Friday, May 28, 2010

Motivasi diri lagi dan lagi...



Aszifa Aris, setiap keadaan adalah peluang. Ambil ketika ini,sebagai peluang. Dugaan, seringkali menyempitkan nafsu. Mudah melonjakkan diri untuk menjengah kepada kebaikan. Sabar sekejap, biasakan diri dengan kebaikan, biar betul apa yang difikiran. Ambil peluang ini, untuk dilihat sebagai saat pembersihan. Pembersihan, pembersihan hati, jiwa dan akal. Pembersihan, perlu masa...untuk dikekalkan..Anggaplah saat ini, sebagai satu masa, untuk membiasakan diri, dengan apa yang sepatutnya. Akan tiba satu masa, berasa tidak ingin lagik, pada yang salah. Saat itu pasti tiba, di mana keyakinan akan kuat sekuat-kuatnya. Dari hari ke hari, biar kita selalu positif dalam mengambil hikmah. Bersangka baik sepenuhnya pada Allah. Anggap ini latihan, ya, berlatihlah, berlatihlah untuk membina keyakinan, untuk membetulkan diri, kepada kebaikan.

Jika ada ruang, merasa kekosongan, pasti...ia berlaku, kerna rasa kurang CINTA pada Allah. Maka, actionnya, adalah fokus, penuhkan semula, CINTA itu...bacalah kalam Tuhan, secara selalu, berfikirlah tentang Allah secara selalu, penuhkan jiwa, penuhkan fokus, hanya padaNYA. Akan tiba saat, hati berasa saat bahagia, dengan prinsip yang ingin dikecap. Cukup Allah bagiku. Saat itu, segalanya, dapat kita rasakan daripada Allah. Saat itu, akan hilang pergantungan pada selain Allah. Masa itu akan tiba sayang. Ia dilatih dengan dugaan.

Jalani dugaan ini sebaik mungkin. Biar bersih, biar yakin, biar rasa cukup dengan hanya Allah. Fahamilah ayat-ayat ini, dengan tersirat. Ia penuh makna, untuk disuratkan dalam perbuatan seharian. Bina keyakinan.

Setiap kejayaan, bermula dari langkah pertama. Sudah berapa langkah kita melangkah. Langkahlah lagi....akan kita sampai ke puncaknya. Dari hari ke hari, hari ke hari, terus melangkah, dengan memegang hasrat ini. Lurus dan fokus, jika ada yang menganggu, ia cuma dugaan untuk memperlahankan langkahan. Pandang lurus, ketepikan segalanya.

Masa itu akan tiba. Yakinlah.


Thursday, May 27, 2010

Motivasi diri lagi...

Mencari kekuatan.
Mencari kekuatan dan keyakinan.
Seringkali, menulis membantu.

Ayat ini,
Sangat membantu diri,
Untuk terus melangkah,
Walau rasa kekurangan...

Kadangkala,
Tak mampu lagi,
Untuk berfikir,
Tak tahu lagi,
Bagaimana ingin berusaha...

Kadangkala,
Segalanya perlu dilepaskan saja...
Mana mungkin tawakal,
Tanpa berusaha....

Namun,
Berusaha...ya, berusaha dengan TAQWA..
Melakukan suruhan,
dan
Meninggalkan larangan....

Usaha itu,
Yang patut dituju...
Dalam setiap tujuan,
Dalam menempuh halangan...

Pasti hati lapang,
dan tetap lapang,
dalam mengharungi,
KEHIDUPAN....


Yang aku perlu adalah KEYAKINAN,
Yang aku harap adalah KEKUATAN...

Diri ini berpesan kepada diri sendiri, BERHATI-HATI dengan dunia. Laluilah dunia, seolah2 berlalu dalam berhati-hati takut terpijak duri. Allah sedang menguji keyakinan diri ini...samada ingin bersuka dengan dunia ini, atau berhati-hati dengannya...

Aszifa, seringkali sisi baik mu mengulang, kita boleh tinggal dengan siapa saja...dan seringkali, kita tidak boleh memilih, untuk tinggal dengan siapa...Namun kita sering boleh memilih, untuk HIDUP dengan siapa...

Aszifa, kita ulang semula...saat diri rasa sangat tidak berdaya...Siapa yang membantu dirimu melangkah? Terus melangkah dan melangkah, lalu dapat keluar dari kesulitan?

Bukankah Allah?

Tidak malukah diri? Tiada langsungkah rasa bersalah pada Allah, takkala, berkeinginan dengan sesuatu yang bertentangan dengan suruhan? Yakinlah, sila yakin kerna ini ayat2 Allah.

Persekitaran bukan halangan. Ia dugaan. Yang salah tetap salah. Yang salah tetap tidak betul. Jangan berulang-ulang melakukan kesalahan. Jangan keliru dengan keputusan. Jangan hirau persekitaran. Yakinlah dengan larangan yang tertulis.

SABAR...

Andai tak mampu, silalah berfikir.

Takut klau Allah tahan rezki? - Takut...

Takut klau Allah tak bagi jalan keluar? - Takut...

Penah kena kan, Allah tahan semua nih? Penah, rasa stuck! Takut...

Klau takut, dan nak serah banyak menda kat Allah, kena berusaha dengan taqwa Aszifa...

Banyakkan kebaikan, untuk mengganti keburukan...

Tinggalkan keburukan, supaya mudah melaksanakan kebaikan...

Dunia ini, nikmatnya hanya sedikit mydear.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah apabila dikatakan kepada kamu, "Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah, "kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

Surah 9 At-Taubah : Ayat 38

Sunday, May 23, 2010

Patut ke aku publish nih?

Aku tgh layan lagu Jepun. Ntah apa mood malam nih...layan lagu jepun, lagu naruto la, lagu jang nara la...Teringat zaman2 skolah ngan zaman U...tetiba rasa cam dah tua..hiks...nih suma lagu yang aku layan dolu2..

Terutamanya masa nak wat assignment, taknak pikir papaer..pasang hetpone kuat2...enjoy the task..walau nak antar tak sampai lagi 24 jam...huhu~

Aku tulih kejap, jap lagi sambung baca, tak pun klau ngantuk aku tido jek la...Klau dah tadak idea tuh biaq pi la...tgu nanti dia mai...

Tadi aku gi Radix,lepak sana kejap. Harga ayaq koko dia RM3.70? Eih2...macam dah naik harga ke ar, cam dlu aku beli RM2.50 je tak salah...Takpala, biaq pi la...

Aku dok membaca ni, at the same time, aku rasa energize, dah lama aku takdak perasaan gini...Perasaan buat sesuatu yang maybe suit ngan diri aku...dan ia menuju sesuatu...

Aku masih memberi peluang pada diri aku, untuk mencari diri aku, mencari potensi sebenar aku. Aku dah pikir lama satu menda nih...

Aku cuba, sebnarnya, untuk...mendapatkan satu bentuk stability. Mudah sebnarnya hidup stabil nih, sebab org tak cakap banyak...Mudah nak menghadapi pandangan orang len...Jgn ty kenapa pandangan org len penting...Sebnaqnya memang menyumbang kepada kebahagian hidup jugak..

Cam ayah aku,dia prefer aku hidup yang, ada keje stabil...sampai tua, ada kerja tetap, duit tetap, kawen, ada rumah.

Dan perkara tuh la yang aku slama 2 thn, mencari stability, mengumpul sesuatu untuk stability. Mengumpul dan terus mengumpul. Tapi betul aku akan dapat kecapi apa yang aku aim tuh, dengan mengumpul dan fokus padanya?

Betul life camtuh ka yang aku nak sebnaqnya? Keluar U, keje, beli keta, kawen, de rumah, stabil, jaga anak, bayar hutang, kumpul duit pegi haji, bersara.

