Tuesday, August 17, 2010

Membuat air limau

I'm taking my time , skang kene terus baca on behavior modelling. Dah firm, ke personalisation, still on literature review nih. Contribution terakhir adalah, enhancement of current algorithm/model or new algorithm/model and implement them in Skills monitoring system.

Now I understand, the insanity of being a research student. Cuma, ingin menghayati saat2 ini, yang tidak mungkin lagi datang di masa depan. Sometimes, bila kita dapat sesuatu, kita nak yang lain. Bila kita dah di yang lain, yang lain pula muncul.

Hidup berjalan, dan semakin berusia kita, semakin kita fikirkan, apa yang benar2 kita inginkan dan apa yang benar2 bermanfaat dalam kehidupan.

Namun, takdir Allah yang paling hebat. Dan yang paling baik. I'm reading research paper tadik, dan tiba2 tergerak hati, untuk baca part 'Kalau anda mempunyai limau, buatlah air limau.'

This chapter ada dalam buku Dale Carnegie. Orang barat, yang motivasinya bukan akhirat, melainkan dunia. Sometimes, diri ini berlari dari membaca buku2 sebegini, kerana melari fokus dari hanya dunia. Perlu bahan bacaan yang benar2 niat dan tatacaranya mengarah ke akhirat, kerana tahu ini belum benar kuat. Risau, kalau quote perkataan MANUSIA, sedang mengapa tidak quote ayat-ayat cinta dari Allah.

But I cant deny that I bring this book, ke mana saja diri ini berada. Selain tuh, mungkin diperkuatkan lagi dengan Ustaz Pahrol , in one of his article, tentang 'mengergaji serbuk kayu'. Tahu benar tentang kisah gergaji serbuk kayu tuh, one of my fav chapter dalam buku nih. Then, there was one post by him, menceritakan kehidupannya dalam penjara, jelas, dia sebut nama buku ni yang seringkali beliau selak.

Semoga apa yang dibaca, yang ditulis, tidak membawa kepada sifat 'Keakuan' atau mengagungkan manusia. Segalanya tetap dari Allah yang sering memberi ilham. Bila membaca buku barat, hati2 dalam menerima definisi sebuah kejayaan. The steps given are good, cuma niat kita kena jelas dan betul, tentang erti kejayaan yang sebenarnya.

Kalau anda mempunyai limau, buatlah air limau.

Lets have some copy paste of ayat2 menarik dalam buku nih.

"Setelah bertahun-tahun lamanya mengkaji kehidupan dan tenaga yang tersembunyi manusia, ahli psikologi Alfred Adler menyatakan bahawa sifat manusia yang paling istimewa ialah KEMAMPUANNYA UNTUK MENUKAR KEKURANGAN MENJADI KELEBIHAN"

Dua orang banduan mengintai dari bilik berjeriji besi,
Seorang melihat lumpur, yang seorang lagi melihat bintang.

"Sesuatu yang paling baik adalah yang paling sukar"

Menurut Nietzshe, formula bagi orang yang terbaik ialah : "bukan hanya tahan dan tabah dalam menerima kenyataan hidup, tetapi juga menyukainya".

Makin banyak yang saya selidiki tentang kejayaan orang, saya menjadi semakin yakn bahawa ramai orang yang berjaya kerana mereka memulakan usahanya dengan penuh rintangan: tetapi rintangan - rintangan itu telah memberikan dorongan yang kuat sehingga orang tersebut berusaha sekuat tenaga untuk mengalahkannya dan akhirnya mereka memperolehi kejayaan besar. William James mengatakan "Kelemahan-kelemahan kita biasanya memberikan pertolongan yang tidak diduga."

And the last quote, that I like most dalam keadaan ini:

Misalnya kita sangat takut sehingga merasa tidak mempunyai harapan sama sekali untuk dapat memanfaatkan limau yang kita terima supaya menjadi air limau. Dalam hal demikian, terdapat dua alasan mengapa kita harus berusaha, walau cara apa sekalipun - dua alasan mengapa kita ada segalanya untuk diperolehi dan tiada mempunyai apa-apa untuk hilang.

Alasan pertama : Mungkin kita berjaya.
Alasan kedua : Walaupun kita tidak boleh berjaya dalam usaha mengubah kekurangan menjadi kelebihan akan membuat kita selalu mengarah ke hadapan dan tidak ke belakang. Fikiran-fikiran kita yang negatif akan hilang dan kita dapat mengisinya dengan fikiran-fikiran positif. Dari sini akan timbul tenaga yang kreatif yang mendorong kita untuk selalu sibuk sehingga kita tidak mempunyai waktu atau keinginan untuk menyesali hal-hal yang sudah lalu dan tiada lagi.

Bila takdir memberikan kita limau, marilah kita cuba untuk membuat air limau.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home