Wednesday, March 31, 2010

20 minutes menulis.

Dah nak dekat pukul 8. Sepatutnya buat apa tatau..stadi languange kot? Amik masa menulis sat dlu...
Harini macam lebih bermakna, sbb boleh jumpak ramai orang.
Dan bila jumpak ramai orang, kene jugak ada masa sendiri. Recharge. Camtuhlah diri ini, perlu ada balance antara duanya. Tak boleh terlampau bersendiri, tak boleh terlampau berhora.
Namun kalau Allah dah letak kita dalam keadaan salu kene bersendiri atau selalu kene bergaul, perlu tetap menerimanya, dan beradaptasi. :)
Iman jatuh beberapa hari lepas. Camna tau iman jatuh eh? :) Diri sendiri kene jawab menda tuh. Ingatlah, kehidupan sememangnya untuk diuji. Pabila ujian tak dapat dihadapi dengan tenang, ada rasa ter'over' sedih, ter'over' gembira, berhati-hati dengan perasaan-perasaan sedemikian ya. Seeloknya kita menjaga diri, agar perasaan itu balance.
For someone that 'emo' like me, semestinya, untuk balancekan diri menjadi lebih mencabar, daripada seseorang yg sememangnya 'cool'. Namun, hadapilah ia sebagai satu cabaran. Sebanyak mana kita berusaha, sebanyak itulah usaha kita dikira. Tiada yang kecil pada pandangan Allah.
Kadangkala, masih terbelenggu dengan persoalan cinta. Cinta dan perasaan, yang kadangkala, diakui, mengganggu rutin-rutin seharian. Wajah masih boleh diadjust, namun hati tak pernah menipu,
dan, yang paling penting untuk dijaga ialah hati. I'm afraid that I'm deny-ing something.
Masih terbelenggu dengan persoalan2 seperti 'klau dia kawen dlu camna?' - Itu belenggu paling bodoh antara semua belenggu. Tapi tak boleh tipu, ia terlintas dan melintas di hati.
Kata orang, sebab belum ada orang lain, persoalan itu muncul. Namun hati juga tidak mahu orang lain, kerna diri ini sedar, akan menduakan cINta. Cintanya hanya pada Tuannya. Tidak boleh ada dua. Sudah tegar hati ini, ingin keluar dan bebas dari cinta. Ia mahu CINTA. Ia sedang sakit tenat pabila cinta bersaing dengan CINTA. Maaf pada jasadku, kerna kau dilihat tidak mempunyai apa-apa di dunia, kerna hatimu bertindak meninggalkan cinta, kerna ia sesak dalam persaingan.
Hati meminta ruang, untuk mengukuhkan CINTA.
Hati yang sakit, kerna merindu cinta dan bukan CINTA,
Hati meraung, pabila bercerita kepada cinta, bukan CINTA,
Hati mendiam, ketika ia sering memikirkan cinta, bukan CINTA,
Hati membenci, pabila keutamaan pada cinta, bukan CINTA,
Hati menderita, pabila melakukan demi cinta, bukan lagi CINTA!
Hati ku hilang rasa sedap dan nikmatnya, pabila ia tidak mampu fokus pada CINTA.
Pada masa yang sama, diri merasa perlukan teman, dalam memenuhi fitrahnya. Diri merasa takut jika berseorang dalam mengharung hidupnya di dunia. Tak mampu lagi ia berfikir, jodohnya hanya di syurga.
Pada masa yang sama, diri merasa takut jika sebenarnya dia tidak berusaha. Berusaha secara dunia? Usaha yang selalu membuat hatinya tersungkur kepada cinta, dalam pada masa yang sama ia sedang memburu CINTA.
Hatinya membuat kesimpulan, ia perlu menggunakan senjata - Berdoa secara konsisten, bersolat, dan bersabar dalam tindakan. Jika cinta kerapkali melalaikan, dan menjerumuskan diri kepada maksiat, maka pastilah ia perlu ditinggalkan, pada saat ini.
Tinggalkan.
Jika ditanya lagi - Tiada jawapan. Diri ini tidak punya sesiapa, selain Allah.
Perlu sering dan sering diulang pada diri, cinta sebelum berkahwin, hanya dugaan darinya. Hanya dugaan, bukan untuk dilayan. Sekali sekala jatuh, namun pulihkanlah semula.
Kekuatan itu dari Allah jua.

