Thursday, November 29, 2007

No words...

Ya Allah,
HambaMu ini,
Ingin menadah tangan,
Tanda syukurnya,
PadaMu Ya Allah,
Tiada ku kata,
Hatiku telah sembuh sepenuhnya,
Tetapi ia kembali bersemangat,
Dalam menjalani sesuatu yang telah ditetapkan olehMu...
Tiada ia suka lagi,
Pada yang duka itu,
Tiada ia rindu lagi,
Pada yang bukan milikku....

Aku ini degil bukan?
Suka tersungkur,
Baru ingin kembali,
Suka tersadung,
Baru takut untuk menjejaki...
Kerana itu,
Ampunkan aku Ya Allah,
Dan jadikan aku hamba,
Yang jauh dari lekaaa....

Aku tahu kenyataan itu,
Tapi aku jauh dari sedar,
Aku tidak mengerti,
Betapa berdosanya aku,
Aku sangka,
Ia bukan dosa,
Tapi jelas nyata,
Ia dosa,
Sentakan itu semakin kuat,
Kerana ia dosa hati!

Ampunkan aku Ya Allah,
Dan sucikan kembali hati ini,
Jagailah ia selalu,
Agar ia sentiasa suci.....


"Hati, ia hanya satu, dan dari ialah, segala2nya meleret, andai baiknya hati, baiklah kita. Andai kotornya hati, kotorlah kita, hati, jangan pernah biar hati itu, merindui "seseorang" sehingga leka dan lalainyaa...sehingga tinggi angan-angannya. Kita tiada sedar, kerana kita tidak mungkin sedar, selagi mana kita berada di lingkungan itu. Kita hanya mampu sedar, apabila kita mampu keluar dari kepompong yang melilit, yang jauh dari sedap, yang mungkin sakit. Tetapi yang pahit itulah ubat, yang menyuntik satu ramuan hebat,Selagi mana aku kenang kesalahan aku ini Ya Allah, aku malu untuk mengangkat muka untuk mengadapMu, namun ampunkanlah aku Ya Allah. Jangan pernah biar aku ulang lagi perkara sebodoh ini. Bodoh yang berdosa. Ampunkan aku, dan jauhkanlah godaan syaitan dariku.Hati kita milik Allah, jangan pernah serah ia pada insan lain, biar segala-galanya bergerak kerana Allah, bukan kerana kita suka, tapi kerana Allah suka"

Di sebalik nama...

Awal aku menulis harini, kembali menatap blog yang aku rindui. Tulis blog pakai nama sendrik. Memang habis la klau orang search nama aku kat google tuh. Terbentang indah blog ni. Tapi sapa pun yg nak search nama aku, company ke, lantakla. Tapi pastila orang yg search nama aku mesti org yg nak tau pasal aku....So dia bleh tau...=]
Dlu masa kecik2, aku rasa nama aku pelik, sbb takde orang nama cam aku, susahhnya nak bagi orang sebut...Aszifa. Sebut salah. Eja salah. Lempang kan. Azifa, Haszifa, Aszifah, Azifah...Aszifa la...Cikgu sebut salah, kawan2 sebut salah, tambah2 yg baru kenal...Susahnya nak bagi ingat nama aku....
Tapi bila dah besar2, aku suka nama aku. Sebab nama tu lain. Dan lain dari yang lain. And i live with that name and i think that name gives a very big impact to myself. Satu lagi soalan orang salu tanya, kenapa Aszifa jadi Jie. Aku pun terangla. As-zi-fa.. kan ada -zi- kat tengah tuh. Aku tgok kat album aku, yg penuh ngan gamba2 aku masa aku umo 1 thn...Mama tulis Zi. So dari Zi, jadi la Jie. Heh. Jiji is my name too. =] Jiji, jie, aszifa. ok. But please dont call me ifa. Muntah. Aku rasa tak masuk ngan aku. Jie lebih humble dan biasa.
Nama Aszifa, tak ada maksud dalam arab ok. Cuma ia bermaksud dalam tujul muluk. Maksud dia adala dalam satu paragraph. Aku tak baper ingat la. "Berambut halus" Yang tuh aku ingat.=]
Lagik satu yang lainnya pasal aku, surat beranak aku besar. Tak cam surat beranak orang lain. Orang salu tanya, eh naper ampanya surat beranak besaq. Masa kecik2 la kan...heh. Ceritanya...
Sbb tukar namalaaaaa...Dlu, nama aku Aszila. Pastu. Mak aku suh ayah aku gi tuka..Mama ckp, nanti dah besar, nak suh aku bukak klinik. Dr Aszila tak sedap. Dr Aszifa bunyinya lebih sedap. =] Aku ingat lagi, mama cerita menda ni kat aku dlu. Tuh pun sbb aku tanya kenapa surat beranak aku besar, masa tuh aku dajah baper tatau. Pastu mama cerita pasal maksud nama aku...termasukla, nama aku yang diplan, ada Dr di depannya.
Sebab tuh aku belajar betul2, nak kabulkan impian mama. Impian aku satu, aku mesti jadi Dr, dan bukak klinik. Aku nak buat banner, Dr Aszifa kat situ. Cam mama cakap. Aku ada impian tuh, apa saja impian mama, adalah impian aku. Masa aku form 1, mama bagi buku "Menuju Menara Gading". Aku habis baca, tapi satu apa pun aku tak paham. Aku tak leh selam, kata2 di sebalik buku tuh.
But ur lovely doter, turn out to be a programmer mama =]. But my life getting better rite now. Life is not about being a doctor. Life is a life. Aszifa Aris the programmer, is better i think. Biar dia hidup sorang2 tanpa mama kat sni, supaya dia tahu, kesayangan yang tertinggi itu pada Allah, dan bukannya manusia.
Siapa yang tak kecewa, tak dapat makbulkan impian mak sendiri. Tapi, takdir aku. Sebab tu, bila masuk U, as a comp sc student, aku kuatkan sepenuh semangat kat sana. Aku tak mahu jatuh lagi, dan menguburkan impian lagi, kerana kesalahan aku sendri. Even its only one year, I'm in that miserable state, after i lost my mother, tapi aku hilang banyak menda. Sebab apa? Sebab kejahilan, dan kebodohan aku sendrik. Kerana kesombongan aku, dengan hal aku sendrik, dengan jiwa aku, dengan kesedihan aku, dengan sifat aku yg tegar, tak suka berubah, tak ada plan, tak ada matlamat. Itulah kuatnya penangan, kehilangan cinta seorang manusia, tempat aku bergantung harap.
Tapi, aku berterima kasih pada Allah, kerana membuat aku jatuh. Itu buat aku sedar, aku perlu bangkit kembali, dan itu buat aku sedar, sebagaimana aku jatuh dan jatuh, dan akan jatuh lagi, aku mampu bangkit. Sejauh mana kita merancang, hanya Allah yang menentukan. Sejauh mana kita tak mahu jatuh, walau segala2nya hampir perfect. Andai Allah kata jatuh, tersungkur jugakkk....
Yang penting, Kemahuan. Tiada siapa yang dapat membantu kita, selain diri kita sendiri. Tiada siapa yang dapat mengubah kita, selain diri kita sendiri. Allah pun akan hanya bantu kita, kalau kita ada usaha untuk membantu diri kita sendiri.
Kadangkala, tingkahlaku aku, sukar difahami, tapi untuk setiap sesuatu yang aku buat, ada sebabnya. Tapi kadang2 aku tak mampu nak explain. Tak semestinya perkara yang aku buat itu betul. Tapi biar salah, andaikat aku benar2 belajar daripadanya. Biar tersungkur, andai itu yang mendekatkan aku pada jalan yg lurus.
Life is always a life. Kita bukan hidup untuk menjadi programmer, dr, cikgu atau apa saja, tetapi, untuk menjadi insan, yang memenuhi amanah yang telah Allah amanahkan pada kita, dan menjalani semua ujian2nya dengan setabah mungkin, sehinggalah, hari kita pergi menemuiNya..
Ya Allah, hambaMu yang lemah ini bermohon, sejahterakan roh mama di sana, dialah insan yang sangat aku hormati didunia ini, kasihnya padaku terlalu banyak, dia yang banyak mengajar aku, erti hidup ini. Masukkanlah ibuku Sabiah binti Aminah ke dalam syurga, dan jauhilah dia dari api neraka. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dan ampunilah jua aku yang terlalu berdosa ini Ya Allah. Berikan aku keyakinan untuk berada di jalanMu, walau apa saja yang berlaku. Biar hati ini tiada pernah mengingati sesuatu lebih dari aku mengingatiMu, dan elakkan aku dari kerisauaan pada dunia tempat ujian ini Ya Allah.

