Hepi Mother's Day
8 May 2009 :9.32 am, train :
Salam mkcik, nak ucap, Hepi Mother's Day, thanks 4 being a good mother for all of us!=)
8 May 2009 :9:38 am :
Tq, mesej jie terlalu berharga buat mak cik, mudah2an kebahagian ini kita kecapi bersama2 tanpa ada noktah...Amin ya rabbalalamin!
Salam mkcik, nak ucap, Hepi Mother's Day, thanks 4 being a good mother for all of us!=)
8 May 2009 :9:38 am :
Tq, mesej jie terlalu berharga buat mak cik, mudah2an kebahagian ini kita kecapi bersama2 tanpa ada noktah...Amin ya rabbalalamin!
Msg makcik 2, aku baca berkali2, ada senyum, ada genangan air mata. If ur msg sounds like that, ia sesuatu yg berharga buat kami semua adik beradik jua.
Msg tuh aku tak reply, cukup di situ. Namun ada renungan panjang di situ. Kebahagiaan tanpa ada noktah. Aku tersenyum sendiri. Aku dapat rasa kebahagiaan yang makcik rasa skang. Makcik memang sayang papa. Aku tau. And I'm glad, my dad dapat seseorang yang suit him. Jie harap, kasih itu sampai ke syurga. Semoga papa masuk syurga, bertemankan makcik dan mama, serta bidadari2 syurga. Itu yang aku terbayang dalam renungan. Kebahagiaan tanpa noktah itu, hanya akan dikecapi di SANA. Semoga kita semua dapat merasainya.
Aku teringat dlu, dalam konflik yg melanda. Bagaimana semua ini kembali reda?
"Sesudah kesulitan itu ada kemudahan" Itu janji Allah pada yang redha dalam menjalani takdirnya.
Teringat lagi, aku penah cakap kat papa, seblom papa kawen.
"Pa, jie bukan apa, its ok utk papa kawen, cuma jie risau siapa yg betul2 suit papa, kenal papa n boleh terima papa seadanya. " Rasa cam anak nak pilih calon kat ayah pulak. Namun seikhlasnya, itulah yang aku rasa.
My dad, lain diluar, lain di dalam, hanya yang betul2 memahami boleh mengerti. Ia perlu pengertian yang lebih dalam. Setakat pandangan2 luaran manusia, bisa skali, salah sangka, samada terlalu baik dalam sangkaan, atau sebaliknya.
Itu kerisauan aku.
Kalau aku kenang balik, memang banyak, dan banyaklah menda yang jadi, suatu masa dlu. Dari start aku praktikal, sampai la aku FYP. Rasa cam apa tatauu...Dah tak ingat dah perasaan tuh.
Last skalik aku ckp kat kakak,
"Kak, takpala kak, apa2 saja yang jadi lepas ni, kita terima. Kita berserah pada Allah...kita tak payah pikir banyak."
Aku pun banyak buat dosa time nih, as anak, aku byk dosa kat sni. Papa byk terasa ngan aku, aku tau. Aku harap papa tak simpan apa2 lagi...dan maafkan aku, kerana sungguh, redha Allah pada aku bergantung pada redha mak ayah aku pada aku.
Sampai satu masa, kami menerima. Belajar redha, dan tawakal dengan apa saja yang bakal berlaku. Pengajaran bagi aku di sni, biar kita selalu berlapang dada, dalam menerima apa yang bakal Allah tentukan untuk kita. Allah lebih tahu, Allah lebih layak dalam menguruskan urusan2 kita. Serahkan pada Allah. Sungguh Allah melatih kami di sini. Bersedia, dengan dugaan yang bakal dihadapi.
Sampai satu masa, segalanya terjadi dengan cepat. Papa dah decide, nak kawen dengan siapa. Sungguh aku tak tahu menahu tentang makcik. Hanya di hari pernikahan, aku tgok siapa stepmom aku.
Sebak. Aku nangis. Dan arituh plak kena aku pakai mascara, naper aku pakai maskara aarr..dah lama aku tak pakai...habis hitam mata ni, sebab nangis. Hmm...Aku tak bleh pikir, camne hidup yg bakal berubah ni nak jadi. Sungguh aku tak bleh pikir.
Aku teringat perbualan2 lama dengan rakan2 sebilik kat matrik.
"Ayah jie tak kawen lagik ka?"
"Blom lagi, tapi jie rasa papa akan kawen"..Itu gerak hati aku, sejak hari mama meninggal, aku dapat rasa, papa akan kawen.
"Weh, klau mak aku meninggal, aku tak kasi kot ayah aku kawen lain,camna kita nak tgok, katil yg mak kita pakai dlu, skang org lain yang tido, camna kita nak terima, almari yg penuh dengan baju2 mak kita dlu, skang dipenuhi dengan baju2 org lain? " -- dan blablabla, hangat jugak kami berempat berkongsi cerita....
Aku senyum ja bila ingat balik...
Sebenarnya, bila ada redha dengan keputusan Allah, Allah yang kawal semua rasa. Allah yang akan tutup semua perasaan2 syahdu atau emosional terlampau pada diri kita.
Kisah ini membuatkan aku ingat, jika berdepan dengan emosional vs rasional, pilihlah yang rasional. Pilih yang realiti, yang fitrah kehidupan. Walau sukar, perlu redha dengan apa yang Allah tentukan. Berusahalah.
Aku sembang2 ngan kakak salu, tentang kerisauan2 dahulu. Sebenarnya, kami terlebih risau akan sesuatu yang belum terjadi. Skang suma ok =]. Suma orang hidup dalam ketenangan.