Tuesday, March 30, 2010

Diriku hanya mampu,
Menangis,
Menitiskan air mata,
Takkala mengenang segalanya

Ku harap musibah ini,
Semakin mendekatkan,
Aku dan Engkau Ya Tuhanku,
Sebagai tanda permintaan,
Dari hambaMu,
Yang lemah,
Lagi tiada daya dan kekuatannya,
Melainkan dengan izinMu saja.

Aku berdoa,
Meminta simpati,
Seolah seorang hamba,
Yang mengharap sepenuhnya,
Kepada Tuannya.

Aku lemah,
Namun tetap aku perlu teman,
Teman seperjuangan,
Dalam mengharung sebuah kehidupan.

HambaMu yang hina ini,
Tiada ia mengetahui,
Bagaimana lagi ingin berusaha,

Jika setiap usaha,
Penuh dengan perlanggaran syariatMu,
Tak mampu lagi aku,
Melakukannya...

Kerna,
Jiwaku meronta,
Kerna aku melakukan pengkhianatan kepada TuanNya,
Kerna melanggar,
Titah perintahNya...

Yang ku mampu,
Hanya berserah,
Berserah padaMu Ya Allah,
Dalam menentukan segalaNya~

Monday, March 29, 2010

FOKUSLAH

Mari menulis!

Penat menanggung perasaan arini. Kalau penat menanggung perasaan tuh, bukan disebabkan arini ja, bermakna ada la hari2 sebelum ni yang tidak dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Ada perkara-perkara pending dalam kepala yang tak diserahkan pada Allah.

Bila penat sangat ngan perasaan, mula la nak nangis. Macam2 pikir. Time2 gini salu pasang lagu Wali Band - Aku Cinta Allah ngan lagu Dewa - Hadapi dengan senyuman. :)

At one side, rasa nikmat sangat, bila dapat bekerja dekat dengan rumah sendiri. Tak yah lagi jalan jauh2, nek train, mlm2 baru sampai umah. Balik umah pun tak sunyi. Rasa sangat nikmat. Namun, sebelum perasaan 'menghargai' seadanya itu hadir, terlebih dahulu Allah sudah melatih diri dengan suatu kondisi lain sebelumnya, supaya aku lebih 'menghargai' saat-saat begini. If dari dulu, keje kat sni ja, sahih rasa diri tak berkembang.

I am such person that value the experiences that gathered daripada persekitaran, dan kerapkali, pengalaman tersebut bukan dari satu sudut sahaja, namun diambil dari pelbagai sudut kehidupan. Hanya dengan melangkah untuk memenuhi inkuiri, kita dapat mengalami dan bereksperiman sendiri dengan dunia dan manusia. Peluang yang Allah berikan untuk memahami dunia dan kehidupan ini, sangat bermakna jika imbas kembali.

I am a person, yang pernah menjadi begitu pasti dengan masa depan. Kaya dengan plan2 :) and I'm sure regarding what I wanna be.

Namun, jika ditanya skang ni, jie nak apa? jie nak jadi apa? . Perhaps, mungkin hanya tersenyum, dan menjawab, terserah, bergantung kepada apa didikan Allah seterusnya.

I've read somewhere, ada seorang yang bertanya, apa gunanya kita percaya kepada Allah dan agama? Untuk mendapat apa yang kita mahukan, kita tak perlukan agama. Kita ada usaha, dan kita ada logik akal.~

Jawapannya apa ya? Penulis jawapan soal jawab, memberikan analogi. Akal memang berguna, di saat lautan masih tenang, kita boleh berenang dan berusaha ke tepian. Namun, takkala lautan bergelora dengan dasyatnya, di situlah kita berharap, agar ada kapal yang lalu untuk menyelamatkan diri. ~

Paham analogi tu?

I've been in that feeling. Hanya menunggu dan berdoa agar ada kapal yang lalu untuk menyelamatkan. Motivasi diri dengan usaha menjunam secara perlahan-lahan dari 100%, sehingga -10% rasanya. Tak mampu lagi berenang. Dah cramp dalam menongkah lautan bergelora. Feeling~

Di saat mengalaminya...Pasti saja berasa..bila nak kuar dari lautan ni??Sudahlah, tak mahu meneroka lautan lagi..Yang diharap adalah penerokaan bermakna utk kehidupan dan pengalaman, namun belum sempat berenang indah, sudah dilanda badai pula...Penuh dengan persoalan, percaturan, dan mempersoalkan tentang kebebasan diri dan kemampuan diri. Bercampur aduk segalanya. Segala-galanya hanya persoalan tanpa jawapan.

