Heartburn, Myokymia, Irritability.
Heartburn, nak dengar story heartburn ker..smalam aku MC lagik, dah bley menang anugerah neh. Smalam masa pi jumpa dr, dr tuh yang panggil patient, dier panggil 'JIE'...haha, terpinga2 aku..mana dier tau nama aku nih...pastuh dia panggil , ASZIFA ARIS. Haha... Bila aku masuk dalam, then aku tgok, kat rekod aku, ade tulis JIE...owh, baru aku ingat, dr ni dlu dia tanya nickname aku aper...you can call me Jie, tak sangka lak dier tulis. Marketing la you Dr, pandai amik hati... Then dier ty, naper, Aku jawab biasala - HEARTBURN. Then Dr cakap, arituh dier dah terang heartburn tuh, so by rite aku dah understand. How to avoid everything blablabla..ok. Then Dr terus wat kiraan nak kasi ubat per, yang lebih powerful. It has been given for 21 days, so that no more heartburn after this. Forever cure. Ubat pun mahal...tuh Dr gelak2, ckp takpela, ni company bayar- dah klinik panel..ha ha ha.
As you can see in the above image, focus, on bahagian LES. LES ini adalah satu bahagian, yang mengelakkan asid dalam perut daripada tertolak ke atas dan masuk ke bahagian ESOFOGUS. Why tak buleh kena Esofogus? Esofogus ni dinding dier nipis, so ingat ACID sifatnya menghakis, Acid ini akan menghakis dinding esofogus, n if teruk, boleh bleeding. So that is why, rasa sakit yang terbakar . And what i can remember dari kelas sains masa skolah dlu, bila berlaku hakisan disebabkan asid, haba terhasil. So that is why, akan rasa panas. And as for me, aku bley rasa bunyi gelegak- menggelegak dekat esofogus ni. Daa..i'm living with this kan, setiap hari...kwang3...ntah aku ni tak kisah pun kadang2...biarla heartburn...but, ntah, aku rasa bila aku panas kat sni, surely memang tak selesa, u ask people yg experience heartburn, akan rasa irritate kat bahagian ni. Dan pengaruh luaran yang irritate ni aku tgok, mempengaruhi aku untuk ada perasaan irritate dengan sesuatu. I mean bila sakit sangat, dan bila berdepan dengan sesuatu situasi, dier triger aku untuk lagi cepat irritate dan panas hati.Aper kaitan nye ekk..Haha. Tapi aku percaya dengan teori, bukan perasaan dalaman sahaja yang mempengaruhi fizikal, namun fizikal luaran juga mempengaruhi perasaan dalaman. Ia saling tindak. Contoh paling mudah,kadang2 ada situasi yang kita kurang senang, namun bila kita senyum (fizikal luaran), secara x langsung ia akan mengcalm dan mengembirakan kita semula (perasaan dalaman). So, this heartburn, actually impact. Impacting my life as overall. So, ini adalah satu alasan yang sangat tinggi buat aszifa aris untuk mengamalkan gaya hidup sihat, so that, it will help my life to be better in overall.
I'm a LATTE addict. Seriously. I know the fact that, if I take latte everyday, my heartburn akan semakin teruk dari hari ke hari. Give me 2 weeks sahaja. Dalam masa 2 minggu, dengan pengambilan LATTE sebanyak 2 kali sehari, heartburn aku akan MAX. I know the fact, tapi aku hanpeh. Why LATTE tak buleh? Sebab ia caffein, caffein akan buat LES relax, tgok above image, bila LES relax, tu yang akan loosen the LES, LES tidak akan menutup lagi, dan asid akan senang masuk ke ESOFOGUS. Maka, jadilah heartburn. Ye!Tapi aku ngantuks, heh, aku need LATTE, dah la LATTE kat opis tuh sedap. uwauu..Naper ngantuks? -Sebab tido lambat. And this 2 weeks pun, aku makan banyak, sebab berselera..eii besh! Bukan salu aku berselera, so aku memang nak makan. Ntah aku rasa memang orang bleh perasaan aku makan banyak giler dalam satu masa. But why aku takleh makan banyak? - Sebab bila dalam perut ni dier large portion at one time, makanan2 yang memenuhi ruang ni akan menyebabkan asid lebih mudah tertolak ke bahagian atas.Logikly...hmm. So my heartburn akan lebih teruk of course, LES relax, asid pulak ter-trigger ke atas. Hmm keadaan yang amat IDEAL untuk heartburn. LOGIK.
