0n 18 Sept 2009
Baru lepas tgok nur kasih =]. Tak besh pun malam nih...rasanya sbb kurang kisah adam ngan nur. Lamanya nur wat istikarah. Jawapan tuh cam dah ada. Dia ingat, dia sayang, dia rindu kat husband dia. Its just about she afraid of comittment. Takut ditinggalkan dan dimanipulasi lagi. Ragu pada perubahan diri seseorang. Ego yang masih perlu dikurangkan.
Takut, ragu, ego. Semuanya sifat2 tak baik pada diri yang perlu disucikan. Ia kerapkali satu penghalang kepada keyakinan utk satu keputusan.
Sedang aku sendri sedang memohon utk satu KEYAKINAN. Petunjuk tuh cam dah ada. Namun aku masih kurang KEYAKINAN dan SEMANGAT.
Namun aku perlu terus bergerak. Gamble? Tidak mungkin. No such thing. Perlu ada satu matlamat di sebalik satu keputusan.
Leave it first =]. Tadi lambat tgok nurkasih sbbbb...pegi bukak posa kat Hotel Seri Malaysia. Sepatutnya ramai. Namun dah last2 minute ada yang kensel plak...Dah lama tak jumpa abg syam. Aku mmg nak jumpak abg syam harap2nya. Dia tak dapat datang plakk....
Jadinya kami berlima jer la tadik. Tim, ehsan, saifol, heri ngan aku. Heri yang baca doa. Suma pun pakai t-shirt ngan jeans. Laki mmg camtuh agaknya. As simple as possible. Salu pegi kundri pun t-shirt ngan jeans. Aku lebih gemar tgok lelaki dalam pakaian kemas. Pakai t-shirt pun kemas, namun, kemeja lebih kemas kot. Cam ayah aku, aku lagik suka tgok ayah aku pakai long sleeve, kemeja kosong, senteng lengan. Tapi skang, makcik lebih suka papa pakai short sleeve. So banyak short sleeve la skang. =]. My mom, suka long sleeve.
We jump topic lagik. Pagi tadi, kakak aku cakap, suami kak Is eksiden. Kat sg lalang. Kak is tuh cikgu, kawan skolah kakak aku. Kisah tuh masuk berita harini. 4 maut. 2 parah. Yang 4 maut tuh jiran kepada Kak Kiah, di taman nuri alor star. Yang 2 parah tuh. 1 tuh suami kak is la. Yang sorank lagik tuh pemandu lori tuh agaknya.
Suami kak is wat operation, sbb de internal bleeding. Entah apa yang patah kakak cakap tadik. Kak is plak still dalam pantang skang nih. Cam tragik.
Kisah kak zue meninggal pun aku lom citer kat sni. Kak zue tuh kawan kakak aku. Baru umo 31 thn, sama la ngan kakak aku. Cam byk lak peristiwa berlaku kat kawan2 kakak aku nih.
Citer kak zue tuh cam impact kuat kat kakak aku. Its like a reminder for us yang masih hidup di muka bumi ini utk menghitung dan menghisab amalan diri sendiri sebelum kita dihisab kelak. Who knows the time?
Kehilangan orang-orang tersayang dalam hidup, adalah satu perkara yang setiap orang mungkin terpikir, namun tak akan panjangkan pikir ttg perkara tersebut. Even nak bayangkan pun kita tak sanggup. Kan?
Yang pasti, saat itu pasti hadir.
Yang membuatkan kita tenang dari tidak takut akan perpisahan, adalah janji Tuhan, ttg pertemuan di SANA. Ingatan utk diri sendiri, persiapkanlah diri, utk bercinta sampai syurga. Ingatan yang sedemikian tidak akan merampas ketenangan spanjang di dunia. Namun harga yang perlu dibayar utk ketenangan yang sedemian sangatlah tinggi. TAKWA.
TAKWA.Melakukan apa yang disuruhNYA, dan meninggalkan apa yang ditegahNYA.
"Semangat itu boleh hilang, namun tak mustahil utk ia bangkit kembali..."
Ku mohon hembusan angin laju, yang MENAIKKAN SEMANGAT,
Ku mohon haruman mawar merah, yang MENGUJAKAN DIRI,
Ku mohon lonjakan suara bertalu, yang MELANTANGKAN UCAPAN,
Ku mohon sinar mata bercahaya, yang MEMBAWA HANGAT,
Ku mohon senyuman ceria, yang MENYEJUK TATAPAN,
Ku mohon tetapnya hati, demi SATU MATLAMAT.


2 Comments:
Masa duk sapu sampah depan rumah masa khutbah semayang jumaat kat surau kakak dengaq ustaz tu bagi khutbah..Jangan takut mati tapi takutlah dengan kehidupan selapas mati...Kehidupan kita yang sebenar adalah kehidupan selepas mati...Adakah kita telah bersedia..???hik..takutnyee
jie dok tidoq ka time tuh..huhu..apa nih tak besh lak rasa dok balas komen ngan orang dok satu umahh..kiki...
(Masih dalam proses memahami kehidupan di 5 alam, supaya lebih memahami makna kejadian manusia dan penciptaanya)
Post a Comment
<< Home