Wednesday, March 31, 2010

20 minutes menulis.

Dah nak dekat pukul 8. Sepatutnya buat apa tatau..stadi languange kot? Amik masa menulis sat dlu...
Harini macam lebih bermakna, sbb boleh jumpak ramai orang.
Dan bila jumpak ramai orang, kene jugak ada masa sendiri. Recharge. Camtuhlah diri ini, perlu ada balance antara duanya. Tak boleh terlampau bersendiri, tak boleh terlampau berhora.
Namun kalau Allah dah letak kita dalam keadaan salu kene bersendiri atau selalu kene bergaul, perlu tetap menerimanya, dan beradaptasi. :)
Iman jatuh beberapa hari lepas. Camna tau iman jatuh eh? :) Diri sendiri kene jawab menda tuh. Ingatlah, kehidupan sememangnya untuk diuji. Pabila ujian tak dapat dihadapi dengan tenang, ada rasa ter'over' sedih, ter'over' gembira, berhati-hati dengan perasaan-perasaan sedemikian ya. Seeloknya kita menjaga diri, agar perasaan itu balance.
For someone that 'emo' like me, semestinya, untuk balancekan diri menjadi lebih mencabar, daripada seseorang yg sememangnya 'cool'. Namun, hadapilah ia sebagai satu cabaran. Sebanyak mana kita berusaha, sebanyak itulah usaha kita dikira. Tiada yang kecil pada pandangan Allah.
Kadangkala, masih terbelenggu dengan persoalan cinta. Cinta dan perasaan, yang kadangkala, diakui, mengganggu rutin-rutin seharian. Wajah masih boleh diadjust, namun hati tak pernah menipu,
dan, yang paling penting untuk dijaga ialah hati. I'm afraid that I'm deny-ing something.
Masih terbelenggu dengan persoalan2 seperti 'klau dia kawen dlu camna?' - Itu belenggu paling bodoh antara semua belenggu. Tapi tak boleh tipu, ia terlintas dan melintas di hati.
Kata orang, sebab belum ada orang lain, persoalan itu muncul. Namun hati juga tidak mahu orang lain, kerna diri ini sedar, akan menduakan cINta. Cintanya hanya pada Tuannya. Tidak boleh ada dua. Sudah tegar hati ini, ingin keluar dan bebas dari cinta. Ia mahu CINTA. Ia sedang sakit tenat pabila cinta bersaing dengan CINTA. Maaf pada jasadku, kerna kau dilihat tidak mempunyai apa-apa di dunia, kerna hatimu bertindak meninggalkan cinta, kerna ia sesak dalam persaingan.
Hati meminta ruang, untuk mengukuhkan CINTA.
Hati yang sakit, kerna merindu cinta dan bukan CINTA,
Hati meraung, pabila bercerita kepada cinta, bukan CINTA,
Hati mendiam, ketika ia sering memikirkan cinta, bukan CINTA,
Hati membenci, pabila keutamaan pada cinta, bukan CINTA,
Hati menderita, pabila melakukan demi cinta, bukan lagi CINTA!
Hati ku hilang rasa sedap dan nikmatnya, pabila ia tidak mampu fokus pada CINTA.
Pada masa yang sama, diri merasa perlukan teman, dalam memenuhi fitrahnya. Diri merasa takut jika berseorang dalam mengharung hidupnya di dunia. Tak mampu lagi ia berfikir, jodohnya hanya di syurga.
Pada masa yang sama, diri merasa takut jika sebenarnya dia tidak berusaha. Berusaha secara dunia? Usaha yang selalu membuat hatinya tersungkur kepada cinta, dalam pada masa yang sama ia sedang memburu CINTA.
Hatinya membuat kesimpulan, ia perlu menggunakan senjata - Berdoa secara konsisten, bersolat, dan bersabar dalam tindakan. Jika cinta kerapkali melalaikan, dan menjerumuskan diri kepada maksiat, maka pastilah ia perlu ditinggalkan, pada saat ini.
Tinggalkan.
Jika ditanya lagi - Tiada jawapan. Diri ini tidak punya sesiapa, selain Allah.
Perlu sering dan sering diulang pada diri, cinta sebelum berkahwin, hanya dugaan darinya. Hanya dugaan, bukan untuk dilayan. Sekali sekala jatuh, namun pulihkanlah semula.
Kekuatan itu dari Allah jua.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home