Hope to FEEL better.
Tadi pegi basuh keta. Org tuh ty, parking bwh pokok ke kak.
Ye. Memang parking bawah pokok. Bukan nak parking bwh pokok. Dah memang tempat yg de parking ada pokok. Klau parking bawah sinaran matahari pun cam masalah kepanasan gak keta ni. Leceh la, getah dier jatuh. Basuh camtuh je takleh kuar. Kene gi wax nanti.
Ke aku patut ngorat makcik bawah ni, utk mendapatkan tempat parking yg ada bumbung.
My emotion..hmm agak goyah.PMS? Ataupun, tahap keimanan yg tak seberapa ni, menurun dengan kadar yang agak tinggi.
Last week balik umah, minggu ni pun gi terengganu, tak pegi kelas. Kurang ilmu kerohanian bagi hati. Lepas tgok halaqah ni rasa lega skit. Topik yang sesuai. "Kain tak berjahit" @ kematian.
Dikatakan goyah, kerana gagal memandang sesuatu keadaan datang dari Allah. Dikatakan goyah, kerana mengingati seseorang, dan ingin dilepaskan ingatan tersebut, bukan dengan jalan yang sebaiknya. Dikatakan goyah, kerana kurang keyakinan pada Allah.
Hati rasa panas, cepat nak marah. At the same time, hati terlampau mengingati. Miserable me.How can I make human affect me so much?
Mengapa biar manusia, mengganggu ketenangan jiwa? Mengapa biar manusia, mengambil masa?Mengapa kerana manusia, perlu titiskan air mata. Sedang bila mereka tiada, hanya pada Allah tempat aku memuja.
Bukan kerana orang lain, namun sekali lagi kerana kelemahan diri sendiri. Harap diri ini mampu lebih muhasabah, dan menjadi lebih baik, dalam mengendalikan dugaan2 perasaan kurniaan Ilahi. Kita selalu diduga, tak kisah dari segi perasaan atau apa, namun aszifa, perhatikan bagaimana cara melalui dan mengambil hikmahnya.
Benda kecik ja kan semua ni? Tapi awat jadi cam besaq. Sendiri suka wat hal. Dan gagal meletakkan Allah di tengah. Sebelum melangkau, untuk menilai sesuatu keadaan.
Dalam kondisi yang tepat, segalanya jadi mudah. Bila berbaik sangka dengan apa yang telah Allah takdirkan. Was2 dan prasangka itu, penyakit hati, walau sedikit, walau kecil, ia tetap penyakit, yang mampu merebak jika tidak dibersihkan. Once we commit, walaupun secara suka2, secara saja2..tak kisah la manja ka gedik ka, apa saja sebabnya, seolah2 menjadikan diri sendiri lebih sakit. Hati yang sakit, bukan kerana perbuatan orang lain atau pun keadaan. Namun jelas, keadaan hati yang sedang sakit.
Sangat suka dengan perumpaan yang dibuat oleh saudara Pahrol Mohd Joui. Kulit yang normal, jika diperah dengan air limau, rasanya normal. Kulit yg luka, jika diperah dengan air limau, rasanya sakit. Sangat menginsafkan diri, bila mengingat yang hati ini sememangnya selalu sakit. Jika tak mampu dibersihkan lagi, harap saja diganti dengan hati yang baru, yang lebih merendah diri, dan yang lebih mengingati Ilahi.
Dalam keadaan ideal, segalanya mudah. Mudah bila mampu menyerahkan urusan2 dan kerisauan2 hanya kepada Allah.
....Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Surah 65 - At-Talaq ayat 3.
Jika sesuatu perkara ditakdirkan berlaku. Ia tetap akan berlaku. Manusia, tak pernah mampu menghalang.
....Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. Surah 65 - At-Talaq ayat 3.
Jadi mengapa sudah ada goyah di sini? Back to the root, kurang mengingati dan kurang keyakinan pada Allah. Mungkin kerana dihujung ayat 2 surah At-Talaq, sebelum bermulanya ayat 3:
.....dan sesiapa yang BERTAKWA kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) .
Am I that good dalam meninggalkan larangan-larangaNya? And it effect me, on how I handle my daily life.
Am I that commited, dalam mengerjakan suruhan-Nya, atau sudah ada salah dalam percaturan niat?
Now my heart feel better. Kerana sudah mampu pulang mengingati the root cause, which is related to Allah, dan bukannya manusia.
Semua perkara adalah dugaan, yang perlu diuruskan dengan cara mengingati Allah. Tiada satu pun, yang perlu dipisahkan dari Allah. Dugaan itu, merangkumi yang baik pada pandangan kita, ataupun yang kurang baik dalam pandangan kita.
Yang penting, cara kita mengambilnya.
Bila diduga dengan kebahagiaan, sepatutnya kita BERSYUKUR. Bersyukur bukan saja di mulut, namun dari hati, yang dilangsungkan dengan PERBUATAN. Apabila makin bahagia, apakah kebahagiaan itu semakin ditelusuri dan dihalusi dengan KETAATAN, atau ....semakin lali? lagha? berangan? salah cara penggunaan nikmat? kurang masa dengan Allah?
