Monday, August 10, 2009

Hanya luahan...

...Dari siang tadik rasa ngilu smacam...Nak period ni cam takleh kena sentuh langsung...Menulis la.

Masa aku form 5, aku pernah dihadapkan dengan satu peristiwa. Seperti biasa, I'm just a girl that observe. Ia tak berlaku pada diri.

Peristiwa tuh, membuatkan aku terfikir. Naper? Dia tak terima pasangan dia seadanya ekk??..

Ada kawan aku, nak jadi lebih cerah, sbb, ada special fren prefer dia cerah.
Ada saudara aku, nak kulit jadi halus, sbb, ada special fren tego kulit agak kasar.
Ada kawan aku, nak jadi lebih kurus, sbb, ada special fren prefer dia kurus.

Peristiwa2 camni, membuatkan aku tertanya. Aku tanya mak aku "Ma, klau peristiwa yg blalalal dan terjadi kepada si blablabla..maksudnya, dia takleh terima pasangan dia seadanya ekk??"

"X jugak, dia nak pasangan dia lebih baik, sebab dia sayang.."

Aku cam "OoOoo..."tapi tak pahamm..

Cantik, itu subjektif. Cantik pada mata orang lain. Kurang cantik pada mata orang lain. Namun, mungkin kita boleh membuat kesimpulan kecantikan ideal seorang wanita secara fizikalnya, yang ada pada fikiran seorang Malaysia, ialah yg kurus ideal, kulit mulus, wajah cerah. Tul ker? Suka2 hati aku jekk..Tapi tuh la ciri2 orang yg salu muncul kat tv ngan dalam majalah.

Klau aku, aku pandang cantik, pompuan yg kurus, salu kawan2 aku komen - ishh tu kurus sangat jie...Kurus sangat ker pompuan camtuh, bg aku biasa ja. Tapi kawan2 aku salu ckp, "kurus" pada definasi aku tuh kurus sangat.

Okla, kurus sangat, kulit tak terlalu cerah,sawo mtg pun ok... biasa2 ja...muka tak bulat sangat, x bujur sangat, muka x terlalu manis...yg antara manis dan macho.

Kurus...hmm, jarang aku dengaq pompuan takmau kurus. Masa skolah, takde la sangat, mungkin sbb kami ni pompuan sumer...ntahla, cam tak perasan la isu tuh...Start aku masuk matrik, masuk U, sampai kija. Sumer pompuan nak kurus. Sampai dah tak larat, sampai dah penat nak dengaq.

Klau dah lama tak jumpa. Menda pertama nak tego. "Eh dah kurus skit", "Eh dah berisi skit."

Penah satu ketika, aku kawan ngan seseorang ni. Dia ckp, suh aku kurus skit. Sungguh aku kurangkan makan. Lepas tu aku rasa bodoh la plak. Naper la reaksi aku camtuh. Dan yang bestnya, x kurus pun.

Aku dah phobia klau orang ckp kat aku camtuh.

Ada jugak org yg mmg bulat, tapi ckp kat aku..."Mlm2 jgn makan byk sangat, nanti naik badan tuh, skang dah elok2 tuh.." Bukan sekali, tapi 2-3 kali.

Aku tak selesa klau orang ckp kat aku camtuh.

Ada perempuan yang puasa, ada yang diet. Tapi naper nak kurang makan klau lapar? Utk cantik ,itu alasan yang tak kukuh. Aku sendiri tau tindakan aku diet utk org lain tuh adalah satu list menda bodoh yang aku penah commit.

Ada satu ari, aku ingat. Kak Linda ckp kat aku..."Makan ni, berhenti sebelum kenyang.Nabi wat camtu..."

Itu alasan yang kukuh,utk tak makan banyak.

Ada satu ari, aku ingat. Aku makan kat William. Ya Allah kenyang giler, pastu aku jadi sebu semacam...nak semayang pun x larat...

Membuatkan aku teringat kisah, seorang yang makan, sampai terlalu kenyang, nanti malas beribadat.Senang digoda. Hmm..betul la.Aku sedang menyaksikan kebenarannya. Sungguh Islam itu sangat sempurna dalam apa yang ditegah, yang dilarang, yang dinasihati.

Nasihat Luqman al-Hakim : "Wahai anakku, apabila perutmu penuh padat maka fikiranmu akan tidur, hikmah kebijaksanaanmu akan tumpul, dan anggota badanmu akan lemah dalam mengamalkan ibadah"

Puasa utk kurus? Ok. Puasa bukan untuk kurus. Namun salah satu hikmahnya, bleh kurus(betulkan niat, kononya).Ramai yang seronok mendapat hikmah kurus, lebih dari hikmah dan ganjaran yang sepatutnya lebih disyukuri. Kita pantau sejenak hikmah puasa yang tiada taranya :

Dalam proses perhitungan, sekiranya seseorang itu melakukan dosa terhadap manusia, maka amal soleh yang dikerjakannya dahulu terpaksa dijadikan kafarah (penebus). Pahala dari amal baiknya terpaksa diserahkan kepada orang-orang yang ia lakukan dosa ke atasnya. Keadaan ini digambarkan oleh Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a : Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah orang muflis?"

Kami menjawab "Orang muflis ialah orang yang tidak punya wang dan harta benda."Rasulullah menjawab, "Golongan muflis dari umatku adalah mereka yang pulang pad
a hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dia datang, sedang dia memfitnah, menuduh dan menumpahkan darah.Akan diambil segala kebaikannya bagi menebus dosa.Sekiranya habis kebaikan sedangkan dosanya masih ada maka akan diambil dosa orang lain lantas dicampakkan ke wajahnya lalu ia dilontarkan ke dalam neraka Jahanam!" (Riwayat Muslim) Dalam sebuah syair Arab ada menukilkan: "Setiap sesuatu yang hilang itu sukar tetapi seandainya seseorang itu luput amalannya pada hari kiamat itu terlebih sukar."