Namun kini, terima kasih kepada Allah, kerana telah mendidik diri untuk mengenal apa itu 'rasa'nya indah dalam menjadi seorang 'hamba'. Hamba yang sepatutnya merasa lemah, tiada kemampuan disisiNya, tapi rasa macam pandai dah berenang, rasa macam skill berenang ini, akan enhance ke skill2 lain dalam meneroka lautan. Itu perasaan hamba yang tak sedar diri. Hamba yang bodoh lagik sombong. Bongkak lagi juah mungkin.

Di saat2 hamba yang bodoh sombong, dan bongkak ini dah cramp dalam menongkah arus, di situlah ia terjelepok merintih dan berdoa. Sempit sudah nafsunya dengan kebodohan, kesombongan, ia kini kembali sedar dan kembali kepada fitrahnya yang asal, -hina, lemah, dan tiada daya dan upaya tanpa Allah disisinya.

Perasaan yang sangat diinginkan~ dan diilhamkan dengan pencarian~ dan dilatih dan dididik dengan ujian~.

Nikmat sebentar rasanya hidup, pabila mengenang diri, aku ini hamba yang lemah, tiada apa-apa, namun Allah yang memberikan aku nikmat-nikmatNya. Banyaknya nikmat-nikmat Allah pada diri ini~.

Namun kadangkala, terlanjur jua sifat2 ketamakan dengan dunia. Diri melihat diri, apa lagi? apa lagi? Rasa kurang berusaha. Apa lagi yang perlu aku dapat dengan dunia?

Lantas menasihati diri, setiap manusia ada kelemahannya sayangku. Kita tidak bisa mendapat semuanya.

When I was in secondary school, suka tengok orang-orang yang boleh present dengan baik. Aku lagi suke wat keje2 belakang tabir kot, tulis2 kat ketas mahjong, taip2, document2...kekuatan lebih ke situ kot. Can I be someone that can present well?

Jawapannya boleh...namun lambat sedikit.

Suka tgok orang naik stage nyanyi2. Can I be someone that can have such confidence?

Jawapannya boleh...namun lambat sedikit.

Itu contoh. Masih banyak lagi, contoh2 lain yang tidak dikemukakan dan diimbas.

Skang nak apa jie?

:) Tersenyum saja, simpan hanya pada diri sendiri..

Jawapannya boleh...namun lambat sedikit. Masanya akan tiba.

Perkembangan kematangan manusia, proses-proses didikan Allah pada kita, semuanya adalah milikNya.

Bukankah jie seorang hamba, yang tidak layak mempunyai apa-apa? Insaflah jie, dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Qanaah. Latihlah sifat itu, dengan didikan yang Allah bagi ni.

Setelah 25 tahun meniti kehidupan, terasa benar....

Sebenarnya, hidup ini, biar apa saja yang kita miliki, biarlah ia menjadi aset untuk mendekatkan kita kepada Allah.

Mendapat nikmat, kita bersyukur.

Mendapat musibah, kita bersabar.

Sabarlah sebentar dengan keinginan itu Ya. Jangan pernah menentang takdir Allah pada kita semua. Jangan pernah mempersoalkan. Namun terus menerus menanam sepenuh kepercayaan kepada Allah. Teruslah percaya dengan sepenuh keyakinan ini pasti didikan Allah yang seterusnya. Didikan, didikan, didikan.

Teringat, kata-kata ustaz, orang-orang yang tidak mahu tunduk dengan Allah, terus melakukan kemungkaran, namun, ia seolah-olah orang yang memiliki segalanya di dunia, ia mungkin termasuk dalam golongan istidraj.

Di samping bersabar, bersyukurlah jie, kerana, Allah masih menyayangi jie, dengan dugaan-dugaan yang merupakan anugerahnya pada jie.

Andai terserabut jua pemikiran, bungkus saja ia, serahkan pada Allah. Harap Allah kurniakan ketenangan, dan teruskanlah, dalam melaksanakan yang disuruh dan meninggalkan larangan. Pejam mata, harungi semuanya. Dengan beringat, sebagaimana rasa lelah pada masa ini, ia akan tamat jua, dan pengalaman dalam melaluinya hanya akan disampai dan dikongsikan sekejap cuma.

