Tuesday, October 30, 2007
Saturday, October 27, 2007
Ahmad Fahim
.jpg)
Aish, beberapa saat ja aku upload gamba gi umah nas tuh, klau pakai dial up laa...satu gamba tak tahan lamanya...huhu..
Makcu jie pulang ke kedah semalam kul 11. Berlari2 aku ke pudu, haha...tuh ar, gatai nak pi beli jaket jugak2...sudah kelewatan masa tuh, sib baik sempat..sampai 2-3 min seblom bas betolak..balik, tgok baby Fahim yg sangatlah comeii....sedap pegang la tuh, sbb baby Fahim mantap...=]
Wednesday, October 24, 2007
Ahmad Fahim
Aish, buat apa aku beratkan pala aku pasal kisah orang len kann..huhu,,,tapi tatauu, salunya kejadian2 yang berlaku kat orang, aku leh amik iktibar, kadang2, kita jadi lebih bijak untuk menghadapi sesuatu, berdasarkan iktibar yg diambil dari pengalaman hidup orang lain…
Arini , aku dah tamat la kusus, kusus 2 ari, shedapp makanan dier,,kiki, salu camnila kan bila sebut pasal kusus…makan,makan,makan, tapi sib baik la berat tak naik, dok takat tuh jugakkk….1st day makan Chinese food, arini makan Indian food plakk..
Dah pegi kusus ni, semangat la nak gi kija, cam termotivasi skit, aku harap, aku dapat kekalkan momentum ni. Masa kusus tuh, biasala, jumpa kawan2 baru, then one guy ni , hes doin part time master in local U in kl, dia tanya
‘ u graduated from which university?’
‘USM’
‘what course?’
‘cs’
`USM is the best rite 4 cs?`..
Ar, yeahh…=]..sambil tersenyum yg berfikir..
Selambernya aku jawab yeah……tapi menda tuh wat aku realize, wherever I go, I still bring the USM name forever, pastu aku cam at one side, terkilan dengan kelemahan2 aku, USM cs memang bagus, tapi klau apa2 yang tak bagus kat aku ni, pasal aku la, bukan pasal USM. Patutla jack tuh cam bangga tak abis ja, sbb dia grad cs USM gakk..kaka..skang baru aku tau camne perasaan membawa nama universiti bersama2 kerjaya kita....Sometimes, kita diberi pelbagai kemudahan, dapat kemudahan yang baik, tapi we take for granted, and still looks at the negative side. Dan sebagai budak cs, ntah berapa ramai dak cs yg take for granted this course, tanpa menyedari, peluang yg baik dibelakang hari yg menanti...aku pun apa kurangnya, buat seketika aku lupalak aku bawak nama uni aku sampai bila2...so aku pun berresponsible jugak untuk mengekalkan nama baik uni aku sampai bila2...So because of this, as someone that carry my uni name n being one of the people from the largest software company in Malaysia, aku banyak tanggungjawab untuk ditunaikan.
Kalau tak tunaikan tanggungjawab, abisla masa kena soal kat akhirat nanti. Macam tuhla, hidup kita, banyak tanggungjawab, kejayaan kita adalah kejayaan semua orang diseliling kita, cam aku dari usm, cakap pasai usm je la, klau dari uni2 lain pun, ada la kelebihan masing2, buat la yang terbaik, kerana setiap dari kita mewakili satu kelompok besar yang lain, kejayaan kita, kejayaan keluarga kita, kejayaan kita, kejayaan organisasi kita, kejayaan kita, kejayaan rakan2 kita, kejayaan kita, suatu sumbangan pada negara dan bangsa, dan yang paling penting, menaikkan maruah agama kita.
Walaupun masih banyak benda yang aku kena belajar, dan banyak benda yang aku kena sabar, aku harap Allah beri aku kekuatan yang sangat banyak untuk mengharungi semunya. Ada selalu dengan aku, bersama aku dalam menghadapi arus kehidupan ini. Aku percaya, untuk setiap dugaan, ada jalannya.......Cuma kurniakan aku kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala sesuatu, perjalanan aku masih jauh. Buat suma rakan2 cs USM aku, doa yg sama aku panjatkan.....Teringat kata Dr Shahida, jaga nama baik Usm, kat mana2 pun kamu pegi-I will...
