Sunday, January 17, 2010

Kebetulan atau takdir?

Terasa lama blog ni sunyi dari tulisan2 yang mengajar diri dalam benar-benar kembali kepadaNya. Aku perlu menulis. Setiap kurniaan Allah, setiap kelebihan yang Allah berikan kepada kita manusia, sememangnya perlu digunakan ke jalanNya. Sememangnya kita ada keburukan yang akan menjelikkan manusia, jika Allah tidak menutup keaiban diri kita. Namun, masih ada sisi kebaikan , dan sisi kelebihan yang boleh dimanfaatkan, dan kebaikan inilah, yang jika kerapkali konsisten dilakukan, akan menambah kekuatan dalam melakukan kebaikan dan mengurangkan kejahatan dalam diri.

Setiap manusia, setiap dari kita, adalah hasil dari apa yang kita fikirkan, dan setiap apa yang kita fikirkan, sangat bergantung kepada apa yang kita lakukan, apa yang kita lihat, dan apa yang kita dengarkan. Jadi, untuk pulang semula kepada-Nya, diri ini perlu lebih giat untuk hidup dalam fikiran yang sentiasa bersamaNya. Aku bukan menulis kerana upaya, namun menulis inilah yang telah banyak membentuk upaya, membentuk upaya untuk berfikir, membentuk upaya untuk meneliti, dan upaya untuk menasihati diri sendiri.

Sungguh aku tampak, kelebihan yang Allah berikan dalam diri aku ni, adalah untuk menampung satu sisi kelemahan pada diri aku.

Jika kurniaan ini tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka sisi lemah aku, akan mula muncul, untuk memakan diri sendiri.

Walau hati ini belum cukup kuat, anggaplah ini latihan untuk diri sendiri, dalam memperkuatkan lagi hati.

My life is full of ups and downs. Setahun aku kat matrik dulu, kehidupan dijalani, tanpa pasti, penuh dengan teka teki. Aku tak tau apa aku cari, seperti semunya tidak menjadi.

Apa yang aku alami kini, seolah-olah mengingatkan aku tentang saat setahun tu. Ia masih terus berjalan, tanpa satu jawapan. Sehinggalah, tempoh tiga hari ini, malam Khamis, Jumaat dan Sabtu. Khamis, aku spent my nite dengan Amaniina. Jumaat dengan my brother. Sabtu which is tonite, dengan Cik Wan. Tiga malam bercerita tentang kehidupan.

Terima kasih, sebab Allah mengaturkan pertemuan-pertemuan ni buat aku. Seolah-olah ada beberapa persoalan yang terungkai, dan membawa kepada petunjuk yang seterusnya.

Takdir.

Masa aku kat matrik dulu, satu bilik, 4 orang. Bilik kami memang bising selalu. Masa tuh time makan-makan, aku tanya soalan.

"Kita nih memang bising kan, kita jumpa kat sini, memang kebetulan ka?" Tak tau kenapa aku tanya soalan tuh. Tapi aku ingat aku tanya soalan nih.

Semua pun cam tak tau nak jawab apa.

Pastu hani jawab "Rasanya memang dah tertulis, sebab dulu macam pernah belaja kat skolah, apa yang kita jalani sekarang, semuanya sudah tertulis di Lauh Mahfuz. Cam hampa jumpa kami, kita semua ni jumpa memang dah tertulis."

I found that very interesting. Walaupun aku tak paham. Kehidupan yang penuh teka-teki aku teruskan.

Kemudian, masa kat U.

Aku tak berapa ingat, how I meet my roomate. Tapi sejak hari ke-2 di minggu orientasi, kami sudah bersama.

Orientasi di Bakti. Kemudian menetap di Tekun. Menariknya, semua budak cs di Tekun
ditempatkan di tingkat 9 dan ke atas, kecuali aku, emma ngan chin chin.

Kebetulan, the girl that I met masa orientasi, adalah roomate aku jugak. Coz we are malays, so duduk bilik sekali.

Masa tuh aku ingat lokasi dia, tangga Tekun yang tinggi untuk ke kafe. Aku dengan kawan aku dari Convent. Aku ty dia, 'Awak rasa ni kebetulan saya dengan Emma satu bilik?Mesti ada sebab..'

"Kebetulan kot aszifa, nama awak A, - B,C,D ramai chinese jer, emma kan E, so nama dekat-dekat".

Hmm, logicly accepted. Tapi feeling aku ni, saper nak jawab...I think its more than that.

Dan, lepas tuh aku ngan Emma sekuliah, setutorial, dan sekumpulan. Closest person to me. Orang lain sampai 3rd year, dah penah rombak-rombak tukar roomate, namun kami masih kebetulan bersama.

Lepas habis stadi, kami kebetulan lagi, kerja bersama.

