Monday, June 28, 2010

Kecewa yang sepatutnya...

Lately, feel quite dissapointed. Dissapointed yang sepatutnya. Kerana? Kerana risau hal yg sangat duniawi.

Namun, ada kebenaran, di sebalik kerisauan, kerana ia melibatkan masa depan.

Namun, tetap, seorang mukmin yang baik, tiada ia risau tentang masa depannya, kerana dia tahu benar Allah ada bersamanya.

Dia berusaha, namun tidak bergantung kepada usahanya, melainkan, hanya pada Allah tempat pergantungan akan segala urusan dan semua perkara.

Biar kita singkap, singkap, soal rezeki, untuk meyakinkan diri, yang mudah leka, mudah lupa, mudah ragu, mudah bimbang.

Sebelum menyingkap, diingatkan, ini hanya peringatan. Kerisauan ini muncul, bukan kerana kebodohan, namun kerana susutnya iman. Langkah pertama tetap, kembali melakukan perkara-perkara yang menaikkan semula iman. Mendekatkan diri dengan Allah. Menjauhkan diri dengan perkara-perkara yang membawa kepada perkumpulan titih hitam pada hati.

Takkala iman tinggi, percayalah, tiada runsing aku menulis semua ini untuk peringatan diri. Jiwa aman tiada terperi. Namun aku manusia, yang bukan malaikat. Prinsip ku pegang, jika jatuh, bangun semula!

Rezeki. Rezeki daripada sudut harta, secara spesifiknya.

Kita imbas, imbas semula soalan bocor yang akan ditanya kelak, di sana.

1. Tentang umurnya, iaitu bagaimana ia telah dihabiskan
2. Tentang ilmunya, iaitu yang mana telah diamalkan
3. Tentang hartanya, iaitu dari mana diperolehi dan apa yang telah dibelanjakan
4. Tentang tubuh badannya, iaitu bagaimana ia telah digunakan

* Daripada Abi Burdah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak bergerak (berjalan) dua kaki seseorang hamba (manusia) itu pada hari kiamat sehinggalah ia ditanya empat perkara:Mengenai umurnya yang telah dihabiskannya, ilmunya yang telah diamalkannya, hartanya dari mana diperolehinya dan apa yang dibelanjakannya, seterusnya mengenai tubuh badannya apakah yang telah digunakannya (Riwayat Tarmizi)
Huraian Hadis - http://hazli-noor.blogspot.com/2010/03/tujuh-golongan-yang-berteduh-di-bawah.html


Tersusun indah di situ, persoalan harta. Harta. Soalannya, daripada mana diperolehi, dan di mana dibelanjakan.

Menarik di situ berbanding soalan yang lain, kerna di tanya, daripada mana diperolehi.

Kita imbas lagi, kerisauan di masa lalu, tentang bagaimana diperolehi harta itu. Di suatu masa, kerisauan membejat diri, tentang sumber harta. Hampir setiap hari mempersoal diri. Apa halal sumber ini? Soalan yang hampir memusnahkan motivasi. Motivasi yang tidak sempurna, kerna berasa turut menyumbang kepada yang tidak sepatutnya. Jiwa mahu pergi, kerna ia tak mahu hirau lagi, hati ragu, tiada jelas haram, namun syubhah mungkin. Mengapa perlu mengambil risiko syubhah, jika mampu yang lebih bersih. Aku bukan nak mati klau tak kerja sektor gini!...Sepanjang berada, seringkali, ubah motivasi diri, point the positif part, pilih untuk berniat yang bermanfaat. Harap, diterima Ya Allah!

Setelah bersih, ada lagi soal keberkatan yang boleh dipersoalkan. Ada hal lain, yang dibuat semasa waktu kerja. Diri tahu, ia salah. Jika mahu bersih sepenuhnya, tak boleh commit hal2 sedemikian. Namun, masih ada persoalan. If it is really a free time? Should i do what? The urgent one is all finished. Namun, masih boleh kan belajar yang lain? Ia tinggal persoalan. Persoalan yang sememangnya menggugat keberkatan.

Optionnya, ganti. Selain itu, banyakkan bersedekah. Namun sudah dermawan kah diri? Oh no, pemurah itu masih jauhh~!

Di situ saja, nampak perjalanan yang agak sukar untuk menjawab soalan bocor itu. Walau ia sudah bocor!..Mencari jawapan untuknya, tampak ada mungkin dosa. Diri sudah mungkin terlibat dengan dosa besar yang membawa risiko akhir berakhir di sungai darah. Kemudian, mungkin dapat pergi, namun soal keberkatan, tetap menumpang membeku di hati.

Di tengah kesusahan untuk menjawab separuh dari soalan, muncul lagi persoalan,dimana ia dibelanjakan? Sudah mungkin sakit otak, memerah keringat untuk memikirkan bagaimana untuk menjawab soalan ini. Ke mana aku belanjakan rezki Allah ini setakat ini?

Adakah ia sudah berlebihan kepada kehendak dan bukan keperluan? Jika keperluan sekali pun, apakah keperluan yang tarafnya lebih dari yang sepatutnya?

Allah beri aku kereta contohnya? Aku guna ke mana, berapa km ke jalan Allah? Berapa km yang bersuka-suka? Itu baru kereta. Yang lainnya? Nafsu berlawan-lawan dengan akal. Pilihan semestinya yang sederhana. Namun betulkan sederhana aku itu, sederhana yang benar pula? Ada mungkin, sederhana pada sisiku, namun mewah benar pada setengah yang lain?

Renungkan perkara2 begini diriku, sukar, sukar untuk kita provide jawapan pada Allah nanti. Dan dalam kesukaran begini...dalam kesusahan melawan nafsu yang perlu diusahakan lagi, diri masih tamak dalam menghitung harta dunia?