Masa aku kat U dlu, aku ingat camtuh...Namun aku rasa lacking dengan sesuatu, aku kerapkali tanya diri aku, betui ni satisfaction aku? Siap bek aku tak berjaya jadi student medic dlu. Hidup yang terlampau dipredic jalannya...dush!

Stability bukan satisfaction aku. Exploration adalah satisfaction aku. Aku takleh bayang aku keje kat satu tempat,wat menda tuh smpai bebila camtuh ja. Pergh~...Aku kena wat byk2 menda len, menda yang aku nak buat...

Thinking of stability make me stuck sebnaqnya...Seriously...aku terlampau nak menda uth jadi jalan dia camtuh....smpai aku stuck dalam apa yang aku nak sebnaqnya...Dan aku tak idup.

At the age of 25. Degree of Comp Sc...Programmer, Application Support,Master ke pasni? Dalam kepala aku nih byk lagik, aku still nak managerial challenge. Pastu dua bidang aku nak, Psycology ngan Pengajian Islam.

Then its gonna be weird skit jalan dia. Camna aku tgh merancang nak wat suma menda ni concurrent. Tapi ia terpulang kat mana Allah letak aku pasni.

Aku rasa, aku patut fokus je ngan satisfaction aku tuh. Stakat ni, hat tuhla. Kot pasni dia berubah, aku harap Allah permudahkan jalan untuk aku.

Memang dah lama aku pikir menda gini. Sepatutnya, jalan dia, kita jadi expert dalam bidang kita. Tapi aku lelama tak hidup rasa , sebab aku observer. Bila dah paham dan buat kesimpulan, aku rasa nak chow plakk tgok menda lain, dari sudut yang len. If I stay there, aku rasa gloomy,sebab aku nak paham menda len plakk...

Dari dlu2 aku wat personality test. Jawapan dia salu bagi - aku suka nak tgok big picture. Tapi aku tak trust of coz,aku kene ada pengalaman dlu.Giler ke haper nak caya kat test jerk..


Dari pengalaman, aku cuba paham diri aku. Big picture apa?? Pieces apa yang aku nak sambung? Kenapa dari kecik aku suka ngan sejarah? Ngan cerita reformasi dan perjuangan? Kisah biografi orang menjelajah dunia? Aku suka ngan cerita2 nasionalisme. Tuh semua masa aku kecik tanpa tau apa itu motivasi, apa itu hidup. Namun minat itu muncul sendiri.

Dan kronologi bersambung dan bersambung, aku tulis blog, yang membawa tema, Life is a Journey. Dah 25 thn dah, kene kenal diri. Ni aku rasa aku nih tak tetap hati ke menda...tapi aku rasa tak...

Aku byk baca untuk kenal diri.Even gi jumpa ngan pakar personaliti lagik. Dia cuba nak bentuk satu bidang untuk aku pursue. Namun banyak kombinasi sangat. Aku takde satu kepakaran khusus. Masa dia buat tuh, - Dr buleh ni, kaunselor pun buleh, keje ngan komputer pun ada jugak, keje dgn bank, keje dalam bidang ketenteraan, negotiotar pun ok.

Aku mcm hmm...Adakah satisfaction tuh dgn melengkapkan segala kombinasi tuh? Pieces apa yang aku nak gather?

Masa aku keje programmer, hmm...huhu~ aku rasa worthless benor ngadap menda2 gini 24 jam. Bila aku bayang diri aku, jadi expert pun kat sni...bidang nih ja ka? Nak rasa wat menda len plakk..Aku dah try focus, even aku stop tulih blog masa tuh, beberapa bulan, sebab nak fokus develop minat tuh...sebab aku pecaya, kita akan minat dengan apa yang kita cuba latih. Tapi aku mmg takleh terima hidup camtuh...aku perlu pengalaman len plakk, lepas aku observe apa itu hidup seorang programmer...Rupa-rupanya aku bukan nak jadi programmer, tapi aku nak tau, bagaimana kehidupan seorang progammer...

Big goal aku dgn life rupanya lain, and it takes long time, untuk aku ngaku kat diri aku, sebnarnya, apa yang aku nak tuh...Aku smakin paham, apa itu gathering pieces in order to see a big picture.

Maksudnya skang nih,aku masih belum di peringkat nak stabil.Aku masih mencari. So lets the exploration berterusan. :)

Dah,jgn konpius or salahkan diri lagik....Its you. Setiap dari kita unik.Terimalah diri seadanya.

Aku publish la, kot dari tulisan ni,samada mengkonpiuskan org, mungkin jugak bagi idea kat seseorang,ataupun buat org kata kat aku tak btui...huhu~...Aku mmg nak solvekan teka teki nih sat...

Menda nih seolah2...kita ty diri? Awat emosi sangat nihh? Bila dah period...kita tak ty dah, sebab kita tau SEBAB dia. huhu~


Saturday, May 22, 2010

Aku dan pilihan

Tgh dengar lagu Wali. Sayu je rasa dgr..hmm..klau duk sowang2 dgr mesti nangis. Sangat cepat menitiskan air mata:)

Tgh tgu kawan kol jugak, nak kuar. Arini duk membaca seharian, tapi diselangi jugakla dengan aktiviti2 lain.

Rasa cam lega skit dengan something. Sekurang-kurangnya dah nampak satu jalan. Hidup memang camnih kan...asek kene wat keputusan dan keputusan.

Cara aku wat keputusan dah la kompleks...Semua kene ada Why and Why. If pilihan ni, ke mana, if pilihan ni ke mana...aku cuma boleh melakar selalunya. Nak pilih last2 aku salu keliru dan konpius. Pilihan terbaik yang dibuat selalunya berlandaskan kewarasan dan rasional akan, dan ketetapan hati dalam memilih.

Kadang-kadang aku solat, aku mintak ja Allah takdirkan yang terbaik. Tapi kadang2 aku pikir jugak, bila taknak wat keputusan sendrik tuh sebab aku malas pikir ker haper? Allah bagi akal. Allah suh kita semua pikir. Memang kene pikir jugak. Namun pilihan tetap mintak ketetapan hati, dari Yang Esa.

Di usia 25 tahun, pilihan-pilihan yang aku buat, lepas aku dok renung2, kerapkali, bukanlah sesuatu yang betul2 aku nak sangat2 kdg2, namun seringkali dipilih berdasarkan 'inkuri' yang tinggi dengan sesuatu. Option-option yang ada, yang leh aku pendingkan, salu aku pendingkan. Aku akan pilih, mana yang leh wat, dan kemudian maybe aku leh tinggal dan bergerak ke option seterusnya.

Motivasi aku di sebalik pilihan aku kerapkali, untuk menjawab inkuiri aku tentang sesuatu. Klau aku nak tau sesuatu, aku nak ada di tempat tuh, dapat satu role, dan aku akan terus observe semua menda yang aku nak tau tentang situasi tuh. Bila inkuiri terjawab dan aku leh buat kesimpulan tertentu, berlandaskan pengalaman aku sendrik, aku dah mula rasa, bleh left dan bergerak plak ke option yang seterusnya.

Aku pelik sebnarnya, aku jadi camnih sebab aku nih tak tetap dengan sesuatu ka? Tapi pas aku pikir2 n banyak membaca soal personaliti, aku dapat jawapan tuh. Inkuiri.

Inkuiri nih bagus at one side, sebab ia motivate kita untuk bergerak. On the other side, ia bahaya, sebab kadang-kadang kita pilih sesuatu, walaupun kita tau, ada option yang lebih sesuai. Namun, sebab inkuiri, we still take something yang bukan kita mampu sebnarnya.