Seperti mana, jie telah merasa keluar dari lautan yang bergelora. Saat merasanya, lama. Namun pabila telah berlalu, ia sekejap cuma.

Hargailah saat-saat hidup jie, jangan menekan diri dan perasaan, untuk perkara penting, namun bukan PALING PENTING.

Di saat kematian menjelma, dan jie dibangkitkan semula, dirasakan DUNIA yang telah dilalui, hanya sekejap cuma. Sekelip mata ia berlalu.

FOKUSlah sayang, dengan YANG PALING PENTING itu. Dan FOKUS itu, bukan hanya bermakna memilih sesuatu untuk difokuskan, tetapi menepis, pelbagai perasaan yang menganggu fokus tersebut.

006:027 Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: "Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman".

006:028 (Mereka mengatakan yang demikian bukanlah kerana hendak beriman) bahkan setelah nyata kepada mereka apa yang mereka selalu sembunyikan dahulu; dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang dari melakukannya; dan sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta.

006:029 Dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati".

006:031 Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu.

006:032 Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

006:070 Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).


Friday, March 26, 2010

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

http://saifulislam.com/?p=1269

Wednesday, March 24, 2010

Demi masa

Menanti harddisk...proposal takde dalam ni. Sementara menanti ni meh menulis sat.

Days could have been more better. Perhaps, masa belajar mengenai teori, sudah mengalami tempohnya. Sekarang, ia better kerana masa untuk bereksperimen dengannya. Sometimes the bad feeling masih lagi datang menimpa, mengganggu hari-hari dari telus dari kedamaian.

Kedamaian, alangkah damainya jiwa bila tidak muncul lintasan-lintasan hati yang tidak baik. Bahagianya hati itu, pabila segala yg dipandangnya indah-indah belaka. Bila masa itu akan tiba dengan sepenuhnya...hanya mampu untuk terus berusaha.

"Saya sibuk." Apa yang dieertikan dengan sibuk sebenarnya. Sibuk hati, sibuk fikiran, atau sibuk anggota badan? Jadual yang padat pada setiap hari, atau, hati yang letih menahan sesuatu, dan fikiran yang sedang memecahkan persoalan.

Bz. As for me, sibuk itu, tiada masa itu, adalah kerna perasaan, bukan kerana aktiviti. I remembered, dlu penah cakap dengan seorang masa kat USM. "Rasa bz gila, rasa cam tak cukup 24 jam nih.." ..Lantas ditegur "Allah bagi kita semua masa yg cukup untuk menunaikan semua tanggungjawab yg dipertanggungjawabkan."

Di saat, tidak sempat menyiapkan prosoposal, yg hanya menjengah 250 +, di saat pergi kelas bahasa arab ngan tak redi, di saat tak sempat nak sidai baju yg dah dibasuh (oleh washing machine).Tak sempat kemas katil..Kemas katil tak sempat? heh, anda sedang sibuk dengan apa wahai cik aszifa?

Kadang-kadang jadual pack sangat, namun dapat melaluinya dengan baik skali. Perasaan tenang, urusan lancar, dugaan dapat dihadapi dengan mudah, kritikan dapat diterima dengan hati yg lapang, kekalahan dapat diterima sebagai lumrah dunia, semuanya dapat ditunaikan sebagai satu amanah dan tanggungjawab. "Galas saja, buat saja, Allah bersamaku, jika tanggungjawab ini dari Allah, Allah telah sediakan penyelesaiannya jua. Allah cuma ingin menilai diri, apa sanggup berkorban sebagai khalifahnya di bumi? Jika sanggup, maju saja.....apa saja di belakangnya, berusaha, dan segala-galanya terpulang kepada Allah jua. " - Getus hati, indah sekali perasaan itu.~

Namun, kerapkali diselang perasaan,
"Naper aku yg kene wat menda ni.."
"Letih sangat, tak larat dah"
"Banyak sangat menda nak pikir, nak fokus yg mana ni, mana dulu nak wat nih.."
"Stress dah!"

Time management must be great. That is the effort. Namun ketenangan di sebalik melaksanakan sesuatu tugas, tidak dapat dibeli. I was in situation, I can commit all, dengan baik, namun serabut fikiran, hati risau. I was in situation, fikiran macam-macam pikir, namun hati tetap utk meneruskan. I was in situation, fikiran mantap, hati jua mantap.

Mencari ketenangan dalam melaksanakan.

