Sunday, April 25, 2010
Sunday, April 18, 2010
Motivasi mencari CINTA
Jiwang la plak, pengacara mmg la jiwang dah Mhd Fitri Yahya, hehe...mendengar celoteh mereka berdua ni, buat terdetik jugak hati, betul la...hidup macam irama dan lagu...~ :) nak tgok pi la carik kat you tube or tv3...
Sedang mencari kekuatan diri nih...I'll paste something just for myself. Percayalah dengan janji Allah, berniatlah meninggalkan cinta, demi CINTA. Takyah rasa2 teringin untuk kembali dalam mencari cinta. Berdoa. Allah bagi....Sekarang belum cukup kuat untuk bercinta. Sekarang masa untuk berCINTA. Berkali-kali, dan beribu kali, post yang berulang-ulang mesejnya, mungkin akan ditulis, berkali-kali dengan garapan cerita yang berbeza, untuk diri, merasa yakin, untuk berCINTA bukan bercinta.
Petikan-petikan di bawah dipetik dari komen blog genta-rasa.com. I have to keep on searching, baca balik, kebanyakan dari artikel-artikel dalam meneguhkan CINTA, dan berusaha mengaplikasikannya, bukan secara secara fizikal, namun tulus dari dalam hati, yang percaya dan bergantung harap pada Allah semata-mata.
16 November 2009 pada 3:42 am
Alhamdulillah..
assalamualaikum ustaz, terima kasih buat kesekian kalinya atas artikel yang amat-amat bermakna buat saya. Buat pembaca sekalian, ingin sekali saya berkongsi kisah saya dengan kalin, tetapi apakan daya, kisahnya terlalu panjang untuk ditulis di sini.=) saya telah bercinta, hampir 4 tahun, namun kini KAMI telah ambil keputusan untuk sembunyikan cinta kami dan hanya berserah pada yang Esa.. Moga Allah akan meredhai hubungan yang suci tanpa menghampiri zina yang amatlah sukar untuk ditolak.. buat teman-teman..ketahuilah, teramat sukar menolak zina ketika bercinta..zina hati terutamanya.. Maka, cubalah, jauhinya ataupun, putuskan hubungan yang dirasakan tercemar dengan zina. Sesungguhnya cinta memerlukan pengorbanan.. hanya cinta kepada Allah yang kekal abadi.. SubhanAllah..
16 November 2009 pada 8:02 am
Salam ana muslimin,
Bila bercinta kerana Allah dan tulus untuk bernikah… Insya-Allah, Allah akan bantu. Doa kami semua (saya dan pembaca) untuk dikabulkan hajat-hajat yang baik oleh kalian berdua. Amin.
16 November 2009 pada 4:52 pm
Salam..saya ingin berkongsi pengalaman tentang perkahwinan tanpa cinta,
tak pasti ruangan ini cukup untuk coretan saya ini. Perkenalan saya & suami diatur oleh teman & suaminya. Perjumpaan pertama juga ditemani oleh mrk sekeluarga. April bertemu empat mata, September bernikah. dlm tempoh tersebut saya bertemu suami sebanyak 7 kali (perjumpaan pertama, diperkenalkan kpd anak2 – suami duda kematian isteri, suami dtg bersama keluarga utk merisik & …)dlm 7 pertemuan itu hanya 1 kali keluar berdua utk lunch itupun tidak berbicara soal perasaan. Org mungkin bertanya mudahnya terima org yg tidak dikenali & kahwin. Sebenarnya tempoh utk berjumpa suami bukan mengambil masa sesingkat itu. Lebih enam tahun sebelum itu saya mengamalkan solat istikharah & solat hajat. Doa saya Ya Allah ya tuhanku jodohkanlah aku dgn seorang lelaki beriman, yg menjaga solatnya, yg baik budi perkertinya, bla…bla…(pjg ciri-ciri yang diminta). dan pada ketika lelaki tersebut itulah orgnya. bukakanlah pintu hatiku mudah menerimanya kerana aku takut terlibat cinta sebelum berkahwin kerna terlalu berat godaannya. Dlm tempoh 6 th tersebut sebenarnya ramai yg melamar, ingin berkenalan, ajak dating semuanya saya tolak (hati belum terbuka) & saya percaya perancangan Allah. Jika ditanya ttng gambaran istikharah, saya tidak pernah bemimpi wajah suami, tetapi gambaran apabila