Friday, November 21, 2008

Jantungku kencang kerna tidak tenang...

Tgh makan em, apa ni ekk..ntah apa nama dia tatau...arini aku balik lambat, chee fatt yang teman sampai lrt. Si Natalia tadi ntah beriya nak balik lambat, dah aku kol dia kata dah balik...aperla minah nih...Ntah tadi tinggal beberapa jek lagik org kat opis...tetau. Si Pei Ling tinggal sorank2 sebab dia nak tgu file...giler bagus.

Aku lambat tadi sebab file la jugak.Uwaa,,saper suh aku tak chek dlu file tuh seblom aku run. - Sebab seblom ni dah baper pojek dah, x penah lak org salah antaq...wahhh..amik kena repatch data pulakss..aku bukan mengeluh, tak marah pun, biasa la tuh human error. Cuma aku pikir, lenkali aku kena check dlu. Dan tadi mesti ada cara nak patching ngan lebih cepat. There must be other smart way of doing it faster..

Ja belum balik lagik, lagik 3 minggu ja dia nak pi jepun...bukan pi terus la. Melancong! Tertunai impian dia. Heh, impian Salmiza. Impian aszifa? huk huk..

Tengah kejar dateline la tuh minah ni. Dier wat pojek, wat support full time plakk..N tgok Ja pun dah banyak improve. Kadang2 kami dok malam2, dok mengenang saat2 baru kija dlu. Ada la nangis sorank2 dalam hati...

Last2 kami membuat conclusion, nevermind, asal kita ada usaha sudahla. Ja work hard jugak, nak buktikan dia buleh...tapi kami saling menasihati, supaya niat kami sentiasa betul. Straight to Allah. We might be gagal, again2 n again, n again n again, kami akan terus membetulkan niat.

Working life is challenging. Bukan kerana kerja tuh semata-mata, bukan kerana skill semata-mata...ia merangkum semua. How we deal with everything.

Saper taknak gaji banyak. Tapi jgnla wat menda tuh jadi satu issue lak yang buat bagi pening. Work for it, klau takdak, bukan rezki la. N bila kita wat kija, kita suka akan appresiasi. Suka2 hati aku tukaq Bi jadi Bm.

Biasa sangatla tuh, klau dengaq org cakap - "Takyah buat kija teruk2, x de saper nak appreciate"-Tuh org ckp kat Ja...."Y should I work harder? No one appreciate me!"

Layakkah kita membandingkan syurga Allah, dan jugak penghargaan manusia biasa tiada kuasa apa-apa?

Kita diberi 2 pilihan :
A. Keredhaan dan syurga Allah yang kekal selamanya.
B. Pujian dan penghargaan manusia, yang hanya sementara, esok hilang, makin dipuji makin dahaga.

Keredhaan Allah datang, apabila ada ikhlas di dalamnya. Samada dihargai atau tidak, usaha kita tidak berkurang, semangat kita tidak jatuh, kerana di dalamnya, kita yakin, ada sebab aku di sini, aku di sini untuk menunaikan tanggungjawab aku yang telah Allah amanahkan. Allah saja layak menjadi penilaiku. Andai aku letak manusia sebagai penilaiku, mereka menilai mengikut kacamata mereka, mengikut cara dan undang2 manusia. Namun Allah menilai, usaha yang ikhlas di dalamnya. Yes, we should do what is required, tetapi kita manusia tidak pernah hilang dari kekurangan, apa yang boleh dibuat adalah usaha. Dan Allah saja tahu, di mana tahap kita. Semoga kita sentiasa menjadi seorang yang berusaha, tidak kira masa dan ketika, di mana-mana saja kita dilemparkan. Its a big nasihat buat aszifa aris.

Jika diberikan penghargaan, syukurlah pada Allah, semoga usaha tidak melonjak kerana penghargaan, tetapi melonjak kerana kesyukuran dan nikmat yang telah Allah turunkan, atas KESABARAN dan KEIKHLASAN. Semoga jalan ini yang aku ikut.

Itu satu isu.

Satu isu lagik, kita manusia, tidak boleh lari dari keinginan untuk berasa penting. Bila aku tgok Greys Anatomy, masing2 berebut sangat nak wat sesuatu yang Superb, dan besar. Kepuasan sendiri. When we accomplish more things, we feel more confident. Layaknya sebegitu. Namun ada masa kita diletakkan untuk buat sesuatu yang kita pandang x penting. Ada, semua orang akan rasa. Cuma bagaimana mengawalnya yang akan membezakan ekspresi. Hidup ini bagai roda, kita akan rasa semua.

Masa praktikal dlu, mula2 aku de rasa menda2 gini. Yang rasa cam nak mati bila takder kije seketika...Kita membandingkan diri kita sendiri, dengan orang2 lain. Dan keyakinan mungkin boleh jatuh. Keinginan untuk berbuat dengan banyak, memang la bagus. Namun tak ada ketenangan di dalamnya jika niat itu untuk kepuasan diri dan kepuasan psyclogy untuk berasa penting semata-mata.