Mengapa begitu diriku? Mengapa begitu?

Tamaknya kamu.

Tamak, kerana diri menyedari, dunia hanya sementara, namun masih ingin risau soal dunia. Jangan berlawan dengan hujah ingin turut berjaya di dunia! Itu bukan ukuran!

Sabda nabi jelas – kekayaan itu bukanlah kerana kaya harta! Namun kerana kaya jiwa!

*Nabi Muhammad bersabda: Tidaklah kekayaan itu lantaran banyak harta sebaliknya kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa. (Riwayat Bukhari-Muslim)

Jadi bagaimana? Di saat jiwa masih bertatih berlatih ingin membiasakan diri dengan kebaikan, bagaimana muncul soal kekayaan harta?! Jelas hanpeh!

Ingin kaya jiwa itu perlu fokus! Perlu dijaga sumber rezeki, perlu dijaga pergaulan, perlu dijaga segalanya! Atas bawah kiri kanannya!...

Bagaimana boleh hinggap topik ini? Sungguh ia sedang mengganggu fokus! Tersangat!...bermakna diri telah hinggap untuk memilih dunia sebagai motivasi akhir....

Contoh lagi? Nabi. Ia meninggal dunia, dengan meninggalkan apa? Jie pernah hidup yang smpai kat rumah takdak menda, sampai kena puasa? Tak pernah kan, tak pernah walaupun sekali! Jadi apa?

Bukan bermaksud suruh jadi miskin! Namun bagaimana persoalan ini muncul dan menggangu tenteram jiwa? Bagaimana boleh terjatuh sampai begini teruk aszifa?

Burung yang terbang, dijamin rezekinya. Segalanya sudah tertulis. Allah tidak pernah menjadikan hamba, untuk menyusahkan hambanya.

Saat ini aszifa, bukan saat untuk mengejar harta. Lebih baik melatih qanaah. Jika tiada qanaah, maka susah untuk redha. Sedang kita manusia, paling beruntung pabila mampu redha dengan apa saja kurniaan Allah buat kita.

Qanaah itu apa? Qanaah itu berasa cukup dengan apa yang ada. Tolonglah. Berlatih untuk menguasainya. Saat ini peluang. Saat ini peluang untuk melatih sifat ini. Tolonglah percaya,ini hikmahnya.

Setiap kali rasa bergelora, ingatlah...itu hanya godaan dunia. Itu perasaan cinta dunia. Tamak dengan dunia. Perasaan tidak cukup, dan hendak dan hendak lagi.

Sayangku, wahai diriku...jangan hidup sebegitu. Jangan terbiasa dengan cara hidup orang dunia. Jangan lupa, kapal belayar ini berhenti sekejap saja. Jangan diikut, cara mereka yang terpikat dengan keindahan sementara. Kita ingin pulang ke kapal untuk ke destinasi yang kekal. Ambil yang perlu-perlu saja. Baru tak penat hidup ini. Baru tak sia-sia.

Sudah jelaskah aszifa? Jelas atau belum, tentang bagaimana memanfaatkan harta. Orang yang bijak dan bersedia, tidak memulun harta yang sementara. Kuncinya, berusaha mencari yang paling halal samada dari sudut sumbernya, dan sudut keberkatannya. Kemudian, manfaatkan untuk jalan Allah semata. Itu saja. Mudah sekali! Itu fokus kita.

Mungkin wujud persoalan. Jika lebih...mungkin jadi lebih baik, dapat menyumbang jua kepada jalan kebenaran bukan? Ya. Kamu manusia. Mari kita singkap satu kisah lagi, yang sudah di baca lama.

Ingat? Satu kisah, tentang seorang pemuda, yang baik orangnya. Pemuda ini, pemuda masjid. Dipendekkan cerita, ia meminta nabi untuk bermohon, agar dia menjadi orang yang kaya. Dengan janjinya, jika dia menjadi kaya harta, dia akan menyumbang kepada jalan kebenaran segalanya. Lalu apa? Lalu, doa ini dimakbulkan...lalu, pemuda ini semakin sibuk dengan pekerjaannya....kerna sibuk dengan pekerjaan, dia jarang lagi ke masjid seperti dahulunya. Kemudian semakin kaya dia, lalu dibuka pula cawangan perniagaan di tempat lainnya. Semakin sibuk dia. Masjid bukan lagi tempat kegemarannya. Hati sudah lewat dengan dunia. Lalu , menjadi semakin kedekut dia...risau hilang harta kesayangannya. Makin banyak dapat makin banyak yang ditamakkannya.

Kesudahannya apa? Cerita ini akan dicari semula, untuk meletakkan rujukan. Namun samar diri ini mengingat kesudahannya, jelek. Nabi turut marah di akhirnya akan pemuda ini atas kelalaiannya setelah meragut kekayaan dunia.

Alangkah ruginya dia. Lebih baik miskin saja.

Sekali lagi, bukan disuruh untuk menjadi miskin dan tidak menjadi kaya! Namun, biar jelas, itu bukan fokusnya...Fokusnya di ulang semula!

Kuncinya, berusaha mencari yang paling halal samada dari sudut sumbernya, dan sudut keberkatannya. Kemudian, manfaatkan untuk jalan Allah semata. Itu saja. Mudah sekali! Itu fokus kita.

Sila lihat semula peluang baru yang Allah beri ini sayang. Ia tidak mewah, namun menjamin dari sumbernya, even dari sumber keberkatannya, even dari segi penggunaannya. Ia cukup2 saja...namun cukup syarat jika diteliti dari segalanya.

Aszifa, biar mudah menjawab soalan bocor itu!

Fall 7 times, get up 8 ya! Terus nasihati diri, terus bagi semangat pada diri...demi, perubahan!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home