Ketabahan...suatu Keindahan...
This might not be a good post. Mungkin hanya luahan, dari hati yang terbeban dengan pemikiran. Something missing. Tapi tak tau aper dia. Again my tot, dah berselirat sana sni, macam benang yang dah jadi bebola keserabutan dia...Kena luruskan semula...
So we will start writing..Freely, apa saja yang terlintas...
Arini ingat nak stadi bahasa arab, tapi last2 tido jek, ats sebab kepanasan dan keserabutan yang tak tau pedia. I've try to write dengan kaedah penyelesaian...Tapi rasa cam tak kurang, so kita tulis cerita...apa saja..mari bercerita...
Hmm, minggu nih wat aper ehhh...Rasanya tgok citer kat #abo tuh memang cam affected jugakk...April dah lepas, dah masuk Mei. Mei ni citer baru la....yang tgok skit tadik citer Papadom....Yang April lepas tgok 2 citer...Citer Subaru, ngan citer Paa. Citer My Spy,,,eeiii tak beshh!
Citer Paa nih nak kata sedih tak sedih, syahdu kot... :) Orang suka Mak dier sebnarnya...heh, suka kat watak tambahan plakk ehh...tgokla citer ni besh..sbb cam unik sket citer dia..Citer pasal seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit Progeria. Progeria ni penyakit kanak-kanak yang cepat mengalami penuaan. Mental ok- cam ikut perkembangan kanak-kanak biasa, tapi fizikalnya berkembang terlampau cepat. Klau umo 12 thn tuh, dah nampak cam orang tua giler argh, dah leh sakit macam2..lemah jantung, etc2. Paling lama seorang kanak-kanak leh hidup klau ngidap penyakit ni, sampai umo 12-13 thn sahaja. Syahduu.
Orang suka mak dia, dah la lawa, macho giler dalam membesarkan anak dia nih. Suka tgok ketabahan mak dia. Suka tgok camna dia harungi hidup dalam memendam segala kesusahan hati, namun bangun di esok hari dengan ceria menjalankan tugas sebagai seorang doktor di hospital. Suka. Suka. Suka. Memang suka ngan pompuan2 tabah!...Dengan kisah ayah dia yang 'gitu'.. Orang tgok pompuan ni rasa cam motivated!...Tabah harungi hidup sorank2...takde suami pun...tapi dia ada mak la, heh :)..apa2 pun suka laaaa watakk diaaa...
Pastu citer jepun lakk..Citer pompuan nih nama dia Subaru. Dia suka menari. Menari dengan jiwa gituuu..Menari dengan emosi. Menari dengan tulus. Menari dengan penuh perasaan. Deep citer dia. Macho dan lawa gak pompuan ni. Bila senyum ada iras Baizura Kahar, cuma mata dia sepet la...namun, memang ciri pompuan yg aku suka tgok..kulit tak cerah sangat, kurus2..mata sepet..n macho ar..huhu..
Motivated citer nihh...citer yang menunjukkan hidup ni penuh dengan cabaran. Nak tak nak, kita kene hadapi segala ketakutan kita. Dan ketakutan itu diatasi dengan 'just do it'. Buat dan lalui apa saja yang kita takuti. Dalam hidup, kene tabah. Kene tabah. Dan ketabahan, bukan suatu kurniaan kadangkala, ia disertai usaha, usaha untuk menjadi seorang yang tabah. Suka personality pompuan nihh. Unik!
Dua citer yang aku tgok tuh, mesej bagi setiap seorang mungkin berbeza, namun bagi aku, aku ambik mesej dari sudut ketabahan. Kadang-kadang aku duk sorang2, terpikir, nak sangat ke pompuan2 nih jadi tabah. Boleh je klau jadi pompuan yg suka merengek, yg tuh takleh, yg ni takleh..mengada. Tapi, kadangkala kita takdak pilihan. Peristiwa dalam hidup kita, menolak kita untuk menjadi seorang yang tabah dalam menghadapi hidup. Watak Subaru ngan watak Mak kanak-kanak progeria nih cam ada keegoannya tersendiri, namun..bila pikir balikk...they have to be like that, itulah personality mereka dalam menjadi seorang survivor. To survive in life.
Tabah watak2 ni. Tidak setipikal perempuan. Lepas tuh duk tgok desperate housewife sebab dah ada season baru kat tv8. Hmm, aku serabut tgok citer nih. Besh tuh besh. Tapi kurangkan skit bab2 seksual tuh leh ker ar klau aku nak request gitu. huhu...Serabut jugak sbb msej dia la..Deep mesej2 DH ni. Lepas tgok kene switch off fikir. Klau pikir satgi terbawak sampai termimpi2..huhu, ntahla, minggu ni tak tgok ker takk...tapi rasa cam affected. Aku taknak pikir, cukupla aku baca buku pun dah pikir, klau tgok citer pun pikir bykk...hahaha...takleh2..kene choose. Aku tgok citer selepak2 adamaya pun leh nagis skang nihh...tak ke hanpeh tuh...Jiwa sensitip skang nihhh, nihh...