Inilah satu kompleksiti di sebalik aku. Aku yang masih mencari diri. Mencari potensi, dan mencari siapa aku, dan di mana aku leh perform berlandaskan kualiti diri aku. Dalam menjawab inkuiri , kadang-kadang aku kecewa, sebab aku rasa, aku salah pilih. Namun bila aku rasional balik, kadang2 aku memilih untuk melakukan sesuatu kerana inkuiri. Dan aku meninggalkan sesuatu, bila inkuiri dah terjawab. Paham dak? Sebnarnya, sebab aku memilih sesuatu tuh dah kena pada matlamatnya bila aku left something. Naper nak kecewa?

Skang aku cam dah leh beza skit, yang mana satu inkuiri,yang mana satu yang sebenarnya. Tapi masih rasa nak fulfilkan inkuiri nih, untuk memahami dunia dalam pelbagai situasi yang berbeza. Seronok, bila kita bleh berada di banyak situasi, banyak orang yang banyak ragamnya. Kita mengenali personaliti ramai orang, dan tindakan serta motivasi yang berbeza dalam diri setiap orang. Kita berpeluang menganalisa persekitaran dan memahami sesuatu konsep dari pelbagai sudut yang berbeza.

Yang mana, pengalaman daripada situasi2 ini, digabungkan dengan pembacaan, its like, menggabungkan byk pieces2 yang berjauhan, untuk menjadi satu kesimpulan tentang kehidupan.

I'm life oriented person. Seriously, kadang2 aku tak tau nak jawab apa motivasi aku di sebalik sesuatu. Kerapkali org anggap dia demi duit, status, kemewahan atau kestabilan hidup. Biarla orang terus anggap gitu. Atau besh lagik, org anggap aku bengong sebab keputusan yang aku wat cam takder keuntungan dari sudut yang dianggap sebagai keuntungan.

Yang aku tahu, aku suka dengan semua pengalaman berbeza yang boleh dicantumkan dalam rasa-rasa yang aku alami sebagai seorang manusia. The more I know, the more I feel i dont know, and I just want to know more. And to know more, is to be in the role of something I'm inkuiri with.

Stakat ni, biarla motivasi ini tetap begini. Mungkin kerana inkuiri, aku tidak memilih something yang memang aku good at. Namun aku tahu, aku tetap gembira, pabila dapat merasa, pelbagai sudut kehidupan yang banyak rasa-rasanya.

I know i luv chocolate ice cream. Tapi, aku seringkali nak rasa semua ice cream baru. Kerana ingin tahu. Namun takdir dah tulis, aku makan ice cream apa. Allah jua yang menentukan segalanya.

Ada satu lagi sisi lemah motivasi kerana inkuiri. Ya, kadangkala, bila inkuiri sudah terjawab, kita masih perlu kekal dalam satu tanggungjawab. Ia teruji. Kerana faktor motivasi tadi sudah tamat. Aku turut sedar akan hal ini dalam diri aku. Kerana itu, aku perlu belajar, dalam melaksanakan sesuatu, hanya kerana Allah, kerana tanggungjawab dan amanah. Ia menyelamatkan kita semua, untuk terus bermotivasi dalam melakukan sesuatu.

Justeru, pabila menghadap sesuatu yang baru untuk dimulakan, aku salu pesan kat diri aku, sucikan niat, dan belajar buat kerana Allah. Motivasi tunggal. Kerna, kadangkala dalam menunaikan tanggungjawab, dah takder motivasi apa2 dah, kita dah takmau apa-apa langsung..dan kita rasa takder paper lagik dah yang kita leh beri untuk menunaikan tanggungjawab tuh. Its a complexs feeling again, dan orang yang merasainya saja boleh menghuraikan apa erti rasa sebegini.

Motivasi apa pun, semuanya tak kekal. Analisalah motivasi masing2, hampir semuanya tak kekal, boleh hilang, boleh tamat, boleh pegi ntah ke mana2. Esp, klau kita bersemangat wat something, sebab orang len. Sila ubah niat kita, sebab wat kerana orang len sangat bergetar kedudukannya.

Analisalah. Dalam mencari motivasi yang kekal, yang akan kita jumpa, hanya Allah. Ya, hanya Allah yang kekal. Selama-lamanya. Sampai bila-bila.

Berbuatlah kerana Allah. Pilihlah kerana Allah.



Aku dan keyakinanku...



Baru pas tgok Desperate Housewife. Sadis benor episod kali nih...banyakknya org jahat..sad sad :(

Tapi aku suka part Susan ckp kat Bree, if its love, then kawen je la ngan Carl tuh...sebab memang susah nak carik cinta.

Sadisnya bila Mike ckp kat Katherine, bila dia ngan Katherine, sebnarnya dia asek teringat kat Susan,dia ingat Susan, semuanyya...bila dia ngan Katherine dlu, dia wish dia ngan Susan...

Hmm...Sian Katherine...sakit dengar camtuh. Tapi tuhla, she tak sepatutnya terus mencuba untuk mendapatkan sesuatu yang bukan milik dia. Cinta tak boleh dipaksa.

Jangan susahkan orang lain dengan perasaan kita. Katherine tuh maybe dia sayang Mike. Dan perasaan sayang tuh, yang membuatkan dia trigger terbuat menda bukan-bukan.

Aku teringat, there was a moment, I cant force myself to love somebody yang aku takleh. But, bukan pasai aku tak suka dia masa tuh..tapi aku terlampau bz ngan sesuatu. Boleh pujuk diri nak bagi suka, tapi tak sempatla. Aku kene wat menda len. Dan segala-galanya hilang smpai skang. I wish we still can be friend, but, I also understand the feeling of, when u can't force other people to love u. I've been in that moment too. Dah lama berlaku 2 kisah ni. 1st ,2nd year rasanya.Aku pun tak baper ingat dah.

Yang aku tahu, dan terus bagi tahu kat diri aku, jgn susahkan orang lain dengan perasaan kita. Perasaan kita, tanggung je sorank2...It should be ok. Perasaan tuh akan hilang. Percayalah. Ia akan hilang. Klau rasa skang, ia cuma terkenang sikit2..tuh je, dan ia akan hilang. Itu ja yang aku keep on bagitau diri aku :)..Ni peristiwa plak nih? heh..

And bila susah nak terima orang seseorang yang suka kita, aku pun tak tau camna nak kata. Segala-galanya ok, tapi cam kekurangan sesuatu untuk aku ckp Yes. I dont know. But I wont say that, yang aku mmg takde feeling paper, sebab ia sangat melukakan,kecuali jika di desak.

Dan skang, aku semakin belajar, untuk berserah semuanya pada Allah. Bila tiba masanya, aku akan ckp Yes. Tak semestinya pada orang yang aku cinta. Namun pada jodoh aku pastinya. Tak penting aku ada perasaan atau tak pada dia. Yang penting aku tau, Allah akan uruskan semuanya. Allah yang akan tune perasaan tuh kepada sayang dan permudahkan segala-galanya. Aku yakin. Dan yakin dengan keyakinan aku padaNya...

Dan, klau nak yakin, jgn buat menda yang Allah larang dalam mencari teman. Walaupun yang biasa2, dan sudah tak dipandang salah dalam masyarakat kita. Aku ckp dan akan terus pesan perkara tuh kat diri aku. Aku kene hidup dengan harapan dan keyakinan, disaat ini aku tak mampu lagi yakin dengan diri sendiri kadangkala. Namun aku tetap yakin dengan kasih sayang Allah pada aku. Dengan harapan itu aku hidup.

