Wednesday, July 14, 2010

Bersiap sedialah setiap masa

23 : Al - Mukminun

Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat. (109)

Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka. (110)

Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya. (111)

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi? (112)

Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung (umur). (113)

Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (114)


Always start a day, dengan semangat yang baru. Dengan merasa, hidup di dunia ini hanya sebentar, kerana itu hakikat sebenarnya.

Pabila sebentar, tiada masa, untuk berfikir remeh, untuk berfikir yang tidak seberapa penting. Semua itu mengganggu fokus.

Walau sedetik, berfikir tentang kesedihan lampau, berfikir tentang, ketakutan dunia, berfikir tentang, pandangan orang lain yang tak dapat diubah, segalanya, walau sedetik, amatlah merugikan, rugi, kerna masa tidak dapat dibeli, sedang hidup, hanya sebentar cuma.

Fokus, dengan perkara yang paling penting. Penuhkan minda, dengan perkara2 positif tentang persekitaran, positif tentang masa depan, positif dalam mengharung cabaran di dunia yang sebentar ini.

Matlamat kita hanya satu, Allah. Positif selalu tentang perubahan diri, positif selalu, dalam mengejar Islam yang sebenarnya. Kesabaran kuncinya. Sabar. Worth it sabar tu. Walau masih jauh dari sempurna.


Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (114)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home