Saturday, October 11, 2008

Jodoh Allah itu rahsia...

9.08PM

Kakak : Ahmad Fahri..Ok tk nama tu hehe

9.22PM

Jie : Abg faizal, tg0k ayat2 cinta!Suh nda tg0k skalik!

***

11.21PM

Abg Faizal :G! Ok? Tangkap leleh la!Nda pun feeling abis!CINTA + KEINGINAN UTK MEMILIKI ADALAH TIDAK SAMA!

11.32 PM

Kak Linda : Setiap part tersentuh jiwa, heheh! Td duk bincg dgn abg faizal pasal cinta n keinginan utk memiliki…Kebanyakan org cuma ada keinginan utk memiliki yang kuat… Sampai tensi0n n stress, tp Cinta tak mcm 2, ia satu pengorbanan… Am I rite?


Sekali lagi aku terperangkap dalam keasyikan ayat-ayat cinta. Walau, filemnya tidak dapat disamakan dengan novel yang lebih suci dan penuh dengan kata-kata yang lebih indah.

Novel ni, memberi impak yang sangat besar dan mendalam buat diri aku. Mengubah pandangan aku terhadap KEHIDUPAN, CINTA dan PERKAHWINAN. Terbina lagi, prinsip-prinsip kehidupan, dalam diri aku, dalam meneruskan perjalanan di bumi Allah ini.

Ayat-ayat cinta ini apa? Di akhir novel, aku dapat jawapannya. Sungguh novel ini suatu jawapan, buat aku yang sentiasa suka mencari erti kehidupan.

Cinta sejati, tidak berakhir dengan perkahwinan,

Namun,

Bermula dari perkahwinan…

Secara keseluruhan, aku amat tertarik, dengan cara pengolahan penulis, tentang bagaimana naik turunnya hidup. Dari seorang pelajar yang biasa, kemudian berkahwin. Wah, bahagianya, sampai terangkat dari bumi nyata. Seolah melayang2 terbang di udara. Kekayaan yang melimpah ruah, disertai bidadari indah di depan mata. Segala- galanya indah, segala-galanya baik, dikelilingi insan2 mulia, disokong sahaja di mana berada.

Kemudian, dari melangit, Fahri turun diinjakk tanah bumi paling dalam...Kesengsaraan yang derita, biar jiwa, fizikal mahu raga...segalanya derita...jiwa menderita, bertanya, apa salahnya pada Allah. Fizikal menderita, dengan keadaan penjara yang yuckkks...disertai dengan penyiksaan dan hinaan yang menyapa.

Namun, ada satu perkara yang amat menyentuh jiwa, bagaimana diolah dalam novel, tak disentuh di filem. Fahri dapat solat dengan khusyuk dengan penuh keyakinan pada Allah. Aku menyoal diri aku sendiri, apa aku mampu melalui semua ini, andai aku bisa dihadapkan dengan keadaan sebegini?

Jelas, bagaimana kondisi, tidak akan membezakan perlakuan dan keyakinan seseorang, apabila Allah sentiasa wujud pada jiwanya. Sungguh aku kalah.

Apabila diolah tentang kisah Yusuf dan Zulaikha, lagi tersentuh sampai meleleh air mata. Jika penjara ini membuatkan aku lebih dekat denganMu.....................

Terlintas keadaan semasa, Yusuf sabar lagi ikhlas dalam menerima ketentuan Allah padanya. Sila bandingkan dengan kita. Mereka yang tidak bersuara, dan selalu redha, selalu dianggap lemah dan kalah. Betapa jauhnya, anggapan dunia....

Apa kata kita memberi rasuah? Aisya sanggup!pengolahan dalam novel adalah lebih panjang...

Namun bidas Fahri, - Kita di dunia ini bukan untuk selama-lamanya....

Aisya lembut hatinya, walau meronta jiwa, untuk mendapat semula suaminya, cukup saja satu bidasan, kita tak boleh menyalahi hukum Allah. Rasuah itu berdosa. Sungguh Aisya berhenti dari hasrat hatinya. Sila bandingkan dengan kita, dan lebih tepat lagik, PEMIMPIN-PEMIMPIN kita. Ya, mungkin ingin selamanya hidup di dunia.

Fahri, satu pengolahan, buat semua umat Islam, untuk membeli hati yang jauh dari Islam, dengan akhlaknya yang terpuji. Mesej penulis jelas.

Maria, membuat aku melihat, tidak penting di mana kita bermula, yang penting di mana kita berakhir. Dalam novel, pengolahan komanya semasa meniti dari satu pintu, ke satu pintu syurga, sungguh membuat hati aku menangis esak yang teramat.

Biar kamu suci, sesuci malaikat, berbuat baik pada orang lain, jangan pernah mengharap balasan, atau penghormatan. Jelas Noura, mengikut sebentar hasutan syaitan, namun lebih jelas, dugaan buat Fahri, apa dia IKHLAS dan SABAR dalam IBADATnya.

Terima kasih buat penulis, dan aku doakan, biar Allah merahmatimu, dan banyakkanlah insan-insan seperti ini, yang memerangkap hati dan menangkap jiwa–jiwa manusia merenung sebentar fitrah sekeping hati, yang halus lagi suci dan ingin kembali, pada Ya Allah Ya Rabbi.

11.27 PM

Abg Faizal : Hahaha! Abg br nak cadangkan nama FAHRI utk anak jie nnt!Nda pun minat gak nama 2! Sapa cpt dia dapat la! Haha

11.45:

Kak Linda : Jodoh Allah itu rahsia...
Berdoalah dgn ikhlas! Surah yusuf ayat 4, ayat mudahkan jodoh.. Baca yasin 3x, mintak mudahkan jodoh yang baik, air 2 minum or mandi or bsh muka, i have done this b4, arwah mama told me 2 do!

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Abg Faizal : Hahaha! Abg br nak cadangkan nama FAHRI utk anak jie nnt!Nda pun minat gak nama 2! Sapa cpt dia dapat la! Haha <<< Alamak sapa cepat dia dapat..haaa ji cepatla..kalau tak kakak ngan kak.inda la yang dapat ni..hehehe

10/11/2008 4:38 AM  
Anonymous Anonymous said...

hehe..ji nangis ka..

10/11/2008 9:11 AM  
Blogger aszifa_aris said...

kweng2, ala jie memang salu syahdu nangis pun...wahaha...Fahri ka, haha, lawak...ar, doa la kak....bagi cepat jodoh, wahahah

10/11/2008 1:44 PM  

Post a Comment

<< Home