Mungkin, dengan dugaan2 sebegini, yang membuang keyakinan pada diri semata,yang akan membawa aku yakin dengan Allah tanpa yang lainnya, yang seterusnya membawa aku kepada yakin dengan keyakinan seorang HAMBA. Yang tidak punya apa-apa, melainkan mengharapkan belas kasih Tuannya sahaja,lalu seluruh hidup akan diserah dan dikerah hanya pada Tuannya.

Lalu, akan sempurna lah tanggungjawab kejadianku ,

Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.

Ingin mendapat perasaan sebegini tidak mudah, namun keyakinanku mantap, Allah latihnya dengan ujian. I can't lie to myself, coz I know, kebaikan dan keburukan masih bercampur dalam diri aku. Namun, aku sememangnya ingin jadi yang lebih baik. Jika aku ini jahil lagi tersalah tafsir Ya Allah, aku tetap perlu bersangka baik dengan segalaNya.

Wish that I could sleep, tapi aku de komitmen. Komitmen yang perlu aku lakukan, dalam mencari diri, mencari peluang untuk mengenali di mana potensi aku sebenarnya. Bereksperimen dengan dunia. Aku sedang berusaha ke sana, dengan inkuiri yang menyala.

Cinta itu penting.Namun jangan terlalu dipentingkan. Masanya akan tiba in reaching a hand that can understand someone who feels the same.

Redhai aku Ya Allah. Aku perlu ilham.


Friday, May 21, 2010

Aku rindu...

Rindu. Rindu kawan lama. Tetiba teringat kat dia. Kawan masa keje dlu. Penah tgok kat FB, dah ada bf dia :) Kawan yg kongsi banyak menda ngan dia. Pasal kija, pasal life, pasal hati dan perasaan.

Dlu aku canggung jugak, sebab masa training aku sowang malay. Katner la aku nak meluah perasaan nih. Aku dah la ske kawan yang real. Real in the sense of serius dalam berbincang masalah dan mengemukakan pendapat. Bukan takat kawan yang takat kawan je. Aku tak besh kawan camtuh.

Allah tetap sayang aku. Dia bagi sorank kawan yang baik. Kawan yang buat aku mempersoalkan keIslaman aku.Aku nampak nilai-nilai murni pada seorang yang menganut agama Isa. AKu? Kat mana aku nih? Allah bagi aku seorang kawan yang tegas bicaranya soal agama. Seorang kawan yang tidak memisahkan agamanya dari kehidupannya. Well blended, kebanyakan aktiviti yang dilakukan, adalah kerana berniat kerana agamanya.Bersahabat dan berbuat baik juga atas landasan agamanya.

Pasti dia ada kelemahan. Namun aku kagum dengan semangat dia memperbaiki diri. Kagum dengan semangat dia berusaha agar dia berbuat untuk agama dia.

Aku teringat satu sesi perbualan. Pasal aktiviti untuk agama dia. Then dia ty aku, 'How about u?' . What a Muslim do in a week as their activity.Aku terdiam.

Penganut agama Isa, pastinya, selalu pegi church, aktiviti2 yg dianjurkan oleh church, n kawan aku ni aktif.

Aku diam bukan sebab apa. Tetiba aku cam ar, apa aku buat untuk majukan diri aku dari segi agama? Ya aku solat, aku puasa, aku berusaha mencari rezeki.Namun?

Seperti kekurangan sesuatu. Perbualan tuh, memang wat aku sedar, betapa menuntut ilmu di majlis ilmu itu penting. Betapa, cabang2 ilmu akidah, tasawuf, akhlak, tajwid, bahasa al-quran, semuanya penting namun aku abaikan pembaikan entah ke mana.

Wajar ka aku meletakkan ilmu2 ini di batas2 'kalau ada masa baca, klau ada masa pegi kelas...klau takde masa, takyah..' Wajar ka aku letakkan ilmu2 ini sebagai hanya sampingan?

Aku rindu gak kelas-kelas aku masa kat Perkim ngan Yayasan. Hidup aku kat KL tuh cam dah jadi lebih bermakna sebab kelas-kelas ni. Aku rasa hidup aku lebih bermakna. Tuh hikmah dan pendedahan terbesar masa aku kat sana. Tuh la kenangan yang buat aku rasa worth it aku 2 thn kat sana.

Aku rindu housemate aku jugak. Housemate aku yang baik hati orangnya. Lembut ja cakap. Tapi hati mmg orang len salu salah paham. Keraih ati gakk kadang2..hehe. Luaq mmg nampak lembut. Aku sayang dia, sebab dia mmg baik. Dia bukan baik ngan aku, tapi dia memang baik sebab perlu baik. Housemate aku nih ckp, aku nih salu guna kaedah yang ekstrim untuk perubahan diri aku. Aku gelak je, sebab aku tau tuh la aku.

I have to be in a stage, yang aku rasa, something is improving. Bila ada improvement, bleh gerak ke improvement lain pulak. Klau tak ekstrim, aku akan makin rasa tak besh ektrimnya, bila diri aku takde perubahan yang baik. Asek di takuk lama.

Perubahan skang? Sukar untuk aku senaraikan. Sebab tak nampak aper2 hasil di luar. Lebih kepada pembaikan hati dan perasaan. Dan, aku tak espek akan ada perubahan gini. Aku ambik masa yang lama, untuk aku rasa, ini jugak adalah satu pencapaian dalam melakukan perubahan. Allah yang bagi, dan Allah juga yang celikkan aku, untuk aku nampak hikmahnya.

Tak tahu, berapa lama lagik akan berada di stage nih. Namun aku yakin dengan apa yang Allah nak didik aku.

Aku rindu. Aku rindu sesuatu di masa lalu.

Aku kene gi kl nih. :) heh, pi ubat rindu.

Dan perubahan, pasti memerlukan pengorbanan. Aku yakin Ya Allah, dengan didikanMu, dalam menjadikan aku hamba yang sebenarnya hamba pada hanya Mu.



Monday, May 17, 2010


Takde keje mai sni wat pe la. Nak upload album nih kat FB nih..tapi x upload2 lagi...hehe, nak sambung membaca la. X ley tido dah pulak dapat call. On call 2 weeks.

Monday, May 10, 2010

I've repeated this thousand times, and i'll keep on repeating, to remind my self..

Rasa cam nak tido, tapi malas nak tido lagik...rasa tak tenang jekk pun...nak wat something pun rasa terganggu skit ngan fikiran begini...

Inferiority maybe..

That makes me myself asking :

1) Is there any situation yang Allah letak, dan jie tak mampu hadapi setakat ini? I mean the feeling.?
- I can say No, coz, kadang2 rasa diri tak mampu, tapi Allah permudah kot mana tetau, rasa mudah melaluinya..Kadang-kadang..di luarnya nampak sukar, tapi dalam hati rasa aman, sebab rasa paham dengan apa yang Allah nak duga...rasa cam paham hikmah di balik ujian...

2) Hidup ini adalah kronologi...Jie ingat, Allah x tau apa nak jadi lepas ni?
- Allah pasti tau...

3) Hidup ini adalah kronolohgi...masa lalu membentuk masa depan...Jie ingat masa Allah dah turunkan sesuatu di masa dulu, yang membawa kronologi di masa kini...Allah tau ke dak?
- Allah pasti tau...Allah tau semua...Masa Allah bagi sesuatu di masa lepas tuh, Allah dah tau, apa cerita seterusnya...

4) Allah tau kan? Allah sayang jie tak?
- Sayang, sebab Allah Maha Penyayang...

5) Allah nak aniaya jie ka? Nak takutkan jie ka? Nak buat jie risau ka?
- Tak, Allah hanya mentakdirkan yang terbaik...Orang beriman tak takut, orang beriman rasa selamat dengan apa saja yang Allah tentukan buat dia..