Wednesday, November 28, 2007

The small me.

Ni kek susanna..=] Kami telah menyambut bdaynya di pantri tingkat 2

Aper aku buat pagi2 ni kan kat sni. Cam dah jadi habit plak tido, pastu bangun, pastu aku online dan menulis post aku. Sejak kebelakangan ni, pas balik kija, aku lagik prefer terus tido. X kira la, kul 8 ke, 9 ke, 10 ke, pastu suka hati la tejaga kul bapa, aku bangun dan online. Salu aku akan tejaga. Salu la..bukan tetiap malam tejaga. Aku lagik prefer menulis time2 camni. X hingaq rumah ni, gerak geri aku pun tak diperhatikan. Ni buat apa asek orang perati. Hmm. Ada sajala yg tak btuinya kan....

Tadi aku kuar ngan Kak Noreen. Akhirnya impian aku tercapai untuk jumpa dia jugak. Kak Noreen ni, aku knal masa kat U, terrr..kenal sebenarnya. Masa aku mula2 jumpa dia, takde perasaan pun, for me she is the most most normal person. Cam aku mula2 jumpa erni dlu jugak.




Sib baik Kak Noreen balik kl kejap. Sempat jumpa..


Sejak dari 2nd year la, aku kerap dok pi jumpa dia. Selalunya sebulan sekali. Time2 aku pikir banyak sangat, n menda2 tuh dah tak terjawab. Aku gi cari Kak Noreen. Tapi Kak Noreen ni pun sebok, aku ni plak banyak sangat soalannya. Aku cian gak kat dia dok melayan aku. Tapi dia tak boring. Aku respek giler la kat dia ni. Dia memang tak boring dalam bab berpesan2 pada hamba Allah, sbb dia cakap :

[1]Demi Masa! [2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ayat ni kekal di bibir Kak Noreen(k.N), dari dlu sampailah skang. Sejak k.N jadi warden rumah RS,k.N semakin tegas. Lebih tegas to say NO, to what Allah say NO. k.N dah nak kawen thn depan, aku seronok gilerr, dengar berita ni. Akhirnya. Tak sangka jugak. =]

Aku suka dengar k.N cakap, walaupun pedih tertusuk2 sbb dia point out suma salah aku, kat mana pincangnya aku, but it goes through discussion. And we exchange knowledge. Walaupun dia terlalu baik buat aku, seolah2 aku bleh cakap, 'siapalah aku', tapi bab2 ilmu dia akan pertimbangkan semuanya. Dan k.N petah dengan dalil. Dan dia tegar dalam menyebut yg benar, walaupun dia pun berpendapat, dia bukan sesempurna mana, tapi perkara2 yang dia tahu, eloklah dikongsi2..

Ni la koko krunch, aku dapat freee di burger king. Memang kempunan koko crunch, dapat free pulak...memang rezki la. =]

k.N nasihat, tak pernah berbau ego. Tak ada padanya ayat. ' Tuh arrr,,,kan aku dah cakap, dlu takmo dengar'. Dia tak mintak orang dengaq cakap dia. Dia mintak orang dengaq cakap Allah. Dia tak mintak orang tgok dia hebat. Dia melawan perkara2 yang salah, bukan atas dasar keegoaan dia, tapi atas dasar, menegakkan sesuatu pada jalan Allah.

Aku hargai persahabatan ni, jauh skali, aku memuja insan biasa macam dia. Tapi dalam hati aku, aku sedar, Allah tuh hantar pesanan dia dalam banyak segi. Salah satunya, kawan-kawan yng dihantar pada kita.
Lawak jugak k.N ni, bleh dia cakap kat future husband dier, klau dah kawen, dia takmo pakai tudung labuh, nak cam gini jugak. Pastu nak pakai jeans. Ha ha ha. Future husband dia kata ok je. =]

Hampir setiap orang yang aku kenal. Terlalu banyak jasanya buat aku. X kirala, baik ke, alim ke, sederhana ke, as long as u make me thought of something. Aku kenang semua tuh. Kdang2, kita rasa berat sangat nak berdepan dengan seseorang yg tak ngam ngan kita. Tapi tanpa disedari, orang2 ni Allah hantar buat kita, untuk buat kita lebih tabah dan kuat. For sure, bila dugaan dapat diatasi, kita akan jadi lebih kuat. Sbb tu, klau bila berdepan dengan orang yg 'kini' tampaknya, selalu menyusah-nyusahkan kita, fikir balik, seblom kita judge dia, dia membawa banyak kebaikan pada kita sebenarnya, dan membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Sebab tu Allah kata, semua takdir yang telah ditetapkan pada kita itu baik.

Aku masih dalam proses penyucian hati aku ni. Dan, aku seolah2 takmau mengeluh lagi kat blog ni, biarlah segala dugaan perasaan yang menyerang aku, aku simpan, dan luahkan hanya pada yang Esa. Allah mengetahui, kita tidak.

Aku still go slow dengan career. Aku bukan aku yg aku tuh. Tapi bersebab aku buat camtuh. Member kat opis suma gile kija. Still, ada suara hati yg menyuruh aku go slow. Ada sebab. Yang tak mampu aku explain.
About goal. As i am goal-oriented person, ada saja goal yg aku nak achieve, aku masih bergoal. Cuma aku masih belajar untuk redha dengan segalanya. Bukan senang nak redha untuk orang yang bergoal. Bukan mudah untuk aku. Di suatu segi, dalam beberapa aspek, aku boleh tolerate dengan diri aku, dan aku redha dengan SEPENUH hati. Tapi, ada dalam aspek2 lain, aku pincang, dan tak mampu redha dengan sepenuhnya. Tak salah ada matlamat, tapi biar redha.
Sesungguhnya, aku masih berusaha untuk itu.

Kadang2, seronoknya, andai kita mampu berseronok dengan keseronokan dunia. Tapi buat aku, aku hanya mampu berseronok dengan yg seronok itu buat seketika. Lepas tu aku rasa jiwa aku kosong balik. Aku di tgh2, ada tolak dan ada tarik. Tapi kesal tu akan muncul, selepas aku terlampau seronok. Menda tu buat aku pikir banyak. Klau aku taknak yg seketika, maka kejarlah yang nyata.

I try my best untuk menerima fitrah hati aku ni. Walaupun banyak dugaannya. Aku kan khalifah Allah yang dikurniakan akal untuk menjalani kehidupan aku. Aku kena kuat, dan tak mengeluh.

Takde orang yg nak tolong diri aku , selain diri aku sendiri. Walaupun skang aku diserang dari segala macam segi, aku tahu aku ada kekuatan untuk terus kekal survive. Allah ada untuk aku.
One hour. Dah 4 oclock. Masa untuk aku sambung tido. Esok aku sambung cerita lagik.
Ya Allah, ku pohon, ampunkan hambaMu yang sering berdosa ini. Aku tahu, tingkat iman seseorang itu berubah pada amalnya. Di saat ini, di saat aku mendekatkan diriku yang hina ini padaMu, aku mampu berfikir sebegini. Namun aku risau, dengan masa depanku, yang masih tidak tentunya. Rahmat dan kasihMu, ku harapkan, agar aku sentiasa berada di jalanMu. Dan jadikan aku orang2 yang kematiannya, berakhir dengan kebaikan. Jadikan aku hamba yang redha Ya Allah, dengan apa yang telah Engkau takdirkan padaKu. Jadikan aku, hamba yang berkerjaya keranaMu Ya Allah, bukan hamba yang mengejar wang, jauh skali pangkat dan nama. Jadikan aku ikhlas, beribadat dalam karierku Ya Allah, dan bagi aku kebijasanaan akal yang tinggi, untuk mempermudahkan segala urusan aku Ya Allah. Tingkatkan kemahiran logik aku, programming skills aku. Let me do well in java, n jsp Ya Allah. Terangkan hati aku, seterang2nya untuk urusan2 ini Ya Allah. Andai ini sesuatu yang telah Kau tetapkn untuk aku, izinkan aku lakukannya dengan Yang Terbaik. Andai ini dugaan yang Kau tetapkan untuk aku, di saat hamba ini hanya biasa pengetahuaannya tentang programming, let me do well, with the guidence of You Ya Allah. Guide me well.