Bila diduga dengan perkara yang kurang menyenangkan, bukan tugas aszifa untuk melampiaskan kemarahan atau ketidakpuasan, atau bersedih hati, namun melatih hati, untuk melihat keadaan tersebut secara menyenangkan. Masih tak cukup senang? Perlu berlatih lagi.
Risau dimanipulasi? Apabila sesuatu perkara yang dilakukan dilapisi ilmu, dan berteraskan matlamat tertentu, jangan pernah risau diperbodohkan. Kita sedang menuju sesuatu, yakinlah. Berbalik kepada fitrah hati. Hati adalah satu jasad yang fitrahnya berbolak balik. Yang mampu menjentik hati manusia, adalah Allah. Yang membenarkan berlakunya sesuatu perkara, adalah Allah. Jika kita lakukan sesuatu, berniat atas ketaataan padaNya, dan beserta alasan yang kukuh , dilapisi ilmu (walaupun ilmu ini masih kurang Ya Allah, harap Kau tambahkan), do you ever think, Allah akan benarkan diri kita dimanipulasi manusia secara buta2? Atau, jika terjadi manipulasi, Allah juga yang benarkan. Segala dari Allah itu baik. Risau dimanipulasi kerana kurangnya ilmu? Dan kerna itu, membenarkan diri dimanipulasi? We are just human! And we learn from mistakes..Jika manipulasi itu, membuatkan diri ini belajar sesuatu, dan menjadi lebih baik dari segi ketaatan dan menghadapi kehidupan..mengapa tidak?
My heart feel more2 better now.
Ingatlah Allah selalu aszifa aris. Kematian itu berlaku pada bila2 masa. Dont waste time, on things, or condition, atau fikiran, yang tidak membawa diri dekat padaNya. Sangat menakutkan, if we are not able, to relate things to Allah. Puncak akhir dugaan dunia, ialah kematian. Itulah matlamat kita.
Dan dalam menuju matlamat, biar akhirnya selamat. Selamat, andaikata, kata-kata terakhir, ingatan-ingatan terakhir sebelum meninggalkan dunia, adalah Allah. Clean up ur mind, dan isi dengan perkara2 yang mengingatkan diri pada Allah. Do you ever think it is easy, untuk mengucapkan Lailahaillallah..atau mengucapkan 2 kalimah syahadah? Pasti itu semua hadir, dari hati yang sentiasa mengingatiNya. Jika masa hidup, gagal, untuk menetapkan hati, dalam menterjemahkan peristiwa2 kehidupan, dengan sesuatu yang berkaitan dengan Allah...adakah hati itu yang diharap untuk mengucapkan Lailahaillallah, takkala berjuang, menghadapi pedang, yang sedang menghunus takkala nyawa ingin melayang?
Even for things that you look as small, such as hiburan2 yang diambil untuk mengisi jiwa..
Ya, andaikata, mampu menterjemahkan lagu2 mengingati manusia, kepada mengingati Allah ..
berdua denganmu pasti lebih baik,aku yakin itu,bila sendiri,hati bagai langit ,berselimut kabut...acha septriasa : berdua lebih baik.
Kau seperti nyanyian dalam hatiku,yang memanggil rinduku padamu,Seperti udara yang ku hela kau selalu ada,Hanya dirimu yang bisa,membuatku tenang,tanpa dirimu,aku merasa hilang,dan sepiā¦Dealova -Once.
Sememangnya pujaan2 seperti ini hanya layak untuk Allah. But how strong are you, dalam melayan lagu2 indonesia?Jika ia diputar dan diputar.Kadang2 hanyut juga.
Pilihlah jalan yang lurus, pilihlah sesuatu yang jelas kerana Allah. Hope it settle one of my concern. There is another concern, yang asik berputar2 dalam kepala ni. Help ur self to be better aszifa. Semua perkara, hanya dari Allah asalnya. Pulangkan kepadaNya. That is why we should say, Innalillahiraji'un, apabila dilanda musibah atau kesukaran, dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Things that I like about remembering Allah instead of manusia, Allah tak akan ckp pada aku - "I'm bored with u. Asek wat hal yang sama - Tak tau nak kata apa dah? Degil, tak mau dengaq cakap.." Seperti selalu yang dikata manusia, takkala kita mengemukan hujah.
Allah selalu ada untuk melayan kerenah hambaNya. Mengharap pada manusia? Jauh sekali bezanya.
Ya Allah, I know, again, aku memohon ampun, atas kelalaian2 ku. Pasti sikap yang kau pakejkan pada aku, adalah untuk kebaikan. Jika sikap itu mengundang keburukan, ia untuk aku ubah dengan penuh kesabaran. Jangan Kau lepaskan aku, walaupun sekejap, kerana aku hanya insan lemah, yang tak mampu menguruskan kehidupan, tanpa kasih dan ehsan Mu. Terseksa jiwaku, andai ku berasa jauh dariMu...Bercelaru perbuatanku, tanpa bantuan dariMu.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home