6) Adakah penting untuk jie mencapai impian jie?
- Ya.

7 ) Sebab?
- Sebab ia salah satu kemajuan dalam diri..

8) Pasti? Jie confirm? Ke 10 thn akan datang, jie akan tgok, impian tuh tak sepenting mana?
- X sure..

9) Jie ke yang mengetahui? Atau Allah yang Maha Mengetahui?
- Allah. My knowledge is limited. Allah pengetahuannya merangkumi langit dan bumi dan yang berada di tengahnya...Jie dalam tuh , kecik ja..tapi Allah tau semua...

10) Adakah salah jie berimpian?
- X salah!


11) Ya tak salah..tapi kita tak tau samada impian tuh salah satu daripada kronologi hidup kita..tapi Allah tauu...Jika ada impian buat apa?
- Usaha..

12) Niat impian?
- Mesti kerana Allah. Ya sukar utk ikhlas, tapi berusaha, supaya tiada percampuran niat.

13) Lepas niat?
- Usaha..

14) Usaha atas dasar apa? Atas dasar mencapai impian ka, atas dasar responsibility?
- Atas dasar ibadah. Sbb klau usaha, semata-mata nak memenuhi impian, takut! Klau usaha atas dasar ibadah, dapat pahala jugak..

15) Sepanjang berusaha dapat apa?
- Dapat pengalaman, n klau berjaya buat atas dasar ibadah pada Allah, sangat berharga, sebab memenuhi masa yang Allah bagi, dengan sentiasa berbuat dan mengingat padaNya..

16) Klau usaha tapi tak berhasil?
- Hasil milik Allah, usaha tak semestinnya berhasil. Namun dalam usaha tuh pun, kita dah dapat banyak menda yang manfaat, jika betul telus niat, dan berusaha buat kerana Allah...

17) Sudah sedikit jelaskan aszifa?
- Hampir.. :)

18) Apa selain tuh yang mingle?
- Pandangan orang lain? Maybe I've just make a mistake..but i cannot change it rite now..I just have to accept apa saja pandangan orang kan..

19) Human make mistake..it doesnt matter, kene betulkan jugak, mungkin bukan dalam situasi ni...tapi dalam situasi yang akan akan datang, which is u learn from situasi ni...Is there any moment pandangan orang tuh sukar sangat takleh hadapi?
- Alhamdulillah, setakat ini, Allah permudahkan. Samada, pandangan orang tak menjejaskan pandangan, or tetiba ja hati orang leh tune, and everything turn out to be just good than before...

20) Kesimpulan?
Betulkan niat, teruskan usaha, jgn pikir hasil sangat...tapi usaha untuk berusaha kerana ibadah..kerana tanggungjawab..kerana Allah...Nampak Allah selalu. Ingat, buat ni kerana Allah, secebis dari perasaan, ingin memajukan diri, ingin berbuat yang afdal. Tapi yang afdal tidak semestinya maslahat. Kita tak tau, apa akan jadi pasni..namun kita boleh terus berusaha, berlandaskan apa yang kita mampu usahakan...Jaga niat usaha tersebut...Pandangan sekeliling, jatuh no berapa tak tau, dont let it comes and disturb the focus..When the times comes, u can face it, sebab Allah tak penah uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu...ingat tuh, simplify ur tot, dengan satu ayat, janji Allah. Allah tak penah mungkir janji jie..Tak pernah! Berbaik sangka dengan Allah, kerna Allah bersama sangkaan hambaNya!

-pegi semayang
-recite
-tido
-no FB! berenggang sebentar!

KITA BOLEH BERIMPIAN, KITA PASTI SUKA JIKA IMPIAN MENJADI KENYATAAN..IMPIAN ADALAH SESUATU YANG KITA INGINKAN, namun ingatlah selalu,


KITA MINTA APA YANG KITA INGIN, ALLAH BERI APA YANG KITA PERLU...

Apa yang jie dapat skang dan masa akan datang, adalah apa yang jie perlu...!

(indahnya klau setiap saat bleh konsisten pikir camnih...Ya Allah, bagila aku perasaan yakin tuh selalu, every second, every breath..)


Saturday, May 08, 2010

Pabila sudah berjanji..Insyaallah!

Nak tulis panjang ke pendek? Hehe, kita tulih pendek la ehh...yg panjang nya biar dipendekkan dengan gambar. Yang tuh, biar FB uruskan. Ringkasnya arini gi jalan2 kat jusco, beli henbeg kakak, purse ngan sandal jie. Tahan gak purse aku tuh 2 thn baru tuka nih..tapi skang tak sale, klau gi masa sale mesti leh dapat harga lg murahh..hmm2..

Aku tulis ni sebnarnya nak meminta nasihat dari diri sendiri atau pun menulis untuk menjelaskan lagi kronologi perbuatan yang perlu aku laksanakan kerana satu janji. Aku nak ubah satu menda dalam diri aku ni...tapi salu sangat gagal. Aku penat, tapi aku takleh putus asa, aku kene terus berusaha...Masih mengumpul, the bad impact dari segala sudut dan segi, untuk logik aku memang tak terima menda ni...Selain tuh, kene terus mengkaji bisikan2 jahat yang selalu mengajak kepada keburukan. Dan sepastinya, membersihkan hati dengan sesungguhnya...

Biar kita bicara tentang komitmen.

1. Bila kita yakin, dan sudah berjanji dengan diri, bermakna kita ada komitmen yang perlu kita penuhi. Komitmen beerti tatacara disiplin dengan diri, yang MESTI dipenuhi. Wajib. No excuse. Cara kerasnya, ialah..sekali kita membuat keputusan, means...jangan bertoleransi, walau pada diri sendiri. Jangan hirau akan diri sendiri. Terus pandang pada komitmen yang mesti dipenuhi.

Tapi bila keras, ada kelemahannya...kita akan FOKUS, dan seringkali persekitaran akan menganggap kita terlampau serius dan tidak relaks. Ada benarnya...Hal ni kene belajar, belajar untuk membuat persekitaran selesa dan memahami. Dan, jika kita menganggap, matlamat itu sememangnya PENTING, dan sangat PENTING, bersedialah, ada pengorbanan dengan persekitaraan yang perlu dilakukan. Apa saja orang kata, orang pandang, whatever, biarkan saja. We know what we are pursuing...kene serahkan hati dan jiwa raga pada Allah, dan mintak Allah permudah urusan dengan orang sekeliling, dan biar orang mudah paham. Klau tak paham jugak, anggaplah ia dugaan dan pengorbanan dari kita, demi satu komitmen.


2. Pabila berjanji untuk meninggalkan maksiat atau dosa, tekadnya mesti tinggi. Syarat taubat, MESTI ada rasa sesal, dan rasa TAKNAK BUAT LAGI. Klau masih rasa nak buat lagi, sila cari alasan, cari keburukan dosa-dosa tersebut, dan teruskan lakukan amalan untuk bersihkan hati. Pujuklah diri, sehingga diri benar-benar meluattttt, yang memang meluaattt dengan dosa tuh..I always amazed dengan orang-orang yang memang berjaya tinggalkan sesuatu, sebab menda tuh Allah tak bagi, hukumnya haram, Allah tak suka...bleh tinggal terus...Aku masih belum di tahap tuh...mungkin sebab CINTA aku kat Allah belum kukuh...tapi akan terus mencari cara...sebab aku tahu, AKHIRAT tempat akhir aku.