Ini hidup beb, ada masa kita turun, kita kena rasa jugak walau camna pun, ada masa kita duduk dalam satu keadaan, dan terperangkap kat situ. Keadaan yang bertentang dengan keinginan kita. Namun kita kena terima, seadanya. Di situ kita belajar membentuk sifat2 mulia, seperti ikhlas dengan kehendak Allah pada kita, redha dan sabar.

2 things that I grab from Jack's Canfield book. Jika kita tidak berpuas hati dengan sesuatu:
1. Buat action so that keadaan akan menjadi lebih baik.
2. Terima keadaan, dengan mengadaptasi diri kita pada keadaan.

Pilihan untuk duduk didalamnya, merungut, tidak gembira, dan tidak berpuas hati, sememangnya, satu pilihan yang amat mendukacitakan diri sendiri.

I've been in that condition before. Dlu aku ingat, once kita seorang yang positif, kita akn terus positif. Tapi salah. Menda ni turun naik, bisikan syaitan tuh ada bila2. Turutan nafsu tuh sentiasa mengelilingi diri. Untuk menjadi seorang yang kekal positif adalah bereaksi secara positif. Your action, your words, your thought, suma kena bangkit semula dan melawan yang negatif.

Sama jugak dengan pembentukan sifat2 lain. Klau ada menda yang nak dibentuk, kena wat everyday.

Kadang2 orang cakap, tak payah la jadi hipokrit, jangan paksa diri, jadi diri sendiri. Hmm, bukan hipokrit, hipokrit tuh memang satu pembohongan! Maksudnya, berlakon, di saat-saat kita tau diri kita memang bukan macam tuh.

Satu istilah yang dekat dengan hipokrit - Adaptasi... Adaptasi ini berlaku secara perlahan2. Kita ukur ikut percentage. No such thing as -zapppp...terus berubah.. No, slowly, 1% change, 2%, 3%, 45%, 67%, 90%... then maintain...

The test, nak tau kita score banyak mana dah, kita tahu, yes kita boleh tahu. Ataupun, sendiri yang wat test tuh dengan menghadirkan diri kita pada sesuatu situasi.

Kadang2 pass, kadang2 gagal. Persevere la. N tak boleh letakkan orang lain sebagai kayu ukur. People seriously cannot see us as a whole. They see us in pieces, stakat mana yang kita nak tonjolkan. Sifat yang penting untuk kita. Enteng untuk org lain.

Kita tgh kejar satu menda A. Kita keduakan menda B. Kita berada dalam situasi, orang nampak menda B.

Jadi dalam keadaan ini, jika kita letakkan penghargaan orang lain, dan pandangan orang lain akan apa yang penting..., hmm...kita serahkan diri kita, pada orang lain, dan tidak berkuasa dalam mengawal diri sendiri.

Masa aku kat UITM utk Prestariang event, ada sorank encik ni , dok bersyarah, - ntah sipi2 aku dengaq : 'You dont have to be proud, klau u ada sijil MCAD ni belambak org de sijil ni kat dunia ni- skill u, belambak org ada skill macam u!' Lantang!.. Whenever you go - Its all about You! Apa yang buat diri You bernilai, adalah diri you!

Susahnya nak paham ayat dia masa tuh. Hmm. Cubala, buang, buang banyak menda dalam diri kita - pangkat, wang, duit, harta, kawan-kawan, pengikut, beg branded, baju branded...dan aper2 lagik la, pikir sendrik, menda yang kita agungkan, yang kita berlindung dan bernaung di sebaliknya, menda2 yang mengangkat kita di dunia.

Nak rasa diri bernilai, dan yakin dengan diri yang tunggal, - Dalam diri yang tunggal dan tiada apa-apa, masih ada Allah. Walau semua hilang, Allah tetap ada. Jika keyakinan kita hanyalah padaNya, di mana saja strata, kedudukan dan keadaan kita, selamat dan tenanglah kita di dalamnya.

Ya Allah, aku pohon Kau cerahkan semula hatiku, ada titik gelap di dalamnya, yang membuat aku sedikit lali dengan dosa kerana lali dengan dunia.

Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)". (Riwayat al-Tirmizi)


Whatever la Fahim, discover the world! =]

And again I want to remember, what my mother believes about me :
Jie umpama berlian yang perlu di gilap, berlian tu nilainya..TAK TERNILAI, namun, orang memang tak heran pon kalau tak digilap, untuk BERGEMERLAPAN, ia perlu sentiasa digilap dan digilap....barulah ia kekal BERHARGA...

Dan kata-kata terakhir mama, 2 malam sebelum mama meninggalkan Jie untuk selamanya, "Jie , yakinlah dengan diri Jie, lepas ni,apa-apa yang jie buat, apa-apa yang jie rasa betul, mama pon akan rasa betul, dan setiap keputusan Jie, itu juga keputusan Mama".

YES I CAN!
And I want to grow myself, just because of Allah, no more because of others.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hmm..nak comment apa ekk..hehe anakku jugaks yang comel..muahhs...

11/24/2008 2:19 AM  
Blogger aszifa_aris said...

heh tau dahhhhhhhh komen tuhh pasti akan muncul.....!

11/24/2008 11:15 PM  

Post a Comment

<< Home