Yang dilihat adalah hati.
Days has been changed. The new challenge keeps coming.
Seolah-olah, masa rehat yang diperuntukkan oleh Allah selama ni, sememangnya, masa menimba dan mencari ilmu, supaya boleh berhadap dengan dunia secara yang lebih tepat.
Feel like I have to change my wardrobe again. It will require about one year. Like what had happened before. Just feel. Hope the feeling is true and might lead to actions.
Uncomfortable.
Semangat di tahap pertengahan. Masa menghadapi moment bulanan yang biasanya dilanda keserabutan agak stabil pada bulan ni. Seolah-olah dapat dikawal. :)
Malam ahad yang lepas, tengok pertandingan akhir rancangan adikku, kat TV 1. Yang beshnya rancangan ni, sebab ada murobbi-murobbi macam Ustaz Zamri, Ustaz Zawawi, Ustazah Asni, dan ramai lagi. Rasa cam besh bila tgok rancangan ni, sebab tengok budak-budak kecil yang berkaliber dalam membawa mesej kepada masyarakat, supaya mencintai Islam.
Pemenang kedua, adik Qayyim, masa tengok dia ni, sumer orang memang syahdu rasanya, sebab dia tak dapat melihat. Tak dapat melihat, namun masih teguh dalam mencintai Allah dan Rasul. Tidak penting diri, dan mempersoalkan takdir Allah pada dirinya. Membuatkan diri teringat, satu kisah...
"Ustazah, kenapa, ada orang yang buta. Dia tak dapat melihat, kenapa Allah letak macam tu pada sesetengah orang?" Lebih kurang gitulah soalannya dari seorang kakak. ke makcik? heh.
Dalam hati aku, jeng jeng jeng, camne nak jawab soalan camni. Ia seolah-olah satu soalan yang sangat menguji. Saper yang boleh melihat, tapi nak buta? Takde kan, sume orang nak melihat. Buta mata, boleh dikategorikan sebagai OKU, Orang Kurang Upaya kalau ikut tafsiran dunia. Ada kekurangan. Apa Allah letak kekurangan begitu dalam diri seseorang. Sedangkan, Allah Maha Adil.
Interesting.
Jawab Ustazah tenang, 'Orang buta pun tak kisah dia buta, dapat makan nasik dengan kenyang pun dia cukup bersyukur.Nikmat. '
'Ha, kenapa eh, cuba kita ambil contoh rumah. Dalam sebuah rumah, ada ruang tamu, ada bilik tidur, ada dapur, dan ada tandas. Kalau bagi pilihanlah kepada ruang-ruang tersebut, nak ke tandas tu jadi tandas? ' Tambah ustazah.
I was thinking for a moment. Apa mesej di sebaliknya...masih berfikir.
'Kalau bagi pilihanlah, mungkin, semua ruang-ruang dalam rumah nak pilih jadi ruang tamu kot, cantik. Tapi kalau semua nak jadi ruang tamu, manakan rumah itu boleh kita gelar rumah? Setiap ruang, ada fungsinya yang tersendiri. Kita tidak boleh memilih, tandas tak boleh memilih, dah ketentuan dia, direka sebagai tandas. Namun, jadilah TANDAS YANG TERBAIK!'
Hah, got the point! Aku cam amazed dgn contoh ni. Terasa insaf seketika.
'Inilah kehidupan ya, kita dicipta untuk saling melengkapi antara satu sama lain, memegang amanah dan melaksanakan kewajipan.'
Hoish..dalam contoh ni detak hati aku.
Hal ini menjawab akan persoalan takdir. Sejak haritu, aku salu terpikir akan contoh yang ustazah bagi ni.
Dikaitkan lagi,
Dlu masa kat opis, lif ada screen. Salu dia pasang cerita Lion King, sementara nak sampai tingkat 3, sempatlah layan screen tuh sat. Salah satu part yang paling kerap ditayang, dan yang paling aku suka,
Part, anak singa tuh tanya, kenapa singa kena makan binatang lain? Dia tanya ayah dia...seolah-olah dia kesian la. Daddy dia jawab dengan nada seorang ketua rimba, 'macam tu la namanya kitar kehidupan.'
Jika kita meneliti, seolah2 satu kekejaman, aksi singa mengejar arnab. Sadis2 bila arnab tu dimakan. Namun, jika kita mula berfikir, apa yang kejamnya? Rumput dimakan arnab, arnab dimakan singa, kumbahan singa kembali menjadi baja untuk tumbuh segarnya rumput.