3. Bila rasa teringin nak kembali kepada maksiat tuh, gunakan pendekatan, 'extend', ckp kat diri, kejap...kita wat menda len dlu, pastu extend lagik, extend lagi..Kdg2 takleh terus ckp nak tinggal terus, pelan2 pujuk diri...sebab satgi akan stress teramat klau kita janji tanak wat lagik, pastu wat jugak...pelan2 pujuk, extend. Selalunya kene komited, sekurang2nya 21 hari tinggal...lepas tuh, memang akan terbiasa...Dah bley bersih dari perkara tuh, insyaallah.

Kadang-kadang ada suara cakap, suruh buat, 'lama ni klau 21 hari..bleh ke?'
Kene lawan balik, ckp 'Saper ckp 21hari, harini ja..orang nak bertahan untuk harini ja..harini ja, pasti boleh..' ..Means, jgn tgok nak tinggal dalam jangkamasa yang lama, tgok utk hari ni...Cakap nak tinggal untuk hari ni. Then esok kita ulang perkara yang sama, ckp kat diri, hari ni ja, hari ni ja...Pastu masa akan berlalu, dan insyaallah kita akan leh tinggal menda2 buruk tuh..

Kadang-kadang ada suara ckp, 'tul ke, cam ang kuat sangat..cam la diri baguih sangat..'

Kene lawan balik ckp 'Saper ckp aku bagus, aku berniat nak tinggalkan..sebab menda ni Allah tak suka...Aku niat, sebab aku perlu..saper ckp aku kuat? Tapi aku tau, Allah akan bagi kekuatan, sebab Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang...aku yakin, Allah akan tolong aku..'

Ingat kekuatan dari Allah nih pun sangat penting, sbb bila dah berjaya tinggalkan, kita akan ingat, kita berperang setiap hari dalam keadaan diri yang tidak stabil, tapi Allah yang tolong bagi kekuatan tuh. Ia akan buat kita hilang rasa riak, rasa takbur, atau ujub dengan diri, bila berjaya meninggalkan maksiat. Dan yang lebih penting, kita akan memahami orang yg buat maksiat cam kita dulu, kita tak pandang slack atau benci, ingat...kita kene sayang semua orang, kita hanya perlu benci akan perbuatan yang salah tuh...Jagalah semua perasaan2 ni..

Ukurlah diri dgn , bila terulang dengan maksiat tuh,
- diri dah tak rasa sedap lagik dah
- rasa bersalah, gelisah yang tinggi
- kadang2 rasa pelik terus - weh awat aku wat menda ni? - Pastu kita akan terrecal, kita biasa dengan maksiat ni dlu..skang dah rasa pelik...bermakna ada kemajuan dalam perubahan..

4. Bila kita nak buat kebaikan, kene mula dari menda2 kecik..Cthnya, cam nak semayang awai, choose satu waktu, misalnya zohor, stat dlu ngan 1..bila dah berjaya 1, baru stat waktu len plakk...Cara kerasnya - Masuk waktu, kene terus solat, no toleration. Jangan dengar alasan, biar pun dari diri sendiri.

Itu keras, sangat disiplin dgn diri ya. Klau tak mampu, guna cara kecik2..

Ada keluhan - Nak semayang, malasnya!..

Pastu kene pikir, semayang kejap je, habis lama 10 minit je..apa yg leh wat dalam 10 min? Tgok anime pun dah 30 min...Jgn la bayang nak solat lama, pastu kene baca quran etc2...Pujuk diri, amik air smayang je kejap..pastu, pujuk lagik, semayang 10 min je, -pastu pujuk lagi, doa kejap je, pastu pujuk lagik...baca quran , kejapp je..

Cam kadang2, malas nak wat proposal ka cthnya, jgn la pandang, kene baca byk, kene tulis bnk, kene duk depan pc 5 jam..byk lagik menda len nak wat nanti tak sempat. Pujuk diri..

"Banyak nak buat..Malas!"

Balas balik -'Saper ckp banyak? Tak suruh wat pun, suruh pegi kat PC je, duk bukak tgok format ja'

'Byk nak kene search, nak google, nak baca..'

Balas balik - 'Saper suh search byk2..suh baca 1 artikel ja pun...1 ja..bukan banyakk...'

'Nak tulih byk, takde mood, takde idea!'

Balas balik - 'Saper suh tulih banyak2...tulis satu perenggan, 5 ayat, takan takleh kot...bohong aihh..'

Pujuk diri, jgn paksa, pujuk ya pujuk, dari satu step ke satu step...akan lengkaplah satu proposal..insyaallah..

Mungkin ada suara 'Bleh wat ker, ang memang takdak kelebihan tuh..'

Balas balik, 'Tak cakap pun ada kelebihan tuh, tapi ilham dari Allah akan sentiasa ada...insyaallah Allah akan tolong aku..'

Pemikiran begini jugak penting, sebab klau kita commitkan sesuatu tugas dengan berjaya, takut ada rasa riak, takbur atau ujub dengan diri sendiri...And bila kita ingat, kesusahan kita bertarung dengan diri, semasa melengkapkan suatu tanggungjawab atau tugas, betapa susahnya kita rasa, tapi Allah yang tetap bagi ilham dan bagi kekuatan, kita akan bersyukur dan merasa lebih dekat dengan Allah...

Sila konsistenkan pemikiran ini selama 21 hari. Lepas tuh salunya ia otomatik behavior.



Ya Allah, TOLONGLAH aku..

Insya Allah

Album :
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Insyaallah Aszifa, Insyaallah!
Justify Full

Hatiku akan sembuh. Dengan harapan aku hidup...

Kadangkala,
Aku merindui kamu,
Namun aku mengingatkan diriku,
Rasa ini hanya sementara,
Ia pasti hilang,
Pabila masanya tiba...

Sementara menanti,
Bersabar saja dengan rasa ini,
Kerna ia akan hilang dengan masa,
Itu saja...

Kesedihan ku simpan,
Melimitasikan air mata dari hari ke hari,
Sehingga aku membuat janji,
Tiada air mata akan mengalir untuk dirimu lagi...

Kita ditakdirkan bertemu,
Namun lumrah hidup, bertemu adalah untuk berpisah,
Angan kita sampai ke syurga,
Namun perpisahan kita di dunia...

Sabar saja aku menanti adamku,
Seseorang yang ditakdirkan buat aku...

:) Hati ini akan sembuh jua, tanpa dipaksa, dengan masa. Hati ini akan sembuh semula, tanpa aku sedari, pabila masa berlalu. Keyakinan ku dengan Allah, yang menguji aku. Pabila Dia menurunkan ujian, pasti disertai dengan penyelesaian. Allah tidak pernah menguji aku , dengan sesuatu yang tidak mampu aku tanggung. Aku sayang Allah, dan aku sayang diriku...Kerna itu, kita tak mungkin lagi akan bertemu....

Wednesday, May 05, 2010

Experience is the best teacher!

Malas nak tido. Meh tulis blog. Kat #abo ada citer Papadom :)...tapi tgok lepak2 jer..arini baru 5 hb, ada 25 ari lagik leh tgok...satu ari ulang 3 kali lakss tuh..huhu...the best part of ABO :)

Spoil budak nih, klau terus2 hidup ayah nak tgok camnih rosakk..huhu..Sometimes, bila sayang, kene lepaskan, supaya anak leh berdikari sendirik...

Something comes to my mind. Just need to neutralize it dengan tot yg betul :

1. We, dont know what is the best for us. Macam smalam Fahim main mancis, seronok dia tgok api tuh kuar bila gores. Dia mungkin tak rasa dangerous. He might mintak nak main mancis selalu. If he ever knows, apa itu erti kebakaran, yang boleh disebabkan oleh sebatang mancis, mesti dia tanak men. Tapi dia memang tak tau...Orang yg lebih tua, mesti larang, sebab, our knowledge, dah tahu bahaya dia. Fahim rasa tak besh kot org marah dia..Tapi mmg kene marah. Kadangkala, apa yg buat kita rasa tak besh tuh, fikirla elok2 seblom habiskan masa rasa tak besh, our knowledge is limited dear, kita tak tau..Hanya Allah ja yang tau segala-galanya. Let Him decides what best for you.