Lagik satu berita yg sangat gembira, kakak aku dah besalin semalam, betul2 due date, 23 October..Nama anak dier Ahmad Fahim Bin Mohamed Fazel. Berat 3.9 kg. Abg Fazel send mms kat aku, masa tuh aku tgh lunch kusus, the first word that comes from my mouth..’GEMOKNYAAAA!..arrrrr...haha..gemok cam makcu jie...dlu aku 4kg woo..hawhaw..!~~~
Aku ingin pulang, melihat anak menakanku yg pertama...geben tul!!
Sunday, October 21, 2007
Bila Terasa Rindu
Aku rasa aku lupa balas msg kakak la..satu msg...heh, aper lagik aku wat dalam mood merewang ni ekk, aku dok melayan housemate je laa..dengar citer rumate gi dating, dengar citer rumate ni terasa ngan rumate tuh....melayan org yang dah nak kawen thn depan, tapi tak sure pun btul ker dia nak kawen...haha...lagikkk merewang jadinya aku...aishh...
Aku pun tak paham la, ker aku paham, aku pun taktau...bila sesuatu peristiwa tuh terjadi kat orang lain, dan kita berada di luar dari masalah tuh, kita leh nampak, root n cause, n aper yg perlu dilakukan, tapi when we put ourself in that peoples shoes, tak tau nak bagi komen apa. Mendalami emosi dan persekitaran seseorang sememangnya memenatkan. Tak boleh nak bagi komen dari keadaan kita ja. Tapi klau kita ada masalah pun, cubala keluar sebentar dari emosi dan persekitaran itu, walaupun sebentar, lari keluar sekejap dari bulatan yang mencengkam. Observe jab dari luar, lihat diri kita yang bermasalah tuh sebagai satu watak lain, dan kita sebagai pemerhati dari luar. Bila melihat dari luar, masalah tuh akan jadi lebih kecik, dan kita pun jadi lebih rasional dalam menyelesaikannya.
Kadang2 kita kena ikut hati, tapi hati tuh jugak tempat syaitan salu nak bertempek, segala titik hitam pun, terbentuk kat situ, kita tahu, apa yang perlu dilakukan, sewajarnya....our soul knows that, tapi kalau dah nak ikut sangat hati yang tengah dihasut tuh, nak kata cam mana lagik...

Setiap situasi, kat mana-mana pun laa, kawan ker, haper ker, kita takleh nak espek orang boleh buat sesuatu sebagaimana yang kita harapkan...Dlu, mungkin dia baik dengan kita, kitala kawan dia, segalanya, n we give everything. Tapi bila dia lari, biar je la...memang la, logik nak terasa, sebab tuh kawan kita...Tapi, sebagaimana kita ada sebab tertentu disebalik sesuatu, dia pun ada sebab jugak...apa masalah dia, kita pun tatau, masalah ngan nenek dier ker, famili ker, bos ker, kija ker, ntah hapaer2 lagikk...adala menda2 yang dia takleh nak bagitau...or dia dah bosan berkawan ngan kita, dia nak lari jauh2..or dia need time, baper lama pun kita tak akan tauu...biarlaa...orang nak, nak la..tanak sudah...As for me, if something like that happen to me, aku tak akan desak orang tuh untuk baik2 ngan aku, suka hati la nak buat apa pun, bukan aku tak kisah, tapi biarla, kot ye klau nak terasa, terasa la kejap...Klau nak claim sunyi...Allah kan ader, klau tader orang dah sangat pun, cakap la ngan Allah, lagik besh...mungkin, ini masanya, kita menjalin hubungan yang lebih rapat dengan Allah, takala hampir sumer insan kat dunia seolah2 berlari meninggalkan kita. Hampir sume orang penah rasa seolah2 duduk sorank2, normal la tuh, tapi kita wat la menda2 yang patut dibuat bila dok sorank2...ok per, ni la masa takde orang len nak kacau...Naper nak beratkan kepala pikir apa orang pikir, aper orang tgh rasa...
