Friday, July 16, 2010

Bayangan dan Lintasan

Tak boleh tido. Should - bagitahu diri sendiri, tidur adalah satu bentuk ibadah jua. Menenangkan diri, dan menyuruh anggota berehat, demi esok yang sihat. X menjadi, lalu option kedua, meluah.

Ada bayangan yang datang. Bayangan tentang SaifulIslam training :). Remember that girl 'sface. Orang Sabahan gitu kalau ikut gaya cakap. Tak perasaan dia datang ngan sapa, sebab dia duduk sorang2.

29 May 2010 - Usm Penang

Time makan, baru perasaan, ada someone dengan dia. Lelaki. Tuh pun satu meja ramai2. Baru perasaan. Owh, tadi girl ni di hujung sini. Lelaki tuh di hujung sana masa tgh tgu sesi pendaftaran. Tak nampak bercakap pun sepanjang menunggu.

Lepas tuh masa dalam sesi perbincangan, its my illusion ke, or memang derank 'kawen' to be? Tak ingat. Tapi seingatnya mmg 'kawen' to be.

Ntah naper teringat kat bebudak dua orang nih. Namun my feeling masa tuh, i respect the way sorang di sini, sorang kat sana.

I respect the way, masing2 hadir, untuk mendapat perkongsian ilmu tentang Keluarga Bahagia, sebelum masing2 berumah tangga.

I respect the way, tentang bagaimana mereka mempunyai perspektif yang sama, mencari ilmu yang sama. Merindui, pasangan yang boleh bicara dari akar yang sama, dengan bahasa yang sama.

Why I'm writing all this, malam2 gini? Entah.

Coz I wanna sleep, lalu muntahkan jua, apa yang terlintas kat sni.

Something nak ckp diriku?

Takder. Cuma ada lintasan berlalu. Bak fahaman semua, perkahwinan itu, seperti menunaikan separuh daripada agama. Lintasan lagi... jadi, kalau berusaha menunaikan separuh daripada agama itu, tanpa memikirkan hasilnya, masih berusaha bukan?

I've committed mistakes, mistakes yang kadangkala datang melintas2 sebagai bayangan. Namun diri yang positif terus memberitahu diri - "X ingin mengenang kesalahan itu, namun ingin belajar daripadanya."

Yes. Forever i'll convert them kepada pengajaran.

Berusaha, dalam ertikata, berusaha sebagaimana yang diredhai Allah. Lintasan lagi-There will always an inclination for woman to follow man. I believe in that, and it is like that. Sebaik mana seorang perempuan, seteruk mana seorang lelaki, woman will always feel an inclination to follow him. Ia fitrah mungkin. Perempuan di belakang imamnya semasa solat. Or i'm just another conservative girl in this world. Apa guna ada seorang lelaki di sisi, if i'm not ur follower. Itu fitrah sy. Perempuan tetap mencari sisi, untuk diikuti.

Jika yang diikutnya tempang, maka tempanglah jua perempuan itu. So there i look, betapa, betapa pentingnya, untuk mendapat seorang yang baik sebagai imam. Namun janji Allah tak pernah mungkir.Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

Itu kerapkali soalan pada diri. Sudah baik kah diri? Setakat mana diri ini menerima diri dalam persepektif kebaikan islami itu sendiri? Setakat mana diri ini, setakat itulah saja yang akan diterima diri. Evaluation, seringkali, bandingkan diri dengan manual yang Allah bagi. Bandingkan kehidupan kini, dengan kehidupan seruan Allah dalam Al-Quran setiap kali.

Pasti, menjumpai sisi untuk diperbaiki. Teruslah membina keyakinan, kemudian membina istiqamah. Pantanglah apa yang perlu. Berlawanlah dengan nafsu. Terlampau panjang untuk dielaborate soal ini. Namun diri sememangnya sudah terlalu mengerti apa yang ingin ditulis jari.

Setakat mana diri, setakat itulah suami. Setakat mana diri dan suami, setakat itulah saja anak-anak. Ia pembinaaan generasi. Betapa pentingnya mengolah diri. Pandangan peribadi, yang kerapkali di simpan saja, namun, diri sememangnya kagum akan lelaki, akan kelebihan yang Allah beri kepada lelaki. Lelaki itu, satu darjat lebih dari diri ini. And i truly believe in that. Selamanya, sy tetap di sebelah dan mengikuti dan mematuhi.

Selalu memohon kepada Allah, agar dipermudahkan urusan. Selalu mohon Allah guide dan tunjuk jalan.Lintasan lagi, kadangkala, ia bukan mudah yang mudah. Kadangkala ia jalan dunia yang nampak sempit dan kesempitan dalam melaluinya bertimpa2 dengan pelbagai peristiwa.

Tapi dalam sempit itulah cara Allah mudahkan kita dekat padaNya. Dalam sempit itulah cara Allah tunjuk jalan pada kita.

Lintasan lagi memesan diri - You might jatuh lagi, kerana itu hidup. Namun, selepas ini, tiada lagi berfikir tentang kejatuhan, melainkan saat jatuh, terus fikirkan untuk bangun kembali.

Kadangkala, saat hujan turun, kita payung diri dari hujan. Namun kadangkala, jika ia terlampau bertimpa2...relakan hujan itu turun dan menimpa, lalu hayati saat itu seindahnya. Not a wise nasihat, namun kadangkala sememangnya kita kena terima....begitulah keadaannya. Begitulah adanya. Berehatlah dalam hujan itu.

Mungkin juga, pelbagai lintasan ini tiba, kerana diri, sudah memilih menyerah diri kepada suatu proses penyelidikan yang akhirnya akan dipersembahkan dalam bentuk tesis. Ia bukan jalan mudah sebegitu saja. Dan diri tidak memilih ia kerana ia susah atau mudah. Cuma merasa inginkannya. Ingin belajar sesuatu darinya.

Never a too ambitious anymore. I make myself remember, segalanya mungkin. Segalanya mungkin diriku. Kadangkala, usaha kita baik, namun takdir tak tertulis sebagaimana diri ingin. Kadangkala, never a blame, kalau diri sendiri yang tidak berusaha sebaik itu. Ada ambiguiti tersendiri jalan ini.

If the motivation is needed everyday, then everyday the motivation will be given. Not about the brilliance, not yet a determination. Again, its about confidence dalam meneruskan satu jalan pilihan.

Ada satu segi, yang kita sedayanya membina keyakinan. Sekarang kita sudah di - stage istiqamah (determination) . Alhamdulillah for the faith given.

Jadi ini satu lagi segi, untuk kita bina keyakinan diri. Saatnya akan tiba, yakin tidak menoleh lagi. Pray. Pray. Pray. Allah ada di sisi.

I know that, bukan mudah ingin menyesuaikan diri, sudah mula perlu menyesuaikan diri, membiasakan diri. Namun itulah satu jalan yang perlu kita lalui.

Pray. Pray. Pray. Allah ada di sisi.

Erti Hidup Pada Yang Memberi ya Ustaz :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home