2. Apa tujuan hidup? - Beribadah pada Allah.
Is there any situations yang menghalang kita beribadat pada Allah? - Almost takde, sebab klau susah kita sabar, klau senang kita syukur. Kita pandang segalanya daripada Allah, for every moment kita boleh berdoa, kita boleh solat dan kita boleh sabar. Kan? Dan, setiap ari leh usaha, untuk tukar niat setiap perbuatan jadi ibadah. So what makes the fear feeling? Adakah kemungkinan yang terjadi buat kita lari dari tujuan hidup kita...? - Takde.

Ego mungkin?
- Might be. Namun sedarlah hakikat, kita tak punya apa-apa di dunia nih. Always remember, macam mana kita datang...seorang diri, takde baju, takde harta paper...Tapi Allah dah sediakan semuanya, Allah bagi ibu, ayah, keluarga, dan lain2 keperluan untuk kita hidup kat dunia ni..kan? Allah knows better perjalanan, keperluan, dan segala-galanya ttg kita. Just always merasa, yang kita mmg takde paper...SEMUA Allah yang punya. Bila kita rasa takde paper, do you ever afraid of losing something? Pastinya NO, sebab, mmg dah takde paper, klau dapat tuh mmg syukur. Jadi, hadapi saja SEMUA kemungkinan, Allah ada, Allah akan mudahkan segalaNya..

What can I do?
Hidup macam biasa, rutin yang biasa, kewajipan yang biasa. Segala-galanya biasa. Dan, berusaha bersihkan hati, then trust ur heart. Hati itu selalu mempunyai jawapan. Percaya pada rasa hati...ingat Allah, mintak petunjuk, dan lihat hati. Jawapan itu ada.

- Dah masuk sceen Liyana Jasmay tgok wayang ngan Farid Kamil lak. Pangkah tuii la aksi2 peluk dalam panggung nih..Aihs..haha, ayah dia jeritt apiii...Masuk sceen berdua-dua an dalam keta pulak...Macam loving la konon. But it just LUST :) Jangan jadi bengong kerana lelaki Mia,,,Seronok, ada bezanya dengan bahagia. Bezakan. Seronok itu kesedapan sementara. Bahagia itu ada tenang yang berpanjangan dalamnya.

Kita boleh jadi antara orang yang bijak, namun tetap bodoh dalam bercinta. Kelabu dgn nafsu.

Dont ever confuse , cinta tulus itu suci :) Takde diselangi aktiviti2 gini. Harap perlindungan Allah, and please forgive me, atas segala kejahilan, kebodohan dan kelalaian di masa-masa lepas..

I dont want to feel lagik menda2 gini..Trash. Dusbin.

Btul2, experience is the best teacher.. (kwn Dom nih ckp).

- Tapi experience yang dosa tuh menyakitkan, dan menyesalkan...nothing good - But what else can we think about that in a positive way? Thats it, kerna hidup itu ke depan...

Belajarlah apa itu taubat, dalam kita mengalami apa itu pengalaman - pengalaman yang menyakitkan...

Still, experience is the best teacher. I agree!



Tuesday, May 04, 2010

POSITIF

1.Hope that jgn banyak2 soalan yg tak reti jawab masa kelas nanti.

2. Hope that everything will be fine. Sebab rasa cam ada sedikit yg menduga, kekeliruan tiba. All I need is to relax...sebab Allah dah tahu perjalanan perkara ni ke mana. He doesn't creates difficultly to his servant, melainkan, kerana Allah tahu, kita mampu melaluinya. Added, berkali dan berkali kene ingat, semua yg terjadi, semua yg menduga, adalah yang TERBAIK buat kita.

3. Can I feel hepi? Without thinking of any bad impact, regarding this. Can I just walk, without any worries?
- Yes, sebab dalam fikiran, kene sentiasa pikir, consequence yang baik.
- Yes, sebab worry tak kan solvekan menda paper. Now is not the time to think, coz I feel worry. The first step is to be calmed and relaxed...So, usaha utk calmed n relax dlu :)

So, penyelesaian pertama ialah... RELAX. :)

So buatla.. :)

hehe, menda apa aku tulih ni... Maybe feeling tgh menguasai thinking. Maybe, emosi tengah menguasai rasional. So, Rasional sila kembali menakluk emosi. RELAX, ulang byk2 kali pun takper..

Dalam setiap situasi, kita tak pernah RUGI, atau KEHILANGAN, segalanya MENGUNTUNGKAN, jika kita sering pulang pada Tuhan.




Saturday, May 01, 2010

Ketabahan...suatu Keindahan...

This might not be a good post. Mungkin hanya luahan, dari hati yang terbeban dengan pemikiran. Something missing. Tapi tak tau aper dia. Again my tot, dah berselirat sana sni, macam benang yang dah jadi bebola keserabutan dia...Kena luruskan semula...

So we will start writing..Freely, apa saja yang terlintas...

Arini ingat nak stadi bahasa arab, tapi last2 tido jek, ats sebab kepanasan dan keserabutan yang tak tau pedia. I've try to write dengan kaedah penyelesaian...Tapi rasa cam tak kurang, so kita tulis cerita...apa saja..mari bercerita...

Hmm, minggu nih wat aper ehhh...Rasanya tgok citer kat #abo tuh memang cam affected jugakk...April dah lepas, dah masuk Mei. Mei ni citer baru la....yang tgok skit tadik citer Papadom....Yang April lepas tgok 2 citer...Citer Subaru, ngan citer Paa. Citer My Spy,,,eeiii tak beshh!



Citer Paa nih nak kata sedih tak sedih, syahdu kot... :) Orang suka Mak dier sebnarnya...heh, suka kat watak tambahan plakk ehh...tgokla citer ni besh..sbb cam unik sket citer dia..Citer pasal seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit Progeria. Progeria ni penyakit kanak-kanak yang cepat mengalami penuaan. Mental ok- cam ikut perkembangan kanak-kanak biasa, tapi fizikalnya berkembang terlampau cepat. Klau umo 12 thn tuh, dah nampak cam orang tua giler argh, dah leh sakit macam2..lemah jantung, etc2. Paling lama seorang kanak-kanak leh hidup klau ngidap penyakit ni, sampai umo 12-13 thn sahaja. Syahduu.


Nih Amitha Bachaan ni tauu..

Orang suka mak dia, dah la lawa, macho giler dalam membesarkan anak dia nih. Suka tgok ketabahan mak dia. Suka tgok camna dia harungi hidup dalam memendam segala kesusahan hati, namun bangun di esok hari dengan ceria menjalankan tugas sebagai seorang doktor di hospital. Suka. Suka. Suka. Memang suka ngan pompuan2 tabah!...Dengan kisah ayah dia yang 'gitu'.. Orang tgok pompuan ni rasa cam motivated!...Tabah harungi hidup sorank2...takde suami pun...tapi dia ada mak la, heh :)..apa2 pun suka laaaa watakk diaaa...


Pompuan ni aku suke watak dier..

Pastu citer jepun lakk..Citer pompuan nih nama dia Subaru. Dia suka menari. Menari dengan jiwa gituuu..Menari dengan emosi. Menari dengan tulus. Menari dengan penuh perasaan. Deep citer dia. Macho dan lawa gak pompuan ni. Bila senyum ada iras Baizura Kahar, cuma mata dia sepet la...namun, memang ciri pompuan yg aku suka tgok..kulit tak cerah sangat, kurus2..mata sepet..n macho ar..huhu..