Apa2 pun, semua dari Allah, klau dia nak bagi hati seseorang tuh kat kita, pusing pi la mana pun, dapat jugakk...Tapi kalau Allah cakap takleh, takleh la. Cukup la takat tuh...Kawan silih berganti, setiap kawan mempunyai sifat yang baik untuk kita ambil hikmahnya, dan setiap dari mereka turut mempunyai ketidaksempurnaan tersendiri. Dont ever claim, orang buat tak baik aper kat kiterr..cukupla. Tak larat nak ulang dah kat blog ni rasanya pasal kelemahan dan kelebihan, tapi bila takleh lepas straight....
Dulu la, masa matrik, aku kan sewel, dekat situ aku dapat banyak menda, biasalah, yang perit itu baik, yang pahit itu ubat. Tapi aku jumpa erni, yang mengubah persepsi aku tentang dunia persahabatan. Then aku cakap kat dier, nanti klau jie dah masuk U, camner. Jie takleh jumpa lagik kawan yang macam erni, jie nak cari kat mana. Nangis2 aku masa tuh. Aku sendrik risau, mampu ka aku, nak stand by myself, untuk berdepan dengan semuanya lagik. And erni cakap, Jie pasti jumpa orang yang lebih baik pun dari saya, sebab Allah tuh Maha memberi. Doala, jie jumpa kawan2 yang baik, yang boleh membimbing dan menasihati kita, yang memberi kebaikan pada kita. Jie mesti jumpa. Daaa...Memang aku jumpa pun...
Semuanya terpulang pada diri kitalah, kita nak ambil sesuatu menda tuh darik sudut mana, disebalik keburukan, ada yang baiknya. Ambil dan ingatla yang baik tuh, takla sesak nafas. Dalam hidup, kita pasti bahagia andai kita jumpa akan ketenangan. Ketenangan itu mungkin tidak datang dengan sendirinya. Namun kita manusia yang bijak, dan diberi ilmu untuk mencari ketenangan, carilah, kerana kita pasti akan jumpa.
Kadangkala kita tak mampu, menerangkan sesuatu di sebalik perilaku kita, mungkin kerana, seseorang itu tidak mungkin faham, kerana persekitaran, cara pemikiran dan kematangan yang berbeza tahapnya.

Walaupun kadang2 kita sedih, tapi kesedihan itu la yang akan membawa kepada kebahagiaan yang kita cari, setiap dari kita, sebelum meninggalkan dunia ini, pasti merasa keperitan yang sama, cuma mungkin Allah beri dari bentuk yang berlainan. Namun kerapkali, pengajarannya tetap sama. Kadang2, kita tak mampu mencelikkan orang, cukupla dengan memahami dan berdoa untuk kebaikannya. Satu hari, pasti akan terbuka hatinya akan sesuatu. Andai niat kita baik, dan kita sudah melakukan sebaik mungkin, mengikut keupayaan kita pada sesuatu masa, thats it, dan nantikanlah masa di mana kebenaran itu akan muncul dan terbentang dengan nyatanya. Yang benar itu pasti kekal.
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan
Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti setahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar
Bila_Terasa_Rindu_Dafi_Af5
Sunday, October 14, 2007
Suatu Hari Di Hari Raya...
Smalam jugak, masa raya kat umah cik bedah, cik bedah la dok cerita, cucu dia ni lawak gila, cucu dier nama haziq, anak kepada kak ani. Haziq ni, dia nampak gambaq kawen mak ngan ayah dier kat umah cik bedah ni la. Pastu dia ty mak dia, "Mummy mummy, ni mummy ngan daddy pakai baju lawa2 ni pegi mana? Kenapa tak bawak haziq pun? Kenapa tinggal haziq ngan tok wan?" Aku rasa lawak nya budak kecik mana, mana dia dok pik iaq soalan legu ni ha?? Aishh..soalan tuh betui la jugaakkk...Cuma aku rasa lawak giler....
Aku pnin pasaipa ni tatau, kena ujan kot..tadi pi MPH sat, pi perabis duit bli buku, kakak pun perabis duit skalik...Klau bab buku2 ni tak tahan arr...Stationery pun...Pas ni nak pi umah acah kat a.s. Tgu abg fazel balik kija. Gila kerja n kerjaya..Raya pun dia nak kija gakk..hukhuk...
Nak pi bersiap...
Friday, October 12, 2007
Izinkan aku..mencintaiMu...Setulusnnya...