Nukilan syair ini menggambarkan tentang nasib manusia apabila mereka dibicarakan pada hari pembalasan. Ketika itu setiap orang tentunya berharap agar ia terselamat.Satu-satunya yang boleh menyelamatkan mereka pada hari itu adalah amal soleh yang dikerjakan ketika hidup dahulu. Dalam masa yang sama, keadaan yang paling menakutkan adalah luputnya pahala amalan kerana terpaksa menebus dosa-dosa yang pernah dilakukan. Bolehlah dibuat analogi, memiliki ganjaran dari amal-amal soleh seperti memiliki barang-barang yang sangat berharga, namun apabila saat bertukar gawat pada ketika itu, apa yang diharapkan bukan lagi barang berharga tapi pelampung keselamatan bagi menyelamatkan nyawa dalam keadaan getir. Apakah pelampung keselamatan bagi manusia pada hari akhirat nanti?

Di dalam sebuah hadis qudsi Allah ada menggambarkan: "Setiap amalam itu menjadi kafarah kepada seorang hamba melainkan amalan puasa. Puasa adalah untuk-Ku dan Aku akan mengganjarinya. " (Riwayat Imam Ahmad)


Daripada hadis qudsi ini, Allah menggambarkan bahawa keistimewaan tertinggi ibadah puasa kerana ia menjadi penyelamat terakhir bagi seorang hamba Allah. Seluruh amalan lain akan menjadi kafarah tetapi tidak puasa!
- A part of artikel from Anis Ogos 2009 - Ramadan Pelampung Ajaib - Zul Ramli M.Razali


Aku menasihati diriku sendiri. Kesalahan lama jgn diulang lagi. Entah apa pengajaran dari apa yang aku tulis pada malam ini. I just know, I'm too much in doing thing ONLY for myself. I'm too much in doing things for someone that I love. Walau masih jauh, diri ini kembali mengajak dirinya, untuk, lebih menyayangi Allah itu, lebih dari menyayangi diri sendiri dan orang lain. Diri ini mengajak diri ini, untuk melakukan sesuatu HANYA kerana Allah, lebih dari melakukan sesuatu kebaikan HANYA untuk diri sendiri dan demi mendapat kasih orang lain. Diri ini mengajak dirinya, untuk lebih mengutamakan hikmah AKHIRAT, lebih dari hikmah dunia. Walau ada ketar dalam menulis, kerana diri masih terlalu jauh dari sempurna, untuk melontarkan bait- bait kata, diri ini perlu menganggap ini satu usaha.

Aku membelek-belek sepasang jubah hantaran yang dihadiahkan olehnya. Cantik. Cuma. saiznya XXL. Sedangkan aku biasanya mengenakan pakaian bersaiz S atau M saja. Tak padan, terlalu besar untukku.

Memerhatikan gelagatku mencuba jubah pemberiannnya, suamiku datang menghampiri.
"Sayang, maaf ye. Kata kakak Abang. Sayang nampak berisi pada hari pertunangan kita dulu. Abang memang tak pandang langsung Sayang waktu tu. Sebab tu. Abang ingat Sayang ni gemuk. Tak sangka isteri Abg ni tak gemuk langsung. Kurus saja, " cerita suamiku.

Aku ketawa lalu mengujinya. "Waktu tu, abang tak kisah bakal isteri Abang gemuk?"


"Yang penting agama. Faktor lain semua tak jadi masalah." Jawapan itu membuatkan aku tambah kagum terhadapnya, mengingatkanku satu hadis yang bermaksud:


- Sesiapa saja yang menikahi wanita kerana kemuliaan status sosialnya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kehinaan.


-Sesiapa sa
ja yang menikahi wanita kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kefakiran.

-Sesiapa saja yang menikahi wanita kerana kedudukannya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kerendahan.


-Sesiapa saja yang menikahi wanita bukan kerana hal lain, kecuali agar pandangan matanya dapat dikekang, dan kemaluannya terpelihara, atau untuk tujuan menyambung tali silaturahim, maka Allah akan
memberkati pernikahannya dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersunting olehnya."
-Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, karya Fatimah Syarha Mohd Noordin-

If man could only knows, how much proud we are, if u get the best of us. Kecantikan , kekurusan itu membelenggu ramai wanita. Namun, janganlah terus mendidik kami, untuk membentuk keyakinan yang bukan kekal ini. Biarlah diri ini merasa dan membentuk keyakinan, kerna redha dariNya, atas setiap perbuatan dan perlakuan yang dilakukan atas tuntutanNya.



5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Be as you are. You are meant to be the way you are exactly.

8/11/2009 9:55 PM  
Blogger aszifa_aris said...

=] emo sat!

8/12/2009 9:14 PM  
Blogger WNA said...

tak ley lari dengan topik ni kan.memang mane2 pegy pun cerita kurus-gemok.

tapi pada qemmal,qemmal syg sgt body qemmal.i've been fat after school until usm. but the thing is,i sendiri pun tak perasan yg i gemok.

:P

8/14/2009 12:06 PM  
Blogger aszifa_aris said...

haha! comei la comment qemm.. =]

8/16/2009 8:40 AM  
Blogger .mS.hUnNy. said...

kite tanak kurus jie, kurus sangat xcantek..
seriously nak gain weight..

8/28/2009 11:30 AM  

Post a Comment

<< Home