Pilihlah Allah, kerana kita akan dapat semua. Tinggallah Allah, maka habislah semuanya.

Tuesday, November 27, 2007

Dunia.

Sometimes it happen. Dunia ini penuh dengan orang yang asalnya mempunyai esteem diri yang rendah. Kadangkala, improvement pada esteem itu dilakukan dengan cara yang baik. Kadangkala, dengan cara yang salah. Apa yang salahnya? Salahnya apabila, seseorang menggunakan cara "merasa lebih baik daripada orang-orang lain" untuk merasakan dirinya bagus.

Orang macam ni selalunya seseorang yang selalu mencari di mana kurangnya orang lain. Dan dia mula membuat comparison, antara dirinya dengan orang lain. Dia tak boleh hidup, andaikata, orang lain, lebih dari dia, dari mana-mana segi. Kadangkala, orang sebegini memang tak boleh paham, kita semua ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Tapi ada jugak yang paham. Tapi, golongan sebegini, secara luarannya, sememangnya tidak ingin terima, bahawasanya, sememangnya ada orang yang lebih bagus dari mereka.

Kesannya? Kesannya terhadap orang yg baik2 lah. Orang jahat takpa, jarang terkesan. Sebab tuh kita kena pandai detect, jangan pernah menjadi hamba untuk "mengimprove" esteem mereka. Kerana mereka-mereka ini hanya menggunakan kita. Untuk membuat mereka rasa lebih baik dan lebih berharga. Kadang2, ucapan mereka berbau nasihat. Tapi kita sememangnya diberikan kebijaksanaan untuk menilai, samada nasihat itu diberi, sememangnya untuk membawa kita ke jalan yang betul , atau , nasihat itu diberi kerana memuaskan ego mereka yang menyala, semata-mata untuk mereka merasa lebih baik dan lebih bagus dari kita.

Bahayakah mereka? Bahaya, kerana ini semua berasal dari hati yang sakit parah. Bagi yang tak reti melawan, takper, buat tak tau ja. Masuk telinga kanan, kuar balik di telinga kiri. Biar segala keegoaan mereka terlepas. Kalau mampu bertahan, dan bagus kalau mampu bertahan, kerana sememangnya kita tak payah nak buktikan apa-apa dengan mereka. Mereka sendiri tahu, siapa diri mereka. Cuma mereka berselindung di sebalik topeng kekebalan, yang isinya rapuh dan goyah.

Orang-orang macam ni sememangnya sakit, dan kasihanilah mereka~~. Kalau kita banyak membaca dan memerhati, kita akan sedar, perlakuan seseorang sememangnya terhasil dari kisah silam mereka. Anak-anak yang terabai dalam keluarga, rakan-rakan yg terpinggir di sekolah, atau konflik diri yang tidak pernah selesai, atau tidak mahu diselesaikan dengan cara yang betul.

Beware. Kena pandai bezakan. Kalau orang macam ni keep on cari pasal dengan diri kita. Takyah kacau balik dia, sbb dia memang tak boleh jejaskan apa-apa dalam diri kita. Kita yang kena pandai jaga diri kita, Jangan pernah terpengaruh dengan kata-kata mereka. Anggap saja, ada seekor anjing jalanan, yang sedang menyalak pada gunung yang utuh. Walaupun salakan itu kadang2 membingitkan telinga, tapi gunung tetap disitu, tak perlu buat apa2, kerana salakan kekal salakan, x mampu meruntuhkan gunung yg kekal utuh.

Di mana baiknya mereka untuk dimanfaatkan? Orang sebegini sangat berguna untuk kita detect, di mana salahnya kita. Mereka tak akan sebut yg baik pada kita. Ni klau yg betul2 ntah paperla. Tapi still, ada segolongan yang boleh menerima kebaikan orang lain, tapi masih mencari2, dan mengorek-ngorek kelemahan orang lain, semata-mata untuk merasa dirinya bagus.

Guna perkara ni untuk improve diri kita. Orang camni selalunya menyebut kelemahan orang lain. But wait, analyze betul2, apakah kelemahan yang dia sebut itu, sememangnya kelemahan kita, atauu, bukan. Kalau betul, ambik menda tuh, dan fix kan. Kalau tak boleh fix, sekurang2nya, orang tu buat kita sedar, kita pun bukan sempurna, tapi jangan pernah, biar orang macam ni ganggu esteem diri kita. Esteem dia dah goyah, jangan biar kita pulak yang goyah. Yakinlah dengan kelebihan diri kita.

Mengapa perkara ini dipersoalkan? Kerana jemu mendengar nasihat yang berlandaskan keegoaan semata. Jemu dengan orang yang nak menang dalam semua benda. Cakap, dia saja yang terer. Buat apa pun, dia sorang yang betul. Orang lain semuanya tak kena. Orang lain semuanya tak bagus. Tapi tenunglah orang2 sebegini dengan lebihh dalamm. Kita akan mengerti, kadangkala mereka hidup dalam ketakutan, kerana mereka sebenarnya tahu, siapa diri mereka yang sebenar-benarnya.

But anyhow. Hanya orang2 tertentu sahaja boleh belajar dari pujian. Tapi seringkali, ramai dari kita belajar dari kritikan. Andaikata, kritikan itu membina. Ambik. Walaupun itu hanya provokasi dari jiwa yang ego. Jangan lepas peluang, untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Semoga Allah membawa kita semua ke jalan yang benar.

"Kadang2, kita rasa kita seolah-olah hilang akan "sesuatu", tapi kita tak hilang sebenarnya. Kita cuma kembali, pada suatu keadaan asal, seblom kita mendapat "sesuatu". Allah pinjamkan. Jangan persoal bila Allah tarik balik. Itulah yang terbaik. "

Sunday, November 25, 2007

Cherry Icon

Ungu :: SurgaMu

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di setiap waktu

Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di Setiap Waktu

Ahmad Fahim dah besar...=]

Kemurungan aku arini, nak2 period ni memang aku kena sabar banyak2 laa...kena sangat sabar sebenarnya. Satu ari seblom period lagik rasa nak meledak, bukan meledak dengan org, tapi meledak dengan diri aku sendrik. Saat camni, mulala, salu salahkan diri sendrik, sng ingat cerita sedih2, dan mudah la melarat-larat. Lagik satu hormon shopping tinggi. Ntah paper. Nak makan macam2 la...aish. Hormon gembira susut tahap cipan untuk seorang perempuan time2 camni. Dah usaha mengset macam2 kat kepala ni, ubah cara makan, tapi bukan senang la bagi aku. So sebulan skalik, aku kena bersabar tahap tinggi. Salu time2 camni, aku elak wat keputusan la. N buat menda2 penting, sbb aku tau, time ni, emosi melebih2, dan sukar nak kontrol. Sbb tuh kot, orang cakap pompuan takleh jadi pemimpin. Ada kebenarannya. Tapi zaman dah berubah, ar, malas cakap pasal ni, ni dah lari topik. Nantila, klau rajin aku tulis, pasal kepimpinan ni.