"Burung ape? Burung Murai.., burung aper? Burung murai"...hmm..sedih iklan ni, tgok dengan abg faizal tadi....Arini sumer ader kat umah, kakak, kak linda, papa, abg fazel ngan abg faizal. Makciik mah tader, dier gi umah mak dier jab, satgi baru datang sni...Malam ni malam raya, dah 6 kali beraya tanpa mama...
Tadi bebuka puasa kat umah jerk, memula papa cakap nak bawak aku gi umah tok, bebuka kat sana ramai2 ngan sedara makcik. Ok je, pastu aku terasa nak bukak pose kat umah lakk, ngan kakak2...the one and only day for this ramadan nak bebuka sesama...Then papa pun cakap, takpela camtuh, papa pun bebukak kat umah jugakklaa...makcik dari siang tader, dier kat umah tok...
Siang tadi dok bubuh duit raya lagik, hehe, dapat duit raya laa dari makcu jie thn ni...besh nya dapat duit raya...klau dlu kecik2...syok dapat duit raya RM10. So thn ni, byk gakla RM10 tuh kuar, sbb mesti besh membeshkan budak2 kecik. Dlu, kakak salu dapat duit raya lebih, klau kakak dapat Rm10, aku dapat RM 5 je, camtu laa..budak kecik la katakan...tapi tak suka, aku salu question dlu, mana aci kann....Aku masa kecik2, cakap kat diri sendrik, klau dah kija nanti, nak kasi sama rata jugakk...heh, ingat tuh, ingat, sumer memory kecik2, apa yg orang bagi, saper salu bagi duit raya, banyak mana, banyak mana sumer aku ingat...Orang salu cakap, budak kecik tak tau aper, saper cakap? aku tau banyak jer....hati budak2,,kena jaga, bacala buku psycology kanak2...lots to discover..
Sok aku takleh gi kubur, borink tul laa...aku rindu kat mamala, nak gi kubur...aishh..biaqla...Ni tgh pasang takbir raya kat comp sambil dok susun2 folder yg berselerak giler...
Hihi, kakak panggil bubuh kueh lakk...break jap dari menulis blog...beshnya dok umah ni..besh, besh yg besh, takyah gi jlan pun besh..
Break lagi..haha...dari kul 8.30 aku nulis menda ni, baper banyak break dah ni, sedih la citer rosyam nor tadi...cian kat mas tu kan, nanti2 je rosyam tu pilih sape, last2 skalik dier pilih ex-wife dier gak,aku rasa cam aku paham jer perasaan mas tu, pengubat kesunyian org jer, klau dah tader sape carik kiter, klau dah ada org lain...huhu...dibelakangkanlahh. Takut tul menda2 camtu berulang lagikk...sape la yg suka kita ni betul2 pun tataulaa..=]Saya sukakan awak, tapi saya cintakan orang lain..Biasala ayat tuh, ayat filem yang selalu berlaku di alam nyata. We dont like that words, but sometimes, we say it to others too.Sampai bila kitar ni nak berhenti pun taktaula...But still, i believe, God will guide me well in choosing somebody.Just let it be lah. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.
Rasa cam nak main game, tapi kakak suh tido awal, tapi nak men game gakkk....bulu mata ni dah stop jatuh dah, klau dak beberapa ari lepas dok luruh2 jaa...mesti my famili yg miss me time tuh..kiki...
Esok pagi aku gi raya umah makcik2 kat gurun dlu kot, pastu maybe ptg tuh gi umah mak makcik mah, buat mee sup katanya...Dah 2 bulan la papa kawen...=] Akhirnya..ia berlaku. Klau mama ada, mesti mama seronok nak dapat cucu, 2 orang lagik tuh...kak ja bulan 10, kak linda bulan 12, dedua laki..memula, dr kata kak linda ni anak pompuan, tapi aku tgok kakak aku ni belemoih jaa..hihi..muka pun tanak cuci..orang ckp, klau selekeh2, selebet2 skit ni, anak laki laa...n tul la kot tuh, anak laki,scan balik baru2 ni, anak laki...=]Tgu keluar je la, baru tau nanti.