Kebetulan atau takdir? Aku renung kembali peristiwa ni, soalan yang aku tanya masa matrik dalam keadaan aku tak paham. Dapat jawapan masih tak paham. Aku renung semula, bagaimana Allah memberi jawapan kepada aku, dalam memahami apa itu takdir. Ia bermula dengan rasa ingin tahu, dan jawapan itu diberikan sedikit demi sedikit dengan pengalaman hidup yang dilalui.

Dan pemahaman aku, ttg takdir aku bersama dengan roomate aku, jelas, bila aku tak lagi bersama-sama. Masih bersama-sama di hati, namun, sudah jauh dari segi jarak dan meluangkan masa secara bersama.

Apabila masa telah berlalu, kita tampak benar apa yang Allah nak ajar. Selagi masih dekat bersama, kita masih mengumpul jawapan. I can make a long list, kisah aku dengan roomate aku tuh..huhu. Bagaimana ia sangat berkait dengan masa kini, dan masa depan. Bagaimana ia berkait dengan perubahan diri dalam menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Apa yang ingin aku sampaikan buat diri aku, kadangkala, dalam melalui kehidupan, dalam menjalani masa kini, kita rasakan, ia satu kesalahan. Namun ingatlah, ingat semula masa lepas yang telah berlalu, adakah ia satu kesalahan walaupun ada kesalahan?

Walaupun ada kesalahan kini, kesalahan itu adalah untuk diperbetulkan. Ia bukan sahaja mengembalikan diri kepada status yang telah diperbetulkan, namun setelah kesalahan itu diinsafi dan diusaha untuk diperbetulkan, tahap diri kini, akan naik setahap lagi, ke tahap yang lebih tinggi. Ia seolah satu penambahbaikan dalam diri.

Pandanglah kehidupan di dunia ini, sebagai sebuah buku yang telah ditulis ceritanya. Iaitu takdir kita. If let say, skang 25, if hidup sampai 50, ada lagi 25 tahun untuk menjalani hidup ini. Apa yang berlaku di masa lepas, yang membentuk kita pada hari ini. Apa yang berlaku kini, akan membentuk kisah kita di masa depan pula. Ia satu kronologi.

Ada takdir yang boleh diubah. Ada takdir yang , itulah yang terbaik buat kita, walaupun itu bukan perkara yang kita inginkan. Walau apa saja yang melanda diri, kadangkala, kita tiada daya lagi dalam mengubahnya. Kita perlu menjalaninya sahaja.

Yang boleh kita lakukan, adalah mengubah cara kita memandang dan melihat sesuatu. Dan, cara kita memandang dan melihat sesuatu, amat bergantung kepada hidayah dan petunjuk Allah. Kita dapat memandang baik sesuatu perkara, berbekalkan ilmu yang Allah beri dan rasa tenang yang Allah beri untuk insan-insan yang tetap bertaqwa, yang tetap menetapkan hati di jalanNya, tak kira apa jua yang berlaku.

Adam dan Hawa melakukan kesalahan yang besar, dan menyebabkan mereka diusir ke bumi. Ya , mereka bersalah, mereka bertaubat, dan kembali meluruskan keyakinan dan tetap bertaqwa pada Allah. Ya, mereka bersalah, dan dihukum.

Memetik kisah Yusuf, dimasukkan ke dalam penjara, dan dipandang serong oleh masyarakat tanpa berbuat apa-apa kesalahan. Yusuf tidak langsung bersalah, namun dihukum. Satu hukuman dunia pada pandangan umum.

Ada masa kita bersalah, dan kita dihukum. Ada masa, kita tidak bersalah, dan kita seolah dihukum.

Takdir.

Namun takdir-takdir ini jika dijalani dengan baik, dengan sentiasa mengingati Allah dan mengharapkan keampunan dan yang terbaik dariNya, ia pasti membawa manfaat pada akhirat kita.

Yang penting adalah tetap berusaha dan membetulkan cara memandangnya. Allah bersama sangkaan hambaNya. Bersabarlah dalam menjalani takdir mu diriku.

Mungkin kini pelajaran paling besar untuk dipelajari, yang dirimu benar hamba, yang layak diperlakukan apa saja. Yang perlu bergerak ke tahap IKHLAS dalam menghadapi takdirNya, dan bukan mengharapkan balasan-balasan baik untuk kehidupan dunia sahaja.

Ya Allah, sabarkanlah aku, aku mohon, agar aku tidak mengukur diriku berdasarkan pencapaian duniawiku, namun biar hari-hariku, berlalu, dengan mengingati untuk mencapai sesuatu untuk akhiratku. Hatiku perlu Ikhlas dalam beramal dengan agamaMu. Aku mohon, apa yang aku lalui, jika perit rasanya, adalah suatu pengajaran, yang akhirnya membawa aku ikhlas dalam melakukan sesuatu untukMu. Itulah yang PALING PENTING sebenarnya untuk kemanfaatan diriku. Aku mengharap benar agar kau buka hijab yang menutup mataku, dari memandang seribu kebaikan di belakangnya. Aku mengharap benar agar Kau berikan aku kurniaan dalam memandang baik segala-galanya.



0 Comments:

Post a Comment

<< Home