Khairul Azzam
Tulis post ringan je eh arini :)
Smalam baru habis tengok KCB 1 dan KCB 2. Teringat masa baca novel nih dulu. Skang novel ni ada kat cik wan. Nanti cik wan bagi balik, nak bagi kakak baca...
Aku komen skit, pasai cerita nih :
Cerita nih, bila tgok movie, aku rasa mesejnya memang menekankan soal cinta untuk perkahwinan secara keseluruhan, sedangkan, bila aku baca novel dlu, yang membuat aku paling teruja adalah, sifat Khairul Azzam, dalam mengharungi hidupnya.
Impact me, dalam dua aspek :
1. Aspek keazaman dalam mengharungi hidup.
Khairul Azzam, digambarkan wataknya, bagi insan yang benar mengenalinya, sebagai seorang yang kuat semangat, tetap dan teguh pendirian, serta sangat bertanggungjawab dengan komitmen. Yang sangat menarik hati aku, adalah sifat rendah hati yang dimiliki. Ditonjolkan, dengan dirinya, yang dikenali sebagai mahasiswa yang lebih serius dalam menjual tempe dan bakso, sehingga, perlu 9 tahun untuk melengkapkan matlamatnya di Al-Azhar. Bijak orangnya, namun, disebabkan perlu menampung kehidupan keluarga yang tersepit, Khairul Azzam, berkorban, dengan mengambil pendekatan, belajar sambil bekerja. Paling suka, bila pandangan orang lain, tidak menjejaskan semangatnya, kerana 'dia tau apa dia buat'. Yakin diri, dan tak heboh2 dengan kehebatan diri. Sentiasa humble, namun cekal dan teguh pendirian. Sangat jatuh hati pada karakter sebegini.
2. Kita boleh bercinta dengan siapa sahaja, namun kita tetap berkahwin dengan jodoh kita:
This aspect is quite new for me, kerana pembawakan watak-watak dalam percintaan sangat bersahaja. Lelaki-lelakinya berani sekali, melamar. Jika ditolak, tidak mengapa, lamar yang lain pula. Dalam konteks cinta biasa, approchnya tidak sebegini. Seringkali, kita habiskan begitu banyak masa, dengan berkenal-kenalan, klau dah masuk baru tunang, dan klau putus cinta tuh, meraung-raung jadinya. Insaf sangat bila masuk aspek nih. Maafkan aku Ya Allah, kerna, terlampau membuang masa, dalam mengenang cinta lama. Sekurang-kurangnya, bila tgok balik citer nih, refresh semula kekuatan, untuk terus kuat dalam menghadapi apa saja dalam hidup. Kebetulan, duk baca buku Hilal Ashraf yang kedua 'Kembara Hamba mencari Cahaya'. Terjumpa satu konsep, refresh lagi - Cinta itu penting, namun keimanan lebih penting. Ya, seringkali kita tak terpisah dengan cinta, kerna itu fitrah kita. Namun, yang perlu difokuskan, adalah KEIMANAN kepada Allah. Jika ini fokus kita, insyaallah, akan muncul redha. Dalam KCB, ada 2 part yang menyentuh hati aku :
a. Fadhil yang mencintai Tiara. Ya, cinta perasaan. Tanpa ada perlakuan yang menghampiri zina. Dalam hati, i taktau. Lastly, walau derank cinta sama cinta, namun CINTA Allah lebih mengatasi perancangan manusia. Tiara bernikah dengan jodohnya, - orang lain. Masa nih, apa nasihat Khairul Azzam sebelum pernikahan Tiara ? - Kata Khairul Azzam kepada Fadhil. - Rasa cinta Tiara pada Fadhil, akan hilang, sebalik saja, dia bernikah. Fadhil pun macam tuh jugak, nanti bila dah bernikah dengan jodoh sendiri, insyaallah, rasa cinta pada Tiara akan hilang. I love this analogy. Dikaitakan dengan konsep dari buku Hilal Ashraf tadi, pabila soal keimanan, lebih ditekankan, maka pemikiran kita pasti dapat menerima ketentuan. Kerna, hidup seorang hamba, adalah mendahulukan kehendak Tuannya. Jika begitu sudah tertulis jodoh kita, jadi kita terima. Tak perlu frust. Sekelip mata, jika hidup landasannya ingin membina keimanan, rasa itu boleh hilang. Kesimpulan yang dapat aku buat, matlamat hidup itu sendiri, perlu, ditetapkan, untuk menjadi orang yang solehah, di mana, kepentingan Allah, didahulukan, melebihi kepentingan diri. Segala masalah akan selesai dengan rasa lapang dada.
b. Khairul Azzam, akhirnya dapat bernikah dengan Anna, walaupun, jalan awalnya tampak sukar. Namun, percayalah, jika itu jodoh kita, itulah jodoh kita. Watak2 semuanya, berwatak berserah pada Allah semata-mata. I like, I like!...Klau perbanyak cerita camnih kat TV, where we can manipulate pemikiran manusia, akan lebih aman dunia nih. Rilex ja, klau cinta tak kesampaian, kawen ngan orang len. Hehe. Cam furqon tuh, nak rujuk ngan Anna balik tapi dah tak sempat, Anna dah kawen ngan Azzam, takpela leh kawen ngan Elyana Alam. :) Sama ja, bila kita tukar pemikiran kita cam watak2 nih, cinta antara manusia, bukan antara matlamat keseluruhan, namun ia adalah satu sunnah dalam melengkapkan kehidupan.
Aku relate lagi dengan buku Hilal tadi, konsep Cinta Sejati. Cinta Sejati adalah pada Ilahi. Cinta Sejati, di dalamnya terangkum banyak cinta. Cinta demi mendapat redhaNya. Seringkali, kita semua tersalah tafsir cinta. Kita seringkali berasa cinta dengan pasangan itu adalah segalanya. Namun, cinta kepada pasangan itu, adalah salah satu daripada cinta-cinta dalam menuju Cinta Sejati. Ada cinta kepada ibu bapa kerana suruhan Allah, ada cinta kepada kewajipan kerana suruhan Allah, ada cinta kepada rakan taulan kerana suruhan Allah, which plus semua = Cinta Sejati. Dan di sini, kena taulah, apa rules,di sebalik setiap cinta. Cthnya, bagaimana yang dikatakan cinta pada ibu bapa? Kene berilmu la gitu.
Syukur, aku dapat refresh semula. Tiada apa yang baru, cuma refreshment yang sangat bermakna, untuk aku membina ketenangan dalam menghadapi hidup:)
Allah Maha Kuasa! Aku sayang Allah...

Entah berapa kali nak ckp :) Saya sangat suka watak kamu! Jiwa kental! Ada pendirian! Tegas dan humble, sentiasa berasa bahagia, dengan apa yang kamu percaya, dan apa yang kamu percaya, adalah Al-Quran dan Sunnah adanya...:)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home