saya pulang kerumah ada anak kecil didalam bilik..gambaran itu selalu dtg tetapi saya tidak pernah memikirkannya cuma secara bergurau saya pernah berkata ‘kahwin duda kot’. dlm ramai hanya suami seorg duda yg lain adalah lelaki bujang..mungkin org akan fikir kenapalah menyusahkan diri berkahwin lelaki yg mempunyai anak..malah slps pertemuan pertama suami menyarankan saya solat istikharah sebelum terima ( 2 minggu)..ia tiada gambaran wajah sesiapa tetapi tidur mlm saya seperti melihat aliran air, sungai, suasana sejuk, nyaman & mimpi menyusukan anak sdgkan saya belum berkahwin. Malah saya mengimpikan perkahwinan yg sgt sederhana tiada persandingan dsb dgn harapan perkahwinan berkat kerna menjaga syariat. Skrg sudah hampir 7 th perkahwinan kami, sememangnya semuanya berlaku spt yg saya minta SubhanAllah, baiknya Allah. Malah suami yg dikatakan baik sebenarnya terlalu baik bagi seorng lelaki terutama hubungannya dgn Allah. Cinta! dtg dgn sendirinya..namun saya terus berusaha, dipenghujung mlm bermunajat tadah tgn didpn Allah memohon hajat moga setelah kami dipertemukan, maka satukanlah hati kami, titipkan rindu antara kami, mekarkanlah cinta kami kerna perasaan cinta yg wujud dlm diri itu urusan Allah jua. Apa yg ingin saya kongsikan ialah yakinlah berdoalah, pasti Allah mendengar.
Friday, April 16, 2010
S Jibeng dan atuknya
Arini buat aper ehh...arini jalan2 ngan papa ja...makcik takdak, pi kursus (uwaaaaa, ji nageh)..haha,, sabaq je la bawak keta ngan pap neehh...rasa cam baru nak amik lesen, ada instructor duk kat seblah...
'Lampu merah tu, berhenti..'
'ha, ada budak depan tuh,nampak dakk?'
'ha, brek2!'
Arrr...tak tahan, tak tahan...Gabra aih rasa, tak takut jadi takut bawak pap nihhh...Pap ty plak, jie takut ka bawak nih..Ih org bukan takut, tapi jadi gabra org seblah duk suh carefull..adeh2 toink2 rasa...
Makcik mmg sabaaqq ar ngan pap..haha...esok makcik balik dahhh....makcik la jalan2 ngan pap...kikiki....Semalam keta pap injured, ntah sapa la pi ketuk...Kena pi antaq bengkel..pastuh petang dah pi amekk...kejap je wat, pomen keta tuh dah dapat RM230.00... tak ke byk tuh...seminggu wat support tuh baru dapat..huhu..
Tapi pap klau mood baik, skang suka belanja makan, tadi makan kat medan ikan bakaq hat mahaii...rasanya klau rate camtuh mmg mahai la makan sotong bakaq ngan kerang je puns...Rezki dia tokei tuh...
Pastu balik dari makan, pi umah kakak antaq susu kat fahim...Umah kakak dah lawa oohhh...hehe, ada kipas yg bila dia tak pusing, dia kuncupp..hahaha...nantila tangkap gambaq buh kat sni...
Klau spend masa ngan pap nih, kadang2 rasa...cam anak buah papa zaman2 askar...ley dak rasa camtuhh? haha....Memang pemberi arahan btui la ayahku...Bila tak tercontrol la...Tapi tak kesah pun, dah tau dah pap camtuh...Sebnaqnya, dengan adanya fahim tuh, buat aku terasa, byk perkara yang aku patut utamakan utk papa, tapi aku terlepas pandang...
Cthnya, Fahim satu arituh, dia tengah tgok kartun, pastu aku tego dia, dia wat taktau ja..dia cakap dia nak tgok kartun...(Org balik keja nih rindu kat dia, tgok muka su jie leh dak? Tv tetiap ari ley tgok) ... Then when I think deeper, might be the same thing that I've done to my parents dalam keadaan yang tak sedar. Antara 3 perkara yang kita pandang dan dapat pahala,
-Kaabah
-Al-Quran
-Wajah Ibu bapa
Sometimes I'm doing my work...I will just speak, without looking at him...but he looks at me..Kadang2, ada perkataan2 yang kita abaikan saja, dan hanya ingin mengambil isi, masa kita tengah khusyuk dengan kerja kita sendiri...See...
