Saturday, May 22, 2010

Aku dan pilihan

Tgh dengar lagu Wali. Sayu je rasa dgr..hmm..klau duk sowang2 dgr mesti nangis. Sangat cepat menitiskan air mata:)

Tgh tgu kawan kol jugak, nak kuar. Arini duk membaca seharian, tapi diselangi jugakla dengan aktiviti2 lain.

Rasa cam lega skit dengan something. Sekurang-kurangnya dah nampak satu jalan. Hidup memang camnih kan...asek kene wat keputusan dan keputusan.

Cara aku wat keputusan dah la kompleks...Semua kene ada Why and Why. If pilihan ni, ke mana, if pilihan ni ke mana...aku cuma boleh melakar selalunya. Nak pilih last2 aku salu keliru dan konpius. Pilihan terbaik yang dibuat selalunya berlandaskan kewarasan dan rasional akan, dan ketetapan hati dalam memilih.

Kadang-kadang aku solat, aku mintak ja Allah takdirkan yang terbaik. Tapi kadang2 aku pikir jugak, bila taknak wat keputusan sendrik tuh sebab aku malas pikir ker haper? Allah bagi akal. Allah suh kita semua pikir. Memang kene pikir jugak. Namun pilihan tetap mintak ketetapan hati, dari Yang Esa.

Di usia 25 tahun, pilihan-pilihan yang aku buat, lepas aku dok renung2, kerapkali, bukanlah sesuatu yang betul2 aku nak sangat2 kdg2, namun seringkali dipilih berdasarkan 'inkuri' yang tinggi dengan sesuatu. Option-option yang ada, yang leh aku pendingkan, salu aku pendingkan. Aku akan pilih, mana yang leh wat, dan kemudian maybe aku leh tinggal dan bergerak ke option seterusnya.

Motivasi aku di sebalik pilihan aku kerapkali, untuk menjawab inkuiri aku tentang sesuatu. Klau aku nak tau sesuatu, aku nak ada di tempat tuh, dapat satu role, dan aku akan terus observe semua menda yang aku nak tau tentang situasi tuh. Bila inkuiri terjawab dan aku leh buat kesimpulan tertentu, berlandaskan pengalaman aku sendrik, aku dah mula rasa, bleh left dan bergerak plak ke option yang seterusnya.

Aku pelik sebnarnya, aku jadi camnih sebab aku nih tak tetap dengan sesuatu ka? Tapi pas aku pikir2 n banyak membaca soal personaliti, aku dapat jawapan tuh. Inkuiri.

Inkuiri nih bagus at one side, sebab ia motivate kita untuk bergerak. On the other side, ia bahaya, sebab kadang-kadang kita pilih sesuatu, walaupun kita tau, ada option yang lebih sesuai. Namun, sebab inkuiri, we still take something yang bukan kita mampu sebnarnya.

Inilah satu kompleksiti di sebalik aku. Aku yang masih mencari diri. Mencari potensi, dan mencari siapa aku, dan di mana aku leh perform berlandaskan kualiti diri aku. Dalam menjawab inkuiri , kadang-kadang aku kecewa, sebab aku rasa, aku salah pilih. Namun bila aku rasional balik, kadang2 aku memilih untuk melakukan sesuatu kerana inkuiri. Dan aku meninggalkan sesuatu, bila inkuiri dah terjawab. Paham dak? Sebnarnya, sebab aku memilih sesuatu tuh dah kena pada matlamatnya bila aku left something. Naper nak kecewa?

Skang aku cam dah leh beza skit, yang mana satu inkuiri,yang mana satu yang sebenarnya. Tapi masih rasa nak fulfilkan inkuiri nih, untuk memahami dunia dalam pelbagai situasi yang berbeza. Seronok, bila kita bleh berada di banyak situasi, banyak orang yang banyak ragamnya. Kita mengenali personaliti ramai orang, dan tindakan serta motivasi yang berbeza dalam diri setiap orang. Kita berpeluang menganalisa persekitaran dan memahami sesuatu konsep dari pelbagai sudut yang berbeza.

Yang mana, pengalaman daripada situasi2 ini, digabungkan dengan pembacaan, its like, menggabungkan byk pieces2 yang berjauhan, untuk menjadi satu kesimpulan tentang kehidupan.

I'm life oriented person. Seriously, kadang2 aku tak tau nak jawab apa motivasi aku di sebalik sesuatu. Kerapkali org anggap dia demi duit, status, kemewahan atau kestabilan hidup. Biarla orang terus anggap gitu. Atau besh lagik, org anggap aku bengong sebab keputusan yang aku wat cam takder keuntungan dari sudut yang dianggap sebagai keuntungan.

Yang aku tahu, aku suka dengan semua pengalaman berbeza yang boleh dicantumkan dalam rasa-rasa yang aku alami sebagai seorang manusia. The more I know, the more I feel i dont know, and I just want to know more. And to know more, is to be in the role of something I'm inkuiri with.

Stakat ni, biarla motivasi ini tetap begini. Mungkin kerana inkuiri, aku tidak memilih something yang memang aku good at. Namun aku tahu, aku tetap gembira, pabila dapat merasa, pelbagai sudut kehidupan yang banyak rasa-rasanya.

I know i luv chocolate ice cream. Tapi, aku seringkali nak rasa semua ice cream baru. Kerana ingin tahu. Namun takdir dah tulis, aku makan ice cream apa. Allah jua yang menentukan segalanya.

Ada satu lagi sisi lemah motivasi kerana inkuiri. Ya, kadangkala, bila inkuiri sudah terjawab, kita masih perlu kekal dalam satu tanggungjawab. Ia teruji. Kerana faktor motivasi tadi sudah tamat. Aku turut sedar akan hal ini dalam diri aku. Kerana itu, aku perlu belajar, dalam melaksanakan sesuatu, hanya kerana Allah, kerana tanggungjawab dan amanah. Ia menyelamatkan kita semua, untuk terus bermotivasi dalam melakukan sesuatu.

Justeru, pabila menghadap sesuatu yang baru untuk dimulakan, aku salu pesan kat diri aku, sucikan niat, dan belajar buat kerana Allah. Motivasi tunggal. Kerna, kadangkala dalam menunaikan tanggungjawab, dah takder motivasi apa2 dah, kita dah takmau apa-apa langsung..dan kita rasa takder paper lagik dah yang kita leh beri untuk menunaikan tanggungjawab tuh. Its a complexs feeling again, dan orang yang merasainya saja boleh menghuraikan apa erti rasa sebegini.

Motivasi apa pun, semuanya tak kekal. Analisalah motivasi masing2, hampir semuanya tak kekal, boleh hilang, boleh tamat, boleh pegi ntah ke mana2. Esp, klau kita bersemangat wat something, sebab orang len. Sila ubah niat kita, sebab wat kerana orang len sangat bergetar kedudukannya.

Analisalah. Dalam mencari motivasi yang kekal, yang akan kita jumpa, hanya Allah. Ya, hanya Allah yang kekal. Selama-lamanya. Sampai bila-bila.

Berbuatlah kerana Allah. Pilihlah kerana Allah.



0 Comments:

Post a Comment

<< Home