Saturday, December 27, 2008

Wanita

Asek bukak jek blog ni, tapi tetau nak update aper pun....Bila takder lantunan emosi, rasa tak besh nak menulis, sebab rasa cam tulisan yang sekadar tulisan...macam lirik lagu yang takder irama..hiks...Tapi salunya bila menulis, aku akan trigger emosi, cuma 2-3 menjak
ni bz ngan menda len kot, takde masa nak trigger, tapi tak besh jugak tgok blog ni kosong jekk... Baru lepas tgok citer industan. Rani Mukherjee, hehe aku suka. Sebab dia nye senyuman cantik dan very flirtatious. Hiks..

Ok la citer dier, ending dier menyedarkan aku, betapa beruntungnya aku jadi orang Islam...Dalam citer ni la, cam husband dier iaitu Salman Khan telah meninggal dunia. So, bapak mentua si Rani ni iaitu Amitha Bachan, nak kawenkan si Rani ni dengan lelaki yg baik. Dier nak tgok menantu dier hepi dan tak suram selalu.

...Dijadikan cerita, biasala hindustan, dier punya klimaks mesti kat majlis kawen nye, cakap kat depan suma orang..hihi..adela sedara amitha bachan ni, cam menghalang perkahwinan ni, alasannya, sudah tradisi dan adat, klau jadi balu, takleh kawen dah. Yang aku terharu tuh, part sedara dia ni cakap, biasala jadi balu, cam adik pompuan dia ni, dah balu 20 thn..ade masalah ker? Pastu adik dier yang balu tuh cakap, takde paper masalah, saya boleh makan, saya masih boleh menghirup udara untuk bernafas, dan memakai pakaian putih ini untuk melindungi diri saya, inilah hidup saya...

Erm, pastu suma orang cam diam....Hidup ke camtuh?

Mungkin impact budaya Sati tuh masih ade. Budaya Sati ni dulu2 la, yang menyokong konsep, wanita mesti setia dengan satu laki sahaja, cam dlu2, klau husband meninggal, balu tuh akan dibakar dengan mayat husband dier...seram kan...

Tapi Islam tak penah macam tuh, dlu masa aku wat assignment tentang hak2 wanita, kat situ aku baca banyak tentang camne Islam tuh sebenarnya satu agama yang mengangkat hak2 wanita. Klau tgok dekat Rom, Yunani, time dlu2, lagik la teruk wanita tuh. Hanya dianggap sebagai satu subjek seks semata-mata, tak lebih darik tuh. Aku bersyukur sangat aku dijadikan wanita Islam, yang diangkat martabatnya, dengan adanya Islam.

Sekarang pun apa kurangnya kan. Wanita memang selalu dikaitkan dengan seks. Wanita tuh sendrik jugak kadang2 membuat dirinya sebagai satu tarikan seks semata-mata. Islam sudah menyediakan pakej untuk wanita, bagaimana untuk mengangkat maruah dirinya sendrik dan bukan subjek seks semata-mata. Namun...

Mungkin kita sebagai wanita patut merenung kembali kesalahan2 kita. Termasuk aku sendiri. Terlampau banyak keindahan pada diri kita wanita...

Sunyi dunia ini tanpa wanita...

Namun keindahan itu tetap ada batasnya...bukan untuk dipergunakan, dalam menyerang naluri kaum adam yang nafsunya hanya tunggal...iaitu...WANITA...

Berbalik kepada cerita industan tadik, last skalik, Rani kawen jugak. Cam sumer orang sedar, HIDUP itu lebih penting dari adat dan tradisi.

Islam itu lebih penting dari adat dan tradisi. Ampuni dosa aku Ya Allah, samada yang sengaja, atau yang tidak disengajakan, kerana kelalaian aku sendiri, dan kegagalan diriku, atau kerana ceteknya ilmuku, dalam menjaga diriku sendiri.


Bila nak jadi solehah ni Aszifa?

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hohoho..merry christmas..warisan wanita terakhir...

12/28/2008 12:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

macam masuk balik kelas munakahad la pulak.. ingat plak masa assignment kita.. hehe

12/30/2008 10:26 AM  

Post a Comment

<< Home