Friday, August 07, 2009

24 Tahun.

Ngantuk dah ni, tapi nak menulis jugak...

View blog ni, lalu beberapa post yg lepas2...=]. Aku ni byk letak gamba eh dlu...Skang dah agak kurang...Tak rasa nak letak. X yah letak =]

Life is like this, kdg2 kita initiate sesuatu, saja2..namun, jadi komited pulak. Blog ni memula nak letak gamba jerkkk...Namun ia dah berkembang pulak kepada sesuatu yang lain. Hmm...huhu...

Badan letih ni, tadi pegi tampal iklan lagik. Iklan jual barang!. Sok ada org nak mai tgok barang, harap2 jadilah. Aku puns amik cuti esok. Ada masa skit. Mlm ni pun satgi nak kemas almari...Nak kna lap suma bagi cuci calat. huhu...

Ni tinggal rak, meja kom ngan kerusi ni. Klau tak terjual jugak kena upgrade iklan la nih. Aku klau bleh nak jual la suma ni, tercover jugak keta aku utk September ni. Tgh bersedia utk hidup tanpa komitmen ni..huhu bahagianya rasa bila nak lepas semua.

Bahagia? Betul ker, heh,,,one side bahagia, one side lagik masih lagik bercampur2 rasa dia. Namun, aku teruskan saja perjalanan dalam mencari bahagia nih. Semoga Allah tempatkan aku di tempat yg tenang, yg baik2 orang dia, yang aku pun leh bertenang, yang rezkinya halal, x haram dan jauh dari syubhah, dan di tempat yang aku leh commit dengan baik, dan sepenuhnya dengan tanggungjawab2 aku. Macam banyak ja permintaan.

24 tahun aku hidup. 2 Ogos lepas, cukup 24 tahun. Lebih kepada rasa malu dengan Allah, hidup dalam nikmatnya. Masih banyak keluhan dalam dugaan, masih byk lupa bersyukur dengan nikmat dan pinjaman2 nya. Masih laju dalam menda2 lagha, dan dosa2.

Setiap hari dilalui dengan ada saja dosa padaNya, namun masih diberikan peluang utk hidup dalam nikmat. Harap ini bukan istidraj. Klau kita kenang, mesti ada regret. Namun, perlu teruskan jugak kehidupan. Diri ini masih banyak kurangnya. Aku mohon maaf, atas perubahan yang perlahan.

24 tahun. Aku masih lagik meneliti, perjalanan2 hidup aku. Senarai2 kehendak dunia yang perlu dipendekkan. Senarai2 dosa yang perlu ada usaha mencegahnya. Senarai2 menda lagha yang masih sedap dalam melakukannya. I am not able to do it , zappp- aku bersih. It just that, aku cuba pendekkan senarai2 kehendak dunia, senarai dosa, senarai2 menda lagha. Aku tetap ingin bersyukur, sbb Allah bagi aku sedar menda2 yang tak bagus dalam diri aku. Aku pohon cerahkan lagik, hal2 yang aku belum anggap dosa. Sbb tuh aku perlu ilmu.

Ada beberapa perkara, yang dah boleh dibuang terus, alhamdulillah Allah izinkan. Ada beberapa perkara, yang bilangannya sudah berkurang...Harap ini bukan lagi masa utk aku pulang , klau masa ni, aku risau apa nasib aku kat SANA.

24 tahun. Kadang2 aku sunyi sangat. Cuma mahu positif dengan kehidupan, dan fikirkan apa yang Allah dah takdirkan. KL doesnt suit me that much. Biasa saja kehidupan kat sni. Lebih banyak masa sunyi dan bersendiri, dari bersama2. Di awal2 masa kat sni, lebih kepada nak bersama2..namun, entah kenapa, bersama2 tuh lebih menyerabutkan. Tak kuat mungkin. Lebih baik sendiri. Namun bila sendiri, bersedia dengan sunyi. Dan dalam sunyi inilah, diri ini mula berfikir, apa yang Allah nak ajar aku nih? Tak mungkin Allah letak aku buta2 kat sni, saja2. Mesti ada sebab.

Dalam bersendiri inilah, jiwa ini, mencari cara bagaimana utk merasa berdua denganNya. Setiap perkara, pasti ada hikmahnya. Bila kita dihadapkan dengan suatu keadaan yang menentang, cuba amati, ada perkara baru yang Allah nak ajar diri kita kat situ.

24 tahun. 3 tahun lepas, rasanya lebih berada di bahagian serangan. 2 tahun di sni, lebih di bahagia pertahanan. Not my favorite role. Bertahan dan bertahan. =]

Rasa nak balik ke bahagian serangan. Nak serang pihak lawan. Nak sumbat gol!

Coach aku know better. Takpa, aku ikut cakap coach aku. Di bahagian pertahanan, sungguh, masih ada banyak lebam2 yg belum sembuh bila kena serang. Sakit. Namun masih bertahan.

Coach...am I going to be di bahagian pertahanan lagik?

=] Itulah kehidupan. Betul - Life is like roller coster, hidup cam roda. Kejap kat atas, kejap kat bawah. Berpeluang menyerang atau bertahan, yang penting, HAYATIlah. Layan ja rasa2 yang menimpa diri. Mana ada setiap masa kita akan berada pada saat melonjak dan sentiasa hepi yang hepi..Mana ada setiap masa kita akan berada statik hanya pada keinginan diri?

Life bukan camtuh. Hayati tidak bermaksud, bila kita sedih, kita suka sedih tuh, bila kita sunyi, kita suka sunyi tuhh...namun, lebih kepada rasa bersyukur, sebab kita diberi peluang, untuk merasa, semuaaaaa jenisss rasa yang wujud kat dunia ni.

Cam makanan jugak. Ada manis, masam, pahit, masin, pedas....rasalah semua. Baru warna-warni dan rasa hidup ini lebih bermakna! Hayatilah! =]

Hidup memang macam tuh.

24 tahun.
24 tahun dah anak cayank mama!
(i will seriously laugh bila tgok balik gambaq kena cucuk ni!=])

2 Comments:

Anonymous kakak said...

ahahaha..ada gak muka fahim tuu....hihi

8/10/2009 2:44 PM  
Blogger aszifa_aris said...

ada kann? haha..

8/10/2009 10:20 PM  

Post a Comment

<< Home