Makcik mmg ok bagi aku. Mmg superwoman. Cam my mother dlu gak. Heroin. Bertanggungjawab utk ayah aku. Akan senyum jugak walau penat. Lebih menumpukan kepada MEMBERI, lebih daripada menerima dalam rumahtangga.
Paling aku respek, kadang2 aku nampak makcik penat, kejap sni, kejap situ, kija lagik. Namun kalau balik umah ja, bila Fahim dok gedik2 kaco, makcik ok. Layan ja fahim elok2...Sungguh aku respek yg tuh. Bleh ka aku jadi ibu yang balik wat muka senyum, nak layan gelagat budak2 kecik yang kadang2 kita kena main kejaq2, nak main ciluttt---cakkk! di saat2 aku penat balik kija nanti...
Thanks again makcik.
Buat mama, semoga surah yassin yg dibaca itu, sampai kepada mama. Apa yang jie ingat, hanya 3 perkara, yang boleh bermanfaat buat mama.
1. Anak yang soleh
2. Ilmu yang disampaikan pada orang lain.
3. Sedekah jariah yang dibuat masa hidup.
Yang no 1 tuh jie belum cukup mampu ma, lebih kepada banyak berdoa, supaya Allah sucikan hati, untuk menjadi yang lebih baik. Jie cuba tutup keinginan duniawi jie yg banyak. Terlampau byk yg jie perlu improve, untuk akhirat jie, untuk mama dapat anak yg solehah, untuk agama ini.
Yang no 2 tuh...jie harap, apa yg mama ajar jie, jie bawak dan jie lakukan. Jie ingat satu ilmu yang mama tinggalkan, yang sesuai dengan topik ini...Jie ingat, dlu jie salu teman mama pi umah Tok Piah. Tok Piah adalah isteri kepada my grandfather, after my real grandmother passed away. Masa tuh, my grandpa pun dah takder. Adik beradik mama yg lain, x berapa gemar dengan Tok Piah, jie tau...namun itu atas kekangan mereka sendri. Ada sebab tersendiri.
Tapi jie pelik, naper mama baik sangat? Salu gi melawat Tok Piah, salu beli barang2 rumah, bagi kat Tok. Jie ingat mama kata apa kat jie masa tuh...
"Jie, samaja, Tok Piah ni macam mak mama jugak. Buat baik kat Tok Piah, sama cam buat baik kat mak sendrik. Pahalanya sama, kalau dosa pun sama jugak.....Sama saja, x dak beza.."
"Ooooo" Balas seorang budak yang masih kurang mengerti...
Skang jie ingat. Bila jie nampak makcik. Pesan mama jie ingat. Semoga, andai ada kebaikan jie, dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak, pahalanya buat mama, buat ilmu2 yang mama sampaikan. Andai ada kesalahan, harap Allah ampunkan.
Yang no 3 tuh. Mama byk bersedekah. Jie takla banyak sedekah skang ni, masih di tahap biasa, belum cukup pemurah. Ia perlu lebih banyak latihan. Semoga jie tak lupa, andai jie bersedekah, pahalanya buat mama.
Jie ingat ayat mama dlu, masa tuh mama tgh drive, nak masuk simpang rumah Cik -
"Mama tak harap, apa yg mama buat baik ni orang balas kat mama, cukupla, mama harap dgn kebaikan2 tuh, org balas kat anak2 mama."
Sungguh jie hidup dalam doa mama...maafkan jie ma, kalau , jie tak dapat pegi kubo, camna mama pegi salu melawat abg dlu. Jie harap mama selamat kat sana. Jie nak jumpa mama kat syurga nanti.
Mama sayang jie sangat. Namun Allah lebih sayang jie. Hanya itu kekuatan jie, kalau jie pikir pasal mama. Bilamana jie kena buat keputusan or decide sesuatu, jie harap mama ada, ada selalu, jie salu pikir, kalau mama ada, mama nak menda ni jadi camna? mama redha ker tak dengan apa yg jie buat ni?
Namun ada suara yang mahu jie terus meminta pada Allah. Jie tahu, Allah nak ajar jie hidup, dengan bergantung sepenuhnya pada Allah. Minta petunjuk Allah. Kalau ada mama, jie akan jadi terlampau bergantung.
Ya Allah, jadikanlah kami, anak2 yang baik, yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu2 kami. Buat yang masih ber - ibu, hargailah, kerana ia hanya satu. Pergi tak kembali. Hanya kenangan mengisi.
Ya Allah, dalam jiwa yang sebegini, dalam jiwa muda yg mudah memberontak sebegini, kami mohon kebaikan dalam langkah2 kami, dalam menjalankan tanggungjawab kami sebagai anak. Jadikan kami, anak2 yang bermanfaat untuk ibu bapa kami. Kami pohon syurga untuk mereka Ya Allah. Kami pohon syurga buat mereka.


7 Comments:
Isk..isk..ish..menitis air mataku..sedey aaaaa ingat kat mama..betui apa yg ji kata pasai makcik..
syahdu!
Bila post ibu2 ja syahdu...kakak pun ibu jugakk...Selamat Hari Ibu ibu fahim..!
sebab i ni ibu la i lagi syahdu..isk..isk..
kak... hepi mother's day, takda orang wish pun kat i... adaka patot! hehe... syahdu la jie... makcik pun syahdu... >> asyik nama kakak je naik... betulla... memang nasib anak tengah....
orang wishhhhhh kannnn ndaaa! Orrgg msggg arituhhhhh!
X abih2 ngan symptom anak tgh, mama firas ni...
suma pakat dok menagih kasih sayang...
>> buat buat syahdu!
Post a Comment
<< Home