Then tgok pemakanan aku pun teruk this month. Kan macam iklan heartburn, dia akan tunjuk bila kita makan macam2 at one time, memang sakitkan. Ntah aku tak expert sangat hal ni. Namun memang aku bley rasa, bila aku makan byk2 menda at one time, lagikla rasa tak selesa giler. Contoh makanan yang ada mcm2 dalam dia, campur tuh campur ni, adalah PIZZA. Memang aku klau lepas makan pizza, aku akan angin -erk, erk. Itu confirm. N this month, aku makan pizza 3 kali. McD? 2 kali. Klau makan HOTCAKES takper =] Sib baik. Dan memang aku makan mcm2 at one time this month. This is more on digest problem kot klau kita makan mcm2 at one time. Sebab tuh aku memang tak perform klau makan buffet. hehe, opismate aku ckp rugi jek aku nih. Tapi memang puns.

Activity yang mampu aku buat setakat ni untuk avoid heartburn:
1)Tido sebelah kanan
Tengok rajah kat atas, Logik way, klau tido sebelah kiri, asid akan mudah naik ke atas, tapi klau tido sebelah kanan, asid akan mengarah ke ke hujung perut.
2) Tido jgn atas permukaan yang rata. Lapik bantal bagi tinggi skit kat bhg atas, so logik again. Mengarah asid ke bawah.
3) Kunyah skit2, so that cepat kenyang. Then aku tak swallow byk2 at one portion. (Yeah, aku hanpeh this 2 weeks- i'm not able to maintain this)
*Puasa membantu mengurangkan nafsu makan. Bila kurang nafsu makan, senang nak maintain makan skit.
Activity yang aku sukar nak avoid :
1) LATTE! uwaa!
2) Stress - pengetahuan am la ni, klau stress, negative thinking, perembesan ASID dan toksik memang tinggi.
*Solat sunat, membantu relief stress. Dan untuk setiap perkara, kena ada redha dan tawakal,bersangka baik dengan Allah, baru kita tak akan rasa tak berpuas hati setiap masa, and this will definitely!, mengelakkan negative thinking, yang seterusnya mengelakkan perembesan asid.
Latte tuh la x tau nak wat camna. Caffein ni memang effect pun dekat aku. Dalam masyarakat melayu, klau mata dok terkenyit seblah kiri - petandanya nak nangis. Klau terkenyit2 sebelah kanan -petandanya nak jumpa org yg dah lama tak jumpa. Bleh pecaya? Ntah.
Kenyit2 mata secara tak terkawal ni, lebih elok lagik istilahnya - EYE TWITCHING. Sebab dia, unknown as overall. More on neurological area.Dan klau kerap - then u have MYOKYMIA. Aku salah seorang. Dari kecik lagik aku de menda ni. I live with EYE TWITCHING also.
Sukar la MYOKYMIA ni, takde sape pun leh bagi sebab dia secara tepat. Yang pasti - skali lagi, aku akan irritate dan rasa terganggu.
Dan kajian menunjukkan, peningkatan CAFFEIN akan menyebabkan EYE TWITCH ni increase. I experiece that.Experience ada, Fact tahu, namun mengapa caffein jugak aku nak? owhch!
Sebab2 lain eyetwictch as per kajian, - stress, duduk lama sangat depan komputer, not enough sleep.
*Klau pikir stress tuh kan, mungkinkah, bila stress, kdg2 kita nangis untuk lepaskan stress, dan menda tuh berlaku berulang, dan adanya pemerhatian dalam masyarakat melayu, bila mata terkenyit nak nangis - ada logiknya.