Tadi aku naik monorail, kat KL Sentral lah, pastu ada pakcik ni, bawak anak dia, 2 orang. First time naik kot. Pastu pakcik ni, suh anak sulong dia gi duduk depan dekat drebar. Adik dier duk kat ayah. Abg dier ni baik ja, adik dia tegedik2 skit. Dedua laki la. Dah tgok abg duduk kat drebar, adik ni dok rengek2 la nak duduk jugak. Ayah dier panggil abg, ''aayemm...Ahmad Fahim sayang, kasi adik la duduk depan" ..haha...nama anak sedara aku rupanyaaaa....Chubby dak ni, baik lak tuh, pastu dia pun ngan muka sedihnya, darik depan ke belakang, mengalah la tuh. Tapi adik ni tanak pegi duk depan lakk....ngada2 tul. Then Ahmad Fahim gi duk depan balik, sbb adik dier dah tanak duduk. Peramah dak ni, dia dok tego2 mamat kat seblah yang hensem n tgh kunyah chewngum..."Abg2, tmpat ni nama apa, tempat tu??" Ya Allah, comei gilaa...Aku harap Ahmad Fahim bila besar2 nantii pun jadi cam dak ni, tak sabarnya nak tgu Ahmad Fahim besar.

Arini, memang ramai sangat orang india. Sbb kes nak serah memorandum tuh laa...Dan monorail tuh memang semerbak la baunya. Dekat ngan stesen bukit nanas tuh memang ramai giler orang India. Kita yg tgok ni, naik takut jugak. Aku ni kan suka menonong-nonong sorang2 aku kat sni. Dalam hati ni, mintak2 la tadak menda yg berlaku. Ingat Allah je la klau time aku menonong-nonong, tambah lagi di malam2 ari. Kak Linda salu la marah aku, jangan berani sangat katanya. Tapi aku bukan berani pun. Nak lintas jalan pun takut.

Betapa berbezanya kita, lain bangsa, tapi kita tetap berasal dari adam dan hawa. Sama ja semua, tanah jua asal kita. Dah namanya duduk di Malaysia. Timbang rasala.Aish. Soal perkauman ni memang takan tamat.

Balik ke kisah adik2 comei tadik, memang comei la, sampai satu stesen, dok ty ayah dia. "Ayah, lepas hotlink aper".Kan kat monorail tuh, setiap stesen dier, digi la, hotlink la, AIG ler.. "Mana ayah tahu sayang". Rajin pakcik ni dok melayan anak2 dia.Haha, sebijik cam iklan burung murai tuh. Macam tuh la, mak ayah sayang kita. Dari kita kecik, dok melayan kita. Tapi kita ni mampu ke tak balas jasa depa tuh. Moga aku menjadi anak yg baik Ya Allah. Walaupun aku ni jahat dan laser skit. =]

Then dah sampai kat Medan Tuanku, aku turun la. Adik2 comei tadi lom turun lagik. aku pun menonong-nonongla mencari Sheraton Hotel. Then aku nampak, dia tulis, Jalan Doraisamy, hmm tul la ni. Then nampak lak Jalan Yap Ah Sak. Tidak salah lagik, inila tempatnya. Aku cari Yayasan Al-Quran KL sebenarnya.

Ya Allah, aku hanya hambaMu yang lemah. Sentiasa bawa aku ke jalan yang benar. Amin...

Friday, November 23, 2007

Takdir itu tetap takdir...

Di saat embun meluruh aku terjaga,
Mengapa rasa sebak masih di dada?
Seolah ada ketulan berat,
Menghimpit..
Desakan nafas ku menjerit,
Meminta ia berhenti...

Di saat ini ku ingat padaMu Ya Allah,
Mengapa aku perlu melalui semua ini,
Hanya Kau dan aku yang tahu,
Ku pohon,
Ampuni daku,
Atas segala kelalaian dan kealpaan ku.
Siapalah aku,
Tak mampu menyoal,
Apa yang telah engkau takdirkan padaku..
Diriku,
Tiada pernah putus asanya,
Dari mengharap dariMu Ya Allah,
Dan aku mengerti,
Ini ujian untuk menjadikan aku tabah..

Cuma timbul sedikit kekesalan,
Mengenangkan kelalaian dalam hidup ku..
Sembuhkan aku Ya Allah..
Dari luka-luka ini,
Dari parut-parut silam,
Yang kadangkala,
Mematahkan semangat,
Membuat aku lemah,
Malah
Mengundang syaitan menjadi teman setiaku..

Betapa istimewa dan uniknya setiap hambaMu,
Itu aku tahu,
Tapi itu semua muncul,
Hasil jerit payah dugaan dariMu,
Setiap hari ku pohon,
Jadikan aku insan yang kuat dan tabah...
Mana mungkin Aszifa Aris,
Kekuatan itu akan timbul,
Tanpa latihan yg kental..

Dan kini,
Tiada aku meminta,
Untuk tidak mengalaminya lagi..
Sesungguhnya aku bersedia,
Untuk menghadapi kekalahan lagi,
Cuma,
Tambahkan lagi,
Sifat istimewaku,
Dari situ.

Dan buat semua manusia,
Yang menyayangi dan menghargai diriku,
Jangan pernah menyoal,
Apa perasaanku,
Cukuplah,
Di saat mengingati diri ini,
Doakan aku,
Semoga syurga menjadi milikku...


Sesungguhnya, apa yg dikejar di dunia ini tidak pernah tamat. Satu persatu, peristiwa berlaku dalam hidupku, dan satu persatu kekuatan aku kutip, satu persatu sifat, aku pupuk, satu persatu keikhlasan aku bina. Walaupun aku tidak pernah akan jadi sempurna, tapi aku yakin, di suatu hari, di saat aku pergi menemuinya, andai aku mampu lalui semua takdirku, andai Allah memberkatiku,. aku akan memiliki apa sebenarnya yang aku cari.

Sesungguhnya, takdir tetap takdir, betapa hebat kita berharap, atau betapa hebat kita merancang, takdir adalah takdir yang tetap akan berlaku. Kita cuma perlu menyesuaikan diri dengannya...

“Seorang mukmin salah mengira bahwa hari-hari yang dilaluinya adalah apa yang telah ia rencanakan sebelumnya. Kenyataan sebenarnya adalah bahwa ia hanya menyesuaikan diri dengan takdir Allah yang telah ditetapkan atasnya. Bahkan jika seseorang mengira bahwa ia telah berperan dalam sebuah situasi, ia menganggap ia dapat mengubah takdirnya. Sebenarnya ia mengalami momen lain yang telah ditakdirkan untuknya. Tak ada satu waktupun dalam kehidupan kita terjadi di luar takdir.”
-Harun Yahya, ::Melihat Kebaikan Dari Segala Hal-


Layakkah aku berkata tidak mampu, Di saat Allah berkata...

"Sesungguhnya, Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran." (al-Qamar: 49)

Andai aku turut jua mengikut perasaaanku, dan berkata aku tidak boleh, bukankah aku melawan kata- kata Tuhan, di saat Dia sudah berkata aku mampu....Tak ingin lagi, aku menambah-nambah dosaku...

"Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya."
(al-Mu`minuun: 62)

Walaupun kesabaran itu, suatu sifat yang tinggi akhlaknya, di saat aku jauh dari situ, tetapi inilah peluang, untuk aku memiliki sifat itu kerana...

Nabi s.a. w., "Barangsiapa yang tetap bersabar, Allah akan membuatnya sabar. Tak ada karunia yang lebih baik daripada kesabaran." (HR Bukhari)

Kerana pasti Allah akan menolongku.

Layakkah aku, untuk berkata, aku tidak mampu hidup tanpa kasih sayang manusia, di saat kenyataan dalam Al-Quran...

"Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal." (Ali Imran: 160)

Dan aku pohon, seribu kebaikan buat ku...

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak karunia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yunus: 107)

Walaupun aku jauh dari suci, hanya padaMu ku berharap...

"… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87)

"Sesungguhnya, setelah kesulitan itu ada kemudahan."
(al-Insyirah: 5)
.Biar sulit di dunia, andai mudahnya di akhirat.

Sunday, November 18, 2007

Terima aku kembali

Biar coretan ini ku tonton,
Hanya aku,
Yang layak melihat kisah kehidupanku,
Buat sementara,
Aku perlu ia dipertontonkan hanya untuk aku...

Coretan yg dalam,
Datang dari hati,
Tapi hati sudah dikuasai, sesuatu yang memungkiri,
Tiba masa, untuk ia kembali suci...

