Monday, November 03, 2008

Life is a journey

Tak larat nak update blog. Tapi jgn riso..byk unpublished artikel yang leh paste ja kat sni. =] Aku terbukak file satu file nih, huhu.doc. , ingatkan aper, owh, pasal 1st kuliah munakahat aku.Seingat aku, aku tulis ni untuk ulangkaji.Sesuai la letak kat sni, untuk berkongsi pengetahuan. Klau aku imbas2 balik, byk jugak menda2 spiritual yang aku tulis zaman U dlu, cuma mungkin x masuk Life Is A Journey. Dia masuk blog len, ataupun stay unpublished. Namun, Life Is A Journey sudah membesarkan skop, dan berniat untuk mengaitkan dan mengajar pemiliknya, untuk lebih berfikir tentang Yang Esa. Menegur pemiliknya, dan untuk mempercepatkan pemiliknya untuk mengaplikasikan teori2 dan ilmu pengetahuan yang dipelajari. Semoga di mana saja pemiliknya pergi, mudah untuk mengakses Life Is A Journey, di mana2 sahaja, untuk sentiasa mengingatkan pemiliknya akan tempat kembali.

Here we go :


huhu.doc , 5th January 2006, 12.46 a.m


Huhu….dah stat kelas munakahad tadi…banyak jugak dapat info walaupun 2 slide jek..tapi xplaianation dier detail giler..sesuai la utk org yg tak berpengetahuan cam aku nih..huhu

Arini belajar pasal kekeluargaan, tapi ustaz banyak xplain menda2 yang untuk paham konteks tuh...dier nak bagi nampak gambaran keseluruhan lah...

Memula ustz cakap pasal fitrah...dimana fitrah itu ada lah keinginan semulajadi manusia, yang sudah ada dalam jiwa, tidak perlu diajar..tetapi mmg dah ada dalam jiwa manusia..contoh paling senang, lelaki menyukai wanita dan wanita menyukai lelaki..tak perlu diajar sumer tuh..bila sampai pada umur dan masanya....segala itu lahir secara semulajadi..so that is what we mean by fitrah...contoh2 lain yang ustz sebut adalah tentang seorang ibu tak perlu diajar untuk menyayangi anaknya, kerana dia kan semulajdi sayang kerana itu suatu fitrah...mencari tuhan juga adalah satu fitrah manusia, iatu keperluan kepada agama..macam mna kita tengok org barat, kafir yang kaya2..tetap mencari 1 agama untuk mengisi keperluan jiwa...kerana ia suatu fitrah..cumaa..mereka tersalah pilih agama... nabi sendiri pernah berkata yang semuanya lahir atas nama islam. Ibu bapalah yang mencorakkan anak itu samada beragama christian ker, aper ker...

Then, second thing yang penting, peraturan itu datang menyusun fitrah.......penjelasannya kemudian..

Ustaz cakap , kita wat perkara meesti ikut keutamaan, macam mana cerita ahmad fadli ttg batu dalam buku motivasi tuh... dan dalam kehidupan kita, perkara yang paling penting adalah akidah...manusia hidup berlandaskan akidah...maka Islam tidak menganjurkan cara hidup yang menyanggah akidah...sebab itulah datangnya peraturan untuk menyusun fitrah..kerana,, jika fitrah itu wujud tanpa sesuatu untuk mengawalnya, maka terjadilah perkara2 yang tidak bermoral lagi menjijikkan, dan juga kehidpan yang hancur kerana tiada prioriti....contonya, jika fitrah menyukai perempuan, seorang lelaki menyukai perempuan dan mempunyai kehendak seksual..itu adalh suatu fitrah, tetapi..dengan tiadanya peraturan,, wujudlah pelbagai masalah2 besar yang kian meruncing lagi merisaukan kita warga dunia pada masa ini...antaranya, yang kian berleluasa..zina, pelacuran, yang seterusnya membawa kepada lahirnya anak2 yang tidak berbapa..ini berasal dariapda fitrah yang tidak disusun dengan peraturan...