Dance Subaru

Motivated citer nihh...citer yang menunjukkan hidup ni penuh dengan cabaran. Nak tak nak, kita kene hadapi segala ketakutan kita. Dan ketakutan itu diatasi dengan 'just do it'. Buat dan lalui apa saja yang kita takuti. Dalam hidup, kene tabah. Kene tabah. Dan ketabahan, bukan suatu kurniaan kadangkala, ia disertai usaha, usaha untuk menjadi seorang yang tabah. Suka personality pompuan nihh. Unik!

Dua citer yang aku tgok tuh, mesej bagi setiap seorang mungkin berbeza, namun bagi aku, aku ambik mesej dari sudut ketabahan. Kadang-kadang aku duk sorang2, terpikir, nak sangat ke pompuan2 nih jadi tabah. Boleh je klau jadi pompuan yg suka merengek, yg tuh takleh, yg ni takleh..mengada. Tapi, kadangkala kita takdak pilihan. Peristiwa dalam hidup kita, menolak kita untuk menjadi seorang yang tabah dalam menghadapi hidup. Watak Subaru ngan watak Mak kanak-kanak progeria nih cam ada keegoannya tersendiri, namun..bila pikir balikk...they have to be like that, itulah personality mereka dalam menjadi seorang survivor. To survive in life.

Tabah watak2 ni. Tidak setipikal perempuan. Lepas tuh duk tgok desperate housewife sebab dah ada season baru kat tv8. Hmm, aku serabut tgok citer nih. Besh tuh besh. Tapi kurangkan skit bab2 seksual tuh leh ker ar klau aku nak request gitu. huhu...Serabut jugak sbb msej dia la..Deep mesej2 DH ni. Lepas tgok kene switch off fikir. Klau pikir satgi terbawak sampai termimpi2..huhu, ntahla, minggu ni tak tgok ker takk...tapi rasa cam affected. Aku taknak pikir, cukupla aku baca buku pun dah pikir, klau tgok citer pun pikir bykk...hahaha...takleh2..kene choose. Aku tgok citer selepak2 adamaya pun leh nagis skang nihh...tak ke hanpeh tuh...Jiwa sensitip skang nihhh, nihh...

Jiwa percintaan penuh kehampaan lum habih lagikk kot..haha. Ntahla kan, yang penting kita kene terus pandang ke depan, terus mengharapkan kehidupan yang lebih baik...terus bergerak dari zon selesa ke zon tak baper selesa...klau selesa ja tuh dah tak maju gituuu...Mesti de pembaharuan dalam hidup. Dan pembaharuan tuh, mestilah ikut pandangan kita nak maju kot mana, bukan pandangan orang len, dan yang lebih penting, pembaruan tuh, mesti berada dalam silibus agama Islam yekk..jangan yg terpesong dariknya..

Menari n menyanyi tuh salah satu menda yang aku suka buat. Antara menda yang masa aku kecik2 dlu, aku berimpian nak maju..tapi nampakknya, tinggalkan ja menda2 gitu kat belakang, ada lagik menda2 len yang lebih penting untuk dimajukan dalam diri...

Selamanya la ehh aku nih gini, kene banyak bagi semangat kat diri sendiri,,,kene motivate diri :)..kene cinta Allah banyak2...Cam citer Subaru tuh kan, dia cakap, bila dia tumpukan tumpuan kat menari, mesti dia akan kehilangan orang yang dia sayang...1st adik dia, 2nd mak angkat dia..Setiap kali dia kehilangan seseorang, dia rasa lemah n tanak lagik berimpian..Tapi dia memang jiwa penari, klau tak menari tak leh idup, akan rasa hilang sesuatu dalam hidup...Dia cakap dia tanak kecewa lagikk..Mulai hari tuh, dia menari utk diri dia sendiri...tak buat lagik menda utk orang lenn....

Bagi aku, even klau kita wat menda utk diri sendiri pun, kita rasa tak penting dah kadang2..kita kene latih diri untuk wat menda utk Allah. Tuh je yang akan mengkonsistenkan usaha...Klau cam aku nih, aku salu syukur sbb aku orang Islam..klau ikut hati kaca leguni, tak tau baper kali pecah dahh...tapi segalanya akan ok, sebab kita masih ada Allah...kita pun tak cukup pecaya pada diri sendrik kadang2..tapi kita percaya dengan Allah..kita pun tak tau camna nak sembuhkan luka kadang2..tapi kita tau Allah ada penyelesaian yang terbaik buat kita...

Speak about Allah. Aku de banyak dosa2. Sangat banyak. Sampai kadang2 aku taubat, tapi wat semula, dah sampai putus asa kadang2..rasa cam, memang aku dah camni...aku kene terima ja..tapi mana leh kita terima dosa tuhhhh...rasa sangat mencabar dalam berusaha meninggalkan kejahatan dalam diri...Sampai ke tahap, kita pun tak tau nak describe dah camna hubungan dengan Allah ni, sampai rasa..memang segala-galanya dari Dia...tanpa Dia, aku tak mampu nak wat apa-apa pun...

Kadang2 aku duk sorank2...terpikir pasal kawen..Mana lagik dekat nak kawen ke nak mati..Mati kot..Achik Spin pun mati gitu jek..Din Beramboi pun mati gitu jek..Yani Mentor tuh pun sama age ngan aku tuh, mati gitu jekk..Budak kecik umo 15thn yang kene tembak tuh pun mati gituu jekk...Ntah aku mati camne...Kot ye pun, org yg dah confirm nak kawen pun, mati tuh cam lagik dekat jekk..Atlest derank nak kawen dah tau tarikh...Tapi nak mati mana tau tarikh, sume terkejut2 jerkk..Klau pikir, sangat dekat kematian tuhh...

I'm thinking, camne nak utilize masa aku skang, ke-single-an aku skang, aktiviti aku skang, ngan gabungan teknologi skang, supaya berguna seblom aku meninggalkan dunia nih..Tuh citer lain la,,byk menda sangat klau nak citer..Aku harap sangat, sampai aku mati, impian aku tetap Allah no 1. Biar aku ada Allah, kat mana2 saja Allah letak aku.

Aku harap, agar aku diletakkan dalam persekitaran yang baik...Namun tak semestinya bila kita dalam persekitaran yang baik, kita akan jadi baik..kadang2 kita diletakkan dalam persekitaran yang tak baik,supaya kita diprovokasikan dan memahami benar, tentang dunia yang tidak baik, yang seterusnya melonjakkan kita untuk teringin berada dalam persekitaran yang baik..Paham ke ayat aku nihh..huhu..

Terus mencari kawan2 yang lebih baik...baik dalam ertikata cinta Allah. Apa-apa pun, asal ada Allah...

Ya Allah,
Maafkan aku,
Maafkan aku,
HambaMu,
Yang seringkali melakukan salah padaMu,

Ya Allah,
Tunjukkan aku,
Sesuaikan aku dengan potensiku,
Sesuaikan aku dengan bakatku,
Sesuaikan aku dengan keinginanku,
Sesuaikan segalanya...
Dalam menjurus berbakti pada agamaMu...

Dalam telus aku berlari,
Berlari meninggalkan segala yang tak aku ingin ingat lagi,
Berlari dalam mencari cahaya,
Cahaya yang lebih gemilang untuk dinikmati..

Aku tetap percaya,
Hidup sentiasa indah,
Jika kita sering ingin memandang keindahan!

Berikan aku kesempatan,
Dalam menghirup angin keindahan,
Dalam kehidupanku Ya Tuhan...