Harus aku berhenti,
Dari membiasakan diri,
Memanjakan hatiku yang ralit,
Dengan keasyikan dunia fantasi...

Sejauh mana aku,
Melangkah pergi,
Aku tetap hambaMu yang lemah,
Yang sering terduga dengan keenakan sementara,

Ya Allah aku pohon,
Terima aku kembali,
Hanya ke pangkuanMu yang abadi,
Jangan kau tinggalkan aku sebegini,
Tanpa arah dan tuju yang pasti...

Kisah duka lara,
Ku coretkan disini,
Harapan ku,
Agar apa yg aku alami,
Memberi pengajaran pada semua yg disayangi,
Aku hanya insan yang sebegini,
Kasih sebenar ku cari,
Dengan harapan akan ku jumpai..
Dalam dunia nyata,
Aku tak mampu bersuara,
Untuk mengutarakan apa yg selalu di hati,
Hanya di sini..
Aku menyuarakan kata hati...

Buat sementara,
Harus ku tutup,
Semua pandangan,
Semua kisah,
Dari aku terus menulis kisah,
Dunia sekelilingku...

Biar ku sucikan semula hati,
Semoga aku cepat kembali,
Ke sesuatu yang pasti,
Dan tiada berundur lagii...

Ampunkan aku,
Betapa bersalahnya aku ,
Betapa berdosa ku rasa,
PadaMu Ya Allah....
Jangan jadikan aku, insan yg dusta,
dengan kata2 ku...

Untuk setiap insan yang aku sayangi,
Biar aku sayang mereka,
Pada tahap tertentu saja,
Jangan Kau jadikan aku gila,
Pada episod peristiwa seterusnya..

Aku sayang,
Yang terlampau,
Pada mamaku,
Insan biasa di dunia ini,
Jadi kau tarik dia dari aku,
Supaya aku mengerti, Hanya Kau yang abadi,
Ini yg ku kesal, dengan diriku,
Yang mungkin tiada pernah mengambil ajar dan ajaran dariMu,
Selagi mana aku,
Terlalu menyayangi manusia ciptaan Mu,
Sehingga lalai sebegitu,
Selagi itu mungkin aku,
Tetap akan sebegini....

Ku pohon,
Agar hati ini tidak lalai,
Jiwa ini tidak leka,
Berikan ku nafas baru,
Untuk aku menghadapi dugaan di dunia baru...

Walau di mana aku berada,
Seandainya hati aku ini berdaya,
Sudah tentu aku mampu bahagia...
Kembalikan cahaya pada hati ini,
Kembalikan sinar iman pada hati ini,
Supaya aku tidak leka lagi...

Sesungguhnya aku dalam kesempitan,
Dan terdesak,
Dalam membuat Kau kembali,
Memberkati diriku ini..............

Sabarkan aku...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). "

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

Terima daku Ya Allah...

Jika hati telah diliputi rasa putus asa
Dan hati lapang telah menjadi sesak..
Kala ujian dan cubaan telah menjalar,
Dan di dalam hati telah berdiam semua bencana
Engkau tahu harus ke mana mengusir kesulitan
Dan tidak pula bermanfaat usaha orang-orang pintar
Saat itulah datang bantuan putus asamu,
Dari Rabb Yang Maha Pemberi dan Maha Dekat,
Semua peristiwa walaupun telah memuncak,
Akan bersambung dan akan ada jalan keluar dalam waktu terdekat…
...dari barisan usrah..dari bumi tarbiyyah....


Ali bin Maqlah

izdan81.blogspot.com

Monday, November 12, 2007

The happy day...

Tgh makan yong tau fu ni, tak abis plakk...kenyang makan tau fu fah. Setiap ari isnin ngan jumaat aku mesti makan tau fu fah sebab kat sni pasar malam isnin ngan jumaat...aish..nak balik la minggu ni, tapi aku lom bli tiket lagikk...Arini aku berjaya mengosongkan fikiran...wah ha ha..beshnyaa..
Dan sebenarnya, mungkin dibantu oleh kija yg hampir setel...smalam pnat ja dok pikir naper takleh jalan menda tuh...aish.Semalam aku tido awal...kul 8mlm dah tido, 8 pg baru bangun, kalah ahmad fahim tido camni...Bgn2 je ada 3 msg, 6 miskol. Wah3...time aku nak tido gak org nak carik, dah kena aku bejaga takde org nak carik pun...

Suma msg pun aku tak reply. Sat lagi baru nak reply. Kwn aku sorang ni msg, klau msg ngan dia ni berbals2 la..takdenya 1 , 2 msg. Dia dah nak kawen thn depan, tapi cam konpius2...Nak kawen pun sbb kawan2 lain dah kawen. Tertekan ngan persekitaran la kot. Pastu dok tensen aper ntah ngan rumate dier, ngan responsibility sbg anak lagik...ader je la aper2...aku pun msg je la, walaupun kadang2 aku tak larat, aku reply gakk...sbb menolong meringankan pala hotak orang apa salahnya. Tapi sbb aku pun cam berat skang, aku tak mampu nak mereply lahh...bagi aku habis nafas dlu minggu ni, minggu ni kan otak aku bercuti..

Pastuh tadi jugak, ada mamat ni kol, salah satu tuh msg dia rupanya...Ntah saper2 aku pun tak kenal, masa tuh aku tgh lunch...Soksek2...kawan kepada kawan linda rupanya. Patutla si linda ni, ntah aper2 soalnya...oOOoo..baru tauu....aku ingat dia main2 jaa...linda, linda...

Lama dah aku tak letak gamba kan, asek nampak ayat je, ni aku letak la, meriah skit...Ini la linda...lain linda dari dlu..=]...Gamba masa bukak pose kat KLCC.


Msg si timah ni pun aku tak reply lagik, ader ke, sowang dak ni, kol tim, cakap dapat no dari aku..dapat no darik jie, dari aszifa. Aish, nama jie tuh takpa lagik, nama aszifa tuh sentuh aku marah...Dah la nama satu dalam segala tuh....Mana de aku kasi no tim kat sesapa...Last2 aku mintak no dia darik tim, aku kol terus, haha..kann...Dah diam teruss...saper suh pakai nama aku, tapi sampai skang aku tatau, mana lak dia dapat no tim. Biarla, jangan libatkan aku sudah laa...Tim ckp pastuh dia terus tak kacau dahh.....pelik2..

Sudahla, aku tak larat nak merepak, aku nak wat unit test case pasni, hhmm..wat ke haa..haha..tgok2 je kot...tgok pun jadila, dah 10% tuh, nanti sok progress la lagikk....Yong tau fu ni tak abis pun, x larat nak makan dahh...aishh..asek membazir, part ni la dari dlu sampai skang aku asek kena perli ' nabi salu habiskan makanan, tak baik membazir, membazir tuh amaln syaitan' . Hmm tak ka kna sebijik tuh....Tapi dah tak lalu...takan la gi kedai nak order, 'nasik ayam separuh', 'burger mcd separuh' kan. Ishk...

Masih dalam proses mengosongkan fikiran. Taknak baca blog superman. Nanti pikir lagik.

Tadi kakak aku msg, tanya 'kak aiza putus cinta ka, tak jadi kawen ka'. Naper tanya kak?
Dia memang putus cinta. Tapi dia mungkin kawen gak kot. Kawen ngan orang len kot. Ngan org yg suka kat dia. 'Klau semua org boleh kawen dengan org yg dia cinta, bermakna, ramaila orang kat dunia ni berkahwin dengan org yg tak mungkin dia cinta' . Camtuh la lebih kurang ayat, hero tamil mana ntah cakap ayat ni.

Tapi kakak aku ni dia kawen ngan org yg dia betul2 cinta. Cinta pertama tuh. The only one. Tak penah lerr aku tgok dia kawan ngan org len yg dia suka sangat2 camniii....Betuah le abg fazel, sbb dapat menda yg paling susah kakak aku nak kasi kat org len...Kakak aku yg macho ni. Aishh..tak macho dah ngan abg fazel. Dlu dia salu cakap, naperla pompuan suka bunga. Org laki kasi bunga pun nak suka2...ahahahaha..aku gelak kuat, bila setiap kali dating, abg fazel mesti kasi bunga...n kakak aku suke giler2.....sayang giler kakak aku ngan bunga2 ni...

