Friday, May 21, 2010

Aku rindu...

Rindu. Rindu kawan lama. Tetiba teringat kat dia. Kawan masa keje dlu. Penah tgok kat FB, dah ada bf dia :) Kawan yg kongsi banyak menda ngan dia. Pasal kija, pasal life, pasal hati dan perasaan.

Dlu aku canggung jugak, sebab masa training aku sowang malay. Katner la aku nak meluah perasaan nih. Aku dah la ske kawan yang real. Real in the sense of serius dalam berbincang masalah dan mengemukakan pendapat. Bukan takat kawan yang takat kawan je. Aku tak besh kawan camtuh.

Allah tetap sayang aku. Dia bagi sorank kawan yang baik. Kawan yang buat aku mempersoalkan keIslaman aku.Aku nampak nilai-nilai murni pada seorang yang menganut agama Isa. AKu? Kat mana aku nih? Allah bagi aku seorang kawan yang tegas bicaranya soal agama. Seorang kawan yang tidak memisahkan agamanya dari kehidupannya. Well blended, kebanyakan aktiviti yang dilakukan, adalah kerana berniat kerana agamanya.Bersahabat dan berbuat baik juga atas landasan agamanya.

Pasti dia ada kelemahan. Namun aku kagum dengan semangat dia memperbaiki diri. Kagum dengan semangat dia berusaha agar dia berbuat untuk agama dia.

Aku teringat satu sesi perbualan. Pasal aktiviti untuk agama dia. Then dia ty aku, 'How about u?' . What a Muslim do in a week as their activity.Aku terdiam.

Penganut agama Isa, pastinya, selalu pegi church, aktiviti2 yg dianjurkan oleh church, n kawan aku ni aktif.

Aku diam bukan sebab apa. Tetiba aku cam ar, apa aku buat untuk majukan diri aku dari segi agama? Ya aku solat, aku puasa, aku berusaha mencari rezeki.Namun?

Seperti kekurangan sesuatu. Perbualan tuh, memang wat aku sedar, betapa menuntut ilmu di majlis ilmu itu penting. Betapa, cabang2 ilmu akidah, tasawuf, akhlak, tajwid, bahasa al-quran, semuanya penting namun aku abaikan pembaikan entah ke mana.

Wajar ka aku meletakkan ilmu2 ini di batas2 'kalau ada masa baca, klau ada masa pegi kelas...klau takde masa, takyah..' Wajar ka aku letakkan ilmu2 ini sebagai hanya sampingan?

Aku rindu gak kelas-kelas aku masa kat Perkim ngan Yayasan. Hidup aku kat KL tuh cam dah jadi lebih bermakna sebab kelas-kelas ni. Aku rasa hidup aku lebih bermakna. Tuh hikmah dan pendedahan terbesar masa aku kat sana. Tuh la kenangan yang buat aku rasa worth it aku 2 thn kat sana.

Aku rindu housemate aku jugak. Housemate aku yang baik hati orangnya. Lembut ja cakap. Tapi hati mmg orang len salu salah paham. Keraih ati gakk kadang2..hehe. Luaq mmg nampak lembut. Aku sayang dia, sebab dia mmg baik. Dia bukan baik ngan aku, tapi dia memang baik sebab perlu baik. Housemate aku nih ckp, aku nih salu guna kaedah yang ekstrim untuk perubahan diri aku. Aku gelak je, sebab aku tau tuh la aku.

I have to be in a stage, yang aku rasa, something is improving. Bila ada improvement, bleh gerak ke improvement lain pulak. Klau tak ekstrim, aku akan makin rasa tak besh ektrimnya, bila diri aku takde perubahan yang baik. Asek di takuk lama.

Perubahan skang? Sukar untuk aku senaraikan. Sebab tak nampak aper2 hasil di luar. Lebih kepada pembaikan hati dan perasaan. Dan, aku tak espek akan ada perubahan gini. Aku ambik masa yang lama, untuk aku rasa, ini jugak adalah satu pencapaian dalam melakukan perubahan. Allah yang bagi, dan Allah juga yang celikkan aku, untuk aku nampak hikmahnya.

Tak tahu, berapa lama lagik akan berada di stage nih. Namun aku yakin dengan apa yang Allah nak didik aku.

Aku rindu. Aku rindu sesuatu di masa lalu.

Aku kene gi kl nih. :) heh, pi ubat rindu.

Dan perubahan, pasti memerlukan pengorbanan. Aku yakin Ya Allah, dengan didikanMu, dalam menjadikan aku hamba yang sebenarnya hamba pada hanya Mu.



0 Comments:

Post a Comment

<< Home