Kerapkali menoleh kembali, bila keadaan - fikiran mantap, hati mantap itu muncul. Jarang, tapi pernah. Itulah yang cuba dipraktikkan. Biarlah perlahan, namun menujunya. Kita tetap perlu terus berusaha.

Keadaan mungkin nampak sukar, masa mungkin nampak terkekang. Bersedia utk masa itu ya, ia akan tiba kembali. Namun, yakinlah, Allah tak membebani hambanya, melebihi apa yang mampu ditanggungnya. Dan Allah, Maha Adil, lagi Maha Bijaksana. Pengatur tanggungjawab yang sudah menilai kemampuan, dan di assignkan secara adil kepada hamba-hambanya.

Teruskanlah. Pecahkan yang besar kepada yg kecil, dan sudahkan yang kecil itu sebaik mungkin. Sesudah kesulitan ada kemudahan. Sesudah kesulitan ada kemudahan. Kemudian, apabila selesai sesuatu urusan, bergeraklah kamu ke urusan yang berikutnya.

Buat sekadar yang mampu, ia bukan statement yg melemahkan, namun...Allah telah menilai kemampuan kita seadanya, sesuai dgn tugas kita untuk melaksanakannya secara yang terbaik. Jadi, buatlah sekadar yang mampu.

Pohonlah dari Allah kelapangan masa. Kelapangan masa untuk sentiasa mengingatnya dalam melaksanakan apa-apa saja tugas. Supaya kita sedar, Allah ada bersama kita. Yang Maha Bijaksana, ada untuk membantu kita menghasilkan yang terbaik. Tenangkanlah hati dan perlakuan, kerana ketenangan itu dari malaikat, bergopoh gapah itu dari syaitan. Tenang~

Namun untuk meminta Allah bersama kita, bayarlah harga yang perlu dibayar sebagai seorang hamba. Abdikan diri hanya padaNya. Sanggup melakukan apa saja demiNya dan sanggup diperlakukan apa saja olehNya. Gadaikanlah keseronokan duniawi, nikmat-nikmat sementara, demi nikmat yang selamanya.

Ya Allah, kami memohon, agar Engkau sentiasa memberikan kami kelapangan masa untuk melaksanakan apa saja yang telah Engkau pertanggungjawabkan buat kami. Cukupkanlah 'perasaan' kami dengan masa yang Engkau telah peruntukkan untuk kami, buat kami beramal dan beribadat padaMu.

Ini peringatan untuk diriku, dari kalam Allah yang Maha Tinggi :
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman,beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran Al 'Asr1-3.

Give the definition, myself regarding the terms :

1.Beriman
2.Beramal soleh
3.Berpesan-pesan dengan kebenaran
4.Berpesan-pesan dengan kesabaran

Sifat mereka yang bakal mewarisi syurga firdaus, jelas disebut dalam Surah Al-Mukminun, dari ayat 1 - 11. Lets take a look, ayat ke tiga dari surah ini :

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
Al-Mukminun : 3

Define :
1. Perbuatan yang sia-sia
2. Perkataan yang sia-sia

Berhati-hatilah dengan dunia wahai diriku. Dajal itu, matanya buta sebelah kanan, sedang mata kirinya bersinar seperti bintang.

Berhati-hati dalam meluangkan masa, wahai diriku, yang sering leka, lalai, dan tertipu dengan dunianya.


Saturday, March 20, 2010

Yang dilihat adalah hati.

Days has been changed. The new challenge keeps coming.
Seolah-olah, masa rehat yang diperuntukkan oleh Allah selama ni, sememangnya, masa menimba dan mencari ilmu, supaya boleh berhadap dengan dunia secara yang lebih tepat.

Feel like I have to change my wardrobe again. It will require about one year. Like what had happened before. Just feel. Hope the feeling is true and might lead to actions.

Uncomfortable.

Semangat di tahap pertengahan. Masa menghadapi moment bulanan yang biasanya dilanda keserabutan agak stabil pada bulan ni. Seolah-olah dapat dikawal. :)

Malam ahad yang lepas, tengok pertandingan akhir rancangan adikku, kat TV 1. Yang beshnya rancangan ni, sebab ada murobbi-murobbi macam Ustaz Zamri, Ustaz Zawawi, Ustazah Asni, dan ramai lagi. Rasa cam besh bila tgok rancangan ni, sebab tengok budak-budak kecil yang berkaliber dalam membawa mesej kepada masyarakat, supaya mencintai Islam.