Kelakar lak ingat2..Arituh, si najah ni spt msg, msa tuh dah kul 7.58...lagi 2 min ke pukul 8 mlm. Kalut2, dia panggil.."jieeee.....tgok msg ni, jambatan pulau pinang runtuhh.....kawan kita ckp, cepat2 tgok beritaa!!"..Aku lagik la kalut, dah la time2 gini abg ipar tuh balik dari penang ke sp...gila berlari aku gi carik enset aku nak kol kakak...sekalik si najah ni,,,,,"laaa, jiee,, meh baca msg ni sampai habissss....kene tipu laaa"....Menyumpah aku kat org yg send msg tuh, saje je antar msg nak dekat2 kul lapan...pastu tinggal ruang, cam msg dah tamat!!...Jahat!!..

Laa..dah 9.30..nak gi tgok citer korea.

Sunday, November 11, 2007

The day decided!

Baru pas makan nasik, wah3..aku bangga ngan diri aku arini sbb aku bleh makan banyakk...wah3...bangganyaa...klau dak salu aku makan rasa nak kuar balik ja suma, asek nak muntah jerk....Nasik tuh sedap ke ha..aku pun tatauu..tapi akhirnya aku dah jumpa kedai makan yg sesuai ngan selera aku, smalam makan nasik paprik pun sedap, arini nasik daging merah pun sedap....Yeah..saya akan terus membeli di kedai anda...
Smalam aku keserabutan kan, dan arini pun sebenarnya seolah2 begitu, tapi aku avoid diri aku dari orang2 skit..,,dan berusaha mendiamkan otak aku ni...Cukuplah, aku betul2 dah penat. Aku start dengan minggu ni untuk tanak pikir secara kritikal lagik. Aku akan mendiamkan setiap pelosok otak aku ni...Nih betul2..kira aku buat janji pada diri aku sendiri. Aku nak otak aku bercuti minggu ni. Dengan harapan, usaha pada minggu ni, membawa perubahan yg lebih baik untuk minggu depan.
Tadi aku ingat nak gi repair kasut, tapi arini ujan lak, pakcik kasut tuh takde pun, uh uh, takleh la aku nak pakai kasut tu minggu ni,,,aicehh...baru je beli kasut tuh, tapi aku ni stail kakki aper pun aku tatau laaa..haha..cepat jer merosakkan kasut....Tapi masa beli aritu, dapat boucer rm5, so bulan ni aku nak gi beli kasut lagik kat kedai tuh...
Tgh ari tadi, aku gi opis, tapi kija tak siap gak, stuck kat mana pun aku tataula, tepaksala aku bertanya rakan2 di esok hari, sbb aku takleh nampak kat mana silapnya menda tuh...Bagila aku detect kat mana salah tuh Ya Allahh...adoi la.....
Kija support aku pun so far so good, besh jugak wat support ni ekk...ari selasa ni abisla duty aku, kasi kat org len lak....Tapi nanti seblom raya aji ngan masa krismas aku wat lagik....Tidak ku sangka, aku kene wat support...Tapi serius, besh jugak!.hehe..
Raya aji ni, aku mintak cuti seminggu, arap2 lulus...ngah2..aku nak balik, jumpa Ahmad Fahim..I'm freezing this week..!!!

Sorry!

Baru dpt menulis blog, bila rasa lega skit ni, aku rasa arini, i'm not being me...its like, my emotion yg speaks, tanpa ada keseimbangan akal yg dapat menyeimbangkan....sib baik arini cuti, so tak jejaskan sapa2...tapi menjejaskan aku sajala...aku tak rational langsung arini...dan asik wat menda2 yg tak rational...Sesak nafas dari pagi sampaila ke malam...aku de wat dosa paper ke ni ha...Tapi mungkin sbb dah lama takleh smayang, lusa dah bleh semayang kot...Bila bley semayang tuh akan stabil skit la emosi aku ni... Arini, aku sembang ngan ramai org, aku msg pun ngan ramai org...Dan mulala, macm2 yg tak rasional tuh timbul, n sesapa yg berhubung ngan aku arini mesti rasa aku cam needy sangat arini, tadi aku kol kakak pun, penat kakak nak melayan aku kot...Tapi cukupla takat ni, aku dah jam arini, takleh pikir apa2..aku nak gi tido jela, n berdoa, semoga aku terbukak hati, dekat org yg betul2 suka aku, yg hargai kewujudan aku...Dlu, mak aku salu pesan, suka kat org yg suka kita, mungkin itu pesanan yg patut dipertimbangkan...Aku takleh wat menda ikut suka ati aku ja kan?Klau abaikan hati pun, aku boleh hidup.Esok, aku kena siapkan kija, cukupla aku camni 2 hari Ya Allah, jadikan aku kembali stabil di esok hari, aku ada menda nak siapkan. Lagi tak siap, rasa tak senang duduk. Dan, takdirkan, hanya yg terbaik dari yg terbaik buat aku, jangan bagi sesuatu perkara tuh, berulang2 kali untuk aku rasa, aku taknak rasa lagi kali ni. Cukupla. Aku pohon, kalau sesuatu tu tak baik untuk aku, jgn panjangkan ceritanya. Pendekkan saja. Aku nak jalan yg lebih mudah kali ni. For what ever that happen, jangan Kau tinggalkan aku. Takat ni ja. Thats it. Aku stop. Forgive me, for being needy today. Jgn pertimbangkan, apa yg aku dah buat arini. Exclude my stupid actions, from the unbalance emotion. Sorry aszifaris, for not being the rational u today. Sorry, sorry, sorry!

Thursday, November 08, 2007

The day with!

Arini aku dok umah jer...berehat2...sib baik la tadak menda sangat wat kija support ni, haha...tapi semalam aku dapat 2 tiket...kan...dah cakap, huhu....tapi bagus jugakla dapat tiket, leh aku belaja, klau takde prob camne nak belaja kan...tapi smalam member opis aku yg kebetulan duduk area sni jugak datang umah....so takde mendala, biasa2 je.....
Aku malas nak beratkan pala aku pasal kija, instict aku pun ok je, dan kebelakangan ni aku pun tak pikir sangat, kadang2 aku memang tak reti wat pun, tapi aku tak nak pikir, bila menda tuh datang baru aku pikir, pastu wat je la, tapi ok jer....lama2 terer la aku...huhu

Aku nak duduk sni pun bukan lama, 2 thn je, pas 2 thn, blah la aku dari tempat ni, aku nak balik utara, biar aku dekat ngan famili aku, dgn org2 yg aku sayang....dengan USM aku, sng aku nak pikir sambung belajar ker haper ker....betulla, cakap Puan Rosnah lec aku kat usm dlu, dia dlu kija sni cam tade life, kuar pagi naik train, balik dah malam, dalam train lagik, balik umah tido, esok, pegi wat menda yang sama lagik, program yg sama lagik, da da da...huhu camtuh la...

Sebenarnya boleh klau nak bagi ada life, banyak menda kat sni, tapi ntah ar, bukan cara dan gaya idup aku kot...aku tak rasa seronok pun life camni...cam ada menda yg hilang, tapi tatau kat mana....sebenarnya terlalu awal untuk membuat penilaian...tapi aku takmo ar biar hidup aku camni, biar la dalam 2 thn ni, aku kebas cukup2 apa yg patut dikebas, pastu aku akan pulang...

Tapi dalam jangkamasa ni, biar aku jauh skit dari famili, so aku independent skit, klau dok umah, aku terlalu disayangi, ..dahla ayah, kakak2 sayang aku, abg2 ipar pun sayang jugak, mak tiri aku pun sayang aku....nguah2...Kebergantungan tinggi laa..biar aku jauh skit, dari kesenangan yg aku suka...Variety skit idup...