Adil sudah. Adil ciptaan Allah untuk rumput, arnab dan singa. Setiap satu ada amanah, fungsi dan tanggungjawab masing-masing dalam melengkapkan satu rantai makanan.
...
Sejenak. Apa persamaan cerita-cerita ini? Bila direnung, yang kita nampak, tetap. Kebijaksanaan dan keadilan Allah dalam mengatur KEHIDUPAN.
Cetus hati yang luhur, pasti mengucapkan SUBHANALLAH.
Ia mampu diucapkan, apabila kita melihat caturan Allah secara global. Benarlah, pabila, Allah itu dapat kita lihat, bukan dari zatNya, namun, dari sifatNya. Firman-firman Allah, seringkali menyebut tentang langit dan bumi, haiwan-haiwan ternak, kebun-kebun, bunga dan tumbuhan, alam, yang jika direnung dan difikirkan, pasti dapat menambah KEIMANAN padaNya.
Itu hikmahnya penciptaan akal pada manusia. Gunakan akal untuk mendekatkan diri pada Pencipta.
***
Terlanjur menulis, tentang kisah rumah dan tandas tadi. Apa lagi hikmah untuk kita renungkan bersama?
Tandas di rumah. Orang buta di dunia.
Aku tarik satu kisah lagi,
Masa di Usm, lom ada keta lagik, salu naik bas Usm je :) . I remember this story forever, tentang sorank pakcik bas ni. Kita boleh belajar, bukan saja dalam kuliah, dalam bas pun banyak perkara untuk diambil manfaat.
Cukup diambil satu ayat dari pakcik ni, 'Pakcik bukan sekadar seorang pemandu bas, tapi pakcik membawa anak-anak pelajar Usm, untuk menuntut Ilmu.'
Aszifa tercengang. Masih terbayang wajah tenang pakcik tuh. Dia memang selalu senyum.
BIG HEART. JIWA BESAR!
Terbanding pula, dengan pensyarah yang sering merungut tak dihargai, dan tak dapat kenaikan pangkat. Oops, maaf atas perbandingan tersebut. Cuma mahu mengambil iktibar.
It was long year ago. Namun peristiwa-peristiwa tersebut, menjawab lagi kepada diri, apa erti KEBAHAGIAAN yang sebenarnya.
Di sudut dunia, orang buta, sering dianggap kurang. Entah siapa yang cita-citanya nak jadi pemandu bas Usm? Lebih ramai orang yang takut tidak dapat melihat, dan bercita-cita tinggi untuk menjadi pensyarah.
Namun, adakah itu titik kepada kebahagiaan yang sebenar?
Setelah kita berusaha atas dasar ibadah ( I havent got this feeling, namun sama-samalah kita berusaha, dalam setiap tindakan kita) , takdir sememangnya milik Allah. Allah boleh tentukan apa saja.Tetap Ia boleh berubah, dengan doa.
Sekecil-kecil perkara, berada dalam caturan dan perancangannya. Insaflah kita semua, redhalah dengan apa saja yang menimpa. Berusahalah mensucikan hati, supaya tidak muncul kata letih, rungutan, atau mempersoalkan ketetapannya.
Di dunia, pasti yang dapat melihat lebih beruntung dari yang buta. Pensyarah pasti lebih disanjung dari pemandu bas. Itulah dunia. Nilai dan pandangan dunia sememang begitu adanya.
Namun pandangan Allah?
Kita buta? - Yang dilihat adalah hatinya. Ikhlaskah hati dalam menerima ujian dan ketetapan Allah untuk dipandang kurang di dunia? Apa ujian itu membuat diri semakin mengingat Allah atau kufur mempersoalkan.
Kita dapat melihat? - Yang dilihat adalah hatinya. Ikhlaskah hati menggunakan nikmat pancaindera?Apa nikmat itu membuat diri semakin mengingat Allah atau semakin lalai dengan pandangan yang mengasyikkan nafsu.
Kita pemandu bas? - Yang dilihat adalah hatinya.
Kita pensyarah? - Yang dilihat adalah hatinya.
Yang dilihat adalah hati. Tak usah terlampau penat dalam menilai diri. Yang dilihat adalah hati.
Menjadi tandas, orang buta, pemandu bas atau pensyarah.
Jadilah TANDAS yang TERBAIK.
Jadilah ORANG BUTA yang TERBAIK.
Jadilah PEMANDU BAS yang TERBAIK.
Jadilah PENSYARAH yang TERBAIK.
TERBAIK di sisi ALLAH. Setiap peranan diterima dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home