Tapi memang la, ayah kita, bila kita utamakan, ngada satgi jadi dia, biasa buat menda cepat, satgi klau lambat skit dah nak komplen dah..Biasa cakap lembut, up skit sora dah kene warning...Cik jie penah kene warning wooo..huhu...Dugaan dalam menjadi anak..
Klau tgok orang yang jaga orang-orang tua sakit, lagik byk peelnya...Kadang2 orang persoal, ni tambah pahala ka jaga, tambah dosa...Teruji. Betapa besarnya hikmah Allah, Allah tahu, dugaan menjadi seorang anak yang taat - pandang muka ja pun dah dapat pahala...
Penah tgok satu cerita kat Hallmark#. Pompuan ni, dia jaga ayah dia sakit, sampai dia takdak life dia sendiri...Stress la kawan tuh, nak buat apa pun takleh, dah jaga, ayah dia sarcastic plak,,,suka sakitkan hati dia, suka cari pasal...mmg tak hargai tahap cipan la...pastu at the same time, history ayah dia ni, masa ni dah kawen ngan mak dia...pastu wat hubungan ngan pompuan len.Ayah dia Dr, ada sowang pompuan ni susah, takde duit utk rawatan, so cam in the sense of menggantikan duit, ayah dia wat hubungan la pompuan ni...Pompuan ni pi fall in love plakkkkk...mana ley, ayah dia takmau la...ayah dia kan ngan mak diaa...Pastu de la pembunuhan atas kisah ni...panjang la plak nak citer crita...
Kesimpulannya yang tuh la, ayah dia bad attitude. Masa sakit pun still suka minum arak..mmg tgok pun penin pala la. Last2 pompuan ni dia bunuh ayah dia. Nah amik..
Pastu dia leh la ada life dia sendirik.
Penin gak aku pikir pengajaran citer nih klau dia wat ending leguni....Tapi klau tadak agama, ngan ayah bad attitude legutu...apakah lagi motivasinya?
Sekali lagi rasa bersyukur sebab dilindungi oleh agama Islam. Islam yang byk memberikan motivasi untuk kita terus hidup, dengan mengharapkan 'kehidupan di sana'...
017:023 Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Out dah aku tadi, ada kekasaran dalam berbahasa...Ditegur kerana nada...parents, when they get older, they become more sensitive...Alert with that...
Actually, jasa mereka pada kita terlalu byk..Yang kita ingat, pun dah banyakk..yang kita tak ingat? I agree that, tak semua orang dapat parents yang supportive dan menyokong, setiap orang ada ceritanya sendiri.
As for me, my parents mmg banyak menyumbang kepada pembangunan dan sokongan untuk diri. Jasa mereka, terlampau banyak. Itu belum termasuk yang aku tak ingat., masa kecik2 dlu..Tengok Fahim tuh...jenuh jaga tuhh...Esok dia besaq, dia tak ingat dahh kecik2 dia camna, dia just akan rasa, itu tanggungjawab parents utk besarkan dia...Camna mak dia risau tgok dia, nak jadi apa anak aku ni, nanti besaq camna... might be the same yang my parents penah pikir dari dlu sampai skang....
Tadi pap ty lagik, 'Jie sayang papa dak?'
'Sayang la, papa nihh'...
Dlu tak paham, kenapa ayah kita salu ty soalan camnih...It just about hearing the voice of his daughter, pun dah rasa seronok. Same goes to me, bila fahim cakap, 'ayaangg, uujiiiee'..Bleh jadi hepi yang semulajadi..
Glad that I'm back here, watching this boy membesar, membuatkan diri lebih bijak dalam memahami sesuatu...
S jibeng yang membuat su jie lebih memahami atuknya.. peace!
Saturday, April 10, 2010
Menjadi Student Semula
Bleh dak, tadik balik2, ada orang nak tangkap gambaq...suh tulih blog dgn judul 'Menjadi Student Semula'...haha, sokongan moral giler arghh...Saper lagik klau bukan mama fahim ...kikikiki...
Merepek2...Ni kisah dia, baru balik dari USM tadik, gi pinjam buku....aduih, kesejukan kat library ngan dalam keta pun masih terasa ni, sakit tekak, habis sejuk satu badan rasa...