Jiwa percintaan penuh kehampaan lum habih lagikk kot..haha. Ntahla kan, yang penting kita kene terus pandang ke depan, terus mengharapkan kehidupan yang lebih baik...terus bergerak dari zon selesa ke zon tak baper selesa...klau selesa ja tuh dah tak maju gituuu...Mesti de pembaharuan dalam hidup. Dan pembaharuan tuh, mestilah ikut pandangan kita nak maju kot mana, bukan pandangan orang len, dan yang lebih penting, pembaruan tuh, mesti berada dalam silibus agama Islam yekk..jangan yg terpesong dariknya..
Menari n menyanyi tuh salah satu menda yang aku suka buat. Antara menda yang masa aku kecik2 dlu, aku berimpian nak maju..tapi nampakknya, tinggalkan ja menda2 gitu kat belakang, ada lagik menda2 len yang lebih penting untuk dimajukan dalam diri...
Selamanya la ehh aku nih gini, kene banyak bagi semangat kat diri sendiri,,,kene motivate diri :)..kene cinta Allah banyak2...Cam citer Subaru tuh kan, dia cakap, bila dia tumpukan tumpuan kat menari, mesti dia akan kehilangan orang yang dia sayang...1st adik dia, 2nd mak angkat dia..Setiap kali dia kehilangan seseorang, dia rasa lemah n tanak lagik berimpian..Tapi dia memang jiwa penari, klau tak menari tak leh idup, akan rasa hilang sesuatu dalam hidup...Dia cakap dia tanak kecewa lagikk..Mulai hari tuh, dia menari utk diri dia sendiri...tak buat lagik menda utk orang lenn....
Bagi aku, even klau kita wat menda utk diri sendiri pun, kita rasa tak penting dah kadang2..kita kene latih diri untuk wat menda utk Allah. Tuh je yang akan mengkonsistenkan usaha...Klau cam aku nih, aku salu syukur sbb aku orang Islam..klau ikut hati kaca leguni, tak tau baper kali pecah dahh...tapi segalanya akan ok, sebab kita masih ada Allah...kita pun tak cukup pecaya pada diri sendrik kadang2..tapi kita percaya dengan Allah..kita pun tak tau camna nak sembuhkan luka kadang2..tapi kita tau Allah ada penyelesaian yang terbaik buat kita...
Speak about Allah. Aku de banyak dosa2. Sangat banyak. Sampai kadang2 aku taubat, tapi wat semula, dah sampai putus asa kadang2..rasa cam, memang aku dah camni...aku kene terima ja..tapi mana leh kita terima dosa tuhhhh...rasa sangat mencabar dalam berusaha meninggalkan kejahatan dalam diri...Sampai ke tahap, kita pun tak tau nak describe dah camna hubungan dengan Allah ni, sampai rasa..memang segala-galanya dari Dia...tanpa Dia, aku tak mampu nak wat apa-apa pun...
Kadang2 aku duk sorank2...terpikir pasal kawen..Mana lagik dekat nak kawen ke nak mati..Mati kot..Achik Spin pun mati gitu jek..Din Beramboi pun mati gitu jek..Yani Mentor tuh pun sama age ngan aku tuh, mati gitu jekk..Budak kecik umo 15thn yang kene tembak tuh pun mati gituu jekk...Ntah aku mati camne...Kot ye pun, org yg dah confirm nak kawen pun, mati tuh cam lagik dekat jekk..Atlest derank nak kawen dah tau tarikh...Tapi nak mati mana tau tarikh, sume terkejut2 jerkk..Klau pikir, sangat dekat kematian tuhh...
I'm thinking, camne nak utilize masa aku skang, ke-single-an aku skang, aktiviti aku skang, ngan gabungan teknologi skang, supaya berguna seblom aku meninggalkan dunia nih..Tuh citer lain la,,byk menda sangat klau nak citer..Aku harap sangat, sampai aku mati, impian aku tetap Allah no 1. Biar aku ada Allah, kat mana2 saja Allah letak aku.
Aku harap, agar aku diletakkan dalam persekitaran yang baik...Namun tak semestinya bila kita dalam persekitaran yang baik, kita akan jadi baik..kadang2 kita diletakkan dalam persekitaran yang tak baik,supaya kita diprovokasikan dan memahami benar, tentang dunia yang tidak baik, yang seterusnya melonjakkan kita untuk teringin berada dalam persekitaran yang baik..Paham ke ayat aku nihh..huhu..
Terus mencari kawan2 yang lebih baik...baik dalam ertikata cinta Allah. Apa-apa pun, asal ada Allah...
Ya Allah,
Maafkan aku,
Maafkan aku,
HambaMu,
Yang seringkali melakukan salah padaMu,
Ya Allah,
Tunjukkan aku,
Sesuaikan aku dengan potensiku,
Sesuaikan aku dengan bakatku,
Sesuaikan aku dengan keinginanku,
Sesuaikan segalanya...
Dalam menjurus berbakti pada agamaMu...
Dalam telus aku berlari,
Berlari meninggalkan segala yang tak aku ingin ingat lagi,
Berlari dalam mencari cahaya,
Cahaya yang lebih gemilang untuk dinikmati..
Aku tetap percaya,
Hidup sentiasa indah,
Jika kita sering ingin memandang keindahan!
Berikan aku kesempatan,
Dalam menghirup angin keindahan,
Dalam kehidupanku Ya Tuhan...




0 Comments:
Post a Comment
<< Home