Pemenang kedua, adik Qayyim, masa tengok dia ni, sumer orang memang syahdu rasanya, sebab dia tak dapat melihat. Tak dapat melihat, namun masih teguh dalam mencintai Allah dan Rasul. Tidak penting diri, dan mempersoalkan takdir Allah pada dirinya. Membuatkan diri teringat, satu kisah...

"Ustazah, kenapa, ada orang yang buta. Dia tak dapat melihat, kenapa Allah letak macam tu pada sesetengah orang?" Lebih kurang gitulah soalannya dari seorang kakak. ke makcik? heh.

Dalam hati aku, jeng jeng jeng, camne nak jawab soalan camni. Ia seolah-olah satu soalan yang sangat menguji. Saper yang boleh melihat, tapi nak buta? Takde kan, sume orang nak melihat. Buta mata, boleh dikategorikan sebagai OKU, Orang Kurang Upaya kalau ikut tafsiran dunia. Ada kekurangan. Apa Allah letak kekurangan begitu dalam diri seseorang. Sedangkan, Allah Maha Adil.

Interesting.

Jawab Ustazah tenang, 'Orang buta pun tak kisah dia buta, dapat makan nasik dengan kenyang pun dia cukup bersyukur.Nikmat. '

'Ha, kenapa eh, cuba kita ambil contoh rumah. Dalam sebuah rumah, ada ruang tamu, ada bilik tidur, ada dapur, dan ada tandas. Kalau bagi pilihanlah kepada ruang-ruang tersebut, nak ke tandas tu jadi tandas? ' Tambah ustazah.

I was thinking for a moment. Apa mesej di sebaliknya...masih berfikir.

'Kalau bagi pilihanlah, mungkin, semua ruang-ruang dalam rumah nak pilih jadi ruang tamu kot, cantik. Tapi kalau semua nak jadi ruang tamu, manakan rumah itu boleh kita gelar rumah? Setiap ruang, ada fungsinya yang tersendiri. Kita tidak boleh memilih, tandas tak boleh memilih, dah ketentuan dia, direka sebagai tandas. Namun, jadilah TANDAS YANG TERBAIK!'

Hah, got the point! Aku cam amazed dgn contoh ni. Terasa insaf seketika.

'Inilah kehidupan ya, kita dicipta untuk saling melengkapi antara satu sama lain, memegang amanah dan melaksanakan kewajipan.'

Hoish..dalam contoh ni detak hati aku.

Hal ini menjawab akan persoalan takdir. Sejak haritu, aku salu terpikir akan contoh yang ustazah bagi ni.

Dikaitkan lagi,

Dlu masa kat opis, lif ada screen. Salu dia pasang cerita Lion King, sementara nak sampai tingkat 3, sempatlah layan screen tuh sat. Salah satu part yang paling kerap ditayang, dan yang paling aku suka,

Part, anak singa tuh tanya, kenapa singa kena makan binatang lain? Dia tanya ayah dia...seolah-olah dia kesian la. Daddy dia jawab dengan nada seorang ketua rimba, 'macam tu la namanya kitar kehidupan.'

Jika kita meneliti, seolah2 satu kekejaman, aksi singa mengejar arnab. Sadis2 bila arnab tu dimakan. Namun, jika kita mula berfikir, apa yang kejamnya? Rumput dimakan arnab, arnab dimakan singa, kumbahan singa kembali menjadi baja untuk tumbuh segarnya rumput.

Adil sudah. Adil ciptaan Allah untuk rumput, arnab dan singa. Setiap satu ada amanah, fungsi dan tanggungjawab masing-masing dalam melengkapkan satu rantai makanan.

...

Sejenak. Apa persamaan cerita-cerita ini? Bila direnung, yang kita nampak, tetap. Kebijaksanaan dan keadilan Allah dalam mengatur KEHIDUPAN.

Cetus hati yang luhur, pasti mengucapkan SUBHANALLAH.

Ia mampu diucapkan, apabila kita melihat caturan Allah secara global. Benarlah, pabila, Allah itu dapat kita lihat, bukan dari zatNya, namun, dari sifatNya. Firman-firman Allah, seringkali menyebut tentang langit dan bumi, haiwan-haiwan ternak, kebun-kebun, bunga dan tumbuhan, alam, yang jika direnung dan difikirkan, pasti dapat menambah KEIMANAN padaNya.