In life, kita tak pernah tahu, apa yg bakal berlaku, setelah menganalisa risiko, kita membuat keputusan, tapi setiap keputusan tuh, memang kita gamble, tak tau penghujungnya macam mana, kita hanya mampu meneruskan segala yang telah dimulakan....Mungkin ada peluang untuk berpatah balik, dan memulakan segalanya, tapi jarang sekali kita mendapat peluang sedemikian. Gamble. Whatever happen, just move on.
Kadangkala hati ini takut dengan hala tuju,
Kadangkala hati ini keliru dengan tingkahlaku,
Kadangkala hati ini tidak mampu dan buntu,
Kadangkala hati ini risau tidak menentu,
Namun dengan adanya rahmatMu,
Hati ini mampu tenang dan berdamai,
Dengan adanya keputusan dariMu,
Hati ini mampu meneruskan sesuatu..
Takkala mengenang sesuatu dariMu,
Semuanya tampak senang dan mudah,
Rahmati aku dalam langkahan perlahanku,
Takdirkan segala sesuatu, hanya yang terbaik buatku,
Takdirkan hati ini mencintaiMu seadanya,
Takdirkan hati ini mampu melihat segala sesuatu,
Hanya dariMu..
Aku tak ingin jadi hamba yang mencintaiMu,
Hanya kerana Kau banyak memberi aku segala sesuatu,
Jadikan hati ini,
Mencintai Mu kerana tulus cinta itu,
Jadikan aku ikhlas melakukan segala sesuatu,
Tanpa sebab dan musabab selain Mu,
Jadikan aku iklas dalam tanggungjawabku,
Kerana cinta yg benar, tulus, ikhlas padaMu,
Ya Allah,
Aku hanya hambaMu yang lemah,
Mungkin,
Aku melakukan sesuatu,
Kerana itu yang perlu dilakukan,
Namun,
Seburuk mana aku,
Latihlah aku,
Latihlah hati ini,
Sentiasa ikhlas denganMu,
Aku tak ingin jadi hamba,
Yang hanya takut akan balasanMu,
Aku tak ingin jadi hamba,
Yang melakukan sesuatu,
Sekadar mengharap balasan dariMu,
Aku ingin jadi hamba,
Yang ringan hatinya,
Melakukan segala sesuatu,
Kerana cinta tulusnya padaMu...
Permudahkanlah urusan kami Ya Allah, dalam berurusan dengan dunia kapitalisme ini, yang mana konsep kehidupannya, mungkin jauh dari yang benar itu. Tetapkanlah hati kami, agar tidak terjerumus dalam lembah yang jauh itu, biar kami semua tabah, dalam menegakkan kebenaran ini, jadikan kami semua berani, mempertahankan sesuatu, andaikata itu urusanMu, biar apa saja yang berlaku, teguhkanlah, teguhkanlah, teguhkanlah hati ini untuk tetap pada jalanMu.
S.A.L.A.M A.I.D.I.L.F.I.T.R.I
Monday, October 08, 2007
Cintai aku
Once -Aku mau
Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu
Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku
Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada
Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku
Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu
***
Cintai aku,
Kerana ia memang cinta..
Cintai aku,
Kerana diri ku...
Jangan kau puja
Senyuman ku padamu,
Jangan kau puja
Keramahan ku padamu,
Jangan kau puja,
Kebaikan yg ku taburkan padamu..
Jangan kau cinta,
Kerana aku cinta padamu,
Jangan kau cinta,
Kerana sudah tiada sesiapa
Jangan kau cinta
Kerana saja-saja mencuba...
Pandang aku,
Lihat aku,
Biar kau jelas nampak hati ini,
Yang mencintaimu,
Sepenuh diri..
Biar hatimu,
Yang mencintai hatiku...
Lets go home...
.jpg)
Huhu, syahdu je raser, ni yg malas nak update blog mood2 syahdu ni, nak balik je rasa, dah takde dah mood...ader mood raya jerk...tgok org bawak beg besar2 balik, syahdu lagik...gerai2 jual kat sni pun dah byk yg kosong, sbb dah ramai yg balik kg pun..suasana yg tak besh..suasana yang nak balik jugakkk...uwaaaaaaaaaaaa.............
cepat2, teke, mana satu baju rayerr aku..hihi..
