Thursday, May 14, 2009

Seronok vs Bahagia

Aku baru je bangun. Tadi balik dari kija lepas semayang terus buuummmm!...Pengsan!

Online ni nak chek email Dr Arif. Takde pun, means dia dah uruskan penghantaran la kot. Aku beli NW nye ubat dari dia + Aura Seri skali. Heh, perlu trigger semangat. Dah baper hari dah ni aku pening asek rasa nak muntah. Badan rasa nak rest ja. Klau pikir byk terus jadi blur.Ntah symptom apa ni. Klau bukan sebab kamis depan aku nak AL, dah aku amek MC ni sok. Kat opis pun rasa cam nak duduk ja. Taknak aktiviti2 fizikal n aktiviti2 berfikir. Haha, takan nak tido kot kat opis. Harap2 sok takde menda berat2...mualll rasa nehh... Ms aku bgn de 4 miskol, 2 msg. Satu msg dari orang yang aku sayang. Satu msg dari kawan lama aku, muncul plakk....Ckp baru pindah ke Dengkil.

Aku tulis dah satu perenggan ni, firefox hang. Aku kna restart balik laptop. Bila restore session ni balik, heh, perenggan tuh dah hilang. So x yah tulis la. Petunjuk agaknya. Yang menda2 gitu x perlu tulis. Skadar layanan perasaan.

Arituh aku gi dating kan, dengan housemate aku..kiki. Dah lama sebenaqnya kami tak kuar skalik..Last malam tuh, aku ckp kat housemate aku, nanti2 kita dating lagik. Kena dating ni. X leh asek sebok wat hal masing2.

Dedua mmg suka wat hal masing2 pun. Sowang suka membaca, menulis,layan lagu kuat2 dan de hal yg berkaitan dgn spritual growth. Sowang lagik suka layan citer korea, citer jepun, asek stadi bahasa jepun ngan bahasa korea. Skang dah bleh baca korea dah. Minggu lepas tetiap ari housemate aku gi kinokuniya. Gi stadi kat sana. Port dia kat atas, bench yg hujung skalik...

Arituh masa kuar puns, dah petang, gi Kino. Dia kat bench, aku seperti biasa carca merba dok lepak tepi rak. Aku layan buku photography. Besar buku tuh, cantik laks..hiks...Kesimpulan yang aku leh wat dari buku tuh, gambaq tuh paling cantik, bila de muka2 yg ikhlas dan berkasih sayang bergambar. Betui. Tuh yang aku rasa.

Dah boring, ngantuks, tapi housemate aku nak duk situ lagik..aku ajak dier gi kafe kino tuh. AKu bli la latte satu. RM7.00. Bley dak? Tuh latte biasa ja. Latte Rm0.70 kat opis tuh lagik sedap. Haha... Biaq pi la. Kira sewa tempat.


Buku yg de dalam beg aku masa tu, 1 rasa 2 hati. Karya Pahrol Juoi. Sedap buku tuh. Dah habis dah baca. Byk gak la bab yg dikhatamkan masa kat kino arituh. Leh siap2 wat notes. Haha, best gak dok situ. Patutla housemate aku salu gi sana baca buku. Bley la nak pi baca buku lagi kat atas tuh. Salu aku duk bawah ja, kat part general computing tak puns kat self enrichment. Dok wat perangai koyak plastik, baca buku merata2, pastu tarik la bli satu buku...

"Jie, awat muka tired.."

"Tak, pikir..buku ni wat org pikir"

"Buku ni pasal aper? "

"Pasal, kehidupan. Heh.."aku sengih. "Ntah lain org lain persepsi kot, bagi jie buku ni, banyak sebut pasal camne kita nak fokus kerana Allah bila wat sesuatu."

"Oo, jie baca nanti cerita la kat Ja"


Its a good book. Banyak sindiran. Banyak soalan. Yang wat kita pikir. Cara penyampaian dier selamber, tapi, tajam.