How to decrease eye twitching - for sure - avoid caffein, tido yang cukup, dan makan makanan yang mengandungi kandungan potassium yang tinggi. Senang citer, mudah dan murah, makanla pisang. Pisang potassium tinggi.
This two weeks, memang eye twitching aku meningkat. Yeah aku tahu, caffein.
Menda ni pakej la kan untuk aku - caffein, not enough sleep (aku tido byk, tapi kualitinya ntah ader ke tidak), duk depan pc.
Camnela nak tinggal ni, aku tinggal la sat, satgi bila cure aku minum balik. Haha.
Hmm, bila aku tulis2 ni, aku perasan pulak,
HEARTBURN - IRRITATION
MYOKYMIA (EYE TWITCHING) - IRRITATION
Semalam, masa aku tgh mencari jawapan, aku baca karya HARUN YAHYA. Dan sememangnya jgn harap aku stop selagi aku tak jumpa apa yg aku cari. Karya dier, SECRET SORROWS. Aku suka karya HARUN YAHYA, sebab dia byk hurai tentang difficult feeling. And for sure dier sentuh tentang sikap2 yang ada dalam diri seseorang yang buat diri rasa serba tak kena kadang2 - bahagian -FAILUREs of Belief and Behaviour that Drive People to Secret Sorrow.It starts with pride,failure to consider the perfection of destiny and there is goodness in everything, Ingratitude, egotism, hatret and anger, affection,envy, falsehood,emotionalism,Irritability and sulk...
Then i feel i got something. Aku tak boleh terus baca dah pastu...Irritability section stop me. There, we found the pattern already, naper aku rasa serba tak kena nih. IRRITABILITY.
Owh ok, then teori aku kat atas tuh, pasal irritate kat luar, leh menyebabkan irritate kat dalam. Pasal teori caffein, teori makan. Wau, semuanya berkait.
I found the symptom, and the root cause dan bagaimana semua ni berkait. Owh yeah, thanks Ya Allah, to let me see , apa yang tak kena within beberapa hari nih.
Preventive action! We need the action! .
Major showstopper - Have to be fix rite away!
1) Stop caffein! Please! It bring disaster to you Aszifa Aris.
2) Cara makan sng conclude - contohilah Rasulullah S.A.W. Prinsip2 Rasulullah :
- Berhenti makan sebelum kenyang.
- Kunyah lama. (Yes, Rasul kunyah 40 times dalam setiap suapan) - Klau suapan aku lebih
kecil? Wei bajet sendrik la makcik.
3) Cara tidur - ikuti Rasulullah - Tidolah sebelah kanans!
4) Tidurla awal makcik. Tgokla bila tidur tunggang langgang aper jadik. Ayat Allah jelas, malam untuk kamu berehat. Seperti surah yunus ayat 67 :
(Yunus:67)
Nice to have/add :
1)Makan pisang.
2)B-complex pill.
Dan semenjak dua menjak ni jugak, aku pikir, aku susah2 kadang, untuk elak diri aku buat sesuatu yang tak baik, as what i said, aku experience, aku tahu fact, namun kenapa lagik nak buat sesuatu yang salah. Apa Allah tak lindungi aku, - tak boleh pikir camtuh, kena bersangka baik dengan Allah. Yang lemah dan kurang itu pasti berasal dari diri aku sendiri.
(Surah Yunus: 44)
Dalam bmnya - Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikit pun, akan tetapi manusia jualah yang menganiayai diri mereka sendiri.
See how I take caffein, and how it hurts me in many ways. Sama jugak cam benda2 lain yang aku commit.
What is wrong? Would it be - SOLAT?
(Al-Ankabut:45)
Sesungguhnya orang beriman yang khusyuk dalam solatnya itu beruntung
(Al-Mukminun:1-2)
Nabi Muhammad berkata, "Solat itu adalah pusat kebahagiaanku"
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Laungan Azan 5 kali sehari , peringatan Allah :
Marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan.