Kak linda pun dah dapat tuka kedah tau...beriya kak linda msg semalam, banyak gila tanda seru..haha...besh la dierr..seronok sangat la tuhh....ni lagik insan yg takleh dok jauh, dok kl dlu asek bising tak besh, dok phg ckp tadak menda, kena dok kedah gakk..haha...mungkin dah fitrah keluarga aku, tak reti nak berjauh-jauhan...Kena bersama2 selalu...baru terisi idup...

07/11/2007 :: 3.10 pm :: Kak Linda :: Alhamdullillah!Dapat tukaq kdh,syukur! Cek dlm emoe td!

Aku ni klau ada mak aku dlu, confirm dah aku tak kuar mana2,,,tak bernafsu ngan apa2 pun. Cukup la ada mak aku, aku dah cukup bahagia...Namun tak mungkin ada kasih manusia yang dapat menandingi kasih sayang Allah pada kita...Sememangnya semua dari kita layak gembira, kerana Yang Maha Esa itu sentiasa menyayangi kita, tanpa syarat...Sayangi aku selalu.

Tgu ar nda, 2 thn lagik jie balik...Bila kita lompat ke stage yg kita tak sng sangat, kita akan lebih mengenali apa yg kita senang, dan itulah yang akan membantu kita membuat keputusan yang lebih bijak untuk kehidupan...Cuma aku pohon, takdirkan, hanya yang terbaik buatku Ya Allah..

Biar aku merasa, apa yang patut dirasa, biar aku puas camni dlu, dalam 2 thn ni, aku nak concentrate dengan apa yg patut dikebas, dan menunaikan tanggungjawab aku sepenuhnya, sebaik mungkin, setakat mana aku mampu....sesungguhnya aku hanya mampu merancang, Yang tErbaik tu, tetap Allah yang tentukan...

Kita bleh judge org by its cover, tapi isinya ntah apa. Cam dlu, bila aku ckp, ' Dia nampak .. kan'. Mesti hri akan ckp 'Nampak ja, tapi dalam dia tuh tatau camna'. Tuh salah satu ayat fav dia la..dia salu sebut, tapi mesti dia x ingat, sbb dia suka lupa....dan dia akan kata aku ni salu ingat menda2 camtuh....dah aku ingat, nak wat camna..kelebihan aku la kot.

Besnya, klau bleh jadi setabah Siti Khadijah, hartawan, bangsawan, dermawan, solehah lak tuh, dapat nabi lagik, nabi pun sayang dia yg banyak dan hargai dia selalu..klau dia idup zaman ni, mesti dia wanita bekerjaya yg seimbang dan besh...Role model. Beshnya klau leh jadi cam dia jugak. Biar aku ingat Siti Khadijah selalu. Itu role model yang besh.

Happy Deepavali! =]

Tuesday, November 06, 2007

I love purple!

Erk, kija aku tak siap...semalam, aku bajet cam dah ok, tapi arini dah jadii tak ok...uwaaaaa.... uwauu! Sy mengalami final year pojek setiap ari. Argh..lama2 besa la kan...ni transisi2 lagik...
Balik tadi, rasa cam nak bebel2...najah tgh lepak2 tgok cerita jelatang. X jadi aku nak bebel, sbb tuh part kaunselor tgh nasihat si alima tuh..haha, banyak gila nasihat diaa..serius aku tak jadi bebel..rasa insaf seketika...

Dan seperti biasa, aku akan baca blog superman, aku penah sound skalik kat kak aiza, superman ni hidup cam takdak purpose...cam buat apa kita nak buat sesuatu yg kita tau penghujungnya entah ke mana2...tapi kita keep on buat, sebab nak rasa sebentar kesedapan masa tuh...cukupla sedap sat..walau pun sekejap...

Kak aiza sound aku balik...'Bihtuh, awak tuh, cuba awak pikir...blablablabal' Haha..aku gak yg kena sound balik, tapi betul jugak apa yg kak aiza ckp tuh, walaupun skop aku kecik, dan tak sebesar superman, dan x jejaskan sapa2 sangat...tapi..entah. Menda tuh wat aku terpikir seketika.

Kesimpulan yang dapat dibuat, hampir semua orang pun camtuh...Suka terperangkap dalam dunia fantasi dan kesedapan sementara. Aku cam dah taknak la, tapi cakap je tanak, nanti tanpa tak sedar, mungkin akan hidup dalam fantasi lagik...


Superman tak mampu nak setia, dan tgh mengajar diri menjadi setia. Bagusla. Ajarlah diri menjadi setia. Aku penah ingat dlu hri cakap kat aku, 'jie ni bila 'berkawan' tuh, cuba niat yang betul skit' Aku ty dia balik, hri 'berkawan' seblom ni apa niatnya. 'Nak jadikan permaisuri hiduplah'. Terpegun jugaklah seketika dengan lelaki yg setia camni and leh wat statement 'permaisuri hidup'=] Dalam umo yg cam aku ni, jarang jugak lelaki berkawan nak jadikan org tuh permaisuri hidup. Ada yg suka2, ada yang saja2, ada yg buat spare je...sekelompok ekk..bukan semuanya...Tapi hri dia matured, n leh pikir.
And aku harap, biarlah, relationship yg wujud buat aku, berlandaskan niat yg betul.Biarlah yang real dan betul2. Sesungguhnya aku sudah mampu untuk setia.

Kerapkali, relationship yang betul2 tuh datang, setelah berkali2 perkara yg x besh berulang. Its a process kan..Aik, tgh2 menulis ni, terdengar lak aku citer iris kat tv tuh. Rita Rudaini dengan selambernya cakap kat Rosyam Nor..'Sudi tak awak kawin dgn saya'. Pergh!.. Nak cakap jugak bolehh takkk??haha...aish, jie...!
Ya Allah, biar hidup aku ni mengarah pada jalan yang betul. Guide me well.

Monday, November 05, 2007

The day without ...

Aku baru balik dari pasar malam...gi bli tau fu fahh....arini balik awal kija, 7.30 dah balik, rasa ringan skit pala ni, kdg2 kija tuh skit jerk,,tapi melangut je time opis tu...pastu baru masuk ni paham2 la...seribu satu macam yg kena tanya....tapi syukur jugakla at one side. Tapi at one side lagik, mcm kena byk2 improve..hrm, aku stat wat support rabu ni, doa2 la ekk,,,bagi takde pe masalah, klau ada pun takpela, biar bley selesai...

Pagi tadi, aku jiwa kaco sat, habis masa sampai lunch...Dah lunch tuh kuar ngan kawan2, smbang2 sat, dah ok...baru leh wat kija skit...Jiwa kaco buat sendrikk....tuh ar...ntah naper aku cerita menda tuh smalam....spatutnya aku simpan je kat diri aku ni....Tak menjejaskan diri pun kalau simpan, cuma bila pikir pasal orang lain...cam tak besh la skit rasa...

Tapi biarla...sepatutnya menda tuh patut disimpan dan tak patut diceritakan...Tapi dah tercerita...Dah lepas...

Dah laju dl prison break ni, bahagia tul ada streamyx...Kak aiza pun bahagia gak, asek membaca blog2 jaa..dia suka baca blog...ramainya blog org2 dia baca, tapi dia tak baca blog aku, sbb tuh privacy housemate katanya...haha..aper2 je laa...Aku ni baca blog2 org tertentu ja, x leh melatih diri membaca terlalu byk kisah, nanti banyak sangat menda aku pikir....

Disebabkan dah pakai streamyx, aku leh upload gamba bersaiz besar..huhu..meh nak upload gamba masa kusus arituh...Kakak aku ska le tgok gamba adik dier ni, so dia akan sentiasa terupdate dengan diri aku...bila balik rumah pun, takla panjang sgt cerita...bila cerita dah leh recall..huhu..kakak aku ni, lagi la besungguh, seha pasang wireless prepare siap2 masa dalam pantang...so leh online kat mana2 pun dalam umah...sabaq je laa...Pe kaba agaknya si Fahim tuh ar...aku saja tanak balik kerap2, nanti rindu..adeh, lagi satu aku dah mula terasa penat balik jauh, xleh nak wat perangai balik2 on the spot cam kat png dlu...Minggu ni deepavali pun aku takleh balik, sbb aku wat support..huhu....Aku balik raya ajie la...Duit raya RM5 je raya aji nih ekk...