Seronok dapat pegi Usm, menjadi student semula ka nih, hehe...lets Allah decide it, harap2 perjalanan mudah dalam menujunya...
When I was undergrad, I was so sure that, I'll continue my master degree, bercita-cita betul ya...I always want atlest, master adalah tahap akademik terakhir. I've marked it as a compulsory plan...Tapi tidak semudah itu jugak, nak lalui saat2 sementara nak sambung ni, hanya Allah yang lebih tahu, dugaan-dugaan disebaliknya :)
Harap-harap dipermudahkanlah...Aszifa hanya mampu merancang dan berusaha...Berharap berusaha atas ilhamNya jua...Tiada lagi keyakinan secara buta tuli, kehendak2 sendiri adanya, biarlah di sebalik kata-kata, tersusun yang semua ini adalah dari Allah jua...Nak tak hendak, it is a must, untuk berusaha, berniat kerana Allah, bukan kerana kehendak sendiri. Itu satu pengajaran hebat yang diperolehi hasil kehidupan 2 tahun di negeri orang len :) Semoga kita semua boleh melakukan sesuatu kerana Allah. Harap, harap, harap.
Buat aper ekk kt Usm. Banyak sembang la kotngan sahabat, sembang tentang kehidupan. Everybody turns to be wiser dalam menceritakan kehidupan masing-masing. Seolah2, berada di persekitaran yang mampu bicara secara berhikmah. Dugaan yang masing-masing lalui, buat masing-masing jadi lebih matang dalam berbicara dan melontarkan pandangan.
Dalam perjalanan balik, aku drive 80km/jam jerk...Sebab nak layan blues sambil dengar lagu ungu...nak layan blues kene bawak 80kmje..klau aku bawak 110km/jam tuh fokus la tuh...nak bajet bagi tak lebih 110km lagik kan...skema tuiii..hihi...
Di sebalik layan blues tu, dok pikir, pikir, pikir, last-last...taknak pikir lahh..serah , bungkus bagi kat Allah la menda ni...last2, dapat conclude something. Pengajaran dia, 'memang leguni dah ni, x payah ambik hati, sebab dia mmg camtuh.' Lenkali takmau terima provokasi dah, nak biaq pi ja...apa pun takpa...Seronok rupanya bila dapat peluang bercakap, eh ni bukan bercakap, berYM non stop ni...bukan seronok apa, sbb kadangkala, kita kene tonjolkan jugak, sikap2 ntah paper...sbb masa depan klau takdir betuila idup skali ni, ih jenuh nak pedo org kedah kata, klau nak jaga hati...Ni masalah emo la nih...sebab kadang-kadang kita kene terima diri kita camna, klau belum mampu enhance lagik part tuh...Living with weakness, payah jugak, sebab kita tau sikap tuh buruk, tapi kadang-kadang tak mampu kawal, memang terbias la tempias dia. Tapi yang istimewanya dengan sikap buruk ni, tempias tuh salu kena kat orang yang rapat dengan kita.
Nak tau buruk baik aszifa, tanya bekas-bekas rumate dan housemate...hikhik..keluarga of course tau, kawan-kawan baik yes...tapi yg penah duduk, tido, makan skali tuh lagi tau semuala...Mmg kita kene biar org2 dekat paham baik buruk kita....So far, housemate dan rumate bley menerima...Keluarga tuh mmg terpaksa menerima..huhu...
Bila imbas-imbas balik, memang macam tuh la perhubungan sabahat, keluarga, osmate, gado hempas pintu nak pecah pun, sabaq la na...sbb duk skalik...rahsia dia, antara 2 orang tuh je la yang tau..
Bila berdepan dgn situasi2 camni dlu, salu ingatkan diri....Ih dia wat camni, sbb dia rapat ni ngan aku, close, n ada rasa pecaya pada perhubungan ni, bukan senang kawan2 kita nak tonjolkan keburukan sifat.....kat org2 yg dipercayai saja...So, kita terima la kawan2 kita seadanya...tugas kita ambik hikmah, belajaq la kebaikan-kebaikan dia...
Takpala, org buat camna pun, klau Allah bagi kita sifat sabaq tuh takpa...bleh tahan aih..tapi diri sendrik la kot, bila ada keburukan2 tersendiri yg kita cuba nak ubah, tapi masih belum berjaya, kene terimala...terima dan hidup sebentar dengannya...dan kelemahan itu diconvert sebagai satu pergantungan kepada Allah, doa-doa dan doa, semoga keburukan sifat kita tuh tak menjejaskan...
