Sunday, August 09, 2009

Iqra'


Harini..hari aku. Layan You Tube. Basuh Baju. Chatting. Sapu rumah. Tgok tv. Makan nasik paprik. Pergi beli buku. Beli Buku is the best part.

Tadi masa tgh chat sambil layan You Tube, teringat dekat buku John Gray ni. Nak baca lama dah, namun belum cukup bersedia. Ni dah tergerak hati nak baca. Ni buku ke-3 dia aku bakal baca. Memula dulu baca buku Men are from Mars, Women are from Venus. Buku ke -2 , Mars and Venus on a Date. Sampai dah yg ke -3 Why Mars and Venus Collide. Masa aku ulang baca buku pertama dia, housemate aku pun belek skalik. Dia pun pi beli jugak. Pandangan kami sama, buku ni, banyak gila teori. Klau ikut Islamic rules and prinsip, lebih mudah penjelasan dia, berbanding buku yg banyak gila teori nih. Namun, ia tetap satu pandangan yang bernas dari John Gray about relationship. Buku barat, mesti ada lain skit dengan kita, namun, ambik yg bagus, tinggal yg x baper besh. Pada pandangan aku, buku barat sememangnya perlu ditapis, x bley diterima bulat2. Ustaz Hasrizal, pengarang buku Aku Terima Nikahnya, ada mention buku pertama dan buku ketiga untuk lebih memahami relation between men and women, membuatkan aku lebih tertrigger untuk baca buku Why Mars and Venus Collide.

Buku Tautan Hati, yang kaler merah tu, Karya Fatimah Syarha. Ni kira buku yang kedua aku beli karya dia. Bersedialah untuk merasa diri ni sangat tak besh bila baca karya dia. Rasa cam diri ni sangat x suci, dibiarkan diri dicemari dengan menda yg ntah apa2. Sungguh itu yang aku rasa. Buku first dia yang aku baca, "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul ". Cam sangat perfect cara hidup dia. Dia UIA dlu, housemate aku penah duduk ngan dia. Housemate aku ckp, Fatimah Syarha ni peribadi dia, memang bagus lah. Mula berniat nak baca buku Tautan Hati ni, masa baca buku Adik Nur Madiha, pelajar cemerlang yang dapat 20A tuh. Buku Tautan Hati ni salah satu dari 3 buku favourite dia. So aku nak tau jugak, apa yg speselnya buku ni pada hati pelajar cemerlang ni.

Buku Adik Nur Madiha pun memang sangat bagus. Takde pun skit, ayat2 berbau riak akan kepandaian diri. Memang dia warisi kepandaian dan rajin berfikir tuh dari ayah dia, memang keturunan pandai ni. Namun x angkat diri. Sumer citer dia berbalik kepada semuanya hanya dari Allah. Cara penyampaian dia yakin. Aku tergerak ati nak baca buku dia, sbb , dalam majalah Anis keluaran bulan baper ntah, ada satu artikel pasal Madiha - Ayat dia lebih kurang camni "Saya tiada masalah amik banyak subjek, sebab saya belajar kerana Ilmu itu sendiri." Rasa sangat proud bila baca statement camtuh, bijak dan matangnya remaja yg baru berusia 17 tahun nih...prinsip hidupnya mudah, lantas mengikut seruan Allah, tentang mementingkan ketinggian Ilmu.

I'll quote some of the interesting prinsip of this girl :

Sekolah pada setengah orang hanyalah pusat akal semata-mata. Iaitu para pelajar datang ke sekolah, belajar dengan guru di dalam kelas, mengutip ilmu yang dijangka akan dimuatkan di kertas peperiksaan kemudian mengambil kelas tambahan jika lemah dalam sesuatu pelajaran. Golongan ini datang ke sekolah dengan jasad yang berisi otak sahaja. Mereka belajar untuk menjadi orang yang layak memasuki universiti selepas SPM atau STPM. Lebih daripada itu, fungsi sekolah terbatas pada belajar untuk berjaya dan berjaya untuk bekerja.

Perenggan tuh kena la ngan aku rasanya. Aku la tuh, tusyen merata. =].Belajar niat tak baper betul.

Sepatutnya, begini :

Maka, perhalusilah diri dan fungsi kita yang terbina dari tiga komponen iaitu jasad, akal dan roh. Dengan tiga kelebihan itu, maka kita akan lebih mengenali Sang Pencipta sekiranya kita menggunakan sebaik-baiknya 'harta' yang diberikan Allah SWT kepada kita. Aku menyimpulkan pada diriku bahawa kata-kata ayah supaya belajar kerana ilmu adalah tanggungjawabku. Aku belajar ilmu agama: Tauhid, Feqah, Sirah,Akhlak, Tasawur, Al-Quran, Hadis, nahu, sorof dan lain-lain adalah untuk menguruskan kerohanian (roh) ku. Manakala pelajaran berasaskan pemikiran iaitu Sains, Fizik, Biologi, Matematik, Ekonomi, Prinsip Akaun dan lain-lain adalah untuk memanfaatkan akalku yang cerdik demi kemakmuran bumi Allah. Manakala agar aku dapat menyusur sumber ilmu yang ku sebutkan di atas hanyalah dengan mempelajari banyak bahasa terutamanya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Inilah yang sering ku sematkan dalam hati, bahawa ilmu pengetahuan adalah sahabat bagi seorang pelajar walaupun terpaksa menempuh kesukaran dan cabaran.
- Catatan Hati Nik Nur Madihah

Guru-guru, pensyarah2, ibu2 dan bapa2, motivasikanlah anak didikmu, dengan motivasi yang tepat dalam mencari ILMU.Diriku, motivasikanlah dirimu dengan motivasi yang tepat dalam mencari ILMU. Bukan ditekankan dunia dan material saja...

Yang berlalu tetap berlalu. Cuma masa depan yang mampu diubah. Islam itu mengutamakan NIAT dan CARA. Bersama-samalah kita menyucikan niat, dalam melaksanakan sesuatu perkara. Untuk tahu niat kita itu bertepatan atau tidak, kita perlu ILMU.


3 Comments:

Anonymous mama fahim said...

hmmm..syooookknyaaa dapat baca buku....( fahim janganla dok tarik buku bila mama dok baca iskh iskh..)

8/10/2009 2:50 PM  
Blogger Cikgu Sains said...

Banyaknya buku..jom baca buku..

8/10/2009 2:52 PM  
Blogger aszifa_aris said...

Heh cikgu, dah clik2...kikikiki...

Tuh ar, baca buku menenangkan...

8/10/2009 10:45 PM  

Post a Comment

<< Home