Maafkan diri kita sendiri, itu langkah yg lebih menenangkan hati, tapi jgn lagi diulangi=]

Sunday, November 04, 2007

Ooucchh, seXy!

Aku amek menda ni kat blog Najwa Aiman . Try ar, tapi tgok la lama skit, 1 min ke.. baru conclude korang nampak pompuan ni gerak arah mana. Aku paste sebijik2 je la conclusion yang ditulis oleh Najwa Aiman ni.

Please click at the picture!


Kalau kau orang nampak perempuan ni berpusing clockwise, kau orang sedng gunakan otak kanan.

Kalau kau orang arah yang sau lagi, kau orang sedang gunakan otak kiri.

Setengah orang nampak kedua-duanya - clockwise and anti-clockwise, tapi kebanyakan orang hanya nampak satu arah saja.

Kalau kau orang cuba lihat arah yang satu lagi, dan kau orang memang boleh nampak arah yang satu lagi tu, oak kau orang memang power!

Korang nampak aper??

Streamyx

Haha! Today i'm online using streamyx...nguah2..bahagianya hidup beta, segalanya kembali pantas!! But it means more bill to pay after this=]..Kena manfaatkan dengan donlod byk2 movie...
Malam ni, tngok citer Tiga Abdul plakk...leh jadi kija aku ngan si Najah ni tetiap mlm tgok citer P.Ramlee malam2 kat astro tuh..Najah ni adik kak aiza, kebetulan, dier USM gak dlu, same age....tuh le kija kami, nonton tv sampai lewat2 mlm sambil mengenang USM yg beshh...ntah paper jer..

Kak Linda msg tadi, 'Arini genap 5 thn mama kembali ke rahmatullah'. I remember 3hb 11 is the date, tapi aku tak realize arini 3hb lakk...Its been 5 years, tapi jie ok tanpa mama, and i'm getting better...So dun worry about me, I just need another few years time to .... But as I alwiz said, u are the best gift from Allah to me. Allah cuma ambil balik apa yang dipinjamkan, dari dunia sementara kita...

Masa lepas mandi tadi, dok lepak jab ngan ana, kat dlm bilik pun ada tv gak, pastu si ana ni dok becerita lak pasal kisah jari tangan. Dier terlintas nak citer pas tgok iklan anti aging kat tv tuh..Kami dok gelak2, naper org pompuan takut kedut kat muka?Tuh bukan tanda kita dah tua ker, kedut, uban, suma tuh akan datang, dan ia satu petanda kita semakin dekat dengan kehidupan nyata kita..bagusla, its like, kita hampir mencapai goal of the life la tuh...I'm not saying that goal of the life tuh mati, tapi kematian adalah satu state yg membawa kita ke kehidupan kita yg nyata...di sana..


Ana ni, dier dak grad kaunseling n psycology, so..salu la jugak dia dok cerita2 teori2 yg aku pun tak paham menda tuh, n then dier berminat gak la ngan kisah2 kehidupan ni. Tuh tadi dier dok citer, kisah jari tangan kita. Dalam 5 jari, jari kelingking ni menandakan kehidupan kita masa baby, kecik2...betapa keciknya kita, dan sentiasa perlu orang lain untuk buat apa2 pun, then sampai ke jari manis, manisnya hidup..ni la zaman remaja. Kemudian sampai ke jari hantu, panjang n mantap jari tuh, menandakan zaman kemuncak,kegemilangan kita, then sampai ke jari telunjuk, zaman kematangan, dan akhir sekali, kita dah tua, jari yg paling rendah kedudukannya, tetapi yg menstabilkan, dan melengkapkan jari, itulah ibu jari. Thats it, Life is alwiz about processes, stages n journey..Sejauh mana benar kisah jari tuh, aku pun tatau, tapi ada logiknya...=]

Bulu mata tak jatuh pun arini, takde org rindu ka..huhu...Ptg tadi aku gi umah pakcik hassan, makan2...tuh je la menda aku wat arini..pastuh main ngan Nuha anak dier, asek nak tgok gamba baby je si Nuha ni, baby fahim...Fahim dah cukur rambut, tadi kakak send gambar...=]

Aku nak sambung baca buku laa...takde menda len nak wat dah pun...=]


Friday, November 02, 2007

Life is a journey...

Arini aku compom demam…warrrrrrr….selsema lak tuh, ketat idungg…smalam takleh tido langsung…ntah paper aku mimpi....pastu gi opis, bli karipap 3 biji, makan 1 je pun, dah rasa nak muntah lagikk...nak makan apa pun tatau la bagi tak muntah..haha...Lunch tadi makan besar..big boss belanja, mau rm2000 tuh...haha...entah bila aku leh blanja orang sebanyak tuh, habis sebulan gaji aku tu.....rugi la makan la ni, aku makan ader la beberapa suap, dah la skang ni tadak sapa nak habiskan..huhu...

Rasa cam nak sambung baca buku mars n venus on a date, tapi penin lak skang ni. Buku ni, aku bagi 5 bintang la...sangatla mengexplain secara detail keadaan psycology lelaki dan perempuan. We understand more about our own feelings. And for me, it helps me understand my father..Kadang2, kita tertanya2, naper aku rasa camni, naper aku react camni, aku tak kata buku ni ada jawapannya, tapi setiap buku yang kita baca tuh, akan membuatkan kita berfikir, and of course mendorong kita untuk lebih memahami orang lain, persekitaran , dan diri kita sendiri. Buku jugak satu skript rakaman kehidupan orang lain, klau tak banyak, mesti ada sikit, kata2 yang boleh diambil sebagai pegangan.

Kita takleh sombong, macam kita ni tau semua menda, memangla kadang2, kita dah tau dah satu2 menda tuh, tapi ok jugak, kalau sesuatu perkara tuh diulang2, dan disampaikan dalam bentuk yang berlainan. Lekat skit kat kepala ni. Sejauh mana hebat kita, kita hanya manusia yang tak pernah lekang, dari fitrah – mudah lalai dan leka. Manusia sememangnya perlu diingatkan.

Hidup ini banyak segi dan cabangnya, keluarga, karier, kawan2..dan apa2 lagi la..semuanya, patut seimbang. Tapi aku ni sememangnya tak seimbang lagik, kena lebih banyak pengalaman dan latihan praktikal, baru akan menuju keseimbangan. Aku takleh nak grab sume skalik, hanya berdasarkan pemerhatian, pengalaman orang lain dan teori2 hidup. Dalam hidup, kena ada cabaran tersendiri, baru kita belajar.

Sabar jugak menanti cabaran2, kadang2, rasa mampuka aku? Tapi bila pikir self improvement, lalui jugakla....takan selamanya aku nak macam ni? Tapi ada menda yang setakat ni, aku kena terima ja, n selesakan diri aku dengan sikap tuh, and keep on working on my strength and forget my weakneses for a while, semoga segalanya terbina dengan masa. Dan biar masa ini berlalu dengan cepat.

Alwiz, bila kita nak sangat akan sesuatu, ada sesuatu yg kita kena korbankan. Yang mana lebih berbaloi? Kita sendiri yang tentukan. Suatu hari nanti, bagaimana akhirnya hidup kita? Semuanya berlandaskan keputusan yang kita buat pada hari ini. Sometimes, we can predict apa hasilnya...Jadi, pilihlah jalan yang sesuai untuk kita. Sekiranya kita tidak mampu memilih, tetapi ditakdirkan, yakinlah itu yang terbaik untuk kita. Life is never static, macam2 boleh jadi. It doesnt matter. Yang pentingnya, ambil yang jernih, buang yang keruh.

Dalam hidup jugak, kita tidak hanya hidup untuk kita, sebagaimana kita perlu kan orang lain, sebegitu jugak, orang lain perlukan kita. Life is full with gives and takes. Sekiranya kita ingin hidup kita berakhir dengan kasih sayang sekalian alam, berilah kepada sekalian bermula dari sekarang. Andai kita ingin hidup kita berakhir dengan kesunyian, simpanlah segalanya, dan buatlah impian untuk kepentingan diri sendiri. Kita mampu memilih.