Motivasi mencari CINTA
Jiwang la plak, pengacara mmg la jiwang dah Mhd Fitri Yahya, hehe...mendengar celoteh mereka berdua ni, buat terdetik jugak hati, betul la...hidup macam irama dan lagu...~ :) nak tgok pi la carik kat you tube or tv3...
Sedang mencari kekuatan diri nih...I'll paste something just for myself. Percayalah dengan janji Allah, berniatlah meninggalkan cinta, demi CINTA. Takyah rasa2 teringin untuk kembali dalam mencari cinta. Berdoa. Allah bagi....Sekarang belum cukup kuat untuk bercinta. Sekarang masa untuk berCINTA. Berkali-kali, dan beribu kali, post yang berulang-ulang mesejnya, mungkin akan ditulis, berkali-kali dengan garapan cerita yang berbeza, untuk diri, merasa yakin, untuk berCINTA bukan bercinta.
Petikan-petikan di bawah dipetik dari komen blog genta-rasa.com. I have to keep on searching, baca balik, kebanyakan dari artikel-artikel dalam meneguhkan CINTA, dan berusaha mengaplikasikannya, bukan secara secara fizikal, namun tulus dari dalam hati, yang percaya dan bergantung harap pada Allah semata-mata.
16 November 2009 pada 3:42 am
Alhamdulillah..
assalamualaikum ustaz, terima kasih buat kesekian kalinya atas artikel yang amat-amat bermakna buat saya. Buat pembaca sekalian, ingin sekali saya berkongsi kisah saya dengan kalin, tetapi apakan daya, kisahnya terlalu panjang untuk ditulis di sini.=) saya telah bercinta, hampir 4 tahun, namun kini KAMI telah ambil keputusan untuk sembunyikan cinta kami dan hanya berserah pada yang Esa.. Moga Allah akan meredhai hubungan yang suci tanpa menghampiri zina yang amatlah sukar untuk ditolak.. buat teman-teman..ketahuilah, teramat sukar menolak zina ketika bercinta..zina hati terutamanya.. Maka, cubalah, jauhinya ataupun, putuskan hubungan yang dirasakan tercemar dengan zina. Sesungguhnya cinta memerlukan pengorbanan.. hanya cinta kepada Allah yang kekal abadi.. SubhanAllah..
16 November 2009 pada 8:02 am
Salam ana muslimin,
Bila bercinta kerana Allah dan tulus untuk bernikah… Insya-Allah, Allah akan bantu. Doa kami semua (saya dan pembaca) untuk dikabulkan hajat-hajat yang baik oleh kalian berdua. Amin.
16 November 2009 pada 4:52 pm
Salam..saya ingin berkongsi pengalaman tentang perkahwinan tanpa cinta,
tak pasti ruangan ini cukup untuk coretan saya ini. Perkenalan saya & suami diatur oleh teman & suaminya. Perjumpaan pertama juga ditemani oleh mrk sekeluarga. April bertemu empat mata, September bernikah. dlm tempoh tersebut saya bertemu suami sebanyak 7 kali (perjumpaan pertama, diperkenalkan kpd anak2 – suami duda kematian isteri, suami dtg bersama keluarga utk merisik & …)dlm 7 pertemuan itu hanya 1 kali keluar berdua utk lunch itupun tidak berbicara soal perasaan. Org mungkin bertanya mudahnya terima org yg tidak dikenali & kahwin. Sebenarnya tempoh utk berjumpa suami bukan mengambil masa sesingkat itu. Lebih enam tahun sebelum itu saya mengamalkan solat istikharah & solat hajat. Doa saya Ya Allah ya tuhanku jodohkanlah aku dgn seorang lelaki beriman, yg menjaga solatnya, yg baik budi perkertinya, bla…bla…(pjg ciri-ciri yang diminta). dan pada ketika lelaki tersebut itulah orgnya. bukakanlah pintu hatiku mudah menerimanya kerana aku takut terlibat cinta sebelum berkahwin kerna terlalu berat godaannya. Dlm tempoh 6 th tersebut sebenarnya ramai yg melamar, ingin berkenalan, ajak dating semuanya saya tolak (hati belum terbuka) & saya percaya perancangan Allah. Jika ditanya ttng gambaran istikharah, saya tidak pernah bemimpi wajah suami, tetapi gambaran apabila saya pulang kerumah ada anak kecil didalam bilik..gambaran itu selalu dtg tetapi saya tidak pernah memikirkannya cuma secara bergurau saya pernah berkata ‘kahwin duda kot’. dlm ramai hanya suami seorg duda yg lain adalah lelaki bujang..mungkin org akan fikir kenapalah menyusahkan diri berkahwin lelaki yg mempunyai anak..malah slps pertemuan pertama suami menyarankan saya solat istikharah sebelum terima ( 2 minggu)..ia tiada gambaran wajah sesiapa tetapi tidur mlm saya seperti melihat aliran air, sungai, suasana sejuk, nyaman & mimpi menyusukan anak sdgkan saya belum berkahwin. Malah saya mengimpikan perkahwinan yg sgt sederhana tiada persandingan dsb dgn harapan perkahwinan berkat kerna menjaga syariat. Skrg sudah hampir 7 th perkahwinan kami, sememangnya semuanya berlaku spt yg saya minta SubhanAllah, baiknya Allah. Malah suami yg dikatakan baik sebenarnya terlalu baik bagi seorng lelaki terutama hubungannya dgn Allah. Cinta! dtg dgn sendirinya..namun saya terus berusaha, dipenghujung mlm bermunajat tadah tgn didpn Allah memohon hajat moga setelah kami dipertemukan, maka satukanlah hati kami, titipkan rindu antara kami, mekarkanlah cinta kami kerna perasaan cinta yg wujud dlm diri itu urusan Allah jua. Apa yg ingin saya kongsikan ialah yakinlah berdoalah, pasti Allah mendengar.


anamuslimin89 berkata,