Kehancuran kehidupan yang tidak berlandaskan prioriti adalah apabila kita tengok,, dalam hidup kita perlu ada susunan yang mantap dalam hierarki, pertamanya dalah Allah, Rasul dan kemudian barulah datangnya lain2..menyayangi ibu bapa adalah suatu fitrah, tetapi apabila ibu bapa syirik kepada Allah, kita tak boleh ikut serta..itulah pentingnya fitrah dan juga peraturan supaya keduanya seimbang....mmg kena utama kan Allah dan rasul..ada sahabat nabi yang terpaksa bertempur dengan ayah sendiri demi memperjuangkan Islam...dia sayang kepada ayahnya kerana itu adalah suatu fitrah, tetapi wajib bagi dia untuk mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam, perlu mengutamakan Allah dan rasul, kemudian barulah yang lain..oleh sebab itu di sini kita boleh nampak dengan jelas, betapa perlunya fitrah dan juga peraturan itu berada dalam satu pakej. Golongan ini mungkin pada pandangan kasarnya bagi kafir terutamanya, nampak macam pelikla..sayang terhadap bapa, tetapi boleh bertempur dengan bapa sendiri....tetapi kata Allah..mereka inilah orang2 yang beriman, yang tinggi imannya, kerana lebih menyayangi Islam..melebih fitrah dirinya sendri..

Selain itu Islam melarang hebat sifat asabiyah,sahabat bertanya kepada nabi, apakah itu asabiyah, dan kata nabi..sesungguhnya asabiyah itu adalah menolong kaummu walaupun dia zalim...sebab itulah dikatakan Islam itu adil....memanglah secra fitrahnya, kita manusia mempunyai fitrah untuk menyokong keluarga sendiri, sedara sendiri dan juga kaum sendiri, but it is wrong when our people are wrong......dengan itu..bagi memenuhi fitrah tadi dengan penuh keadilan..Islam membawa peraturan...seperti mengiktiraf hak2 pusaka, suami isteri, anak beranak dan seumpamanya....nampak? betapa adil dan agungnya Islam...

Jadi, apa kaitanya dengan subjek munakhad?? Panjang lebar diceritakan tetang fitrah dan peraturan hidup..betapa pentingnya, 2 perkara asas ini wujud serentak....supaya kehidupan manusia itu seimbang.....oleh sebab itulah..perkahwinan disyariatkan...untuk memenuhi, fitrah dan peraturan hidup.....nampak kaitannya??

Itu yang dia nak sampaikan sebenarnya..and of course ada perkara yang diselingkan..antaranya, kalau kahwin,,, suami penat bekerja, inginkan fitrahnya iaitu keperluan seksual, dan isteri menolak dengan alasan, sibuk ker, nak jaga nak ker.....nafkah terhadap isteri leh stop kan..begitu jugak kesnya bila seorang isteri yang tak dipenuhi nafkah batin/zhirnya,,,dia boleh mintak aper ntah..tak ingat..fasakh kot..nanti cheq lain .......

Secara kesimpulannya, perkahwinan datang..supaya ada suatu sistem yang menyusun fitrah ini...

Kemudian tadi masuk jugak topic asas2 pembentukan keluarga..

First, kesatuan insan....rumpun yang sama mebina kehidupan..maksudnya untuk membentuk suatu keluarga...jika kita manusia..wajib berkahwin dengan manusia sahaja..takleh dgn insan lain..itulah maksudnya rumpun...

Keduanya, pembentukan keluarga berasaskan kasih sayang dan juga simpati...bermaksud..terbinaya keluarga melalui perkawinann itu adalah berlandaskan kasih sayang dan juga simpati....klau kawen paksa takleh dalam islam...sbb x menimbulkan cinta..so takleh la! Lagi satu klau kawen..kna tngok dulu....

Ketiga, keadilan dan ketaksamaan...dimana, untuk membentuk sebuah keluarga, perlu adil dan saksama antara satu sama lain... isteri bertanggungjawab terhadap suami..suami bertanggungjawab terhadap isteri...paham2 la skop tanggungjawab tuh....no need to expalian...yang penting...mestilah adil dan saksama atas satu sama lain..baru keluarga kukuh...

Lastly, jamin menjamin di sudut kemasyarakatan... sistem keluarga membentuk jaminan sosial antara satu sama lain....ayah dan anak..saling jamin menjamin..begitu juga..suami dan isteri..dan cth2 lain lagi.. 2 jer....kuliah sambunk sok..(^,^)

Nak sambung master, buleh?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home