Kene terima diri camna...lawak la hari tuh, gi jumpa dr, masa tuh mc la sakit perut,sat memulas, sat pedih...satgi sakit cucuk2 plak kat belakang....rasa tak selesa sangat dah ..bleh bajet ni kes angin...
Pi jmpa Dr, dr kata gastrik...Mai tang mana gastrik, makan ja salu...Dr kata :
'U ni banyak pikir , bila stress tuh kadang2, otak ni dirangsang, bhg perut pun...leh kuar asid '..
'Pikir apa Dr, I mana pikir pun...' (nak kata stress keje, ih kat mana yg stress, tadak aih)
'Ada aktiviti apa-apa ka kebelakangan ni?'
'Bila you nak kawen, ada gaduh dengan bf ka..' Yo-or ja Dr nih...aih personel2 nih..
(Hmm, baca bnyk kot, sbb kene tulis dalam masa yg singkat(rasanya hatnila sbb dia))
'Memang la camtuh I Dr, mmg la kene pikir bila nak wat something..I pikir, bukan risau pun..'
Haha..melawan cakap btuiii...Tapi mungkin ada sahihnya, sbb jerawat nek kat dahi..betuila tuh..tuh tanda dia...dah bleh kenai pattern..
Dr cakap, 'dah, jgn pikir lagik, I bagi ubat clear asid nih..I rasa u ni memang terlebih hormon..'
'Wuahahaha'...dah tergelak aku ngan Dr tuh.Terlebih hormon dia kata aku ni..
'Ha, dah terlebih hormon nak wat apa Dr, klau nak period mmg la lagik teruk..I kene amik melatonin ka?, Mcm2 buat dah ni nak kontrol.'
'U nak ambik pil ka, tak payah, tak payah..' Dr cakap.
'Then I nak wat apa, tak tahan rasa kadang2 Dr, I pun tak suka bila I camtuh'..Berterus terang aku ngan Dr ni, sebab memang dah biasa ngan dia dari kecik2..
'You have to live with it, biasa menda ni...' Dr gelak je, :)
'Ok,heh'. Tersengih-sengih Cik Aszifa.
Live with it, live with it ya Cik Aszifa, kene terima kekurangan diri kita ya cik..
Huhu, dah la menulis ni...jom kita pi ronda ngan fahim..
Tuesday, April 06, 2010
Why YOU let me know that?
If Allah helps you, no one can vanquish you. If He forsakes you, who can help you after that? So the believers should put their trust in Allah. (Surah Al 'Imran: 160)
Ya Allah. It hurts. Aku memohon redha dan ikhlas, kemudian Kau uji aku, dengan sesuatu yang menyakitkan. Menyakitkan seseorang seperti diriku. Semoga aku terus menerima apa yang aku pohon melalui ujian-ujian Mu. Ujian yang menguji kekuatan hati. Ujian yang menguji kekuatan diri. Samada boleh kembali kepada fitrahnya yang ikhlas dan redha dalam menjadi hambaNya.
Taknak pikir. I trust You Ya Allah. I trust You, with all my heart. Yang Maha Adil, tak pernah mengatur sesuatu untuk menyakitkan hambaNya. Yang Maha Bijaksana, tak pernah mengatur sesuatu, untuk membuatkan hambaNya kelihatan bodoh di mata sesiapa.
Aku ingin merasa keindahan,
Keindahan,
Keindahan yang sebenarnya~
Jadikan hambaMu ini bahagia Ya Allah,
Sepanjang dia,
Berusaha,
Sepanjang Engkau,
Mengujinya,
Sepanjang Engkau,
Menyempitkan nafsunya,
Sabarkan aku,
Redhakan aku,
Ikhlaskan aku,
Dalam berdepan dengan segala sesuatu~ :)
Friday, April 02, 2010
Hanya SATU pintaku
Maka sukar sekali,
Ku boleh tak menatapmu,
Ku boleh tak mendengar suaramu,
Ku boleh lama tak bertemumu,
Namun engkau tetap melintas di hatiku,

Ku boleh meninggalkanmu,
Namun hatiku?
Sisi baik ku, nasihatilah aku....
Tolonglah hambaMu,
Yang merayu.....
.jpg)

.jpg)
.jpg)


anamuslimin89 berkata,