Friday, July 31, 2009

Nur Kasih


Nur Amina, Nur Amina. Awat comei sangat? Heh..

Aduih, terpanah gak aku ngan citer ni. Skang episod 10. Isu poligami sudah disingkap!...

Seronok tgok citer ni..Sbb...bermesej dan mendidik secara tidak langsung...Contoh SCENE didikan dalam episod tadik...

"Saya telah temui jalan untuk memahami kesedihan saya"....

"Memang kita tidak boleh menjadi orang lain, namun kita boleh menjadi orang yang lebih baik."

Hero la ckp - Adam. Dia dah balik. Dah berubah. Dah jadi baik. Dah bertaubat.

Tak pernah berniat pun nak ikut cerita ni. Namun atas desakan kakak aku, aku tengok jugak kat tv3.com.my. Masa tuh dah episod 4.

Lepas aku tgok, aku tinjau iluvislam.com, ada pelbagai komen tentang cerita ni. =] Tapi x sempat baca semua, beberapa ja, scroll dan tgok secara rawak.

Ada yg bagi komen positif, ada yang bagi komen negatif. Negatif dan kritikan, soal bersalam dengan bukan muhrim disentuh...dan ada lagi beberapa isu lain. Drama Islamic yang bermotifkan pendidikan, namun dilakonkan, dan terdapat percampuran secara hangat antara yang bukan muhrim memang selalu dipersoalkan.

Jika kita ingin mencari kesempurnaan, yang akan kita jumpa hanya cacat cela. Jika sudut itu yang diambil, boleh saja berasa meluat nak mampus tgok penjiwaan watak Adam dan Kat. Boleh juga dipersoalkan, wanita2 yang menampilkan imej Islamic, namun kening agak cacat, dan soal bertudung, tapi tidak menutup aurat, kerana syarat2 yang tidak mencukupi.

Namun, biarlah drama ini ditanggap, sebagai suatu usaha ke arah kebaikan.

Jangan mencari sempurna dalam usaha manusia. Namun carilah yang positif untuk manfaat bersama.

Drama ini mengenengahkan banyak isu. Cuba meneliti, apa tujuan pengarah menyentuh, scene - isteri boleh ceraikan suami, scene buat ketupat (mengumpat), isu menyentuh anjing, scene aidil harap nur kija di istitusi kerajaan, soal perbezaan budaya, dan tampaknya isu poligami akan dikupas dalam episod2 akan datang.

Setakat ini. Aku suka citer ni, ia tidak tipikal seperti drama2 yang berorientasikan pembalasan segera, ala2 drama bersiri indon =]. Suka, sebab citer ni tak dibuat cam xbodoh2 je, ada penghayatan watak, silence - but body language speaks...

Sesetengah perempuan mesti emosi tgok citer ni. Watak Nur tuh, penuh dengan kesedihan. Kesedihan dan masalah2 yang dipendam dan disimpan hanya pada diri sendiri. Seolah2 hidup dalam khayalan....turut menyukai lelaki berwatak keras, dan jauh dari nilai2 melayu dan Islam.

Berlaku banyak penafian dalam diri Nur, 4 tahun menunggu Adam, namun hati masih setia. Bercakap kepada persekitaran, menafikan perasaanya pada Adam. Hati masih menunggu, namun percaturan akal sudah mengarah diri untuk maju - jangan lagi menunggu! Namun bila sudah berjaya melepaskan, Adam kini tiba, membawa harapan untuk hidup bersama.

Pembulian atau apa? Setelah menyiksa, dan sudah beristeri lain, kini kembali untuk menyatukankan hati nur yang sudah terpecah2...namun wanita itu sudah bangkit mengumpul semangat, untuk menyatukan kembali hati tanpa bantuan yang dicintai, dan bila hati itu sudah bersatu, dan tidak ingin mengingat lagi, Adam kini kembali, membuatkan diri Nur berisiko untuk terluka lagi?

Satu saja panahan mata Adam, sudah mampu membuatkan Nur rebah. Namun, kerana masih ada sifat ego dalam diri, Nur bereaksi secara tabah.

Nur suka Adam dulu. Perempuan2 tak suka keadaan camni. Sbb takut laki wat tak heran. Internal inferiority - Mmg Adam wat tak heran pun. 4 tahun dah. X tahu la kembalinya adam pasni camna. Harap lebih menghargai mungkin.

Tak sabar menanti, kisah Nur Amina. =]

www.tv3.com.my/nurkasih



7 Comments:

Anonymous kakak said...

Haha..happy birthday Ji!!!!!
kan kakak suruh tgk citer tu..kan tak rugi..kalau tak tgk rugi woooo hehe...

8/02/2009 12:17 PM  
Blogger Cikgu Sains said...

Kematian menginsafkan manusia..walaupun masa ayah Adam meninggal dia masih tak insaf..tapi bila anak dia meninggal Adam dah mula insaf...

banyak giler komen kat tv3.com.my nurkasih tu sampai tak larat mau bacaa...

8/03/2009 5:04 PM  
Anonymous kakak said...

aiii ji..no komen ka hehe

8/06/2009 10:16 AM  
Blogger aszifa_aris said...

huhu,,,nak komen ni, tapi dalam pala asek pikiaq nak juai barang..haha..duniawi btui...

8/07/2009 12:09 AM  
Blogger WNA said...

suka gak cerita ni.. :)

jie,belated bday sgt2.sori terlambat.huhu

8/14/2009 12:13 PM  
Blogger aszifa_aris said...

huhu, tq qemm!

8/17/2009 9:05 PM  
Blogger Admin said...

watch DRAMA NUR KASIH at http://watchnurkasih.blogspot.com/

11/08/2009 4:01 PM  

Post a Comment

<< Home