Then on sabtu tuh jugak, kak linda, abg faizal ngan pakcik mie datang kl, lepas derank gi petaling street, datang amik aku kat sogo, kiteorang gi cheras, umah cozen aku, kak nasari, leh la makan sedap2...nyum2..makan laksa ngan tomyam,,,sedap la leh makan selera kedah..dah lama asek makan selera negeri lain je ni..huhu..
Sepatutnya training banking abis sok, tapi diextend lagik ke jumaat...hmm..aku rasa aku ni tak ikhlas tul la belajar account tuh, dalam kelas,aku leh rasa penin n rasa nak muntah jerk ngan suma tuh...ni nak extend lagik, kater nak wat test ari jumaat..huhu..paperlaa...cuti aku dah approve, aku nak balik..tuh je aku tau, ari kamis malam akan ku pulang jua...
ni ha omad, siap salin baju pakai baju raya lagikk sbb nak bergambarr....jpg)
Dak2 sewel, aku pun jadi sewel skalik dok main ngan derankk....Aina, annisa, ngan omad .
Tak sedap atie jerk rasa ni..huhu...naper ekk...homesick la ni...aku ingin pulang...oh aku ingin pulangggg...
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Ungu memang besh!
Dear God, give me strength, to do everything, just because of U, permudahkanlah segala yg ku rasakan susah....ampuni daku atas segala kelalaianku..dorongi aku ke jalanMu...Bersihkan h.a.t.i ini.
Thursday, October 04, 2007
Biskut Kak Linda
Baru pas sahur...=]..Smalam aku gi McD, sorang je. Malas nak balik
akhirnya, setelah 10 thn lebih tak makan A & W, dapat gak aku merasa Ramadan ni...ari selasa tuh aku kuar ngan ema makan A&W..
Aku update blog ni sebab dah janji ngan kak linda, nak letak gamba biskut dier ni kat blog yg disms kan kepada aku smalam. Ha ni la biskut yg telah disiapkan oleh kak linda yg sememangnya paling rajin antara kami bertiga dalam bab2 membuat biskut ni...Betuah mak mentua dier..hehe...Yg kanan tuh ialah biskut Aiskrim, yang bakal dicelup coklat...100 RM28.00 je. Yg kiri tuh makmor ker Nda? Biar btul minah ni wat makmor, memerlukan kesabaran yang tinggi tuh..huhu...100 RM30.00. Tuh harga 5 thn lepas la, semasa kami sumer membuat bisnet biskut raya yg dikepalai mama aku. Dlu masa nak raya, takdenya melepak2 camni, sebok memanjang, lepas sahur, dah buat la apa2 yg patut, tapi salunya shift aku stat kul 10.00 pagi, kalau ari cuti la. Then sampai kul 12 tgh malam dok wat biskut je, klau masuk umah penuh biskut je. Besh meniaga ni, dapat byk duit, wat biskut ni penat la jugak, tapi klau dah minat tuh, lain ceritanya. Monday, October 01, 2007
Ntah..
.jpg)
Arini aku tanak main diner dash, mesti penat lepas main game tuh, rasa cam aku plak yg kija kat dalam restoran tuh...gila terefect walaupun men game..tuh blom the sim lagikk...gila dok melagha masa dok main game tuh dulu, cam dah tak hidup kat dunia sebenar dah...cik aszifaris mudah taksub..hehe
Arini ader mock test banking, dan jelasla, aku cam tak paham sangat, sebab aku takleh jawab yg leh jawab...leh jawab yg gitu2 je, kot ye dlu masa dalam kelas java, aku bleh ingat sebijik2 fact tuh, walaupun tanpa ulangkaji aku leh ingat...Ntah naper la kena belajar account ni lagik haa...dlu masa form 3, klau salah soalan kh tuh, kat account2 ni la, pastu masuk form 4 besh giler sbb dah takyah amik acc.Pastu masuk U belajar 1 papaer akaun, hanpeh jugak...haishh!!! Aku tidak mampu berlari dari akaun lagik...kena bagi pandai jugaklaa, sbb lagi dok lari, lagi dok kena buat nampaknya ni..hmmmmmm...
Malam ni aku nak stadi la, sambil tgok prison break...tak tngok lagi pun season 3 ni. Tadi baru dapat episod 1 ngan 2 darik ikmal ngan amirr...beshnya dapat jumpa scotfield balikk...
.jpg)
.jpg)
.jpg)