Keyword : Tercegah dari perbuatan keji dan mungkar, beruntung, bahagia, kejayaan. Superb keyword for superb life.
Terangkum indah semuanya.
Betullah. Solat aku. Perhaps, this is satu peluang, setelah aku sedar akan sesuatu, mengarah aku to dig and dig, in order to be khusyuk.
Need effort * :
Solat .
As what I always said, bila aku berdepan dengan sesuatu situasi, ia bukan salah orang lain, selain aku sendiri. Jadi aku memang tak ada explanation, kalau orang tanya aku apa yang tak kena. Itu jugak prinsip aku, jgn cari apa yg tak kena dengan orang lain. Pasti ada yang tak kena dengan aku sendiri, yang buat aku rasa tak selesa dengan sesuatu.
Cam dlu kak linda kata kat aku, masa aku praktikal - Jie, klau jie tak puas hati, jie kena terus terang dengan orang tue, so that jie tak akan rasa lagi bila lepaskan. Sama jugak masa convex, during post mortem, they ask me to speak up, apa yang tak puas hati, lepaskan.
Namun untuk apa? Kenapa aku perlu lepas pada orang lain demi kepentingan aku sendiri.Itu sekadar perasaan yang aku lepas. Ia tak bawa ke mana. Cam aku cakap ngan Kak Linda, - Jie tak mau kalah dengan ujian Allah. Klau aku tak selesa, pasti ada kepincangan dalam diri aku yang patut aku betulkan. And I would rather put it on myself. Kita tak dapat mengubah orang lain. Setiap dari hati itu , Allah yang punya, hati orang lain Allah yang ubah. Namun, dari side aku, jika aku ada usaha untuk betulkan, sungguh aku tahu, Allah sentiasa menolong orang yang berusaha. Bila aku cakap, betul aku maksudkan, semuanya kerana kekurangan aku sendiri.
I just need sometimes, untuk mengkaji diri aku sendiri.
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).
“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).
“Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya”.
(HR. Tirmidzi no. 2399, Ahmad II/450, Al-Hakim I/346 dan IV/314, Ibnu Hibban no. 697, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 576).
“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).
Seronok melihat janji Allah, dalam kesedihan, Allah ampunkan dosa, Allah hapuskan kesalahan, Allah tinggikan darjat. Tenung dalam hadis-hadis ini. Jika kita dihadapkan dengan situasi yang tak besh, dan kita sentiasa mahu belajar sesuatu di dalamnya, untuk memperbaiki diri kita sendiri, sungguh Allah tidak pernah memungkiri janji.
Jadikan Islam itu matlamat. Insyaallah kita akan selamat di dalamnya.
Sungguh indah agamaMu Ya Allah,
Semakin aku merenung dan berfikir tentang keesaanMu,
Semakin aku kagum dengan agama ini.
Dalam kusut aku mampu kembali tenang,
Sungguh ia satu nikmat,
Yang tak ternilai dariMu....
Padamu,
Penuh kesyukuran...
Ku pohon perlindungan dariMu,
Jangan Kau tinggalkan aku,
Walau sekejap....
Lindungi aku,
Secara berkekalan...................
Ya Allah, you are everything for me. !

5 Comments:
uiiii panjangnyaa...satgi sambung balik hehe
haha, jie pun takjub tgok post ni panjang sangat...penat tgok...
hehe dah siap dah baca..nanti terang penyakit lain pulak huhu
eheh... good explanation jie... Besala... sometimes i wonder y u didnt become dr... Allah knows the answer! Makanla gastrolac yg i bg tue!!! Drink a lot of plain water plz!
I can become dr in our family. Wahaha..perasaan, programmer!
Gastrolac dah habis...nanti balik beli lain la..hanya meminum intra jek skang..
Plain water - belum dapat dilaksanakan...try too..but nantila..=]
Ya Allah, nak balik, sabtu cepat sabtu!
Post a Comment
<< Home