Itu hikmahnya penciptaan akal pada manusia. Gunakan akal untuk mendekatkan diri pada Pencipta.

***

Terlanjur menulis, tentang kisah rumah dan tandas tadi. Apa lagi hikmah untuk kita renungkan bersama?

Tandas di rumah. Orang buta di dunia.

Aku tarik satu kisah lagi,

Masa di Usm, lom ada keta lagik, salu naik bas Usm je :) . I remember this story forever, tentang sorank pakcik bas ni. Kita boleh belajar, bukan saja dalam kuliah, dalam bas pun banyak perkara untuk diambil manfaat.

Cukup diambil satu ayat dari pakcik ni, 'Pakcik bukan sekadar seorang pemandu bas, tapi pakcik membawa anak-anak pelajar Usm, untuk menuntut Ilmu.'

Aszifa tercengang. Masih terbayang wajah tenang pakcik tuh. Dia memang selalu senyum.

BIG HEART. JIWA BESAR!

Terbanding pula, dengan pensyarah yang sering merungut tak dihargai, dan tak dapat kenaikan pangkat. Oops, maaf atas perbandingan tersebut. Cuma mahu mengambil iktibar.

It was long year ago. Namun peristiwa-peristiwa tersebut, menjawab lagi kepada diri, apa erti KEBAHAGIAAN yang sebenarnya.

Di sudut dunia, orang buta, sering dianggap kurang. Entah siapa yang cita-citanya nak jadi pemandu bas Usm? Lebih ramai orang yang takut tidak dapat melihat, dan bercita-cita tinggi untuk menjadi pensyarah.

Namun, adakah itu titik kepada kebahagiaan yang sebenar?

Setelah kita berusaha atas dasar ibadah ( I havent got this feeling, namun sama-samalah kita berusaha, dalam setiap tindakan kita) , takdir sememangnya milik Allah. Allah boleh tentukan apa saja.Tetap Ia boleh berubah, dengan doa.

Sekecil-kecil perkara, berada dalam caturan dan perancangannya. Insaflah kita semua, redhalah dengan apa saja yang menimpa. Berusahalah mensucikan hati, supaya tidak muncul kata letih, rungutan, atau mempersoalkan ketetapannya.

Di dunia, pasti yang dapat melihat lebih beruntung dari yang buta. Pensyarah pasti lebih disanjung dari pemandu bas. Itulah dunia. Nilai dan pandangan dunia sememang begitu adanya.

Namun pandangan Allah?

Kita buta? - Yang dilihat adalah hatinya. Ikhlaskah hati dalam menerima ujian dan ketetapan Allah untuk dipandang kurang di dunia? Apa ujian itu membuat diri semakin mengingat Allah atau kufur mempersoalkan.

Kita dapat melihat? - Yang dilihat adalah hatinya. Ikhlaskah hati menggunakan nikmat pancaindera?Apa nikmat itu membuat diri semakin mengingat Allah atau semakin lalai dengan pandangan yang mengasyikkan nafsu.

Kita pemandu bas? - Yang dilihat adalah hatinya.

Kita pensyarah? - Yang dilihat adalah hatinya.

Yang dilihat adalah hati. Tak usah terlampau penat dalam menilai diri. Yang dilihat adalah hati.

Menjadi tandas, orang buta, pemandu bas atau pensyarah.

Jadilah TANDAS yang TERBAIK.

Jadilah ORANG BUTA yang TERBAIK.

Jadilah PEMANDU BAS yang TERBAIK.

Jadilah PENSYARAH yang TERBAIK.

TERBAIK di sisi ALLAH. Setiap peranan diterima dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah.

Thursday, March 04, 2010

Aku yang sentiasa tertipu

Tak bergaul, tak bisa bersendiri...
Bersendiri, tak bisa tak bergaul...
Takkala ku sendiri, biar masa itu penuh diisi dengan masa untuk merenung dan membetulkan diri...
Takkala ku bergaul, biar masa itu diisi dengan masa untuk mengutip pengalaman, dan manfaatkan untuk lebih memahami...

Memahami dunia, yang banyak rencahnya..
Ku pohon keselamatan, selama aku berada di dalamnya.

Jika ku ralit dengan dunia, tegurlah daku, semoga duniaku, bermanfaat selamanya untuk kehidupan abadiku.

Perubahan sentiasa menanggung risiko pengorbanan :)


Aku yang sentiasa tertipu..

Dengan duniaku...