Pergi Tak Kembali.
Ustaz Asri Rabbani tuh, muda lagik kan. Al-Fatihah utk dirinya, yang sudah diambil Pencipta.Merenung seketika, bilangan kematian yang kian melanda. Mungkin ada pendapat yg ingin diutarakan, namun, biar puisi lama, menjadi pengganti, buat tulisan yg x dapat diutai, kerna perasaan terlampau ~ mengantuk!
Ya Allah,
Melihat bayi kecil yg lahir,
Membuat aku berfikir,
Kejadian diriku..
Dari setitis mani aku dijadikan,
Kemudian kau salut ia dengan daging,
Terbentuk pancaindera,
Dan juga anggota,
Yang bakal membantu hidupku nanti,,
2/8/85,
2.30 pagi anggaran waktunya,
Hari jumaat harinya...
Aku lahir tanpa mengerti,
Siapa aku,
Dan aku tidak mengenali sesiapa di sekelilingku..
Hari makin hari,
Aku mula berjinak dengan dunia...
Kau kurniakan aku keluarga...
Dari menangis dan merengek,
Aku mula pandai merangkak,
Kemudian berjalan,
Kemudian petah berkata-kata...
Kini aku sudah makin dewasa,
Kau bentuk pula emosi ku,
Yang mewarna-warnikan hidupku,
Dari seorang yang tiada mengerti,
Kau kurniakan aku kepandaian,
Yang digunakan untuk menelaah,
Sepanjang kehidupan,
Kau beri aku kejayaan,
Demi kejayaan...
Dari hidup yg bergantung,
Kini kau beri aku pekerjaan,
Untuk aku meneruskan kehidupan,
Kau beri aku peluang,
Mengumpul harta,
Dan menikmati, apa yg ingin aku nikmati...
Apabila aku merenung semula,
Aku lahir tanpa apa-apa,
Tanpa sesiapa,
Satu-demi-satu perkara,
Kau berikan padaku,
Dari tiada apa-apa,
Kepada ada...
Sesungguhnya,
Aku harus sedar,
Semua ini,
Hingga saat ini,
Tiada satu pun milikku,
Ia hanya nikmat,
Yang Kau beri,
Yang harus aku syukuri...
Ampunkan aku Ya Allah,
Atas segala sesuatu,
Yang aku pernah banggakan,
Kerana aku menganggap ia milikku,
Atas seseorang yang ku ingin rapat,
Tanpa berkongsi,
Kerana ku anggap ia milikku,
Atas segala harta,
Yang aku bakhil untuk dermakan,
Kerana aku menganggap ia milikku,
Suatu hari,
Aku jua perlu pulang,
Ke negeri asalku,
Tanpa membawa segala ini,
Sebagaimana aku datang seorang diri,
Akan aku pulang seorang diri...
-aszifa aris, 6 January 2008, 2.39 am -
Ya Allah,
Melihat bayi kecil yg lahir,
Membuat aku berfikir,
Kejadian diriku..
Dari setitis mani aku dijadikan,
Kemudian kau salut ia dengan daging,
Terbentuk pancaindera,
Dan juga anggota,
Yang bakal membantu hidupku nanti,,
2/8/85,
2.30 pagi anggaran waktunya,
Hari jumaat harinya...
Aku lahir tanpa mengerti,
Siapa aku,
Dan aku tidak mengenali sesiapa di sekelilingku..
Hari makin hari,
Aku mula berjinak dengan dunia...
Kau kurniakan aku keluarga...
Dari menangis dan merengek,
Aku mula pandai merangkak,
Kemudian berjalan,
Kemudian petah berkata-kata...
Kini aku sudah makin dewasa,
Kau bentuk pula emosi ku,
Yang mewarna-warnikan hidupku,
Dari seorang yang tiada mengerti,
Kau kurniakan aku kepandaian,
Yang digunakan untuk menelaah,
Sepanjang kehidupan,
Kau beri aku kejayaan,
Demi kejayaan...
Dari hidup yg bergantung,
Kini kau beri aku pekerjaan,
Untuk aku meneruskan kehidupan,
Kau beri aku peluang,
Mengumpul harta,
Dan menikmati, apa yg ingin aku nikmati...
Apabila aku merenung semula,
Aku lahir tanpa apa-apa,
Tanpa sesiapa,
Satu-demi-satu perkara,
Kau berikan padaku,
Dari tiada apa-apa,
Kepada ada...
Sesungguhnya,
Aku harus sedar,
Semua ini,
Hingga saat ini,
Tiada satu pun milikku,
Ia hanya nikmat,
Yang Kau beri,
Yang harus aku syukuri...
Ampunkan aku Ya Allah,
Atas segala sesuatu,
Yang aku pernah banggakan,
Kerana aku menganggap ia milikku,
Atas seseorang yang ku ingin rapat,
Tanpa berkongsi,
Kerana ku anggap ia milikku,
Atas segala harta,
Yang aku bakhil untuk dermakan,
Kerana aku menganggap ia milikku,
Suatu hari,
Aku jua perlu pulang,
Ke negeri asalku,
Tanpa membawa segala ini,
Sebagaimana aku datang seorang diri,
Akan aku pulang seorang diri...
-aszifa aris, 6 January 2008, 2.39 am -
Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, dan Dia-lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. Surah 30 : Ar-Ruum : 54

2 Comments:
al-fatihah utk ustaz asri.
amin..
Post a Comment
<< Home