Monday, December 15, 2008

REMEH

Its been 2hours ++ I'm searching of someone..da, x jumpa puns..haha...should be ada, takde rezki nak tgok lagik kots..inkuiri jugak, tapi sabaq je la..hiks..x tau nak pakai keyword apa dah, ada beberapa orang yang cam match ngan kriteria, tapi selagi mana x confirm, takleh confirm..hehehe..Remeh.

Aszifa Aris amik nescafe, hiks..takpekan, skalik je untuk seminggu nih janji2..., byk baju nak lipat, nak basuh baju, dan nakk..emm...hihi...menulis sendiri..


Dalam hidup ni, kadang2 kita tak sedar, kita banyak menghabiskan masa memikirkan menda yang remeh. Bagi aku, klau menda tuh tak effect takper, tapi kdang2 kita rasa dia tak effect, tapi klau kita biaq dia masuk dalam pala nih, satgi dia effect..Contoh2 perkara r
emeh? Banyak, cuba kita renung sendiri, baper byk perkara remeh yang kita pikirkan setiap hari...We should just pikir - ok Remeh, lupakan..tapi pandangan setiap orang tentang perkara remeh tuh berbeza pulak...at least i know, menda apa yang remeh bagi aku...n whenever I think, yang aku tgh pikir menda remeh, n sukar nak lupa, I will make myself remember of kisah sebatang pokok yang tumbang, kerana serangga yang kecil..Penah letak kat sni tak eh citer nih? em.. Letak jek la..hiks, kisah ni aku baca 4 thn lepas :

Cerita ni aku petik dari buku How To Stop Worrying and Start Living, pg 79 :


....Di bawah ini terdapat sebuah cerita menarik yang dikisahkan oleh Dr Harry Emerson Fosdick mengenai kemenangan dan kekalahan sebatang pokok raksasa.


Di lereng Long's Peak di Colorado, terdapat sebatang pokok raksasa yang telah tumbang. Para ahli kaji hayat mengatakan bahawa pokok tersebut sebelum itu pernah hidup selama empat ratus tahun. Pokok itu mulai tumbuh ketika Columbus mendarat di San Salvador, dan tumbuh setengah umur tatkala kaum Pilgrims(penjajah Inggeris) menduduki Plymouth pada 1620. Semasa hidupnya yang panjang itu, pokok raksasa itu telah disambar petir sebanyak empat belas kali dan diserang oleh ribut serta dilanda salji beribu-ribu kali. Keadaan ini berlaku selama empat abad. Namun pokok itu masih tetap hidup dan berdiri dengan megahnya. Namun akhirnya pokok raksasa tersebut tumbang dan roboh sama serata dengan tanah, setelah diserang oleh kumpulan kumbang kayu. Kumbang-kumbang yang badannya amat kecil jika dibandingkan dengan pokok raksasa itu. Serangga kecil itu telah melubangkan batang pokok itu sedikit demi sedikit tanpa berhenti-henti sehingga akhirnya pokok itu hilang kekuatannya. Pokok raksasa yang gagah perkasa, yang tidak goyah disambar petir, atau dipukul ribut dan tidak lapuk dimakan usia, namun akhirnya rebah dan hancur hanya kerana diserang oleh kumbang - serangga kecil yang boleh kita bunuh dengan menggunakan satu jari sahaja.

=] Dah habis citer. Serangga kecil yang boleh kita bunuh dengan satu jari saja ekk? Dia tak serang sekali, tapi berkali-kali....ia kecil, namun apabila berkali-kali...kita boleh mati. =]

Semoga kita semua sentiasa dijaga Allah, agar diberikan kekuatan, untuk menggunakan akal fikiran, hanya untuk kebaikan dan mengaitkan sesuatu dengan keesaaanNya. Bukan untuk perkara remeh, yang sering kita bualkan, dan kita keluhkan. Kadangkala, ia dilihat sebagai satu keperluan, untuk diluahkan. Kadangkala, ia menjadi satu budaya, untuk menambah rencah dalam perbualan. Namun apabila dikenang, ia TIDAK PERLU. Jadi buang saja at the first moment. Bunuh serangga itu dengan satu jari sahaja, lebih mudah. Sebelum ia menyerang berkali2, dan membentuk peluang, yang boleh menjatuhkan kita.

Diam itu lebih baik dari bercakap perkara yang sia-sia. Dan fikiran dan emosi perlu digunakan untuk menambah kualiti manusia, bukan membinasa.

Smile, dan terimalah takdir Allah pada kita setiap hari dalam perjalanan menujuNya.

2 Comments:

Blogger NNK said...

ji nk lg x video pecah pintu tu?hehe...

12/17/2008 2:16 AM  
Blogger aszifa_aris said...

nak la! meh bagi kaih!Pintu tak repair lagik nih, aritu angin kuat, dok terkunci, sib bek dah terer korek..huhu

12/17/2008 5:26 AM  

Post a Comment

<< Home