"Ja, org nak lepas la dugaan kali ni, org tak larat nak ulang cycle n
i lagik dah."
"Hmm"...housemate aku wat muka tak baper paham.
"Org x larat nak drag this story, cepat2 habis buleh dak"
"Maksud jie?"

"Jie taknak berdepan dengan menda ni pun, nak lari ja. Tapi cam tak buleh. So kena lalui, cuma kali ni ada redha dan tawakal.Harap2"
"Jie tak kisah ending dia?"

"Allah tahu yang terbaik.Jie nak redha, dan buat perkara yg betul.Ntah mampu ke tidak ni..Arituh dah lepas dah satu,hmm, takpe kot, kita kena belajar hidup dengan keinginan Allah, bukan dengan keinginan sendrik."

Housemate aku diam. Seolah2 tepikir sesuatu lakss dia...hehe...aku cakap kat aku la. Bukan aku tuju kat dia puns.

"Ja puns, byk keinginan duniawi."

"Samala. Tuh pasal keinginan, dah rasa bersalah dengan Allah. Lagik satu, kdang2 kita tau, menda ni salah, tapi buat lagik..rasa bersalah lagik dengan Allah. Ha
ti penat!"

"Takpala, for every cycle yg tak lepas ni, jie kena ukur ikut percentage, apa yg salah kat cycle lepas, x buleh buat lagik, kalau salah lagik kali ni, kena hadapi lagik cycle ni, dan kurangkan kesalahan, baru leh lepas. "

"Untuk setiap menda ja, bila kita wat dengan cara yg betul, beserta
niat yg betul, insyaallah ok kan. Tapi kalau starting pun dah tak betul, bersediala, salunya klau jie, ada la paper yg jie kena. Not to say, kalau buat sesuatu dengan betul tuh, beserta niat yg betul tuh semuanya akan ok. Bezanya, kalau starting betul, di pertengahan tuh jadi apa2, kita akan anggap sebagai dugaan. Hadapi dugaan tuh ada nikmatnya. Tapi kalau starting tak betul, i might regret, tuh menyukarkan proses menghadapi dugaan dengan nikmat"

Housemate aku angguk. Muka pikir. Cukupla kat situ...


Menghadapi dugaan dengan nikmat. Dalam dugaan ada nikmat. Nikmat rasa diuji ni. Nikmat, bila ada ketenangan dalam diuji. Nikmat, bila rasa Allah dekat. Nikmat bila rasa takde org nak lain nk tolong, selain Allah. Nikmat ditinggalkan manusia, nam
un berasa Allah dekat dengan kita. Itu perasaan yg tak dapat dibeli oleh sesiapa. Itu perasaan yang Allah hadiahkan buat hambaNya. Hadiah agung dari Yang Maha Pencipta.

Semoga. Fokus kami padaMu Ya Allah. Semoga tak ada kasih sayang manusia, yang mampu menanggani kasih kami padaMu. Latih kami mencintaiMu, kerna itu sememangnya matlamat yang paling betul, untuk hidup kami.

"Bukan masalah tidak boleh mencapai bahagia...tetapi masalah tidak mengenal apa itu bahagia.
Kebahagian sebenarnya adalah satu ketenangan" - Satu rasa 2 hati (Chapter 14- Kita Layak Bahagia)


"Jie, camne dating kita harini? Seronok tak?"
"Haha, bukan seronok, namun tenang - bahagia!"

2 Comments:

Anonymous kakak said...

uii..makan apa tu..semoga dapat mencapai bahagia..huhu

5/15/2009 7:47 PM  
Blogger aszifa_aris said...

2ka, lasagna...jie makan. Housemate jie makan udon yg dalam mangkuk tuh..udon tuh cam mie la, cuma dia jepun....gambaq unagi x tangkap..unagi tuh nasik jepun ngan belut...kiki...

tgh membina bahagia dari dalam diri la nih kak...kiki...

5/16/2009 6:38 PM  

Post a Comment

<< Home