyahduan Aidilfitri,
Walau dalam kerinduan,
Aku sematkan senyuman...

Mama we still remember U!
Don't ever worry!
We love U, We love U,
Forever!

Labels:

Thursday, October 02, 2008

Kidnap my heart





Seronok gak tgok citer2 alam kecik2 camnih...hiks, aku abihh tgok citer ni.kat tv8 tadik..hahaha...comei gila ending dia. Baru le aku perasan click 5 ni comei jugakk...Adeh, ringannya pala otakk...tgok tv, main game, aku sorank2 jek ni. Arini tanak jenjalan, semalam dah jenjalan..Nak dok umah jerk arini, sok plak baru jenjalan.. =]...

Dah ringan post ni, nanti la aku beratkan2 plak...biar ringan dan pendek..Walaupun satu ari jek smalam raya, dah bertimbun2 notes masuk dalam kepala aku ttg pelbagai perkara. Macam2 plak tuh...Okeh...Keep the post ringan!..hikss..

Mari bersantai2!